1
Dalam rayuan ini pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana mereka di Mahkamah Majistret, iaitu Pendakwaraya (Pendakwaan) dan Tertuduh (OKT).
PB-41H-1-01/2025
High Court of Malaysia17 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
1
Dalam rayuan ini pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana mereka di Mahkamah Majistret, iaitu Pendakwaraya (Pendakwaan) dan Tertuduh (OKT).
2
Di Mahkamah Majistret Butterworth, OKT telah dituduh di bawah seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Pertuduhan adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 26/05/2018 lebih kurang jam 1705 petang di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Kepala Batas dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pemandu 4WD Nombor PKV9501 jenis Toyota Hilux warna Hitam telah memandu kenderaan itu dengan membahayakan sehingga menyebabkan kematian kepada Khong Ah Ha @ Khong Ah Kam No. K/P: 430213075197 iaitu penunggang Motorsikal Nombor PDS1984 jenis Honda EX5. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.”
3
OKT mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah Majistret telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie, maka OKT dipanggil untuk membela diri.
4
Selanjutnya, di akhir kes pembelaan, OKT telah didapati bersalah dan disabitkan kesalahannya di bawah seksyen 41 APJ dan dihukum penjara selama tiga (3) tahun dari tarikh sabitan, dan denda RM7000, jika gagal bayar, 6 bulan penjara dan lesen digantung selama 3 tahun dari tarikh sabitan. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
5
Terkilan dengan keputusan tersebut, OKT telah memfailkan Notis Rayuan pada 20.12.2024 terhadap hukuman sahaja dan didaftarkan sebagai PB-41H-1-01/2025.
6
Kemudiannya pihak OKT telah memfailkan permohonan untuk meminda Notis Rayuan untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman.
7
Permohonan untuk meminda Notis Rayuan telah dibenarkan. Pada 5.11.2025 OKT telah memfailkan Notis Rayuan Terpinda iaitu merayu terhadap perintah sabitan dan hukuman. C. Notis Rayuan oleh Pendakwaan
8
Pihak Pendakwaan yang terkilan terhadap hukuman telah memfailkan Notis Rayuan terhadap hukuman pada 2.1.2025 dan didaftarkan sebagai PB-41H-2-01/2025.
9
Kedua-dua rayuan ini didengar serentak dan alasan penghakiman ini adalah berkaitan dengan kedua-dua rayuan tersebut. D. Petisyen Rayuan oleh OKT
10
Berdasarkan petisyen rayuan oleh OKT, telah mengemukakan alasan-alasan rayuan yang berikut, iaitu Majistret telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila: i. mensabitkan OKT di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta menjatuhkan hukuman penjara dan denda tanpa menilai keterangan secara betul dan menyeluruh. ii. mengaplikasikan tahap pembuktian yang salah dengan mengenakan beban ke atas OKT untuk membuktikan pembelaannya, sedangkan kewajipan sebenar adalah untuk menilai sama ada wujud keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 4 of 17 iii. membuat inferens dan andaian yang tidak tepat daripada keterangan yang dikemukakan serta gagal memberi penilaian kehakiman yang sewajarnya terhadap keterangan pihak pembelaan. iv. memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie tanpa mengambil kira bahawa pertuduhan adalah tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan Seksyen 41(1), khususnya kegagalan memperincikan keadaan jalan dan keadaan trafik. v. gagal mempertimbangkan keterangan material termasuk keterangan saksi SP6 berhubung keadaan jalan yang basah dan licin, yang berkemungkinan menyumbang kepada kemalangan, serta gagal mengambil kira bahawa versi pembelaan tidak dicabar. vi. tidak memberikan pertimbangan secukupnya terhadap dokumen dan keterangan pembelaan termasuk laporan polis dan percakapan beramaran OKT. vii. gagal menilai keterangan secara menyeluruh dan adil sehingga menyebabkan kegagalan untuk membuat dapatan bahawa wujud keraguan munasabah, dan seterusnya gagal melepaskan dan membebaskan OKT.
11
Di dalam Petisyen Rayuan oleh Pendakwaan, telah mengemukakan alasan-alasan rayuan yang berikut, iaitu Majistret telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila: i. gagal mengambilkira keseluruhan fakta kes dengan teliti dalam menentukan hukuman yang setimpal dan berpatutan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 5 of 17 ii. mengenakan hukuman yang terlalu rendah (manifestly inadequate) iaitu hukuman penjara selama tiga tahun dari tarikh sabitan, denda RM7,000 gagal bayar 6 bulan penjara dan lesen digantung selama 3 tahun dari tarikh sabitan; iii. memberikan hukuman yang tidak mencukupi terhadap Responden sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan serius yang mana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain; iv. gagal mengambilkira bahawa Responden telah memandu secara tidak berhati-hati kerana dengan sengaja tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan dengan sengaja tidak mengendahkan akibat pemanduan kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah; v. gagal memberikan hukuman yang berat dan setimpal kepada Responden sedangkan adalah jelas bahawa kesalahan yang dilakukan adalah berpunca daripada pemanduan Responden yang berbahaya; vi. gagal memberikan satu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada Responden dan kepada masyarakat; dan vii. gagal mengambilkira graviti kesalahan serta kekerapan berlakunya kesalahan pemanduan secara berbahaya yang melibatkan kematian pengguna jalan raya.
12
Dalam Alasan Penghakiman, Puan Majistret telah menggarapkan fakta kes Pendakwaan seperti berikut: Pada 26/5/2018 jam lebih kurang 5.05 petang, satu kemalangan jalan raya yang melibatkan motokar jenis pacuan empat roda (4WD) jenis Hilux Double Cab nombor pendaftaran: PKV9501 yang dipandu oleh OKT dan sebuah motosikal jenis Honda C100MT nombor pendaftaran: PDS1984 yang ditunggang oleh si mati Khong S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 6 of 17 Ah Ha @ Khong Ah Kam telah berlaku di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir dari Bertam menghala ke arah Kepala Batas. Si mati dikatakan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada impak perlanggaran dan jenazah si mati kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk urusan bedah siasat. Laporan Bedah Siasat, Eksibit P10 mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah “Cardiothoracic injury secondary to motor vehicle accident”. Kemalangan dipercayai berlaku akibat motokar jenis pacuan empat roda (4WD) yang dipandu oleh OKT dikatakan telah memasuki laluan sah motosikal si mati dan berlaku perlanggaran di laluan sah motosikal si mati.
13
Hujahan OKT terbahagi kepada dua komponen utama iaitu kecacatan pertuduhan serta kegagalan pihak Pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
14
Dari sudut undang-undang, OKT berhujah bahawa pertuduhan terhadapnya adalah cacat dan tidak lengkap. Walaupun pertuduhan menyatakan bahawa OKT telah memandu secara “berbahaya”, ia gagal memperincikan butiran penting seperti jenis jalan, keadaan jalan, saiz jalan dan tahap kesesakan lalu lintas pada masa kejadian.
15
Perincian ini adalah penting kerana istilah “rberbahaya” adalah bersifat umum dan subjektif, serta hanya boleh difahami dalam konteks keadaan sekeliling. Kegagalan untuk menyatakan butiran tersebut telah menjejaskan hak OKT untuk mengetahui dengan jelas pertuduhan yang dihadapinya dan seterusnya menyediakan pembelaan yang berkesan.
16
OKT menegaskan bahawa pertuduhan tersebut tidak mematuhi kehendak undang-undang prosedur jenayah, oleh itu, adalah fatal serta tidak boleh diperbaiki. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
17
Mahkamah Majistret telah terkhilaf dalam menilai keterangan dan fakta kes apabila gagal mengambil kira bahawa kemalangan berlaku semasa hujan, jalan basah dan licin serta pada waktu trafik yang sesak. Faktor-faktor ini sepatutnya diambil kira dalam menentukan sama ada pemanduan OKT itu adalah benar-benar “berbahaya”. OKT turut mengemukakan versinya bahawa kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan di hadapannya membrek secara mengejut, menyebabkannya terpaksa membrek kecemasan. Akibat permukaan jalan yang licin, kenderaannya telah tergelincir dan terbabas sehingga naik keatas pembahagi jalan.
18
Versi pembelaan ini tidak dicabar secara efektif oleh pihak Pendakwaan. Tiada saksi mata yang menyaksikan bagaimana kejadian berlaku. Pegawai penyiasat mengakui bahawa kelajuan kenderaan OKT tidak dapat dipastikan. Oleh itu, kesimpulan bahawa OKT memandu laju hanyalah bersandarkan andaian semata-mata dan bukan bukti yang kukuh.
19
OKT juga menegaskan bahawa Mahkamah telah tersalah membuat inferens apabila menganggap kesan brek di jalan raya sebagai bukti pemanduan laju. Sebaliknya, OKT berhujah bahawa kesan brek tersebut menunjukkan bahawa OKT telah mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan.
20
OKT selanjutnya berhujah, terdapat keterangan bahawa motosikal si mati yang datang kemudian telah melanggar bahagian sisi kenderaan OKT, dan bukannya OKT yang melanggar motosikal si mati. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai punca sebenar kemalangan serta kemungkinan sumbangan kecuaian pihak si mati sendiri, termasuk dari segi kelajuan dan kedudukan motosikal di jalan raya.
21
Berdasarkan keseluruhan keterangan, OKT berhujah bahawa terdapat pelbagai ketidakpastian dan kelemahan dalam kes Pendakwaan, khususnya berhubung elemen pemanduan secara “berbahaya”. Oleh itu, wujud keraguan munasabah terhadap kesalahan OKT yang mana mewajarkan untuk OKT dilepas dan dibebaskan. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
22
Dalam hujahan balasnya, OKT menegaskan bahawa pihak Pendakwaan telah tersalah faham terhadap isu kecacatan pertuduhan. Isu sebenar bukanlah ketiadaan elemen “merbahaya” dalam pertuduhan, tetapi kegagalan untuk memperincikan sifat pemanduan tersebut. OKT juga menegaskan bahawa kecacatan ini tidak boleh diperbaiki melalui keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, kerana OKT berhak mengetahui pertuduhan dengan jelas sebelum perbicaraan bermula.
23
Dari segi hukuman, OKT berhujah bahawa pihak Pendakwaan gagal memberikan sebarang alasan munasabah mengapa hukuman yang dijatuhkan adalah tidak mencukupi. Tiada hujahan bahawa hukuman tersebut adalah “manifestly inadequate”, dan oleh itu rayuan Pendakwaan terhadap hukuman adalah tanpa merit.
24
Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa sabitan terhadap OKT adalah selamat dan tidak wajar diganggu kerana ianya disokong oleh keterangan yang mencukupi serta penilaian fakta yang betul oleh Mahkamah Majistret.
25
Pertuduhan yang dikemukakan adalah jelas dan memadai di sisi undang-undang, dan tiada sebarang kecacatan hingga boleh menjejaskan pemahaman OKT terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
26
Keterangan saksi-saksi Pendakwaan, termasuk berkaitan kesan brek, keadaan kemalangan dan punca kematian, telah menunjukkan bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada cara pemanduan OKT yang berbahaya. Oleh itu, dapatan Majistret bahawa elemen kesalahan di bawah Seksyen 41(1) telah dibuktikan adalah berasas.
27
Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret adalah terlalu rendah (manifestly inadequate) memandangkan kes ini melibatkan kehilangan nyawa serta perbicaraan penuh yang telah dijalankan dengan kehadiran saksi-saksi. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
28
Faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan dan keadilan kepada mangsa sepatutnya diberi pertimbangan yang lebih berat. [29] Selanjutnya pihak pendakwaan berhujah (dalam kandungan 23), bahawa sabitan terhadap OKT adalah selamat dan berasas di sisi undang-undang. Isu kecacatan pertuduhan yang dibangkitkan oleh OKT tidak bermerit kerana pertuduhan telah jelas menyatakan bahawa OKT memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian, dan kegagalan untuk memperincikan keadaan jalan tidak menjadikan pertuduhan tersebut fatal.
30
Ini selaras dengan prinsip yang digariskan dalam kes Ng Beng Kok v PP [2017] 7 CLJ 157, di mana ujian pemanduan berbahaya ditentukan berdasarkan penilaian seorang munasabah dengan mengambil kira keseluruhan keadaan kes, dan bukan semata-mata kepada perincian dalam pertuduhan.
31
Fakta berkaitan keadaan jalan, cara pemanduan dan kejadian kemalangan telah dibuktikan melalui keterangan SP6 iaitu mengenai kesan brek, manakala keterangan SP4 mengenai punca kematian, yang jelas menunjukkan bahawa kemalangan berlaku akibat pemanduan OKT yang merbahaya.
32
OKT tidak mengalami sebarang prejudis kerana dia memahami sepenuhnya pertuduhan yang dihadapinya sepanjang perbicaraan. Pihak Pendakwaan menegaskan bahawa dapatan Mahkamah Majistret adalah betul, disokong oleh keterangan yang mencukupi, dan tidak wajar diganggu, justeru sabitan hendaklah dikekalkan. I. Analisis Mahkamah
33
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan serta menghalusi Alasan Penghakiman Majistret, keterangan saksi-saksi, hujahan serta Petisyen Rayuan kedua-dua pihak. Setelah membuat pertimbangan yang menyeluruh, Mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan terhadap OKT adalah tidak selamat dan tidak dapat dikekalkan. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 10 of 17
i
(I) Peruntukan Undang-undang dan elemen-elemen kesalahan [34] Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan seperti berikut:-
1
Any person who, by the driving of a motor vehicle on a road recklessly or at a speed or in a manner which having regard to all the circumstances (including the nature, condition and size of the road, and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public, causes the death of any person shall be guilty of an offence and shall on conviction be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than ten years and a fine of not less than twenty thousand ringgit and not more than fifty thousand ringgit and, in the case of a second or subsequent conviction, with imprisonment for a term of not less than ten years and not more than fifteen years and a fine of not less than fifty thousand ringgit and not more than one hundred thousand ringgit. [35] Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini memperuntukkan bahawa seseorang adalah melakukan kesalahan sekiranya dia memandu sesuatu kenderaan secara melulu, atau pada kelajuan, atau dengan cara yang, setelah mengambil kira semua keadaan, adalah berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian. [36] Daripada peruntukan ini, adalah jelas dan dapat difahami bahawa pihak Pendakwaan memikul beban untuk membuktikan tiga elemen utama, iaitu:-
1
Bahawa OKT adalah pemandu kenderaan tersebut,
2
Bahawa cara pemanduannya adalah berbahaya kepada orang awam; dan
3
Bahawa pemanduan tersebut telah menyebabkan kematian. [37] Terlebih dahulu Mahkamah ini akan membincangkan mengenai isu pertuduhan yang dikatakan cacat oleh pihak OKT. Mahkamah ini berpendapat bahawa kegagalan memperincikan keadaan jalan, saiz jalan dan kesesakan lalu lintas dalam pertuduhan tidak semestinya menjadikan pertuduhan itu fatal secara automatik. Namun begitu dalam kes ini, Mahkamah mendapati kegagalan untuk memperincikan perkara tersebut telah menjejaskan keupayaan OKT untuk mengetahui dengan tepat kes yang perlu dijawab dan sekali gus boleh memprejudiskan OKT. Mahkamah ini berpandangan bahawa dalam konteks kes ini, elemen “memandu secara berbahaya” memerlukan penilaian terhadap keadaan sekeliling secara spesifik.
II
Adakah pihak Pendakwaan berjaya membuktikan ketiga-tiga elemen Elemen Pertama: OKT adalah pemandu kenderaan tersebut [38] Mahkamah ini mendapati bahawa Majistret telah membuat dapatan bahawa OKT merupakan pemandu kenderaan tersebut. [39] Dapatan tersebut dibuat berdasarkan penilaian terhadap keterangan saksi-saksi Pendakwaan serta keadaan selepas kemalangan, di mana Majistret menerima inferens bahawa OKT adalah individu yang memandu kenderaan berkenaan pada masa kejadian. [40] Walaupun tiada saksi mata yang secara langsung melihat OKT memandu ketika kemalangan berlaku, Majistret telah bergantung kepada keterangan keadaan sekeliling (circumstantial evidence) dan menerima bahawa rantaian fakta tersebut mencukupi untuk merumuskan bahawa OKT merupakan pemandu. [41] Mahkamah ini juga telah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan dan hujahan pihak Pendakwaan dan mendapati pihak Pendakwaan S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg Page 12 of 17 bergantung kepada keterangan saksi pegawai penyiasat serta inferens daripada keadaan selepas kemalangan, tiada keterangan langsung (direct evidence) yang benar-benar mengesahkan identiti pemandu pada saat kemalangan berlaku. [42] Tiada saksi mata yang melihat OKT memandu kenderaan tersebut ketika kejadian, dan tiada bukti objektif seperti rakaman CCTV atau keterangan forensik yang menyokong dapatan tersebut. Keterangan yang dikemukakan adalah bersifat inferens semata-mata, iaitu berdasarkan andaian bahawa OKT adalah pemandu kerana dia berada di tempat kejadian atau dikaitkan dengan kenderaan tersebut selepas kemalangan. [43] Dalam undang-undang jenayah, beban pembuktian terletak sepenuhnya ke atas pihak Pendakwaan untuk membuktikan setiap elemen kes melampaui keraguan munasabah, termasuk identiti pelaku. Dalam keadaan di mana identiti pemandu tidak dibuktikan melalui keterangan yang jelas dan meyakinkan, sebarang keraguan yang munasabah hendaklah memihak kepada OKT. [44] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen identiti pemandu tidak dibuktikan dengan standard yang diperlukan, dan kegagalan ini adalah fatal kepada kes Pendakwaan. Elemen Kedua dan ketiga: Cara pemanduannya adalah berbahaya kepada orang awam dan pemanduan tersebut telah menyebabkan kematian. [45] Untuk membuktikan elemen kedua dan ketiga ini, suatu penilaian yang menyeluruh hendaklah dibuat terhadap keterangan saksi-saksi dengan mengambil kira keseluruhan keadaan sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam seksyen tersebut. [46] Dalam membuat penilaian ini, mahkamah bicara perlu meneliti faktor-faktor seperti kedudukan kenderaan, pergerakan relatif antara kenderaan yang terlibat, keadaan jalan dan trafik, serta keseluruhan mekanisme kemalangan. [47] Adalah tidak memadai untuk hanya menunjukkan bahawa suatu kemalangan telah berlaku atau satu kematian telah terhasil; S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg Page 13 of 17 sebaliknya, mestilah dibuktikan bahawa kemalangan tersebut adalah akibat daripada cara pemanduan OKT yang berbahaya. [48] Mahkamah ini mendapati bahawa dapatan Mahkamah Majistret adalah tidak disokong oleh keterangan yang mencukupi. Adalah tidak dipertikaikan bahawa tiada saksi mata yang melihat kejadian sebenar, dan tiada bukti objektif seperti rakaman CCTV atau analisis forensik yang dapat mengesahkan cara pemanduan OKT. [49] Keterangan pegawai penyiasat mengakui bahawa kelajuan kenderaan tidak dapat dipastikan. Dalam keadaan sedemikian, kesimpulan bahawa OKT memandu secara laju atau merbahaya adalah bersifat inferens semata-mata. [50] Mahkamah ini juga memberi pertimbangan serius terhadap keadaan cuaca dan jalan pada masa kejadian. Keterangan menunjukkan bahawa kejadian berlaku dalam keadaan hujan dan jalan yang basah serta licin. Faktor ini adalah material dan berpotensi menjadi penyumbang kepada kehilangan kawalan kenderaan. [51] Walau bagaimanapun, Mahkamah Majistret gagal membuat penilaian yang mencukupi terhadap faktor ini, sebaliknya lebih menumpukan kepada kesan brek sebagai bukti pemanduan laju. Pada pandangan Mahkamah ini, kesan brek juga boleh ditafsirkan sebagai usaha OKT untuk mengelakkan kemalangan dan bukan semata-mata bukti kecuaian. [52] Mahkamah ini mendapati bahawa versi pembelaan OKT tidak berjaya disangkal secara berkesan oleh pihak Pendakwaan. OKT secara konsisten menyatakan bahawa dia membrek secara mengejut akibat tindakan kenderaan di hadapan, dan kenderaannya hilang kawalan akibat permukaan jalan yang licin. Keterangan ini selari dengan keadaan cuaca dan tidak bercanggah secara material dengan keterangan Pendakwaan. Dalam keadaan di mana tiada bukti langsung yang menafikan versi ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa versi pembelaan telah berjaya mewujudkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg Page 14 of 17 [53] Mahkamah ini berpendapat bahawa Mahkamah Majistret telah tersalah arah apabila membuat kesimpulan bahawa kemalangan berlaku semata-mata akibat pemanduan OKT. Kedudukan kenderaan selepas kemalangan serta impak pelanggaran tidak semestinya menunjukkan bahawa OKT telah memasuki laluan si mati secara berbahaya. Sebaliknya, terdapat kemungkinan bahawa kemalangan tersebut adalah hasil gabungan beberapa faktor termasuk keadaan jalan dan reaksi kecemasan OKT. [54] Adalah juga menjadi prinsip asas bahawa mesti wujud hubungan sebab-akibat yang jelas antara cara pemanduan OKT dan kematian yang berlaku. Sekiranya terdapat kemungkinan munasabah bahawa kemalangan tersebut dipengaruhi oleh faktor lain, termasuk tindakan pihak mangsa sendiri, dan kemungkinan tersebut tidak disingkirkan oleh pihak Pendakwaan, maka akan menimbulkan keraguan munasabah yang mana sewajarnya memihak kepada OKT. J. Dapatan [55] Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan tidak berjaya membuktikan mekanisme kemalangan dan bagaimana OKT dikatakan memandu secara berbahaya. Tiada keterangan yang jelas tentang siapa memasuki laluan siapa, kedudukan relatif kenderaan, dan titik impak sebenar. Dalam keadaan ini Mahkamah berpendapat adalah tidak selamat untuk membuat dapatan bahawa OKT telah memandu secara berbahaya. [56] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, didapati tiada saksi yang benar-benar melihat bagaimana kemalangan berlaku dan impak pelanggaran tersebut. Keterangan saksi utama hanyalah berkaitan apa yang berlaku selepas kemalangan, dan bukan bagaimana kemalangan itu berlaku. [57] Mahkamah ini menerimapakai dapatan Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Yew Hwa Kuang (2024) CLJU 2506, yang menegaskan bahawa saksi yang hanya mendengar bunyi dan melihat keadaan selepas kejadian bukanlah saksi mata sebenar kepada impak kemalangan. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg Page 15 of 17 [58] Mahkamah ini juga mendapati wujud kelemahan material dalam siasatan oleh pegawai penyiasat (SP6). Antara kegagalan yang ketara adalah kegagalan menyiasat keadaan sebenar jalan, kegagalan mendapatkan bukti objektif seperti CCTV, ketiadaan analisis teknikal mengenai titik impak, dan kegagalan mendapatkan laporan forensik atau rekonstruksi kemalangan. [59] Mahkamah ini sekali lagi merujuk kepada kes PP vs Yew Hwa Kuang (supra), di mana mahkamah menegaskan bahawa kegagalan siasatan terhadap aspek-aspek penting seperti laporan forensik, serpihan kaca dan CCTV menjadikannya “bahaya” untuk membuat kesimpulan bahawa tertuduh memandu secara berbahaya. [60] Mahkamah ini bersetuju dengan pandangan YA Hakim dalam kes tersebut. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, kekosongan siasatan tersebut tidak boleh diisi dengan andaian atau inferens yang memihak kepada Pendakwaan. Kegagalan menyiasat keadaan jalan khususnya adalah kritikal kerana faktor tersebut adalah relevan dalam menentukan sama ada wujud pemanduan berbahaya. [61] Pihak Pendakwaan bergantung kepada kerosakan kenderaan dan rajah kasar untuk menyokong teorinya. Namun demikian, sebagaimana yang diputuskan dalam kes Yew Hwa Kuang, laporan kerosakan kenderaan hanya menunjukkan kerosakan fizikal dan tidak membuktikan bagaimana kemalangan berlaku atau kedudukan relatif kenderaan semasa impak. [62] Mahkamah ini menegaskan bahawa tanpa analisis teknikal seperti titik impak, trajektori kenderaan dan pemindahan bahan (paint transfer), maka keterangan saksi-saksi tersebut adalah tidak mencukupi untuk membuktikan elemen pemanduan berbahaya. [63] Mahkamah juga mendapati pihak Pendakwaan turut bergantung kepada kelakuan OKT selepas kejadian. Dalam isu ini, Mahkamah menerima pakai prinsip bahawa kelakuan selepas kejadian bukanlah bukti muktamad bagi membuktikan elemen pemanduan berbahaya. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg Page 16 of 17 [64] Sepertimana ditegaskan dalam kes Yew Hwa Kuang, tindakan melarikan diri atau kelakuan selepas kejadian hanya boleh dipertimbangkan setelah elemen utama kesalahan dibuktikan terlebih dahulu. Dalam kes ini, elemen utama tersebut masih gagal dibuktikan. [65] Ujian sebenar di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan adalah sama ada OKT telah mewujudkan satu situasi berbahaya melalui cara pemanduannya. Seperti yang dinyatakan di awal tadi bahawa perkara-perkara berikut perlu diambil kira iaitu keadaan jalan, keadaan trafik, kedudukan kenderaan dan pergerakan mangsa. [66] Mahkamah ini telah merujuk kes Vethri Vel Yamaplay v. PP [2025] 9 CLJ 983 dan membandingkan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Dalam kes tersebut mahkamah mempunyai keterangan saksi mata yang jelas serta bukti yang menunjukkan bahawa tertuduh telah memasuki laluan sah mangsa. [67] Walau bagaimanapun, dalam kes rayuan di hadapan Mahkamah ini, keterangan sedemikian tidak wujud. Sebaliknya, terdapat kemungkinan bahawa tindakan si mati turut menyumbang kepada kemalangan, bilamana motosikal si mati berada di lorong kanan; iaitu di lorong yang dikhaskan untuk memotong kenderaan dan biasanya kenderaan dengan kelajuan tinggi juga akan menggunakan lorong paling kanan. Selanjutnya keadaan sebenar jalan tersebut juga tidak disiasat. [68] Dalam keadaan ini Mahkamah ini tidak dapat merumuskan dengan selamat bahawa OKT adalah pihak yang mewujudkan situasi berbahaya tersebut. K. Rumusan [69] Berdasarkan keseluruhan analisis di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan elemen pemanduan secara berbahaya melampaui keraguan munasabah. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg Page 17 of 17 [70] Sehubungan itu, sabitan terhadap OKT adalah tidak selamat dan tidak boleh dikekalkan. [71] Oleh yang demikian, rayuan OKT terhadap sabitan adalah dibenarkan dan sabitan serta hukuman diketepikan. OKT dilepaskan dan dibebaskan. [72] Berhubung rayuan pihak Pendakwaan terhadap hukuman, memandangkan sabitan telah diketepikan, oleh itu rayuan pihak Pendakwaan terhadap hukuman adalah ditolak. Bertarikh: 6.5.2026 ……………………………… (FATHIYAH BINTI IDRIS) Hakim Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pemohon: Kumarathiraviam a/l Kasinathan Tetuan K. Kumara & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara Pulau Pinang Bagi pihak Responden: Hafizah Zahidah binti Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang. S/N NyzxFjXbbEyz3c8atIJzg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.