Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-8605-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD EKHWAN BIN MOHD YUSRI [NO K/P: 010803-14-0023] ALASAN PENGHAKIMAN
WA-83-8605-08/2022
Magistrates Court of Malaysia4 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“51. Mahkamah merujuk kepada kes MAT V. PP [1963] MLJ 263. Di dalam kes ini Suffian J telah menggariskan beberapa panduan kepada Mahkamah dalam membuat keputusan iaitu: S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg **Note : Serial number will be used to verify the originality”
“18. Dalam mempertimbangkan intipati ini, mahkamah merujuk kepada kes LIM CHIN POH V. PP [1969] SMCU 92; [1969] 1 LNS 92 di mana mahkamah memutuskan: “In my opinion the expression driving in a manner which is dangerous to the public indicates some dangerous act or manoeuvre on the part of the driver of”
“64. Mahkamah telah mengambil kira trend bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika g”
“end bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika gagal bayar penjara 6 bulan dan lesen”
“engambil kira trend bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika gagal bayar penjara 6”
“3. PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika gagal bayar 12 bulan penjara. Tertuduh hilang kelayakan untuk memandu”
“3. PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika gagal bayar 12 bu”
“3. PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika”
“ipada tarikh jatuh hukum. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 PP lwn. Muhammad Nasri bin Ahmed Jalaludeen [2025] MLJU 32 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan, dan denda RM7000 gagal bayar 6 bulan penjara, dan lesen digantung sela”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-8605-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD EKHWAN BIN MOHD YUSRI [NO K/P: 010803-14-0023] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh, Muhammad Ekhwan Bin Mohd Yusri (selepas ini dirujuk sebagai OKT) telah dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pertuduhan OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 13.12.2021 jam lebih kurang 2235 Hrs di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur dalam kawasan Wilayah Persekutuan dapati kamu sebagai penunggang motosikal no. pendaftaran VDS 2091 jenis Yamaha LC 135 telah menunggang motosikal tersebut S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg di atas jalan raya dan gagal berhenti semasa lampu isyarat merah yang membahayakan kepada awam dan menyebabkan kematian kepada pembonceng motosikal nama: Kamarulariffin Bin Mohd Kamal (no K/P: 051124-14-0065) dan oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hukuman: Denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.
2
Dalam membuktikan pertuduhan ini terhadap OKT, pihak Pendakwaan telah mengemukakan 9 orang saksi iaitu: - SP1- Muhammad Ikhram bin Omar (Saksi awam/ pemilik Dashcam) SP2- Mohamad Haizal bin Mohd Johar (Penolong Pegawai Perubatan) SP3- Muhammad Saifullah bin Anuar (Anggota Inkuiri) S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg SP4- Konstabel Juzaili Adli bin Sulong (Standby kemalangan) SP5-Farid Aizat bin Ismail (Jurugambar) SP6- Ahmad Danish Faqih bin Abdullah (Waris mangsa) SP7- Muhammad Isha bin Rahmatullah (Saksi awam/pemandu Bezza) SP8- Dr Nur Hanin binti Zainal Abidin (Pegawai Perubatan Forensik) SP9- Insp Mohd Shariaat bin Abdul Rahman (Pegawai
3
Kes ini di peringkat pendakwaan telah didengar oleh Majistret terdahulu yang telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara. Saya diarahkan meneruskan kes ini diperingkat pembelaan. Saya telah meneruskan bicara kes ini dengan bergantung kepada nota keterangan yang telah disediakan oleh Puan Majistret terdahulu dan juga rujukan kepada Sistem Rakaman Audio Video Mahkamah (RVT). Saya telah menyemak rakaman tersebut, dan dapat melihat suasana perbicaraan serta demeanor saksi-saksi yang telah memberikan keterangan. Memandangkan Mahkamah sebelum ini telah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT, maka tugas Mahkamah pada hari ini adalah S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg untuk meneliti sama ada keterangan pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah pada kes ini.
4
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah telah mensabitkan OKT di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun dari tarikh sabitan 4.7.2025, denda RM25,000 jika gagal bayar 12 bulan penjara, catitan sabitan seksyen 41 APJ direkodkan pada lesen memandu OKT dan OKT juga hilang kelayakan daripada mendapatkan lesen memandu selama 5 tahun dari tarikh sabitan 4.7.2025.
5
RINGKASAN FAKTA KES PENDAKWAAN Pada 3.12.2021 jam lebih kurang 10:35 malam, satu kemalangan maut telah berlaku di Jalan Sentul Pasar di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
6
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC no. pendaftaran VDS 2091 yang dipandu OKT dan dibonceng oleh mangsa yang bernama Kamarulariffin bin Mohd Kamal (No. K/P: 051124-24-0065) (selepas ini dirujuk sebagai “mangsa”) dan S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg sebuah motokar jenis perodua Bezza no pendaftaran Q 9786 yang dipandu Muhammad Ishaa bin Rahmatullah (SP7).
7
Semasa kejadian, OKT sedang menunggang motosikal VDS 2091 jenis Yamaha LC yang mana motosikal tersebut turut dinaiki mangsa sebagai pembonceng.
8
Apabila tiba di satu tempat pusingan U dan lampu isyarat di laluan OKT menunjukkan lampu merah, OKT telah meneruskan pusingan U serta terus memasuki lorong paling kiri. Akibat tindakan OKT, satu kereta Perodua Bezza yang dipandu SP7 di laluan yang dimasuki OKT telah melanggar motosikal OKT menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal OKT dan meninggal dunia.
9
Ketika kejadian, lampu isyarat di laluan SP7 adalah lampu hijau.
10
Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
11
OKT telah dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 13 (Trafik) Kuala Lumpur pada 29.8.2022 di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
12
Mahkamah ini merujuk kepada kes PP V. WAN KHAIRIL WAN ISA [2007] 9 CLJ 557 yang menyenaraikan intipati kesalahan di bawah s. 41(1) APJ: “[5] The essential ingredients then of the offence created under s. 41(1) of the Act are:
a
a person who,
b
by driving a motor vehicle recklessly;
c
or by driving a motor vehicle at a speed; or
d
by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public;
e
causes the death of a person shall be guilty of an offence...”
13
Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan, pertuduhan terhadap OKT adalah berdasarkan limb ketiga iaitu “by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public”.
14
Maka, elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini adalah seperti berikut: - a. Bahawa OKT adalah penunggang motosikal no pendaftaran VDS 2091 semasa kejadian; b. OKT memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya secara merbahaya tanpa mengendahkan suasana dalam keadaan (bentuk-bentuk, kegunaan jalan dan juga kesibukan di atas jalan raya yang boleh dijangkakan); dan c. Tindakan pemanduan OKT telah menyebabkan kematian Mangsa. Elemen 1: Bahawa OKT adalah penunggang motosikal VDS 2091 semasa kejadian;
15
Fakta OKT adalah penunggang motosikal VDS 2091 jenis Yamaha LC 135 ketika adalah tidak dipertikaikan. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
16
Repot /Trafik/Kuala Lumpur/ 71132/21 iaitu P3, Repot/Trafik/ Kuala Lumpur/ 71144/21 iaitu P5 dan Repot Trafik Kuala Lumpur/ 71149/21 iaitu P6 mengesahkan kemalangan berlaku pada 13.12.2021 jam lebih kurang 10:35 malam di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur melibatkan motosikal ditunggang OKS iaitu VDS 2091 jenis Yamaha LC 135 dan motokar jenis Perodua Bezza Q 9786 yang dipandu SP7.
17
Justeru, elemen pertama ini telah dipernuhi. Elemen kedua: OKT memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya secara merbahaya tanpa mengendahkan suasana dalam keadaan (bentuk-bentuk, kegunaan jalan dan juga kesibukan di atas jalan raya yang boleh dijangkakan)
18
Dalam mempertimbangkan intipati ini, mahkamah merujuk kepada kes LIM CHIN POH V. PP [1969] SMCU 92; [1969] 1 LNS 92 di mana mahkamah memutuskan: “In my opinion the expression driving in a manner which is dangerous to the public indicates some dangerous act or manoeuvre on the part of the driver of a vehicle, eg, overtaking a S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg vehicle on the wrong side of it, or overtaking in the face of oncoming traffic or overtaking when unable to see oncoming traffic, or crossing a junction against traffic light, and so on. There must be some positive act on the part of the driver which is dangerous having regard to all circumstances.”
19
Mahkamah mendapati OKT dan mangsa berada di satu persimpangan yang dibenarkan membuat pusingan U. Namun, semasa kejadian lampu isyarat di laluan OKT adalah merah. Manakala, SP7 berada di jalan lurus dan lampu isyarat adalah hijau.
20
Keterangan ini disokong sepenuhnya dengan satu rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) iaitu eksibit P1 dari saksi mata iaitu SP1 yang berada di laluan yang sama dengan OKT dan keterangan SP1 yang konsisten dengan rakaman tersebut/
21
Ketika SP7 yang memandu kenderaan Perodua Bezza Q 9786 sedang memandu di laluan sahnya, SP7 melihat OKT yang menunggang motosikal telah membuat pusingan U lalu terus masuk ke lorong paling kiri. SP7 yang terkejut dengan keadaan tersebut juga cuba mengelak dengan memandu ke lorong kiri. Akibat dari S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg tindakan OKT membuat pusingan U secara merbahaya apabila mengabaikan lampu isyarat merah telah mengakibatkan kenderaan Perodua Bezza Q 9786 SP7 melanggar motosikal OKT.
22
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan yang menyatakan OKT sebagai penunggang motosikal mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap motosikalnya. OKT sepatutnya berhenti di lampu isyarat dan bukannya meneruskan pemanduannya di pusingan U.
23
Ketika kejadian, lampu isyarat di laluan SP7 adalah hijau maka hak untuk meneruskan perjalanan adalah SP7 dan bukannya
24
Maka, mahkamah mendapati elemen kedua ini telah dipenuhi kerana tindakan OKT tidak membuat pusingan U dengan mengabaikan lampu isyarat merah adalah pemanduan yang berbahaya tanpa mengendahkan suasana dalam keadaan. Elemen 3: Tindakan pemanduan OKT telah menyebabkan kematian mangsa S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
25
Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah tercampak sejauh 3-meter daripada motosikal OKT dan maut di tempat kejadian.
26
Mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat yang dijalankan SP8. Laporan bedah siasat iaitu eksibit P9 mengesahkan punca kematian mangsa adalah severe head injury consistent with road traffic incident.
27
Justeru, elemen ketiga ini juga telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan.
28
Setelah membuat pertimbangan maksima terhadap kesemua bukti-bukti dokumentari, keterangan saksi-saksi Pendakwaan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT dan OKT telah diarah untuk membela diri. Semasa peringkat pembelaan, pihak Pembelaan telah memanggil 2 saksi iaitu OKT (SD1) yang memberi keterangan bersumpah dari S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg kandang saksi dan rakan OKT bernama Nurul Ain Fatihah Binti Azmi (SD2).
29
OKT telah mengangkat sumpah dan memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi.
30
Pada tarikh kejadian jam lebih kurang 9 malam, OKT yang menunggang motosikal VDS 2091 jenis Yamaha LC 135 telah mengambil mangsa di Taman Koperasi Fasa 2 kerana ingin bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa.
31
OKT mengesahkan mangsa adalah rakannya yang berumur 16 tahun.
32
Selain OKT dan mangsa, terdapat dua lagi rakannya iaitu Akmal penunggang satu lagi motosikal dan pembonceng nama Fatihah iaitu SD2.
33
OKT menyatakan pada waktu tersebut, OKT membonceng mangsa. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
34
OKT nampak helmet yang dipakai oleh mangsa iaitu helmet biru jenis SGV modal tidak pasti, tidak mempunyai klip dan hanya mempunyai tali sahaja.
35
OKT menunjukkan cara mangsa memakai helmet tersebut dengan hanya menyelitkan tali helmet di pipi mangsa sahaja.
36
OKT juga menyatakan mangsa tidak memegang handle pembonceng di bahagian belakang.
37
OKT menyatakan sampai sahaja di tempat kejadian iaitu pusingan-U, mangsa menyuruh OKT meneruskan pusingan dengan mengatakan “jalan je…jalan je”. Apabila ditanya oleh pembelaan mengapa mangsa minta OKT teruskan pusingan U, OKT menjawab “Dia nak cepat, saya ada hal lain malam tu”.
38
OKT mengesahkan ketika kejadian trafik agak sibuk namun cuaca baik.
39
OKT menyatakan ketika sedang buat pusingan U, OKT mula nampak kenderaan SP7 melalui cermin sisinya. OKT cuba mengelak dengan masuk ke laluan kiri jalan selepas pusingan-U namun kenderaan SP7 juga dipandu ke arah kiri jalan S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg menyebabkan kenderaan SP7 melanggar motosikal yang ditunggang OKT bersama mangsa.
40
OKT menyatakan kenderaan Bezza tidak brek apabila nampak OKT membuat pusingan U.
41
OKT mengesahkan pelanggaran tersebut kuat menyebabkan OKT tercampak ke jalan manakala mangsa tercampak ke cermin hadapan kenderaan SP7.
42
Selepas pelanggaran, OKT dalam jarak 5-6 meter dari mangsa terus pergi ke arah mangsa namun dihalang orang awam kerana takut mangsa mengalami patah atau kecederaan dalaman. OKT juga nampak helmet mangsa telah terbuka.
43
OKT mengesahkan telah biasa melalui Jalan Sentul Perdana dengan kekerapan melaluinya sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
44
OKT menjelaskan 2 minggu sebelum tarikh kemalangan, lampu isyarat di situ tidak berfungsi. OKT akan membuat pusingan-U dengan cara melihat kenderaan di laluan bertentangan.
45
OKT menyatakan jika kenderaan Bezza tersebut brek, kemungkinan besar pelanggaran tidak kuat dan sekurang-kurangnya si mati tidak maut di tempat kejadian. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
46
SD2 bernama Nurul Ain Fatihah Binti Azmi merupakan pembonceng kepada satu lagi motosikal milik kawan OKT bernama Akmal.
47
SD2 mengesahkan penama Akmal kini adalah bekas teman lekakinya.
48
SD2 mengesahkan semasa kejadian berlaku, motosikal yang dibonceng SD2 berada di belakang motosikal OKT.
49
Semasa pelanggaran berlaku, SD2 menutup mata kerana terkejut.
50
SD2 tidak ingat kemalangan berlaku jam berapa namun kemalangan di Jalan Sentul. SD2 juga telah ditunjukkan dengan video rakaman kamera papan pemuka (“Dashcam”) kejadian dan SD2 mengesahkan OKT yang menunggang motosikal telah membuat pusingan U sebelum kemalangan berlaku.
51
Mahkamah merujuk kepada kes MAT V. PP [1963] MLJ 263. Di dalam kes ini Suffian J telah menggariskan beberapa panduan kepada Mahkamah dalam membuat keputusan iaitu: S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg “If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt….. Convict.
b
If you accept explanation…… Acquit.
c
or believe the accused’s If you do not accept or believe the accused’s explanation, do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict
e
If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt…… Acquit”. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
52
Mahkamah telah meneliti pembelaan secara terperinci dan mendapati perkara utama yang diketengahkan OKT adalah tentang mangsa yang menyuruh OKT terus membuat pusingan, mangsa tak pakai helmet dan kenderaan SP7 yang tidak brek.
53
Mahkamah telah mempertimbangkan pembelaan OKT dan menilainya bersama-sama dengan kesemua keterangan pendakwaan atas prinsip “totality of evidence”.
54
Mahkamah tidak bersetuju dengan naratif OKT yang mengatakan mangsa yang menyuruh OKT membuat pusingan U sedangkan OKT yang menunggang motosikal dan mempunyai kawalan penuh ke atas motosikalnya. Mangsa dalam kes ini telah meninggal dunia. Maka, penceritaan OKT ini seolah-oleh menyalahkan mangsa sedangkan mangsa hanyalah pembonceng. Bagaimana mangsa ingin membela dirinya jika Mahkamah mempercayai versi OKT ini?
55
Mahkamah juga mendapati tiada keterangan lain yang menunjukkan adanya kemungkinan lain kepada pelanggaran tersebut berlaku. Rakaman video kamera papan pemuka S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg (dashcam) iaitu eksibit P1 disokong keterangan SP1 dan keterangan SP7 mengesahkan OKT telah membuat pusingan-U ketika lampu isyarat di laluannya merah.
56
Selain itu, mahkamah mendapati faktor helmet mangsa yang tidak mempunyai klip (tali tidak dipasang dengan sempurna) dan tindakan SP7 yang tidak brek sebelum pelanggaran bukanlah satu perkara yang boleh menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
57
Sekiranya mangsa memakai helmet yang mempunyai klip yang sempurna dan SP7 brek sebelum pelanggaran, adakah kemalangan dapat dielakkan? Mahkamah berpendapat kemalangan tetap akan berlaku disebabkan pemanduan berbahaya OKT yang telah membuat pusingan U di laluan yang sah kenderaan
58
Selain itu, adakah tindakan OKT selepas pusingan U dengan menunggang motosikal ke arah laluan kiri jalan merupakan pemanduan yang berbahaya? Tindakan OKT ini adalah tidak wajar sama sekali kerana motosikal OKT bersaiz kecil jika dibandingkan S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg dengan kenderaan SP7 iaitu sebuah Perodua Bezza. Sekiranya OKT selepas pusingan U masih kekal di laluan paling kanan, sudah tentu impak pelanggaran berkurangan kerana Perodua Bezza telah mengambil langkah selamat dengan menukar pemanduan ke laluan kiri jalan.
59
OKT juga gagal mengambil kira keadaan lampu isyarat sebelum membuat pusingan U. mahkamah mendapati tiada penjelasan lanjut diberikan dalam pembelaan OKT mengapa ingin membuat pusingan U di isyarat lampu merah dan mengapa OKT mengelak ke kiri jalan selepas pusingan U. Mahkamah mendapati OKT tidak memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap laluan kenderaan SP7 sebelum bertindak sedemikian.
60
SD2 juga merupakan saksi berkepentingan kerana merupakan rakan OKT dan ketika kejadian SD2 telah menutup matanya kerana terkejut dan tidak melihat bagaimana pelanggaran berlaku. Justeru, keterangan SD2 tidak menyokong kesemua pembelaan OKT. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
61
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
62
Peguambela yang terpelajar dalam hujahan mitigasinya menyatakan semasa kejadian OKT berusia 20 tahun, bagi maksud usia itu, OKT merupakan pesalah muda yang dapat dipertimbangkan hukuman dibawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah. Sebelum dituduh, OKT telah memasuki kem asas parajurit dan OKT terpaksa melalui Lembaga Tatatertib selepas dituduh menyebabkan OKT dikeluarkan dari kem. Kini OKT dalam usia 24 tahunnya masih lagi mempunyai peluang untuk menjadi parajurit. OKT kini berkerja sebagai juruteknik dengan pendapatan RM1800. Pembelaan mohon OKT dikenakan hukuman dibawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah.
63
TPR terpelajar pula dalam hujahan pemberatan telah berhujah seperti berikut: i. Tindakan OKT menyebabkan mangsa hilang nyawa; S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg ii. Kematian manga memberi kesan dan trauma kepada keluarga mangsa; iii. Tindakan cuai OKT membuat pusingan U tanpa langkah keselamatan dan OKT perlu bertanggungjawab ke atas kemalamgan ini; iv. Kematian mangsa dapat dielakkan jika OKT mematuhi undang-undang (lampu isyarat). Mangsa dalam kes ini telah tercampak dan terseret; v. Tiada penyesalan dari OKT kerana OKT tidak membuat laporan polis secara sukarela; vi. Mangsa masih remaja berusia 16 tahun; vii. Mangsa iaitu pembonceng tidak mempunyai kawalan terhadap motosikal yang ditunggang OKT; viii. Kejadian berlaku di laluan awam di jalan utama. Tindakan OKT telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain; dan ix. Hukuman Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah digubal bagi melindungi nyawa pengguna jalan raya. Kelakuan cuai tidak boleh dipandangan ringan. Hukuman berat perlu diberikan. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
64
Mahkamah telah mengambil kira trend bagi kesalahan ini bagi suatu perbicaraan penuh: PP lwn. Darvin Raj [2024] 1 SMC 133; [2023] MLJU 2449 Penjara 3 tahun dan denda RM8,000 terhadap OKT. PP lwn. Rahimi bin Abu Samad [2023] SMCU 69; [2023] MLJU 634 Penjara 3 tahun bermula dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika gagal bayar penjara 6 bulan dan lesen OKT dibatalkan bagi tempoh 3 tahun dari tarikh sabitan.
3
PP lwn. Zamzury Anuar bin Zakaria [2024] SMCU 64; [2024] MLJU 447 Penjara 36 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM7,000 gagal bayar 7 bulan penjara PP lwn. Ku Kheng Choong [2024] MLJU 2832 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6000 jika gagal bayar 12 bulan penjara. Tertuduh hilang kelayakan untuk memandu selama 3 tahun bermula daripada tarikh jatuh hukum. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg PP lwn. Muhammad Nasri bin Ahmed Jalaludeen [2025] MLJU 32 Penjara 3 tahun dari tarikh sabitan, dan denda RM7000 gagal bayar 6 bulan penjara, dan lesen digantung selama 3 tahun dari tarikh
65
Walaupun rujukan trend kes di atas adalah sebelum pindaan hukuman Seksyen 41(1) yang telah dikuatkuasa pada 23.10.2020 (sebelum ini hukuman adalah penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit), trend ini telah memberikan panduan kepada Mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman.
66
Setelah Mahkamah ini mendengar dan meneliti semua keterangan, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap OKT penjara 6 tahun dari tarikh sabitan 4.7.2025 dan denda RM25,000 jika gagal bayar 12 bulan penjara. Selaras peruntukkan seksyen 41(2) APJ, mahkamah memerintahkan catitan sabitan seksyen 41 APJ direkodkan pada lesen memandu OKT (jika ada). Selaras peruntukkan seksyen 41(3) APJ, mahkamah juga memerintahkan S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg OKT hilang kelayakan daripada mendapatkan lesen memandu selama 5 tahun dari tarikh sabitan 4.7.2025.
67
Ketika disoal Mahkamah, OKT menyatakan tiada lesen memandu.
68
Dalam kes ini, walaupun semasa kejadian, OKT hanya berusia 20 tahun 4 bulan. Namun OKT dituduh selepas mencapai usia dewasa iaitu 21 tahun 26 hari. Setelah perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada empat tahun, OKT kini berusia 24 tahun dan bukan lagi seorang pesalah muda (youth offender) iaitu pesalah antara 18 tahun ke atas dan bawah daripada 21 tahun), di mana mahkamah boleh menggunakan kuasa untuk menjatuhkan hukuaman di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah.
69
Hukuman mahkamah hendaklah mencerminkan kerseriusan kesalahan ini agar memberikan pengajaran kepada OKT dan menjadi satu peringatan dan langkah pencegahan orang lain agar tidak sesekali melakukan kesalahan tersebut di masa hadapan. S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Bertarikh: 24.9.2025 Timbalan Pendakwa Raya: Pendakwa Raya, Kamar Peguam Negara, Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan, Tingkat 7, Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Height, 50512 Kuala Lumpur Peguambela: Tetuan R. Zulfarhan, No. 1-2, Jalan TTDI Grove 7/1, Seksyen 9, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang, Selangor (No. Ruj: HS/080122/L3) S/N uqVnTIhppEqb7uGjSM1Ssg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.