Jika - a) seseorang kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan; b) laporan akhlak yang dikemukakan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menunjukkan bahawa i. ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tidak lagi dapat menjalankan atau tidak berupaya untuk menjalankan apa-apa kawalan yang sepatutnya ke atasnya; ii. kanak-kanak itu pada lazimnya ada bersama-sama dengan orang-orang yang berwatak tidak baik; dan iii. kanak-kanak itu tidak sesuai dipulihkan di sekolah diluluskan; dan c) pada hemat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak-i. kesalahan yang dilakukan ialah daripada jenis yang serius; dan ii. oleh sebab jenis tabiat dan kecenderungan jenayah kanak-kanak itu adalah suai manfaat kanak-kanak itu ditahan selama apa-apa tempoh dan diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya dan untuk membanteras jenayah. maka Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, atas syor pegawai akhlak, menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Henry Gurney. [45] Memandangkan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak lebih dari 30 tahun BH-84-6-03/2025 10 dan hendaklah juga dikenakan sebatan, ia jatuh dibawa kategori kesalahan serius dan dengan ini, Mahkamah yakin dan percaya bahawa perintah yang diberikan terhadap Penama adalah sah disisi undang-undang dan di dalam bidangkuasa Mahkamah mengikut peruntukan undang-undang. [46] Selain faktor diatas, Mahkamah juga telah mempertimbangkan faktor bahawa ini adalah kesalahan pertama Penama. [47] Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315, di mana Mahkamah, dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa: that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of [48] Atas prinsip yang sama, rujukan juga telah dibuat kepada kes Zawiyah binti Ahmad Adam v. PP [2006] 4 MLJ 226 di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: mandatory, in meting the proper sentence, the Magistrate has to exercise the discretion judicially by reference to the facts and circumstances of each particular case and having due regard to established judicial principles. In the absence of aggravating circumstances resulting in offences which involve serious elements for criminality, first offenders are generally to be kept out of prison, rather than being given-day custodial sentence [49] Memandangkan Penama di dalam kes ini merupakan pesalah kali pertama dan masih kanak-kanak semasa kejadian berlaku, Mahkamah ini percaya bahawa Penama harus diberikan satu peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. [50] Mahkamah juga telah mempertimbangkan bahawa Penama dalam kes ini telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya dan ini juga merupakan salah satu faktor bagi peringanan hukuman. [51] Rujukan dibuat terhadap kes Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134 dimana Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan Perayu dan menyatakan bahawa: BH-84-6-03/2025 11 that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the [52] Selain itu, rujukan juga telah dibuat terhadap kes PP v Ravindran & lain-lain [1993] 1 MLJ 45 di mana Mahkamah di dalam kes ini telah memutuskan bahawa: discount for pleading guilty. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused admits his guilt, thus avoiding a prolonged and [53] Dalam kes ini, Penama telah membuat pengakuan salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya. Oleh yang demikian, pengakuan salah tersebut wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah ini dan dijadikan salah satu daripada faktor mitigasi kerana telah menjimatkan kos dan masa semua pihak. [54] Mahkamah juga telah merujuk kepada kes Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155 dimana Tertuduh-tertuduh dalam kes tersebut telah dituduh di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan kemudiannya pertuduhan dipinda kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian semasa melakukan rompakan ke atas simati. Hakim Mahkamah Tinggi dalam keputusannya telah menyatakan: As I have said earlier, all three pleaded guilty. Although they are entitled to some credit for that, it must be set off against the enormity and seriousness of the crime that they have committed. As a result of what they have done, a defenceless man [55] Berdasarkan kes diatas, Mahkamah percaya bahawa pengakuan salah merupakan salah satu faktor peringanan hukuman. Namun, Mahkamah juga perlu mempertimbangkan keseluruhan fakta kes serta jenis kesalahan yang dilakukan. [56] Merujuk kepada kes dihadapan Mahkamah ini, Mahkamah berpendapat bahawa jenayah rogol adalah serius dimana ia melibatkan Mangsa yang masih dibawah umur dan masih sekolah. Kejadian tersebut juga telah mengakibatkan Mangsa dalam kes ini mengandung sehingga melahirkan seorang bayi lelaki. Hal ini boleh memberi kesan trauma jangka panjang kepada Mangsa. [57] Merujuk kepada Laporan Akhlak yang disediakan, Penama telah dikatakan melakukan hubungan bersama Mangsa sebanyak 3 kali di tempat yang sama iaitu di tandas sekolah. BH-84-6-03/2025 12 Penama juga telah mengetahui Mangsa telah hamil namun tiada apa-apa tindakan yang diambil sehingga Mangsa melahirkan bayi lelaki. Kemudiannya, Penama telah membawa keluar bayi lelaki tersebut daripada rumah Mangsa dan telah membawa bayi lelaki tersebut ke rumahnya sebelum kawan Penama menghantarnya ke Hospital Kajang. [58] Berdasarkan siasatan Pegawai Akhlak hasil dari temu bual yang dijalankan, Penama didapati tidak memikirkan risiko dan akibat kesalahan yang dilakukan. Penama beranggapan bahawa apa yang dilakukan tidak menjejaskan masa depan dan tidak merasakan satu kesalahan yang besar. Penama telah mengetahui bahawa Mangsa mengandung dan melahirkan bayi lelaki tetapi Penama telah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ibu dan bapanya. Penama tidak menitik berat tentang keselamatan Mangsa dan bayi lelaki tersebut sehingga bayi lelaki tersebut meninggal dunia ketika sampai di Hospital Kajang. [59] Selain itu, Mahkamah juga telah mengambil kira pandangan dari para Penasihat. Penasihat-penasihat juga bersetuju dengan syor oleh pihak JKM untuk menghantar Penama ke Sekolah Henry Gurney agar Penama boleh belajar dan perbaiki diri. [60] Oleh yang demikian, Mahkamah ini percaya bahawa keputusan untuk menghantar Penama ke Sekolah Henry Gurney adalah wajar mengambil kira fakta kes dan kronologi dalam kes ini. Mahkamah melihat ini sebagai satu proses pemulihan untuk Penama agar Penama berubah menjadi insan lebih baik dan lebih bertanggungjawab di masa hadapan. [61] Mahkamah ini juga yakin dan percaya bahawa keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan dan kebaikan Penama serta keluarga setelah mempertimbangkan semua faktor-faktor diatas. Bertarikh pada 4 Julai 2025.