tidak bertanggungan untuk membayar sebarang gantirugi kepada Plantif. Terdapat isu yang meragukan dan melibatkan penipuan (frod) yang mana Defendan (3) mendakwa tuntutan Plantif terhadap Defendan-Defendan adalah tuntutan palsu demi menuntut gantirugi daripada Defendan-Defendan. [5] Mahkamah mendapati tiada keterangan daripada saksi orang awam di tempat kejadian ketika kemalangan dikatakan berlaku melainkan keterangan SP2 iaitu Plantif yang mana dikatakan terlibat dalam kemalangan tersebut. Mahkamah selanjutnya menimbang keterangan saksi bebas lain iaitu Pegawai Penyiasat (SP1) di samping keterangan senyap seperti gambar tempat kejadian, gambar motorsikal Plantif, rajah kasar dan laporan polis pihak-pihak. S/N u/gFBdIkUEuhZaPkdsnTuA Analisa & Dapatan Mahkamah [6] Sungguhpun Defendan-Defendan tidak megemukakan sebarang saksi atau membentangkan kesnya di hadapan Mahkamah ini, prinsip undang-undang mantap menyatakan beban pembuktian kecuaian pada tahap imbangan kebarangkalian adalah kekal di atas bahu Plantif. Ini juga sejajar dengan kehendak Seksyen 101 dan Seksyen 102 Akta Keterangan 1950. [7] Dalam memahami pekara ini, kes-kes duluan berikut adalah dirujuk; WONG THIN YIT V. MOHAMAD ALI [1971] 2 MLJ 175: In a negligence action, the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence and the plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. Mahkamah juga merujuk kepada kes KUNASEGARAN MANICKAM V. BAULA SINGH KIPA SINGH & ANOR & ANOTHER CASE [1982] CLJ (REP) 506: The fact that the defendants had not been called to rebut the plaintiff's case did not mean judgment must be entered in favour of the plaintiff. The question of tilting the balance of probabilities in the plaintiff's favour would only arise where the plaintiff has proved his case. Prinsip tersebut juga telah dirujuk dalam kes CHE PAH BINTI ITAM V. CHANG BEK LEE [1998] 4 CLJ 517: Although the defendant had not adduced any evidence he had nevertheless filed his statement of defence denying any liability whatsoever for the said accident. In the absence of the defendant's evidence is the court compelled to accept in toto the plaintiff's version? It is trite law that the onus of proving negligence lies on the plaintiff. In Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151 Ong CJ (as he then was) held: In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence.The plaintiff cannot succeed without proof of defendant's negligence. [8] Sehubungan itu, adalah amat penting bagi Mahkamah untuk menentukan sama ada kemalangan sebenarnya telah berlaku antara Plantif dan Defendan (2) memandangkan Defendan (3) telah mempertikaikan berlakunya kemalangan tersebut. Mahkamah ini perlu menimbang beban pembuktian penipuan dalam kes ini atas imbangan kebarangkalian bagi menentukan sama ada kemalangan sebenarnya berlaku seperti yang telah diputuskan dalam S/N u/gFBdIkUEuhZaPkdsnTuA kes SINNAIYAH & SONS SDN BHD V. DAMAI SETIA SDN BHD [2015] 7 CLJ 584 seperti berikut: We therefore reiterate that we agree and accept the rationale in re B (Children) (supra) that in a civil claim even when fraud is alleged the civil standard of proof, that, is, on the balance of probabilities, should apply. [9] Mahkamah berpendapat keterangan SP1 dan SP2 terutamanya SP2 iaitu Plantif adalah perlu diteliti bagi Mahkamah ini membuat dapatan samada di atas imbangan keberangkalian bahawa versi yang dikemukakan oleh Plantif adalah boleh dipercayai dan berkeyakinan di sisi undang-undang. Adalah perlu difahami bahawa SP2 ini adalah antara watak penting yang dikatakan berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa dikatakan kemalangan berlaku. [10] Adalah mustahak untuk Mahkamah ini meneliti keterangan Plantif-SP2 terlebih dahulu dengan merujuk kepada penyata saksi-P8 di mana menyatakan seperti berikut: Pada 25.12.2021 jam lebih kurang 1610 HRS semasa saya menunggang m/sikal BKV 7935 dari Taman Pertama hendak ke Hospital Sabak Bernam. Apabila sampai di selekoh Jalan Bunga Tanjung Sabak Bernam, sebuah m/sikal BLX 1494 dari aran bertentangan telah hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah m/sikal yan berada dihadapan saya No. BLY 3248. Pada masa yang sama m/sikal BLX 1494 ju telah bergesel dengan m/sikal saya. Tambahan itu, SP2 juga telah membuat tandaan Z ke atas gambar pertama – P3 bagi menyokong keterangannya bahawa wujud motorsikal no. plet BLX 1494 di tempat kejadian usai kemalangan terjadi. [11] Semasa pemeriksan balas, SP2 menyatakan motorsikal Defendan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan Plantif di mana ketika itu motorsikal Defendan bergesel terlebih dahulu dengan motorsikal penama Espari dan kemudian turut bergesel dengan motorsikal Plantif. Malahan itu, SP2 telah merujuk kepada rajah kasar-P2 di mana kedudukan sebelum kemalangan dengan menanda tandaan A (kedudukan Plantif) dan tandaan B (kedudukan Espari). [12] Di samping itu, Mahkamah turut dikemukakan dengan laporan polis Plantif– P4 yang telah dibuat oleh SP2 yang mana isi kandungan laporan tersebut menyatakan antara lain bagaimana, di mana dan bila kemalangan berlaku adalah sejajar dengan keterangan SP2 di perenggan [10 & 11]. Mahkamah perlu berhati-hati dalam menerima seadanya laporan polis tersebut kerana ianya telah dibuat Plantif pada 29.12.2021 yang mana 4 hari selepas kemalangan berlaku. Walaubagaimanapun, Mahkamah berpendapat tempoh 4 tersebut adalah tidak memudaratkan kes Plantif memandangkan Plantif mengalami kecederaan patah S/N u/gFBdIkUEuhZaPkdsnTuA lutut dan bapa Plantif telah mengambil tanggungjawab membuat laporan polis pertama - pada hari kejadian berlaku 25.12.2021 jam 4.50 petang sepertimana yang disahkan oleh keterangan SP1 iaitu Pegawai Penyiasat. [13] Tambahan itu, pada hemat Mahkamah ini SP2 adalah seorang saksi yang boleh dipercayai, tenang dan konsisten dalam memberikan keterangan terutamanya semasa pemeriksaan balas. Beliau pada setiap masa yang material tetap menegaskan mampu melihat dan mengingati no. plet motorsikal Defendan (2) yang melanggarnya iaitu BLX 1494. Malah ketika SP2 tercampak ke dalam parit konkrit beliau masih dalam keadaan sedar diri akibat pelanggaran tersebut. [14] Walaubagaimanapun, dalam menimbangkan keterangan SP2 secara keselurahan seperti di atas, ianya perlu diselaraskan dengan pertimbagan yang cermat ke atas keseluruhan keterangan SP1 yang merupakan pegawai penyiasat kes ini kerana keterangan SP1 sebagai saksi bebas adalah amat penting. Beliau juga memberikan keterangan melalui penyata saksi – P1 dan berdasarkan segala butiran yang dicatitkan dalam kertas siasatan. Berikut adalah antara keterangan beliau: a) Pada 25.12.2021 jam 4.30 petang beliau telah mendapat maklumat daripada Kaunter Aduan Trafik mengenai suatu kemalangan telah berlaku dan kemudian bergerak ke tempat kejadian pada jam 4.45 petang pada hari yang sama. b) Apabila sampai di tempat kemalangan, beliau sendiri mendapati 3 buah motorsikal yang terlibat dalam kemalangan masih berada di tempat kejadian bersama penunggang masing-masing sepertimana tandaan F,G, H dalam rajah kasar dan kunci tempat kejadian – P2 dan juga tandaan A (Plantif), B (Defendan 2) dan C (Espari) pada gambar 1- P3. Kesemua tandaan ini adalah dibuat oleh SP1 sendiri. c) Beliau juga memaklumkan Plantif terduduk di bahu jalan (di atas rumput) manakala Espari dalam keadaan berdiri dan Defendan (2) pula apabila SP1 sedang melakar rajah kasar beliau berlalu pergi bersama motorsikalnya. d) SP1 telah mengambil gambar – P3 (1-18) iaitu secara kolektif gambar tempat kejadian dan gambar motorsikal Plantif dan penama Espari pada hari kemalangan berlaku manakala gambar kerosakan motorsikal Defendan pada keesokan harinya iaitu 26.12.2021 e) SP1 telah mengambil rakaman percakapan pihak-pihak yang terlibat iaitu Plantif, Defendan (2) dan penama Espari. Laporan Polis Defendan dan penama Espari dibuat pada 26.12.2021 sehari selepas hari kemalangan berlaku. SP1 mengesahkan laporan polis yang dibuat ketiga-tiga mereka adalah konsisten /selari dengan rakaman percakapan yang dibuat. Kerosakan ketiga-tiga motorsikal – rujuk soalan jawapan S/N u/gFBdIkUEuhZaPkdsnTuA no.15 & Jadual 1 – penyata saksi SP1 adalah konsisten dengan versi bagaimana kemalangan berlaku yang dikemukakan oleh keterangan Plantif dan penama Espari (dalam laporan polis). f) Hasil siasatan SP2 mendapati motorsikal Defendan (2) telah datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan motorsikal Espari (yang berada di hadapan motorsikal Plantif) lalu kemudian motorsikal Defendan (2) telah bergesel dengan motorsikal Plantif. Setelah itu, saman dikeluarkan terhadap Defendan (2) di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana Defendan (2) adalah punca kepada kemalangan tersebut. Keputusan kes-P7 dikemukakan di Mahkamah. Hasil siasatan SP2 turut mendapati tiada keraguan daripada kemalangan yang melibatkan ketiga-tiga motorsikal tersebut. [15] Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2 serta keterangan-keterangan dokumentar tersebut, dapatan yang boleh dibuat Mahkamah ini adalah Defendan (2) dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sekaligus meletakkan dirinya dan pengguna jalan raya yang lain iaitu Plantif ketika itu dalam keadaan bahaya. Mahkamah berpendapat Plantif tidak menyumbang kepada kecuaian kerana tempat kemalangan bukan laluan sah motorsikal Defendan (2) tetapi Plantif dan penama Espari. Sekiranya motorsikal ditunggang Defendan (2) pada kelajuan perlahan dan memberi sepenuh perhatian ke arah hadapan terutamanya apabila tiada apa halangan yang mengganggu penglihatan Defendan (2), maka Mahkamah berpendapat beliau berkesempatan untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut bagi mengelak daripada melanggar Plantif dan penama Espari. [16] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Plantif berjaya melepaskan beban bukti untuk membuktikan bahawa dakwaannya bahawa beliau telah dilanggar secara bergesel oleh motorsikal Defendan (2) sejurus motorsikal tersebut bergesel dengan motorsikal penama Espari adalah berkemungkinan. [16] Semua pihak sedia maklum, Defendan kini mempunyai beban keterangan untuk menyangkal segala keterangan yang telah dikemukakan dan dibuktikan oleh Plantif. Prinsip undang-undang mantap ini telah ditegaskan dalam kes KERUNTUM SDN BHD V. THE DIRECTOR OF FOREST & ORS [2018] 4 CLJ 145 yang memutuskan seperti berikut: [78] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies, has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party (see UN Pandey v. Flotel Marco Polo Pte Ltd [1978] CLJU 223; [1978] 1 LNS 223; [1980] 1 MLJ 4). S/N u/gFBdIkUEuhZaPkdsnTuA When the burden shifts to the other party, it can be discharged by cross-examination of witnesses of the party on whom the burden of proof lies or by calling witnesses or by giving evidence himself or by a combination of the different methods. See Tan Kim Khuan v. Tan Kee Kiat (M) Sdn Bhd [1998] 1 CLJ SUPP 147; [1998] 1 MLJ 697. [79] The findings made by the learned trial judge are mainly findings of facts and he gave credible reasons for his findings. He had the benefit of hearing testimonies and observing the demeanour of the witnesses. Those findings of facts were affirmed by the Court of Appeal. It would need very clear and convincing reasoning to justify us to reverse what has already been decided. We have looked at those findings of facts by the learned trial judge and the detail reasons given by him and we are satisfied that, on the facts of the case, any reasonable tribunal would have made similar findings. [17] Walaubagaimanapun, Mahkamah mengambil maklum tiada saksi defendan-defendan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan berlansung. Tiada alasan konkrit dikemukakan oleh pihak Peguamcara Defendan. Maka Defendan-Defendan telah gagal mengemukakan keterangan bagi versi Defendan berkaitan ketidakwujudan kemalangan berlaku melibatkan motosikal no. plet BLX 1494 dan sungguhpun ianya benar berlaku penafian liabiliti yang bertanggungan ke atas Defendan (2) harus dibuktikan di atas imbangan kebarangkalian. [18] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, maka adalah diputuskan Defendan (2) sebagai penunggang motorsikal no. plet BLX 1494 adalah cuai 100% dalam kemalangan ini apabila telah melanggar Plantif yang sedang menunggang motorsikal no.plet BKV 7935, maka tuntutan Plantif terhadap Defendan-Defendan dibenarkan dengan kos mengikut skala. B. Kuantum (atas dasar 100%)