Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-62-1-04/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD AMIRUL AZUAN BIN FAUZI (NO. KP: 921023036249) ALASAN PENGHAKIMAN
DI-62-1-04/2024
Sessions Court of Malaysia4 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“prisonment with a maximum of ten years imprisonment. [14] That begs the next question as to whether by virtue of the amended provision, can a bound over or bond of good behaviour under s 294 of the Criminal Procedure Code be imposed? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFI”
“? **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 [15] This court had occasion to analyse on this matter in the case of Kamarusham Zakaria v. PP [2017] MLRHU 842; [2018] 2 CLJ 328 where this court had referred to the Hansard and said at pp 333 and 334. At p 81 of the”
“agi kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357]. Antaranya:- a) PP v Peter Arokiam [2019] MLRHU 264 b) Mohamad Jamel Muhafiz Zamri v. PP [2018] MLRHU 383; [2018] 8 CLJ 209 c) PP v. Faizul Abdullah [2018] MLRHU 735”
“dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357]. Antaranya:- a) PP v Peter Arokiam [2019] MLRHU 264 b) Mohamad Jamel Muhafiz Zamri v. PP [2018] MLRHU 383; [2018] 8 CLJ 209 c) PP v. Faizul Abdullah [2018] MLRHU 735”
“a Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357] iaitu:- a) PP v. Hassan Ali [2016] 12 MLJ 283 b) PP v. Muhamad Khairul Azrin bin Khairi [2017] 1 LNS 1087 c) PP v. Asri Che Din [2018] MLRHU 973”
“ah Tinggi yang telah memberikan Bon Berkelakuan Baik bagi kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357]. Antaranya:- a) PP v Peter Arokiam [2019] MLRHU 264 b) Mohamad Jamel Muhafiz Zamri v. PP [2018] MLRHU 383; [2018] 8 CLJ 209 c) PP v. Faizul Abdullah [2018]”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-62-1-04/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD AMIRUL AZUAN BIN FAUZI (NO. KP: 921023036249) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dituduh dengan 2 pertuduhan pindaan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357] dan seksyen 36(1) Akta Senjata 1960. PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA “Bahawa kamu pada 18/3/2024 jam lebih kurang 3.00 pagi bertempat di tepi jalan Felda Aring 1, dalam jajahan Gua Musang, dalam negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu suatu senjata berbahaya iaitu sebilah pisau tanpa suatu maksud yang sah, oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357]” Hukuman Penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan disebat. PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA Bahawa kamu pada 18/3/2024 jam lebih kurang 3.00 pagi bertempat di tepi jalan Felda Aring 1, dalam jajahan Gua Musang, dalam negeri Kelantan telah didapati ada dalam milikan kamu (1) laras senapang angin berhulu kayu yang merupakan senjata tiruan, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206]" Hukuman Penjara selama tempoh tidak lebih satu tahun atau denda tidak lebih lima ribu ringgit atau kedua-duanya
2
Pihak pembelaan telah memohon budi bicara Mahkamah Yang Mulia ini supaya Mahkamah Yang Mulia ini dapat memberikan perintah bon berkelakuan baik ke atas OKT di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah jika OKT ingin mengaku bersalah bagi pertuduhan pindaan pertama manakala bagi pertuduhan pindaan kedua OKT akan membayar denda.
3
Mahkamah pada 4/1/2026 setelah meneliti keseluruhan mitigasi pembelaan dan hujahan pemberat pihak pendakwaan, telah bersetuju suatu bon berkelakuan baik diberikan kepada OKT dibawah seksyen 294 KTJ dengan cagaran RM 5000 dengan 2 penjamin untuk tempoh 3 tahun bagi pertuduhan pindaan pertama. Manakala bagi pertuduhan pindaan kedua denda RM 2000 gagal bayar penjara 6 bulan.
4
Terkilan dengan keputusan tersebut pihak pendakwaan telah menfailkan rayuan pada 12/1/2026 dan rayuan atas hukuman sahaja terhadap kedua dua pertuduhan pindaan tersebut.
5
Pada 18/3/2024 jam lebih kurang 0300hrs, OKT telah ditahan dalam satu OPS Tapis di tepi jalan Felda Aring 1 Gua Musang Kelantan. Hasil pemeriksaan di dalam beg galas berzip warna oren jenama Puma yang digalas OKT telah menjumpai (1) bilah pisau berhulu kayu dan bersarung kayu, (1) laras senapang angina buatan sendiri berhulu kayu, (1) botol plastik tertulis Mioss di dalamnya mengandungi cecair spirit, (1) botol plastik lutsinar berpenutup hijau mengandungi cecair spirit dan (79) biji guli di dalam beg.
6
Hasil laporan Servisability daripada pihak persenjataan IPK telah diperolehi dan ujian tembak ke atas barang kes disahkan barang kes tidak berfungsi untuk digunakan untuk melepaskan tembakan. OKT kemudiannya telah dituduh kerana telah melakukan kesalahan bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357] dan seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.
7
Sebelum perbicaraan dimulakan, pada tahap ini, pihak pembelaan dengan rendah diri memohon budi bicara Mahkamah Yang Mulia ini untuk mempertimbangkan untuk satu perintah bon berkelakuan baik dapat diberikan kepada tertuduh dibawah seskyen 294 KTJ bagi pertuduhan pindaan pertama dan bagi pertuduhan pindaan kedua OKT akan membayar denda. PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA
8
Sebagaimana peruntukkan Seksyen 294(1) Kanun tatacara Jenayah yang memperuntukkan sebagaimana berikut:- “When any person has been convicted of any offence before any Court if it appears to the Court that regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed it is expedient that the offender be released on probation of good conduct, the Court may, instead of sentencing him at once to any punishment, direct that he be released on his entering into a bond with or without sureties and during such period as the Court may direct to appear and receive judgment if and when called upon and in the meantime to keep the peace and be of good behaviour.”
9
Bon Kelakuan Baik ini bukanlah satu hukuman yang ringan sebaliknya ia adalah suatu hukuman yang tertangguh kerana sekiranya Bon Kelakuan Baik ini dilanggar oleh OKT, maka Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukuman yang asal. Hal ini adalah berdasarkan kepada peruntukan seterusnya di bawah KTJ sebagaimana berikut:- “(3) If a Court having power to deal with the offender in respect of his original offence, or any Court of summary jurisdiction, is satisfied by information on oath that the offender has failed to observe any of the conditions of his bond, it may issue a warrant for his apprehension.
4
Any offender when apprehended on any such warrant shall, if not immediately brought before the Court having power to sentence him, be brought before a Magistrate, and the Magistrate may either remand him by warrant until the time at which he is required by his bond to appear for judgment or until the sitting of a Court having power to deal with his original offence, or 1may admit him to bail with a sufficient surety conditioned on his appearing for judgment.
5
The offender, when so remanded, may be committed to prison and the warrant of remand shall order that he be brought before the Court before which he was bound to appear for judgment or to answer as to his conduct since his release.”
10
Dalam kes PP v Kandasamy Muniandy [2005] 2 CLJ 201 Mahkamah juga telah menyatakan seperti berikut: “Majistret yang berkenaan juga telah mengambil kira isu kepentingan awam dan telah menjelaskan bahawa kepentingan awam masih terjaga kerana dalam tempoh penentang berada di bawah perintah supaya berkelakuan baik itu, iaitu tempoh tiga tahun, penentang perlu sentiasa berwaspada daripada melakukan sebarang kegiatan jenayah. Jika tidak, bukan saja dia akan dihadapkan ke mahkamah untuk dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahannya itu di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan, wang jaminan juga akan dilucuthakkan.”
11
Sebagaimana di dalam kes PP v Chong Chee Wah [2019] 1 LNS 342 “[48] Mitigating factors in favour of the accused, particularly the fact that he had pleaded guilty immediately upon the alternative charge being preferred, and that he is a first-time offender with no previous criminal record and claimed to be remorseful are especially pertinent too, if not strong considerations.”
12
Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, adalah jelas bahawa Mahkamah Yang Mulia ini mempunyai budi bicara untuk memberikan hukuman Bon Kelakuan Baik walaupun hukuman asal memperuntukkan hukuman pemenjaraan mandatori. PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 294 KTJ OLEH MAHKAMAH TERUTAMANYA BAGI KES DIBAWAH SEKSYEN 6(1) AKTA BAHAN BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958 [AKTA 357]
13
Bukanlah menjadi asing bagi suatu Bon Berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 KTJ diberikan atas kesalahan tersebut. Terdapat beberapa kes Mahkamah Tinggi yang telah memberikan Bon Berkelakuan Baik bagi kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357]. Antaranya:- a) PP v Peter Arokiam [2019] MLRHU 264 b) Mohamad Jamel Muhafiz Zamri v. PP [2018] MLRHU 383; [2018] 8 CLJ 209 c) PP v. Faizul Abdullah [2018] MLRHU 735
14
Mahkamah Rayuan juga yang mengekalkan hukuman Bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 KTJ yang telah diberikan atas kesalahan seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357] iaitu:- a) PP v. Hassan Ali [2016] 12 MLJ 283 b) PP v. Muhamad Khairul Azrin bin Khairi [2017] 1 LNS 1087 c) PP v. Asri Che Din [2018] MLRHU 973
15
Dalam kes PP v Peter Arokiam [2019] MLRHU 264 berkait pertuduhan yang sama yang mana Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah memberikan satu perintah Bon Kelakuan Baik dibawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah walaupun kes tersebut telah melalui perbicaraan penuh diperingkat mahkamah rendah. “[30] Saya bersetuju untuk mengguna pakai prinsip yang diputuskan oleh Ahmad Bache J dalam kes Mohamad Jamel Muhafiz Zamri (supra), sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Hassan Ali dan juga dua keputusan terkini Mahkamah Rayuan dalam kes Muhamad Khairul Azrin bin Khairi (supra) dan Asri Che Din (supra) iaitu walaupun hukuman penjara minima 5 tahun yang dinyatakan dalam s 6(1) Akta BKLSB 1958 adalah mandatori, dalam keadaan bersesuaian, s 294 Kanun Tatacara Jenayah boleh diguna pakai. [31] Setelah mengambil kira segala faktor, saya memutuskan adalah sesuai untuk Mahkamah ini menggunapakai peruntukan s 294 KTJ terhadap kes Responden terutamanya memgambil kira faktor bahawa tiada sebarang bukti yang dikemukakan kepada Mahkamah bahawa kedua-dua pisau yang dijumpai dalam milikannya digunakan bagi apaapa maksud yang menyalahi undang-undang.” [32] Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman kepada Responden melalui satu ikatan bon berkelakuan baik di bawah s 294 Kanun Tatacara Jenayah dengan jaminan RM5,000 dan 2 orang penjamin untuk selama 3 tahun. Sekiranya Responden melanggar syarat bon berkelakuan baik, Responden hendaklah membayar RM5,000 kepada
14
Juga di dalam kes Mohamad Jamel Muhafiz Zamri v. PP [2018] MLRHU 383; [2018] 8 CLJ 209 di mana Mahkamah Tinggi Kota Bharu juga telah membenarkan satu perintah bon kelakukan baik dibawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah. Yang Arif Ahmad Bache J memutuskan seperti berikut: “[13] However, the Court of Appeal in the case of PP v. Hassan Ali (unreported) (infra) had decided that the amended provision carries a meaning of mandatory five years minimum imprisonment with a maximum of ten years imprisonment. [14] That begs the next question as to whether by virtue of the amended provision, can a bound over or bond of good behaviour under s 294 of the Criminal Procedure Code be imposed? [15] This court had occasion to analyse on this matter in the case of Kamarusham Zakaria v. PP [2017] MLRHU 842; [2018] 2 CLJ 328 where this court had referred to the Hansard and said at pp 333 and 334. At p 81 of the Hansard dated 10 April 2014 it is stated: Pertama, Yang Berhormat menyebut persoalan hukuman yang kita letak di sini sebagai mempunyai minimum sentence dan tidak boleh dihukum kurang daripada itu dan maksimumnya memang kita tahu. Semua yang mempunyai latihan sebagai peguam Yang Berhormat, bila melihat perkara ini berlaku kita berasa bimbang kerana tidak ada memberi laluan budi bicara kepada pihak hakim semasa menjalankan kes itu di mahkamah. Akan tetapi biarlah saya mula dengan sedikit mukadimah. Sebenarnya walaupun dalam undang-undang ini mengatakan bahawa minimum sentence itu berapa tahun dan maksimumnya berapa tahun. Maknanya kalau dia didapati bersalah di bawah undang-undang ini, hukuman yang bakal hakim beri kepada dia ialah minimum tetapi dalam masa yang sama Tuan Pengerusi, kuasa mahkamah dalam mengenakan hukuman kepada pesalah, dalam sudut lain tidak pernah diambil. Umpamanya di bawah s 294 Kanun Tatacara Jenayah yang mana mahkamah boleh memberi bon berkelakuan baik, sama tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah. Hence, it is patently clear that the intention of the Parliament is to enable a person convicted under this provision to be permitted to be released on bond for good behavior, according to the satisfaction of the court. This was also affirmed in the case of PP v. Hassan Ali (supra), where the Court of Appeal had affirmed the order of bound over under s 294 CPC handed down by the High Court.
16
Begitu juga dalam kes PP v. Faizul Abdullah [2018] MLRHU 735 Hakim Mahkamah Tinggi juga memberikan Bon berkelakuan baik di bawah seskyen 294 KTJ atas kesalahan sama dengan seorang penjamin dengan cagaran RM 5000
17
Berdasarkan kes kes yang dinyatakan diatas mahkamah ini berpandangan adalah wajar munasabah dan adil bagi mahkamah ini menggunakan budi bicara agar satu bon kelakuan baik dibawah Seksyen 294 KTJ diberikan ke atas tertuduh terhadap pertuduhan pindaan pertama.
18
Bagi pertuduhan pindaan kedua, OKT telah dituduh seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 5000 atau hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua duanya sekali
19
Mahkamah berpandangan hukuman denda RM 2000 gagal bayar penjara 6 bulan bagi pertuduhan pindaan kedua ini adalah memadai, munasabah dan adil mengambilkira hukuman denda adalah dalam peruntukan denda yang dibenarkan.
20
Mahkamah ini bersetuju ketiadaan rekod lampau serta tujuan kegunaan senapang angin adalah bagi tujuan berburu malah peluru yang digunakan hanya buah guli dan bukannya peluru hidup.
21
Hasil laporan Servisability daripada pihak persenjataan IPK yang telah diperolehi dan ujian tembak ke atas barang kes juga telah mengesahkan barang kes tidak berfungsi untuk digunakan untuk melepaskan tembakan. Di samping peluru yang digunakan hanyalah guli dan bukannya peluru hidup.
22
Rayuan mitigasi pihak pembelaan adalah sebagaimana berikut:- i) Pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pihak pendakwaan dan layak atas suatu diskuan hukuman ii) OKT memohon maaf dan menyesal serta memberikan akujanji tidak akan mengulangi keslaahan yang sama. Berdasarkan keterangan yang diberikan kepada pihak polis semasa dalam tahanan dan siasatan, OKT tidak mengetahui tindakannya membawa pisau adalah satu kesalahan kerana hanya bertujuan masuk hutan untuk berburu. OKT mengambil tanggungjawab ini dengan mengaku salah dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama iii) OKT bukanlah seorang hardcore ataupun habitual offender dan tidak pernah dipertuduhkan atas kesalahan yang serupa sebelum ini. Okt berusia 32 tahun menanggung kedua kedua ibu bapa yang lanjut usia. Masih belum berumah tangga dan merupakan tulang belakang keluarga kerana OKt merupakan satu satunya anak lelaki dalam keluarga. iv) Pihak pembelaan memohon bon berkelakuan baik dibawah seksyen 294 KTJ bagi pertuduhan pindaan pertama manakala OKT akan membayar denda bagi pertuduhan pindaan kedua.
23
Berdasarkan alasan dan prinsip undang undang serta kes-kes yang dikemukakan di atas di samping hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah ini berpendapat adalah wajar mahkamah ini menggunapakai budibicaranya dengan OKT dilepaskan dengan bon kelakuan baik di bawah Seksyen 294 KTJ bagi pertuduhan pindaan pertama berdasarkan huraian di atas berlandaskan kes kes mahkamah yang telah dikemukakan.
24
Manakala bagi pertuduhan pindaan kedua, mahkamah ini berpandangan hukuman denda yang diberikan masih dalam lingkungan hukuman yang diperuntukkan dan ianya wajar, munasabah dan adil mengambilkira perbicaraan penuh tidak dijalankan dan mahkamah ini boleh memberikan focus kepada kes kes keutamaan yang lain
25
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 13 Januari 2026 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang Pihak-pihak Pendakwaan : Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : Muhammad Izzat bin Hasizan ;
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.