HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila mensabitkan Perayu terhadap pertuduhan tanpa mengambil kira faktor bahawa kegagalan pihak polis menangkap dan menuduh suspek lain telah memprejudiskan Perayu; [29] Dalam membuktikan niat bersama dalam melakukan jenayah, Mahkamah berpendapat ianya boleh dibuktikan dengan melihat kepada keterangan persekitaran dan juga tindakan Perayu ketika kesalahan itu dilakukan. Dalam kes ini, mangsa menyatakan dia telah dihubungi oleh Mat Min Kempet (yang masih bebas) untuk datang ke rumah mangsa. Mat Min Kempet kemudiannya sampai dengan menaiki sebuah Perodua Kelisa berwarna oren bersama dengan 3 orang lagi yang mana salah seorang darinya adalah Perayu. Tindakan mereka ini yang datang secara berkumpulan dan bersama-sama menyerang mangsa menunjukkan mereka sememangnya mempunyai niat bersama untuk mencederakan mangsa. [30] Di dalam nas Mahkamah Rayuan Mohamad Nazarie Halidi v. PP & Anor Appeal [2019] 6 CLJ 61, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut : “Common intention, just like other intentions, is impossible of direct proof unless there is express admission by the perpetrators. Otherwise, it will have to be inferred from the circumstantial evidence that form part of the prosecution case, as the case may be. Having said that, common intention, may be formed immediately before the commission of the offence from the surrouding circumstances of the case under scrutiny. We noted that in para [71] of his grounds of judgment, the learned trial judge had addressed his mind on this concept of s.34 of the Penal Code. The essence of s.34 of the Penal Code may safely be derived from the Privy Council decision in the case of Mahbub Shah v. Emperor (1945) 47 Bombay LR 941, emanating from an appeal from India, Their Lordships stated that the essence of the joint liability that was provided for under s.34 of the Penal Code was to be found in the existence of common intention. Under this provision, the doing of several acts regardless of whether they are similar or diverse, by several persons, as long as these acts are done in furtherance of a common intention, then each of those persons is liable for result of them all as if he had done those acts himself. This interpretation was given by the court in the case of Barenda Kumar Ghose as early as in 1924. (See Emperor v. Barendra Kumar Ghose (1924) 27 Bom LR 148). The Supreme Court of India had ruled in the case of Krishna Govind Patil (1963) 65 BOMLR 789 SC that the pre-arranged plan may develop on the spot during the course of the commission of the offence, but the crucial circumstance is that the said plan must precede the act constituting the offence. According to the Indian Supreme Court, this section only lays down a principle of joint criminal liability, it is a rule of evidence and does not create a substantive offence (See, the case of BN Srikanth v The State of Mysore [1958] AIR (SC) 672.” [31] Di dalam Farose Tamure Mohamad Khan v PP & Other Appeals [2016] 9 CLJ 769, Mahkamah Persekutuan memutuskan seksyen 34 tidak mewajibkan pendakwaan membuktikan niat bersama melakukan jenayah dalam kalangan Tertuduh. Selagi ada niat bersama melakukan tindakan jenayah, yang mengakibatkan perlakuan jenayah yang dilakukan, seksyen 34 akan beroperasi terhadap semua yang terlibat dalam perlakuan jenayah itu. [32] Dengan itu keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah tepat dalam memutuskan Responden telah berjaya membuktikan adanya niat bersama dalam kalangan Perayu dan tertuduh yang masih bebas dalam melakukan cubaan bunuh hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa. [33] Seterusnya berkenaan dengan isu kegagalan pihak polis menangkap dan menuduh suspek lain telah memprejudiskan tertuduh, Mahkamah mendapati keterangan yang ada telah mencukupi untuk mengaitkan Perayu dengan pertuduhan yang dikenakan. Tambahan pula pertuduhan ke atas Perayu dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Justeru itu, ianya sama sekali tidak memprejudiskan Perayu. Tambahan pula pegawai penyiasat (SP9) telah menjelaskan bahawa Mat Min Kempet dan suspek yang lain masih tidak dapat dikesan dan terdapat usaha-usaha untuk mengesan tertuduh yang lain termasuklah suspek tersebut telah dimasukkan di dalam senarai “wanted”.