Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: Pertuduhan Bahawa kamu pada 10/09/2023 jam lebih kurang 7.00 malam bertempat di tandas pejabat JSJN, IPK Kelantan dalam jajahan Kota Bharu dalam Negeri Kelantan telah memberikan kepada diri kamu sendiri dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine dan kamu telah mempunyai dua (2) sabitan lampau di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam kes seperti berikut: Fakta sabitan: MKB(A) 83D-483-02/2016, seksyen 15(1)(a) adb 1952, 4 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan Tempat sabitan : mahkamah majistret kota bharu. Tarikh sabitan : 25/02/2016. Fakta sabitan: DA-83D-1775-12/2019, seksyen 15(1)(a) adb 1952, Penjara 8 bulan dan 2 tahun pengawasan Tempat sabitan: mahkamah majistret kota bharu. Tarikh sabitan: 19/12/2018. Dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta dadah berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39c (1) akta yang sama. Hukuman bagi seksyen 39c (1) akta dadah berbahaya: Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak melebihi tiga sebat. Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya Mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 hendaklah diperintahkan menajalani perintah pengawasan setelah selesai menjalani hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut bagi tempoh pengawasan tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih dari 3 tahun.