Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
A53KJ-234-08/2016
Sessions Court of Malaysia21 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“enarkan tuntutan berkenaan kerana gagal dibuktikan dengan kukuh dan tiada keterangan dikemukakan di hadapan Mahkamah mengenai perkara-perkara tersebut. Di dalam kes Bonham-Carter lwn Hyde Park Hotel [1948] WN 89 Mahkamah menyatakan “Plaintiff must understand that if they bring actions for damages it is for 24 them to p”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
1
1.
2
AMIR AZIMI BIN ABDULLAH MOHD HILMI BIN ABDUL RAHMAN …. PIHAK MERAYU DAN MUHAMAD NOOR BIN TEH …. PIHAK MENENTANG (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIBIL NO. A53KJ-234-08/2016) ANTARA MUHAMAD NOOR BIN TEH ….. PLAINTIF
2
MOHD HILMI BIN ABDUL RAHMAN …. DEFENDAN
1
1.1 Ini adalah tuntutan Plaintif terhadap Defendan untuk Gantirugi Am dan Khas akibat dari suatu kemalangan jalanraya yang berlaku di KM 66 Jalan Alor Setar-Butterworth pada 27.9.2014 pada jam lebih kurang 5.30 petang di antara Plaintif yang menunggang motosikal No. KBK 7904 dan Defendan Kedua yang memandu motorkar No. WJG 5375. Defendan pertama adalah pemilik motokar tersebut.
1
1.2 Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, kesemua eksibit, dokumen yang difailkan, Hujah bertulis dan autoriti yang dikemukakan, Mahkamah telah membuat 2 keputusan seperti berikut : Liabiliti Defendan: 100% Di atas Liabiliti 100%, Pihak Defendan hendaklah membayar pihak Plaintif Gantirugi Am sebanyak RM270,000/= dengan faedah pada kadar 5% setahun bermula dari tarikh Penyerahan saman sehingga tarikh Penghakiman, Gantirugi Khas sebanyak RM 480,200/= dengan faedah pada kadar 2.5% setahun bermula dari tarikh Kemalangan sehingga tarikh Penghakiman dan Kos.
1
1.3 Pihak Defendan tidak berpuashati terhadap keputusan Mahkamah dan telah memfailkan Notis Rayuan terhadap liabiliti dan kuantum.
2
2.1 Versi Plaintif (SP 2) adalah pada 27.9.2014, beliau sedang menunggang motosikal di KM 66 Jalan Alor Setar - Butterworth. Beliau telah bergerak perlahan-lahan untuk berhenti dan membelok ke simpang di sebelah kanan. Tiba-tiba sebuah motokar No. WJG 5375 yang datang dari arah bertentangan telah memotong kenderaan di hadapannya dan memasuki laluan Plaintif dan terus melanggar motosikal Plaintif di dalam laluannya.
2
2.2 Versi pihak Defendan Kedua pula adalah semasa beliau sedang memandu motokar, sebuah motokar di hadapannya telah membrek dengan mengejut. Beliau terkejut dan mengelak ke sebelah kanan jalan dan terlanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
2
2.3 Merujuk kepada rajah kasar (eksibit P1), Pegawai Penyiasat (SP 1) mengesahkan bahawa arah perjalanan Plaintif adalah dari atas ke bawah manakala Defendan adalah dari bawah ke atas. Terdapat seorang saksi bebas di dalam kes ini iaitu Syed Nazar bin Syed Taha (SP 5). Di tempat kemalangan, garisan tengah jalan adalah berkembar tidak putus. Kesan pecahan kaca dan komponen kedua-dua kenderaan di atas jalanraya ditandakan sebagai ‘D’ iaitu di lorong antara A2 dan A3. Lorong A2 dan A3 adalah laluan motosikal dan kedudukan motokar Defendan selepas kemalangan adalah di dalam lorong laluan Plaintif. Kerosakan kedua-dua kenderaan kesemuanya adalah di bahagian hadapan kenderaan masing-masing. 3
2
2.4 Saksi bebas (SP 5) telah menyatakan bahawa pada tarikh 27.9.2014, beliau sedang memandu motokar No. PDD 1758. Apabila sampai di KM 66 Jalan Alor Setar - Butterworth, beliau mengekori di belakang deretan kenderaan. Tiba-tiba sebuah motokar Jenis Proton Wira No. WJG 5375 yang datang dari arah belakang memotong deretan kenderaan di sebelah kanan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dari arah bertengangan di laluannya. SP 5 telah membuat satu laporan polis berkenaan kemalangan ini pada hari yang sama (eksibit P4). Keputusan Mahkamah 3.1 Seperti mana sedia maklum, beban untuk membuktikan sesuatu kes sivil adalah sentiasa terletak di pihak Plaintif atas dasar imbangan kebarangkalian (on a balance of probabilities). Di dalam kes U.N. Pandey lwn Hotel Marco Polo Pte. Ltd. [1980] 1 MLJ 4, Mahkamah Tinggi Singapura menyatakan (dengan izin): “In civil cases, as much as in criminal cases, a party must prove his case before the burden of proof shifts to the other side….In a civil case, it is on a balance of probabilities. But the proof is that the balance must be tilted by the plaintiff before the defendant makes his case”.
3
3.2 Begitu juga di dalam kes Baharuddin Arshad & Satu lagi lwn Zalman Ya’acob [1999] 2 CLJ 167 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan (dengan izin): “Adalah menjadi satu prinsip undang-undang bahawa di dalam apa-apa tuntutan pihak yang minta dibebankan untuk membuktikan kesnya. Di dalam tuntutan sivil, beban pembuktian itu adalah di atas imbangan kebarangkalian”.
3
3.3 Merujuk kepada rajah kasar (eksibit P1), pecahan kaca dan komponen kedua-dua kenderaan yang ditandakan sebagai ‘D’, kesemuanya berada di laluan motosikal. Defendan 2 juga telah mengaku di dalam laporan polis beliau (eksibit D6) dan juga keterangannya di Mahkamah bahawa dia telah memasuki laluan Plaintif dan perlanggaran berlaku di laluan tersebut. Saksi bebas (SP 5) juga telah memberi keterangan bagaimana beliau telah nampak motokar yang dipandu oleh Defendan 2 4 memotong deretan kereta di laluannya dan memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan.
3
3.4 Mahkamah mendapati versi pihak Plaintif tentang bagaimana kemalangan berlaku adalah konsisten dan ia disokong dengan keterangan Pegawai Penyiasat, rajah kasar, keterangan saksi bebas dan laporan polis yang dibuat oleh Plaintif dan saksi bebas.
3
3.5 Pihak Defendan telah berhujah bahawa Plaintif telah menyumbang kepada kemalangan ini kerana merujuk kepada rajah kasar, kunci dan gambar tempat kejadian (eksibit P 2 A-I), kemalangan telah berlaku dekat dengan garisan berkembar. Pihak Defendan berhujah bahawa Plaintif sepatutnya menungggang rapat ke kiri jalan.
3
3.6 Mahkamah setuju dengan hujah peguam Plaintif bahawa Plaintif telah menggunakan ruangan paling kanan kerana beliau telah bergerak perlahan untuk membelok ke kanan. Pegawai Penyiasat juga telah mengesahkan bahawa terdapat simpang di sebelah kanan jalan dalam jarak 30 ke 40m di hadapan. Adalah munasabah untuk Plaintif menggunakan laluan paling kanan kerana beliau ingin membelok ke kanan. Walauapapun, Plaintif berada di laluan sahnya apabila Defendan 2 memasuki laluan Plaintif dan melanggarnya.
3
3.7 Berdasarkan prinsip yang dinyatakan di dalam kes-kes di atas dan jika diteliti keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati atas imbangan kebarangkalian, pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kes terhadap Defendan. Tiada kecuaian sumbangan oleh Plaintif di dalam kemalangan ini. ISU KUANTUM (atas dasar 100%) GANTIRUGI AM Semasa kemalangan, Plaintif berumur 33 tahun. Akibat kemalangan tersebut, Plaintif mengalami kecederaan dan telah mula-mula dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah dari 27.9.2014 hingga 4.10.2014. Plaintif telah dirujuk ke Pakar Orthopedik Hospital Gleneagles, P. Pinang pada 20.1.2016 dan juga dirujuk kepada seorang pakar Prosthetics dan Orthotists pada 22.8.2016. Pihak Defendan juga telah merujuk Plaintif ke Pakar Orthopedik di Pantai Medical Centre, Sg. Petani pada 5
12
12.8.2016. Laporan perubatan dan laporan-laporan pakar adalah seperti di bawah:
a
Laporan perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah bertarikh 20.12.2015 (eksibit P 11).
b
Laporan pakar dari Gleneagles Medical Centre, P. Pinang bertarikh 25.3.2016 (eksibit P 10).
c
Laporan pakar Prosthetics dan Orthotists bertarikh 24.8.16 (eksibit P 12).
d
Laporan perubatan dari Hospital Pantai, Sg Petani, Kedah bertarikh 10.11.2016 (eksibit D 13). Hujah pihak Plaintif, pihak Defendan dan awad Mahkamah adalah seperti berikut: No. Kecederaan dan kecacatan Hujah Plaintif Hujah Defendan AWAD MAHKAMAH
1
Abrasions & Lacerations & Puncture Wound a) Upper limb - Left forearm multiple abrasion wound and deformed. b) Lower limb - Puncture wound over mid thigh (right) lower limb. - Multiple laceration wounds with degloving injury over (left) lower limb. - Wound 6 x 7 cm. RM 5,000 Jumlah global RM 6,000 Jumlah global RM 15,000 2. Fracture of the distal end of Defendan Kecederaan 6 the right radius Disabilities:- - There was a deformity of the wrist with tenderness. - The dorsiflexion movement of the right wrist was 30° (Normal 80°). The palmar flexion movement was 40° (Normal 80°). - Slightly weak grasping power. - The fracture of the right wrist has malunited . He still has a deformity with stiffness of the right wrist. This stiffness will be permanent. This is due to the malunion. His right hand function will also be compromised as a result of this. He has brachial plexus injury of the left arm, therefore, any disability in the right wrist will aggravate his disability further as the left arm is useless. berhujah kecederaan ini tidak dicatat dalam laporan perubatan ini ada dinyatakan.
3
Left arm brachial plexus injury Disabilities:- - The left arm was completely wasted lying by his side in a sling. RM 90,000 RM 60,000 7 - The forearm girths, when measured 10 cm, from the points of the elbow showed the right to be 27cm and left 20 cm, indicating severe wasting of the left arm. - There were two scars, 11cm each over the left forearm. - There were multiple small scars over the left forearm, elbow and hand. - The passive range of abduction movement of the left shoulder was 0° - 80°. The external rotation and internal rotation movements were absent. The power of the left shoulder was Grade 2/5. - The passive range of flexion movement of the left elbow was 0° - 130°. There were no active movements. - The passive movement showed the dorsiflexion to be 10° and the palmar flexion to be 30°. There were no active movement possible. - The fingers were all straight. There were no active or passive movements possible. - The brachial plexus injury of the left arm has left the left arm paralysed. For all intents 8 and purposes, the left arm is useless. It is lying by its side. There is complete loss of function of the left arm.
4
Open fracture of the distal end of left radius Disabilities:- - The left wrist passive movement showed the dorsiflexion to be 10° and the palmar flexion to be 30°. There were no active movement possible. - The fingers were all straight. There were no active or passive movements possible. Jumlah global RM25,000 untuk kecederaan 4 dan 5 Jumlah global RM30,000 untuk kecederaan 4 dan 5 5. Open fracture of the distal third of left ulna Disabilities:- - The left wrist passive movement showed the dorsiflexion to be 10° and the palmar flexion to be 30°. There were no active movement possible. - The fingers were all straight. There were no active or passive movements possible. 9
6
Open comminuted fracture of the distal end of right femur with intercondylar split. Disabilities:- - The leg was measured from the anterior superior iliac spines to the tips of the medial malleoli. The right leg was 1cm shorter than the left leg. - The thigh girths, when measured 10cm from the upper poles of the knee caps, showed the right to be 45cm and the left 40cm. There was an induration of the right thigh. - Unable to stand on either leg, unable to squat. - The fracture of the right femur has been treated with an interlocking nail. There is still RM 40,000 10 no significant solid union at the fracture site due to bone loss. He will require further extensive surgery with extensive bone grafting so that the fracture can consolidate and regain its strength. This procedure will cost about RM 15,000.00. It is only after the union of the femur fracture he be able to ambulate. Early ambulation will cause stress fracture of the implants. He will have to lead a wheelchair existence till the fracture unites. Following the procedure, it may take a year before he begins ambulation.
7
Open fracture of the mid shaft of left femur Disabilities:- - There was a prominent nail palpable and there was tenderness over the left gluteal region. - Unable to stand on either leg, unable to squat. - The fracture of the left femur was treated with K-nailing. Though K-nailing has been RM 40,000 RM 30,000 11 performed, the fracture has proceeded to delayed union, he will probably require re-fixation of the left femur with removal of present implants and a bone grafting procedure performed. This will cost in the region of RM 15,000.00 - RM 20,000.00.
8
Closed fracture of the left tibia and closed fracture of the neck of left fibula Disabilities:- - Unable to stand on either leg, unable to squat. - There was posterior sagging of the tibia on the femur indicating a posterior cruciate ligament injury. - There is instability of the left knee. This instability will give rise to arthritic changes at a later date. This is due to posterior cruciate ligament injury. RM20,000 RM40,000 9. Posterior Cruciate Ligament Injury (PCL) Disabilities:- 12 - There was posterior sagging of the tibia on the femur indicating a posterior cruciate ligament injury. - The patient has grade 3 laxity of left knee posterior cruciate ligament, which means he is merely able to move against gravity. There would not be any further improvement. Any physiotherapy will be useless.
10
This will be permanent.” Arthritis Disabilities:- - There is instability of the left knee. This instability will give rise to arthritic changes at a later date. This is due to posterior cruciate ligament injury. RM 14,000 Tidak dibuktikan dan tiada laporan perubatan
11
Tidak dibenarkan Scars: a) Upper limb
i
Left: - There were two scars, 11cm each , over the left forearm. - There were multiple small scars over the left forearm, elbow and hand. Jumlah global RM 9,000 Jumlah global 13 b) Lower limb
i
Left: - There was a 22cm long scar over the lateral aspect of the upper left thigh. - There was a 20 x 12 cm scar with depigmentation and hollowing over the front of left thigh. - There was a 6cm long scar over the left lower thigh. - There was a 14cm long scar over the superior aspect of the left patellar region. - There were multiple small scars over both legs. - There was a 13cm long scar over the front of the left leg.
II
(ii) Right: - There was a 14 cm long scar over the lateral aspect of the upper right thigh. - There was a 6cm long scar over the front of 14 the right thigh. - There was a 8cm long scar over the lateral aspect of the right knee. - There were multiple small scars over both legs. JUMLAH RM270,000 Setelah Mahkamah meneliti hujah kedua-dua pihak, nas undang-undang yang dikemukakan, Compendium of Personal Injury Awards Revised as at 17 April 2014 dan melihat kepada trend terkini, Mahkamah telah memberi awad untuk Gantirugi Am seperti yang dinyatakan seperti di atas. GANTIRUGI KHAS Saya telah memutuskan Gantirugi Khas seperti berikut: MAHKAMAH 1) Kos rawatan kelak Ditarik balik 2) a) Kos tangan palsu (after amputation) b) Custom left knee ankle foot orthosis with spring lever knee joint RM321,800 Tidak dibenarkan 3) Kos jagaan Tidak dibenarkan 4) Kos mendapatkan laporan polis dan laporan perubatan Ke kos 5) Kos kerosakan pakaian Tidak dibenarkan 6) Kos ulang alik dari hospital ke rumah Tidak dibenarkan 7) Kos membaiki motosikal Tidak dibenarkan 8) Kos laporan pakar Ke kos 9) Kehilangan pendapatan RM 158,400.00 15 Multiplicand : RM1,200 Multiplier : Plaintif berumur 33 tahun pada masa kemalangan 55-33 = 11 2 Loss of future earnings : RM1,200 x 11 x 12 = RM158,400 JUMLAH RM 480,200.00 No. 2 (a) Kos tangan palsu (after amputation), Mahkamah telah membenarkan sebanyak RM RM321,800/- Plaintif telah memberi keterangan bahawa akibat ‘Brachial Plexus Injury’ di tangan kirinya, beliau langsung tidak boleh melakukan apa-apa pergerakkan. Beliau dapat rasa berat di tangan dan leher dan bahunya rasa sakit. Tangan beliau juga selalu mengalami kecederaan. Sekarang, tangan kirinya adalah satu beban. Jika diberi pilihan, Plaintif akan memilih untuk membuat amputasi dan memakai tangan palsu kerana beliau difahamkan dengan tangan palsu, beliau dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih efisien. Kebaikan menggunakan tangan palsu telah diberitahu oleh Mr. Santosh Kumar Prasad dan beliau telah memberi kos tangan palsu melalui laporan beliau. Kos ‘Prosthetic Requirement after Amputation’ adalah dalam anggaran RM321,800/- Di dalam kes Kalithasan a/l Elleppan (seorang budak mendakwa melalui bapanya Elleppan a/l Rethinam) v Verarangan a/l Apalasamy, Mahkamah Sesyen Butterworth telah membenarkan tuntututan bagi kos kaki palsu walaupun kakinya masih belum dipotong. Pada peringkat rayuan, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Defendan. Begitu juga di dalam kes Arasahkumaran a/l Subbiah v Lim Pheng Khoon [2007] 1 PIR 69, dimana Mahkamah Sesyen Butterworth telah membenarkan tuntutan Plaintif bagi kos kaki palsu walaupun kaki Plaintif belum dipotong. 16 Oleh yang demikian, Mahkamah boleh membenarkan kos tangan palsu walaupun tangan Plaintif belum dipotong. Mahkamah telah mendengar keterangan tiga orang saksi mengenai isu samada tangan Plaintif perlu dipotong atau tidak iaitu: a) Dr. M. Shunmugam (SP 6) - Orthopaedic Surgeon (pakar pihak Plaintif) dari Hospital Gleneagles, P. Pinang. Laporan pakar dari Gleneagles Medical Centre, P. Pinang bertarikh 25.3.2016 (eksibit P 10). b) Mr. Santosh Kumar Prasad (SP 4) - Prosthetist & Orthotist. Laporan pakar Prosthetics dan Orthotists bertarikh 24.8.16 (eksibit P 12). c) Dr. Vinayaga Moorthy (SD 2) - Orthopaedic Surgeon (pakar pihak Defendan) Laporan perubatan dari Hospital Pantai, Sg. Petani, Kedah bertarikh 10.11.2016 (eksibit D 13). Mahkamah harus menentukan keterangan pakar manakah yang harus diterima. Keterangan Dr. M. Shunmugam (SP 6) Dr. M. Shunmugam telah memberi keterangan bahawa Plaintif mempunyai “Brachial Plexus Injury of the left arm and the left arm is paralysed”. Plaintif mempunyai pilihan seperti berikut: a) Reconstructive Surgery b) Amputation SP 6 menyatakan bahawa di dalam kes ini, “reconstructive surgery is not possible” kerana “Joints are stiff and useless”. Dr. M. Shunmugam menyatakan “it is advisable for the Plaintiff to amputate but it is his choice.” Alasan mengapa Dr. M. Shunmugam berkata begitu adalah kerana untuk satu tangan berfungsi harus ada tiga bahagian tangan iaitu “shoulder, elbow and wrist to move in tandem’ tetapi Plaintif tidak ada apa-apa fungsi di bahagian ‘wrist’. Tangan ini juga akan menganggu fungsi lain-lain bahagian ‘limb’ badan. Dr. M. Shunmugam juga bersetuju dengan case studies yang dibuat oleh P.M. 17 Yeoman and H.J. Seddon London England yang dilampirkan bersama laporan Mr. Santosh (SP 4). Dr. M. Shunmugam juga telah merujuk kepada the Malaysian Orthopaedic Journal (eksibit ID 19) berkenaan kecederaan ‘Brachial Flexus Injury’ dan alasan-alasan dan kesimpulan di dalam ‘case study’ tersebut adalah seperti berikut: a) Thirty-six patients with complete irrevocable brachial plexus lesions have been studied. b) Function has been compared after i)) arthrodesis of the shoulder with amputation through the arm ii) so-called reconstructive procedures, and iii) no operative treatment. c) The results of reconstructive operations have been so disappointing that we believe that this type of treatment should be abandoned. d) Amputation-arthrodesis offers a better functional result than either reconstruction or no operation. Its value depends to a considerable extent on the manual dexterity of this patient. e) A clerical worker who is not mechanically minded is less likely to use an artificial limb, and in this type of patient operation is perhaps best avoided. Keterangan Mr. Santosh Kumar Prasad (SP 4) SP 4 telah memberi keterangan sebagai seorang pakar Orthotist & Prosthetist. Alasan-alasan beliau mengapa tangan Plaintif harus dipotong dan dipasang dengan tangan palsu adalah seperti berikut:
a
To increase the functionality of the left upper limb;
b
To maximize his activity of daily living;
c
Functionality in society increase and easier to rehabilitate in the society; and
d
Better cosmetic appearance to avoid social stigma.
e
Beliau juga bergantung kepada alasan-alasan di dalam ‘case studies’ “Artikel Brachial Plexus Injuries : Treatment Of The Flail Arm” daripada P.M Yeoman and H.J. Seddon, London England yang dilampirkan bersama di dalam laporan beliau. 18 SP 4 telah menyatakan kos ‘Prosthetic Requirement after Amputation’ adalah dalam anggaran RM321,800/- seperti di dalam laporannya pada mukasurat 36 (eksibit P 12)
Preamble
Menurut SD 2, beliau bersetuju kaedah ‘amputation’ tidak diperlukan oleh Plaintif kerana terdapat ‘improvement’ iaitu pemulihan yang baik terhadap keadaan Plaintif terutama di bahagian bahu dan siku beliau. Hal ini dibuktikan dengan pemeriksaan kali pertama yang dilakukan oleh Dr. M. Shunmugam dan pemeriksaan kedua yang dilakukan oleh Dr. Vinayaga Moorthy sendiri di mana terdapat pemulihan di bahagian tangan Plaintif. Oleh demikian, dihujahkan kaedah ‘amputation’ adalah tidak diperlukan untuk tangan Plaintif. Dr. Vinayaga Moorthy juga menjelaskan bahawa kaedah ‘amputation’ tidak perlu kerana Plaintif tidak mengalami apa-apa kesakitan di bahagian tangan yang memerlukan beliau untuk melakukan ‘amputation’. Selain itu, SD2 menjelaskan bahawa “Artikel Brachial Plexus Injuries : Treatment Of The Flail Arm” daripada P.M Yeoman and H.J. Seddon, London England, yang dilampirkan bersama laporan Mr. Santosh bagi rujukan kecederaan Plaintif adalah sumber rujukan yang dihasilkan pada tahun 1961 iaitu sumber rujukan yang sudah lama / ‘outdated’. Beliau telah menyatakan bahawa Plaintif hanya mempunyai 3 pilihan iaitu: a) Biarkan tangan begitu sahaja b) Reconstructive surgery; atau c) Amputation. SD 2 telah bersetuju ‘reconstructive surgery’ tidak boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, beliau tidak bersetuju ‘amputation’ harus dilakukan dan menyatakan tangan Plaintif boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada sedikit ‘improvement’ di bahu dan siku (elbow). Pendapat Mahkamah Pada mulanya Dr. Vinayaga Moothy (SD 2) bersetuju dalam 3 isu material iaitu: 19 a) Bersetuju dengan definisi tangan ‘flail’ ialah “a completely useless arm, complete loss of function” b) Bersetuju untuk kegunaan tangan secara sempurna perlu pergerakkan 3 bahagian tangan dengan baik: iaitu ‘shoulder, elbow & wrist’ c) Menyatakan di dalam laporan beliau perkara-perkara berikut di ‘wrist’ Plaintif di m/s 6 laporan beliau (eksibit D 13). “There is wrist drop without any extension power but flexion is grade 2/5. There is very weak finger flexion and extension. These movements are however not enough to use his left hand to do any purposeful activities.” SD 2 telah dirujuk kepada laporan beliau sendiri (eksibit D 13) pada ms 4 dibawah heading Right/Left hand seperti berikut: “He has a clawing of the fingers and thumb. The finger flexion and extension is grade ⅖. He cannot make a clenched fist. The thumb cannot be extended. He cannot hold or grip even light objects with his left hand. There is numbness of the C5, C6, C7 and C8 dermatomes. T1 dermatome is intact.” Peguam Plaintif telah tanya soalan berikut: Q: It is based on your own finding that he cannot use his left hand to do any purposeful activities? A: I disagree. Q: You are now disagreeing with your own conclusion? A: I disagree. Q: Pg 6, 4th para. You are now disagreeing with this statement in court. What you have said in court and what you have said in the statement is contradictory? A: I will agree. Mahkamah mendapati SD 2 setuju dengan cadangan Peguam Plaintif bahawa keterangannya berkaitan di ‘Comment’ di Mahkamah adalah bertentangan dengan laporan beliau di ms 4. Beliau sekarang tidak setuju dengan laporannya sendiri. 20 Merujuk kepada kes Chean Siong Guat v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 63, telah dinyatakan seperti berikut (dengan izin): “If after considering the discrepancies, a magistrate finds that they do not detract from the value of the testimony of the witness or witnesses, it would be then proper for him to regard them as trivial and ignore them. On the other hand, if he finds that they relate to a material point which would seriously affect the value of the testimony of the witness or witnesses, then it would be his duty to weigh the evidence carefully in arriving at the truth.” Setelah meneliti keterangan dan laporan yang dikemukakan, Mahkamah setuju dengan pendapat yang diberikan oleh Dr. M. Shunmugam (SP 6) dan Mr. Santosh Kumar Prasad (SP 4). Oleh yang demikian, Mahkamah telah membenarkan awad bagi kos tangan palsu seperti yang dituntut. 9) Kehilangan Pendapatan Multiplicand Plaintif (SP3) memberi keterangan bahawa beliau bekerja sebagai seorang pembantu penjualan buah-buahan dan hasil laut di pasar malam dan pasar tani. Beliau pergi ke kerja menunggang motosikal dan perlu ke tempat-tempat yang berbeza untuk berniaga. Plaintif perlu mengangkat kotak-kotak buah-buahan dan hasil laut yang berat dari sana ke sini. Beliau juga memuat barang berat ke atas van dan menurunkan barang berat dari van untuk jualan. Plaintif bekerja dari 7.00 pagi hingga ke 1.30 tengahari dan dari pukul 4.00 petang sehingga ke lebih kurang 11.00 ke 12.00 malam setiap hari. Gaji bulanan Plaintif adalah lebih kurang RM2240/- sebulan. Selepas kemalangan, Plaintif tidak dapat bekerja kerana tangan kirinya sudah lumpuh dan beliau tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Plaintif telah cuba cari kerja lain tetapi tiada sesiapa yang bagi kerja kepadanya. Majikan (SP2) memberi keterangan bahawa beliau menjalankan perniagaan pasar malam. Plaintif telah bekerja dengan beliau lebih kurang 4 tahun. Plaintif bekerja 7 21 hari seminggu dan bekerja untuk kedua-dua pasar tani dan pasar malam. SP 2 membayar gaji bulanan Plaintif sebanyak lebih kurang RM2240/- secara tunai. Gaji dibayar satu bulan 2 kali (15 haribulan dan hujung bulan) dan Plaintif juga diberi RM10/- setiap hari sebagai elaun makan. SP 2 telah mengemukakan Perakuan Perniagaan (eksibit P7), Maklumat Perniagaan (eksibit P8) dan Voucher butir-butir pembayaran gaji Plaintif (eksibit P9 A-C) Daripada keterangan yang dikemukakan, saya berpendapat pihak Plaintif telah membuktikan Plaintif telah bekerja dengan pendapatan bulanan lebih kurang RM2240/- sebulan. Walaubagaimanapun, Mahkamah menetapkan Multiplicand sebagai RM1,200/- setelah mengambil kira faktor bahawa gaji Plaintif tidak tetap dan juga kos kehidupan seharian Plaintif. Perkiraan kehillangan pendapatan adalah seperti berikut: Multiplicand: RM 1,200/- Multiplier: Plaintif berumur 33 tahun pada masa kemalangan. Maka multiplier 55 - 33 = 11 2 Kehilangan pendapatan adalah RM1,200 x 11 x 12 = RM 158,400/- Isu sama ada Plaintif boleh ‘gainfully employed’. Pendapat Dr. M. Shunmugam (SP 6) di dalam laporan pakarnya dibawah heading ‘Conclusions and opinion’ adalah seperti berikut: “He was working as a general worker. He is presently unemployed. He will not be able to work as a general worker. This is due to the paralysis of the left arm and the multiple fractures which has given rise to significant disabilities. He will be unable to be gainfully employed as a result of his multiple disabilities.” Pendapat Dr. Vinayaga Moorthy (SD 2) di dalam laporan pakarnya pada perenggan 6 di bawah heading ‘Comment’ m/s 6 adalah seperti berikut: “He works as a fruit seller prior to the accident. Once he is able to walk, he can restart 22 his fruit stall with the help of an assistant. He can also do other light duty job using his right hand. I would disagree to say that he is not be gainfully employed in the future.” Mahkamah harus memutuskan isu samada Plaintif boleh ‘gainfully employed’. Mahkamah telah mendengar keterangan kedua-dua pakar dan menerima keterangan Dr. M. Shunmugam berbanding dengan keterangan Dr. Vinayaga Moorthy. Dr. M. Shunmugam telah memberi alasan bahawa setelah mengetahui: a) Nature of job. b) Loss of function of his left hand totally. c) Extremities/ limitation of other limb. Plaintif tidak boleh melakukan kerja tersebut atau lain-lain general labour work. Dr. Vinayaga Moorthy juga bersetuju bahawa: a) Walaupun beliau menyatakan beliau boleh bekerja dengan bantuan seorang lain sebagai ‘penjual buah-buahan’ tetapi nyata beliau tersalah kerana beliau tidak mencatatkan ‘nature of his job’ di dalam rekod beliau. b) Dan setelah diberitahu ‘nature of his job’ beliau bersetuju bahawa ‘he cannot be gainfully employed’. c) Juga bersetuju bahawa ‘any other job of like nature or of general work, Plaintiff cannot be gainfully employed’. d) Apa-apa kerja lain yang tidak didefinasikan yang dikatakan boleh dilakukan dengan sokongan tangan kiri. e) Dr. Vinayaga Moorthy memberi keterangan secara ‘spekulasi’ - “He can get lah I think.” Pendapat Dr. Vinayaga Moorthy juga pada tahap pemeriksaan balas adalah sama dan konsisten dengan pendapat Dr. M. Shunmugam bahawa Plaintif: a) Cannot return to the job he was doing previously. b) Cannot return to the job of any like nature i.e. general work. 23 c) And if any other work, whether can be done with one hand (even that is disabled as well) or like a paralysis patient by just reading, THAT job must be available to him looking at his educational standards, his ability to do it and so many factors as Dr. M. Sanmugam puts it. Adalah tugas Defendan menunjukkan bahawa “such job available in the market’. Rujuk kes Noor Azahar (1991) 1 CLJ 150 dimana diputuskan seperti berikut (dengan izin): “There was no evidence of suitable sedentary employment for the plaintiff in the condition he has found himself as a result of his injuries. There was no offer or suggestion in this regard coming from the defendant. It was not put to the plaintiff or any other witness in cross-examination or at all that the plaintiff had available to him such employment. It is true that a plaintiff must take all reasonable steps to mitigate the loss to him consequent upon the defendant's wrong...However as I see it the burden of proof is on the defendant to show that the plaintiff should have taken certain steps to mitigate his loss and the normal measure of damages will not be cut down unless the defendant succeeds in showing that the plaintiff ought reasonably to have taken suggested mitigating steps… The defendant failed to lead evidence of suitable alternative employment. There was no basis for me to take any sort of judicial notice in this regard. In any event I was not invited to do so. Accordingly I found myself unable to make any deduction in the multiplicand in regard thereto.” Daripada keterangan yang ada, Mahkamah berpendapat Plaintiff tidak boleh ‘gainfully employed’. Gantirugi Khas yang tidak dibenarkan Bagi kesemua item dalam butir-butir Gantirugi Khas yang ditolak kerana gagal dibuktikan, Mahkamah tidak membenarkan tuntutan berkenaan kerana gagal dibuktikan dengan kukuh dan tiada keterangan dikemukakan di hadapan Mahkamah mengenai perkara-perkara tersebut. Di dalam kes Bonham-Carter lwn Hyde Park Hotel [1948] WN 89 Mahkamah menyatakan “Plaintiff must understand that if they bring actions for damages it is for 24 them to prove their damages; it is not enough to write down the particulars, and so to speak, throw them at the head of the court, saying, “This is what I have lost, I ask you to give me these damages”. They have to prove it.” Begitu juga di dalam kes Guan Soon Tin Mining Company v Wong Fook Kum [1968] 1 LNS 43 dimana Mahkamah Persekutuan menyatakan “The respondent, as plaintiff, of course had to discharge the burden of proving both the fact and the amount of damages before he could recover”. Prinsip yang sama juga dinyatakan di dalam kes Ngooi v Aidi Abdullah [1985] 1 MLJ 30, dimana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Special damages on the other hand have to be specifically pleaded and strictly proved. They refer to past expenses and loss of earnings. The exact loss must be pleaded where the precise amount of item has become clear before the trial. The reason that special damages have to be specifically pleaded is in order to comply with its object which is to crystallize the issue and to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial.” FAEDAH DAN KOS Mahkamahh telah membenarkan Faedah 5% setahun untuk Gantirugi Am dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh Penghakiman dan faedah pada kadar 2.5% setahun untuk Gantirugi Khas bermula dari tarikh Kemalangan sehingga tarikh Penghakiman dan Kos. Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan diatas, Mahkamah berpendapat penghakiman yang diberikan adalah wajar dan munasabah. Bertarikh pada 25hb Februari, 2018 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) HAKIM 25 MAHKAMAH SESYEN (2) SUNGAI PETANI KEDAH 26
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.