Lampiran
Lampiran 37 mengandungi tangkap layar perbualan di group whatsapp Masjid Ar Raudhah. 17. Mahkamah telah menolak untuk penerimaan kedua-dua Ikatan Dokumen tersebut kerana Lampiran 37 merupakan 1 Ikatan Dokumen baharu yang difailkan pada peringkat kes Defendan. Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana ianya memberikan satu kejutan kepada pihak Plaintif dan terlalu lewat. S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw 18. Bagi Ikatan Dokumen di Lampiran 36, Mahkamah percaya bahawa semua Laporan yang disediakan oleh Jabatan Kerajaan boleh dirujuk dan dikemukakan di Mahkamah dan ianya boleh dijadikan sebagai dokumen untuk menunjukkan satu dapatan atau keputusan oleh badan Kerajaan. Dokumen ini boleh diambil sebagai judicial notice oleh Mahkamah. Tambahan lagi dokumen ini bukannya disediakan oleh Plaintif sendiri. E. DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH 19. Sebelum Mahkamah pergi lebih jauh di dalam memberi penilaian kepada kes ini, satu isu utama yang perlu ditentukan adalah samaada wujud kewajipan berjaga-jaga (duty of care) di atas tort kecuaian di dalam kes yang melibatkan jiran berkaitan dengan pemilikan tanah. 20. Di dalam membuktikan tort kecuaian, Mahkamah di dalam kes Arab Malaysian Finance Berhad v Steven Phoa Cheng Loon & Ors and other appeals [2003] 1 CLJ 585 telah menyenaraikan 4 elemen untuk membuktikan kecuaian seperti berikut; “To make out a case against a defendant in the tort of negligence, a plaintiff must establish four ingredients. First, he must show that he was owed a duty by the defendant to take reasonable care. Second, that the defendant breached that duty, third, that the resultant breach caused the harm in question and fourth that he (the plaintiff) suffered damage that is not too remote. There is a tendency on the part of S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw some textbook writers (in the interest of tidiness) to treat each of these elements in watertight compartments. Such an approach may be quite misleading. This is because what a court trying an action for negligence is concerned with is the interpretation of a particular set of facts as establishing or negativing one or more of the ingredients of the tort.” 21. Bagi kes yang melibatkan kerosakan kepada harta benda milik jiran, termasuk melibatkan hartanah, kes yang menjadi rujukan adalah Industrial Property Management Sdn Bhd v Forebase Property Sdn Bhd & Ors [2024] 6 CLJ 548 di mana Mahkamah menyatakan seperti berikut; “[34] As a result of understanding this, it is trite that causing damage to a neighbour’s property constitutes an actionable wrong. The Malaysian court has recognised this longstanding principle and a comprehensive understanding of it is necessary to examine the general position governing this issue as outlined by the Federal Court in Wong See Lee & Ors v Ting Siik Lay [1997] 2 CLJ 205; [1996] 2 MLRA 444, in which His Lordship Mohd Azmi FCJ clearly identified this issue as follows at p. 224 (CLJ); pp 454 & 455 (MLRA); [35] As a matter of common-sense building retaining walls has become one of the bulwarks in the fight against soil erosion and in the preservation of soil to soil support enjoyed by neighbouring lands particularly where excavation activities S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw have become necessary on one’s property. This duty of care owed by landowners to their neighbours not to disturb or withdraw natural right to support, ie, soil to soil support, should no longer be questioned in this country as a cause of action in negligence and/or nuisance, where the breach of such duty has caused injury to the adjoining property” 22. Berdasarkan kepada kes-kes di atas, wujud satu kewajipan berjaga-jaga bagi pemilik hartanah yang berjiran dalam memastikan tidak menyebabkan kerosakan kepada hartanah milik orang lain. Plaintif hendaklah membuktikan bahawa semua elemen tersebut telah dipenuhi untuk berjaya di dalam tuntutannya. 23. Setelah meneliti keseluruhan kes ini, bersandarkan kepada keterangan saksi-saksi dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan empat elemen tersebut di dalam tuntutan ini. a) Samaada struktur parit yang dikorek oleh Defendan berfungsi dengan baik; b) Samaada struktur parit yang dikorek oleh Defendan telah menyebabkan berlakunya limpahan, genangan dan takungan air serta hakisan di dalam kawasan tanah Plaintif. c) Samaada Defenden telah mengambil langkah berjaga-jaga dan wajar semasa mengorek struktur parit tersebut bagi memastikan bahawa tiada limpahan, genangan, takungan dan S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw aliran air masuk ke dalam hartanah Plaintif dan membahayakan dan merosakan harta benda Plaintif. 24. Berkenaan dengan isu-isu untuk dibicarakan di atas, Mahkamah dapati bahawa 3 isu pertama adalah berkenaan dengan struktur parit yang telah dikorek oleh Defendan dan kefungsian parit tersebut di dalam mengalirkan air keluar dari tanah Defendan. 25. Mahkamah telah meneliti struktur parit yang telah dibina oleh Defendan melalui keterangan saksi dan juga pelan tanah yang mana ianya telah dijelaskan oleh Plaintif dengan bantuan Pelan Ukuran Aras dan Butiran yang telah disediakan oleh Encik Mohd Azrel Hafizi bin Shahidan (SD1). 26. Mahkamah telah meneliti kepada Pelan Ukuran yang telah disediakan tersebut dan berdasarkan kepada kedudukan struktur parit tersebut, dan tidak ada percanggahan bahawa ianya berada di dalam kawasan tanah Defendan. 27. Daripada Pelan Ukuran tersebut, dapat dilihat dengan jelas bahawa struktur parit tersebut telah dibuat dalam bentuk L (dari tandan A ke tandan B dalam Pelan Ukuran) iaitu dari bahagian atas ke bawah dan membelok ke kanan. Namun struktur parit tersebut hanya dibuat pada separuh sahaja di bahagian bawah tanpa membawa ke mana-mana saliran untuk mengalirkan air keluar dari tanah Defendan. Struktur parit tersebut hanya berhenti disitu dengan harapan air akan keluar melalui saluran kecil (tandaan C ke tandan D dalam Pelan) di dalam tanah Plaintif. S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw 28. Defendan di dalam keterangannya juga jelas menyatakan berkenaan dengan permasalahan air keluar dari kawasan tanahnya apabila disoal berkenaan dengan parit yang hanya siap di bahagian tanah Defendan Sahaja. “CR : Selepas kita kata tadi, saya rujuk kepada Pelan D2, selepas R itu, mati disitu, setuju tak parit yang mati disitu, ada tak laluan air terus ke bawah keluar dari tanah Encik Safwan? SD2 : Nak keluar, air tu tak boleh keluar, dia akan keluar ke mana yang rendah CR : Air tak boleh keluar, dia akan keluar ke mana yang rendah? SD2 : Ya.” 29. Ini jelas menunjukkan bahawa saluran air itu tidak membawa kepada penyelesaian untuk membawa air terus ke dalam parit besar di jalan utama iaitu Jalan Terap ke Kulim (dapat dilihat dengan jelas di dalam Pelan Ukuran). Menjadi persoalan disini, apakah asas kepada keputusan Defendan membina struktur parit yang lengkap separuh sahaja tanpa mencari penyelesaian tuntas kepada permasalahan air melimpah di tanah Defendan. Ianya Bagai melepaskan batok di tangga yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kedua-dua pihak. S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw 30. Terdapat cadangan yang dikemukakan oleh Defendan untuk membuat sambungan parit tersebut dari tanah Defendan terus ke saluran air utama di tepi jalan utama dengan memasuki kawasan tanah Plaintif dan perkara ini tidak dipersetujui oleh Plaintif (tandaan M terus ke tandan N). Ini kerana ianya akan terus memasuki kawasan dalam tanah Plaintif. 31. Di samping itu, Mahkamah juga telah menilai keadaan parit tersebut apabila dibuat pemantauan dan pemeriksaan oleh SD1. Secara keseluruhannya, SD1 menyatakan bahawa kelebaran dan kedalam parit tersebut di dalam anggaran 2 sehingga 3 kaki. Pada pandangan Mahkamah, keadaan kelebaran dan kedalaman bagi sesuatu parit, apabila dibuat hendaklah selari dengan taburan hujan yang turun untuk mengelak limpahan air mengatasi fungsi parit yang mana ianya tidak sepatutnya berlaku. 32. Faktor di atas juga hendaklah dilihat bersama dengan cara bagaimana penyelenggaraan parit tersebut dibuat oleh Defendan. Mahkamah telah berpeluang untuk meneliti gambar-gambar yang dikatakan parit yang dibina oleh Defendan dan mendapati bahawa sturuktur parit yang dibina oleh Defendan adalah tidak diselenggara dengan baik. 33. SD1 juga di dalam keterangannya mengesahkan bahawa keadaan parit tersebut semasa pemeriksaan olehnya tidak diselenggara dengan baik. “CR : Tadi Encik Azrel kata berdasarkan struktur muka bumi ini, kita faham bila tanah itu ada rendah S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw sikit, dia aka nada aliran air ke Kawasan yang rendah. Setuju saya cadangkan, sekiranya pemparitan di antara tanah Defendan dan tanah Plaintif ini diselenggaran dengan baik, tadi kata ada rumput, pokok semua, memang tertutup la. Cuma nampak ada aliran air, sekiranya kita kara parit itu diselenggaran dengan baik, maknannya air dari atas dapat bergerak dengan lancer setuju? SD1 : Ya CR : Berdasarkan pemerhatian Encik Azrel, parit itu memang tak diselenggara? Duty siapa kita tak tahu la. SD1 : Ya, tak diselenggara la. 34. Mahkamah juga telah meneliti gambar-gambar keadaan parit yang ada di kawasan tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan oleh SD1, keadaan parit yang tidak diselenggara menyebabkan rumput-rumput yang tumbuh dan menghalang laluan sempurna bagi air yang turun dari tanah Defendan dan keadaan ini menyebabkan limpahan air masuk ke dalam tanah Plaintif. 35. Meneliti kepada keseluruhan fakta di atas, iaitu; i) Kedudukan tanah Defendan yang lebih tinggi daripada tanah Plaintif; S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw ii) Keadaan parit yang tidak sempurna dan cetek dalam anggaran 2 – 3 kaki; iii) Kegagalan untuk Defendan menyelenggara dengan baik keadaan parit; dan iv) Aliran air yang turun memasuki ke dalam kawasan tanah Plaintif. adalah menyumbang kepada bencana dan kerosakan kepada hartanah dan harta benda Plaintif sebagaimana yang dijelaskan oleh Plantif di dalam kesnya. 36. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa atas kegagalan Plaintif untuk menyediakan saliran parit yang teratur dan lengkap serta kegagalan untuk menyelenggara keadaan parit tersebut, merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya banjir kepada kawasan hartanah Plaintif dan menyebabkan kerosakan kepada harta benda Plaintif. 37. Mahkamah percaya bahawa segala permasalahan yang timbul di antara pemilik-pemilik tanah boleh diselesaikan melalui pihak-pihak yang berwajib dan diantaranya adalah melalui Pejabat Tanah dan Daerah yang diberikan kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara tuan-tuan tanah. Tetapi perkara ini gagal dilaksanakan oleh kedua-dua pihak terutamanya Defendan. 38. Disamping itu, Mahkamah juga telah meneliti samaada terdapat tindakan daripada Plaintif untuk mengurangkan impak kepada kerosakan pada harta bendanya. Adakah terdapat sebarang mitigasi dilakukan oleh Plaintif di sini. S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw 39. Terdapat cadangan yang dibuat oleh Plaintif kepada Defendan untuk menyambung pengorekan parit tersebut sehingga ke bahagian di tandaan Y dan turun ke bawah ke tandan Z. Cadangan ini tidak dipersetujui oleh Defendan. 40. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Defendan, cadangan Defendan adalah untuk membina parit sambungan daripada tandan R ke tandan N melalui kawasan dalam tanah Plaintif dan terus ke laluan parit utama di jalan besar. 41. Mahkamah mendapati bahawa di dalam membuat sesuatu keputusan berkenaan dengan penggunaan tanah, penilaian harus diberikan untuk mengelak sebarang pembaziran di dalam penggunaan tanah. 42. Cadangan yang telah diberikan oleh Plaintif untuk menyambung pembinaan parit melalui sempadan tanah Plaintif dan Defendan dan terus ke bawah melalui tandan C ke Y dan Z adalah lebih praktikal. Ini adalah untuk mengelak sebarang pembaziran kepada penggunaan tanah. 43. Sekiranya diteliti pada cadangan oleh Defendan, pembinaan parit tersebut akan membahagikan tanah Plaintif kepada 2 bahagian yang sebahagiannya akan menjadi lebih kecil dan tidak akan menjadi praktikal dari segi penggunaan tanah. 44. Oleh yang demikian, Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya bahawa tindakan Defendan di dalam kes ini membina parit telah S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw menyebabkan wujud aliran air yang tidak terkawal dari kawasan tanah Defendan ke dalam kawasan tanah Plaintif. 45. Pihak Defendan cuba membangkitkan pembelaan bahawa punca kepada permasalahan yang dihadapi oleh Plaintif adalah diakibatkan oleh banjir dari hujan yang turun dan tempat Plaintif merupakan Kawasan yang mudah untuk banjir. 46. Tidak dinafikan bahawa hujan boleh menyebabkan berlakunya banjir tetapi tiada keterangan kukuh dari Defendan berkenaan dengan perkara ini dan hanya bersandarkan kepada laporan bagi satu Kawasan yang umum dan tidak khusus kepada Kawasan Plaintif. 47. Oleh yang demikian, pengataan ini dari pihak Defendan adalah tertolak. d) Samada terdapat kerosakan kepada hartanah dan harta benda Plaintif akibat limpahan, genangan dan takungan air dari parit yang dikorek oleh Defendan. 48. Isu seterusnya samaada terdapat sebarang kerosakan yang wujud akibat dari kecuaian Defendan. Mahkamah telah meneliti keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh Plaintif dengan disokong oleh keterangan SP2. 49. Berdasarkan kepada bukti gambar-gambar yang dikemukakan oleh Plaintif, seperti kesan kerosakan pada struktur bangunan dan harta benda, Mahkamah menerima pengataan Plaintif bahawa terdapat kerosakan pada hartanah dan harta benda Plaintif akibat limpahan air tersebut. S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw 50. Disamping itu, Mahkamah juga mengambil pendekatan “judicial notice” bahawa sebarang limpahan air atau banjir yang berlaku akan membawa kepada kerosakan terutamanya harta benda bagi mangsa yang terlibat. e) Samaada Defendan bertanggungan untuk membayar gantirugi kepada Plaintif. 51. Isu berikutnya adalah berkenaan dengan bayaran gantirugi. Di dalam kes ini, Plaintif telah mengemukakan keterangan SP2 untuk menentukan jumlah gantirugi yang sewajarnya iaitu bersandarkan kepada pengiraan nilai Kawasan yang terjejas akibat banjir iaitu RM 12,000.00. 52. Secara keseluruhannya, pihak Plaintif mencadangkan bahawa gantirugi am adalah sebanyak RM 50,000.00 dengan mengambilkira kesusahan, ketidakselesaan, tekanan dan trauma yang dialami oleh Plaintif dan keluarga. 53. Disamping itu, Plaintif juga berhujah bahawa gantirugi teladan wajar dibenarkan kepada Plaintif untuk jumlah sebanyak RM 50,000.00 atas alasan bahawa tindakan Defendan terhadap Plaintif dan untuk memberi pengajaran kepada Defendan. 54. Mahkamah, setelah mempertimbangkan dengan sewajarnya, telah memutuskan bahawa jumlah gantirugi am yang dibenarkan adalah sebanyak RM 20,000.00. Mahkamah telah mempertimbangkan bahawa pengiraan yang dibuat oleh SP2 adalah sekadar pendapat S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw SP2 sahaja di mana penilaian oleh SP2 hanyalah sekadar penilaian pada nilai rumah. Namun untuk menerima penilaian tersebut semata-mata untuk menentukan nilai sebenar, ianya adalah tidak kukuh. 55. Bagi menentukan jumlah yang sewajarnya, Plaintif sewajarnya mengemukakan bukti yang lebih daripada itu antaranya adalah dengan mengemukakan bukti bagaimana keadaan rumah Plaintif semasa banjir tersebut berlaku dan pengesahan dari saksi lain bahawa keadaan banjir tersebut jelas memberi Kesan kepada struktur tanah dan seterusnya menyebabkan berlaku keretakan pada rumah Plaintif. 56. Bagi tuntutan Gantirugi teladan, Mahkamah tidak membenarkan gantirugi ini. Tindakan Defendan untuk membuat perparitan di kawasan tanahnya adalah untuk melindungi kepentingan yang ada disitu namun atas tindakan Defendan yang tidak melengkapkan pembinaan parit tersebut telah menyebabkan masalah timbul kepada Plaintif. 57. Namun, untuk menghukum Defendan bagi tuntutan gantirugi teladan adalah tidak sesuai di dalam keadaan ini. Mahkamah tidak Nampak sebarang niat yang tidak baik daripada Defendan untuk menganiaya Plaintif, namun disebabkan kecuaian Defendan sahaja menjadi punca kepada tindakan ini. 58. Pihak Plaintif juga menuntut gantirugi khas. Mahkamah menolak tuntutan ini atas kegagalan Plaintif memplidkan tuntutan ini di dalam Pernyataan Tuntutan. S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw F. KESIMPULAN 55. Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa keputusan Mahkamah dalam membenarkan tuntutan terpinda Plaintif di Lampiran 14 dengan gantirugi yang dibenarkan adalah tepat, wajar dan seharusnya dikekalkan dengan kos dibayar oleh Defendan kepada Plaintif mengikut skala. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim Mahkamah Sesyen Kulim Kedah Darul Aman. Tarikh : 2.4.2026 Pihak-Pihak : Peguam Plaintif :Tetuan Tam, Shukri & Associates Peguam Defenden : Tetuan Razi, Syatirah & Co. S/N Ua/JWwdpEm2sHgbCL7erw