Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83D-1293-06/2023 PENDAKWA RAYA LWN MUHAMMAD ANWAR BIN AZIZAN (NO. K/P: 950628-02-6695)
KA-83D-1293-06/2023
Magistrates Court of Malaysia15 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“w Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgme”
“21. Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 Hakim Taylor di mukasurat 30 menyatakan seperti berikut:- “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word p”
“h two differing versions of the events leading to the arrest of the appellant and his co-offender and the recovery of the dangerous drugs, had adopted the principle in Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257. The Court of Appeal would agree with the trial judge's approach. Further, there was no evidence whatsoev”
“30. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Mahkamah ini telah merujuk kes Mat v PP [1963] MLJ 263 (HC), YA Suffian telah membincangkan dengan analogi mengenai prosedur di dalam menilai sesuatu keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dan seterusnya membuat keputusan di akhir kes pembelaan i”
“anakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’”
“39. Dalam kes Mahkamah Rayuan iaitu PP v Aluma Mark Chinonso & Another Appeal [2020] MLJU 7418, di mana YA Hakim Mahkamah Rayuan Rhodzariah Bujang memutuskan bahawa:- ‘In this regard too consideration must be made to the legal proposition which has been accepted by the court that unless there”
“50. Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83D-1293-06/2023 PENDAKWA RAYA LWN MUHAMMAD ANWAR BIN AZIZAN (NO. K/P: 950628-02-6695)
1
PENDAHULUAN OKT di dalam kes ini telah di tuduh di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama di mana OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
2
Pertuduhan pindaan yang dikenakan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 06/06/2023 jam lebih kurang 1.30 petang bertempat di tepi Jalan Batu 10, Jalan Alor Setar Sungai Petani, 06800, Kota Sarang Semut, di dalam Daerah Kota Setar di dalam Negeri Kedah telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 8.75 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”
3
Bagi kes ini keterangan SP1, SP2, SP3, telah didengar di hadapan Tuan Majistret terdahulu yang kemudiannya telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara. Kes ini telah diambil alih dan disambung dengar oleh saya dari keterangan SP4 sehingga akhir perbicaraan.
4
Saya telah meneruskan perbicaraan ini dengan meneliti semula nota keterangan yang disediakan oleh Tuan Majistret terdahulu dan juga mendengar semula keterangan SP1, SP2, SP3 melalui Sistem Rakaman Audio Video Mahkamah (RVT). Saya telah menyemak rakaman tersebut dan dapat melihat suasana perbicaraan serta demeanor saksi-saksi yang telah memberikan keterangan. Saya telah meneruskan perbicaraan ini tanpa bantahan mana-mana pihak dan memilih untuk tidak memanggil semula saksi-saksi ini memandangkan nota keterangan dan rakaman RVT adalah jelas dan boleh difahami.
5
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 4 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT dan di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri. OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan juga telah memanggil 2 saksi lain iaitu SD2 dan SD3. Di akhir kes peringkat pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan dan OKT didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. OKT telah dihukum penjara 42 bulan dari tarikh sabitan dan 3 sebatan.
6
Terkilan dengan keputusan tersebut OKT telah tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.
7
BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Autoriti bagi beban pembuktian di akhir kes pendakwaan dapat dirujuk pada seksyen 173(f)(i) dan seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah. Di dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138 ... It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”.
8
Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip yang telah diputuskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11 Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.
9
Selanjutnya, kes Balachandran juga memutuskan bahawa: The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the creadibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
10
Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip di atas, pada peringkat ini, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT atau tidak.
11
INTIPATI PERTUDUHAN Pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama yang dipertuduhkan ke atas OKT memerlukan pihak pendakwaan untuk membuktikan elemen-elemen berikut: a. Dadah tersebut adalah tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952; b. OKT mempunyai milikan ke atas dadah berkenaan; dan c. OKT mempunyai pengetahuan terhadap barang-barang dadah tersebut.
12
FAKTA KES PENDAKWAAN Dalam membuktikan kes di peringkat pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 4 orang saksi iaitu: i. SP1: Koperal Rizuan Anuar bin Zakaria Wahab (Pegawai serbuan). ii. SP2: Siti Humairah binti Salmi (Ahli Kimia) iii. SP3: Lans Koperal Mohd Harith Bin Mohd Khairi (Anggota serbuan). iv. SP4: Sarjan Mohammad Firdaus Bin Ishak (Pegawai Penyiasat).
13
Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan eksibit-eksibit berikut semasa perbicaraan: TANDAAN KETERANGAN P1 Report Alor Setar 12904/23 P2 Laporan Patologi P3A-E 5 keping gambar botol urin P4 Urin Container Package P5 Report Kota Sarang Semut 247/23 P6 Borang Senarai Geledah P7A-C 3 keping gambar tembat kejadian P8A-G Borang serah menyerah P9 Satu sampul surat bertanda E bermeterai Jabatan Kimia Malaysia P10 Borang Pol 31 P11 Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia bernombor makmal 23- FR-K-03667 P12 1 beg berzip berwarna biru Jenama Kuoda P13A-E 5 plastik lutsinar bertanda S1 hingga S5 P14 Satu Plastik Jabatan Kimia Malaysia dan baki bahan homogen P15 Laporan Kimia bernombor makmal 23-FR-K-03667 P16 1 keping gambar barang kes P17 Rajah kasar P18 1 keping CD
14
Fakta pendakwaan yang dikemukakan adalah pada 6.6.2023 jam lebih kurang 1.30 tengah hari, SP1 bersama SP3 dan dua lagi anggota lain telah nampak OKT di tepi jalan Batu 10, jalan Alor Setar Sungai Petani. SP1 telah bertindak menahan OKT dan semasa pemeriksaan tubuh badan ke atas OKT, OKT telah menyerahkan 1 beg biru berzip jenama Kuoda dengan tangan kanannya. SP1 telah memeriksa beg tersebut dan telah menjumpai 5 peket plastik lutsinar yang disyaki dadah syabu. Kejadian disaksikan oleh SP3. SP1 telah membuat tangkapan ke atas OKT dan mengeluarkan borang senarai geledah.
15
Kemudian OKT telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kota Setar di mana SP1 telah membuat tandaan pada barang kes, membuat timbangan ke atas barang kes serta membuat laporan polis iaitu Report Kota Sarang Semut 247/23. Kemudian SP1 telah menyerahkan barang kes berserta OKT kepada pegawai penyiasat kes iaitu SP4 dan menyediakan borang serah menyerah sebagai bukti serahan. Keseluruhan proses ini telah disaksikan oleh SP3.
16
SP4 kemudiannya telah merakam gambar barang kes, gambar tempat kejadian, melakar rajah kasar dan juga telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil analisis oleh SP2 iaitu ahli kimia, mengesahkan barang kes 5 peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih dengan jumlah berat bersih 12.14 gram yang mengandungi 8.75 gram methamphetamine. DAPATAN MAHKAMAH AKHIR KES PENDAKWAAN Sama ada OKT mempunyai milikan ke atas barang kes?
17
Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 telah menjelaskan prinsip mantap bahawa untuk membuktikan elemen milikan, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan (“control”) atau jagaan (“custody”) dan juga pengetahuan (“knowledge”) terhadap sesuatu barang tersebut.
18
Merujuk kepada kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17 menyatakan juga seperti berikut berkenaan milikan: “Possession” itself as regards the criminal law isdescribed as follows in Stephen’s Digest (9th Ed), p 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.”
19
Berdasarkan keterangan SP1 dan SP3, OKT telah ditahan di tepi jalan Batu 10, jalan Alor Setar Sungai Petani, dan pada ketika itu OKT seorang diri dan tiada individu lain. Barang kes 5 peket plastik yang mengandungi dadah methamphetamine tersebut dijumpai di dalam 1 beg berzip berwarna biru jenama Kuoda yang diserahkan OKT sendiri kepada SP1 dengan tangannya semasa pemeriksaan dijalankan. Fakta ini juga telah disokong oleh SP3 yang melihat dan berada di tempat kejadian. Fakta bahawa OKT sendiri yang telah menyerahkan barang kes tersebut kepada SP1 semasa pemeriksaan dijalankan menunjukkan OKT mempunyai milikan dan kawalan ke atas barang kes. Keterangan SP3 juga menyatakan semasa SP3 nampak OKT, OKT sedang memegang beg biru tersebut di tangannya. Keadaan ini menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan dan kawalan ke atas barang kes tersebut. Sama ada OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang kes?
20
Berkenaan elemen pengetahuan, kes Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226 menyatakan seperti berikut: “Knowledge refers to a mental state of awareness of a fact. Since courts cannot penetrate the mind of an accused and thereafter state its perceptions with certainty, resort to other evidence is necessary. Animus possidendi, as a state of mind, may be determined on a case-to-case basis by taking into consideration the surrounding circumstances. (See Ong Ah Chuan v P.P [1981] 1 MLJ 64; P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401; Surentheran Selvaraja v P.P [2005] 2 CLJ 264].”
21
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 Hakim Taylor di mukasurat 30 menyatakan seperti berikut:- “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.”
22
Mahkamah juga merujuk kepada pemakaian anggapan dibawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952. Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya menyatakan seperti berikut: “Presumptions 37. In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder— …
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug;”
23
Mahkamah ini mendapati bahawa fakta mengenai OKT sendiri yang telah menyerahkan barang kes kepada SP1 semasa pemeriksaan dan SP3 telah melihat SP3 memegang beg tersebut di tepi jalan menunjukkan OKT mempunyai milikan dan kawalan ke atas barang kes seterusnya menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang kes tersebut. Sama ada dadah yang dijumpai tersebut adalah tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952?
24
SP2 di dalam kes ini telah menjalankan analisis ke atas barang kes yang dirampas tersebut. Berdasarkan keterangan lisan SP2 di mahkamah dan juga laporan kimia yang disediakan olehnya mengesahkan 5 peket plastik tersebut kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih dengan jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 12.14 gram yang mengandungi 8.75 gram. SP2 turut menyatakan dalam keterangan lisannya dan laporan kimianya bahawa dadah methamphetamine disenaraikan dalam jadual pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
25
Hujahan pihak pembelaan tidak menyentuh isu mengenai kepakaran atau dapatan analisis SP2 ke atas barang kes. Mahkamah ini juga tidak mempunyai sebab untuk mempertikaikan analisis yang telah dijalankan oleh SP2 dan mahkamah ini juga merujuk kepada seksyen 114 Akta Keterangan 1950, misalan (e). “The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume:- …
e
that judicial and official acts have been regularly performed;”
26
SP2 merupakan seorang penjawat awam yang bertugas sebagai ahli kimia dan proses analisis yang dijalankannya adalah sebahagian tugas rasminya. Tiada fakta lain yang menunjukkan SP2 tidak mengikut peraturan yang ditetapkan maka tugas rasminya telah disempurnakan mengikut peraturan.
27
KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Setelah menilai keterangan saksi-saksi dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan secara maksima, mempertimbangkan isu-isu yang dibangkitkan pihak pembelaan, mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen pertuduhan dan terdapatnya kes prima facie ke atas OKT. Mahkamah telah memanggil OKT untuk membela diri dan menerangkan 3 pilihan di bawah sekyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah dan OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
28
KES PEMBELAAN Semasa kes peringkat pembelaan, selain daripada OKT, pihak pembelaan telah memanggil lagi 2 saksi iaitu SD2 yang merupakan individu yang dikatakan melihat tangkapan dibuat ke atas OKT dan SD3 iaitu isteri OKT.
29
Fakta yang dikemukakan pihak pembelaan adalah seperti berikut: i. Pada hari kejadian OKT keluar bekerja di ladang serai dan kemudiannya OKT ke rumah tuan ladang serai yang bernama Ashraf atau dipanggil Pak Leh untuk mengambil baja. ii. Setelah OKT keluar dari rumah Ashraf atau Pak Leh ini, terdapat 3 motosikal yang menunjuk-nunjuk ke arah OKT dengan muka yang garang dan OKT melarikan diri kerana berasa takut. iii. OKT dikejar sehingga di Bukit Besar, Batu 12 dan telah ditahan. Ketika itu OKT menaiki motosikal EX5 milik Ashraf/ Pak Leh. iv. Beg tersebut telah dijumpai dalam raga motosikal yang ditunggang OKT yang mana beg tersebut adalah milik Ashraf/ Pak leh. v. Terdapat saksi yang melihat kejadian OKT ditangkap polis iaitu SD2. vi. SD3 mengesahkan pada hari kejadian OKT telah keluar pergi bekerja. vii. Pihak pembelaan telah mengemukakan 7 keping gambar tempat tangkapan menurut pembelaan sebagaimana D20A-G.
30
TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Mahkamah ini telah merujuk kes Mat v PP [1963] MLJ 263 (HC), YA Suffian telah membincangkan dengan analogi mengenai prosedur di dalam menilai sesuatu keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dan seterusnya membuat keputusan di akhir kes pembelaan iaitu: “The position may be conveniently stated as follows: -
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt.
b
(b)If you accept or believe the accused’s explaination
c
If you do not accept or believe the accused explaination. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused explaination and that explaination does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
e
If you do not accept or believe the accused explaination but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
31
Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: “In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case.”
32
Keraguan munasabah ditakrifkan Mahkamah seperti di dalam kes PP v Saimin [1971] 2 MLJ 16 memutuskan seperti berikut: - “It is not possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. “It has again been said that “reasonable doubt” is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.” ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Sama ada OKT berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan?
33
Mahkamah mendapati bahawa terdapatnya percanggahan keterangan SD1/OKT dan SD2 mengenai tempat kejadian. SD2 menyatakan telah melihat OKT dikerumuni 4 orang di Batu 13 manakala keterangan SD1/OKT menyatakan tangkapan telah dibuat ke atasnya di Batu 12. Maka timbul persoalan, mengapa terjadinya perbezaan tempat sekiranya tempat kejadian yang dirujuk oleh SD1/OKT dan SD2 adalah sebagaimana gambar yang telah dikemukakan oleh pihak pembelaan iaitu D20A-G sedangkan kedua-dua saksi ini merupakan penduduk dan biasa dengan kawasan tersebut?
34
Selain itu, berdasarkan keterangan SD2 juga, SD2 menyatakan SD2 tidak langsung mengenali OKT dan tidak pernah berjumpa OKT sebelum kejadian. Pada hari kejadian tersebut baru lah SD2 melihat OKT. Keterangan SD2 juga menyatakan telah melihat OKT di tempat tersebut hanya beberapa saat. Selama tempoh beberapa saat tersebut SD2 menyatakan telah melihat OKT telah dikerumuni oleh 4 individu dan tidak tahu apa yang sedang terjadi pada masa tersebut. SD2 juga menyatakan tidak melihat OKT digari. Walaupun SD2 menyatakan itu adalah OKT yang ditangkap namun semasa pemeriksaan balas oleh timbalan pendakwa raya SD2 bersetuju SD2 tidak tahu yang mana satu Anwar dalam kalangan mereka yang dilihatnya itu. Keterangan SD2 dapat dilihat sebagaimana berikut: Pemeriksaan Balas TPR - Encik Basri maksudnya sebelum ini sebelum kejadian ini sebelum kes ini Encik Basri tak pernah langsung jumpa Anwar? SD2 - Ha..ya tak. TPR - So Encik Basri tak tahu rupa dia bagaimana ke atau macam mana Encik Basri tak tahu? SD2 - Tak tahu. … TPR - Encik Basri kata Encik Basri sebelum ini sebelum kejadian ini Encik Basri tak pernah tengok Anwar, jarak Encik Basri berdiri dengan Anwar dalam 5 meter, so agak jauh, jarak agak jauh tu Encik Basri tak nampak pun siapa kena tangkap, yang ada kat situ 4-5 orang, betul? SD2 - Betul. TPR - Encik Basri juga kata tadi Anwar tu berdiri tak dak gari, betul? SD2 - Betul. TPR - So ada ramai kat situ, Encik Basri tak pasti pun Encik Anwar ni yang mana satu betul? SD2 - Betul. … TPR - Tadi Encik Basri kata masa Encik Basri berdiri kat simpang tersebut, Encik Basri nampak ada orang kerumun Anwar, dan orang kerumun tu bukan pakai pakaian anggota kira pakai baju biasa-biasa ja dan Encik Basri kata yang berlaku di situ tak dak pun Anwar tidak digari, betul? Hanya berdiri di situ, betul? SD2 - Ya. TPR - Maksudnya Encik Basri tak pasti apa jadi kat situ betul? SD2 - Berdiri dan dipeganglah. TPR - Betul ka dak yang sebenarnya Encik Basri sendiri tak tahu apa yang jadi di situ betul dak? SD2 - Betul. Pemeriksaan Semula PEGUAM – Encik pun telah ditanya encik ada buat report tak, encik kata tak buat report, kenapa tak buat report apa yang encik nampak, boleh jelaskan? SD2 – Sebab bukan. Sebab saya hanya tengok dan terus gerak la, MAH – Apa? Ulang balik. SD2 – Sebab masa saya tengok tu dalam beberapa saat tu saya terus gerak tinggalkan tempat kejadian.
35
Mahkamah ini meragui keterangan SD2 yang menyatakan individu yang dilihatnya adalah OKT. Hal ini kerana, SD2 tidak pernah mengenali OKT dan tidak pernah berjumpa OKT sebelum kejadian. SD2 sendiri bersetuju bahawa beliau tidak mengetahui bagaimana rupa OKT sebelum kejadian. Dengan masa yang beberapa saat SD2 melihat OKT yang dikatakan dikerumuni oleh 4 individu, bagaimana SD2 dapat pastikan individu yang tidak pernah dilihat olehnya sebelum kejadian tersebut adalah OKT? Selain itu, SD2 juga menyatakan tidak melihat OKT digari. Namun keterangan OKT menyatakan selepas turun motosikal dia terus dibawa ke motosikal di belakang dan digari di motosikal. Sekiranya, SD2 dapat melihat dan pasti yang dilihatnya itu adalah OKT, maka sudah semestinya SD2 dapat melihat keadaan OKT yang digari di motosikal tersebut. Malah, SD2 menyatakan tidak tahu apa yang terjadi ketika itu, maka bagaimana SD2 nyatakan bahawa OKT telah ditangkap sedangkan SD2 sendiri menyatakan hanya melihat beberapa saat dan terus berlalu pergi.
36
Mahkamah ini juga mendapati keterangan SD3 tidak menyokong apa-apa fakta pembelaan berkenaan tangkapan memandangkan saksi ini tidak berada di tempat kejadian dan tidak melihat kejadian. SD3 hanya mengesahkan pada tarikh kejadian, OKT telah keluar bekerja pada jam 8 pagi dengan menaiki motosikalnya sendiri.
37
Mahkamah juga mendapati tiada sebab untuk pihak polis menganiyai dan mempunyai motif buruk ke atas OKT. Berdasarkan keterangan SD1/OKT sendiri, SD1/OKT sendiri menyatakan tidak mempunyai masalah dengan pihak polis. SD1/OKT dan SD2 juga telah menyatakan melalui keterangan bahawa report tangkapan yang dibuat oleh SP1 adalah tidak benar dan palsu, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh kedua-dua mereka seperti membuat laporan polis atau aduan integriti ke atas PDRM. Malah keterangan SD1/OKT sendiri menyatakan tidak memaklumkan berkenaan SD2 kepada pihak polis.
38
Mahkamah ini merujuk kepada kes di dalam kes Mahkamah Rayuan, Mirza Murtala v PP [2010] 5 MLJ 616 telah menyatakan bahawa:
1
The trial judge having been presented with two differing versions of the events leading to the arrest of the appellant and his co-offender and the recovery of the dangerous drugs, had adopted the principle in Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257. The Court of Appeal would agree with the trial judge's approach. Further, there was no evidence whatsoever of any reason or motive by the prosecution witnesses to frame-up the appellant and the co-offender (see para 20); Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 followed.
39
Dalam kes Mahkamah Rayuan iaitu PP v Aluma Mark Chinonso & Another Appeal [2020] MLJU 7418, di mana YA Hakim Mahkamah Rayuan Rhodzariah Bujang memutuskan bahawa:- ‘In this regard too consideration must be made to the legal proposition which has been accepted by the court that unless there is evidence to show bad motive or other cogent reason why the police witnesses - here it is primarily PW5 and PW3 - would want to lie and fabricate evidence against the 1st accused, then their evidence must be accepted by the court”
40
Mahkamah ini memutuskan bahawa saksi-saksi pendakwaan adalah saksi yang kredible dan keterangan fakta pendakwaan adalah saling menyokong. SP1, SP3 dan SP4 adalah konsisten dan saling menyokong bahawa tangkapan ke atas OKT telah dibuat di tepi jalan Batu 10, Jalan Alor Setar Sungai Petani 06800 Kota Sarang Semut dan OKT telah menyerahkan sendiri barang kes kepada SP1 dengan tangan kanannya semasa pemeriksaan. Pada masa tangkapan juga tiada orang lain bersama OKT.
41
SP1 dan SP3 juga telah menafikan bahawa barang kes tersebut telah dijumpai dalam raga motosikal yang ditunggangi oleh OKT dan disahkan oleh SP4. SP4 juga menyatakan tidak menerima makluman berkenaan dengan penama Pak Leh atau Asyraf semasa siasatan. Keterangan mengenai penama Asyraf atau Pak Leh ini hanya muncul ketika peringkat perbicaraan kes. SP1 menyatakan mengetahui Pak Leh yang merupakan kawan OKT dan menafikan bahawa semasa kejadian telah menahan OKT yang menunggang motosikal milik Asyraf atau Pak Leh tersebut. SP3 pula menyatakan mengenali Pak Leh kerana merupakan individu target Balai Polis Kota Sarang Semut.
42
Mahkamah ini juga mendapati penama Pak Leh atau Asyraf ini tidak dipanggil oleh pihak pembelaan untuk menyokong keterangan pembelaan SD1/OKT berkenaan kewujudan dan pemilikan beg barang kes dan motosikal tersebut.
43
Mahkamah ini juga merujuk kepada hujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan di muka surat 14 para 10.4 yang mana pihak pembelaan menyatakan: ‘Berdasarkan keterangan SP1 semasa perbicaraan menyatakan bahawa selepas buat tangkapan ke atas OKT menaiki motosikal, terdapat anggota sebuan lain yang datang menaiki motosikal dan berada di jalan tar mini seberang sungai datang membuat kawalan ke atas OKT.”
44
Mahkamah ini telah meneliti semula rakaman RVT dan nota keterangan, mahkamah ini mendapati tiada keterangan daripada SP1 berkenaan dengan terdapatnya motosikal polis yang datang dari arah seberang sungai di jalan mini tar sebagaimana yang dihujahkan oleh pembelaan. Tiada keterangan dari SP1 bagaimana SP1 pergi ke tempat kejadian bersama pasukan, keterangan yang ada ialah SP1 telah membuat rondaan dan melihat OKT berdiri dan telah hampiri OKT serta jalankan pemeriksaan. Manakala keterangan SP3 menyatakan bahawa telah pergi ke tempat kejadian menaiki kereta.
45
Keterangan SP4 pula menyatakan kebiasaanya anggota balai membuat rondaan menggunakan motosikal. Keterangan-keterangan ini tidak menunjukkan bahawa SP1 dan SP3 adalah saksi yang tidak kredible sehingga menyebabkan keterangan SP1 dan SP3 tidak boleh diterima sebagaimana hujahan pihak pembelaan. Mahkamah ini mendapati, keterangan SP1 dan SP3 adalah konsisten bahawa telah melihat OKT berdiri di tepi jalan tepi Jalan Batu 10, Jalan Alor Setar Sungai Petani dan semasa pemeriksaan OKT telah menyerahkan beg barang kes yang mengandungi dadah tersebut dengan tangan kanannya.
46
Mahkamah ini telah memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada keseluruhan pembelaan OKT dan Mahkamah ini tidak mengetepikan pembelaan semata-mata atas alasan bahawa saksi-saksi pendakwaan harus dipercayai.
47
Berdasarkan keterangan-keterangan pembelaan yang telah diberikan, Mahkamah ini tidak mempercayai pembelaan OKT mahupun mendapati pembelaan OKT berkemungkinan benar. Mahkamah ini juga mendapati pembelaan OKT gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah mendapati phak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan OKT di dapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan.
48
ALASAN HUKUMAN YANG DIJATUHKAN Dalam mempertimbangkan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT, Mahkamah ini telah mempertimbangkan beberapa faktor yang diperjelaskan seperti berikut: a. Hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang
49
Dalam kes ini pertuduhan terhadap Tertuduh adalah bagi kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun tidak lebih lima tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang tiga sebatan tidak lebih sembilan sebatan.
50
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’
51
Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT iaitu 42 bulan penjara dari tarikh sabitan dan 3 sebatan bagi kesalahan memiliki 8.75 gram dadah Methamphetamine adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKT. b. Kepentingan Awam
52
Kepentingan awam merupakan salah satu faktor yang dinilai oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT. Mahkamah mengambil kira keadaan semasa masalah dadah di dalam negara yang juga telah menjadi sebab utama dalam menyumbangkan dan membuka pintu kepada jenayah-jenayah lain. Selain itu, mahkamah ini juga mempertimbangkan hukuman yang sewajarnya berbentuk pencegahan terhadap OKT sendiri dan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya.
53
Mahkamah ini juga memberikan penekanan yang lebih terhadap kepentingan awam berbanding kepentingan Tertuduh sendiri. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes, Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest... ’
54
Kesalahan pemilikan dadah ini telah dibincangkan juga di dalam kes Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869 memutuskan: “[20] Further, offences relating to possession of dangerous drugs are a major national problem. Public interest called for a deterrent sentence in such cases. This view finds support in the DDA 1952 itself which prescribes different penalties depending on the weight of drugs involved. Under s. 39A(1) of the DDA 1952, it is prescribed that where the cannabis is more than 20g but less than 50g, the sentence imposed shall be between two years and five years, with whipping between three strokes and nine strokes. Under s. 39A(2) of the DDA 1952, where the weight of the cannabis is 50g or more the sentence shall be imprisonment for 30 years or a term which shall not be less than five years with whipping of not less than ten strokes… … [25] As has been said repeatedly and correctly, abuse of dangerous drugs is a scourge to our society leading to many spinoff incidences of criminal behaviour. It is a purveyor of death. Therefore, one could hardly deny that drugs offenders are a threat to our society from which we must be protected, sometimes by means of lengthy custodial sentence.”
55
Pihak pembelaan telah mengemukakan mitigasi bahawa OKT berumur 27 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 1 anak berusia 3 tahun. Isteri OKT tidak bekerja dan OKT merupakan penanggung nafkah utama keluarga. Ini juga merupakan kesalahan pertama Tertuduh.
56
Mahkamah ini mengambil kira mitigasi OKT tersebut dan Mahkamah ini memutuskan bahawa kepentingan awam perlu diberikan keutamaan berbanding kepentingan Tertuduh itu sendiri.
57
Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan, hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah berlandaskan undang-undang, setimpal dan wajar. Bertarikh 29.08.2025 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH Majistret Mahkamah Majistret (3) Alor Setar Kedah Darul Aman Pihak – Pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya Nur Huda Diyanah binti Amir Hamzah, Farhanah Fuad binti Mohamad Faiz, Nasruna Anhar Nordien Bagi Pihak Tertuduh Mohamad Nizan bin Azdahari, Nur Iman Najwa binti Mohamad Nizan (Tetuan Dasuki & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.