Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO: AB-44-6-02/2026 MUHAMMAD AZEEM BIN ABDUL RAHMAN [NO. KP: 021108-08-1141] … PEMOHON
AB-44-6-02/2026
High Court of Malaysia16 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO: AB-44-6-02/2026 MUHAMMAD AZEEM BIN ABDUL RAHMAN [NO. KP: 021108-08-1141] … PEMOHON
1
PENDAKWA RAYA … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah suatu permohonan oleh Pemohon agar surat permohonan daripada peguam Pemohon Tetuan Naran Singh & Co bertarikh 20.6.2025 yang ditulis kepada Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar dan surat jawapan daripada Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar bertarikh 26.6.2025 dibenarkan untuk dikemukakan di Mahkamah Tinggi sebagai keterangan baru semasa pendengaran rayuan pPemohon di Mahkamah Tinggi di bawah nombor Rayuan Jenayah AB-42JSKS-3-06/2025.
2
Mahkamah ini telah mendengar permohonan ini dan memutuskan untuk menolak permohonan Pemohon atas alasan apa yang ingin dimasukkan sebagai keterangan baru ini adalah merupakan surat menyurat antara peguam dan Mahkamah selepas perbicaraan. Sekiranya ada terdapat kecacatan atau ketidakaturan keterangan di S/N WpGQgX7rukqSG/YmuGll8w dalam perbicaraan, maka rujukan haruslah dibuat kepada Nota Keterangan dan CRT Mahkamah.
3
Afidavit sokongan bagi permohonan ini telah diikrarkan oleh peguam pemohon sendiri iaitu Dato’ Naran Singh a/l Asa Singh yang telah dilantik mewakili pemohon di dalam rayuan di Mahkamah Tinggi.
4
Peguam berpendapat terdapat prosedur undang-undang telah tidak dipatuhi semasa perbicaraan kes pemohon dan seorang lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar kerana semasa seorang saksi memberi keterangan melalui sidang video secara zoom, Pemohon dan seorang lagi tertuduh tidak dapat melihat doktor berkenaan memberi keterangan.
5
Peguam telah menulis kepada Hakim Mahkamah Sesyen meminta penjelasan mengenai perkara ini melalui surat bertarikh 20.6.2025 yang ditanda sebagai eksibit “DNS-1” di dalam afidavit sokongan. Kandungan surat tersebut menyatakan: “Yang Arif Puan Hakim, pihak kami telah diarahkan oleh anakguam kami bahawa pada tarikh saksi iaitu Doktor Yong Voon Wei memberi keterangan di Mahkamah, beliau berada di England dan pihak kami ingin mendapatkan pengesahan berikut:- 1) Semasa saksi ini memberi keterangan, beliau berada di England dan saksi ini telah memberi keterangan melalui Zoom; S/N WpGQgX7rukqSG/YmuGll8w 2) Pada masa saksi ini memberi keterangan, Yang Arif Puan Hakim yang mendengar kes ini berada di Kamar beliau; 3) Kedua-dua Peguambela OKT-OKT tersebut diatas berada dalam satu bilik; dan 4) Kedua-dua OKT berada di kandang saksi semasa bicara kes ini. Yang Arif Puan, pihak kami berharap pihak Yang Arif dapat memberi maklum balas berkenaan perkara ini dengan kadar yang secepat mungkin.”
6
Jawapan telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen melalui surat bertarikh 26.6.2025 yang ditandakan sebagai eksibit “DNS-2”. Kandungan jawapan Hakim Mahkamah Sesyen menyatakan: “2. Berhubung dengan pertanyaan Peguam, adalah dimaklumkan seperti berikut:-
1
Saksi Doktor Yong Voon Wei tidak pernah memberi keterangan kerana beliau tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
2
Pada tarikh 23.7.2024 saksi yang dipanggil memberi keterangan secara zoom adalah Doktor Nur Syazwin Binti Sies memandangkan ketika itu beliau berada di England.
3
Ketika sesi zoom tersebut Puan Hakim mendengar kes di dalam kamar manakala pihak pembelaan menggunakan bilik JSKK. S/N WpGQgX7rukqSG/YmuGll8w
4
Kedua-dua OKT berada didalam kandang orang salah semasa sesi zoom tersebut.”
7
Kandungan kedua-dua surat yang dieksibitkan sebagai “DNS-1” dan “DNS-2” inilah yang hendak dimasukkan oleh peguam Pemohon sebagai keterangan baru semasa pendengaran rayuan Pemohon di Mahkamah Tinggi.
8
Setelah meneliti hujahan pihak-pihak, mahkamah ini berpendapat bahawa kedua-dua surat ini telah ditulis oleh peguam Pemohon selepas perbicaraan dan tidak merupakan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan.
9
Mahkamah ini berpendapat bahawa sebarang ketidakpatuhan prosedur atau salah arah semasa perbicaraan termasuk keberadaan Pemohon dan satu lagi tertuduh semasa perbicaraan dapat disaksikan melalui CRT dan juga nota keterangan yang disediakan oleh Mahkamah Sesyen. Persoalan samada Pemohon dan seorang lagi tertuduh dapat melihat atau tidak dapat melihat sesi sidang video secara zoom semasa Doktor Nur Syazwin Binti Sies memberikan keterangan dari England juga boleh terjawab melalui CRT dan juga nota keterangan yang disediakan tersebut.
10
Atas alasan tersebut, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak permohonan Pemohon untuk memasukkan kedua-dua surat tersebut. S/N WpGQgX7rukqSG/YmuGll8w Bertarikh pada 3.6.2026. SYED FAISAL BIN SYED AMIR Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping Perak Darul Ridzuan Peguam bagi pihak Pemohon : Dato’ Naran Singh a/l Asa Singh [TETUAN NARAN SINGH & CO.] Peguam bagi pihak Responden : TPR Sally Chay Mei Ling [JABATAN PEGUAM NEGARA]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.