Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET AYER KEROH DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA JENAYAH NO: MA-83JS-3-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMAD RIDZUAN BIN YUSOF (NO. K/P : 971208-30-5009) ALASAN PENGHAKIMAN
MA-83JS-3-04/2025
Magistrates Court of Malaysia16 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“al number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 on that plea, "there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence": see s. 305 of the Criminal Procedure Code. That being the case, we propose to deal with the issue of sentence only in this judgment."”
“Person’s Card (Kad OKU) issued by the Welfare Department. I am not disputing the authenticity of the Person’s Card (Kad OKU) because it is a public document within the meaning assigned by s 74 of the Evidence Act 1950.””
“kan hukuman sedemikian kepada tertuduh bertujuan untuk mengembalikan tertuduh kepada keadaan asal sebelum kesalahan dilakukan. Di dalam kes NORSHAHRIZAN JUNAIDI V PP [2016] MLJU 465; [2016] 1 LNS 17; [2016] AMEJ 0189; [2016] MLRAU 35 telah diputuskan :- “[8] In certain cases, depending on the sentence passed and the re”
“55. Mahkamah turut menjatuhkan hukuman sedemikian kepada tertuduh bertujuan untuk mengembalikan tertuduh kepada keadaan asal sebelum kesalahan dilakukan. Di dalam kes NORSHAHRIZAN JUNAIDI V PP [2016] MLJU 465; [2016] 1 LNS 17; [2016] AMEJ 0189; [2016] MLRAU 35 telah diputuskan :- “[8] In certain cases, depending on the”
“kian kepada tertuduh bertujuan untuk mengembalikan tertuduh kepada keadaan asal sebelum kesalahan dilakukan. Di dalam kes NORSHAHRIZAN JUNAIDI V PP [2016] MLJU 465; [2016] 1 LNS 17; [2016] AMEJ 0189; [2016] MLRAU 35 telah diputuskan :- “[8] In certain cases, depending on the sentence passed and the relevant statutory p”
“19. Mahkamah ini seterusnya bersandarkan kepada panduan yang begitu menyeluruh yang digariskan di dalam kes yang lebih terkini iaitu PP v. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 MLJU 958; [2017] 1 LNS 864; [2017] AMEJ 0782 mengenai faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tertuduh”
“faktor kesihatan seseorang tertuduh, secara spesifiknya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam menjatuhkan hukuman seperti PP v MUHAMMAD IRWAN BIN ISHAN [2015] 10 MLJ 458 dan YOSINI MOHAMED lwn. PP [2018] CLJU 2218. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28”
“yang mana seseorang tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau, tertuduh seharusnya dijauhkan dari hukuman pemenjaraan. Prinsip ini dinyatakan di dalam LISA CHRISTINA A/P BALAN V PP [2020] 1 LNS 349; ; [2020] AMEJ 0279; ; [2020] MLRHU 1002 yang mana Mahkamah memutuskan:- **Note : Serial number will be used to verify the o”
“tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau, tertuduh seharusnya dijauhkan dari hukuman pemenjaraan. Prinsip ini dinyatakan di dalam LISA CHRISTINA A/P BALAN V PP [2020] 1 LNS 349; ; [2020] AMEJ 0279; ; [2020] MLRHU 1002 yang mana Mahkamah memutuskan:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this d”
“umen awam sepertimana takrifan di bawah Seksyen 74 Akta Keterangan 1950. Mahkamah ini merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman di dalam MAHAHDIR BIN SIRON V PUBLIC PROSECUTOR, [2022] MLJU 97 sepertimana berikut : “(36) It has been submitted that the applicant/accused person is somewhat deficient”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET AYER KEROH DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA JENAYAH NO: MA-83JS-3-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMAD RIDZUAN BIN YUSOF (NO. K/P : 971208-30-5009) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dengan 1 pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 sepertimana berikut : PERTUDUHAN:- BAHAWA KAMU PADA 10/04/2025 JAM LEBIH KURANG 10.00 MALAM SEMASA BERADA DI TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT DALAM DAERAH MELAKA TENGAH DI DALAM NEGERI MELAKA DENGAN SENGAJA MELAKUKAN KEKERASAN JENAYAH TERHADAP PENAMA: AISYAH HUMAIRAH BINTI ZULNORAINI, NO KPT: 040520-06-0346 DENGAN CARA MEMELUK DAN MENYENTUH KEMALUAN SERTA MENEKUP MULUT DARI ARAH BELAKANG DENGAN TUJUAN UNTUK MENCABUL KEHORMATANNYA SEHINGGA MENDATANGKAN KETAKUTAN DAN KEGENTARAN KEPADANYA. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN: BOLEH DI KENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH 10 TAHUN ATAU DENDA ATAU SEBAT ATAU KEDUANYA DARIPADA HUKUMAN ITU”
2
Sejurus selepas pertuduhan tersebut dibacakan, tertuduh telah mengaku bersalah serta faham sifat dan akibat pengakuan setelah diterangkan oleh jurubahasa. Pihak pendakwaan kemudiannya telah mengemukakan fakta kes dan beberapa eksibit dokumentasi yang telah ditandakan sepertimana berikut : Bil.
1
Fakta kes
2
Laporan polis BDR HILIR 770/25
3
Laporan polis BDR HILIR 1772/25
4
Laporan polis BDR HILIR 1771/25
5
Laporan polis BDR HILIR 1773/25
6
Laporan polis BT BERENDAM 2768/25
7
Laporan polis BDR HILIR 1817/25
8
Rajahkasar tempat kejadian dan kunci
9
4 keping gambar tempat kejadian
10
2 keping gambar rampasan barang kes
11
Senarai bongkar P11 12. Laporan kawad cam
3
Fakta kes dan semua eksibit dokumentasi juga telah dibacakan dan dikemukakan kepada tertuduh yang mana tertuduh akui benar. Mahkamah telah berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh dan dengan itu mendapati tertuduh bersalah sepertimana pertuduhan.
4
Mahkamah telah menjemput tertuduh yang diwakili oleh peguambela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Negeri Melaka, Encik Izzuddin Bin Ab Malek untuk membuat rayuan peringanan bagi hukuman di mana tertuduh menyatakan seperti berikut : a) Tertuduh berumur 28 tahun dan masih bujang; b) Tertuduh bekerja kilang dengan pendapatan sebanyak RM1500 sebulan; c) Tertuduh menanggung ibu dan bapanya; d) Tertuduh adalah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran; e) Tertuduh telah akui kesalahannya dan akujanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut lagi; f) Tertuduh wajar diberikan peluang untuk membetulkan dirinya; dan g) Tertuduh memohon hukuman denda seringannya dikenakan ke atas tertuduh.
5
Sebaliknya, pihak pendakwaan dalam mengemukakan hujahan pemberatan pada mulanya memohon supaya suatu hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh dan memohon Mahkamah ini mengambil kira berkenaan fakta kes semasa. TPR terpelajar juga menghujahkan bahawa tertuduh yang merupakan seorang OKU masalah pembelajaran bukan lah bermaksud mempunyai masalah mental. TPR kemudiannya memohon 1 hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran ke atas tertuduh.
6
Setelah mengambil kira semua faktor seperti fakta kes, keterangan-keterangan yang dikemukakan, hujahan pemberatan dan mitigasi masing-masing dari pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah menjatuhi tertuduh dengan hukuman pemenjaraan untuk tempoh 3 bulan yang berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 11.4.2025.
7
Tidak berpuas hati dengan keputusan saya, pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan Notis Rayuan bertarikh 18.4.2025, merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap hukuman yang dikatakan tidak memadai buat tertuduh.
8
Sebelum Mahkamah memberikan alasan-alasan atas keputusan Mahkamah ini mensabitkan dan menjatuhkan hukuman sedemikian ke atas tertuduh, Mahkamah telah bergantung kepada Seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah (“Akta 593”) mengenai prinsip rayuan di dalam kes-kes pengakuan salah. Peruntukan tersebut diperturunkan seperti berikut: "Section 305. When plea of guilty limited right of appeal. When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence."
9
Mahkamah juga merujuk kepada beberapa kes mengenai prinsip-prinsip rayuan dalam kes pengakuan salah. Di dalam kes PP v. MUHAMMAD KASYFULLAH KASSIM [2017] 1 CLJ 63, Mahkamah Rayuan telah membincangkan isu pembatasan rayuan untuk kes pengakuan salah dan menyatakan: "The conviction of the respondent was never appealed against and canvassed before us. The appeal before us was solely by the prosecution and it was only on sentence. As the respondent has pleaded guilty and had been convicted on that plea, "there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence": see s. 305 of the Criminal Procedure Code. That being the case, we propose to deal with the issue of sentence only in this judgment."
10
Oleh itu, Mahkamah ini berpegang kepada prinsip undang-undang yang mapan berkenaan dengan hak terbatas yang dipunyai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh untuk merayu terhadap sabitan sekiranya tertuduh mengaku salah dan hanya rayuan terhadap hukuman sahaja dibenarkan pada dasarnya.
11
Selanjutnya, berikut merupakan alasan-alasan bagi keputusan mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman kepada tertuduh:
12
Dalam kes ini, pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh pada hari pertama pertuduhan dikemukakan kepadanya iaitu 16.4.2025. Tertuduh telah mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mahkamah ini berpegang kepada prinsip di bawah Seksyen 173(b) Akta 593 yang memperuntukkan: “173. Prosedur dalam perbicaraan terus. Prosedur berikut hendaklah diikuti oleh Majistret-majistret dalam perbicaraan terus:
b
Jikalau tertuduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada pertuduhan yang asal ataupun yang dipinda itu maka pengakuannya itu hendaklah direkodkan dan dengan itu ia bolehlah disabitkan dan mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang; Dengan syarat bahawa sebelum suatu pengakuan bersalah direkodkan Mahkamah hendaklah memastikan bahawa tertuduh memahami jenis dan akibat daripada pengakuannya dan berhasrat untuk mengaku, tanpa syarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya”
13
Pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh adalah tanpa sebarang syarat dan Mahkamah juga sebelum merekodkan pengakuan tersebut, telah memastikan tertuduh faham sebab dan akibat daripada pengakuan tersebut. Fakta kes yang menerangkan mengenai elemen kesalahan dan eksibit dokumentasi juga telah diakui benar oleh tertuduh tanpa sebarang pertikaian. Justeru, Mahkamah ini telah merekodkan pengakuan tertuduh setelah memastikan ianya adalah teratur dan selamat seperti prinsip yang diputuskan di dalam kes PP V. NOR ZULIANA TAHIR & ANOR [2017] 1 LNS 1137 yang memutuskan bahawa : "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a Court can accept a plea of guilt as valid and unequivocal. First, the Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his own mouth, and not through his counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence."
14
Mahkamah ini sekali lagi mengingatkan dirinya bahawa dalam kes perbicaraan terus yang mana tertuduh mengaku salah sepertimana Seksyen 173(b) Akta 593, hukuman yang diberikan hendaklah menurut undang-undang. Mahkamah di dalam kes PP V. JAFA DAUD [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 telah memperjelaskan lagi bahawa : "a sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles”.
15
Bagi kedua-dua prinsip ini, Mahkamah perlulah menjatuhkan hukuman bukan setakat mengikut peruntukan nyata dalam undang-undang tetapi juga merangkumi prinsip perundangan yang mantap dan tuntas. Di dalam mematuhi prinsip “the sentence must be within the ambit of the punishable section”, elok lah diperturunkan keseluruhan peruntukan bagi kesalahan dan hukuman yang melibatkan tertuduh dalam kes semasa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan sepertimana berikut : “354 : Assault or use of criminal force to a person with intent to outrage modesty Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending to outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years or with fine or with whipping or with any two of such punishments.”
16
Mahkamah ini memberi perhatian kepada ruang lingkup hukuman yang dibenarkan di bawah peruntukan iaitu hukuman pemenjaraan yang boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut.
17
Justeru, Mahkamah dalam memberikan hukuman pemenjaraan selama 3 bulan kepada tertuduh ternyata telah mematuhi prinsip pertama di dalam JAFA DAUD supra dan merupakan suatu hukuman yang tidak berlebih-lebihan. Seterusnya bukan sahaja hukuman itu mestilah di dalam ruang lingkup peruntukan hukuman yang dibenarkan, malahan ia perlu juga mematuhi “established judicial principles”.
18
Bagi maksud hukuman hendaklah mengikut “established judicial principles” atau merangkumi prinsip perundangan yang mantap dan tuntas, Mahkamah telah merujuk kepada kes LIM GUAN ENG v. PP & OTHER APPEALS [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest. Reasons must be given for imposing a particular sentence to enable an appellate court to ensure that there has been no error in principle”.
19
Mahkamah ini seterusnya bersandarkan kepada panduan yang begitu menyeluruh yang digariskan di dalam kes yang lebih terkini iaitu PP v. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 MLJU 958; [2017] 1 LNS 864; [2017] AMEJ 0782 mengenai faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tertuduh seperti berikut : "[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc..."; [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court...”
20
Maka, dengan panduan dan prinsip-prinsip yang digariskan, Mahkamah memberi pertimbangan kepada faktor-faktor berikut sebagai mematuhi prinsip hukuman mengikut “established judicial principles” yang diputuskan :
21
Bagi kes semasa, Mahkamah telah membuat rujukan kepada kes PP v. KAMARUL AZAMIN MOHAMAD & ANOTHER APPEAL [2021] 2 CLJ 386, yang memperincikan elemen pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu:- “[15] The ingredients of the offence are:
i
there must have been assault or use of criminal force on a person;
II
(ii) such assault or use of criminal force must have been made:
a
with intention to outrage modesty; or
b
with knowledge that the person's modesty was likely to be outraged. [16] Therefore it must be proven that:
i
the accused assaulted or used criminal force on the victim; and
II
(ii) that he intended thereby to outrage the victim's modesty; or that he knew it to be likely that he would thereby outrage victim's modesty.”
22
Justeru, adalah menjadi kewajipan dan bebanan undang-undang kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa:- a) Tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa/pengadu; dan b) Perbuatan kekerasan jenayah itu dilakukan dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa/pengadu.
23
Sebelum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, Mahkamah telah meneliti fakta kes secara terperinci. Fakta kes kepada sesuatu kes pendakwaan seharusnya menggambarkan elemen-elemen kepada sesuatu pertuduhan termasuk bagi kes-kes yang mana tertuduh telah mengaku salah. Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan disalin semula sebahagiannya sepertimana berikut : “Pada 10/04/2025 jam lebih kurang 10.00 malam, pengadu telah berjogging bersama rakan pengadu nama Nurul Izah di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka. Selesai berjogging, pengadu sedang berseorangan menunggu rakannya yang sambung jogging berdekatan dengan stadium hoki, tiba-tiba 1 lelaki Melayu yang pengadu tidak kenali telah memeluk pengadu dan menekup mulut pengadu dari arah belakang. Pada waktu itu, pengadu berasa tangannya telah menyentuh badan pengadu di bahagian kemaluan sewaktu pengadu dipeluk. Pengadu telah menjerit meminta bantuan lalu suspek tersebut melepaskan pengadu dan melarikan diri apabila sedar ada seorang budak yang menunggang basikal datang menghampiri pengadu. Selepas kejadian itu, pengadu berasa sangat takut dan gementar lalu pengadu bersama rakannya terus ke balai polis buat laporan….”
24
Mahkamah mendapati bahawa fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah secara memadai menggambarkan elemen-elemen kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Mahkamah berpandangan bahawa tindakan yang dilakukan oleh tertuduh secara tidak langsung bukan sahaja telah mendatangkan ketakutan kepada pengadu tetapi juga kepada individu lain khususnya wanita untuk melakukan aktiviti riadah secara bebas di tempat awam.
25
Siapa akan menyangka bahawa pengadu yang merupakan seorang wanita akan didatangi oleh tertuduh, seorang lelaki asing yang tidak dikenali secara tiba-tiba. Bukan sahaja tidak dikenali, kehadiran tertuduh dari arah belakang dan menekup mulut pengadu juga menunjukkan tertuduh di dalam persediaan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik kepada pengadu. Natijahnya, bilamana tindakan tertuduh memegang kemaluan pengadu pada masa material memberikan gambaran jelas bahawa tertuduh sememangnya berniat mencabul kehormatan pengadu.
26
Nasib pengadu agak baik kerana pada masa yang sama, muncul orang awam yang kebetulan berbasikal di tempat kejadian dan mendengar jeritan pengadu lalu menyelamatkannya. Sebaliknya, keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya tiada sesiapa berada di sana untuk membantu pengadu. Mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan bahawa pengadu mungkin akan dirogol, diculik atau paling teruk, dibunuh. Senario ini tidak mustahil akan terjadi mengambil kira lambakan kes jenayah yang berlaku di Malaysia pada ketika ini. Pengadu tidak akan mampu menyelamatkan dirinya melainkan pengadu dilengkapi dengan seni pertahanan diri. Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa kudrat seorang wanita seperti pengadu tidak akan terlawan dengan kekuatan seorang lelaki seperti tertuduh.
27
Justeru, walaupun tiada sebarang impak keterangan mangsa dikemukakan oleh pihak pendakwaan kepada Mahkamah, namun Mahkamah ini mengambil kira persekitaran semasa kejadian pada waktu malam dan keadaan pengadu semasa itu yang sedang berseorangan, pengadu sudah pasti terkejut, fobia dan trauma apabila diperlakukan sedemikian oleh tertuduh. Harapan pengadu untuk melakukan aktiviti riadah secara aman tidak kesampaian dengan perlakuan tidak senonoh tertuduh terhadap pengadu.
28
Sehubungan dengan itu, dengan memberikan hukuman berbentuk pemenjaraan kepada tertuduh yang merupakan suatu hukuman berbentuk deterrence, Mahkamah ini berpandangan ia adalah memadai untuk memberikan pengajaran kepada tertuduh. II. Kepentingan Awam
29
Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap tertuduh, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan. Hal ini kerana pertuduhan adalah melibatkan kesalahan seksual yang merupakan kesalahan yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.
30
Justeru, Mahkamah menjatuhkan hukuman sedemikian untuk mengimbangi kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh itu sendiri. Perkara ini telah jelas diputuskan di dalam kes landmark R v. BALL 35 CR. APP. R164 yang mana prinsipnya kerap diikuti dan digunapakai di dalam nas-nas tempatan. Mahkamah memutuskan bahawa:- “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal ways to an honest life.
31
Mahkamah ini meletakkan kepentingan umum yang sudah tentunya menuntut hukuman berat terhadap pesalah kes jenayah seksual dan Mahkamah telah merujuk kepada kes MUKESH & ANOR V. STATE OF NCT OF DELHI & ORS (CRIMINAL APPEAL NOS: 609-610 OF 2017) di mana Mahkamah Agung India menyatakan:- "116.... The courts are consistently faced with the situation where they are required to answer the new challenges and mould the sentence to meet those challenges. Protection of society and deterring the criminal is the avowed object of law. It is expected of the courts to operate the sentencing system as to impose such sentence which reflects the social conscience of the society. While determining sentence in heinous crimes, Judges ought to weigh its impact on the society and impose adequate sentence considering the collective conscience or society's cry for justice. While considering the imposition of appropriate punishment, courts should not only keep in view the rights of the criminal but also the rights of the victim and the society at large. "
32
Faktor kepentingan umum juga akan lebih terjaga dan terpelihara sekiranya tertuduh diasingkan dan dikenakan hukuman yang mampu memberi pencegahan sekaligus memberikan amaran jelas kepada individu lain yang mungkin berhasrat untuk melakukan kesalahan yang sama. Berbekalkan prinsip yang diputuskan di dalam kes-kes yang dirujuk tersebut, Mahkamah mengharapkan supaya hukuman yang diberikan bukan sahaja dapat mencegah tertuduh dari mengulangi kesalahan yang sama malahan dapat memberikan peringatan kepada masyarakat di luar sana supaya tidak sesekali melakukan kesalahan cabul kehormatan yang boleh memberi kesan buruk kepada mangsa. III. Rekod Kesalahan Lampau
33
Pihak pendakwaan di dalam kes ini tidak mengemukakan sebarang rekod kesalahan lampau semasa mengemukakan hujahan pemberatan. Justeru, dapat lah difahami bahawa tertuduh di dalam kes ini tiada rekod kesalahan lampau dan sabitan ini adalah sabitan pertama bagi tertuduh. Lazimnya, bagi kes yang mana seseorang tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau, tertuduh seharusnya dijauhkan dari hukuman pemenjaraan. Prinsip ini dinyatakan di dalam LISA CHRISTINA A/P BALAN V PP [2020] 1 LNS 349; ; [2020] AMEJ 0279; ; [2020] MLRHU 1002 yang mana Mahkamah memutuskan:- “21. Hukuman denda sepatutnya diberikan keutamaan dalam kes ini. Majistret sewajarnya mengambil kira faktor bahawa Tertuduh/Pemohon merupakan seorang pesalah pertama dan tidak mempunyai apa-apa rekod sabitan lampau sebelum ini dan sepatutnya diberi peluang untuk berubah menjadi seorang manusia yang lebih berguna kepada masyarakat dan keluarganya sendiri.
22
Hukuman penjara adalah tidak sesuai bagi pesalah pertama yang mana suatu tempoh pemenjaraan bukanlah jalan penyelesaian tetapi akan menimbulkan kesan yang berat pada Tertuduh/Pemohon memandangkan dia bukanlah seorang pesalah ‘hard core’ yang sering keluar masuk penjara…
26
Pesalah pertama sewajarnya dijauhkan daripada penjara dan bergaul dengan banduan-banduan yang lain yang berlatarbelakang pelbagai kesalahan jenayah yang serius… Seperti mana diputuskan di dalam kes Chan Sit Hoon v PP (1975) 1 MLJ 261 (muka surat 262) di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: ‘...In all the circumstances of this case, therefore, I was of the view that the sentence of imprisonment imposed on the Appellant was unduly harsh. This was his first offence. Sending him to prison where he would have mixed with other prisoners convicted of all sorts of offences might well have produced an adverse effect on the Appellant and instead of coming out of the prison a better man he might well have developed more criminal and antisocial tendencies. The public interest in case of R v Ball supra, may best be served if the offender is turned from his criminal ways to honest living. Treating the Appellant leniently in the circumstances of this case and thus giving him a chance to turn away from crime was certainly not against but very much in the public interest...’’
34
Walau bagaimanapun, sekalipun tertuduh ini tidak mempunyai sebarang rekod lampau, namun tindakan yang dilakukan oleh tertuduh ini agak melampau yang mana Mahkamah melihat tertuduh sebagai seorang yang berbahaya dan boleh bertindak agresif demi kepuasan diri sendiri. Tindakan tertuduh yang telah menekup mulut pengadu dari arah belakang ketika pengadu berseorangan pada waktu malam seraya menyentuh kemaluan pengadu jelas menunjukkan perancangan rapi tertuduh serta niatnya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik dan mengaibkan terhadap pengadu.
35
Oleh yang demikian, sekalipun tiada sebarang rekod lampau atas kesalahan sama melibatkan tertuduh ini, Mahkamah berpendapat mengambil kira faktor di dalam kes di atas, hukuman yang berbentuk pemenjaraan adalah perlu dikenakan terhadap tertuduh di dalam kes ini.
36
IV. Pengakuan Salah Tertuduh Mahkamah turut mempertimbangkan pengakuan salah tertuduh di peringkat awal sebagai salah satu faktor mitigasi yang penting dan tidak menafikan bahawa pengakuan salah tersebut telah menjimatkan kos pendakwaan serta masa mahkamah yang tidak perlu menjalankan perbicaraan penuh. Mahkamah merujuk kepada kes SAU SOO KIM V. PP [1975] 2 MLJ 137 yang menyatakan seperti berikut: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witness”.
37
Di dalam kes SHUK DEV OLI V. PP [2014] 1 LNS 103, apa yang dinyatakan oleh Mahkamah di dalam kes tersebut turut dipertimbangkan: “...pengakuan bersalah Perayu diperingkat seawal perbicaraan tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ianya merupakan salah satu faktor peringanan hukuman yang baik. Kredit serta diskaun boleh diberikan atas pengakuan sedemikian. Prinsip ini menjadi amalan kepada Mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal bagi menggalakkan Perayu mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibuat supaya masa, tenaga dan kos semua pihak yang terlibat dapat dijimatkan. Saksi-saksi juga tidak perlu dipanggil.”
38
Walaupun Mahkamah ini mengambil kira pengakuan salah tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah juga mempertimbangkan pengakuan tersebut bersama faktor-faktor yang lain seperti rayuan mitigasi tertuduh yang akan diulas di bawah perkara tajuk (V) di bawah. V. Rayuan Mitigasi Tertuduh
39
Semasa mengemukakan rayuan mitigasi, peguambela dari YBGK menghujahkan antaranya, bahawa tertuduh adalah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan masalah pembelajaran. Peguambela terpelajar turut mengemukakan kad OKU milik tertuduh untuk Mahkamah ini teliti. Salinan kad OKU tertuduh dengan nombor pendaftaran LD040212000898 dikemukakan sepertimana berikut :
40
Saya tidak mempertikaikan keaslian kad OKU yang dikemukakan oleh tertuduh yang merupakan suatu dokumen awam sepertimana takrifan di bawah Seksyen 74 Akta Keterangan 1950. Mahkamah ini merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman di dalam MAHAHDIR BIN SIRON V PUBLIC PROSECUTOR, [2022] MLJU 97 sepertimana berikut : “(36) It has been submitted that the applicant/accused person is somewhat deficient in intelligence quotient and that he holds a Disabled Person’s Card (Kad OKU) issued by the Welfare Department. I am not disputing the authenticity of the Person’s Card (Kad OKU) because it is a public document within the meaning assigned by s 74 of the
41
Pihak pendakwaan sebaliknya menyatakan bahawa walaupun tertuduh seorang yang berstatus OKU masalah pembelajaran, ia tidak tergolong dalam masalah mental. TPR terpelajar tidak berhujah lanjut namun Mahkamah ini menyedari apa yang dimaksudkan oleh TPR terpelajar adalah kesihatan akal tertuduh yang berkemungkinan boleh menyumbang kepada mens rea tertuduh semasa melakukan kesalahan.
42
YA Pesuruhjaya Kehakiman di dalam Mahadhir Bin Siron supra selanjutnya menyatakan : “(37) A disabled person is not necessarily a person incapable of knowing right from wrong unlike a legally insane person. It merely means that the intellectual capacity is less than the average person on the street. There is nothing on record or in evidence that he is incapable of giving instructions to counsel or that he is unable to understand the proceedings in court. He may not know the intricacies of law and legal argument but so do many people.
38
A person may be a nuclear scientist but he is a layman when it comes to law. The same way, a lawyer may be layperson when it comes to Epidemiology or Oncology. Disabilities comes in many forms, shades and sizes and the mere fact that one holds a Disabled Person’s Card is not a carte blanche that he is incapable of mens rea or have the capacity to understand his surroundings.
39
During the course of the proceedings before this court, I asked the applicant of his education background, what he did after dropping out of school and the nature of his job. The applicant told the court that he studied until Standard 6 (now known as Year 6) and did not complete his Form 1 education. He dropped out and started working. Prior to the arrest, he was working for his father in trading in used goods such as electrical goods etc from Singapore and sold them locally.
40
This court observed that the applicant was able to understand the questions posed and give the appropriate response and he did so without the aid of an interpreter. I did not find him to be a totally deranged person or one who could be described as a moron. His clear and unequivocal response to the questions posed by the court was spontaneous and it shows that he is not lost to the proceedings in court as alleged by learned counsel.”
43
Di dalam kes yang dirujuk tersebut, Perayu (tertuduh) telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di bawah pertuduhan Seksyen 392 dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. Hakim Mahkamah Sesyen terpelajar telah mensabitkan tertuduh bagi semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman 5 tahun pemenjaraan dan 3 kali sebatan bagi kesalahan rompakan bersenjata manakala 13 tahun pemenjaraan dan 5 kali sebatan bagi kesalahan rogol. Perayu telah memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak keesahan pengakuan salah Perayu yang mana telah ditolak oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman atas alasan seperti berikut (telah disalin semula) : “[61] From the CRT recording as well as the written records and the Learned Deputy Public Prosecutor who was then the prosecutor in the Court below, I am satisfied that: a.the accused understood the Charges that were read and explained to him. b.the accused did plead guilty. c.the accused understood the nature and consequences of the guilty plea. d.the accused admitted that the facts of the case as being true. e.the Learned Sessions Court Judge as well as Court Interpreter did NOT concoct evidence that the accused understood the Charges that were read and explained to him or that the accused pleaded guilty or he did understand the nature and consequence of the guilty plea or the brief facts.”
44
Keputusan daripada YA Pesuruhjaya Kehakiman ini yang telah mengekalkan sabitan dan hukuman bagi tertuduh dari Mahkamah Sesyen telah dikekalkan juga oleh Mahkamah Rayuan dengan rujukan [2024] 6 MLJ 499. Lanjutan daripada hujahan TPR terpelajar, Mahkamah ini telah bertanyakan semula kepada tertuduh samada tertuduh faham akan pertuduhan yang dihadapkan kepadanya dalam penggunaan perkataan yang lebih mudah dan singkat sepertimana berikut : “MAH : Faham pertuduhan? OKT : Faham. MAH: Tindakan kamu memeluk dan menyentuh kemaluan seorang wanita. betul? OKT : Betul. MAH : Masih mengaku salah?
45
Daripada pertanyaan tersebut, juga daripada tingkah laku tertuduh semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, Mahkamah mendapati bahawa tertuduh ini dapat memahami jenis kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini telah meneruskan kes dengan merekodkan pengakuan bersalah tertuduh tersebut.
46
Walaupun tiada apa-apa syak yang menunjukkan bahawa tertuduh ini tidak sempurna akalnya, Mahkamah ini telah mempertimbangkan faktor kesihatan tertuduh ini sebagai antara faktor utama dalam menjatuhkan hukuman. Walaupun tidak dinyatakan di Mahkamah Terbuka, namun meneliti semula kepada kad OKU melalui gambar tertuduh, tertuduh telah disahkan sebagai OKU dengan kategori masalah pembelajaran sejak dari kecil. Mahkamah ini mengambil judicial notice bahawa tertuduh telah bergelar OKU untuk tempoh yang lama sehingga tertuduh kini berusia 28 tahun.
47
Mahkamah ini merujuk kepada beberapa nas yang diputuskan yang mana Mahkamah telah mengambil kira faktor kesihatan seseorang tertuduh, secara spesifiknya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam menjatuhkan hukuman seperti PP v MUHAMMAD IRWAN BIN ISHAN [2015] 10 MLJ 458 dan YOSINI MOHAMED lwn. PP [2018]
48
Justeru, memandangkan tertuduh ini adalah seorang OKU jenis slow learner, Mahkamah berpandangan tempoh 3 bulan pemenjaraan adalah tempoh paling sesuai untuk dikenakan terhadap tertuduh kerana tempoh tersebut tidak lah boleh dikatakan sebagai terlalu sekejap mahupun terlalu lama.
49
Bagi rayuan mitigasi yang lain, Mahkamah mendapati apa yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar adalah berbentuk peribadi yang terarah kepada kepentingan tertuduh semata-mata. Peguambela terpelajar menghujahkan bahawa tertuduh berumur 28 tahun dan masih bujang. Tertuduh bekerja kilang dengan pendapatan sebanyak RM1500 sebulan serta menanggung ibu dan bapanya. Tertuduh juga telah akui kesalahannya dan berakujanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut lagi.
50
Seperti yang diperjelaskan dalam kes LOO CHOON FATT supra: “Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused as seen as facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LCJ in Rex v. Gronkowski offered some good advice when he said: The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often, nowadays, thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners.”
51
Di dalam kes PP v. TEH AH CHENG [1976] 1 LNS 116, Eusoffe Abdool Cader H (sebagaimana beliau pada ketika itu) telah memberi pandangan yang sama yang berbunyi : “The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact that he is employed and supports an aged mother and step-brothers. He should of course have thought of this before committing the offence and not after; he is in fact pleading hardship arising from the consequences of his own acts and I would reiterate what I had occasion previously to observe in another case that an offender should not expect to excite or harness any sympathy on an ipse dixit by taking the stance of the impetuous youth who killed his parents with an axe and then pleaded in mitigation that he was an orphan.”
52
Dalam mengikut prinsip yang digariskan, Mahkamah ini cenderung untuk membuat pertimbangan saksama di antara kepentingan awam dengan kepentingan peribadi tertuduh. Mahkamah sedar mitigasi tertuduh juga perlu diambil kira. Mahkamah setelah membuat pertimbangan dengan mengambil kira prinsip-prinsip dalam menjatuhkan hukuman merasakan bahawa demi kepentingan awam, adalah wajar tertuduh ini diletakkan di sebalik tirai besi supaya tertuduh ini mendapat pengajaran yang sewajarnya akibat kesalahan yang dilakukan. Dengan hukuman sedemikian, Mahkamah telah menunjukkan bahawa Mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap kesalahan berbentuk seksual dan hukuman setimpal tetap akan dijatuhkan. VI. Tujuan Dan Trend Hukuman
53
Mahkamah di dalam memberikan hukuman pemenjaraan yang mana juga suatu hukuman berbentuk deterrence turut mengikuti prinsip dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP V. MUHAMMAD SAIFULLAH AWANG [2016] 3 CLJ 793 yang menyatakan seperti berikut : “A deterrent sentence must be passed to strengthen public confidence that an offence of this nature will be severely punished by the court. A long imprisonment term by the court will create fear in the minds of future offenders besides sending a message to the public about the seriousness of this offence.”
54
Di dalam LEKEN @ DELEM AK GERIK (M) v. PUBLIC PROSECUTOR [2007] 3 MLJ 730 juga ada diperjelaskan mengenai prinsip dan tujuan hukuman berbentuk deterrence seperti berikut: “Deterrence sentence is aimed not only to deter the accused from committing the offence in future but also to deter other people from committing the offence. The first is referred to as specific deterrence and the latter as general deterrence.”.
55
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman sedemikian kepada tertuduh bertujuan untuk mengembalikan tertuduh kepada keadaan asal sebelum kesalahan dilakukan. Di dalam kes NORSHAHRIZAN JUNAIDI V PP [2016] MLJU 465; [2016] 1 LNS 17; [2016] AMEJ 0189; [2016] MLRAU 35 telah diputuskan :- “[8] In certain cases, depending on the sentence passed and the relevant statutory provisions on sentencing, the sentence could also serve as a means to rehabilitate the offender and to keep the offender (particularly the first offender) away from the path of crime in the future. It is here that the Court in meting out sentence must do the balancing act - between public interest and that of the offender. Too lenient a sentence would not have a deterrent effect and may be seen as a weakness. Too excessive a sentence (especially long custodial sentence) may not have the desired effect on the offender which is to punish him and at the same time to allow him to rehabilitate. Instead keeping the offender longer than necessary in custodial sentence, may turn the offender into a hardened criminal due to prolong association with the undesirable elements behind the prison walls.”
56
Di dalam menentukan tempoh hukuman pemenjaraan yang diberikan pula, Mahkamah ini mengambil pendekatan untuk merujuk kepada faktor-faktor yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu MOHD ABDULLAH ANG SWEE KANG V. PP [1987] 2 CLJ 405; [1987] CLJ (Rep) 209 di mana dinyatakan : “In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigation factors, and fourthly, th sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any.”
57
Selain itu, Mahkamah turut meneliti hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan daripada nas-nas yang diputuskan. Nas-nas yang dirujuk sepertimana berikut : Bil. Autoriti Jenis prosiding Koram Hukuman 1 BAHARUDIN MAT NOR v. PP [2020] 7 CLJ 388 Rayuan Jenayah (Perbicaraan Penuh) Mahkamah Tinggi Denda RM5,000 (Hukuman asal : 10 bulan pemenjaraan) 2 LIM CHEE SOON v. PP [2016] 1 LNS 1347 Rayuan Jenayah (Perbicaraan Penuh) Mahkamah Tinggi 6 bulan pemenjaraan dan denda RM1,000 (Hukuman asal : 15 bulan pemenjaraan) 3 TAY KIANG HEONG v. PP & ANOTHER APPEAL [2024] 6 CLJ 532 Rayuan Jenayah (Perbicaraan Penuh) Mahkamah Rayuan 12 bulan pemenjaraan dan denda RM 8,000 gagal bayar 8 bulan pemenjaraan (Hukuman asal : 3 tahun pemenjaraan oleh Mahkamah Sesyen dan 3 bulan pemenjaraan oleh
58
Jika dilihat daripada nas-nas yang dirujuk yang kesemuanya merupakan keputusan dari Mahkamah-Mahkamah Atasan, semua kes tersebut telah dijalankan secara perbicaraan penuh yang sudah tentu mengambil masa yang panjang, tenaga sumber manusia seperti kehadiran saksi-saksi daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta pasti juga melibatkan kos kerajaan yang banyak. Pun begitu, hukuman-hukuman pemenjaraan yang diberikan masih tidak melebihi tempoh 12 bulan/ 1 tahun.
59
Apatah lagi di dalam kes semasa, yang mana merupakan suatu prosiding perbicaraan terus (summary trial), tertuduh telah mengaku salah di peringkat paling awal dan sememangnya tiada perbicaraan penuh dijalankan. Maka, hukuman pemenjaraan 3 bulan tersebut dirasakan adalah wajar dan berpatutan mengambil kira semua faktor yang telah dinyatakan sebelum ini.
60
KESIMPULAN Atas alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman pemenjaraan untuk tempoh 3 bulan yang berjalan dari tarikh tangkap yang dijatuhkan terhadap tertuduh tersebut adalah wajar, berpatutan dan mematuhi prinsip-prinsip perundangan yang ditetapkan. Bertarikh pada 21 Julai 2025 SHARDA SHIENHA BINTI MOHD SULEIMAN Majistret Mahkamah Majistret Ayer Keroh,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.