Schedule
Jadual Pertama ADB 1952 27. SP2 (ahli kimia) dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa bahan kristal jernih dalam 15 paket plastik bertanda ‘HB1 – HB15’ (eksibit P10A-O) didapati mengandungi 492.8 gram Methamphetamine. Methamphetamine adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai eksibit P6. 28. Pihak Pembelaan dalam kes ini tidak mempertikaikan perbezaan berat dadah mahupun jenis dadah yang diperolehi oleh SP2, sebaliknya mempertikaikan berat yang diperolehi atas dasar bahawa alat timbangan yang digunakan oleh SP2 yang didakwa SP2 telah dikalibrasi tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan. Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa alat timbangan yang digunakan telah dikalibrasi oleh pihak ibu pejabat Jabatan Kimia Malaysia dan satu sijil kalibrasi telah dikeluarkan. Namun begitu, SP2 gagal mengemukakan sijil kalibrasi tersebut dan dakwaan SP2 bahawa alat timbangan tersebut telah dikalibrasi adalah satu dakwaan kosong semata-mata. 29. Mengenai isu alat penimbang yang dihujahkan tidak mempunyai keterangan sokongan yang ia telah dikalibrasi, pada pendapat Mahkamah ini melibatkan cara atau proses kerja yang dijalankan oleh ahli kimia iaitu SP2. 30. Mengenai isu cara/proses kerja seseorang ahli kimia, adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa seorang ahli kimia, tidak perlu memberikan cara/proses kerja di dalam makmal secara terperinci. Dalam kes Public Prosecutor v Seow Wei Hoong [2008] 5 MLJ 173, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “The principle of acceptance of the evidence of the chemist on its face value was also reaffirmed by His Lordship: On the sufficiency of the evidence of the chemist, we wish to reiterate that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless the evidence is so inherently incredible that no reasonable person can believe it to be true or the defence calls evidence in rebuttal by another expert (see Balachandran, Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492; Public Prosecutor v Lam San [1991] 3 MLJ 426; Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 265).”. [penekanan ditambah] 31. Mahkamah turut meneliti keterangan SP2 mengenai alat timbangan ini dan mendapati berdasarkan keterangan lisan beliau di Mahkamah, SP2 menyatakan bahawa tarikh alat timbang yang beliau gunakan dikalibrasi adalah pada 14.3.2022 dan juga semasa disoal balas, SP2 mengakui bahawa alat timbangan tersebut dikalibrasi oleh pihak ibu pejabat Jabatan Kimia Malaysia. Sijil kalibrasi alat timbangan tersebut juga ada disediakan dan turut mengakui bahawa SP2 tidak terlibat dengan proses kalibrasi ke atas alat timbangan yang digunakan. 32. Berkenaan isu ini, sebagaimana yang diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Seow Wei Hoong (supra) di atas, Mahkamah turut mendapati bahawa SP2 telahpun menjelaskan bahawa alat timbangan tersebut telah dikalibrasi pada 14.3.2022 dan mengakui bahawa sijil kalibrasi ada disediakan. Walaupun sijil kalibrasi tersebut tidak dikemukakan sebagai keterangan sokongan di Mahkamah sebagaimana dihujahkan oleh Pembelaan, namun begitu keterangan tentang kewujudan sijil kalibrasi tersebut tidak pernah dinafikan oleh SP2. Dalam hal ini, Mahkamah ini menerima keterangan SP2 ‘at face value’ dan tambahan pula tarikh barang kes diterima oleh SP2 adalah pada 12.4.2022 iaitu satu bulan selepas tarikh kalibrasi dijalankan. Selain itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa SP2 telah memberikan keterangan beliau mengenai analisis yang telah dijalankan dengan jujur dan professional. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu mengenai keterangan SP2 tidak disokong oleh keterangan sokongan adalah tidak bermerit. Elemen (b): OKT mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut 33. Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. 34. Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] 35. Paket-paket plastik dadah dalam beg berwarna hitam (eksibit P20) telah ditemui oleh SP4 di atas lantai dalam bilik di lokasi kejadian dalam keadaan zip beg tersebut terbuka. Di samping itu, berdasarkan keterangan SP4 juga, paket-paket plastik dadah tersebut juga ditemui di dalam bungkusan plastik keemasan bertulisan ‘GUANYINWANG Refined Chinese Tea’ (eksibit P9) yang juga semasa ditemui berada dalam keadaan terbuka sebagaimana ditunjukkan dalam gambar eksibit P3B. 36. Pembelaan yang dicadangkan pada peringkat kes Pendakwaan pula secara umumnya menafikan bahawa dadah ditemui di atas lantai bilik tersebut, sebaliknya ditemui di dalam satu beg pakaian berwarna hitam dari dalam almari pakaian di bilik tersebut. Pembelaan turut menyatakan bahawa OKT pada tarikh tersebut sebenarnya telah terlepas feri untuk balik ke rumahnya di Alor Setar yang sepatutnya berlepas dari Langkawi pada jam 11 pagi. Sehubungan itu, OKT telah menghubungi kawannya (SP5) untuk menumpang duduk di bilik sewa SP5. Pembelaan menegaskan bahawa apabila sampai di bilik lokasi kejadian, pintu bilik tersebut tidak berkunci dan OKT telah masuk dan berehat di dalamnya. Selepas itu, SP4 telah datang dan menyerbu bilik tersebut. 37. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan serta hujahan yang dikemukakan pada peringkat ini. Berdasarkan keterangan SP4, beliau dan anggota pasukan sedang menjalankan Ops Tapis dan telah menerima maklumat aktiviti dadah di lokasi kejadian. Apabila sampai di lokasi kejadian, OKT telah mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum ianya dibuka oleh OKT. SP4 mengesahkan bahawa pintu bilik tersebut bertutup dan berkunci dari dalam ketika itu. SP4 turut mengesahkan bahawa pintu bilik tersebut tidak mempunyai tombol. 38. Setelah OKT membuka pintu bilik tersebut, SP4 telah memperkenalkan diri Polis dan mendapati reaksi OKT ketika itu dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan ke atas bilik tersebut menemui beg hitam (eksibit P8) yang mengandungi dadah yang dirampas. Turut ditemui adalah satu tiket feri Langkawi Auto Express Sdn Bhd atas nama OKT (eksibit P17A-B). Keterangan SP4 juga menunjukkan bahawa semasa serbuan dilakukan, tiada orang lain di dalam bilik tersebut dan fakta ini juga tidak dinafikan oleh pihak Pembelaan. SP4 turut bersetuju bahawa tiada sebarang kunci rumah ditemui di rumah tersebut. 39. Selanjutnya, keterangan SP1 yang merupakan anak kepada pemilik rumah (pemilik rumah telah meninggal dunia pada tahun 2015) menyatakan bahawa bilik nombor 3 tersebut telah disewakan kepada seorang bernama Man dan isterinya bernama Amira. SP1 tidak dapat mengecamkan penyewa bernama Man tersebut tetapi mengesahkan bahawa bilik tersebut telah disewakan selama sebulan lebih sebelum kejadian Man ditangkap polis. SP1 tiada di lokasi kejadian semasa serbuan dilakukan, namun begitu beliau telah dimaklumkan oleh Amira bahawa suami Amira iaitu Man telah ditangkap polis di bilik tersebut. 40. Keterangan SP5 iaitu Amira (bekas isteri OKT) pula mengesahkan bahawa bilik lokasi kejadian disewa oleh beliau dan OKT dengan bayaran sewa sebanyak RM350 sebulan. Menurut SP5 semasa kejadian, beliau tiada di Langkawi dan berada di Changlun kerana urusan persandingan mereka. SP5 turut mengesahkan bahawa pada hari kejadian, OKT ada menelefon beliau dan memaklumkan yang OKT tidak jadi pulang sebaliknya akan pulang pada hari esoknya. SP5 tidak tahu tentang OKT terlepas feri pada hari kejadian tetapi pasti yang OKT memang tidak jadi pulang pada hari tersebut. SP5 juga tidak berapa ingat tentang keadaan tombol pintu tetapi tahu bahawa ada kunci untuk pintu bilik tersebut. 41. Setelah meneliti keterangan saksi-saksi Pendakwaan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa fakta semasa serbuan hanya OKT sahaja berada di dalam bilik tersebut adalah tidak dipertikaikan. Di samping itu juga, walaupun Mahkamah ini mendapati beberapa kekeliruan atas keterangan SP5 berkenaan tombol dan kunci rumah, namun begitu, keterangan SP1 mengesahkan bahawa bilik tersebut memang mempunyai satu set kunci yang telah beliau serahkan kepada penyewa. Tambahan pula, SP1 juga turut mengesahkan bahawa bilik tersebut telah disewakan kepada ‘Man’ dan isterinya Amira, yang mana walaupun SP1 tidak dapat mengecamkan OKT, tetapi fakta bahawa kemungkinan ‘Man’ itu merujuk kepada OKT yang nama penuh adalah Muhammad Asyrul Iman, dan juga berdasarkan keterangan SP5 yang beliau menyewa dan menduduki bilik tersebut bersama OKT, oleh itu adalah dapatan Mahkamah ini, pada peringkat ini inferens yang munasabah adalah ‘Man’ merujuk kepada OKT dan bilik tersebut disewa oleh OKT dan SP5. 42. Sehubungan itu, berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang menunjukkan bahawa semasa serbuan, pintu bilik berkunci dari dalam dan hanya OKT sahaja yang berada di dalam bilik tersebut, dengan keadaan barang kes dadah ditemui di atas lantai dalam keadaan terbuka dan mudah dilihat, semasa pintu bilik dibuka dan SP4 memperkenalkan diri ‘Polis’ OKT dalam keadaan mencurigakan, bilik tersebut disewa oleh OKT dan SP5, berdasarkan gambar eksibit P3C juga menunjukkan tempat dadah ditemui dekat dengan pintu bilik dan bahawa bilik tersebut merupakan sebuah bilik yang kecil (berukuran lebih kurang 10 x 15 kaki persegi), maka berdasarkan fakta-fakta tersebut di atasadalah dapatan Mahkamah ini bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas bilik tersebut dan barang kes dadah yang ditemui di dalamnya. 43. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] 44. Reaksi OKT yang kelihatan mencurigakan semasa SP4 memperkenalkan diri polis dan fakta bahawa SP4 telah mengetuk pintu beberapa kali sebelum OKT membuka pintu bilik tersebut, juga relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas. 45. Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 46. Selain itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP4 yang merupakan pegawai serbuan, dan juga SP6 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP4 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten. SP4 juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 47. Berkenaan cadangan versi Pembelaan pula, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa sehingga cadangan versi Pembelaan tersebut dibuktikan, ia kekal sebagai cadangan semata-mata (rujuk kes Ali Hosseinzadeh Bashir v. PP [2015] MLJU 2069). 48. Selanjutnya, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut (iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan bahawa OKT mempunyai pemilikan sebenar (actual possession) ke atas barang kes dadah yang dirampas dari dalam bilik tersebut. Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut 49. Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952. KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN 50. Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati pertuduhan terhadap OKT bagi pertuduhan yang dipertuduhkan terhadapnya. 51. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan tersebut. NARATIF KES PEMBELAAN 52. Pada peringkat Pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1. Pembelaan turut mengemukakan dua orang saksi Pembelaan iaitu SD2 (ibu OKT) dan SD3 (rakan OKT). 53. Keterangan OKT secara umumnya menafikan bahawa dadah yang dirampas ditemui di atas lantai bilik tersebut, sebaliknya ditemui dalam satu beg pakaian dari dalam almari di bilik tersebut. OKT turut menegaskan bahawa semasa kejadian, OKT telah terlepas feri pada hari tersebut yang sepatutnya dinaiki beliau pada jam 11 pagi. Akibatnya, OKT telah menghubungi SP5 yang merupakan rakan beliau untuk menumpang tidur dan berehat di bilik sewa SP5. Setelah SP5 memberi kebenaran, OKT telah pergi ke bilik tersebut dan tiba di sana lebih kurang pukul 2 petang. OKT telah memasuki bilik tersebut kerana pintu bilik sememangnya tidak berkunci. Setelah memasuki bilik tersebut, OKT telah tertidur sehinggalah OKT terjaga apabila mendengar seseorang mengetuk pintu bilik. OKT kemudiannya telah bergegas membuka pintu bilik dan beberapa orang lelaki telah masuk sambil memperkenalkan diri Polis. 54. OKT menegaskan bahawa semasa serbuan, OKT telah memaklumkan yang bilik tersebut bukan biliknya. Anggota polis telah memeriksa tubuh badan OKT dan tidak menemui apa-apa barang salah, tetapi anggota polis telah mengambil tiket feri dari dalam dompetnya. 55. Seterusnya, pemeriksaan polis ke atas bilik tersebut telah menemui satu beg pakaian berwarna hitam dari dalam almari pakaian di bilik tersebut, dan barang kes dadah ditemui dalam beg pakaian hitam tersebut. Menurut keterangan OKT, turut ditemui di dalam beg pakaian hitam tersebut adalah pakaian-pakaian wanita dan juga alat-alat solek wanita. 56. SD2 merupakan ibu OKT. Berdasarkan keterangan SD2, pada 1.4.2022, beliau telah dimaklumkan oleh OKT yang OKT hendak ke Langkawi untuk bertemu kawan-kawannya dan akan balik semula pada 2.4.2022. Keterangan SD2 turut menyatakan bahawa OKT sememangnya tinggal bersama beliau dan keluarganya di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah. SD2 turut mengesahkan bahawa beliau melihat sendiri yang kawan OKT dipanggil Bri (SD3) telah datang ke rumahnya dengan menaiki kereta dan mengambil OKT untuk dihantar ke jeti feri di Kuala Kedah. 57. SD3 adalah rakan dan juga jiran OKT. SD3 dan OKT telah lama berkawan dan SD3 tinggal bersama keluarga mertuanya yang juga jiran kepada OKT. Keterangan SD3 mengesahkan bahawa sehari sebelum SD3 menghantar OKT ke jeti feri Kuala Kedah, OKT telah meminta bantuannya untuk menghantar OKT ke jeti feri tersebut pada 1.4.2022. SD3 turut mengesahkan bahawa pada 1.4.2022, lebih kurang pukul 9 atau 10 pagi, SD3 telah menghantar OKT ke jeti feri Kuala Kedah sebagaimana dipersetujui. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 58. Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. 59. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] 60. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). 61. Secara keseluruhan, Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT dan saksi-saksi Pembelaan, serta telah turut menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT secara umumnya adalah bahawa semasa serbuan, OKT sedang tidur di dalam bilik tersebut dan setelah mendengar pintu diketuk, OKT telah membuka pintu bilik tersebut. Apabila dibuka pintu, beberapa orang lelaki telah masuk ke dalam bilik dan memperkenalkan diri polis. Semasa serbuan OKT telah memaklumkan bilik tersebut bukan bilik sewanya. Semasa pemeriksaan badan, polis telah menemui tiket feri di dalam dompet OKT. Anggota polis telah memeriksa satu almari pakaian di dalam bilik tersebut dan mengeluarkan satu beg pakaian berwarna hitam, yang setelah dibuka mengandungi pakaian-pakaian wanita, alat-alat solek wanita dan beg bimbit berwarna hitam (eksibit P8). Di dalam beg bimbit tersebut telah ditemui plastik bertulisan cina yang mengandungi paket-paket plastik dadah berkaitan. OKT turut menegaskan bahawa dia tidak tinggal di bilik sewa tersebut sebaliknya tinggal di Alor Janggus, Alor Setar. OKT telah memasuki Langkawi pd 1/4/2022 untuk berhibur dan sepatutnya pulang pada 2/4/2022, akan tetapi akibat terlewat bangun, OKT telah terlepas feri balik. Susulan itu, OKT telah menghubungi SP5 untuk menumpang di bilik sewanya. 62. Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT dan juga keterangan saksi-saksi Pembelaan. Mahkamah ini tidak menafikan bahawa pada peringkat Pendakwaan, cadangan bahawa dadah bukan milik OKT sebaliknya ditemui dalam satu beg dalam almari di bilik sewa tersebut telah dikemukakan sejak peringkat kes Pendakwaan lagi. 63. Dalam meneliti keseluruhan fakta kes, Mahkamah mendapati bahawa fakta bahawa OKT telah ditangkap bersendirian dalam rumah tersebut adalah tidak dinafikan. Juga bahawa semasa serbuan dilakukan, OKT yang telah membuka pintu rumah tersebut dan OKT sendiri menyatakan bahawa OKT telah membuka selak pintu rumah tersebut apabila pintu diketuk. Berdasarkan fakta ini, walaupun tiada kunci rumah dirampas mahupun isu mengenai pintu rumah mempunyai tombol atau tidak yang menjadikan pintu rumah tersebut boleh atau tidak berkunci tidak menimbulkan sebarang isu. Ini kerana jikapun pintu rumah tiada tombol atau pun tiada kunci dirampas, tetapi fakta bahawa OKT sendiri mengakui bahawa selak pintu rumah tersebut dibuka sendiri olehnya semasa serbuan, menunjukkan mana-mana individu di dalam bilik tersebut mempunyai kawalan terhadap akses kepada bilik tersebut. 64. Namun begitu, berkenaan penghuni sebenar biilik tersebut, Mahkamah ini tidak menafikan bahawa keterangan SP5 menyatakan bahawa SP5 dan OKT menduduki rumah tersebut. Dan pada hari kejadian SP5 tiada di lokasi kejadian kerana telah pulang ke Changlun untuk majlis bersanding. Pembelaan menghujahkan bahawa adalah tidak munasabah untuk SP5 menghadiri majlis bersanding dengan OKT sedangkan OKT berada di Langkawi, dan fakta bahawa OKT berada di Langkawi juga diketahui oleh SP5. 65. Setelah menilai semula seluruh keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan keterangan saksi-saksi Pembelaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan saksi-saksi pembelaan juga adalah berkemungkinan. Ini kerana SD3 mengakui telah menghantar OKT ke jeti feri untuk ke Langkawi pada 1/4/2022. SD2 juga mengesahkan bahawa OKT sememangnya menetap di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah. Berdasarkan fakta-fakta ini dan dibandingkan dengan keterangan SP5 yang menyatakan sepatutnya mereka menghadiri majlis bersanding sedangkan OKT berada di Langkawi, maka Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan saksi-saksi Pembelaan adalah juga probable ataupun berkemungkinan. 66. Oleh itu fakta bahawa OKT sebenarnya bukan menduduki bilik tersebut juga adalah berkemungkinan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan apabila SP5 menyatakan bahawa hanya terdapat beberapa pakaian kerja beliau sahaja di bilik tersebut juga adalah meragukan kerana jika SP5 memang bekerja dan tinggal di bilik tersebut, tidak mungkin hanya pakaian kerja sahaja yang ada di bilik tersebut. Malahan, fakta bahawa tiada langsung pakaian OKT dirampas bagi membuktikan OKT sebenarnya menduduki rumah tersebut juga menimbulkan keraguan atas fakta dikemukakan oleh Pendakwaan. 67. Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa keterangan SD2 dan SD3 perlu dipertimbangkan secara berhati-hati kerana SD2 adalah ibu OKT dan SD3 adalah rakan OKT. Di samping itu juga, Pendakwaan telah menghujahkan bahawa fakta berkenaan peranan SD3 tidak pernah dicadangkan oleh pihak Pembelaan semasa peringkat Pendakwaan. Oleh itu kewujudan SD3 dan keterangan diberikan beliau adalah tidak benar dan merupakan keterangan afterthought semata-mata. 68. Mahkamah telah meneliti isu ini dan mendapati bahawa walaupun fakta Bri (SD3) ini tidak pernah dicadangkan kepada mana-mana saksi Pendakwaan, tetapi fakta bahawa OKT sebenarnya telah pergi ke Langkawi sehari sebelum ditangkap, telahpun dicadangkan oleh pihak Pembelaan sejak kes Pendakwaan lagi. Maka, pada pendapat Mahkamah, fakta ini bukanlah suatu fakta yang bertentangan mahupun sesuatu yang rekaan semata-mata tetapi merupakan fakta terperinci tentang bagaimana OKT boleh berada di Langkawi pada tarikh kejadian. 69. Sehubungan itu, setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan oleh saksi-saksi Pembelaan adalah juga berkemungkinan. Ditambah dengan tiadanya bukti yang menunjukkan sememangnya OKT menduduki rumah tersebut, menjadikan versi Pembelaan bahawa sebenarnya barang kes dadah tidak ditemui di atas lantai sebaliknya ditemui dalam satu beg hitam dari dalam almari bilik tersebut juga adalah suatu fakta yang berkemungkinan. Adalah juga suatu perkara yang munasabah untuk seseorang yang hanya menumpang rumah orang lain untuk tidak membongkar atau melihat apa yang ada di dalam almari di bilik tersebut. Tambahan pula, setelah dinilai semula keterangan saksi-saksi pendakwaan, dalam hal keadaan penemuan beg berisi dadah yang meragukan, dengan tiadanya keterangan jelas mengenai apakah reaksi OKT semasa dadah ditemui, maka ia menimbulkan keraguan sama ada benar atau tidak OKT mempunyai kawalan dan pengetahuan atas dadah yang dirampas tersebut. KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 70. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan dikemukakan oleh Pembelaan dan juga Pendakwaan, bahawa pihak Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen jagaan dan kawalan serta pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah tersebut, dan telah berjaya mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya pada imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan keseluruhan kes mereka pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu, OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah perengaan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan. Bertarikh 27 Januari 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT: Ahmad Taufiq bin Baharum Tetuan Abdul Halim Said & Co.