Pertuduhan terhadap Perayu adalah seperti berikut: 4 Pertuduhan Pertama (WA-42JSKH-9-07/2022) Bahawa kamu pada 1.4.2018 jam lebih kurang 11 pagi, di dalam bilik No. 302, Hotel Kok Ping, Chow Kit 50300 Kuala Lumpur, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah merogol seorang kanak-kanak perempuan bernama XXX binti YVY, No. KP: ZZZ yang berumur 15 tahun 4 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua (WA-42JSKH-7-07/2022) Bahawa kamu pada bulan November 2019, jam lebih kurang 3.10 petang, di dalam rumah alamat No. 27B Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu abang kandung telah merogol adik kandung kamu bernama AAA bint BBB, No. KP: CCC, berumur 10 tahun ketika kejadian di mana hubungannya dengan kamu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 5 Pertuduhan Ketiga (WA-42JSKH-8-07/2022) Bahawa kamu pada 2.7.2021, jam lebih kurang 1 petang, di dalam rumah alamat No. 27B Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu abang kandung telah merogol adik kandung kamu bernama AAA binti BBB, No KP: CCC, berumur 11 tahun 8 bulan ketika kejadian di mana hubungannya dengan kamu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH