Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TAMPIN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES JENAYAH N0: NC-82-1-01/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD AJLANI BIN AKBER (NO.K/P: 910504-04-5011)
NC-82-1-01/2022
Magistrates Court of Malaysia12 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rlakunya “withholding or suppression of evidence”, maka ianya akan menjemput pemakaian Seksyen 114(g) Akta Keterangan yang sepatutnya dikemukakan telah tidak dikemukakan (Munusamy v Public Prosecutor [1987] CLJ 221 (Rep);[1987] 1 MLJ 492 SC **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TAMPIN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES JENAYAH N0: NC-82-1-01/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD AJLANI BIN AKBER (NO.K/P: 910504-04-5011)
1
Dalam kes ini, Muhammad Ajlani Bin Akber ialah tertuduh bagi kes pertama (selepas ini disebut sebagai OKT 1) dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: PERTUDUHAN PERTAMA (KES PERTAMA): “Bahawa kamu pada 22.5.2021 jam lebih kurang 3.20 petang di rumah N0.339, Taman Clonlee, 73000 Tampin, Di dalam Negeri Sembilan, dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas adik ipar kamu, Nama: Muhammad Atif Sadiq Bin Kunyukutty, No.KPT: 950511-05-5011 dengan cara menumbuk sehingga menyebabkan kecederaan kepada bahagian kepalanya, Oleh yang demikian, kemu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dihukum dibawah seksyen 326A Akta yang sama” PERTUDUHAN KEDUA (KES PERTAMA) : “Bahawa kamu pada 22.5.2021 jam lebih kurang 3.20 petang di rumah NO.339, Taman Clonlee, 73000 Tampin, Di dalam Negeri Sembilan, dengan sengaja telah menakutkan secara jenayah terhadap adik ipar kamu, Nama: Muhammad Atif Sadiq Bin Kunyukutty, No.KPT: 950511-05-5011 dengan ugutan hendaklah menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, kemu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.
2
Manakala bagi tertuduh bernama Akber Bin Abdul Rahman (selepas ini dirujuk sebagai OKT 2), telah dipertuduhkan seperti berikut : PERTUDUHAN (KES KEDUA): “Bahawa kamu pada 22.5.2021 jam lebih kurang 3.20 petang di rumah N0.339, Taman Clonlee, 73000 Tampin, Di dalam Negeri Sembilan, dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas menantu lelaki kamu, Nama: Muhammad Atif Sadiq Bin Kunyukutty, No.KPT: 950511-05-5011 dengan cara menumbuk sehingga menyebabkan kecederaan kepada bahagian kepalanya, Oleh yang demikian, kemu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dihukum dibawah seksyen 326A Akta yang sama”
3
Kesemua Pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT 1 dan OKT 2 . OKT 1 dan OKT 2 telah membuat pengakuan tidak bersalah. Kedua-dua kes telah dibicarakan Bersama-sama. Pihak Pendakwaan telah memanggil 6 orang saksi untuk membuktikan kes mereka. Saksi-saksi yang dipanggil adalah; SP1 ; Muhammad Atif Sadiq bin Kunyukuty (mangsa) SP2 : Mohd Faris bin Ibrahim (saksi mata) (keluarga mangsa) SP3 : Dr.Durga Dewi A/P Mazaban (Pegawai Perubatan) SP4 : L/KPL Mohd Iswandy bin Zamry (Jurufoto) SP5: Mohd Alin Bin Abas (saksi mata) (keluarga mangsa) SP6 : Sarjan Saiful Nizam bin Abu Bakar (pegawai penyiasat) Kes Pendakwaan [4] Pada 22.5.2021, sekitar jam 2.40 petang, SP1 dan isterinya Siti Mursalija (isteri SP1) dan anak mereka Eisya Radhiah (Anak SP1) dalam perjalanan ke rumah nenek SP1 (Aminah binti Abu Bakar), di alamat No.339, Taman Clonlee, 73000 Tampin, Negeri Sembilan (selepas ini dirujuk sebagai “tempat kejadian”)
5
Sebeleum SP1 ldan isteri SP1 sampai di tempat kejadian, mereka sebelum berada di rumah bapa mertuanya iaitu OKT 2 di alamat No.83, Taman Sri Cahaya Jalan Lima, 77500 Tebong, Melaka. Apabila SP1 hendak beredar daripada rumah OKT 2, semasa di luar pintu, SP1 bersalaman dengan OKT2 dan isteri OKT 2. OKT2 telah meminta agar SP1 bersalaman dengan OKT1 yang juga berada di rumah OKT 2 pada masa itu. SP1 menyatakan untuk OKT 1 menghormati kedua ibubapanya terlebih dahulu, ini kerana OKT 1 ada menuduh inu SP1 menipu berkaitan penyakit di Institut Jantung Negara (IJN).
6
Dalam perjalanan ke tempat kejadian, SP1 ada memberitahu isterinya, Siti Nur Mursalija binti Akber (isteri SP1) agar menyuruh Ajlani datang ke Tampin iaitu ke tempat kejadian untuk menyelesaikan selisih faham tersebut sementara ibubapa SP1 masih berada di Tampin. Isteri SP1 kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada keluarganya.
7
Apabila keluarga isteri SP1 tiba di tempat kejadian iaitu; a) OKT1 b) OKT 2 c) Isteri OKT 2 (ibu isteri SP1)
8
Perbincangan diadakan di ruang tamu, terdapat OKT 1 dan OKT 2, isteri OKT 2 duduk di kerusi menghadap TV, SP1 duduk di bawah di lantai (belakangnya ada TV), nenek SP1, ibu SP1, ibu saudara SP1 duduk di kerusi merah, pakcik SP1 berdiri di depan pintu manakala isteri SP1 duduk di kawasan “sliding door” sambal mendukung anaknya menghadap ke dalam rumah. Bapa saudara SP1 berada di luar manakala adik saudara SP1 berada di belakang membuat air.
9
Ketika perbincangan, OKT 1 tidak berpuas hati dan menumbuk SP1 di bahagian kepala dan bibir. Ibu SP1 kemudian menolak SP1 ke dalam bilik nombor dua, OKT 1 dan OKT 2 masuk ke dalam bilik tersebut dan OKT 1 dan OKT 2 menumbuk SP1 di bahagian kepala mengunakan tangan. Semasa pergaduhan berlaku, ibu SP1 telah rebah di dalam bilik tersebut, bapa saudara SP1 cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
10
Semasa pergaduhan di dalam bilik berlaku, adik sepupu SP1 iaitu SP2 sedang tidur dan telah bangun untuk bantu meleraikan pergaduhan tersebut. Beberapa ahli keluarga SP1 juga membantu meleraikan pergaduhan. Apabila pergaduhan dileraikan OKT 1 dan OKT 2 keluar dari bilik. OKT 1 dan OKT 2, bersama isteri OKT 2, isteri SP1, dan anak SP1 telah keluar dari rumah tersebut menuju ke kereta, di luar rumah SP5 iaitu bapa saudara SP1 mendengar OKT 2 ada menyebut “Ätif, saya bunuh awak”.
11
Isteri SP1 kemudian membuat laporan polis pada jam 4.28 petang, kemudiannya SP1 membuat laporan polis pada jam 5.32 petang. Pegawai Penyiasat iaitu SP6 telah mengarahkan jurufoto iaitu SP4 mengambil gambar kecederaan SP1 pada jam 9.35 malam. SP1 telah mendapatkan rawatan di hospital dan diperiksa oleh SP 3 pada jam lebih kurang 11 ke 12 malam hari yang sama. Hasil pemeriksaan SP3, SP3 telah mengeluarkan satu Laporan perubatan yang mana hasil pemeriksaan mendapati SP1 mengalami “Soft tissue injury over left parietal and occupital region and superficial laceration wound over mid-lower lip”.
12
Lanjutan dari itu, OKT 1 dan OKT 2 telah di tuduh di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 326A Akta yang sama, dan OKT 1 juga dituduh di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.
13
Bagi membuktikan kes dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 326A Kanun Keseksaan pihak pendakwaan perlu memenuhi elemen-elemen berikut;
a
Adanya hubungan kekeluargaan antara mangsa dan tertuduh
b
tertuduh telah dengan niat menyebabkan kecederaan pada tubuh badan mangsa (c ) Kecederaan tersebut tidak disebabkan oleh bangkitan kemarahan yang serius dan secara tiba-tiba sebagaimana yang diperuntukan dalam seskyen 334 Kanun Keseksaan. [14] Manakala bagi membuktikan kes dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang pihak pendakwaan perlu memenuhi elemen-elemen berikut;
a
Tertuduh telah mengugut mangsa untuk mendatangkan kecederaan kepada mangsa
b
Ugutan tersebut telah mendatangkan ketakutan kepada mangsa [15] Menurut Seksyen 180 (i) dan (iii) Kanun Tatacara Jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes “prima facie” di akhir kes pendakwaan. Manakala menurut Seksyen 182 A Kanun Tatacara Jenayah pula, diperuntukkan bahawa di akhir perbicaraan, beban pembuktian adalah tahap tanpa keraguan munasabah. Tafsiran suatu kes “prima facie” ada dinyatakan di bawah Seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah yang mana “suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap tertuduh di mana pendakwa telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan yang jika tidak dijawab atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan”. [16] Di dalam kes Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 8 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be overthrown only by evidence in rebuttal”. The Phrase “prima facie” is defined in similar terms in Mozley and Whitelay’s Law Dictionary 11th Edition as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficient for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force if the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those fact exist or did happen. On the other hand, if the prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make finding either way the court must, at the close of the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.” [17] Oleh demikian, Mahkamah perlu menentukan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada tahap penilaian positif terhadap kredibiliti keterangan semua saksi-saksi yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa fakta pertuduhan tersebut “so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those fact exist or did happen.” Seksyen 323/326 Kanun Keseksaan Adanya hubungan kekeluargaan antara mangsa dan tertuduh [18] Elemen pertama ini dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP1 sendiri yang mana anak dan adik kepada OKT 1 dan OKT 2 adalah isterinya yang sah iaitu Mursalija. Keterangan ini turut disokong oleh eksibit P12 dan P13. Berdasarkan P12 dan P13 adalah jelas isteri SP1 adalah anak kepada OKT 2. Pada eksibit P10 juga jelas menunjukkan penama Akber bin Abdul Rahman adalah bapa kandung kepada isteri SP1 yang dapat dilihat pada ruangan wali.OKT 1 pula adalah abang kandung kepada isteri SP1 menjadikan beliau sebagai abang ipar kepada SP1. Tertuduh telah dengan niat menyebabkan kecederaan pada tubuh badan mangsa [19] SP1 telah memberi keterangan yang dia dan isterinya telah dari rumah OKT 2, yang pada awalnya, sewaktu bertolak dari rumah OKT 2 ini, OKT 2 telah meminta SP1 bersalaman dengan abang isterinya iaitu OKT
1
SP1 menyatakan untuk OKT 1 menghormati kedua ibubapanya terlebih dahulu, ini kerana OKT 1 ada menuduh ibu SP1 menipu berkaitan penyakit di Institut Jantung Negara (IJN). Lanjutan dari itu, SP 1 sewaktu di dalam kereta telah minta isterinya menyuruh OKT 2 datang ke Tampin iaitu ke tempat kejadian untuk menyelesaikan selisih faham tersebut sementara ibubapa SP1 masih berada di Tampin. Isteri SP1 kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada keluarganya. OKT1 kemudiannya datang ke tempat kejadian bersama dengan OKT 2 dan isteri OKT2. Isteri SP1 telah sampai lebih awal di rumah tersebut bersama SP1. [20] Di rumah tersebut, terdapat antaranya, nenek SP1, ibu SP1, bapa dan ibu saudara, dan beberapa ahli keluarga yang lain. Sewaktu mereka berada di ruang tamu, telah berlaku ketidakpuasan hati menyebabkan OKT1 bangun dan menumbuk SP1 di bahagian kepada, berdasarkan keterangan SP1 kemudian tertolak masuk ke dalam bilik nombor 2 oleh beberapa ahli keluarga yang lain yang berada di situ. Di dalam bilik tersebut OKT 1 dan OKT 2 dikatakan oleh SP1 telah menumbuk lagi SP1 di bahagian kepalanya. [21] Mahkamah ini menilai keseluruhan keterangan SP1, dan keadaan yang menyebabkan kecederaan kepada SP1 ini. Berdasarkan keterangan SP1 juga, SP1 telah ditolak oleh ahli keluarganya yang turut berada disitu. Mahkamah ini, melihat situasi yang berlaku ini, dimana terdapat tolak menolak, dan lebih kepada pergaduhan antara SP1 dan OKT 1, juga ada ahli keluarga lain yang cuba meleraikan pergaduhan antara OKT 1 dan SP1. Dalam keadaan yang berlaku ini, mahkamah harus mengambil keterangan SP1 dengan sangat teliti. Keterangan SP1 ini juga di sokong oleh keterangan SP2, dan wujud kecederaan yang sebagaimana dilaporkan oleh SP3. [22] Persoalannya, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut? SP1 beritahu OKT 1 dan OKT 2 tumbuk SP1 di sebelah kiri. Namun siasatan pegawai penyiasat iaitu SP6 kecederaan SP1 adalah disebelah kanan. Namun laporan perubatan mengesahkan ada kecederaan disebelah kiri. Apabila SP3 memberi keterangan, SP3 memaklumkan adanya “soft tissue injury over left parietal”, yang mana kecederaan tersebut tidak jelas dilihat, dan bergantung kepada history yang diberikan oleh SP1, oleh yang demikian dapatan SP3 pada waktu tersebut, kecederaan yang dialami SP1 adalah “Soft tissue injury”. Terdapat juga jarak masa yang panjang dari tempoh kejadian sehingga SP1 mendapatkan rawatan. Berdasarkan keterangan SP6 juga, SP6 pada awalnya menerima laporan polis yang dibuat terlebih dahulu oleh isteri SP1. [23] Mengambil kira kredibiliti SP1 dalam memberi keterangan, mahkamah ini melihat lebih lanjut keterangan yang diberikan oleh SP2. SP2 pada waktu kejadian berada di dalam bilik nombor dua dan sedang tidur. SP2 tidak tahu kejadian yang berlaku di ruang tamu. SP2 hanya terjaga apabila SP1 jatuh disebelah SP2. Namun SP1 beritahu, dia ditumbuk sebelum dia jatuh. Jadi bagaimana SP2 boleh nampak kejadian tersebut. SP2 juga beritahu keadaan bilik gelap, ada juga ahli keluarga yang cuba meleraikan pergaduhan. Jadi siapa yang menyebabkan kecederaan pada SP1. Adakah kecederaan itu benar datang dari OKT 1 dan OKT 2, atau berpunca dari sesiapa yang ada disitu hasil dari untuk meleraikan pergaduhan. Kecederaan tersebut tidak disebabkan oleh bangkitan kemarahan yang serius dan secara tiba-tiba sebagaimana yang diperuntukan dalam seskyen 334 Kanun Keseksaan. [24] SP1 memberitahu OKT 1 mula menumbuk bahagian kepalanya sewaktu perbincangan berlaku di ruang tamu. SP1 beritahu, OKT 1 tumbuk mukanya kerana tidak puas hati bila SP 1 persoalkan kenapa OKT 1 mengatakan ibu SP1 menipu berkaitan penyakitnya. Secara keseluruhannya, keterangan SP1 tidak menceritakan secara jelas apa yang sebenarnya berlaku di dalam perbincangan yersebut, sehingga menyebabkan OKT 1 bangun dan menumbuk SP1. Saksi yang dikemukakan untuk menyokong SP1 adalah ahli keluarga SP1 sendiri iaitu SP2 dan SP5. Pihak pendakwaan di dalam kes ini tidak memanggil isteri SP1, yang berada di dalam kereta bersama SP1 dan yang melihat juga kejadian di ruang tamu tersebut untuk mengetahui punca sebenar OKT 1 menumbuk SP1. [25] Keterangan yang ada di mahkamah, dan kredibili saksi-saksi yang memberikan keterangan ini, tidak dapat menjelaskan dan mengambarkan adakah perkara iaitu perbuatan menumbuk oleh OKT 1 dan OKT 2 kepada SP1 ini benar berlaku dan jika berlaku, atas punca apa sebenarnya perbuatan tersebut berlaku tidak dibentangkan dengan jelas melalui keterangan SP1 dan SP2. Oleh yang demikian mahkamah ini berpendapat elemen kedua di dalam kes ini adalah tidak dipenuhi dan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan Seksyen 506 Kanun Keseksaan Tertuduh telah mengugut mangsa untuk mendatangkan kecederaan kepada mangsa [26] Melalui keterangan SP1, SP1 telah memaklumkan mahkamah, sewaktu OKT 1 beredar keluar dari rumah, OKT 1 telah kata “Aku bunuh kau”. Menurut SP1, pada waktu itu bapa saudaranya SP5 ada mendengar OKT cakap seperti itu. SP1 pada waktu itu berada di dalam rumah. Apabila keterangan SP5 diambil, SP5 beritahu OKT 1 sebut “Atif, saya bunuh awak”. Walaupun seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak mengariskan apa perkataan yang perlu diutarakan tertuduh, namun begitu dalam memastikan wujud atau tidak ugutan tersebut mahkamah perlu berhati-hati dalam menilai versi setiap keterangan saksi. [27] Selanjutnya, SP6 memberitahu, sewaktu keterangan saksi-saksi diambil sewaktu siasatan, ibu SP1 beritahu, ibu SP1 ada dengar OKT 1 sebut akan bunuh Atif. Namun Ibu ini tidak dipanggil, yang dipanggil adalah SP5. Jadi benarkan ada kata ugutan yang dikeluarkan oleh OKT 1? Dan sekali lagi, berdasarkan keterangan SP1 yang berjalan keluar bersama OKT 1 dan OKT 2 adalah isteri SP1. Isteri SP1 ini juga tidak dipanggil untuk mengesahkan apa yang berlaku. [28] Oleh yang demikian, mengambil kira kewujudan ugutan itu adalah diragui, mahkamah ini mendapati elemen pertama ini juga tidak dipenuhi oleh pihak pendakwaan untuk pertuduhan dibawah peruntukan seksyen 506 ini. [29] Mahkamah ini merujuk kepada nas undang-undang berikut; Magendran Mohan v PP [2012] 5 MLRA 333 “[21] It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve. In our judgement her evidence must be treated with caution and requires corroboration” IBNOR IDRIS v PP (2009) 10 MLRH 313 “Adalah menjadi prinsip undang-undang yang trite bahawa pihak pendakwaan mempunyai budibicara mutlak dalam menentukan keperluannya memanggil mana-mana saksi atau tidak memanggilnya (Ti Chuee Hiang v Public Prosecutor [1995] 3 CLJ 1) . Mahkamah tidak boleh memaksa atau menetukan saksi mana yang wajar dipanggil dan saksi mana yang tidak perlu dipanggil. Pihak pembelaan juga tidak boleh memaksanya. Apa yang penting bagi Mahkamah ialah untuk melihat samaada di akhir kes pendakwaan dengan keterangan-keterangan yang ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya. Tetapi sekiranya dengan ketiadaan memanggil mana-mana saksi telah menyebabkan terputusnya naratif keterangan kes pendakwaan atau ditujukan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi telah menyebabkan berlakunya “withholding or suppression of evidence”, maka ianya akan menjemput pemakaian Seksyen 114(g) Akta Keterangan yang sepatutnya dikemukakan telah tidak dikemukakan (Munusamy v Public Prosecutor [1987] CLJ 221 (Rep);[1987] 1 MLJ 492 SC PP V LEE ENG KOOI [1993] 2 CLJ 534 [5] “If I a case the prosecution leads two sets of evidence, each one which contradicts and strikes at the other and shows it to be unreliable, the result would necessarily be that the court would be left no reliable and the trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Inevitably, the accused would have the benefit of such a situation”. MAHINDER SINGH V PP [1967] 1 MLJ 126 “The learned trial judge should have taken into consideration the answers of the complainant elicited in cross examination and in the circumstances of the case and in view of the contradictions in the evidence of the complainant the conviction must be set aside…” Keputusan Di akhir kes Pendakwaan. [30] Memandangkan elemen – elemen bagi pertuduhan gagal dibuktikan pihak pendakwaan dan berdasarkan kepada alasan-alasan diatas dan nas-nas undang-undang yang dirujuk, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT 1 dan OKT 2 . Berdasarkan keterangan yang ada di hadapan mahkamah, adalah tidak selamat untuk memanggil kedua-dua OKT untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut dan mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan kedua-dua OKT jika pembelaan dipanggil dan kedua-dua OKT memilih untuk berdiam diri. [31] Maka adalah dengan ini, OKT 1 dan OKT 2 dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di bawah Seksyen 323 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan OKT 1 juga dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tanpa dipanggil membela diri. Berdasarkan keputusan ini, mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan yang telah didepositkan di Mahkamah dikembalikan kepada kedua-dua OKT Bertarikh 12 Januari 2024 KARTINI BINTI KASRAN MAHKAMAH MAJISTRET TAMPIN NEGERI SEMBILAN Pihak-pihak di dalam kes; Timbalan Pendakwaraya – Muhammad Amirul Bin Noor Hashimi, Yap Tsu Sheng, Peguam Tertuduh – Tetuan Faiz, Adib, Asyraff & Izzudin Tarikh Bicara: 01.02.2023 Tarikh Keputusan : 12.01.2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.