5 botol plastik lutsinar setiap botol mengandungi 330ml cecair kodein (P18 (1-5)). [22] Menurut SP2, tertuduh pertama merayu agar dirinya tidak ditahan dan memberitahu bahawa dadah itu milik tertuduh kedua. Tertuduh pertama juga telah menunjukkan kepada pihak polis rumah tertuduh kedua yang terletak berhampiran dengan tempat tertuduh pertama ditangkap. [23] Seterusnya SP2 bersama-sama dengan tertuduh pertama disertai Sjn Izi, Sjn Nazar dan Konst Khairul telah pergi ke rumah tertuduh kedua dengan menaiki kenderaan pasukan. Apabila sampai di hadapan rumah tertuduh kedua, SP2 melihat pintu pagar terbuka dan SP2 pun masuk ke dalam rumah tersebut. SP2 merampas beg silang jenama LV (ekshibit P32), card holder wallet (ekshibit P33), kad pengenalan (ekshibit P34), lesen memandu (ekshibit P35) dan satu (1) anak kunci (ekshibit P36). Anak kunci ini diacu uji pada mangga jenama Gere (ekshibit P31) dan ianya berjaya dibuka. SP2 kemudian membuat tangkapan ke atas tertuduh kedua dan merampas barang kes darinya. [24] Pada 8 Oktober 2020, Inspektor Gopi a/l Krishnan telah menyerahkan kepada Encik Rahman Bin Mamat (SP1) Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor satu kotak bertanda "G" dan bermeterai "POLIS DIRAJA MALAYSIA 568" yang mengandungi satu ketulan mampat yang disyaki Cannabis serta barang-barang rampasan lain untuk dianalisis. S/N 8/Lp6tVZe06bLh2tWy3vkg [25] Hasil analisis, SP1 mendapati bahan tumbuhan tersebut adalah dadah jenis Cannabis dengan berat bersih 502.9gram. Cannabis adalah seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Pembelaan tertuduh pertama [26] Pada 7 Oktober 2020, lebih kurang pukul 4 petang, tertuduh pertama bekerja di gerai buah-buahan di Lorong Johari, Jalan Kampung Delek Kiri, 41250, Klang. Tertuduh pertama bekerja dengan tertuduh kedua. [27] Ketika tertuduh pertama sedang bekerja di gerai tersebut, beberapa individu berpakaian biasa dan membawa senjata telah datang ke gerai buah-buahan itu dan telah mengepung tertuduh pertama dan adiknya. Setelah memperkenalkan diri sebagai polis, mereka telah membuat pemeriksaan di badan tertuduh pertama dan adiknya. Pihak polis turut memeriksa gerai buah-buahan itu tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. [28] Seorang daripada pegawai polis memperkenalkan diri sebagai ASP Wikkram (SP2) dan bertanyakan kepada tertuduh pertama dan adiknya di manakah kunci untuk membuka pintu rumah yang bersebelahan dengan gerai buah-buahan tempat tertuduh pertama bekerja. [29] Tertuduh pertama memberitahu SP2 bahawa semua kunci ada di meja kaunter gerai buah-buahan. SP2 kemudian mengambil semua kunci yang ada di meja kaunter gerai dan telah terlebih dahulu bersama-sama anggota polis lain pergi ke rumah kosong di sebelah gerai iaitu Lot 2211, S/N 8/Lp6tVZe06bLh2tWy3vkg Lorong Johari, Jalan Kampung Delek. Tertuduh pertama dan adiknya telah diarahkan untuk tunggu di gerai. [30] SP2 kemudianya telah memanggil dan mengarahkan tertuduh pertama untuk memasuki rumah kosong tersebut. Apabila masuk, tertuduh pertama melihat di atas sebuah meja telah tersusun beberapa barang kes. SP2 telah memanggil dan mengarahkan adik tertuduh pertama untuk memasuki rumah kosong tersebut dan sebaik sahaja adik tertuduh pertama memasuki rumah tersebut, SP2 telah menyoal siasat tertuduh pertama tentang barang-barang yang tersusun di atas meja. Tertuduh pertama terkejut melihat kewujudan barang-barang yang ditunjukkan tersebut kerana itulah kali pertama tertuduh pertama melihat barang-barang tersebut kerana tertuduh pertama tidak pernah masuk ke dalam rumah tersebut. [31] Tertuduh pertama memberitahu SP2 bahawa dia tidak tahu menahu berkenaan barang-barang tersebut. [32] SP2 kemudian menyoal siasat siapa pemilik rumah tersebut dan tertuduh pertama memberitahu SP2 bahawa rumah itu adalah milik pakcik kepada tertuduh kedua. [33] SP2 kemudian meminta tertuduh pertama menunjukkan arah ke rumah tertuduh kedua. Apabila tiba di rumah tertuduh kedua iaitu di Lot 2211-7, Jalan Kampung Delek, Klang, pihak polis telah mengarahkan tertuduh pertama menunggu di dalam kereta sementara mereka memasuki rumah tersebut. Selepas beberapa ketika, tertuduh pertama melihat polis telah menangkap tertuduh kedua. Tertuduh pertama, kedua dan adik tertuduh pertama telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. S/N 8/Lp6tVZe06bLh2tWy3vkg Setelah soal siasat, adik tertuduh pertama telah dilepaskan sementara tertuduh pertama dan kedua ditahan dan kemudiannya dituduh. [34] Tertuduh pertama mendakwa rumah kosong di Lot 2211, Lorong Johari, Jalan Kampung Delek tersebut adalah sebuah rumah papan yang mempunyai tiga (3) pintu yang boleh digunakan untuk keluar dan masuk. Tingkap-tingkap tidak berkunci dan mempunyai bilik-bilik kosong. Walaupun pintu hadapan rumah tersebut mempunyai mangga, pada pengetahuan tertuduh pertama, rumah itu biasa dimasuki oleh pelanggan-pelanggan gerai yang ingin menumpang tandas. Tertuduh pertama dan adiknya tidak pernah menggunakan tandas di rumah itu kerana mereka menggunakan tandas di belakang gerai tempat mereka bekerja. Pembelaan Tertuduh Kedua [35] Pada 7 Oktober 2020, lebih kurang 4.30 petang ketika tertuduh kedua berada di halaman rumahnya iaitu di Lot 2211-7, Jalan Kampung Delek, Klang, Selangor, telah datang beberapa orang berpakaian biasa dan bersenjata. Setelah memperkenalkan diri sebagai polis, tertuduh kedua telah ditangkap. [36] Pihak polis telah memeriksa badan tertuduh kedua dan beg silang berjenama LV yang ada padanya tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. Siasatan di dalam rumah juga tidak menjumpai apa-apa barang salah. Tertuduh kedua telah dibawa ke balai polis dan ketika di balai, tertuduh kedua dimaklumkan tentang penjumpaan dadah di rumah di Lot 2211, Lorong Johari, Jalan Kampung Delek Kiri, Klang iaitu rumah yang bersebelahan dengan gerai buah-buahan tertuduh kedua. S/N 8/Lp6tVZe06bLh2tWy3vkg [37] Pihak polis tidak membawa tertuduh kedua ke rumah tersebut. [38] Tertuduh kedua tidak pernah menyewa rumah itu. Beliau cuma menyewa gerai dan stor dari Pakcik Suparman dengan bayaran sewa sebanyak RM300.00 sebulan. Tertuduh kedua hanya menjual buah-buahan di gerai itu dan stor belakang digunakan untuk menyimpan buah-buahan dan barang-barang. [39] Gerai buah-buahan itu tidak mempunyai kemudahan tandas. Apabila pelanggan-pelanggan di gerai buah-buahan ingin menggunakan tandas, maka mereka akan menumpang tandas di rumah Lot 2211 tersebut. [40] Tertuduh kedua tidak tahu siapa yang mempunyai akses ke rumah di Lot 2211 tersebut. Menurut tertuduh kedua, kebanyakan rumah di Lorong Johari adalah milik Pakcik Suparman termasuk rumah Lot 2211- 7, gerai buah dan stor di belakangnya. [41] Menurut tertuduh kedua lagi, rumah-rumah milik Pakcik Suparman biasanya dikunci dengan mangga berjenama Gere. Mangga jenis ini adalah milik TNB dan boleh dibuka dengan mana-mana kunci induk TNB yang diberikan oleh Pakcik Suparman. Kunci tersebut juga boleh membuka rumah tertuduh kedua iaitu Lot 2211-7, gerai buah dan stor di belakang gerai. Tertuduh kedua tidak mempunyai pengetahuan berapa jumlah kunci induk TNB yang dimiliki oleh Pakcik Suparman atau siapa lagi yang memiliki kunci induk TNB yang dapat membuka mangga TNB. [42] Tertuduh kedua berkenalan dengan tertuduh pertama kerana tertuduh pertama adalah salah seorang pekerja di gerai buahnya. Selepas S/N 8/Lp6tVZe06bLh2tWy3vkg tertuduh kedua ditangkap dan siasatan kes dijalankan, tertuduh kedua telah tidak dituduh di mahkamah. Sebaliknya, tertuduh kedua telah ditangkap semula di bawah seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan ditahan tanpa bicara di bawah seksyen 6(1) Akta yang sama atas perintah tahanan bertarikh 12 November 2020 dan tertuduh kedua telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor selama dua (2) tahun mulai dari tarikh yang sama. [43] Tertuduh kedua dibebaskan selepas permohonan Writ of Habeas Corpus yang difailkan oleh tertuduh kedua dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. [44] Tertuduh kedua tidak dibebaskan sebaliknya terus ditahan di Penjara Sungai Buloh sehingga beliau dituduh untuk kes ini. [45] Tertuduh kedua dipukul selepas ditangkap dan pihak polis memaksanya untuk menandatangani dokumen-dokumen yang beliau tidak tahu isi kandungannya. [46] Tertuduh kedua menafikan beliau pernah memasuki rumah di Lot 2211 tersebut dan menafikan milikan dan kawalan atas dadah yang dijumpai di rumah itu. Mitigasi tertuduh pertama