Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2), ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-62D-476-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN LAWAN MUHAMAD SYAFIQ BIN GHAZALI ... PERAYU / ORANG KENA NO. K/P: 910427-02-5243 TUDUH (OKT)
KA-62D-476-12/2023
Sessions Court of Malaysia18 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952... ... As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various ste”
“tkan kos dan masa Mahkamah serta semua pihak-pihak yang terlibat dengan kes terhadap OKT ini. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134: "Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea”
“an hukuman pemenjaraan selama sembilan (9) tahun dari tarikh tangkap dan sepuluh kali (10) sebatan. Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Murlitharan a/l Periasamy And Another Appeal [2015] CLJU 645; [2015] MLJU 2183 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg **Note :”
“araan selama sembilan (9) tahun dari tarikh tangkap dan sepuluh kali (10) sebatan. Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Murlitharan a/l Periasamy And Another Appeal [2015] CLJU 645; [2015] MLJU 2183 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg **Note : Serial number wi”
“n memiliki dadah berbahaya methamphetamine seberat 38.47 gram. Pada hari kes ditetapkan untuk perbicaraan, OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan. Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Rahim Omar [2023] CLJU 1396, di mana Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan seperti berikut: “ [18] Faktor bahawa OKT telah mengaku”
“7. Mahkamah telah merujuk kepada kes Mohd Zulhaimy Mohd Jani lwn. PP & Rayuan yang lain Mahkamah Rayuan, Putrajaya [2025] CLJU 827, di mana tertuduh-tertuduh dituduh bagi suatu kesalahan milikan dadah berbahaya Monoacetylmorphines seberat 24.2 gram yang mana kesalahan adalah di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2), ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO KES: KA-62D-476-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN LAWAN MUHAMAD SYAFIQ BIN GHAZALI ... PERAYU / ORANG KENA NO. K/P: 910427-02-5243 TUDUH (OKT)
1
Pihak Merayu iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan : “Bahawa kamu pada 12hb Jun 2023 jam lebih kurang 11.15 pagi, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Kubang Lintah, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, di dalam Daerah Padang Terap, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu “methamphetamine” seberat 38.47 gram. Oleh S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.” Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
2
OKT telah dituduh di Mahkamah Sesyen pada 12.12.2023. OKT telah diwakili oleh seorang peguambela dan beliau telah minta dibicarakan. Pada tarikh 20.4.2025, apabila kes ditetapkan untuk perbicaraan, OKT telah menukar pengakuan dan mengaku salah ke atas pertuduhan. Kes telah ditangguh untuk Fakta dan Hukum pada 18.5.2025. Pada tarikh 18.5.2025, pihak Pendakwaan telah mengemukakan fakta kes dan eksibit dan apabila rayuan selesai didengar, Mahkamah telah mengenakan hukuman penjara lapan (8) tahun dari tarikh tangkap (12.7.2023) dan sepuluh (10) sebatan rotan.
3
OKT tidak berpuashati dengan perintah tersebut dan kini merayu terhadap hukuman tersebut.
4
Seterusnya untuk menentukan hukuman, prinsip-prinsip berkaitan dengan menjatuhkan hukuman harus dilihat. Mahkamah Agung dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang v Pendakwa Raya [1987] 2 CLJ 405 di mukasurat 410 ke arah maksud ini telah menetapkan prinsip-prinsip berikut :- S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg a) Graviti kesalahan tersebut. Sekiranya tiada hukuman setimpal dijatuhkan ianya akan berulang b) Cara kesalahan dilakukan c) Kehadiran faktor-faktor mitigasi d) Bandingan hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan untuk kesalahan yang sama
5
OKT telah pada mulanya dituduh di Mahkamah Majistret di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan selepas laporan kimia diperolehi, OKT telah dituduh semula di Mahkamah Sesyen untuk kesalahan memiliki dadah berbahaya methamphetamine seberat 38.47 gram. Pada hari kes ditetapkan untuk perbicaraan, OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan. Mahkamah merujuk kepada kes PP lwn. Rahim Omar [2023] CLJU 1396, di mana Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan seperti berikut: “ [18] Faktor bahawa OKT telah mengaku salah sebaik sahaja ditawarkan dengan pertuduhan pilihan bagi kes KA-45A-64- 11/2022 (at the earliest opportunity) dan bahawa OKT kesal dan insaf atas perbuatannya telah dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Pengakuan salah OKT telah menjimatkan kos dan masa Mahkamah serta semua pihak-pihak yang terlibat dengan kes terhadap OKT ini. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134: "Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses." S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg [19] Namun begitu, di dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 77; [2004] 4 MLJ 249 telah diputuskan seperti berikut: "It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952... ... As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and we believe that the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law." [penekanan ditambah] Di dalam kes PP v. Low Kok Wai [1988] 3 MLJ 123, Mohamed Dzaiddin J (as he then was) telah berkata:- “….. in the present case, the only mitigating factor is the accused’s plea of guilty. It is a principle of sentencing that whenever possible the court should take into account as a mitigating factor that the accused has pleaded guilty. The extent to which a plea of guilty is a mitigating factor must depend on the facts of each case, and it cannot be a powerful mitigating factor when effectively no defence to the charge was available to the accused” Peguambela telah mengemukakan rayuan seperti berikut: “Tertuduh telah mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan sebelum kes ini dikemukakan. Pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa Mahkamah yang mulia serta masa dan perbelanjaan pihak Pendakwaan. Prinsip-prinsip di dalam kes duluan telah berulang kali menyatakan bahawa ini S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg adalah salah satu faktor yang perlu diambilkira di dalam mitigasi, Puan. Tertuduh kini berumur 34 tahun. Beliau merupakan anak kelima daripada lapan orang adik-beradik dan beliau belum berkahwin dan tinggal bersama dengan ibu sebelum ditangkap. Sebelum ditangkap, tertuduh bekerja sebagai bekerja kampung sahaja dan ini adalah kesalahan tertuduh, saya diarahkan yang pertama dan tidak pernah menghadapi apa-apa pertuduhan sebelum ini. Dan beliau turut telah insaf dan kesal atas apa yang telah berlaku dan keberadaan tertuduh di penjara semenjak ditangkap telah banyak memberi pengajaran tertuduh. Puan, pihak kami dengan rendah diri memohon supaya tertuduh dikenakan satu hukuman yang paling minimal atas hukuman penjara yang panjang akan turut membebankan ahli keluarga tertuduh. Tertuduh sedar akan kesilapannya dan berjanji akan berubah dan menjadi seorang warganegara yang berbakti di masa hadapan kepada keluarga dan negara. Puan, selain itu, memang benar Puan, kepentingan awam, public interest adalah satu isu utama yang diambilkira oleh Mahkamah di dalam menentukan hukuman. Pihak tertuduh pohon bahawa kepentingan awam public interest juga merangkumi interest of the accused. Mahkamah yang mulia ini harus memberi satu peluang kepada tertuduh untuk mengubah dirinya untuk menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat. S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg Puan, berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibentangkan sebentar tadi dan versi perundangan yang terpakai, tertuduh dengan rendah diri pohon agar Mahkamah yang Mulia ini mengenakan satu hukuman yang paling minimum bermula dari tarikh tangkap.” Walaupun OKT telah mengaku salah sebelum perbicaraan dimulakan, OKT tidak mempunyai rekod kesalahan lalu, telah jimat masa Mahkamah dan telah insaf dan kesal, namun, OKT telah melakukan satu kesalahan yang serius. Di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd. Azmi bin Ja’afar (2003) 2 MLJ 189, Hakim Jeffrey Tan telah berkata (dengan izin):- “It is definitely not in the public interest to be lenient and merciful in the present case. The accused may be a first offender. The accused may have saved much judicial time. Yet due weight must be given to the fact that the accused had committed a most serious offence. And in the opinion of the court, the right and proper sentence was imprisonment for a term of eight years with effect from the date of arrest and ten strokes of the rotan.”
6
Di dalam kes Public Prosecutor v. Amir Hamzah bin Amir Mydin (2003) 3 AMR 626 di muka surat 635, Hakim Augustine Paul (as he then was) berkata (dengan izin):- “Dalam memilih hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan perkara yang utama yang saya perlu pertimbangkan adalah soal kepentingan awam dan penekanan utama adalah melunaskan kepentingan awam (lihat R v Ball Cr App R 164). Sebarang hukuman yang dijatuhkan mestilah dineracai dengan membuat imbangan antara keperluan kepentingan awam dan kehendak seseorang pesalah. Undang-undang jenayah S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg ditegakkan bertujuan bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melanggar ketetapan undang-undang tetapi juga berhasrat untuk menghalang pelanggaran undang-undang dari terus berlaku. Mudah-mudahan masyarakat secara amnya tidak tergerak hati melakukan kesalahan yang sama atau apa jua kesalahan lain setelah memikirkan natijah yang bakal diterima akibat pelanggaran sedemikian.” Oleh yang demikian, hukuman berbentuk pencegahan atau ‘deterence’ merupakan salah satu asas utama yang digunakan dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini.
7
Mahkamah telah merujuk kepada kes Mohd Zulhaimy Mohd Jani lwn. PP & Rayuan yang lain Mahkamah Rayuan, Putrajaya [2025] CLJU 827, di mana tertuduh-tertuduh dituduh bagi suatu kesalahan milikan dadah berbahaya Monoacetylmorphines seberat 24.2 gram yang mana kesalahan adalah di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman pemenjaraan seumur hidup dari tarikh ditangkap (6 September 2018) dan dua belas (12) sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan selama sembilan (9) tahun dari tarikh tangkap dan sepuluh kali (10) sebatan. Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Murlitharan a/l Periasamy And Another Appeal [2015] CLJU 645; [2015] MLJU 2183 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg "[1] Originally the respondent was charged with trafficking in dangerous drugs, an offence under section 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act, 1952 (the Act). Before the commencement of the trial on 17.10.2014, an Alternative Charge, P3 under section 12(2) of the Act and punishable under section 39(2) of the Act was offered to the respondent. The Alternative Charge reads as follows: "Bahawa kamu, pada 3.10.2013 jam lebih kurang 1.00 pagi, bertempat di Jalan 53/54, Desa Jaya, Kepong, di dalam Daerah Gombak, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya iaitu seberat 33.63 gram (26.79 gram Heroin dan 6.84 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama." [2] The Alternative Charge was duly read and explained to the respondent to which he pleaded guilty. …. [14] Having regard to all the circumstances of this case, the public interest, the amount of the drugs, the seriousness of the offence, the respondent being a first offender and he pleaded guilty at an earliest reasonable opportunity, we were of the view that the sentence of 9 years imprisonment w.e.f. from date of arrest on 3.10.2013 and 10 strokes of whipping was fair and reasonable, not manifestly inadequate. We unanimously dismissed the appeal. We affirmed the sentence imposed by the High Court."
8
Kesalahan memiliki dadah berbahaya adalah suatu kesalahan yang amat serius. Mahkamah telah mengambil kira semua faktor seperti yang dibincang di atas dan telah mengenakan hukuman penjara lapan (8) tahun dari tarikh tangkap (12.7.2023) dan sepuluh
10
sebatan rotan. S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg
9
Berdasarkan alasan-alasan seperti yang dikemukakan di atas, Mahkamah berpendapat hukuman yang dikenakan adalah wajar serta bersesuaian dengan fakta kes ini apabila dipertimbangkan secara keseluruhan. Bertarikh 22hb Julai 2025 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) (Hakim Mahkamah Sesyen) (Mahkamah Sesyen 2) (Alor Setar) (Kedah) Peguam bagi pihak OKT : En Muhammad Samsul Nizam M.S. Nizam & Co. Timbalan Pendakwa Raya : Pn Nurfatin Mastura bt Asri S/N otl5ObUvnEGh59ioPmA9Lg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.