Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-54-11/2022 ANTARA MUHAMMAD AMIRUL ASHWAD BIN … PLAINTIF NAZRUL ISHSAM [NO. K/P : 981109-06-5977]
BA-23NCvC-54-11/2022
High Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ntif bukanlah untuk pengkayaan tidak adil. Mahkamah ini juga memberi pertimbangan kepada kadar inflasi dan kenaikan kos sebagaimana diputuskan dalam kes Raji Transport Sdn Bhd & Anor v Idayu Zulkafli [2004] AMEJ 0087; [2004] 5 CLJ 479. Gantirugi Khas”
“Plaintif menuntut RM6,000 bagi award akibat loss of consciousness and Retrograde Amnesia dengan merujuk kes Mohd Nor Firdaus bin Mohamad dan Satu lagi v Muhammad Kamalruddin bin A Wahab dan satu lagi [2017] MLJU 2335. Laporan pakar dari University Malaya Medical Centre bertarikh 25.3.2021 oleh Prof Madya Kalai Arasu me”
“(i) Kes Julieyati binti Abd Jalal v Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor & Ors [2018] MLJU 444 yang dirujuk oleh peguam cara terpelajar bagi defendan-defendan adalah dibezakan. Pihak plaintif dalam kes tersebut, telah gagal memasang lampu beam walaupun terdapat tanda amaran dipasang di jalan b”
“catan pada tengkorak dan prosedur ini secara munasabahnya menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan tekanan emosi. Pihak plaintif telah merujuk kes Jason Lim Tzy Sheng v Roald Karl Mafessanti & Anor [2020] MLJU 2172 dan Shanmugam Gopal v Zinal Abidin Nazim & Anor [2003] 8 CLJ 729 yang mana **Note : Serial number will”
“bat wakilnya iaitu plaintif **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 kedua) dan satu lagi v Nik Mohd Hafizie bin Nik Hashim dan satu lagi [2021] MLJU 199 yang mana Mahkamah Tinggi mengaward RM300,000 bagi kecederaan permanent residual disabilities such as memo”
“65. Keadaan plaintif dalam kes semasa ini pada hemat Mahkamah lebih kurang sama dengan plaintif dalam kes Nik Aziz bin Mohamed v Mohd Nasyaruddin bin Mohd Kadir dan satu lagi [2022] MLJU 3813 yang menerima award RM300,000 bagi kecederaan yang sama seperti plaintif.”
“leh plaintif. Jumlah RM8,000 yang dipohon oleh plaintif adalah munasabah dan konsisten dengan award yang diputuskan bagi relif yang sama kes Mohandas a/l Kali Das v Kannan a/l Govinsamy dan yang lain [2024] MLJU 1926. Pain and suffering for reconstructive cranioplasty procedure Cosy for Future surgery reconstructive cr”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-54-11/2022 ANTARA MUHAMMAD AMIRUL ASHWAD BIN … PLAINTIF NAZRUL ISHSAM [NO. K/P : 981109-06-5977]
1
CCP BUILDERS SDN BHD …DEFENDAN- [NO. SYARIKAT : 200401034750 (673259-X)]
2
MALAYSIA AIRPORTS (SEPANG) SDN BHD [NO. SYARIKAT : 199401034797 (320480-D)]
3
MALAYSIA AIRPORTS HOLDING BERHAD [NO. SYARIKAT : 199901012192 (487092-W)] DAN MOHAMAD ZHAFRAN BIN MOHAMAD TAUFIK … PIHAK KETIGA [NO. K/P : 981004-13-6177) 17/10/2025 16:07:06 BA-23NCvC-54-11/2022 Kand. 94 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kausa tindakan plaintif dalam Guaman ini melibatkan tort kecuaian berikutan insiden kemalangan yang berlaku pada 9.7.2018 dan mengakibatkan plaintif mengalami kecacatan kekal.
2
Pada 31.7.2025, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan pertama dan kedua berserta kos dan menolak tuntutan defendan-defendan terhadap pihak ketiga.
3
Plaintif merupakan pembonceng motorsikal No. Pendaftaran W8761B yang ditunggang oleh Pihak Ketiga pada 9.7.2018, kira-kira jam 8.30 malam. Plaintif dan Pihak Ketiga sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan semasa melalui Jalan Pekeliling menghala dari Nilai ke Kargo KLIA di KM 8.4, motorsikal Pihak Ketiga terlanggar penghadang jalan dan mengakibatkan kemalangan jalan raya.
4
Defendan pertama merupakan kontraktor yang diberi kebenaran oleh defendan kedua untuk membuat kerja-kerja pengorekan ditanah milik defendan kedua berhampiran jalan KM8.4. Antara kerja yang dijalankan oleh defendan pertama adalah kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah. Defendan pertama telah meletakkan penghadang jalan di atas Jalan Pekeliling KM 8.4 KLIA untuk memudahkan lori-lori defendan pertama keluar masuk dari tapak kerja.
5
Defendan kedua selaku anak syarikat milikan penuh defendan ketiga, merupakan pengurus dan pemilik hartanah bersebelahan Jalan Pekeliling KM 8.4. Defendan kedua melantik defendan pertama menjalankan kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah di tapak tersebut.
6
Bagi mencabar tuntutan plaintif, defendan-defendan telah menamakan penunggung motorsikal sebagai Pihak Ketiga.
7
Plaintif memplidkan bahawa kemalangan tersebut berlaku kerana motorsikal Pihak Ketiga dengan tiba-tiba terlanggar penghadang jalan yang diletakkan di atas jalan oleh defendan pertama. Kemalangan tersebut telah mengakibatkan plaintif dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya. Kad OKU plaintif telah dimasukkan dalam Bahagian A dan ini bermaksud tiada pertikaian terhadap kesan kemalangan terhadap status keupayaan plaintif.
8
Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah termasuk ganti rugi am akibat kecederaan kekal, kehilangan pendapatan masa hadapan, kos rawatan masa hadapan selain gantirugi khas.
9
Bagi tujuan perbicaraan penuh, seramai tujuh orang saksi telah memberi keterangan bagi pihak plaintif dengan defendan-defendan mengemukakan seorang saksi, iaitu:
i
Inspektor Sivam @ Siva a/l Muniandy, pegawai penyiasat – SP1.
II
(ii) Mohamad Zhafran bin Mohamad Taufik, pihak ketiga – SP2.
III
(iii) Nazrul Isham bin Abd Malik, bapa plaintif – SP3.
IV
(iv) Muhammad Amirul Ashwad bin Nazrul Isham, plaintif – SP4.
v
Siti Rafidah bt Zainuddin, mantan Timbalan Penasihat Undang-undang, Kementerian Kerja Raya – SP5 (saksi sapina).
VI
(vi) Dr Nur Aliaa Amirah Romli, pegawai perubatan Hospital Putrajaya – SP6 (saksi sapina).
VII
(vii) Hismudin bin Hashim, mantan majikan plaintif iaitu Pengarah ADM Centre Sdn Bhd – SP7 (saksi sapina).
VIII
(viii) Ab Razak bin Abd Rahman, pengarah CCP Builders Sdn Bhd – SD1. VERSI DEFENDAN PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA
10
Defendan pertama, kedua dan ketiga telah menafikan tuntutan plaintif dan mereka diwakili oleh firma guaman yang sama, Tetuan Othman Hashim & Co. Defendan-defendan juga memasukkan penunggang motorsikal sebagai Pihak Ketiga. Pembelaan Defendan Kedua dan Ketiga
11
Melalui pernyataan pembelaan, defendan kedua mengaku telah melantik defendan pertama sebagai kontraktor untuk projek Proposed Earthwork and Main Drainage System for Development of PT29 Cargo Logistic Park at KL International Airport, Sepang melalui Surat Award Kontrak No. MA(S)/PCD/C/05/2018 bertarikh 12.1.2018. Satu kontrak bertulis dalam bentuk MAHB Form BQ (Rev.1/2015) dimasuki oleh defendan kedua dan defendan pertama berkaitan terma kontrak yang dipersetujui.
12
Melalui kontrak tersebut, defendan pertama dilantik sebagai kontraktor bebas melaksanakan projek tersebut mengikut terma yang dipersetujui. Pegangan tapak projek telah diserahkan kepada defendan pertama pada 29.1.2018 sehingga tarikh tamat projek pada 28.6.2018 bagi kawasan Seksyen 1 dan sehingga 28.9.2018 bagi kawasan Seksyen 2 dan kawasan-kawasan yang lain.
13
Antara intipati pembelaan defendan kedua dan ketiga adalah Jalan Pekeliling KM 8.4 KLIA tidak diberi butiran yang jelas atau lokasi yang tepat dalam Pernyataan Tuntutan dan sukar bagi defendan kedua dan ketiga mengenalpasti lokasi kemalangan. Namun defendan kedua dan ketiga mengakui lazimnya penghadang jalan akan diletakkan di kawasan berhampiran tapak kerja sebagai langkah keselamatan.
14
Selain itu, defendan kedua dan ketiga mengakui bahawa defendan pertama dilantik menjalankan kerja-kerja pengalihan di hartanah yang bersebelahan dengan Jalan Pekeliling KLIA KM 8.4.
15
15.
Preamble
Menurut defendan kedua, defendan kedua merupakan syarikat persendirian yang menguruskan operasi lapangan terbang KLIA termasuk terminal dua KLIA2. Turut diplidkan sebagai pembelaan defendan kedua adalah Jalan Pekeliling KM 8.4 adalah jalan Persekutuan yang diwartakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan semua kerja penyelenggaraan di bawah seliaan dan kawalan KKR.
16
Defendan kedua dan ketiga turut menegaskan bahawa mereka mempunyai entiti yang berasingan dan defendan ketiga khususnya tidak mempunyai seliaan dan kawalan terhadap pelaksanaan kerja-kerja projek yang dijalankan oleh defendan pertama. Selanjutnya defendan kedua dan ketiga memplidkan plaintif turut cuai bersama-sama dengan pihak ketiga sehingga menyebabkan kemalangan tersebut.
17
Versi pembelaan defendan pertama adalah menyamai pembelaan defendan kedua dan ketiga dan turut mengakui fakta mengenai lantikan defendan pertama melaksanakan kerja projek. Berkenaan dengan insiden kemalangan, defendan pertama mengaku ada pengetahuan tentang kemalangan tersebut hanya selepas beberapa hari dari tarikh kejadian. Defendan pertama memplidkan tidak dapat mengenal pasti kedudukan penghadang jalan yang dikatakan menyebabkan kemalangan.
18
18.
Preamble
Menurut defendan pertama, bersama-sama defendan kedua mereka mempunyai perancangan yang lengkap dan sempurna terhadap pelaksanaan kerja tersebut dan telah mengambil semua langkah yang munasabah dalam memastikan tapak projek tersebut dan jalan raya yang digunakan sebagai akses dalam keadaan yang munasabah dan selamat untuk digunakan.
19
Antara tindakan yang dilakukan oleh defendan pertama adalah memastikan peralatan keselamatan, penghadang keselamatan, kon-kon amaran dan tanda amaran di lokasi kerja projek telah disediakan, disusun dan diletakkan untuk memberi amaran kepada pengguna-pengguna jalan raya mengenai keadaan jalan raya dan kerja-kerja yang sedang dijalankan di lokasi tersebut. Tuntutan Defendan-defendan terhadap Pihak Ketiga
20
Defendan-defendan menuntut pampasan terhadap tuntutan plaintif ke atas pihak ketiga. Pihak ketiga yang menunggang motorsikal dan melanggar penghadang jalan sehingga menyebabkan plaintif tercedera.
21
Prinsip undang-undang berkaitan dengan tort kecuaian telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Lok Kok Beng & 49 Ors v. Loh Chiak Eong & Anor. [2015] 7 CLJ 1008; [2015] 4 MLJ 734: "To put it in a nutshell, the preferred test is the three-fold test, where the requirements of foreseeability, proximity and policy considerations must exist in any claim for negligence. The three-fold test has been recognised by the House of Lords in Caparo Industries plc v. Dickman[1990] 2 AC 605, as the elements giving rise to a duty of care. In the judgment of Lord Bridge in Caparo at pp 617-618, His Lordship said that: What emerges is that, in addition to the foreseeability of damage, necessary ingredients in any situation giving rise to a duty of care are that there should exist between the party owing the duty and the party to whom it is owed a relationship characterised by the law as one of 'proximity' or 'neighbourhood' and that the situation should be one in which the court considers it fair, just and reasonable that the law should impose a duty of a given scope on the one party for the benefit of the other. The most difficult ingredient to prove in establishing a duty of care is the requirement of sufficient proximity between the claimant and the defendant. The court would have to look at the closeness of the relationship between the parties and other factors to determine sufficient proximity based on the facts and circumstances of each case. These factors are likely to vary in different categories of cases."
22
Plaintif selanjutnya memikul beban bukti sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 101 and 103 Akta Keterangan 1950, iaitu:
101
Burden of Proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.
103
Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.
23
Berikut adalah isu-isu yang diputuskan dalam tuntutan ini: i) Sama ada plaintif terlibat dalam kemalangan pada 9.7.2018 sebagaimana diplidkan. ii) Sama ada defendan pertama mempunyai tugas berhati-hati dalam memastikan pengguna jalan raya di KM 8.4 atau berhampiran lokasi kerja projek terlindung dari bahaya. iii) Sama ada defendan pertama, kedua dan/atau ketiga cuai dalam meletakkan atau mengendalikan penghadang jalan di Jalan Pekeliling KM 8.4 KLIA dengan tanpa apa-apa amaran atau amaran yang mencukupi. (Sama ada telah memecahkan tugas berhati-hati) iv) Sama ada kemalangan di kawasan tapak projek yang dijalankan oleh defendan pertama boleh diramal dengan munasabah berlaku v) Sama ada defendan kedua dan ketiga mempunyai kawalan dan penyeliaan langsung atau tidak langsung terhadap kerja-kerja defendan pertama. vi) Sama ada pihak ketiga cuai dalam menunggang motorsikal dan mengakibatkan kemalangan. vii) Sama ada pihak ketiga bertanggungan bersama atau cuai sumbang menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh plaintif. viii) Sama ada plaintif membuktikan kerugian dan berhak terhadap ganti rugi am dan khas termasuk kehilangan pendapatan masa hadapan. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada plaintif terlibat dalam kemalangan pada 9.7.2018 sebagaimana diplidkan.
24
Defendan-defendan mempertikaikan kesahihan penegasan plaintif bahawa kemalangan berlaku di KM 8.4 kerana semasa Pegawai Penyiasat Inspektor Sivam @ Siva A/L Muniandy (SP1) tiba di tempat kejadian, keadaan lokasi tiada serpihan kaca atau kesan brek di tempat kemalangan dan tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan. SP1 menerima laporan polis daripada Pihak Ketiga dan SP1 telah pergi ke lokasi pada keesokan hari 10.7.2018 jam 12.30 tengahari iaitu hampir 15 jam selepas dari masa kemalangan.
25
SP1 semasa diperiksa balas tentang jenis kon telah menjelaskan bahawa kon merah yang dikatakan diletak di tempat kejadian bukanlah kon tetapi barrier. Semasa lawatan di tempat kejadian, SP1 tidak menemui barrier di tempat kejadian dan mendapati tiada kerja-kerja dilakukan selain tiada lori keluar masuk. Menurut SP1, kawasan tempat kejadian bersih seolah-olah tiada kejadian kemalangan berlaku. SP1 telah menjawab soalan tentang barrier dengan berpandukan pemerhatiannya di lokasi kejadian dan gambar yang diberikan oleh penunggang motorsikal. Pada hemat Mahkamah ini, sukar untuk dipercayai bahawa dalam keadaan kontrak defendan pertama masih belum selesai, kawasan tempat kejadian pada keesokan hari selepas kejadian kemalangan. Lokasi kejadian terletak di laluan yang sibuk pada siang hari telah menjadi bersih dan sunyi dari kerja-kerja dan keluar masuk lori sejurus selepas kejadian kemalangan tersebut.
26
Keterangan SP1 didapati oleh Mahkamah ini sebagai konsisten dengan keterangan penunggang motorsikal (Pihak Ketiga) yang Pihak Ketiga ada mengambil gambar melalui telefon bimbit lama. Mahkamah mengambil maklum kejadian berlaku 8 tahun yang lalu. Menurut SP1 walaupun tidak menghantar motorsikal dan barrier ke Jabatan Kimia, SP1 telah merujuk laporan polis Pihak Ketiga dan Pengarah Projek serta pemerhatian di tempat kejadian yang mana kerja-kerja pindah tanah dilakukan di tempat tersebut. Mahkamah ini menerima penjelasan SP1 tiada keperluan menghantar motorsikal ke Jabatan Kimia kerana tiada objek ditemui di lokasi kejadian untuk diuji.
27
Fakta yang diplidkan oleh defendan-defendan adalah defendan pertama dilantik sebagai kontraktor bebas melaksanakan projek tersebut mengikut cara dan terma yang dipersetujui bahkan pegangan tapak projek telah diserahkan kepada defendan pertama pada 29.1.2018 sehingga tarikh tamat projek pada 28.6.2018 bagi kawasan Seksyen 1 dan sehingga 28.9.2018 bagi kawasan Seksyen 2 dan kawasan-kawasan yang lain. Berdasarkan pengakuan ini, pada 9.7.2018 – 10.7.2018 defendan pertama masih lagi memegang tapak projek.
28
Fakta yang diplidkan adalah bahawa pada 17.7.2018 defendan pertama telah menerima panggilan telefon daripada balai polis tentang kemalangan iaitu beberapa hari selepas kejadian. Mahkamah ini mendapati pliding defendan tidak konsisten dengan keterangan defendan pertama di Mahkamah. SD1 mengaku ada menerima panggilan telefon daripada MAB Safety Department pada hari kejadian namun SD1 hanya membuat laporan polis pada 17.7.2018. (Rujuk keterangan SD1 - ms 4 Hujahan Balas P). Ini bermaksud seawal hari kejadian, defendan pertama telah mempunyai pengetahuan tentang kemalangan tersebut.
29
Diatas imbangan kebarangkalian, Mahkamah berpuas hati plaintif pertama telah terlibat dalam kemalangan sebagaimana yang diplidkan. Isu 2: Sama ada defendan pertama mempunyai tugas berhati-hati dalam memastikan pengguna jalan raya di KM 8.4 atau berhampiran lokasi kerja projek terlindung dari bahaya.
30
SP1 selaku pegawai penyiasat dalam keterangannya menjelaskan keadaan di tempat kejadian ketika beliau tiba. Keadaan di jalan tersebut telah bersih, tiada kerja-kerja meskipun tanah tempat projek yang masih ada kerja pemindahan tanah.
31
Selain itu, Mahkamah ini mendapati keterangan SP1 berkenaan tidak terdapat lampu jalan di tempat kejadian dan kawasan tersebut gelap pada waktu malam gagal dicabar dan tidak dipertikaikan oleh peguam cara terpelajar bagi defendan-defendan.
32
Mahkamah ini mengambil perhatian terhadap keterangan semasa perbicaraan yang menunjukkan fakta-fakta yang berikut: i. Pengakuan SD1 bahawa penghadang jalan diletak berhampiran dengan projek sebagai kawalan keselamatan. ii. Laporan polis SD1 tidak menafikan penghadang jalan milik defendan pertama dan semasa diperiksa balas SD1 mengaku penghadang jalan itu milik defendan pertama. iii. Meskipun peguam cara defendan membantah penerimaan masuk gambar daripada Facebook yang dikemukakan oleh SP2. Namun semasa ditunjukkan gambar penghadang telah mengaku penghadang dalam gambar adalah seperti apa yang digunakan oleh defendan pertama. iv. Penghadang jalan diletakkan di garis B dalam lakaran polis.
33
Mahkamah juga memberi perhatian bahawa SD1 selaku pengarah projek hanya datang ke Mahkamah setelah sapina dikeluarkan terhadapnya. Hal perkara ini telah dijelaskan oleh peguam cara defendan semasa disoal oleh Mahkamah berhubung dengan ketiadaan penyata saksi difailkan meskipun arahan mengenainya telah diberikan. Mahkamah ini dimaklumkan oleh peguam cara defendan bahawa pengarah projek bagi defendan pertama enggan memberi kerjasama dan sukar dihubungi sehingga menyebabkan peguam cara defendan perlu mengeluarkan sapina bagi memaksa kehadiran SD1 ke Mahkamah.
34
selaku pengarah projek melalui keterangan menyatakan beliau pergi ke lokasi projek setiap hari dan dibantu oleh Penyelia Tapak. Namun mengambilkira tingkah laku SD1, Mahkamah ini menggunakan pendekatan berhati-hati dalam menerima keterangan SD1. Jika benar SD1 melawat tapak setiap hari, mengapakah pada 10.7.2018 tiada operasi kerja di tapak sedangkan pada 10.7.2018, defendan pertama masih lagi dalam tempoh kontrak projek dengan defendan kedua.
35
Meski pun demikian, pengakuan terhadap komitmennya menyelia projek selain obligasi kontrak defendan pertama dalam kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah yang perlu melalui laluan KM 8.4 tersebut, telah membantu Mahkamah ini membuat dapatan fakta. Fakta-fakta material yang terserlah telah membawa kepada kesimpulan bahawa defendan pertama sememangnya memikul tugas berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan kepada pengguna jalan raya berhampiran kawasan tapak,
36
Selain itu Mahkamah ini turut memberi perhatian terhadap percanggahan keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan mengikuti panduan Mahkamah Rayuan dalam kes Guan Teik Sdn Bhd v Hj. Mohd Noor Hj. Yaakob & Ors [2000] 4 CLJ 324, iaitu: Where conflicting evidence is presented, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but also to look at all surrounding factors and to weigh and evaluate teh contemporaneous documents that may tend to establish the truth or orthewise of a given fact.
37
Di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati defendan pertama mempunyai tugas berhati-hati untuk memastikan laluan jalan raya selamat untuk kegunaan orang awam terutamanya sepanjang tempoh melaksanakan kerja kontrak dari 29.1.2018 sehingga tarikh tamat projek pada 28.6.2018 bagi kawasan Seksyen 1 dan sehingga 28.9.2018 bagi seksyen yang lain. Isu 3: Sama ada defendan pertama, kedua dan/atau ketiga cuai dalam meletakkan atau mengendalikan penghadang jalan di Jalan Pekeliling KM 8.4 KLIA dengan tanpa apa-apa amaran atau amaran yang mencukupi.
38
Dalam menjawab isu ketiga, persoalan yang berikut ini perlu dijawab terlebih dahulu, iaitu sama ada kemalangan di jalan KM 8.4 yang berhampiran dengan kawasan tapak projek yang dijalankan oleh defendan pertama boleh diramal dengan munasabah berlaku.
39
Dapatan Mahkamah ini adalah kemalangan yang berlaku terhadap plaintif adalah boleh diramal. Hal ini kerana SD1 menyatakan penyelia projek telah alihkan pengadang pada 9.7.2018. Namun begitu pada 9.7.2018 SD1 tidak berada di lapangan. Penyelia juga tidak dipanggil memberi keterangan. Mahkamah ini berpandangan adalah wajar anggapan dalam Seksyen 114 ilustrasi (g) Akta Keterangan 1950 terpakai kepada defendan pertama atau kegagalan mematuhi penyelia tanah. Seksyen 114 ilustrasi (g) memperuntukkan:
114
Court may presume existence of certain fact The court may presume existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to teh common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case.
40
Pada hemat Mahkamah ini, kemalangan boleh diramal akan berlaku di lokasi kejadian kerana keadaan gelap pada waktu malam dalam ketiadaan lampu jalan di jalan tersebut. Dapat dipralihat bahawa jika tiada langkah munasabah diambil akibat tiada lampu jalan di kawasan itu, pada waktu malam, jarak penglihatan pengguna jalan tersebut pada waktu malam akan terganggu dan ini boleh secara munasabah dipralihat mengundang berlakunya kemalangan. Kawasan tapak projek tersebut berhampiran dengan lapangan terbang KLIA dan KLIA2 yang menjadi pusat tumpuan orang ramai yang hendak menggunakan perkhidmatan penerbangan. Adalah munasabah bagi defendan pertama untuk pralihat yang kawasan laluan Jalan Pekeliling dan tidak terhad kepada KM 8.5 mesti dipasang dengan tanda amaran. Keperluan ini tidak wajar diabaikan khasnya dengan mengambilkira terdapat laluan untuk aktiviti lori keluar masuk di tapak projek tersebut selain keberadaan barrier di atas jalan.
41
Mahkamah ini turut memberi pertimbangan terhadap keterangan SP2 iaitu penunggang motorsikal yang mengatakan keadaan jalan gelap, tiada lampu jalan dan cuaca baik pada malam kejadian. SP2 menjelaskan yang beliau tidak boleh nampak ada beberapa penghadang jalan diletakkan secara menyerong di atas jalan sehingga SP2 melanggar bahagian hujung penghadang jalan tersebut. Ketika diperiksa balas mengapa SP2 tidak menunggang di laluan B-C di bahagian kiri jalan, menurut SP2 beliau tidak nampak ada line atas jalan. Pada hemat Mahkamah ini, keterangan SP2 adalah munasabah dan konsisten dengan fakta jalan tersebut sememangnya gelap pada waktu malam kerana tiada lampu jalan yang boleh membantu pandangan SP2 terhadap kedudukan garisan mahupun objek yang berada di atas jalan raya.
42
SP2 juga telah dicabar mengenai keadaan lampu motorsikal yang mungkin malap. Mahkamah ini membuat dapatan bahawa dalam keadaan jalan yang gelap dan tiada lampu jalan, kadar kecerahan lampu motorsikal masih tidak dapat menampung kecerahan cahaya yang diperlukan untuk pengguna jalan raya mengetahui keadaan jalan yang selamat. Sekiranya SP2 ingin diletakkan dengan beban tugas berhati-hati, pihak defendan sewajarnya menunjukkan jika ada tanda amaran awal bahawa terdapat kerja-kerja yang masih dilaksanakan di KM 8.4 diletakkan beberapa kilometer sebelum pengguna jalan tiba di laluan KM 8.4 sebagai memberi peringatan untuk berhati-hati dengan keadaan jalan tersebut. Amaran sedemikian penting untuk mengelakkan risiko kemalangan kerana terdapat objek atau penghadang jalan defendan pertama yang diletakkan di laluan KM 8.4 tersebut.
43
Mahkamah ini merujuk Pembelaan defendan pertama yang memplidkan bahawa defendan-defendan telah mengambil semua langkah yang munasabah dalam memastikan tapak projek tersebut dan jalan raya yang digunakan sebagai akses dalam keadaan yang munasabah dan selamat untuk digunakan. Secara langsung fakta yang diplidkan ini memberi inferens bahawa defendan pertama mengaku mempunyai tugas berhati-hati untuk memastikan pengguna jalan raya di KM 8.4 atau berhampiran lokasi kerja projek terlindung daripada bahaya. Plaintif sebagai pengguna jalan di KM 8.4 tidak terkecuali.
44
Kedudukan penghadang yang masih ada di atas jalan dengan fakta tiada lampu jalan dan tanpa tanda amaran diletakkan di tempat yang sesuai bagi memberi amaran kepada pengguna jalan sepanjang tempoh kerja kontrak defendan pertama dan kedua berkuatkuasa, membawa kepada dapatan bahawa defendan pertama telah cuai dalam melaksanakan tugas berhati-hatinya.
45
Pada hemat Mahkamah ini, bukanlah tugas defendan pertama untuk memastikan tidak akan berlaku kemalangan di lokasi tapak projek. Undang-undang tidak pun meletakkan tugas berhati-hati sedemikian. Mahkamah Persekutuan dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Jumat bin Mahmud [1977] 2 MLJ 103 memutuskan undang-undang tidak meletakkan tanggungan yang ketat dalam kes tort. Perkara yang mustahak adalah tugas berhati-hati yang munasabah diambil untuk mengelakkan kecederaan atau kemalangan.
46
Mahkamah ini telah meneliti keterangan saksi-saksi yang munasabah dan logik selaras dengan panduan yang diberikan dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Jumat bin Mahmud (supra) tersebut khususnya apabila tiada saksi mata.
47
Mahkamah berpuas hati, risiko kemalangan di lokasi tapak projek yang dikendalikan oleh defendan pertama adalah boleh diramal dengan munasabah. Kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh plaintif adalah disebabkan oleh kegagalan defendan pertama melaksanakan tugas berhati-hatinya. Tiada langkah munasabah diambil oleh defendan pertama untuk mengambil keluar penghadang jalan daripada laluan awam yang mana laluan tersebut dapat dipralihat akan digunakan pada waktu malam. Begitu juga tiada sebarang tanda amaran diletakkan di kawasan yang sesuai sebelum pengguna jalan tiba di lokasi projek atau di kawasan berhampiran lokasi projek. Isu: Sama ada defendan kedua dan ketiga mempunyai kawalan dan penyeliaan langsung atau tidak langsung terhadap kerja-kerja defendan pertama.
48
Mahkamah ini merujuk para 20 Letter of Award yang menyatakan Superintending Officer iaitu defendan kedua bertanggungjawab untuk kesemua penyeliaan dan arahan kontrak bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh defendan pertama. Fakta mengenai lantikan defendan pertama oleh defendan kedua dan peranan Superintending Officer yang merupakan Pengurus Besar defendan kedua tidak dinafikan oleh defendan-defendan.
49
Ketiadaan tanda amaran atau lain-lain usaha bagi mengelakkan kemalangan di lokasi kejadian pada hemat Mahkamah ini telah membuktikan bahawa defendan pertama gagal mematuhi Technical Directions selaras dengan Traffic Management Plan yang diberikan oleh JKR. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan dikemukakan baik oleh defendan pertama mahu pun defendan kedua tentang apakah tindakan yang diambil oleh defendan kedua dalam menangani dan mematuhi arahan JKR tersebut.
50
Berdasarkan Letter of Award yang dikeluarkan oleh defendan kedua kepada defendan pertama, Mahkamah ini berpuas hati bahawa defendan kedua mempunyai kawalan terhadap defendan pertama. Isu 4: Sama ada defendan kedua dan ketiga bertanggungan terhadap kecuaian defendan pertama.
51
Fakta yang nyata adalah kontrak jelas dimasuki antara defendan pertama dan kedua. Defendan ketiga bukan privy kepada kontrak antara defendan pertama dan kedua. Pihak plaintif juga tidak mengemukakan hujahan untuk meletakkan tanggungan alih defendan pertama kepada defendan ketiga.
52
Mahkamah juga menerima masuk keterangan SP5, Siti Rafidah binti Zainuddin iaitu Timbalan Penasihat Undang-undang, Kementerian Kerja Raya yang berkhidmat masa yang material. SP5 dalam keterangannya menyatakan: Dan hasil maklum balas yang diperolehi iaitu maklumat diperolehi daripada agensi di bawah Kementerian iaitu Jabatan Kerja Raya. Jawapan di perenggan 3 dan 4 disediakan, Yang Ariff. Yang mana maklum balas berkenaan status jalan di perenggan 3 telah dinyatakan bahawa jalan yang menjadi rujukan itu adalah jalan persekutuan iaitu FT27 Jalan Pekeliling KLIA, Daerah Sepang, Selangor. Ini diperolehi daripada maklum balas JKR. Seterusnya, Yang Arif. Di perenggan 4 juga berdasarkan maklum balas JKR pejabat kami mengesahkan bahawa penghadang jalan yang diletakkan di lorong kecemasan iaitu untuk laluan keluar atau masuk lori-lori yang melibatkan kerja pengorekan tanah di ladang milik MASB. Tambahan daripada itu, tiada sebarang permohonan atau kelulusan dikeluarkan oleh JKR berhubung dengan kerja-kerja pengorekan tanah di jalan tersebut.
53
Berdasarkan keterangan SP5 dan peranan defendan kedua sebagai Superintending Officer, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa defendan kedua mempunyai kawalan dan pemantauan terhadap defendan pertama. Mahkamah ini memutuskan defendan kedua bertanggungan alih terhadap tuntutan plaintif. Isu: sama ada Pihak Ketiga bertanggungan bersama atau cuai sumbang menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh plaintif.
54
Mahkamah ini mendapati bahawa cuai sumbang oleh Pihak Ketiga gagal dibuktikan oleh plaintif. Pihak Ketiga tidak bertanggungan bersama atau cuai sumbang terhadap defendan pertama dan kedua.
55
Dapatan Mahkamah ini adalah berdasarkan alasan yang berikut:
i
Kes Julieyati binti Abd Jalal v Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor & Ors [2018] MLJU 444 yang dirujuk oleh peguam cara terpelajar bagi defendan-defendan adalah dibezakan. Pihak plaintif dalam kes tersebut, telah gagal memasang lampu beam walaupun terdapat tanda amaran dipasang di jalan berhampiran kerja-kerja pembinaan. Keberadaan tanda amaran telah menjadi asas dapatan Mahkamah dalam kes tersebut bahawa plaintif telah cuai dan pihak defendan telah mematuhi Arahan Teknik Jalan JKR melalui pemasangan tanda amaran. Namun dalam kes di sini, tiada pemasangan tanda amaran dibuat oleh defendan pertama dan kedua. Tanpa adanya amaran sedemikian, Pihak Ketiga tidak boleh meramal dengan munasabah bahawa ada kerja-kerja di KM8.4 dan barrier di atas jalan. Maka tiada keperluan bagi Pihak Ketiga memasang lampu high beam.
II
(ii) Dalam ketiadaan lampu jalan, Mahkamah ini menerima keterangan Pihak Ketiga bahawa beliau tidak boleh nampak tanda garisan atas jalan untuk membolehkan Pihak Ketiga memilih menggunakan laluan BC sebelah kiri.
III
(iii) Mahkamah menerima masuk ID1 iaitu tangkap layar gambar kejadian kemalangan yang diambil daripada Facebook dan dikemukakan dalam mukasurat 129 dan 130. Hal ini kerana:
a
Bantahan defendan terhadap kemasukan gambar ID1(a) dan (b) adalah terhadap kewujudan dokumen tersebut dan bukan kandungannya.
b
SP1, SP2 dan SD1 telah dirujuk kepada ID 1 (a) dan (b) semasa perbicaraan. Bahkan SD1 mengakui bahawa gambar barrier adalah sama seperti yang digunakan oleh defendan pertama. Mahkamah Persekutuan dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan Lip Eng & Anor [1997] 1 MLRA 605 memutuskan: [26] Thirdly, such documents therein do not form automatically a part of the evidence of the case in question ipso facto, but any of such documents does become part of such evidence if it is read or referred to by either of the parties, wholly or partly, at length or in a briefest of mention, either in examination of any witness, in submission at any stage or even on any unilateral drawing of court's attention to it by either of the parties at any time before the conclusion of the case.[27] Fourthly, at the end of the whole case, the truth of the contents of any of the document is up to the court to determine, regard being had, inter alia, to any absence of challenge by either of the parties on any part of the document and similarly, the question of weight, eg, either great or no weight to be given to any part of any document is also a matter for the trial court, which considers the documents including any "written hearsay" contained therein. The court, may refuse to give any weight at all to any document, but then it is accountable like in other matters, to the parties and to the appellate for reasons for such refusal.
c
Gambar ID1 (a) dan (b) telah menjadi viral dan keterangan ini tidak dicabar oleh defendan semasa perbicaraan. SP2 menjelaskan beliau ada mengambil gambar kemalangan yang menunjukan keadaan kemalangan yang sama seperti ID 1 (a) dan (b), namun telefon bimbit tersebut telah rosak. Mahkamah mengambil perhatian terhadap tarikh kejadian kemalangan telah lama iaitu pada 9.7.2018.
d
Mahkamah ini menggunapakai seksyen 73A(2) Akta Keterangan 1950 yang mana pemilik akaun Facebook tersebut bernama Lando Zawawi Vrus tidak dapat dipanggil kerana tidak boleh dikenalpasti. Isu 5: Sama ada plaintif membuktikan kerugian dan berhak terhadap ganti rugi am dan khas termasuk kehilangan pendapatan masa hadapan.
56
Mahkamah berpuas hati plaintif telah membuktikan ganti rugi am dan khas. Jumlah yang dihujahkan oleh peguam cara plaintif bukanlah untuk pengkayaan tidak adil. Mahkamah ini juga memberi pertimbangan kepada kadar inflasi dan kenaikan kos sebagaimana diputuskan dalam kes Raji Transport Sdn Bhd & Anor v Idayu Zulkafli [2004] AMEJ 0087; [2004] 5 CLJ 479.
57
Tidak dinafikan plaintif mempunyai beban untuk membuktikan tuntutan ganti rugi khas sebagaimana diputuskan dalam Ong Ah Long v Dr. S. Underwood [1983] 2 MLJ 324. Jumlah yang dituntut telah diplidkan oleh plaintif dan resit-resit bagi rawatan yang diterima oleh plaintif telah dikemukakan di Mahkamah ini. Perbelanjaan yang telah ditanggung oleh plaintif adalah munasabah dan meliputi yang berikut:
a
(a)
10
Laporan JPJ 00
b
Laporan polis, rajah kasar dan kunci 50.00
c
Kos Laporan Perubatan 240.00
d
Kos Perubatan 10,680.35
e
Kos Laporan Perubatan Pakar 1,000.00
f
Kos pengangkutan untuk menziarahi Plaintif di Kuantan Medical Centre Sdn Bhd oleh keluarga sebanyak RM17.00 x 2 kali sehari (RM34.00 x 5 hari)
170
170.00
g
Kos pengangkutan ke Kuantan Medical Centre pengangkutan dari rumah ke RM20.00 x 2 kali sehari (RM40.00 X 5 hari)
200
200.00
h
Kos menambahkan makanan khasiat 100.00
i
Kos penjagaan 200.00 Jumlah (setakat penfailan) RM 12,650.35
58
Mahkamah ini membenarkan award gantirugi khas sebanyak RM12,650.35.
59
Bagi ganti rugi am, plaintif menuntut ganti rugi am yang berikut:
i
Traumatic brain injury
II
(ii) Retrograde Amnesia and loss of unconsciousness
III
(iii) Laceration wound and scars
IV
(iv) Hospital acquired pneumonia
v
Cost of future surgery
VI
(vi) Pain and suffering for future reconstructive cranioplasty procedure Traumatic brain injury
60
Insiden kemalangan telah mengakibatkan plaintif mengalami kecederaan trauma di bahagian otak. Laporan perubatan daripada Jabatan Neurosugeri Hospital Kuala Lumpur bertarikh 16.10.2020 menyatakan diagnosis sebagai severe traumatic brain injury with left frontotemporoparietal acute subdural hemorrhage dan diberi rawatan left decompressive craniectomy and evacuation of clot and right frontal extraventricular drain insertion pada 10.7.2018. Plaintif menjalani pembedahan membuka tengkorak untuk melegakan tekanan, pembuangan darah beku pemasangan saluran pengalir ventikular luaran kanan di bahagian hadapan otak.
61
Semasa plaintif memberi keterangan, Mahkamah ini telah dapat melihat keadaan plaintif yang sukar untuk mengingati fakta. Kesan kecederaan ini telah disahkan melalui laporan perubatan oleh pakar neurologi Dato’ Dr. Kanta Rasalingam bertarikh 29.4.2023 yang telah memeriksa plaintif secara bersemuka. Kesemua laporan perubatan plaintif disediakan selepas kemalangan oleh pakar-pakar terdahulu telah dirujuk oleh Dato’ Dr. Kanta.
62
Antara intipati laporan tersebut menyatakan selepas plaintif keluar daripada wad di Hospital Kuala Lumpur pada 19.7.2018, plaintif telah dimasukkan semula ke Kuantan Medical Centre pada 7.3.2020 kerana post-traumatic headache. Kemudian pada 9.7.2020 akibat kesakitan sama yang berulang. Kecederaan otak traumatik akibat hentakan trauma semasa kemalangan telah menyebabkan plaintif mengalami kecacatan daripada segi neurologi, kognitif dan psikososial yang memberi kesan kepada:
i
Masalah ingatan. Ketika pemeriksaan oleh Dato Dr. Kanta, plaintif tidak pasti tarikh, hari, bulan, tahun dan masa.
II
(ii) Hilang ingatan yang melibatkan ingatan baharu, lama dan selepas trauma. Pemeriksaan oleh Dato Dr. Kanta menunjukkan plaintif tidak boleh menyatakan tempat tinggalnya dan tidak pasti bersekolah dimana.
III
(iii) Kelemahan fungsi kognitif.
IV
(iv) Perubahan personaliti dan tingkah laku plaintif yang cepat marah dan agresif.
v
Plaintif mengalami simptom berpanjangan selepas kecederaan kepala seperti kerap sakit kepala kronik, pening dan keletihan.
VI
(vi) Gangguan emosi akibat kecederaan otak.
VII
(vii) Kecacatan fizikal berterusan termasuk sakit pinggang dan masalah kesukaran mengawal kencing.
VIII
(viii) Stress incontinence.
IX
(ix) Kecacatan tengkorak di bahagian kiri akibat pembedahan.
x
Kerosakan tisu otak kekal di bahagian depan kiri otak.
63
Mahkamah ini menerima kesimpulan dapatan yang diberikan oleh Dato Dr. Kanta selepas memeriksa plaintif, iaitu: I saw him on 29th April 2023 which was almost 5 years after the alleged motor vehicle accident on 9th July 2018 hence, I believe he has reached maximal medical improvement. His main complaint is that of memory impairment and I conducted a min mental status examination for him where he scored 12/30 which can be interpreted as a severe cognitive impairment. He also complains of headaches which comes about 3-4 times a week. These are subjective symptoms and are likely to persist. He also change in behaviour. He gets angry easily and gets aggressive. He fights mainly with his second siblings. He is on Psychiatry follow-up in Kuantan Government Hospital.
64
Peguam cara terpelajar bagi plaintif merujuk kes Muhammad Isma Raif Syahmi bin Ghazali (seorang di bawah umur dan kurang upaya serta membawa tindakan ini melalui ibunya yang sah serta sahabat wakilnya iaitu plaintif kedua) dan satu lagi v Nik Mohd Hafizie bin Nik Hashim dan satu lagi [2021] MLJU 199 yang mana Mahkamah Tinggi mengaward RM300,000 bagi kecederaan permanent residual disabilities such as memory impairment, cognitive impairment dan behavioural impairment.
65
Keadaan plaintif dalam kes semasa ini pada hemat Mahkamah lebih kurang sama dengan plaintif dalam kes Nik Aziz bin Mohamed v Mohd Nasyaruddin bin Mohd Kadir dan satu lagi [2022] MLJU 3813 yang menerima award RM300,000 bagi kecederaan yang sama seperti plaintif.
66
Manakala peguam cara defendan yang terpelajar mencadangkan award RM100,000 berdasarkan kes Mohan A/L Selvakumar v Arshad Salleh [2020] 1 PIR [21]. Mahkamah mendapati tiada faktor berkenaan dengan implikasi kecederaan dihujahkan oleh peguam cara defendan berkenaan dengan jumlah RM100,000. Manakala dalam kes Norhasyidan bin Mohd Nor @ Mohamad Hazani v Mohd Ridhwan bin Asmara @ 2 lagi [2021] 2 PIR [33], award yang diberikan berjumlah RM75,000 oleh Mahkamah Tinggi tidak dijelaskan dengan merujuk kepada implikasi kecederaan sebagaimana yang dialami oleh plaintif di sini.
67
Pada hemat Mahkamah ini, mengambilkira keseriusan kecederaan dan implikasi teruk yang berterusan dialami oleh plaintif, award sebanyak RM300,000 adalah wajar dan munasabah. Loss of consciousness and Retrograde Amnesia
68
Plaintif menuntut RM6,000 bagi award akibat loss of consciousness and Retrograde Amnesia dengan merujuk kes Mohd Nor Firdaus bin Mohamad dan Satu lagi v Muhammad Kamalruddin bin A Wahab dan satu lagi [2017] MLJU 2335. Laporan pakar dari University Malaya Medical Centre bertarikh 25.3.2021 oleh Prof Madya Kalai Arasu mengesahkan plaintif mengalami retrograde and post-traumatic amnesia. Plaintif tidak dapat mengingati insiden kemalangan dan peristiwa selepasnya. Semasa tiba di hospital, bacaan GVS plaintif adalah E1V2M5 – 7/15 yang menunjukkan plaintif tidak sedar.
69
Mahkamah mendapati jumlah RM6,000 adalah wajar dan munasabah untuk diawardkan kepada plaintif. Laceration wound at right parietal and multiple abrasion scars over his right elbow and hand
70
Laporan perubatan oleh Dr. Nur Aliaa Amirah Romli bertarikh 2.12.2020 dari Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur mengesahkan plaintif mengalami laceration wound at right parietal 3 x 1cm. Selain itu kecederaan lain yang dialami adalah ditunjukkan melalui healed scar over the left fronto-temporo parietal region with cranial defect with sunken bone flap and reabsorbed hone dan multiple abrasion scars over the right elbow and had yang dirujuk dalam laporan Prof Madya Dr. Kalai Arasu bertarikh 25.3.2021 dari UMCC. Mahkamah ini mendapati award RM5,000 bagi kecederaan ini adalah sesuai dan munasabah. Hospital acquired pneumonia
71
Selama tujuh hari plaintif diberikan rawatan intravenous tazocin di Hospital Kuala Lumpur berikutan hospital-acquired pneumonia yang dialami oleh plaintif. Jumlah RM8,000 yang dipohon oleh plaintif adalah munasabah dan konsisten dengan award yang diputuskan bagi relif yang sama kes Mohandas a/l Kali Das v Kannan a/l Govinsamy dan yang lain [2024] MLJU 1926. Pain and suffering for reconstructive cranioplasty procedure Cosy for Future surgery reconstructive cranioplasty procedure
72
Plaintif telah menerima rawatan prosedur reconstructive craniplasty yang melibatkan pemasangan plat titanium akibat kemalangan tersebut. Prosidur ini melibatkan pembukaan tulang tengkorak dan pemasangan plat titanium bagi membaiki kecacatan pada tengkorak dan prosedur ini secara munasabahnya menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan tekanan emosi. Pihak plaintif telah merujuk kes Jason Lim Tzy Sheng v Roald Karl Mafessanti & Anor [2020] MLJU 2172 dan Shanmugam Gopal v Zinal Abidin Nazim & Anor [2003] 8 CLJ 729 yang mana Mahkamah dalam kes tersebut mengawardkan ganti rugi
73
Plaintif turut memerlukan pembedahan untuk memulihkan tulang tengkorak yang telah menyusut dan menyebabkan kecacatan pada tengkorak. Prof Madya Dr Kalai Arasu melalui laporan pakar beliau telah menerangkan prosedur ini dijalankan di hospital Kerajaan dengan anggaran kos
74
Peguam cara defendan mencabar relif ini dan menyatakan tiada pembedahan masa hadapan yang perlu dibuat ke atas plaintif. Namun begitu, keterangan pakar yang dirujuk oleh peguam cara defendan menunjukkan bahawa SP3 menyatakan tempurung asal yang dipasang semula ke bahagian kepala plaintif telah dilakukan tetapi tidak sempurna.
75
Pada hemat Mahkamah ini, plaintif wajar diberi award yang bersesuaian dan mencukupi bagi memulihkan keadaan tersebut ke keadaan sebelum berlakunya kemalangan. Selaras dengan prinsip dalam kes Mohd Sidik bin Muhanad Ketar v Zainal Hazril bin Zainal Mokhtar & Anor [2022] MLJU
1186
Plaintif tidaklah menikmati kekayaan yang tidak adil melalui award yang diberikan kerana ia bertujuan untuk meletakkan plaintif seboleh mungkin kepada keadaan plaintif sebelum kemalangan. Jumlah RM10,000 adalah memadai dan munasabah untuk diaward kepada plaintif bagi kedua-dua relif yang dipohon di atas.
76
Justeru, bagi ganti rugi am, sejumlah RM349,000 adalah award yang munasabah diberikan kepada plaintif berikutan kemalangan yang berlaku. Kehilangan pendapatan masa hadapan
77
Mahkamah ini mendapati penjelasan SP7 boleh dipercayai mengambilkira kes ini telah lama dan tiada rekod ditemui bukanlah suatu yang mustahil. Mahkamah ini berpandangan ketiadaan dokumen sokongan ini tidalah menghalang plaintif daripada tuntutan kehilangan pendapatan masa hadapan. SP7 juga telah memberikan pengiraan yang munasabah bagi gaji plaintif iaitu RM90 sehari selama 20 hari berjumlah RM1,800 sebulan. Kes-kes yang dirujuk oleh plaintif berkisar kepada keputusan bagi tahun 1994, 1968, 1991 dan 1974 yang mana jumlah pendapatan tanpa dokumen sokongan bagi peniaga kecil dan pekerja kontrak. Mengambilkira kelulusan plaintif dari Politeknik dan keterangan SP7, tiada sebab yang konkrit dikemukakan oleh defendan untuk Mahkamah menolak keterangan SP7 melainkan bantahan kerana tiada dokumen sokongan.
78
SP7 adalah saksi bebas yang telah disapina. Beliau telah menjelaskan pendapatan plaintif ketika kejadian adalah RM1,800 sebulan dan akibat kemalangan plaintif mengalami kecacatan kekal, severe traumatic brain injury yang menyebabkan plaintif tidak dapat bekerja. Keterangan dokumentari adalah konsisten menunjukkan plaintif tidak lagi upaya untuk bekerja dan hilang sumber pendapatan, bahkan memerlukan sokongan keluarga untuk meneruskan kehidupan. Selaras dengan seksyen 28A Akta Undang-undang Sivil 1956 Mahkamah menerima hujahan peguam cara plaintif bahawa plaintif berhak kepada ganti rugi kehilangan pendapatan masa hadapan.
79
Mahkamah menerima pengiraan multiplier 16 tahun dengan pendapatan RM1,500 sebulan yang disyorkan dalam hujahan pihak plaintif. Kehilangan pendapatan masa hadapan dibenarkan sebanyak RM288,000.00. Pre trial loss
80
Pre trial loss dari tarikh kemalangan sehingga tarikh keputusan selama 7 tahun : RM1500 x 84 bulan: RM126,000 dibenarkan. Kos penjagaan plaintif
81
Bagi kos penjagaan plaintif, peguam cara plaintif telah menggunakan jangka hayat 72 tahun mengikuti statistik jangka hayat rakyat Malaysia dengan kos penjagaan RM1000 sebulan. Pada hemat Mahkamah, kos penjagaan ini yang diberikan oleh ahli keluarga adalah munasabah jika dibandingkan dengan kesusahan dan kepayahan menguruskan plaintif yang mengalami kecacatan kekal dan menjadi OKU selepas kemalangan itu.
82
Mahkamah ini turut memberi pertimbangan kepada laporan pakar Dato Dr. Kanta bahawa plaintif berkecenderungan bahkan suka memukul adiknya selain perubahan tiba-tiba tingkah laku plaintif yang agresif. Sepanjang hayat plaintif, ahli keluarga plaintif tidak mempunyai pilihan selain memberi kawalan dan penjagaan ke atas keselamatan plaintif. Selain itu, tiada pertikaian berkenaan dengan status OKU plaintif dan kad OKU juga telah dikemukakan di Mahkamah. Justeru, Mahkamah ini berpandangan award sebanyak RM424,000 adalah wajar dan munasabah. Kos rawatan susulan
83
Kos bagi rawatan susulan dibenarkan RM10,600 dan sememangnya kos perjalanan bagi rawatan ini perlu untuk dibelanjakan.
84
Kos bagi elaun saksi: RM1,400 dibenarkan.
85
Mahkamah ini membenarkan kos tindakan sebanyak RM50,000 yang diperintahkan dibayar oleh defendan pertama dan kedua kepada plaintif dan pihak ketiga secara bersesama. Bertarikh pada 17 Oktober 2025. Ditandatangani ………………………… HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif : Edwin Lewis Tetuan Edwin Lewis (Petaling Jaya, Selangor)
2
Bagi Pihak Defendan-Defendan : Nassimah Shafiee Tetuan Othman Hashim & Co. (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
3
Bagi Pihak Ketiga : Edwin Lewis Tetuan Edwin Lewis (Petaling Jaya, Selangor)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.