Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-35-08/2022 ANTARA MUHAMMAD ALIF BIN SAIDIN … PERAYU DAN HASSAN BIN YUSOFF … DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Rayuan ini difailkan oleh Perayu yang tidak berpuas hati terhadap kuantum untuk beberapa item dalam gantirugi am dan gantirugi khas yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang terpelajar (selepas ini dipanggil “L/HMS”) dalam satu kes tuntutan kemalangan jalanraya. [2] Perayu (Plaintif dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen) pada masa material adalah penunggang motosikal bernombor DCA