The Plaintiff in this case are one of the purchasers the units of Kelana Sentral-Serviced Apartment (“the Apartment”) in which he initiates this action herein for himself and on behalf of the residents of the Apartment. The residents of the said have entered into two similar written agreements with the Defendants as follows: a. Sale & Purchase Agreement (“SPA”); and b. Deed of Mutual Covenant (“DoMC”).”. S/N 7MzxbmDzhkyhl0moVtd2A [8] Maka, apabila Defendan-Defendan menawarkan unit-unit untuk dibeli dan berdasarkan tawaran dan representasi Defendan-Defendan dan/atau ejen Defendan-Defendan, Plaintif serta penduduk-penduduk Kelana Sentral-Serviced Apartment telah menerima tawaran Defendan-Defendan untuk memasuki SPA dan DoMC. [9] Tuntutan undang-undang difailkan kerana menurut Plaintif dan penduduk-penduduk Kelana Sentral-Serviced Apartment mereka telah dinafikan hak untuk mendapatkan parkir kereta secara percuma dan/atau satu parkir tambahan dengan bayaran tambahan tertentu. [10] Bagi tujuan mempertahankan dan menegakkan pendirian Plaintif-Plaintif sebagaimana relief yang dipohon dalam pernyataan tuntutan, 3 saksi Plaintif-Plaintif telah dipanggil untuk memberi keterangan lisan di Mahkamah iaitu − SP-1: Pn. Chan Lai Han, 51 tahun, pembeli/pemilik unit. SP-2: En. Mok Hoi Liang, 46 tahun, pembeli/pemilik unit. SP-3: En. Mohd Fakarudin bin Zulkiflee, 34 tahun, pembeli/pemilik unit. SP-3 ialah Pengerusi Perbadanan Pengurusan Kelana Sentral yang menggantikan jawatan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Kelana Sentral iaitu Plaintif (Muhammad Andy Toh bin Abdullah). S/N 7MzxbmDzhkyhl0moVtd2A [11] Saksi-saksi Defendan-Defendan adalah − SD-1: En. (Dato’) Ally Azwin bin Abd Hamid, 48 tahun, Perunding/Pengarah di Jejak Gaya Corporation Sdn Bhd (Defendan Pertama). SD-2: En. (Dato’) Mohd Sam bin Awang, 68 tahun, Ahli perniagaan. SD-3: En. Ruzalan bin Omar, 63 tahun, Usahawan. SD-4: Pn (Datin) Umi Kalsum binti Abd Razak, 54 tahun, Suri rumahtangga/pembeli/pemilik unit. [12] Jawapan kepada soalan dalam pemeriksaan utama (penyata saksi) bagi SP-1 dan SP-2 adalah serupa di mana mereka menyatakan – • Defendan Pertama (Jejak Gaya Corporation Sdn Bhd) ialah tuanpunya tanah dan Defendan Kedua (Kelana Sentral Development Sdn Bhd) ialah ejen kepada Defendan Pertama dan juga anak syarikat Defendan Pertama. • representasi yang dibuat oleh Defendan-Defendan dan/atau ejen Defendan-Defendan kepada pembeli-pembeli unit ialah −