satu peket plastik yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis dapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 3.69 gram yang mengandungi Methamphetamine. Keputusan Rayuan [6] Mahkamah mendapati Majistret adalah betul dalam memutuskan agar hukuman di Mahkamah Majistret bagi kedua-dua rayuan ini berjalan serentak namun berasingan dengan hukuman bagi kes di Mahkamah Sesyen. Saya mendapati Majistret terpelajar telah sampai kepada keputusannya setelah beliau mempertimbangkan ‘One Transaction Rule’ dan ‘Totality Principle’. Di Mahkamah Majistret, perayu telah mengakui hukuman yang sedang dijalaninya bagi kes di Mahkamah Sesyen apabila pihak pendakwaan mengemukakan Waran Memenjara iaitu Ekshibit P12. Pertuduhan bagi kes tersebut mengatakan bahawa, pada 9/3/2024 perayu telah memasukkan dadah berbahaya iaitu “Amphetamine” dan “Methampetamine” ke badan sendiri iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB yang mana sebelum melakukan kesalahan ini perayu telah disabitkan dengan dua (2) kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta yang sama. Oleh itu perayu telah disabitkan dibawah seksyen 39C ADB. [7] Dapat dilihat bahawa kesalahan yang dilakukan oleh perayu bagi sabitannya di Mahkamah adalah berbeza dengan kes yang dihadapinya di Mahkamah Majistret. Ini dapat dilihat apabila sabitan bagi rayuan ini adalah di bawah seksyen 12 (2) ADB manakala sabitan di Mahkamah Sesyen adalah di bawah seksyen 39C ADB. Perbuatan perayu memasukkan dadah ke badannya sendiri berlaku pada 9.3.2024 manakala dua kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine berlaku pada 29.4.2024. Majistret adalah betul apabila keputusan beliau adalah bersandarkan kepada “Totality Principle’ dan “One Transaction Rule” yang menghendaki kes-kes di Mahkamah Majistret berjalan secara serentak memandangkan kedua-dua kes rayuan tersebut melibatkan tarikh kejadian, tarikh tangkapan dan transaksi yang sama. Namun begitu, hukuman bagi kedua-dua rayuan ini telah diperintahkan untuk berjalan berasingan dengan hukuman di Mahkamah Sesyen memandangkan tidak terdapat sebarang “proximity in time, proximity in place, continuity of action and continuity of purpose / design” dengan kes di Mahkamah Sesyen tersebut. (Rujuk kes Mahkamah Rayuan Bachik Bin Abdul Rahman v PP [2004] 2 MU 534) [8] Majistret terpelajar juga adalah betul apabila telah sampai kepada satu konklusi bahawa hukuman 12 bulan penjara bagi kedua-dua rayuan berjalan setelah selesai perayu menjalani hukuman bagi kes di Mahkamah Sesyen. Beliau telah mengambil kira “aggregate/cumulative sentence” kesemua hukuman pemenjaraan yang perlu dijalani oleh perayu iaitu selama 6 tahun. Mahkamah ini bersetuju bahawa tempoh 6 tahun bukanlah satu tempoh yang boleh meranapkan perayu. Ia adalah satu tempoh yang munasabah dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh perayu. Ia juga satu hukuman berbentuk deteren bukan sahaja kepada perayu tetapi juga kepada bakal-bakal pesalah yang lain. Malah, setelah perayu selesai menjalani hukuman ini, perayu masih berpeluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dan menjadi warganegara yang berguna. Majistret terpelajar telah mengambil kira kesemua faktor dalam menjatuhkan hukuman iaitu faktor mitigasi dan pemberatan yang dihujahkan oleh pihak-pihak, kepentingan awam, latar belakang kes, dan perlakuan jenayah perayu. [9] Telah diputuskan oleh Mahkamah Agung bahawa Mahkamah yang menjalankan kuasa rayuannya hendaklah perlahan untuk campur tangan atau mengganggu hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah di bawah, kecuali jika ia jelas salah atau tidak sah atau tidak sesuai dengan fakta dan keadaan yang telah dibuktikan. Public Prosecutor v. Mohamed Nor & Ors [1985] CLJU 25 menyatakan: In this regard, we would observe that it is the established principle that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances. And the mere fact that another court might pass a different sentence provides no reason for the appellate court to interfere if the court below applies the correct principles in the assessment of the sentence. [10] Bagi rayuan-rayuan yang difailkan oleh perayu, saya mendapati tiada salah arah atau perintah yang tidak sah atau tidak sesuai dengan fakta dan keadaan. Malah Majistret telah memutuskan hukuman yang setimpal dan sesuai terhadap perayu. Justeru saya menolak kedua-dua rayuan perayu, Bertarikh pada 7 Februari 2025 ROSZIANAYATI BIN AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Perayu / Peguambela Ameerul Aizat Bin Noor Haslan Tetuan Ameerul Aizat 316, A4-2-7, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480, Kuala Lumpur. Responden / Pendakwa Raya Rosnee Mohd Radzuan Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya