(iv) memandangkan Hartanah tersebut pada ketika itu masih belum dipecah bahagian dan/atau dipecah sempadan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara, Plaintif bersama-sama dengan pemilik-pemilik berdaftar bersama Hartanah tersebut pada ketika itu, termasuk ibu Defendan, telahpun bersetuju dengan pembahagian petak, keluasan tanah dan lokasi pembinaan rumah kediaman masing-masing di atas Hartanah tersebut. Dalam hal ini, setelah Hartanah tersebut dibuat pengukuran oleh Jurukur Tanah Berlesen Prismatic Survey Sdn. Bhd. didapati bahagian petak Plaintif, keluasan tanah Plaintif 3,607.2557 kaki persegi dan lokasi pembinaan rumah kediaman Plaintif di atas Hartanah tersebut pada masa sekarang adalah tetap sama dengan bahagian petak Plaintif, keluasan tanah Plaintif 3,607.2557 kaki persegi dan lokasi pembinaan rumah kediaman Plaintif di atas Hartanah tersebut seperti mana yang telah dipersetujui oleh semua pemilik berdaftar bersama Hartanah tersebut sebelum ini; dan