one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) and two previous convictions under section 31A, is found guilty of an offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years, and he shall also be punished with whipping of not more than three strokes”. [15] Pengakuan salah Tertuduh sudah tentu menjadi aspek pertama yang diambil kira sebelum hukuman dijatuhkan kepada Tertuduh supaya hukuman tersebut dapat diringankan kerana pengakuan salahnya menjimatkan masa mahkamah dan semua pihak. Dalam kes Nor Azuwan Hafifi Md. Akhir v. PP (2022) 1 LNS 2182, Mahkamah Rayuan telah merujuk kes Bachik Abdul Rahman v. PP (2004) 2 CLJ 572 dalam m/s 583 mengenai pengakuan salah Tertuduh yang boleh diterima bagi meringankan hukumannya, di mana Augustine Paul HMR menyatakan, "The position in law is that it is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The discount that is given is normally a reduction of the sentence by about a third of what would otherwise have been imposed." [16] Dalam kes di sini, hukuman minima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah telah dinyatakan dalam peruntukan Seksyen 39C(1) itu sendiri iaitu 5 tahun pemenjaraan dan sebatan di antara 1 hingga 3 kali. Oleh itu, Mahkamah tidak perlu menggunakan kadar pengurangan 1/3 sebagaimana kes di atas. [17] Selanjutnya, Augustine Paul juga menyatakan bahawa pengakuan salah semata-mata tidak seharusnya menjadi satu-satunya asas untuk memberikan keringanan hukuman kerana Mahkamah juga perlu melihat kepada tahap kekerasan (severity) sesuatu kesalahan atau rekod kesalahan lampau yang boleh mengatasi nilai pengakuan salah tersebut, kerana pada akhirnya Mahkamah perlu memberi penekanan kepada kepentingan awam. Katanya, "One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” [18] Ini bermakna, walaupun Tertuduh telah mengaku salah, Mahkamah juga perlulah melihat kepada faktor lain yang melingkari kes ini iaitu sabitan lampau Tertuduh, kekerapan kes sebegini di Mahkamah dan kepentingan awam secara amnya hendaklah diutamakan. Tentang bagaimana menentukan tempoh masa pemenjaraan pula, Mahkamah Rayuan tersebut menyatakan: "...The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case.” [19] Justeru, dalam menentukan tempoh hukuman pemenjaraan, selain pengakuan salah Tertuduh dan rekod sabitan lampaunya, Mahkamah juga mempertimbangkan kronologi perjalanan prosiding kes ini dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan. Hal ini kerana, untuk membolehkan perbicaraan diteruskan, pihak pendakwaan perlu menyediakan dokumen-dokumen untuk dikemukakan, mempersiapkan saksi-saksi pendakwaan termasuk penyediaan penyata saksi dan Mahkamah juga perlu merekodkan kesemua keterangan semasa perbicaraan. Dengan kata lain, kes ini bukan hanya tentang Tertuduh, tetapi semua pihak yang berkaitan. Oleh itu pengakuan salah Tertuduh tidak secara automatik membolehkan hukuman minima. [20] Dalam kes ini, Mahkamah mengambil kira Tertuduh telah melengahkan pengakuan bersalahnya sehingga hampir 2 tahun, iaitu bermula daripada tarikh pertuduhan dibacakan kali pertama pada 5-7-2023 sehinggalah tarikh terakhir ditetapkan perbicaraan pada 17-4-2025 iaitu setelah Mahkamah mendengar keterangan 2 orang saksi pendakwaan. Saksi terakhir pendakwaan iaitu Pegawai Penyiasat juga telah sedia dengan penyata saksinya. Sepanjang tempoh ini, Tertuduh telah diberikan masa untuk mendapatkan peguambela dan mendapatkan nasihat perundangan yang sewajarnya dengan melihat semula dokumen-dokumen pendakwaan yang dibekalkan kepadanya. Namun Tertuduh akhirnya tetap mahu meneruskan perbicaraan. Mahkamah telah memberikan masa yang cukup lama untuk Tertuduh membuat pertimbangan. [21] Pengakuan salah yang dibuat ini menunjukkan sememangnya Tertuduh telah melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan, tetapi sengaja melewat-lewatkan pengakuan salah itu hingga ke tarikh yang terakhir. Perlakuan Tertuduh ini telah menyebabkan kerugian masa dan kos kepada semua pihak. Jika Tertuduh mengaku bersalah sedari awal, sudah tentu masa dan kos ini dapat dijimatkan dengan lebih baik lagi. Oleh itu Mahkamah memutuskan hukuman minima terhadap Tertuduh di sini tentulah tidak sama dengan hukuman minima terhadap tertuduh-tertuduh lain yang mengaku salah pada tarikh pertama pertuduhan dibacakan atau seawal yang mungkin sebelum perbicaraan bermula. Jika kebiasaan hukuman bagi kes yang sama, yang mana Tertuduh mengaku salah sebelum perbicaraan bermula adalah penjara 5 tahun bermula dari tarikh tangkap, maka Tertuduh di sini tidak layak mendapatkan hukuman yang sama seeprti itu kerana Tertuduh di sini tidak mengaku salah sebelum perbicaraan bermula. [22] Mahkamah juga telah mempertimbangkan rekod sabitan lampau Tertuduh mengandungi hanya 2 kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 pada tahun 2015 dan 2021, tiada sabitan lampau yang lain. [23] Mahkamah selanjutnya mendapati Tertuduh bersalah, mensabitkan Tertuduh bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) di mana hukumannya adalah Seksyen 39C(1) ADB 1952 dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama, menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun daripada tarikh hukuman iaitu 17-4-2025 dan 1 kali sebatan serta 2 tahun pengawasan selepas pemenjaraan. Selanjutnya eksibit dikembalikan kepada pendakwaan untuk pelupusan selepas uplod dalam sistem. Bertarikh 21-4-2025 ……………………………………….. Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor Darul Ehsan Pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tingkat 4 Podium Utara, Bangunan Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam, Selangor Pihak Pembelaan: Rayuan difailkan melalui Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Kajang, Selangor