Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-A53F-4-07/2023 ANTARA MUHAMAD NORUL HADI BIN SULAIMAN (No. K/P: 940312-03-6177) …PLAINTIF
DA-A53F-4-07/2023
Sessions Court of Malaysia25 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“hat the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges’ (see s 8 of the Defamation Act 1957 and Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [1966] 2 MLJ 66). It is also to be noted that partial j”
“hkamah telah menjelaskan berkenaan dengan keistimewaan mutlak ini seperti berikut: “[77] An often-quoted definition of qualified privilege is to be found in the speech of Lord Atkinson in Adam v Ward [1917] AC 309: A privileged occasion is, in reference to qualified privilege, an occasion where the person who makes the”
“SLANDER) ISU PERTAMA: SAMA ADA PLAINTIF BERJAYA MEMBUKTIKAN ELEMEN ELEMEN FITNAH TERHADAP DEFENDAN-DEFENDAN [ 11 ] Merujuk kepada kes Simon Choong & 11 Ors v Dragon Ginseng Enterprise Sdn Bhd & 2 Ors [2015] AMEJ 1123 , Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “The law on slander is succinctly illustrated by Ch”
“nah adalah jelas bahawa terdapat tiga elemen yang perlu dipenuhi oleh Plaintif sebelum fitnah dapat dibuktikan. Mahkamah merujuk kepada kes Muhammad Zamri Vinoth Bin Kalimuthu v Arumugam A/L Dorasamy [2025] AMEJ 2070 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[10] It is trite law that to succeed in a cl”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-A53F-4-07/2023 ANTARA MUHAMAD NORUL HADI BIN SULAIMAN (No. K/P: 940312-03-6177) …PLAINTIF
1
DAN WAN BAHARIN BIN WAN AHMAD @ MOHAMMAD (No. K/P: 680505-11-5287)
2
ROHANA BINTI AB RASHID (No. K/P: 650222-03-5570) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG KES [ 1 ] Plaintif membuat tuntutan terhadap Defendan-Defendan di bawah kausa tindakan fitnah . Plaintif mendakwa telah kehilangan kerja kerana Defendan-Defendan telah menyebarkan dakwaan palsu bahawa Plaintif sedang menjalankan dan mempraktis perubatan tradisional atau perbomohan sehingga meyakinkan Dr. Fariza untuk menukar keputusan pemeriksaan kesihatan Plaintif. Seterusnya Plaintif disahkan tidak mempunyai akal/tubuh yang sihat serta meyakinkan Jemaah Lembaga Perubatan bahawa Plaintif tidak berupaya untuk menjalankan tanggungjawab dan/atau kewajipan jawatannya dan diberhentikan kerja. S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw [ 2 ] Oleh yang demikian, Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media sosial, gantirugi am disebabkan tindakan fitnah, penindasan di tempat kerja dan khianat yang dilakukan oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintif, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif dan satu perintah injunksi terhadap Defendan Defendan. [ 3 ] Mahkamah membuat keputusan menolak tuntutan Plaintif dengan kos RM10,000.00 B. RINGKASAN KES [ 4 ] Pada tahun 2022, Plaintif telah mengambil cuti sakit berjumlah 285 hari dalam tahun semasa iaitu bermula dari 27/1/2022 sehingga 31/12/2022. Dalam tempoh tersebut, Defendan Kedua selaku Ketua Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia telah berjumpa dengan Plaintif untuk menerangkan tentang prosedur cuti sakit dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak Jabatan sekiranya cuti sakit melebihi 180 hari dalam tahun semasa iaitu dengan menubuhkan Lembaga Perubatan. Oleh yang demikian, Unit Pentadbiran telah menguruskan permohonan penubuhan Lembaga Perubatan sebagaimana prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan. [ 5 ] Pada 15/1/2023, pihak Jabatan telah menerima satu surat Persidangan Lembaga Perubatan daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II bertarikh 11/1/2023 yang mana Plaintif dan wakil majikan telah diminta untuk hadir ke persidangan tersebut pada 18/1/2023. Surat tersebut diserahkan kepada Plaintif melalui Urusetia Penjara Pengkalan Chepa. [ 6 ] Lembaga Perubatan tersebut ditubuhkan untuk memeriksa kesihatan Plaintif bagi maksud memberi pendapat sama ada Plaintif S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan tugasnya. Panel Persidangan Lembaga Perubatan dianggotai oleh Dr. Norzilawati binti Mohd Ghazali (Timbalan Pengarah Perubatan III), Dr. Fariza binti Yahya (Pakar Perunding Psikiatri Gred Khas C) dan Dr. Sharifah Shakirah As Sahab bin Wan Mohamad Nasir (Pegawai Perubatan Gred UD52). [ 7 ] Pada 18/1/2023, Defendan-Defendan telah hadir sebagai wakil majikan kepada Plaintif dan persidangan tersebut telah diadakan secara berasingan antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Semasa persidangan tersebut, Defendan-Defendan hanya menjawab soalan yang ditanyakan oleh panel persidangan yang mana merangkumi skop/prestasi kerja, masalah keluarga yang dihadapi, jumlah pendapatan, hutang yang ditanggung dan aktiviti Plaintif sepanjang tempoh cuti sakit tersebut. [ 8 ] Keputusan persidangan tersebut adalah dibuat setelah siasatan terperinci dijalankan termasuklah meneliti fail rawatan Plaintif, mendapatkan maklum balas daripada doktor yang pernah merawat Plaintif dan berdasarkan maklumat daripada orang yang terdekat dengan Plaintif. Plaintif juga dengan sendiri telah bersetuju untuk dibersarakan atas sebab kesihatan di bawah Seksyen 10(5)(a) Akta Pencen 1980 [Akta 22]. [ 9 ] Peranan Defendan-Defendan sewaktu persidangan tersebut adalah sebagai wakil majikan kepada Plaintif sahaja dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh panel persidangan yang terdiri daripada doktor pakar perubatan. Segala tindakan Defendan-Defendan dalam tindakan ini tertakluk kepada penggunaan prinsip justifikasi dan keistimewaan mutlak oleh Defendan-Defendan berdasarkan kepada fakta, kenyataan dan laporan yang benar. S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw [ 10 ] Terdapat 3 isu dalam kes ini seperti berikut: i) Sama ada Plaintif berjaya membuktikan elemen-elemen fitnah terhadap Defendan-Defendan; ii) Sama ada tindakan Defendan-Defendan tertakluk kepada pemakaian prinsip justifikasi dan keistimewaan mutlak oleh Defendan-Defendan; dan iii) Sama ada Plaintif layak terhadap gantirugi-gantirugi yang dituntut. DAPATAN C. PENENTUAN LIABILITI KAUSA TINDAKAN FITNAH (SLANDER) ISU PERTAMA: SAMA ADA PLAINTIF BERJAYA MEMBUKTIKAN ELEMEN ELEMEN FITNAH TERHADAP DEFENDAN-DEFENDAN [ 11 ] Merujuk kepada kes Simon Choong & 11 Ors v Dragon Ginseng Enterprise Sdn Bhd & 2 Ors [2015] AMEJ 1123 , Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “The law on slander is succinctly illustrated by Chua J in Workers' Party v Tay Boon Too ; Workers' Party v Attorney-General [1975] 1 MLJ 47 as follows: "In an action for slander the witnesses must prove the words used and cannot be allowed to state the impression produced upon their minds by the whole of the conversation (Harrison v Bevington 173 ER 683). It is not sufficient for them to state what they conceive to be the substance or effects of the words (Maitland v Goldney 102 ER 431).” [ 12 ] Berdasarkan kes di atas, beban pembuktian adalah terletak pada Plaintif untuk membuktikan kata-kata fitnah yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan. Berdasarkan pliding Plaintif, Plaintif tidak pernah sama sekali memplidkan secara khusus pernyataan yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan yang mengandungi unsur fitnah. S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw [ 13 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd v SSN Medical Products Sdn Bhd [2017] 2 MLJ 629 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[45] In this regard, it is settled law that in libel and slander, the very words complained of, whether stated orally or published, are the facts on which the action is grounded. In other words, these are material facts which must be pleaded so that the defendant knows the precise charge against him and is then able to defend himself against it. It is insufficient to merely describe their substance, purpose or effect. It is essential to set out the actual words used so that the court can then decide, as a matter of law, whether the said words whether oral or published give rise to the defamatory imputations alleged (see Harris v Warre (1879) 4 CPD 125; Abu Samah bin Omar v Zainal bin Montel [2004] 5 MLJ 377; Lim Kit Siang v Datuk Dr Ling Liong Sik & Ors [1997] 5 MLJ 523; and Dato’ V Kanagalingam v David Samuels & Ors [2006] 6 MLJ 521).” [ 14 ] Berdasarkan kes di atas, Mahkamah memutuskan bahawa ia adalah tidak memadai untuk menerangkan kandungan, tujuan atau kesannya sahaja, sebaliknya Plaintif perlu menyatakan perkataan sebenar yang digunakan supaya Mahkamah boleh memutuskan sama ada pernyataan yang diterbitkan tersebut adalah fitnah. [ 15 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa Plaintif hanya menyatakan kronologi kejadian yang berlaku dan tidak memplidkan secara khusus pernyataan yang telah diterbitkan oleh Defendan-Defendan. Plaintif juga tidak pernah sama sekali memanggil Dr. Fariza untuk mengesahkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan semasa persidangan tersebut. SD3 juga semasa S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw memberi keterangan menafikan telah menggunakan perkataan bomoh semasa persidangan tersebut. [ 16 ] Prinsip undang-undang dalam kes fitnah adalah jelas bahawa terdapat tiga elemen yang perlu dipenuhi oleh Plaintif sebelum fitnah dapat dibuktikan. Mahkamah merujuk kepada kes Muhammad Zamri Vinoth Bin Kalimuthu v Arumugam A/L Dorasamy [2025] AMEJ 2070 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[10] It is trite law that to succeed in a claim for defamation, the Plaintiff has to establish the following (See Ayob bin Saud v T.S.
a
That the words were defamatory;
b
That the words referred to the plaintiff; and
c
That the words were published to third parties.” a) SAMA ADA PENGATAAN TERSEBUT MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR FITNAH [17 ] Bagi elemen pertama, ujian yang digunakan oleh Mahkamah adalah sama ada pengataan yang diterbitkan dalam keadaan biasa dan semula jadi telah memberi kesan negatif atau berkecenderungan untuk memberi kesan kepada reputasi seseorang berdasarkan kepada pemahaman seorang yang munasabah. Mahkamah Tinggi dalam kes Hisham bin Tan Sri Halim v Teh Faridah binti Ahmad Norizan & Anor [2021] 4 AMR 205 telah memutuskan seperti berikut: “[19] The test to be applied to determine whether the words complained of are defamatory is this. A statement is defamatory if it:
a
tends to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally;
b
causes the plaintiff to be shunned or avoided;
c
exposes the plaintiff to hatred, contempt or ridicule; or
d
imputes to the plaintiff any dishonourable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part.” 6 [ 18 ] Mahkamah juga dirujuk kepada kes Chok Foo Choo @ Chok Kee Lian v The China Press Berhad [1999] 1 MLJ 371 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “In my judgment, the test which is to be applied lies in the question: do the words published in their natural and ordinary meaning impute to the plaintiff any dishonourable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part? If the question invites an affirmative response, then the words complained of are defamatory. (See JB Jeyaretnam v Goh Chok Tong [1985] 1 MLJ 334.) Richard Malanjum J, in an admirable judgmentin Tun Datuk Patinggi Haji Abdul-Rahman Ya'kub v Bre Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 393, collected and reviewed the relevant authorities upon this[1999] 1 MLJ 371 at 375 branch of the subject and I would, with respect, expressly approve the approach adopted by him.” [ 19 ] Berdasarkan kes yang diputuskan di atas, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa beban pembuktian adalah terletak pada Plaintif untuk membuktikan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan menyebabkan Plaintif dipandang rendah pada pandangan masyarakat, dijauhi atau dielakkan, mendedahkan Plaintif kepada kebencian, penghinaan atau cemuhan dan S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw mengaitkan kepada Plaintif apa-apa kelakuan yang tidak bermaruh atau tidak berintegriti. [ 20 ] Mahkamah berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan bahawa Plaintif menjalankan perubatan tradisional tidak membawa sebarang konotasi negatif dalam masyarakat Melayu, Kenyataan tersebut dalam keadaan biasa dan semula jadi tidak memberi kesan negatif atau berkecenderungan untuk memberi kesan kepada reputasi Plaintif berdasarkan kepada pemahaman seorang yang munasabah. Dalam kes semasa, Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa kenyataan tersebut menjatuhkan reputasi Plaintif di hadapan panel Persidangan Lembaga Perubatan tersebut. b) SAMA ADA PENGATAAN FITNAH TERSEBUT DITERBITKAN KEPADA PIHAK KETIGA [ 21 ] Mahkamah mendapati penerbitan tersebut hanya dibuat kepada 4 orang sahaja. Berdasarkan keterangan SD3, semasa persidangan pada 18/1/2023 hanya terdapat 6 orang termasuk Defendan-Defendan [Nota Keterangan di Kandungan 49 – m/s 132]. Plaintif juga telah mengakui bahawa Defendan-Defendan tidak pernah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Plaintif di mana-mana media sosial [Nota Keterangan di Kandungan 49 – m/s 44]. ISU KEDUA: PEMAKAIAN PEMBELAAN JUSTIFIKASI DAN KEISTIMEWAAN MUTLAK OLEH DEFENDAN-DEFENDAN PEMBELAAN JUSTIFIKASI [ 22 ] Mahkamah ini dirujuk kepada kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya‘kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 393, di mana S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw Mahkamah telah memperuntukkan prinsip undang-undang melibatkan pembelaan justifikasi seperti berikut: “In a defamation action, the defence of justification is a complete defence if it succeeds. And the question of malice or bad faith does not arise. But in order to succeed in the defence of justification a defendant must establish the truth of all the material statements in the words complained of which may include defamatory comments made therein. And in order to justify such comments, it is necessary to show that the comments are the correct imputations or conclusions to be drawn from the proved facts. However, the plea of justification does not fail ‘by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges’ (see s 8 of the Defamation Act 1957 and Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [1966] 2 MLJ 66). It is also to be noted that partial justification may be useful in the mitigation of damages.” [ 23 ] Berdasarkan keterangan Defendan-Defendan, Defendan-Defendan hanya menjawab soalan yang ditanyakan oleh panel persidangan yang mana merangkumi skop kerja Plaintif, masalah keluarga yang dihadapi oleh Plaintif, jumlah pendapatan, hutang yang ditanggung oleh Plaintif dan aktiviti Plaintif sepanjang tempoh cuti sakit tersebut. Salah satu soalan yang ditanyakan oleh panel persidangan adalah sama ada Plaintif mempunyai sumber pendapatan lain untuk menanggung keluarganya sekiranya dibersarakan atas sebab kesihatan dan Defendan-Defendan memaklumkan bahawa Plaintif ada memberikan rawatan tradisional sebagai sumber pendapatan sampingan. S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw [ 24 ] Pernyataan yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan berkenaan Plaintif ada memberikan rawatan tradisional disokong oleh keterangan SD1 yang pernah bertugas bersama dengan Plaintif di Penjara Pengkalan Chepa dan pernah mendapatkan rawatan perubatan tradisional daripada Plaintif pada tahun 2018. [ 25 ] SP3 juga mengesahkan bahawa Plaintif mengakui bahawa beliau pernah menjalankan kerja sebagai traditional healer [Nota Keterangan di Kandungan 49 – m/s 75 dan 81]. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan adalah benar dan berasas. Maka, pembelaan justifikasi adalah terpakai oleh Defendan-Defendan. KEISTIMEWAAN MUTLAK [ 26 ] Dalam kes Apandi bin Ali v Lim Kit Siang [2024] 1 MLJ 306 , Mahkamah telah menjelaskan berkenaan dengan keistimewaan mutlak ini seperti berikut: “[77] An often-quoted definition of qualified privilege is to be found in the speech of Lord Atkinson in Adam v Ward [1917] AC 309: A privileged occasion is, in reference to qualified privilege, an occasion where the person who makes the communication has an interest or a duty, legal, social or moral, to make it to the person to whom it is made, and the person to whom it is so made has a corresponding interest or duty to receive it. This reciprocity is essential. [78] Qualified privilege operates only to protect statements which are made without malice ie spitefully, or with ill will or recklessness as to whether it was true or false. Therefore, the defence of qualified privilege can be defeated by the presence of malice on the part of the defendant. The burden of proving malice is S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw on the plaintiff (see S Pakianathan v Jenni Ibrahim [1988] 2 MLJ 173; Pang Fee Yoon v Piong Kien Siong & Ors [1999] 3 MLJ 189).” [ 27 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa Defendan Kedua selaku Ketua Unit Pentadbiran mempunyai kewajipan dan tanggungjawab di sisi undang-undang untuk menubuhkan Lembaga Perubatan tersebut kerana cuti sakit Plaintif telah melebihi 180 hari dalam tahun semasa. Defendan-Defendan menghadiri persidangan tersebut sebagai wakil majikan atas arahan daripada Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Pengkalan Chepa. [ 28 ] Surat makluman Persidangan Lembaga Perubatan telah diminitkan oleh Pengarah kepada Defendan Kedua dan surat tersebut juga secara tidak langsung menyatakan bahawa wakil majikan boleh hadir. [ 29 ] Kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan dibuat dalam keadaan yang dilindungi (on privileged occasion) dalam menjalankan tanggungjawab Defendan-Defendan tanpa sebarang niat buruk atau malice yang dapat dibuktikan terhadap Defendan Defendan. DAKWAAN KEPUTUSAN PEMERIKSAAN PLAINTIF TELAH DIUBAH DISEBABKAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH DEFENDAN DEFENDAN [ 30 ] Berdasarkan keterangan yang diberikan, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan-Defendan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh panel persidangan yang terdiri daripada doktor perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang mereka yang tersendiri. [ 31 ] Berdasarkan keterangan SP3 yang menyatakan bahawa penilaian secara klinikal yang terperinci perlu dilakukan untuk mengubah diagnosis pesakit dan semasa pemeriksaan balas, SP3 mengesahkan bahawa S/N JfeRsh1DREC6cnvm4SgYjw status Plaintif sebagai traditional healer tidak memberikan kesan kepada diagnosis Plaintif . [ 32 ] Berdasarkan keterangan SP3 juga, beliau mengesahkan bahawa kehadiran Defendan-Defendan semasa persidangan tersebut tidak mengubah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Perubatan kerana penilaian dibuat secara menyeluruh berdasarkan rekod dan penilaian oleh pakar dan panel Lembaga Perubatan yang hadir semasa persidangan tersebut [Nota Keterangan di Kandungan 49 – m/s 82]. D. PENENTUAN KUANTUM ISU KETIGA: SAMA ADA PLAINTIF LAYAK TERHADAP GANTIRUGI YANG DITUNTUT? [ 33 ] Mahkamah mendapati Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan terhadap Defendan-Defendan dalam kes ini. Oleh yang demikian, Plaintif adalah tidak layak terhadap sebarang gantirugi yang dituntut. E. KESIMPULAN [ 34 ] Setelah meneliti dan menghalusi segala keterangan dan juga hujahan kedua pihak, maka Mahkamah ini mendapati Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutan terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif ditolak dengan kos RM10,000.00. Bertarikh pada 28 Januari 2026 Disediakan oleh : …………t…t………… ( HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH )
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.