Rayuan peguambela adalah seperti berikut:- Dengan izin Tuan, mohon dipertimbangkan sedikit faktor latar belakang OKT Tuan. OKT berusia lebih kurang 22 tahun dan 6 bulan semasa kejadian Tuan. Dan OKT merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik dan S/N xbhyHjXuKE2SodyccIN1bw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 masih bujang Tuan. Dan sebelum OKT dipertuduhkan dalam kes ini Tuan. OKT hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan yang pendapatan yang rendah Tuan. Dan OKT telah berada dalam penahanan lebih kurang setahun tujuh bulan Tuan kerana tidak dijamin Tuan. Dan tempoh penahanan ini juga telah menjadi seolah-olah satu pengajaran dan ikhtibar serta satu hukuman buat OKT juga Tuan. Dan ini merupakan kesalahan kali pertama OKT Tuan. Dan OKT telah insaf, menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang Tuan. Dan berdasarkan versi anak guam Tuan, buku 5 tersebut adalah sebenarnya kepala di tali pinggang Tuan yang dibeli semasa OKT berusia 14 tahun Tuan. Dan bagi kes ini pihak kami telah failkan 3 kes otoriti Tuan, yang akan dihujahkan dengan lebih lanjut oleh peguam bela Encik Adha. Tuan dengan izin Tuan. Tuan pihak kami failkan 3 otoriti undang-undang Tuan. Bagi menyokong permohonan kami untuk mahkamah mempertimbangkan agar OKT dapat dilepaskan dengan satu Bon berkelakuan baik dibawah Seksyen 294. Tuan, memandangkan OKT baru buat pengakuan salah pada pagi ini Tuan. Pihak kami ada salinan secara softcopy Tuan. Kami failkan ke sistem cms Tuan. Pada pagi ini S/N xbhyHjXuKE2SodyccIN1bw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Tuan. Ketiga-tiga kes undang-undang yang kami failkan ini merupakan satu kes undang-undang yang memberi keputusan Bon berkelaluan baik dibawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah. Kesalahan-kesalahan dibawah Seksyen 6 Tuan. Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya Tuan. Namun pada pagi ini OKT dipertuduhkan dibawah Seksyen 7 Tuan. Tuan, namun kami hujahkan kes-kes yang kami failkan ini adalah kes yang relevant Tuan. Memandangkan hukuman dibawah seksyen 6, dibawah Seksyen 7 merupakan hukuman yang sama Tuan. Yang mana kesalahan dibawah Seksyen 6 sepertimana yang terkandung dalam otoriti-otoriti yang kami failkan ini adalah berkait dengan or pensive weapon Tuan. Yang mana berdasarkan Seksyen 2 Tuan. Offensive weapon ini merujuk kepada, dengan izin Tuan any instrument is likely to forested Tuan. Contoh pisau Tuan yang terkandung bawah schedule yang kedua, maaf Tuan, di bawah jadual yang kedua Tuan. Dibawah Seksyen 7 yang melibatkan kesalahan OKT pada hari ni Tuan, dengan izin Tuan yang melibatkan any instrument with it used as a weapon of open is likely to course maaf Tuan itu dibawah Seksyen 6, because its hurt tu di bawah Seksyen 6. Seksyen 7 no offensive weapon classified dibawah jadual kedua Tuan. Jadi dibawah kategori yang sama Tuan. Dibawah schedule yang sama dan kami percaya kes-kes yang kami rujuk ini adalah S/N xbhyHjXuKE2SodyccIN1bw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 relevan Tuan untuk dipertimbangkan oleh mahkamah Tuan. Antara yang kami rujuk ini ialah kes Pendakwa Raya lawan Peter Arokiam [2019] MLRHU 264 Tuan. Yang mana kes ini Tuan diperingkat awalnya Mahkamah Sesyen lepas dan bebas rayuan dibuat ke Mahkamah Tinggi dipanggil untuk bela diri dan akhirnya Mahkamah Sesyen melepaskan dengan satu Bon berkelakuan baik Tuan dan mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan Tuan dan rayuan mitigasi oleh Responden iaitu OKT Tuan bahawa hukuman dibawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah ini sewajarnya diberikan Tuan. Begitu juga kes Pendakwa Raya lawan Mohd Firdaus Mohd Fuad [2022] MLRHU 1269 Tuan. Yang mana mahkamah membenarkan satu hukuman berbentuk Bon Tuan dibawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah Tuan. Yang mana mahkamah antaranya menyatakan dalam kes ini dengan izin Tuan pada perenggan ke 34, There is no evidence that he was acting in fattening manner yang mana OKT kami juga dalam kes pada pagi ini Tuan, tidak bertindak dalam keadaan yang membahayakan pada sesiapa pun ketika serbuan dibuat Tuan. Dan beliau tidak menggunakan pun buku 5 yang dipertuduhkan pada hari ini. Ini hanya dijumpai oleh pihak polis. Tuan, seterusnya kes Mohd Solihin Abdul Rahman lawan Pendakwa Raya [2018] MLRHU 758 Tuan, mahkamah juga membenarkan satu hukuman Bon bawah Seksyen S/N xbhyHjXuKE2SodyccIN1bw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 294 Kanun Tatacara Jenayah untuk Seksyen 6 Tuan. Kesalahan di bawah Seksyen 6 yang mana mahkamah mengambil pertimbangan bahawa. Dengan izin Tuan pada perenggan 19 Tuan, the court on analysis the sentence of 5 years imprisonment was too hard and crushing in sentenced time of case dan mahkamah juga mengambil kira tidak ada unsur bahaya Tuan ke atas penggunaan senjata Tuan. Yang mana dalam kes yang dirujuk sebentar tadi Tuan, mahkamah menyatakan neither was there any proof of there was a proof of a robbery earlier and the weapon wasn’t used and its wasn’t nothing blood stain yang menunjukkan Tuan senjata ini pun tidak digunakan ketika rompakan. Dan seterusnya Tuan, pengakuan OKT ni telah menjimatkan masa semua pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini. Dan pihak kami sekali lagi dengan rasa rendah diri Tuan, agar dipertimbangkan satu Bon berkelakuan baik Tuan dibenarkan terhadap anak guam kami Tuan. Terima kasih Tuan.