Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO: DA-A53KJ-371-06/2023 ANTARA MUHAMAD NURASYDAN BIN MOHD RAFI … PLAINTIF DAN MOHD FIRDAUS BIN HALIM … DEFENDAN
DA-A53KJ-371-06/2023
Sessions Court of Malaysia28 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rsetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa motosikal Defendan sepatutnya pada bila-bila masa hendaklah ditunggang di sebelah kiri jalan kecuali dalam keadaan memotong. Ia selaras dengan Rule 13 of Highway Code. “Vehicles should at all the times be driven on the left-hand side of the road, the slower the speed the cl”
“iginality of this document via eFILING portal 12 [26] Mahkamah ini juga merujuk dan menggunapakai kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu kes Lew Voon Kong & Anor v. Mustaffa bin Kamis [1978] CLJU 98; [1978] 1 LNS 98 dipetik seperti di bawah berikut: " in our view, it would be well for trial judges of motor”
“[24] Mahkamah ini bersetuju dan menggunapakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif dalam membincangkan perkara ini. Rujukan dibuat kepada kes Lim Jeh Haur v. Nicholas Thomas Philip & Anor [2019] CLJU 1351 yang menyatakan sebagaimana berikut: “24. The court should not attach any weight to the evidence of an IO”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO: DA-A53KJ-371-06/2023 ANTARA MUHAMAD NURASYDAN BIN MOHD RAFI … PLAINTIF DAN MOHD FIRDAUS BIN HALIM … DEFENDAN
1
Ini adalah rayuan daripada pihak Defendan terhadap keputusan mahkamah ini yang dibuat pada 28.11.2024. Rayuan pihak Defendan adalah terhadap keseluruhan isu liabiliti yang mana mahkamah in memutuskan Defendan bertanggunggan 90% manakala Plaintif pula bertanggunggan 10 % terhadap kemalangan.
2
Selain itu, pihak Defendan juga merayu terhadap isu kuantum yang diputuskan untuk perkara berikut sahaja: - Untuk gantirugi am 2 a) Traumatic brain injury yang mana mahkamah awardkan sebanyak RM180,000.00 atas 100% liabiliti. b) Fracture right orbit and right eye injury yang mana mahkamah awardkan sebanyak RM90,000 atas 100% liabiliti. Untuk gantirugi khas a) Kos pembedahan dan rawatan masa hadapan yang mahkamah awardkan sebanyak RM8000.00.
3
Semasa perbicaraan, pihak Plaintif hanya mengemukakan Plaintif seorang sahaja sebagai saksi mereka. Manakala pihak Defendan pula tidak mengemukakan sebarang saksi dan telah menutup kes dengan menghujahkan “no case to answer”.
4
Pada hari kejadian pada 01.05.2018 jam lebih kurang 1.30 tengah hari, Plaintif sedang menunggang motosikal No. DCT 3907 dari arah Dabong menghala ke arah Jeli. Semasa kemalangan Plaintif menunggang motosikal dalam keadaan hendak memasuki simpang ke rumahnya, iaitu berdekatan dengan masjid Plaintif pada masa tersebut memberikan lampu isyarat ke kanan. Semasa berada di garisan putus-putus pembahagi tengah jalan, Plaintif berhenti untuk memastikan laluan selamat sebelum melintas memasuki simpang. Apabila Plaintif mendapati tidak 3 ada kenderaan di hadapan, Plaintif bergerak perlahan-lahan untuk memasuki simpang jalan ke masjid. Tiba-tiba semasa Plaintif baru sahaja mula bergerak tersebut, Motosikal Defendan yang dari arah belakang Plaintif telah melanggar Motosikal Plaintif menyebabkan kemalangan tersebut dan Plaintif mengalami kecederaan parah.
5
Ringkasan fakta kes ini mahkamah telah ekstrak dari keterangan pihak Plaintif yang telah hadir memberikan keterangan di mahkamah semasa perbicaraan.
6
Keputusan mahkamah yang mulia ini telah memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan bertanggungan 90 % manakala Plaintif bertanggungan 10 % terhadap kemalangan adalah berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di bawah ini.
7
Mahkamah yang mulia ini menegaskan bahawa hanya versi Plaintif sahaja yang ada dan dikemukakan kepada mahkamah yang mulia ini. Tiada sebarang versi dikemukakan oleh pihak Defendan. Defendan tidak hadir ke mahkamah untuk menyatakan versi beliau dan menyangkal versi yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. Dalam keadaan ini mahkamah perlu menerima versi Plaintif ini. Mahkamah ini menerima keterangan Plaintif ini, tiada sebab untuk mahkamah ini menolak keterangan Plaintif ini.
8
Mahkamah ini telah melihat demeanor Plaintif semasa memberikan keterangan di mahkamah. Kredibiliti Plaintif ini tidak tercabar dan beliau pada pandangan mahkamah ini adalah saksi yang kredibel.
9
Versi Plaintif seperti yang dinyatakan dalam penyata saksi adalah seperti berikut: - Pada hari kejadian iaitu pada 1/05/2018 jam lebih kurang 1.30 tengah hari, saya menunggang motosikal No. DCT 3907 dari arah Dabong menghala ke arah Jeli. Apabila hendak sampai ke simpang nak ke rumah saya iaitu berdekatan dengan masjid, saya memberikan lampu isyarat ke sebalah kanan dan kemudiannya saya berhenti di tengah-tengah jalan iaitu di garisan putus-putus atas jalan tersebut bagi tujuan untuk membelok dan bertujuan memasuki lorong simpang ke masjid tersebut. Saya tengok ke hadapan dan apabila saya telah pastikan tidak ada kenderaan di hadapan saya, iaitu bertentangan dengan saya dan saya fikir selamat untuk saya melintas memasuki simpang jalan ke masjid tersebut, saya bergerak perlahan-lahan. Namun secara tiba-tiba sebuah motosikal No. BNE 4282 dari arah belakang saya yang ditunggang secara laju dan melulu telah melanggar motosikal saya sehingga menyebabkan kemalangan tersebut.
10
Intipati keterangan Plaintif yang boleh diekstrak dari keterangan tersebut adalah seperti berikut: - a) Pada hari kejadian iaitu pada 1/05/2018 jam lebih kurang 1.30 tengah hari, saya menunggang motosikal No. DCT 3907 dari arah Dabong menghala ke arah Jeli. Semasa kemalangan Plaintif 5 menunggang motosikal dalam keadaan hendak memasuki simpang ke rumahnya, iaitu berdekatan dengan masjid. b) Plaintif pada masa tersebut memberikan lampu isyarat ke kanan. c) Di garisan putus-putus pembahagi tengah jalan, Plaintif berhenti untuk memastikan laluan selamat sebelum melintas memasuki simpang. d) Apabila tidak ada kenderaan di hadapan, Plaintif bergerak perlahan-lahan untuk memasuki simpang jalan ke masjid. e) Tiba-tiba semasa Plaintif baru sahaja mula bergerak tersebut, Motosikal Defendan yang dari arah belakang Plaintif telah melanggar Motosikal Plaintif menyebabkan kemalangan tersebut dan Plaintif mengalami kecederaan parah. f) Dinyatakan dengan jelas bahawa Motosikal Defendan ditunggang secara laju dan melulu oleh Defendan sehingga melanggar Plaintif.
11
Atas sebab ketidakhadiran Defendan memberikan keterangan di mahkamah ini menyebabkan tiada versi dari Defendan untuk dinilai oleh mahkamah ini. Tiada sebarang rebuttal dikemukakan oleh Defendan kepada mahkamah ini untuk menyangkal versi yang 6 dikemukakan oleh pihak Plaintif. Versi Plaintif kekal tidak dicabar dan diterima oleh mahkamah ini.
12
Mahkamah ini merujuk dan menggunapakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif dalam perkara ini. Dalam kes Yoong Sze Fatt v. Pengkalen Securities Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 484; mahkamah menyatakan: - “[5] In our judgment, it is trite law that once a defendant in civil proceedings makes a submission of no case to answer and elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be correct: per Gopal Sri Ram, JCA in Jaafar bin Shaari, supra, citing Wasakah Singh, supra. This principle has found similar expression in a number of judgments handed down in the motherland of common law. These cases include Alexander v. Rayson [1936] 1 KN 169; Boyce v. Wyatt Engineering [2001] EWCA Civ.692; Miller (t/a Waterloo Plant) v.
13
Rujukan juga dibuat kepada kes Jaafar Bin Shaari & Anor v. Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509 yang mana Gopal Sri Ram (JCA) pada masa tersebut menyatakan bahawa: “[1] It was incumbent for the sessions judge to have put counsel for the respondents to his election, namely, that if he did not call evidence, he would stand or fall on his submissions. This rule of procedure is one of essential justice and not a mere formality. Once 7 a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true.”
14
Mahkamah ini juga menyatakan bahawa kegagalan Defendan hadir ke mahkamah inilah yang sebenarnya membuatkan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan ini terpakai.
15
Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 diperturunkan di sini yang mana dengan jelas menyatakan sebagaimana berikut: ‘ The court may presume (g) that evidence which could be and is not Produce would if produced be unfavorable to the person who withholds it.
16
Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa motosikal Defendan sepatutnya pada bila-bila masa hendaklah ditunggang di sebelah kiri jalan kecuali dalam keadaan memotong. Ia selaras dengan Rule 13 of Highway Code. “Vehicles should at all the times be driven on the left-hand side of the road, the slower the speed the closer at the edge of the road.”
17
Adalah jelas bahawa tiada keterangan bahawa motosikal Defendan sedang memotong pada waktu kemalangan, jadi berdasarkan rule ini motosikal Defendan sepatutnya ditunggang di sebelah kiri jalan bukannya digarisan tengah jalan di mana kemalangan berlaku.
18
Kegagalan Plaintif mengemukakan pegawai penyiasat kes tidak menjejaskan kes Plaintif. Versi Plaintif boleh berdiri dengan sendiri. Keterangan pegawai penyiasat hanyalah sebagai sokongan sahaja. Keterangan pegawai penyiasat bukan sesuatu yang wajib ada dalam sesuatu kes kemalangan. Mahkamah ini boleh menilai keterangan yang ada dan membuat keputusan dengan apa yang ada. Pada pendapat mahkamah ini, keterangan Plaintif ini sudah memadai untuk mahkamah ini menilai dan membuat keputusan. Keterangan pegawai penyiasat hanyalah untuk menyokong dan menguatkan lagi kes sesuatu pihak (jika ada). Mahkamah ini menolak hujahan pihak Defendan yang menyatakan Seksyen 114
g
Akta Keterangan terhadap pihak Plaintif. [19] Pihak Plaintif sebenarnya telah membuat cubaan untuk memanggil pegawai penyiasat ke mahkamah tapi penyiasat enggan hadir. Ia boleh dilihat dari permohonan subpoena dan subpoena yang dikeluarkan oleh mahkamah ini. Atas sebab itu, Pihak Plaintif membuat keputusan untuk tidak memanggil pegawai kes dan menutup kes. [20] Dalam hal ini, pihak Defendan masih boleh mencuba untuk memanggil pegawai penyiasat kes ini. Tugas mengemukakan pegawai penyiasat bukan tugas Plaintif semata-mata, jika pihak Defendan merasakan keterangan pegawai penyiasat kes boleh menguatkan kes mereka, mereka masih mempunyai hak untuk subpoena pegawai penyiasat dan mengemukakan pegawai penyiasat ke mahkamah. Malangnya pihak Defendan tidak pernah mencuba untuk berbuat demikian. Malahan menutup kes tanpa memanggil mana-mana saksi. Defendan juga telah menutup kes dengan menghujahkan “no case to answer”. [21] Mahkamah ini juga menyatakan bahawa kes sebegini amat tidak sesuai untuk Defendan menyatakan dan menghujahkan sebagai “no case to answer”. Ini kerana fakta yang tidak dinafikan bahawa telah berlaku kemalangan antara motosikal Plaintif dan motosikal Defendan dan ia sememangnya berlaku. Cara dan bagaimana kemalangan itu berlaku yang dipertikaikan oleh pihak-pihak. Justeru itu, sepatutnya pihak-pihak mengemukakan keterangan masing-masing untuk dinilai oleh mahkamah ini dan mahkamah akan memutuskan yang mana lebih “probable” berdasarkan keterangan yang ada. Bukannya dengan menyatakan “no case to answer”. [22] Berkenaan saman yang dikeluarkan terhadap Plaintif oleh pegawai penyiasat kes. Plaintif telah menafikan dan tidak pernah mengaku salah. Tiada sebarang rebuttal dan penjelasan untuk perkara ini. Pegawai penyiasat kes ini tidak pernah datang ke mahkamah untuk membuktikan liabiliti Plaintif dan memberikan justifikasi berkenaan tindakan saman terhadap Plaintif tersebut. [23] Mahkamah ini juga menegaskan bahawa saman yang dikeluarkan oleh pegawai penyiasat terhadap Plaintif tidak pernah pada bila-bila masa mengikat mahkamah yang mulia ini dalam menentukan liabiliti pihak-pihak dalam sesuatu kemalangan. Ia hanya sebagai sokongan kepada sesuatu pihak setelah mahkamah ini meneliti keterangan yang ada. Dalam hal saman ini, mahkamah ini juga tidak bersetuju dengan tindakan pegawai penyiasat ini yang telah bertindak menyaman Plaintif di dalam kes ini. [24] Mahkamah ini bersetuju dan menggunapakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Plaintif dalam membincangkan perkara ini. Rujukan dibuat kepada kes Lim Jeh Haur v. Nicholas Thomas Philip & Anor [2019] CLJU 1351 yang menyatakan sebagaimana berikut: “24. The court should not attach any weight to the evidence of an IO that a particular party has been negligent or not (or words to that effect) because:
1
whether a party is liable for negligence or otherwise is to be decided by the court;
2
an IO has no personal knowledge regarding the accident. The IO's knowledge of the accident is derived solely from the results of the IO's investigation. In other words, the IO's evidence regarding who is negligent or not, constitutes hearsay evidence. I rely on the following judgment of Ong Hock Thye Ag CJ (Malaya) (sitting as a High Court Judge) in Public Prosecutor v. Siew Sung [1965] 1 LNS 140; [1966] 1 MLJ 145, at 145, as follows - "The inspector's evidence that his enquiries led him to believe that the accused was owner of the machine, was rightly struck out as hearsay, upon objection raised by defense counsel." (emphasis added); and
3
an IO's evidence regarding who is negligent or otherwise, is purely his or her opinion. The court cannot accept opinion evidence unless there is a relevant issue before the court which is beyond the court's competence wherein the court may accept an expert opinion under s. 45(1) EA. Section 45(1) EA provides as follows - "Opinions of experts 45(1). When the court has to form an opinion upon a point of foreign law or of science or art, or as to identity or genuineness off hand writing or finger impressions, the opinions upon that point of persons specially skilled in that foreign law, science or art, or in questions as to identity or genuineness of handwriting or finger impressions, are relevant facts." (emphasis added).” [25] Seksyen 121 Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menyatakan bahawa saman trafik tidak seharusnya diambilkira di dalam kes melibatkan tuntutan kemalangan di Mahkamah sebagaimana dinyatakan seperti berikut: - “Where any person has compounded an offence or pleaded guilty by letter to an offence under this Act, no evidence of any such act shall be admissible in any civil proceedings arising out of the same transaction as the said offence and he shall be deemed not to have thereby committed, by reason only of so doing, a breach of any condition of any policy of insurance relating to admission of liability without the consent of the insurers.” [26] Mahkamah ini juga merujuk dan menggunapakai kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu kes Lew Voon Kong & Anor v. Mustaffa bin Kamis [1978] CLJU 98; [1978] 1 LNS 98 dipetik seperti di bawah berikut: " in our view, it would be well for trial judges of motor claim cases to avoid referring to cases where the decisions term on their particular facts and to remember the dicta on negligence must be related to the facts of the cases. Their duty is to find on the facts before them It is a decision on the facts of the case." [27] Seterusnya, Mahkamah yang mulia ini menolak hujahan peguam Defendan yang menyatakan bahawa Plaintif gagal membuktikan kes mereka sepertimana pliding iaitu kemalangan langgar belakang. Defendan telah hujahkan bahawa kerosakan motosikal Plaintif bukan di belakang tetapi di sebelah kanan bahagian depan. Atas sebab itu peguam Defendan telah menyatakan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan mereka. [28] Mahkamah yang mulia ini ingin menyatakan bahawa sememangnya mahkamah ini bersetuju bahawa “he who asserts must prove” dan tanggungjawab pihak penuntut dalam mana-mana tuntutan sepertimana hujahan peguam Defendan. Begitu juga otoriti-otoriti yang dikemukan oleh peguam Defendan dalam kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali (1971) 1 LNS 151 dan kes Mohd Fairuz Kamaruzzaman & Anor v Lim Soy Peng & Anor dalam menilai perkara ini. [29] Walaubagaimanapun dalam kes pada hari ini mahkamah yang mulia ini menyatakan dan menegaskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka berdasarkan keterangan yang ada. Keterangan yang ada ini telah dinilai oleh mahkamah yang mulia ini dalam mencapai keputusan liabiliti kes ini. [30] Jelasnya dalam keterangan Plaintif sendiri Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah melanggar beliau yang mana Defendan telah datang dari arah belakang. Pada masa tersebut beliau ingin masuk ke laluan di sebelah kanan. Jadi ia adalah konsisten, kerana jika Defendan datang dari arah belakang perlanggaran akan boleh berlaku di bahagian belakang, bahagian kanan dan bahagian depan motosikal tetapi arah kehadiran motosikal Defendan adalah dari arah belakang. [31] Dalam kes kemalangan, versi awal yang dinyatakan hanyalah asas kepada tuntutan. Cara dan bagaimana kemalangan itu berlaku akan lebih jelas dinyatakan di dalam perbicaraan melalui keterangan pihak-pihak. Plaintif dengan jelas menyatakan dalam keterangan beliau di mahkamah ini “Namun secara tiba-tiba sebuah motosikal No. BNE 4282 dari arah belakang saya yang ditunggang secara laju dan melulu telah melanggar motosikal saya sehingga menyebabkan kemalangan tersebut” [32] Mahkamah yang mulia ini percaya pliding Plaintif menyatakan bahawa berlaku kemalangan antara motosikal Plaintif dan Defendan. Ini tidak pernah dipertikaikan. Cara macamana ia berlaku adalah mengikut versi pihak-pihak yang mana mahkamah akan tentukan yang mana lebih munasabah pada pandangan mahkamah. [33] Atas sebab itu, hujahan Defendan yang menyatakan Plaintif gagal membuktikan kes mereka seperti mana pliding adalah ditolak. [34] Berdasarkan kecederaan yang dialami oleh Plaintif, mahkamah ini juga menerima keterangan Plaintif bahawa motosikal Defendan ditunggang dengan laju sepertimana versi Plaintif. Sekali lagi mahkamah ini mengulangi versi Plaintif yang dinyatakan semasa di mahkamah ini “Namun secara tiba-tiba sebuah motosikal No. BNE 4282 dari arah belakang saya yang ditunggang secara laju dan melulu telah melanggar motosikal saya sehingga menyebabkan kemalangan tersebut” [35] Versi Plaintif ini tidak pernah disangkal dan ianya diterima oleh mahkamah yang mulia ini. [36] Berkenaan sumbang cuai Plaintif sebanyak 10% seperti yang dihujahkan oleh peguam Plaintif sendiri, iainya dipersetujui oleh mahkamah yang mulia ini atas sebab mahkamah merasakan bahawa Plaintif juga perlu lebih fokus ketika berada di jalan raya. Plaintif juga perlu lebih berhemah ketika berada di jalan raya dan berusaha sedaya upaya untuk cuba mengelakkan agar sebarang kemalangan tidak berlaku. [37] Sebagaimana keterangan Plaintif, Plaintif telah mengambil langkah-langkah yang betul dengan memberikan isyarat ke kanan, memberhentikan motosikal beliau di garisan tengah putus-putus dan bergerak perlahan-lahan sebelum masuk simpang setelah tiada kenderaan dari arah hadapan. Atas sebab itu Defendan adalah penyebab kepada kemalangan ini. [38] Justeru itu, keputusan mahkamah ini dalam memutuskan liabiliti pihak-pihak dalam kemalangan ini adalah tepat dan bersesuaian. KUANTUM [39] Berkenaan kuantum pula, mahkamah yang mulia ini telah memberikan award terhadap kecederaan-kecederaan yang tersebut adalah berdasarkan kepada alasan-alasan berikut. [40] Untuk gantirugi am bagi kecederaan eyes injury (right eye traumatic optic neuropathy and superior & inferior orbital wall fracture mahkamah telah memberikan award sebanyak RM90,000.00. [41] Bagi jenis kecederaan ini, semasa sesi klarikasi di hadapan mahkamah ini, pihak-pihak telah bersetuju untuk kecederaan seperti yang dinyatakan ini sahaja dikira. Ia sepertimana hujahan oleh pihak Defendan sendiri. Dimaklumkan di sini bahawa pada asalnya peguam Plaintif hujahkan dan pecahkan kepada 2 jenis kecederaan iaitu fracture right orbit dan right eye injury dan menghujahkan untuk mendapatkan award yang berasingan. [42] Untuk kecederaan ini Mahkamah yang mulia ini bersetuju memberikan award secara global iaitu sebanyak RM90,000.00. Ini kerana Plaintif telah mengalami “a visual acuity of 1/60 is regarded as 95% loss of vision in that eye.” Hal ini dengan jelas dinyatakan di dalam laporan pakar Oftalmologi Defendan dari UMSC bertarikh 20.09.2019. [43] Merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 (Compendium), peguam Defendan telah merujuk kepada 50% - 80% loss of vision in 1 eye iaitu award sebanyak RM30,000.00 hingga RM72,000.00 sahaja. Manakala peguam Plaintif pula merujuk kepada Blindness in 1 eye iaitu dengan award antara RM84,000.00 hingga RM90,000.00. Peguam Defendan dalam hujahan mereka telah cadangkan award sebanyak RM80,000.00 untuk kecederaan ini manakala peguam Plaintif pula telah mencadangkan award sebanyak RM90,000.00. Mahkamah yang mulia ini telah meneliti dan menimbangkan hujahan kedua-dua pihak dan bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif kerana 95% loss of vision is almost blind pada pandangan mahkamah ini. [44] Untuk gantirugi am bagi kecederaan severe traumatic brain injury pula mahkamah ini memberikan award sebanyak RM180,000.00 kepada Plaintif. [45] Semasa sesi klarifikasi peguam Defendan tegaskan bahawa Plaintif hanya alami traumatic brain injury with moderate disabilities. Manakala peguam Plaintif pula menyatakan dan menghujahkan bahawa Plaintif ini mengalami severe head injury kerana bacaan GCS ialah 3/15 yang dikategorikan sebagai severe. [46] Mahkamah dalam hal ini setuju dengan hujahan peguam Plaintif. Sebenarnya perkara ini disahkan oleh pakar Defendan sendiri di dalam laporan bertarikh 20.09.2019 dari Division of Neurosurgery Universiti Malaya. Peguam Defendan dalam hujahan mereka juga merujuk kepada laporan pakar tersebut di mukasurat 10 hingga 11. Mahkamah ini nyatakan disini perkara berikut yang telah disenaraikan oleh pakar Defendan sendiri di dalam laporan pakar tersebut. - The Plaintiff sustained a severe head injury as he had an admitting GCS of 3/15 with presence of skull fractures and bilateral frontal intracranial hemorrhage requiring surgical evacuation; - Retrograde amnesia present; - Bifrontal craniotomy, forehead depressed; - Continues to have headaches and dizzy spells requiring Panadol for relief; - Noticeable chang of his personalities; - Had problems with concentration and recall; - Able to groom and dress himself; - Able to prepare meals; - Able to operate motor vehicle; - Has returned to school but his performance had deteriorated; - His deficit can be considered permanent and further recovery unlikely. [47] Berdasarkan Compendium untuk kecederaan otak selain daripada bedridden state dan persistent vegetative state (coma). Kategori lain yang paling tinggi adalah intellectual impairment. Ia sebenarnya dihujahkan sendiri oleh peguam Defendan untuk kategori yang sama dalam hujahan bertulis mereka. [48] Mahkamah yang mulia ini bersetuju dengan kategori ini. Bagi kategori kecederaan ini award adalah antara RM60,000.00 hingga 180,000.00 sepertimana rujukan kepada Compendium. Mahkamah sendiri telah melihat Plaintif di mahkamah semasa beliau hadir memberikan keterangan dan beliau bukanlah dalam kategori bedridden state atau coma. [49] Mahkamah dalam hal ini bersetuju setuju untuk awardkan sebanyak RM180,000.00 iaitu jumlah yang tertinggi dalam kategori ini atas sebab pakar Defendan sendiri dalam laporan beliau menyatakan bahawa Plaintif ini: - - has returned to school but his performance had deteroriated; dan-his deficits can be considered permanent and further recovery unlikely”. [50] Dengan dapatan yang dibuat oleh pakar Defendan ini mahkamah yang mulia ini berpandangan bahawa kemalangan ini telah merubah kehidupan dan masa depan Plaintif. Atas sebab itu, jumlah award ini dipilih oleh mahkamah ini. [51] Peguam Plaintif sebenarnya dalam hujahan mereka telah menghujahkan award sebanyak RM300,000.00 untuk kecederaan ini. Otoriti-otoriti yang dirujuk oleh peguam Plaintif bagi kecederaan ini telah diteliti dan dirujuk oleh mahkamah yang mulia ini. Walaubagaimanapun, hujahan peguam Plaintif untuk jumlah sebanyak RM300,000.00 tersebut tidak dipersetujui oleh mahkamah ini dan ditolak. [52] Berkenaan award bagi gantirugi khas untuk kos pembedahan masa depan pula mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif, mahkamah telah awardkan RM8000.00 untuk perkara ini. [53] Mahkamah ini telah merujuk dan meneliti kepada laporan pakar pilihan Defendan sendiri iaitu laporan Dr Visvaraja yang menyatakan bahawa: “the exotropia can be corrected surgically but this is not going to improve the vision and it is purely the cosmetic procedure for him. However, the exotropia can recur after surgery. The cost of the procedure would be about RM1000 in government hospital and RM8000 in private setting”. [54] Adalah sangat jelas disini bahawa Plaintif memerlukan pembedahan masa depan untuk memulihkan kecacatan beliau. Kos juga antara RM1000.00 di hospital kerajaan dan boleh sampai RM8000.00 di hospital swasta. Mahkamah ini percaya Plaintif memerlukan fasiliti terbaik dengan kos yang munasabah untuk memulihkan kecacatan yang beliau alami. Tambahan pula Plaintif ini masih muda dan mempunyai masa depan yang masih panjang. [55] Atas alasan itu, mahkamah ini memilih untuk mengawardkan kos pembedahan masa depan bagi hospital swasta kepada Plaintif dalam perkara ini. Mahkamah percaya ia adalah munasabah dan berpatutan berdasarkan budibicara yang mahkamah ini sediaada. KESIMPULAN [56] Berdasarkan kepada alasan-alasan dan dapatan-dapatan yang dinyatakan di atas, mahkamah yang mulia ini berpendapat bahawa keputusan mahkamah yang mulia ini adalah tepat dan bersesuaian. [57] Mahkamah yang mulia ini sekali lagi tegaskan bahawa keputusan ini adalah adil, wajar dan berpatutan kepada Plaintif dan Defendan berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas sebelum ini. Bertarikh pada 02 Februari 2025 nikhabri Nik Habri bin Muhamad Hakim Sesyen Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Peguam Plaintif: En Wan Ahmad Mizan (Tetuan Muhamad & Co) Peguam Defendan: Puan Norizan (Tetuan VP Nathan & Partners)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.