Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MARANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN NO. KES: TF-83D-461-08/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD AL-NAZIRUL MUBIN BIN MAMAT (NO. K/P: 970109-11-5133) ALASAN PENGHAKIMAN
TF-83D-461-08/2024
Magistrates Court of Malaysia26 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“dan oleh itu prinsip undang-undang mantap memperuntukkan bahawa Mahkamah Rayuan tidak wajar mengusik penemuan fakta oleh hakim bicara dalam satu-satu kes tersebut (sila lihat PP v. Wan Razali Kassim [1970] CLJU 121; [1970] 1 LNS 121; [1970] 2 MLJ 79 dan Nomezam Apandy Abu Hassan v. PP [2011] 3 CLJ 868).””
“40. Selanjutnya di dalam kes Ghasem Gharezadehsharniani Hassan v. PP [2014] CLJU 752; [2014] 1 LNS 752; [2014] 5 MLJ 433 telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut: “[18] In spite of the importance of the telephone number, PW6 never investigated on Masoud. PW6 did not eve”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MARANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN NO. KES: TF-83D-461-08/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD AL-NAZIRUL MUBIN BIN MAMAT (NO. K/P: 970109-11-5133) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh telah dituduh dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”). Pertuduhan pertama boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB manakala pertuduhan kedua boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) ADB. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan. Justeru, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan. Terkilan, pihak Pendakwa Raya memfailkan rayuan.
2
Pertuduhan-pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: “Pertuduhan Pertama :- Bahawa kamu pada 21/04/2024, jam lebih kurang 9.30 malam, bertempat di sebuah rumah beralamat 6842, PPRT Jln Jerong Kpg Jerong Seberang, 21400 dalam daerah Marang, dalam negeri Terengganu. dapati telah ada dalam kawalan kamu tablet-tablet berwarna merah dan hijau, setelah dianalisa berat bersih tablet-tablet tersebut ialah sejumlah (50.97) gram yang mengandungi (8.05) gram methamphetamine, oleh itu kamu melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali sebatan. Pertuduhan Kedua :- Bahawa kamu pada 21/04/2024, jam lebih kurang 9.30 malam, bertempat di sebuah rumah beralamat 6842, PPRT Jln Jerong Kpg Jerong Seberang, 21400 dalam daerah Marang, dalam negeri Terengganu. dapati telah ada dalam kawalan kamu bahan kristal jernih. setelah dianalisa, berat bersih bahan tersebut ialah sejumlah (3.19) gram yang mengandungi (2.20) gram methamphetamine, oleh itu kamu melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12 (3) Akta yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 5 tahun, atau denda tidak melebihi RM 100,000.00 (satu ratus ribu ringgit) atau kedua-duanya sekali.”
3
Alasan penghakiman Mahkamah ini adalah sebagaimana yang dihuraikan selanjutnya.
4
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi dan mengemukakan 26 ekshibit kepada Mahkamah. Fakta kes pendakwaan secara ringkasnya seperti berikut: a. Pada 21.04.2024 jam lebih kurang 8.30 malam, SP2, Insp Celestine Shataz Anak Umpang telah memberikan satu taklimat serbuan secara terperinci di Bilik Gerakan Bahagian Operasi JSJN IPK Terengganu kepada anggota-anggota serbuan iaitu SP3 (Sjn Mohd Razali Bin Nor), Kpl/D Garreld dan Konst/W Lisa. Pasukan serbuan kemudiannya bergerak ke lokasi menggunakan sebuah kenderaan Perodua Bezza bernombor pendaftaran TCG 7898 yang dipandu oleh Kpl/D Garreld. b. Pada jam lebih kurang 9.30 malam, pasukan tiba berhampiran rumah sasaran di alamat 6842, PPRT Jalan Jerong, Kampung Jerong Seberang, Marang, Terengganu. Kenderaan dihentikan kira-kira 10 meter dari rumah, dan pasukan bergerak secara taktikal menuju ke pintu hadapan. SP2 membuka pintu rumah dan masuk secara mengejut. Pada ketika itu, tertuduh melarikan diri melalui pintu dapur yang terbuka menuju ke kawasan hutan kecil di belakang rumah. c. SP2 bersama anggota mengejar dan berjaya menahan tertuduh. Ketika tangkapan dibuat, tertuduh bertindak agresif dan berlaku pergelutan. Pasukan terpaksa menggunakan kekerasan minima, mengakibatkan tertuduh mengalami luka di lutut kiri, bengkak di buku lali kanan serta sedikit calar. d. SP2 kemudian mengarahkan tertuduh dibawa masuk ke dalam rumah untuk pemeriksaan. Pemeriksaan fizikal terhadap tertuduh tidak menjumpai sebarang barang salah. Pemeriksaan lanjut di dalam rumah menemukan satu beg silang hitam jenama COACH di lantai bahagian dapur iaitu tempat tertuduh dilihat berdiri sebelum melarikan diri. e. Dengan disaksikan tertuduh dan anggota serbuan, SP2 membuka beg tersebut dan menjumpai: i. satu peket plastik merah jambu (P4) dan dua peket plastik biru (P5 (A-B)) berisi tablet-tablet merah dan hijau disyaki pil yaba. ii. Satu peket plastik lutsinar (P8) berisi bahan kristal disyaki syabu. iii. Satu alat penimbang digital (P22). iv. Satu botol plastik diubah suai disyaki alat menghisap dadah (P23). v. Satu kad pengenalan atas nama OKT (P24). f. Pemeriksaan lanjut di dalam dan luar rumah tidak menemui barang salah lain. SP2 kemudian merampas kesemua barang kes dan menyediakan Borang Senarai Geledah (P15). Barang kes diserah kepada Pegawai Penyiasat, SP5, dengan borang serah terima (P17) yang lengkap. g. SP2 turut menunjukkan kepada SP5 lokasi tangkapan dan tempat barang kes dijumpai. Barang kes disimpan dalam kawalan SP5 sehingga diserah ke Jabatan Kimia Malaysia pada 23.04.2024, dan laporan kimia diterima kembali pada 04.07.2024 dalam keadaan baik dan berseal. h. Analisa dijalankan oleh SP1, Mohamad Zubair Ali bin Sulhi, Ahli Kimia. Menurut keterangan SP1 dan Laporan Kimia No. Makmal 24-FR-T-01603 (P2), analisis ke atas barang kes mendapati: i. Tablet-tablet merah seberat 50.97 gram mengandungi 8.05 gram methamphetamine. ii. Tablet-tablet hijau seberat 0.58 gram tidak mengandungi dadah berbahaya. iii. Bahan kristal jernih seberat 3.19 gram mengandungi 2.20 gram methamphetamine. iv. Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB.
5
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan ialah untuk pihak pendakwaan membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh (seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah).
6
Dalam hal ini, Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan (rujuk LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ). Mahkamah juga merujuk kepada kes BALACHANDRAN V PUBLIC PROSECUTOR [2005] 2 MLJ 301, yang menyatakan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah bertanya pada diri sama ada jika tertuduh dipanggil membela diri dan memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh. Jika ya, maka kes prima facie berjaya dibuktikan. Jika tidak, maka tiada kes prima facie dan tertuduh hendaklah dibebaskan.
7
Mahkamah turut merujuk panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 (FC), yang menyatakan seperti berikut: “[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
8
Berdasarkan kes PP v Mohd Radzi, di akhir kes pendakwaan, penilaian maksima hendaklah dilaksanakan ke atas semua keterangan pendakwaan. Kredibiliti setiap saksi pendakwaan hendaklah diteliti dengan berhati-hati. Semua inferens munasabah daripada keterangan tersebut hendaklah diambil kira. Sekiranya terdapat lebih dari satu inferens, Mahkamah hendaklah membuat inferens yang menyebelahi tertuduh. Selanjutnya, Mahkamah hendaklah bertanya pada diri, jika tertuduh dipanggil membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh. Jika ya, maka kes prima facie berjaya dibuktikan. Jika tidak, maka tiada kes prima facie dan tertuduh hendaklah dibebaskan. D. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
9
Untuk membuktikan kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen berikut: a. Dadah berbahaya yang dirampas adalah sejumlah 50.97 gram yang mengandungi 8.05 gram methamphetamine bagi pertuduhan pertama dan sejumlah 3.19 gram yang mengandungi 2.20 gram methamphetamine bagi pertuduhan kedua; b. Tertuduh, pada tarikh, masa dan tempat kejadian mempunyai kawalan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya berkenaan; dan c. Rantaian barang kes tidak terputus.
10
Pihak pendakwaan menghujahkan: a. Bahawa suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap tertuduh berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang konsisten, saling menyokong serta mempunyai pertalian yang jelas antara satu sama lain. b. Elemen pertama pertuduhan di bawah s.12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dipenuhi melalui keterangan SP1 dan Laporan Kimia yang mengesahkan bahawa bahan-bahan yang dirampas mengandungi Methamphetamine. c. Elemen kedua iaitu kawalan dan pengetahuan turut dibuktikan apabila tertuduh didapati berada di kawasan dapur sebelum melarikan diri, dan beg silang COACH berisi dadah berbahaya ditemui tepat di lokasi tertuduh berada, yang mana beg tersebut dikenal pasti sebagai milik tertuduh dan mengandungi kad pengenalannya. Keterangan mengesahkan bahawa hanya tertuduh berada di rumah pada masa kejadian, manakala kelakuan tertuduh melarikan diri serta bertindak agresif dianggap sebagai conduct relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang menyokong inferens pengetahuan terhadap dadah. d. Anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 turut terpakai iaitu mana-mana orang yang didapati ada dalam jagaannya atau di bawah pengawalannya apa-apa sahaja yang mengandungi sebarang dadah berbahaya adalah, sehingga sebaliknya dibuktikan dianggap ada dalam pemilikannya dadah tersebut dan adalah, sehingga dibuktikan sebaliknya dibuktikan dianggap telah mengetahui tentang sifat-sifat dadah tersebut. e. Seterusnya, rantaian barang kes dibuktikan tidak terputus melalui keterangan SP2 dan SP5 serta dokumen berkaitan seperti Borang Senarai Geledah dan Borang Serah Menyerah. Semua saksi berjaya mengecam barang kes dan tiada bukti menunjukkan berlakunya pencemaran atau pertukaran exhibit. Gambar, penandaan dan keadaan fizikal barang kes semasa dibuka di Mahkamah juga konsisten dengan keterangan saksi-saksi. f. Berdasarkan keseluruhan bukti ini, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tidak wujud sebarang keraguan munasabah berhubung elemen-elemen pertuduhan, dan oleh itu kesemua elemen sekyen 12(2) ADB telah berjaya dibuktikan.
11
Berdasarkan pemeriksaan balas dan hujahan oleh pihak pembelaan, antara isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan sepanjang kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Pendakwaan gagal membuktikan elemen pengetahuan, kawalan dan pemilikan terhadap barang kes sehingga ke tahap prima facie. b. SP4 (Nor Uji Mastura Binti Nor Azman) memberikan naratif yang bercanggah dengan keterangan saksi-saksi serbuan dan Pegawai Penyiasat (SP5), khususnya mengenai keadaan di tempat kejadian. c. Kewujudan seorang individu pihak ketiga bernama Fahmi, rakan tertuduh yang hadir di lokasi kejadian sebelum dan semasa serbuan, disahkan oleh SP4 termasuk butiran kenderaan, masa, dan pergerakannya, tetapi maklumat ini tidak disiasat oleh SP5. Keterangan SP4 turut disokong oleh saksi pendakwaan lain (SP2, SP3 dan SP5), yang mengesahkan lokasi pengamatan dari gerai burger milik SP4, sekali gus menimbulkan persoalan tentang keberadaan orang ketiga di tempat kejadian. d. SP4 menyatakan beliau dimaklumkan bahawa barang kes dijumpai dalam beg pampers, yang mana bercanggah dengan kes pendakwaan bahawa dadah ditemui dalam beg silang hitam jenama Coach. e. Berdasarkan keterangan SP4, tertuduh ada menyebut “Fahmi buat bi”, yang memberi kredibiliti kepada versi bahawa tertuduh telah dikhianati oleh individu bernama Fahmi. f. Ditegaskan bahawa SP5 tidak menyiasat maklumat penting berkaitan Fahmi meskipun maklumat itu sudah berada dalam pengetahuan SP5 melalui kenyataan SP4. Pembelaan berhujah wujud suppression of evidence atau kegagalan menyiasat secara menyeluruh. g. Pendakwaan gagal memanggil saksi-saksi penting yang boleh merungkaikan naratif kes (misalnya individu Fahmi), lalu mengundang anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan. h. Percanggahan antara keterangan SP4 dan saksi lain menyentuh perkara material dan membolehkan keterangannya menjejaskan keseluruhan kredibiliti naratif pendakwaan. i. Ketidakselarasan berhubung bagaimana dadah dijumpai, serta perbezaan maklumat berkaitan jenis beg, menimbulkan keraguan munasabah terhadap identiti dan rantaian barang kes. j. Berdasarkan beberapa kemungkinan munasabah, termasuk kemungkinan penglibatan pihak ketiga, Mahkamah perlu mengambil inferens yang paling memihak kepada tertuduh. k. Dengan wujudnya percanggahan material, kegagalan siasatan, kemungkinan pihak ketiga dan isu rantaian barang kes, pembelaan berhujah bahawa pendakwaan tidak mencapai tahap maksimum penilaian bukti untuk mewujudkan kes prima facie.
12
Setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit, hujahan pihak Pendakwaan dan Pembelaan, serta prinsip undang-undang yang terpakai, Mahkamah membuat dapatan dan analisis seperti di bawah. Isu 1: Sama ada Pendakwaan Berjaya Membuktikan Elemen Kawalan dan Pengetahuan Tertuduh ke atas Dadah Berbahaya sebagaimana Pertuduhan-Pertuduhan
13
Hakim Augustine Paul dalam kes PP V PUVANESWARAN KANIAPAN (2003) 4 CLJ 609, pada m/s 623 telah menyatakan bahawa: “Dalam usaha membuktikan pemilikan, Pendakwaan perlu menunjukkan tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah berbahaya berkenaan dan dia juga mempunyai pengetahuan terhadap apa yang ada dalam milikannya. Jagaan dan kawalan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung ataupun dibuat kesimpulan daripada fakta yang telah terbukti terdahulu. Selalunya pengetahuan merupakan perkara yang dapat digarap melalui penyimpulan daripada fakta.”
14
Pihak pendakwaan berhujah bahawa elemen ini terbukti berdasarkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB dan keseluruhan keterangan SP2, SP3, SP4 dan SP5. Seksyen 37(d) ADB memperuntukkan seperti berikut: “Presumptions
37
In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder- ...
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug;”
15
Mahkamah turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Roslan Hanapi v. PP [2015] 6 CLJ 464 yang menyatakan seperti berikut: “[22] But for the presumption under s. 37(d) to apply, the prosecution must first establish custody or control of "anything whatsoever containing any dangerous drug", in this case the bag containing the 320 bottles of heroin. It is only when either custody or control had been established that the appellant would be presumed to have had knowledge of the drug. To be in custody of a thing is to have physical care of the thing whilst to be in control is to have charge or dominion over the thing. Short of an express admission, proof of having charge or dominion is a matter of inference from the surrounding circumstances. [23] On the evidence we found that neither custody nor control had been established against the appellant. Mere proximity to the bag containing the drug cannot by any stretch of the imagination be equated with custody or control. It must further be shown that the appellant either had physical care of the bag or had charge or dominion over the bag. The presumption under s. 37(d) of the DDA therefore had no application against the appellant.”
16
Berdasarkan prinsip dalam kes di atas, adalah jelas bahawa pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan terdapatnya custody / control sebelum Mahkamah boleh mengaktifkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB tersebut.
17
Pendakwaan juga menyatakan terdapatnya keterangan langsung berhubung tempat barang kes ditemui adalah di tempat terakhir tertuduh dilihat berdiri dan tindakan tertuduh yang melarikan diri menunjukkan adanya kawalan dan pengetahuan ke atas barang kes. Selain itu, beg coach yang didapati terdapat dadah berbahaya di dalamnya adalah milik tertuduh serta terdapat penemuan kad pengenalan tertuduh di dalamnya.
18
Pihak pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP4, barang kes ditemui di tempat lain (beg pampers), tertuduh masih sakit akibat kecederaan kemalangan motosikal maka mustahil untuk tertuduh melarikan diri, serta terdapat penama lain bernama Fahmi yang hadir ke tempat kejadian pada masa tersebut. Terdapat juga kemungkinan suppression of evidence apabila terdapat wang tunai yang dirampas namun tidak dinyatakan dalam Borang Bongkar.
19
Berdasarkan keterangan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan terdapatnya jagaan atau kawalan oleh tertuduh ke atas dadah berbahaya dalam kes ini atas alasan berikut: a. SP4 menyatakan terdapat individu lain bernama Fahmi yang datang untuk berjumpa tertuduh di rumahnya sebelum serbuan. Kehadiran pihak polis ke tempat serbuan juga adalah bersama-sama Fahmi. Saksi pendakwaan lain menafikan kewujudan Fahmi. Tiada siasatan ke atas penama Fahmi dibuat dan Fahmi juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah. b. SP2 dalam keterangan bersumpahnya menyatakan beliau "menghampiri pintu hadapan rumah dan buka pintu tersebut dan masuk mengejut.” Ini menunjukkan pintu hadapan rumah tidak berkunci, tiada halangan atau tindakan memecah masuk yang juga menunjukkan sesiapa sahaja boleh masuk melalui pintu hadapan tersebut sebelum, semasa atau selepas serbuan. c. SP3 dalam keterangan bersumpahnya menyatakan semasa serbuan, OKT melarikan diri melalui pintu dapur yang sedia terbuka. Sekali lagi, ini menunjukkan akses tidak eksklusif, sesiapa sahaja boleh keluar/masuk melalui pintu dapur ini. d. Anggota serbuan mengejar tertuduh yang dikatakan melarikan diri ke kawasan hutan kecil di belakang rumah. Tiada keterangan sama ada terdapat sesiapa di dalam rumah terutamanya bahagian dapur tersebut dalam tempoh anggota serbuan mengejar tertuduh di kawasan hutan kecil. Ini menunjukkan sesiapa sahaja mempunyai ruang dan peluang serta akses untuk masuk ke rumah/lokasi penemuan barang kes dalam tempoh tersebut. e.
Preamble
Menurut SP2 dan SP3, setelah menangkap tertuduh dan kembali semula ke rumah, barang kes ditemui di dalam sebuah beg coach (P21) yang berada di atas lantai dapur tempat terakhir tertuduh dilihat berdiri sebelum melarikan diri. Namun, tiada keterangan berhubung sesiapa pun pernah melihat tertuduh pernah memegang beg coach tersebut apatah lagi memegang mana-mana barang kes. f. Tiada juga bukti forensik seperti cap jari, DNA atau apa-apa bukti saintifik pada beg Coach atau peket-peket dadah untuk mengaitkan tertuduh secara langsung. g. Terdapat percanggahan material antara keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menjejaskan asas kes pendakwaan yang dihuraikan lanjut dalam Isu 2. h. Terdapat kelemahan siasatan yang mencacatkan kes perdakwaan sebagaimana yang dihuraikan lanjut dalam Isu 3.
20
Mahkamah mendapati faktor-faktor di atas membuka ruang akses kepada mana-mana pihak ketiga sama ada sebelum, semasa atau selepas serbuan, terutamanya ketika anggota serbuan meninggalkan rumah dalam tempoh mengejar tertuduh ke kawasan hutan kecil.
21
Mahkamah berpandangan, kawalan dan pengetahuan tidak boleh diasaskan semata-mata atas kewujudan kad pengenalan tertuduh dalam sesuatu beg milik tertuduh, tanpa keterangan bahawa tertuduh secara aktif menggunakan atau mengawal beg tersebut semasa kejadian.
22
Selaras dengan prinsip yang mantap (rujuk PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 (FC)), sekiranya terdapat lebih dari satu inferens boleh dibuat daripada keterangan yang ada, Mahkamah hendaklah membuat inferens yang menyebelahi tertuduh. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati beberapa inferens alternatif yang menyebelahi tertuduh boleh dibuat, termasuk kemungkinan dadah tersebut diletakkan oleh pihak lain atau tertuduh tidak mempunyai kawalan eksklusif ke atas beg coach dan kawasan yang terlibat.
23
Justeru, pihak pendakwaan gagal menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah berbahaya berkenaan, maka tiada asas untuk anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB diaktifkan. Lanjutan itu, elemen pengetahuan tertuduh terhadap barang kes tersebut juga gagal dibuktikan. Isu 2: Keterangan SP4 dan Kesan Terhadap Kes Pendakwaan
24
Mahkamah memberi perhatian serius terhadap keterangan SP4 yang menjadi intipati utama dalam hujahan pihak pembelaan. SP4 telah memberikan satu versi yang berbeza daripada SP2 dan SP3 berkenaan apa yang berlaku semasa serbuan.
25
Mahkamah mendapati SP4 merupakan seorang saksi pemerhati yang relevan dan berkemampuan memberikan gambaran visual bagi keadaan sebelum, semasa dan selepas kejadian. Ini kerana SP4 merupakan isteri tertuduh yang tinggal bersama dengan tertuduh di rumah tersebut. Pada waktu kejadian juga, SP4 berada di gerai burger berhampiran dengan rumahnya dan boleh melihat dengan jelas kenderaan yang keluar masuk melalui jalan ke rumahnya. Malah rumah tempat serbuan adalah di atas nama arwah ibu SP4.
26
SP4 menyatakan dengan jelas bahawa beliau melihat kawan kepada tertuduh bernama Fahmi hadir ke rumah bersama anggota polis. Keterangan ini disokong dengan butiran seperti jenis kereta, masa dan laluan masuk. Namun kedua-dua SP2 dan SP3 menafikan kehadiran penama Fahmi di tempat kejadian. Malah, Pegawai Penyiasat, SP5 juga menyatakan tiada siasatan dibuat ke atas penama Fahmi kerana tiada dalam pengetahuannya.
27
SP4 juga menyatakan bahawa tertuduh masih dalam keadaan kurang sihat akibat kemalangan dan tidak mampu melarikan diri seperti didakwa oleh SP2 dan SP3.
28
SP4 menyatakan semasa serbuan dibuat, beliau ada pergi rumah untuk melihat apa yang berlaku namun tidak dibenarkan masuk oleh anggota serbuan, dan tertuduh memberitahu beliau “Fahmi buat bi”, satu frasa yang boleh ditafsirkan sebagai Fahmi telah menganiaya atau "mengenakan" tertuduh. menyatakan terdapat kemungkinan bahawa Fahmi merupakan individu yang membawa atau meletakkan dadah tersebut tanpa pengetahuan tertuduh.
29
SP4 juga mendakwa terdapat wang tunai yang dirampas semasa serbuan tersebut sebanyak lebih kurang RM9,000 hingga RM10,000 dan sebahagiannya telah dipulangkan apabila beliau pergi menuntut di balai polis. Butiran ini tiada dalam borang bongkar. Walaupun SP2 ada mengakui terdapat rampasan wang tunai semasa disoal balas oleh pihak pembelaan iaitu sebanyak RM700 (malangnya tiada juga dikemukakan kepada Mahkamah), namun SP3 pula sebaliknya tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa terdapat wang tunai yang dirampas. Lebih parah, SP5 selaku pegawai penyiasat juga menyatakan tiada dalam pengetahuannya berhubung apa-apa rampasan wang tunai. Hal ini menimbulkan kemungkinan "suppression of evidence" atau pengendalian bukti yang meragukan. Tambahan pula, tiada penjelasan meyakinkan daripada pihak pendakwaan berhubung perkara ini.
30
SP4 juga menyatakan telah melihat dua buah kenderaan masuk ke lorong untuk ke rumahnya semasa serbuan iaitu kereta Waja dan Myvi namun dalam keterangan SP2 dan SP3 mengatakan semasa serbuan, hanya satu kenderaan persendirian yang digunakan iaitu produa Bezza.
31
Penting juga untuk dinyatakan di sini bahawa dalam keadaan banyak keterangan yang bercanggah dengan saksi pendakwaan lain, tiada impeachment proceeding dibuat terhadap SP4 oleh pihak pendakwaan. Maka, keterangan SP4 adalah kekal sah untuk dipertimbangkan. Tambahan pula SP4 menyatakan di Mahkamah terbuka bahawa beliau tidak pernah menandatangani apa-apa keterangan bertulis kepada pihak polis. Ini menimbulkan keraguan ke atas kelengkapan siasatan yang dilakukan oleh SP5.
32
Selain daripada di atas, Mahkamah juga mengambil maklum bahawa SP4 adalah isteri kepada tertuduh. Kendatipun begitu, fakta bahawa seorang saksi mempunyai kepentingan tidak bermakna dia akan mereka-reka atau membesarkan-besarkan keterangan. Mahkamah merujuk kes Public Prosecutor v Mohd Razali bin Zakariya [2018] 3 MLJ 34, yang mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa tiada anggapan undang-undang bahawa saksi yang “berkepentingan” tidak boleh dipercayai. Keterangan saksi berkepentingan hendaklah dinilai seperti saksi lain, tertakluk kepada pemeriksaan balas, dan hanya boleh ditolak jika terdapat alasan kukuh. Mahkamah Rayuan juga menekankan bahawa isu kredibiliti memerlukan pertimbangan faktor seperti motif dan kebarangkalian.
33
Dalam menilai kredibiliti SP4, Mahkamah mempunyai kelebihan audio-video dalam melihat tingkah laku (demeanour) saksi semasa memberi keterangan bersumpah di Mahkamah. Oleh itu, Mahkamah dapat menilai secara langsung cara SP4 menjawab, ketenangannya, serta konsistensi gerak geri dan intonasi suaranya, yang seterusnya membantu mengukuhkan penilaian bahawa keterangannya tidak menunjukkan tanda-tanda kepalsuan atau rekaan. Mahkamah mendapati SP4 merupakan saksi yang kredibel dan keterangannya boleh diterima.
34
Keterangan-keterangan daripada SP4 ini bukan sahaja telah menimbulkan keraguan yang nyata terhadap kredibiliti versi pihak pendakwaan, malah membuka versi alternatif yang tidak ditepis oleh pihak pendakwaan.
35
Percanggahan keterangan antara SP4 dengan saksi-saksi pendakwaan yang lain ini adalah material, tiada penjelasan munasabah dan telah menggugat asas kepada kes pendakwaan (root of the prosecution’s case).
36
Mahkamah merujuk kes Pendakwa Raya lwn Bazleh Saeid Saleh dan satu lagi [2014] 5 MLJ 816, yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “[15] Berdasarkan semua keterangan yang ada, penemuan-penemuan yang diputuskan oleh YA hakim bicara bahawa tanpa penjelasan, ianya telah menyebabkan satu keraguan munasabah terhadap identiti eksibit dadah adalah, pada hemat kami, merupakan dapatan fakta YA hakim bicara yang betul setelah beliau melakukan penilaian yang maksimum ke atas saksi-saksi pihak pendakwaan serta semua eksibit yang dikemukakan; dan oleh itu prinsip undang-undang mantap memperuntukkan bahawa Mahkamah Rayuan tidak wajar mengusik penemuan fakta oleh hakim bicara dalam satu-satu kes tersebut (sila lihat PP v. Wan Razali Kassim [1970] CLJU 121; [1970] 1 LNS 121; [1970] 2 MLJ 79 dan Nomezam Apandy Abu Hassan v. PP [2011] 3 CLJ 868).”
37
Mahkamah rayuan dalam kes di atas turut merujuk kes Mahkamah Persekutuan iaitu Zaifull Muhammad v. PP & Another Appeal [2013] 2 CLJ 383 yang memutuskan seperti berikut: “[35] With respect, we could not agree with the prosecution on this issue. We are of the view that, in the circumstance of this case, it is incumbent on the prosecution to offer some explanation for the discrepancies. With the discrepancies left unexplained, this created a reasonable doubt as to the identity of the drug exhibit. In the circumstance, the defence should not have been called at the close of the prosecution case.”
38
Dengan percanggahan keterangan yang tidak dijelaskan, perkara ini telah menimbulkan keraguan ke atas keseluruhan naratif kes pendakwaan.
39
Berhubung isu ini, Mahkamah merujuk penyataan Yang Arif Kamardin Hashim HMR dalam kes Mohd Helmi Akmal Mohd Ali lwn. PP [2017] 7 CLJ 666 seperti berikut: “Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan tetapi meliputi juga pengumpulan keterangan yang boleh menentukan tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat.”
40
Selanjutnya di dalam kes Ghasem Gharezadehsharniani Hassan v. PP [2014] CLJU 752; [2014] 1 LNS 752; [2014] 5 MLJ 433 telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut: “[18] In spite of the importance of the telephone number, PW6 never investigated on Masoud. PW6 did not even make a call to the number given by the appellant on the excuse that 'saya terlepas pandang'. In our view, the conduct of PW6 is most unsatisfactory and unacceptable. As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including feature of the case which not only favours the prosecution but also the appellant. The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the Court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see: Jamuna Chaudhary & Ors v. State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774). The appellant cannot be penalized for lack of ingenuity in investigation by PW6 depriving him of the time honoured benefit of doubt (see: Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ Rep 265; [1992] 1 MLJ 137). This was never considered by the learned trial judge. Consequently, the appellant's right to a fair trial has been compromised, which has the effect of rendering the conviction very unsafe. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see: Mraz v. The Queen [1953] 93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon v. PP [2007] 4 CLJ 114; [2007] 1 MLJ 46). [19] This appeal was, therefore, allowed and accordingly, we quashed and set aside the conviction and sentence against the appellant. The appellant was acquitted and discharged.”
41
Kes-kes di atas menegaskan bahawa pegawai penyiasat mempunyai tanggungjawab berat untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan objektif, termasuk terhadap aspek-aspek yang mungkin memihak kepada tertuduh. Prinsip yang ditekankan ialah tertuduh tidak boleh dipersalahkan atau dinafikan faedah keraguan akibat kecuaian atau ketidakcekapan penyiasatan. Adalah menjadi kewajipan Mahkamah ini untuk mempertimbangkan apa-apa kecacatan siasatan supaya hak tertuduh kepada perbicaraan yang adil tidak terjejas.
42
SP5 mengesahkan beliau tidak menyiasat kewujudan atau keterlibatan Fahmi. SP5 juga tidak mempunyai pengetahuan berhubung wang tunai yang dirampas oleh SP2. Berikut merupakan antara jawapan yang diberikan oleh SP5: Semasa Pemeriksaan Balas: “… S: SETUJU, OKT SEMASA KEJADIAN, CEDERA KERANA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN SEBELUM INI S: TIADA GAMBAR OKT DIAMBIL, KERANA TIDAK MAHU MENDEDAHKAN KECEDERAAN OKT ….. S: KETERANGAN BERKENAAN FAHMI TIDAK DISIASAT OLEH KAMU J: SETUJU S: UJI MASTURA MAKLUMKAN, KEHADIRAN POLIS BERSAMA FAHMI S: KENYATAAN TERSEBUT TIDAK DISIASAT KAMU S: SELAIN BARANG KES YANG DIRAMPAS, TERDAPAT JUGA WANG TUNAI YANG DIRAMPAS J: TIADA DALAM PENGETAHUAN SAYA” Semasa Pemeriksaan Semula: “S: DALAM SIASATAN TIADA GAMBAR OKT, JELASKAN. J: PADA PADANGAN SAYA, GAMBAR OKT TAK PERLU DIAMBIL, DENGAN SIASATAN SAYA SUDAH CUKUP LENGKAP UNTUK TUDUH OKT S: SIASATAN HANYA BERDASARKAN ANGGOTA SERBUAN, TIDAK SETUJU, JELASKAN J: DARI PENYATAAN, SAYA BUAT CONFIRMATION PADA SAKSI-SAKSI TERLIBAT S: KETERANGAN FAHMI TAK DISIASAT, KAMU SETUJU J: FAHMI TIADA DALAM SIASATAN SAYA, SAYA TIDAK KENALI PENAMA TERSEBUT.”
43
Daripada keterangan yang diberikan SP5, Mahkamah berpandangan siasatan yang dibuat bagi membuktikan elemen kawalan dan pengetahuan ke atas barang kes, hanyalah melalui keterangan daripada pengadu (SP2) dan anggota serbuan sahaja. Manakala siasatan ke atas SP4 hanyalah untuk mendapatkan pengesahan pemilikan rumah tempat kejadian dan selaku orang yang tinggal bersama tertuduh. Berikut merupakan keterangan SP4 berhubung hal ini semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula: Semasa pemeriksaan balas: “S: ADA TAK DIPANGGIL OLEH PEGAWAI PENYIASAT UNTUK DIAMBIL KETERANGAN? J: DI BALAI POLIS TIADA S: ADA BERI KETERANGAN BERTULIS? J: DIA ORANG DATANG RUMAH AMBIL GAMBAR. S: YANG AMBIL GAMBAR TU YANG CAKAP DENGAN KAMU? J: TIADA S: ADA DIAMBIL KETERANGAN SECARA RASMI? J: TIADA S: PADA TARIKH KETERANGAN SEBELUM NI, ADA DITUNJUKKAN KERTAS YANG ADA TANDA TANGAN PUAN. J: TAK PERNAH TANDA TANGAN APA-APA.” Semasa Pemeriksaan Semula: “… S: PADA HARI ITU, KERTAS YANG DITUNJUKKAN ADA KAMU TANDA TANGAN, KERTAS YANG SAYA BERIKAN HARITU, SIAPA YANG BERI KETERANGAN? J: ADA YANG BETUL DAN ADA YANG TIDAK. TAPI SAYA TAK PERNAH TANDATANGAN. S: SEPANJANG SIASATAN ADA AMBIL KETERANGAN RASMI? J: ADA ANGGOTA PERGI RUMAH JE. DI BALAI POLIS TIADA AMBIL KETERANGAN.”
44
Selain itu, tiada juga di mana-mana dalam keterangan SP5 yang menyatakan beliau juga telah dengan teliti menyiasat versi yang diberikan oleh tertuduh sendiri.
45
Ini menunjukkan SP5 menyiasat secara sambil lewa, tidak memandang berat apatah lagi membuat pengumpulan keterangan yang boleh menentukan tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan serius terhadap kelengkapan siasatan.
46
Mahkamah mendapati terdapat kecacatan dalam siasatan yang dilakukan. Justeru, tertuduh tidak boleh dipersalahkan akibat kelemahan siasatan oleh SP5 sehingga menafikan hak tertuduh untuk mendapat faedah keraguan yang telah sekian lama diiktiraf dalam undang-undang.
47
Setelah mahkamah meneliti semua keterangan secara penilaian maksima dan menyelami hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, serta menggunapakai peruntukan dan prinsip undang-undang yang mantap, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen kawalan dan pengetahuan oleh tertuduh terhadap dadah berbahaya bagi kedua-dua pertuduhan.
48
Mahkamah selanjutnya bertanya pada diri, jika tertuduh dipanggil membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh. Jawapannya adalah tidak.
49
Justeru, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.
50
Oleh yang demikian, Mahkamah memerintahkan bahawa tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan. BERTARIKH PADA 7 DISEMBER 2025 Disediakan oleh .................................................................... NORYUSRIZA BINTI ZULKIFLI MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET MARANG Kaunsel Bagi pihak pendakwaan Maisarah binti Abd Razak Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu Tingkat 14, Wisma Darul Iman 20200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman Bagi pihak Tertuduh Tetuan Sallehudin Harun & Partners No. 3483 C, Tingkat 1,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.