Content
1 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN 5 DALAM NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS, MALAYSIA KES JENAYAH NO. NA-62D-58-02/2025 PENDAKWA RAYA 10 LAWAN MUHAMAD SAFARI BIN MD SALEH [NO. K/P: 811115-05-5271] 15 ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [ 1 ] Orang Kena Tuduh (OKT) menghadapi pertuduhan seperti berikut: 20 “BAHAWA KAMU PADA 17/10/2024 JAM LEBIH KURANG 3.30 PAGI BERTEMPAT DI PEJABAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD NILAI, DALAM DAERAH NILAI, DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL 25 KHUSUS TELAH MEMBERIKAN KEPADA DIRI KAMU SENDIRI DADAH BERBAHAYA JENIS AMPHETAMINE DAN METHAMPHETAMINE DAN KAMU JUGA MEMPUNYAI DUA SABITAN LAMPAU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 15(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 IAITU PADA: 1) 30/08/2021 DI MAHKAMAH MAJISTRET 2 SEREMBAN, NO. KES: NA-83D- 30 822-05/21 DIMANA KAMU DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 6 BULAN DARI TARIKH TANGKAP DAN 2 TAHUN PENGAWASAN POLIS. 2) 05/12/2023 DI MAHKAMAH MAJISTRET 1 SEREMBAN, NO. KES: NA-83D-2237-10/23 DIMANA KAMU DIJATUHI HUKUMAN 3 BULAN PENJARA DARI TARIKH SEBUTAN DAN 2 TAHUN PENGAWASAN POLIS. OLEH YANG DEMIKIAN, 35 KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN S/N Ur0K78D62kinB5qwxIY1dg 15(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 39C(1)(b) AKTA YANG SAMA”. HUKUMAN 40 SEKSYEN 39C(1): PEMENJARAAN SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARI (5) TAHUN DAN TIDAK LEBIH (7) TAHUN DAN DIKENAKAN SEBATAN TIDAK LEBIH DARI (3) SEBATAN. [ 2 ] OKT telah mengaku salah atas pertuduhan dan faham sebab dan akibat pengakuan salah tersebut. OKT juga memahami bahawa sekiranya beliau mengaku 45 salah, maka perbicaraan tidak akan diadakan dan Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman terhadap beliau dan beliau masih mengekalkan pengakuan salahnya. [ 3 ] Oleh yang demikian, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman minima iaitu penjara selama lima (5) tahun dari tarikh tangkapan 17.10.2024 dan sebatan rotan sebanyak satu (1) kali. 50 [ 4 ] OKT melalui Pihak Penjara Malaysia telah memfailkan Notis Rayuan pada 23.04.2025. ALASAN-ALASAN MAHKAMAH Pengakuan Salah 55 [ 5 ] Mahkamah telah mempertimbangkan pengakuan salah OKT yang telah menjimatkan masa Mahkamah dan semua pihak yang terlibat serta kos kerajaan sekiranya saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Mahkamah telah merujuk kepada kes Melvani v PP [1971] 1 MLJ 137 yang menyatakan: 60 S/N Ur0K78D62kinB5qwxIY1dg “In principle I consider it proper that where an accused person pleads guilty the court in assessing sentence ought to consider such a plea as a mitigating factor. What weight ought to be given by the court depends on the other facts made known to the court at the time the sentence is considered. Similarly, good 65 character is always a circumstance which a court ought to consider in assessing sentence.” [ 6 ] Dalam kes Sau Soo Kim v PP [1975] 1LNS 158; 175 2 MLJ 134 menegaskan pengakuan salah merupakan satu faktor mitigasi hukuman: 70 “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” 75 Rayuan OKT [ 7 ] Mahkamah juga telah mempertimbangkan rayuan OKT bagi meringankan hukuman seperti berikut: 80 “Pohon hukuman dari tarikh 2023 sebab hukuman lampau dan sudah menjalani hukuman. Mohon hukuman penjara sahaja dan tidak dirotan kerana saya adalah transgender dan saya mempunyai botox di punggung saya. Sekiranya saya menjalani hukuman rotan, saya akan mendapat kesan nanah di 85 punggung. Dalam tahanan LLPK sejak 14.07.2023 sehingga 12.07.2024 di Simpang Renggam. Sekarang berumur 45 tahun dan belum berkahwin. Mohon hukuman dijalankan di Penjara Simpang Renggam”. S/N Ur0K78D62kinB5qwxIY1dg [ 8 ] OKT telah memohon supaya hukuman penjara bermula dari tahanan LLPK sejak 14.07.2023. Namun demikian, Mahkamah mendapati bahawa bagi pertuduhan 90 di hadapan Mahkamah ini, OKT telah ditangkap pada 17.10.2024 dan bukan pada 14.07.2023. Sehubungan itu, hukuman penjara wajar bermula dari tarikh beliau ditangkap pada 17.10.2024 dan bukannya pada 14.07.2023. FAKTOR PEMBERATAN 95 [ 9 ] Timbalan Pendakwa Raya menyatakan bahawa kes penagihan dadah melibatkankepentingan awam dan mengganggu ketenteraman awam. RUJUKAN KES 100 [ 10 ] Hukuman dijatuhkan hendaklah menurut undang-undang sebagai mana dalam kes PP v Jafa Daud [1981] 1 LNS 28: “A sentencing court must first and foremost bear in mind that any sentence to 105 be passed must be in accordance to law”. [ 11 ] Maksud “sentence according to law” yang digunakan di bawah subseksyen 173(m)(ii) telah dijelaskan oleh Mohd Azmi J dalam Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 yang menyatakan di muka surat 316 seperti berikut: 110 “A sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” 115 S/N Ur0K78D62kinB5qwxIY1dg [ 12 ] Manakala seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari (5) tahun dan tidak lebih (7) tahun dan dikenakan sebatan tidak lebih dari (3) sebatan. [ 13 ] Dalam kes PP v Nazarudin Ahmad & Ors [1993] 2 CLJ 543, Dato’ Dr. 120 Visu Sinnadurai J. telah menggariskan pemakaian prinsip penghukuman terutamanya berkaitan pesalah muda, pesalah pertama dan kepentingan awam: “The first and third accused are young, and they are first offenders. In such circumstances, the Court should consider how the length of time spent in prison 125 would affect their own lives and society after they have completed serving the sentence. Sometimes public interest may itself demand that a shorter term of imprisonment is desirable as a long imprisonment term may create more problems to the society as the prisoner would have more difficulties in readjusting himself to family and community life on completion of his prison 130 term. As pointed in the passage in Cross, The English Sentencing System, 3rd Edn., at p. 141: Prolonged and repeated imprisonment is destructive of family relationships and, by encouraging the prisoner's identification with the attitudes of the prison 135 community, increases his alienation from normal society. In addition, long-term institutionalisation is all too likely to destroy a prisoner's capacity for individual responsibility and to increase the problems he must face when he returns to society”. 140 S/N Ur0K78D62kinB5qwxIY1dg KESIMPULAN [ 14 ] Oleh yang demikian Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara lima