We were unable to accede to this request. While the fact that the contents of the bundles were hidden from view may have been relevant in determining whether the requisite knowledge was absent, this factor should still not be given too much weight. Otherwise, drug peddlers could escape liability simply by ensuring that any drugs coming into their possession are first securely sealed in opaque wrappings. Rather, the court must appraise the entire facts of the case to see if the accused's claim to ignorance is credible. As Yong Pung How CJ remarked in PP v. Hla Win [1995] 2 SLR 424 (at p. 438): In the end, the finding of the mental state of knowledge, or the rebuttal of it, is an inference to be drawn by a trial judge from all the facts and circumstances of the particular case, giving due weight to the credibility of the witnesses. (emphasis added)” [Penekanan diberikan] [16] Di dalam kes ini, inferens mengenai pengetahuan Perayu-Perayu mengenai dadah berbahaya tersebut diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa dadah-dadah berbahaya jenis Heroin dan juga Methamphetamine telah dijumpai bersama Perayu-Perayu semasa pemeriksaan badan ke atas mereka dijalankan oleh SP4. [17] Hasil pemeriksaan badan ke atas Perayu Pertama telah mendedahkan satu beg kecil yang berzip dalam poket seluar sebelah kanan bahagian hadapan yang dipakai oleh Perayu Pertama yang mana di dalam beg kecil tersebut telah dijumpai satu peket plastik lutsinar berisi dadah berbahaya yang telah disahkan sebagai Heroin. Pemeriksaan badan ke atas Perayu Kedua pula telah mendedahkan satu beg pinggang berwarna hitam bertulis “Dream Sport” yang dipakai oleh Perayu Kedua di mana di dalamnya dijumpai satu peket plastik lutsinar berisi dadah yang juga disahkan sebagai jenis Heroin dan satu peket plastik dadah berbahaya yang disahkan sebagai Methamphetamine yang merupakan jenis dadah yang sama dengan dadah berbahaya tersebut yang dijumpai di bahagian dalam ‘armrest’ kereta tersebut. Menilai keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara keseluruhan jelas menunjukkan kewujudan P13B iaitu dadah berbahaya tersebut di bahagian dalam ‘armrest’ kereta tersebut bukanlah secara kebetulan atau kepunyaan orang lain. [18] Dalam kes Lee Wai Peng v PP [2022] CLJU 337, fakta kes tersebut menzahirkan bahawa terdapat penemuan dadah jenis yang sama telah dijumpai di bahagian poket seluar yang dipakai oleh perayu di dalam kes tersebut dan di rumah yang didiami oleh perayu yang sama. Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa bersandarkan fakta yang sedemikian adalah sukar untuk menyatakan bahawa penemuan dadah berbahaya di rumah yang didiami oleh perayu tersebut berada di sana secara kebetulan (accidental). Mahkamah Rayuan melalui penghakiman Gunalan Muniandy HMR (pada ketika itu) menyatakan: “[40] The same type of drugs in similar packaging was found in the Appellant's trouser pocket just before the search of the room was conducted, thus, showing that possession of the drugs by the Appellant in the said room was not accidental and goes to show knowledge by the Appellant. Further, to extrapolate, any fingerprint evidence/DNA would be merely corroborative evidence. Mere absence of it did not in any way cause a gap/doubt in the prosecution's case based on the available evidence.” [19] Adalah perlu untuk diulangi dan ditekankan bahawa dadah yang dijumpai bersama Perayu Kedua adalah dari jenis yang sama dengan dadah berbahaya tersebut yang menjadi subjek pertuduhan rayuan ini iaitu dari jenis Methamphetamine. Oleh yang demikian adalah selamat untuk Mahkamah ini membuat dapatan bahawa dengan penemuan dadah-dadah berbahaya yang dijumpai di badan Perayu-Perayu di mana selain dari dadah Heroin juga dijumpai dadah Methamphetamine (iaitu dadah yang sama dengan dadah berbahaya tersebut) apabila digabungkan dengan keterangan ikut keadaan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan inferens yang tidak dapat dielakkan (irresistible inference) yang boleh dibuat adalah Perayu-Perayu mempunyai pengetahuan mengenai dadah berbahaya tersebut yang dibungkus dalam P13B dan diletakkan dalam sampul P13A. Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen milikan ‘mens rea’ Perayu-Perayu ke atas dadah P13B telah dipenuhi. [20] Mahkamah ini berpuas hati bahawa bersandarkan fakta dan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan, kedua-dua elemen fizikal dan mental bagi memenuhi elemen milikan mens rea di pihak Perayu-Perayu telah dibuktikan mengenai dadah berbahaya tersebut. Mahkamah ini juga mendapati tidak ada kekhilafan di pihak YA HMT apabila beliau menggunapakai peruntukan anggapan milikan di bawah s. 37(d) ADB memandangkan elemen kawalan dan penjagaan telahpun dibuktikan. [21] Berpandukan definisi pengedaran di bawah s. 2 ADB di mana jumlah dadah yang banyak iaitu 177.9 gram Methamphetamine yang dijumpai bersama Perayu-Perayu di dalam kereta tersebut, maka Mahkamah ini mendapati Perayu-Perayu bertujuan mengedar dadah tersebut. Mahkamah ini mendapati YA HMT tidak terkhilaf dalam dapatannya apabila mendapati Perayu-Perayu telah gagal menyangkal anggapan ‘milikan’ di bawah s. 37(d) ADB di atas imbangan kebarangkalian terhadap dadah berbahaya tersebut setelah menilai pembelaan Perayu-Perayu. YA HMT juga tidak terkhilaf apabila menggunapakai s. 2 ADB dalam membuat dapatan bahawa Perayu-Perayu secara bersama-sama telah melakukan kesalahan mengedar dadah di bawah s. 39B(1)(A) ADB dibaca bersama s. 34 Kanun Keseksaan. Penutup [22] Berdasarkan dapatan dan analisa di atas, Mahkamah ini sebulat suara menolak rayuan Perayu-Perayu dan sabitan di bawah s. 39B(1)(a) ADB oleh YA HMT adalah dikekalkan. [23] Namun demikian, rayuan Perayu-Perayu terhadap hukuman dibenarkan. Hukuman gantung di leher sampai mati oleh YA HMT adalah diketepikan dan digantikan dengan hukuman tiga puluh (30) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap pada 7.2.2018 dan lima belas (15) sebatan rotan. Bertarikh: 18 April 2025 Sgd [Noorin Binti Badaruddin] Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam Perayu-Perayu: Muhammad Fairul Lizan Bin Abu Hassan Ahmad Iskhrah Bin Saad [Ahmad Ishrakh Saad & CO (Kajang)] Muhammad Arif Bin Majid Azamuddin Bin Abd Aziz [Azamuddin And CO. (Shah Alam)] Pendakwa Raya TPR Mohd Fuad Bin Abdul Aziz [Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Jabatan Peguam Negara]