Bahawa Tetuan Tan Norizan & Associates hendaklah dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh Perintah ini membekalkan dan/atau menzahirkan kepada peguamcara Plaintif dokumen-dokumen (seterusnya akan dirujuk sebagai “dokumen-dokumen asal”) jual beli hartanah dan pinjaman/fasiliti bagi kegunaan perbicaraan dan juga membuat analisa perbandingan yang berada atau pernah berada dalam milikan, jagaan atau kuasanya berkaitan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dalam tindakan ini; Dokumen-dokumen asal adalah seperti berikut: i. Perjanjian Jual Beli bertarikh 12 Oktober 2020 yang disetem pada 13 Oktober 2020 untuk Hartanah Apartmen Kos Rendah yang dikenali sebagai PN 21006/M1/8/143, Lot No. 43149 Seksyen 14, Bandar Ampang, Daerah Hulu Langat Negeri Selangor yang beralamat PC1-07- 23E, Permai Court 1, Jalan 16A, Taman Desa Permai, Taman Dato’ Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor diantara penjual bernama Geethe@Zaithon Binti Mohamad Kassim (No. K/P: 640225-10-6566) dan pembeli Law Kong Yew (No. K/P: 970226- 14-5761); (“Perjanjian Jual Beli 1”) ii. Dokumen Pinjaman Home Equity Financing-i/HOME VR (Redraw) berjumlah RM159,473.00 dan/atau fasiliti dan/atau kemudahan, pinjaman wang terutama yang melibatkan Perjanjian Jual Beli 1 di mana nama Plaintif atau Tetuan Amin Chambers digunakan dalam sebarang dokumen tersebut, sama ada kononnya sebagai pihak yang menyediakan (allegedly prepared by), dilihat sebagai disediakan ataupun disaksikan Plaintif atau Tetuan Amin Chambers; (“Dokumen Pinjaman Perjanjian Jual Beli 1”) iii. Perjanjian Jual Beli bertarikh 24 September 2020 dan disetem pada 25 September 2020 untuk hartanah yang dikenali sebagai GM 4950, Lot 2023 Seksyen 1 & GM 4951, Lot 204 Seksyen 1, Bandar Jenjarum, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor yang beralamat No. 60, Jalan Bayam 3, Taman Desa Jarum, 42600 Jenjarom, Selangor diantara penjual Gonasigran A/l Periasamy (No. K/P: 540329-10-5121) dan pembeli Adrian Lee Wen Jian (No. K/P: 910306-05- 5171); (“Perjanjian Jual Beli 2”) iv. Dokumen Pinjaman I Wish Home Financing-i (Finance Entry Cost) berjumlah RM263,245.00 dan/atau fasiliti dan/atau kemudahan, pinjaman wang terutama yang melibatkan Perjanjian Jual Beli 2 di mana nama Plaintif atau Tetuan Amin Chambers digunakan dalam sebarang dokumen tersebut, sama ada kononnya sebagai pihak yang menyediakan (allegedly prepared by), dilihat sebagai disediakan ataupun disaksikan Plaintif atau Tetuan Amin Chambers; dan (“Dokumen Pinjaman Perjanjian Jual Beli 2”) v. Sebarang surat-menyurat yang wujud bagi kedua-dua hartanah di atas di mana nama Plaintif atau Tetuan Amin Chambers digunakan dalam surat-menyurat tersebut, sama ada kononnya sebagai pihak yang menyediakan allegedly prepared by), dilihat sebagai disediakan ataupun disaksikan Plaintif atau Tetuan Amin Chambers.