Lampiran
Lampiran A di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan dan pertuduhan adalah seperti berikut : “Bahawa kamu pada 01/02/2024 jam lebih kurang 04.45 pagi, bertempat di sebuah kedai 7-Eleven yang beralamat di No.36, Jalan Larkin Idaman 80350, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Ta’zim telah melakukan rompak terhadap harta milik Muhammad Ibrahim bin Rajmohamad No. K/P:010211-02-0861 iaitu: 1) Wang tunai RM200.00 2) Sebuah telefon bimbit jenama Vivo Y77 Dan semasa melakukan rompakan tersebut dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Muhammad Ibrahim bin Rajmohamad No. K/P:010211-02-0861 menggunakan senjata iaitu sebilah pisau pemotong daging berjenama Japan Stainless Steel. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh di hukum di bawah seksyen 394 kanun keseksaan. Hukuman - hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh boleh sampai (20) tahun, dan bolehlah juga juga dikenakan denda atau sebatan. [3] Pada 25.4.2024, kes telah ditetapkan untuk fakta dan hukuman. Pertuduhan dan hukuman telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Malaysia. OKT memahami pertuduhan dan faham sifat dan akibat pengakuan dan memilih untuk mengaku salah ke atas pertuduhan tersebut. [4] Mahkamah telah berpuas hati bahawa tertuduh faham akan sifat, akibat dan kesan pengakuannya ke atas pertuduhan tersebut dan kemudiannya menerima pengakuan salah OKT. [5] Seterusnya, Pihak Pendakwaan mengemukakan fakta kes yang ditanda sebagai P1, Laporan Polis Larkin 1781/24 sebagai P2, Laporan Polis Tampoi 3756-3758/24 sebagai P3, Laporan Polis Larkin 3664/24 sebagai P4, Laporan Polis Larkin 3668/24 sebagai P5, 2 keping gambar barang rampasan sebagai P6 (a-b), 10 keping gambar pegun CCTV sebagai P7 (a-j), 3 keping gambar kecederaan mangsa sebagai P8 (a-c), 5 keping gambar tempat kejadian sebagai P9(a-e), Rakaman CD dan sampul sebagai P10(a-b), laporan kawad cam sebagai P11 dan sebilah parang berhulu warna coklat sebagai P12. [6] OKT memahami fakta kes tersebut serta mengakuinya tanpa syarat. OKT juga mengakui kesemua eksibit-eksibit P6 (a-b), P7 (a-j), P8(a-c), P9(a-e) dan P12 yang telah ditunjukkan kepadanya. [7] Dalam rayuan mitigasi untuk meringankan hukuman, OKT memaklumkan bahawa OKT belum berkahwin dan menanggung seorang ayah dan adik yang masih bersekolah. OKT memaklumkan bahawa telah melakukan kesalahan ini kerana terdesak memerlukan duit. OKT telah insaf dan menyesal atas perbuatan OKT dan memohon diberikan seringan-ringan hukuman bermula dari tarikh ditangkap. [8] Seterusnya, Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa berdasarkan fakta kes yang dikemukakan jelas menunjukkan perbuatan OKT ini adalah satu kesalahan yang serius. OKT bukan sahaja telah merampas harta milik mangsa tetapi dalam melakukan jenayah itu beliau juga telah menganggu gugat keselamatan nyawa mangsa dengan mencederakan mangsa menggunakan eksibit P12 iaitu sebilah pisau pemotong daging. Perkara ini adalah satu kesalahan yang serius sekiranya tertuduh dilepaskan dengan hukuman yang ringan ianya tidak akan memberi pengajaran kepada OKT dan juga Masyarakat awam. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Mohd Irwan Shah bin Zainuddin v PP (2017) MLJU 1422, kes Mahkamah Tinggi Ipoh, di mana di dalam kes ini perayu telah pun mencederakan mangsa dengan menetak menggunakan pisau di kepala dalam perbuatan merompak mangsa. Oleh itu, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mengekalkan hukuman 14 tahun penjara dan 6 sebatan terhadap perayu. Pihak Pendakwaan juga telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Johor Bahru, PP v Kumar a/l Singamani (2021) MLJU 1605 Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang menunjukkan trend hukuman yang diberikan dan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan yang sama ialah 9 tahun penjara. Oleh itu, Pihak Pendakwaan memohon satu hukuman pemenjaraan yang tinggi dan juga sebatan bagi memberikan pengajaran kepada OKT dan memberi pengajaran kepada masyarakat diluar sana betapa seriusnya kes-kes seperti ini. Pohon juga agar suatu perintah diberikan untuk eksibit P12 dilupuskan. PENEMUAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH [9] Dalam menentukan apakah bentuk hukuman bersesuaian terhadap OKT, Mahkamah ini telah merujuk kepada suatu prinsip yang dinyatakan secara jelas dalam kes PP v Jafa bin Daud (1981) 1 MLJ 315 seperti berikut: “….sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial priciples….” [10] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes R V Ball [1951] 35 CR. APP. R 164 yang mengariskan prinsip asas untuk menjatuhkan sesuatu hukuman iaitu: “In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deters others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [11] Hukuman yang hendak dikenakan terhadap OKT mestilah setimpal dengan kesalahan dilakukan, “seriousness” kesalahan dan tahap penglibatan pesalah – pesalah itu sendiri. Prinsip ini telah digariskan di dalam kes R V. Ipeelee (2012) 1SCR433: “….proportionality… is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,… it promotes justice for the victim and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender….” [12] Justeru itu, dalam menentukan suatu hukuman yang setimpal adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada faktor-faktor peringanan dan pemberatan sebelum sesuatu hukuman tersebut diputuskan. Mahkamah telah merujuk kepada kes Yusmarin Samsuddin v PP (1999) CLJ 391, Mahkamah menegaskan seperti berikut: “…the principles of sentencing have long been entranched and well settle in our criminal law jurisprudence and the court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following consideration: a. the extend and seriousness of the offence committed; b. the guilty person’s antecendents and c. the public interest [13] Hukuman yang diperuntukkan bagi pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT adalah di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. [14] Mahkamah telah menimbangkan prinsip undang-undang di atas dan fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan kepada Mahkamah dan rayuan mitigasi tertuduh serta hujahan pemberatan yang diberikan oleh Pihak Pendakwaan dan mendapati bahawa hukuman yang diberikan adalah bersesuaian dan adil di dalam lingkungan hukuman yang diperuntukkan di atas faktor-faktor berikut : (a) Fakta Kes dan Keseriusan Kesalahan Berdasarkan fakta kes seperti eksibit P1, OKT telah melakukan jenayah samun di dalam premis perniagaan 7-Eleven yang menjadi tempat tumpuan awam. OKT telah menyamun mangsa yang sedang bekerja sebagai juruwang pada jam 4.55 pagi dan telah mengambil wang tunai sebanyak RM200.00 dan sebuah telefon bimbit. OKT juga cuba membuka laci peti yang menyimpan wang tetapi tidak berjaya kerana berkunci. Dalam melakukan rompakan tersebut, OKT juga telah mencederakan mangsa semasa pergelutan dengan melibas pisau pada bahagian lengan kanan dan peha kiri mangsa. Mahkamah telah melihat bahawa kesalahan samun dengan mencederakan mangsa yang dilakukan oleh OKT ini adalah suatu jenayah yang serius dan telah mendatangkan ketakutan kepada mangsa dan orang awam serta memberi ancaman nyawa dan harta benda. (b) Latarbelakang OKT : Sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman, adalah wajar untuk Mahkamah ini juga mempunyai pengetahuan dan menimbangkan tentang latarbelakang OKT “to strike a balance between the interest of the public and interest of the OKT” sepertimana yang diputuskan di dalam kes PP V Mohd Fuad [2001] 5 MLJ 549. Terdapat beberapa faktor untuk menetapkan sesuatu hukuman. Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan antara faktor mitigasi dan juga faktor pemberatan. Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V Loh Oi Lin [1949] MLJ 120, yang telah menyatakan; “that there are factors such as prevalence, difficulty of detection and injury to public revenue which operate in the direction of severity and others such as leniency to first offenders which operate in the other direction and where as frequently happens a number of these factors applied in one case. The court must balance them as best as it can. Among the factors more commonly advanced are age, antecedence, family hardship, conduct subsequent to the offence, impact of conviction, health, and delay in disposal of cases.” Secara am, antecedent OKT adalah satu faktor mitigasi tetapi Mahkamah harus mengimbangi dengan the nature of the crime committed by the OKT where it required the dare, the dash and the defiance of the OKT in its commission seperti yang digariskan di dalam kes PP V The Ah Cheng [1976] 2 MLJ 186. Di dalam kes ini, OKT berumur 29 tahun. OKT belum berkahwin dan menanggung seorang ayah dan adik yang masih bersekolah. OKT memaklumkan bahawa OKT telah melakukan kesalahan ini kerana terdesak memerlukan duit. OKT juga memaklumkan telah insaf dan menyesal atas perbuatan yang dilakukan. Mahkamah telah membandingkan kesemua faktor di atas dan juga jenis kesalahan yang dilakukan oleh OKT dan mendapati di dalam kes ini, atas dasar timbangan keadilan telah mewajarkan Mahkamah ini untuk memberikan suatu hukuman pemenjaraan yang berat ke atas OKT (‘the scale of justice favours the Court to impose a custodial punishment upon the OKT’). Mahkamah perlu lebih menimbangkan kepentingan awam berbanding kepentingan OKT dengan hukuman pemenjaraan yang bersesuaian yang telah diberikan bertujuan melindungi kepentingan awam daripada ancaman nyawa dan harta akibat perbuatan OKT. (c) Pengakuan Salah OKT : OKT telah mengaku salah kepada pertuduhan dan pengakuan salah tersebut telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah serta Pendakwaan. Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V Jessica Lim Lu Ping & ANOR [2004] 2 CLJ 763 dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It is customary for the court to give the convict a reduced sentence for pleading guilty. The court recognizes that a plea of guilty disposes of a criminal case with lightning speed; it eases the backlog of undisposed criminal cases and unclogs the courts and prison of remand-prisoners. A reduced sentence for pleading guilty encourages the accused to be honest in admitting to the offence he has committed. A discount of between one quarter and one third of the sentence that would otherwise have been imposed is usually given.” Namun, Mahkamah perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi faktor mitigasi ini setelah mengimbangkan dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh OKT dan mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah suatu kesalahan yang serius melibatkan kekerasan dan mendatangkan ancaman nyawa dan juga harta benda. Dalam keadaan ini, OKT tidak seharusnya diberikan pengurangan hukuman yang terlampau ringan dan sewajarnya dikenakan hukuman berbentuk deteren untuk memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam yang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. [15] Oleh itu berpandukan kepada kesemua prinsip-prinsip hukuman yang telah dinyatakan, Mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan yang telah dihadapkan terhadapnya di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dengan ini menjatuhkan hukuman ke atas OKT penjara 8 tahun dari tarikh tangkap 5.3.2024 dan 3 sebatan. Mahkamah juga memerintahkan agar barang kes eksibit P12 dilupuskan melalui Pihak Pendakwaan. Bertarikh : 5 Ogos 2024 tt [DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM] Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Johor Bahru, Johor.