BC-62JSK-125-08/2022 “Bahawa kamu pada 13/08/2022 jam lebih kurang 1000 hrs di bilik No. 7719, Hotel 77, 15G, Jalan Adenium 2G/13, Pusat Perniagaan Adenium, 48300 Bukit Beruntung, di dalam daerah Hulu Selangor, di dalam negeri Selangor, telah 60 melakukan amang seksual fizikal, iaitu memasukkan kemaluan ke dalam kemaluan kanak-kanak bernama : Quratul Husna binti Arjunadi, K/P: 060424-10-1080, berumur 16 tahun 4 bulan bagi tujuan seksual. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta 65 Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta yang sama.” [3] Ketiga-tiga pertuduhan telah dibacakan, diterangkan dan OKT faham dan mengaku salah. Mahkamah berpuas hati bahawa OKT 70 faham terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan, hukuman serta sifat dan akibat pengakuannya dan Mahkamah telah mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT sebagaimana pertuduhan. FAKTA KES PENDAKWAAN 75 [4] Fakta kes ditandakan Eksibit P1 telah dibacakan dan OKT telah mengakui benar fakta kes itu. Berikut adalah fakta kes bagi kes ini yang telah diakui oleh OKT: “Pada 13/08/2022 jam lebih kurang 10.30 malam, pengadu (bapa mangsa) telah mendapat tahu bahawa anak pengadu bernama 80 Quratul Husna binti Arjunadi (No. K/P: 060425-10-1080) ada keluar bersama OKT bernama Muhammad Faizal bin Mohammad Mazlan (No. K/P: 020130-14-0203). Pengadu telah pergi berjumpa dengan abang kepada OKT yang mengesahkan perkara tersebut. 85 Anak pengadu telah memberitahu bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan OKT pada tarikh 13/07/2022 di bilik 7735, 02/08/2022 di bilik 7729 dan 13/08/2022 di bilik 7719 beralamat di Hotel 77, 15G, Jalan Adenium 2G/13, Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung di mana OKT telah memasukkan kemaluan OKT 90 ke dalam kemaluan mangsa. Pegawai Penyiasat telah membuat semakan dengan pihak Hotel 77 dan disahkan bahawa pada tarikh dinyatakan, bilik-bilik tersebut berdaftar atas nama OKT dan juga atas nama anak pengadu/mangsa. 95 Pengadu telah membuat laporan polis bersabit BK Sentosa/5438/2022. Anak pengadu telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan doctor mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan baru pada jam 5 dan kesan koyakan lama pada jam 3 dan 11 hymen anak pengadu”. 100 [5] Puan TPR telah mengemukakan Laporan Polis Pengadu, Laporan Tangkapan, Sijil Kelahiran mangsa, invois hotel (daftar masuk dan daftar keluar hotel tersebut), 13 keping gambar tempat kejadian, gambar mangsa dan Laporan Perubatan mangsa. Kesemua barang 105 kes telah diterima sebagai eksibit dan ditandakan sebagai P2-P8. Barang kes ini (P2-P8) telah ditunjukkan kepada OKT dan telah melihat dan mengakui semua eksibit tersebut adalah benar. [6] Mahkamah telah mendapati OKT ini bersalah dan mensabitkan 110 OKT dengan kesalahan seperti mana pertuduhan. Oleh kerana OKT ini merupakan seorang pesalah muda yang pada waktu kejadian itu berlaku dia berusia 20 tahun, maka suatu Laporan Sosial telah disediakan oleh seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat daripada JKM Daerah Gombak Selangor bernama En. 115 Mohamad Hanafi bin Sedi. [7] Mahkamah selanjutnya meminta En. Mohamad Hanafi masuk ke kandang saksi dan mengangkat sumpah dan seterusnya membacakan seluruh Laporan Sosial itu di Mahkamah terbuka 120 supaya OKT dapat mendengar dan mengesahkan fakta yang terkandung dalam Laporan Sosial tersebut. En. Hanafi mengakui dan mengesahkan bahawa Laporan Sosial itu telah disediakan olehnya sendiri. OKT juga apabila ditanya oleh Mahkamah tentang kesahihan fakta dalam laporan itu, dia faham dan mengakui 125 kandungan dalam laporan tersebut benar tanpa sebarang pindaan. Mahkamah terima laporan tersebut sebagai eksibit dan menandakan Laporan Sosial itu sebagai P9. Selanjutnya Mahkamah meminta peguam OKT untuk mengemukakan rayuan bagi peringanan hukuman. 130 RAYUAN [8] OKT seorang pekerja kilang di syarikat PERODUA dan kini telah 135 pun berkahwin. Pendapatan bulanan OKT sebanyak RM1800-00. Isteri OKT kini sedang mengandung 5 bulan dan tidak bekerja. OKT telah mengaku salah dan ini telah menjimatkan masa dan kos semua pihak termasuk Mahkamah, saksi-saksi lain dan juga peguam. Peguam telah meminta Mahkamah menimbangkan syor 140 Pegawai JKM dalam Laporan Sosial yang ditandakan sebagai P9. Syor pihak JKM mencadangkan Seksyen 294 KTJ dipertimbangkan untuk OKT ini. Peguam dalam hujahan peringanan hukuman meminta Mahkamah menimbangkan bahawa perlakuan seksual di antara OKT dengan mangsa adalah perbuatan suka sama suka 145 kerana mereka juga adalah pasangan kekasih. Mangsa ialah teman wanita kepada OKT. OKT ini telah insaf dan telah memulakan hidup baru dengan berkahwin. OKT juga insaf dan menyesal dengan perbuatannya itu. OKT juga sekarang telah mula solat setiap waktu. Pada peringkat ini, Pegawai JKM telah minta kebenaran Mahkamah 150 untuk mencelah. Mahkamah telah membenarkan. En. Hanafi ingin mengesahkan kepada Mahkamah tentang OKT sentiasa memberi update kepadanya sendiri bahawa OKT hadir solat di masjid terutamanya solat Subuh dan Isyak di masjid dengan menghantar gambar secara whatsapp kepadanya yang menunjukkan OKT 155 berada di masjid pada setiap waktu solat yang menunjukkan OKT ini sedang cuba memperbaiki hidupnya dan menjalani kehidupan yang lebih murni. Peguam berhujah supaya OKT ini diberi peluang untuk menjalani kehidupan di luar penjara memandangkan komitmennya untuk berubah menjadi insan lebih baik, selain dia 160 telah pun berkahwin dan bakal menimang cahaya mata. OKT juga perlu menyara anak isterinya memandang beliau sahaja yang bekerja. HUJAHAN PEMBERATAN TPR 165 [9] TPR berhujah bagi hukuman berat kerana isu kepentingan awam, pengakuan salah tidak secara automatic mendapat hukuman ringan dan kes-kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah serius dan bagi memberi pengajaran kepada orang 170 lain di luar sana, maka TPR mohon hukuman yang setimpal. HUKUMAN [10] Setelah Mahkamah menimbangkan rayuan peguam dan hujahan 175 TPR, Mahkamah memerintahkan OKT ini diikat jamin berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 KTJ selama 2 tahun dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dengan wang cagaran sebanyak RM3,000 setiap pertuduhan, menjadikan wang cagaran sebanyak RM9,000 bagi ketiga-tiga kes. 180 ALASAN [11] Mahkamah dapati sewaktu kejadian berlaku OKT berusia 20 tahun. OKT ini dikategorikan sebagai pesalah muda berdasarkan Seksyen 185 2 KTJ. Mahkamah telah meminta suatu Laporan Sosial disediakan oleh pihak JKM bagi membantu Mahkamah meneliti semua aspek dan fakta seperti latar belakang keluarga dan OKT bagi Mahkamah mencapai suatu keputusan yang wajar dan adil sebelum sesuatu hukuman dikenakan kepada seseorang pesalah muda. Ini kerana 190 impak hukuman seperti penjara bakal memberikan impak yang besar kepada seluruh masa depan OKT selaku pesalah muda. [12] Pada hemat Mahkamah, adalah penting untuk Mahkamah meneliti dan menimbang laporan daripada pihak JKM bagi mengimbangi 195 rayuan OKT dan hujahan pemberatan TPR sebelum Mahkamah membuat keputusan yang patut, wajar dan adil, bukan sahaja kepada OKT tetapi juga mangsa dengan menggunakan budi bicara Mahkamah berdasarkan pertimbangan kepada fakta kes dan juga Laporan Sosial (P9) OKT. Pegawai JKM adalah pihak yang adil dan 200 tidak berat sebelah sewaktu menyediakan P9. Pegawai akan menemu ramah ahli keluarga OKT berkaitan latar belakang OKT, keluarga OKT, latar belakang akademiknya, pergaulan, peribadi OKT dan lain-lain lagi (sila lihat P9). 205 [13] Setelah meneliti P9, Mahkamah dapati dapatan dan fakta oleh Pegawai JKM yang terkandung dalam P9 adalah positif terhadap OKT. Ini berdasarkan pemerhatian pegawai itu dan juga hasil temu ramah pegawai dengan keluarga OKT. Di antara hasil dapatan positif tersebut adalah di para 5.5 di mana pegawai ini mendapati 210 OKT mempunyai perwatakan yang tenang, terurus dan bersih. OKT tiada sebarang rekod jenayah lampau, beliau tidak merokok, tidak mengambil dadah dan kini sedang bekerja di kilang Syarikat Perodua dengan gaji RM1800-00. 215 [14] Mahkamah juga menimbangkan perenggan 5.7 (P9) bahawa OKT juga seorang yang rajin bekerja. Walaupun beliau tidak ada kemahiran khusus (lihat para 5.4), namun OKT rajin bekerja dengan membuat kerja-kerja sambilan bagi menambah pendapatannya bagi menyara keluarga. Beliau juga rajin membuat kerja lebih masa 220 juga bagi mendapat tambahan pendapatan. OKT juga sentiasa sibuk bekerja dan akan keluar bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam atau 9.00 malam hingga 7.30 pagi (shift). Jika ada kelapangan, OKT juga suka beriadah dengan bermain badminton dengan rakan-rakannya. Fakta ini menunjukkan OKT seorang 225 suami yang rajin dan bertanggungjawab kerana sanggup bekerja keras untuk menyara keluarganya. [15] Pada perenggan 5.5 pula, pihak JKM juga telah menyemak melalui Sijil Berhenti Sekolah OKT. Dalam Sijil itu menyatakan perangai 230 OKT adalah baik. Dari segi akademik juga, keputusan SPM OKT juga adalah memuaskan dengan mendapat skor gred 3B dan 4C. Ini menunjukkan OKT bukanlah pelajar yang bermasalah atau keciciran di sekolah. Beliau masih boleh mencari peluang kerja yang lebih baik sesuai dengan pengalaman kerjanya di PERODUA 235 dengan sijil SPM yang agak memuaskan (tidak gagal SPM). [16] Berdasarkan para 5.5 pula, Pegawai JKM melaporkan bahawa OKT kelihatan sangat takut dengan hukuman yang bakal dijatuhkan 240 terhadapnya dan melahirkan rasa bimbang terhadap hala tuju hidupnya jika dia dikenakan hukuman penjara kerana hukuman penjara akan menjejaskan masa depannya dan keluarga. Ahli keluarga OKT juga mengesahkan OKT seorang anak yang baik, menghormati orang tua, bertanggungjawab, penyayang serta 245 mudah diurus. Hubungan OKT dengan adik-beradiknya seramai 8 orang adalah harmoni dan mereka tidak pernah bergaduh dengan OKT. [17] Berdasarkan para 5.9 pula, Mahkamah dapati terdapat temu ramah 250 Pegawai JKM dengan mangsa. Dalam temu ramah tersebut, mangsa mengakui bahawa mereka melakukan perlakuan seksual itu berdasarkan perasaan suka sama suka. Ini bermakna tiada unsur kekerasan jenayah yang digunakan oleh OKT terhadap mangsa. Ini konsisten dengan Laporan Perubatan Mangsa (P8) 255 yang menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan mangsa yang ditemui. Invois hotel yang ditandakan sebagai P5(1- 3) juga konsisten menunjukkan daftar masuk ke hotel itu juga dibuat atas nama mangsa sendiri. Ini semua menunjukkan perbuatan tersebut memang berdasarkan suka sama suka dan kerelaan 260 mangsa sendiri. Mahkamah juga melihat gambar mangsa yang diambil sejurus laporan polis dibuat tidak melihatkan trauma pada wajah mangsa sebaliknya keadaan mangsa adalah seperti baik-baik sahaja. 265 [18] Syor dalam P9 adalah supaya OKT diberi peluang memandangkan sewaktu kejadian berlaku OKT seorang yang masih muda dan tidak matang dalam bertindak. OKT terpengaruh dengan pergaulan dengan rakan-rakan sebaya dan mudah terjerumus dalam salah laku sosial. Berdasarkan temu ramah tersebut, pegawai ini 270 mendapati OKT benar-benar menyesal dan telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi. Beliau ingin fokus kepada keluarga dan ingin menjaga isterinya yang sedang mengalami alahan yang teruk sehingga isterinya terpaksa berhenti kerja. OKT menyatakan beliau bakal menimang cahaya mata dan ingin 275 menjaga anak dan isterinya memandangkan beliau adalah penanggung tunggal dalam keluarga. [19] Berdasarkan pengamatan dan hasil pemerhatian pegawai JKM, OKT ada potensi untuk berubah menjadi insan yang lebih baik 280 kerana mendapat sokongan moral dan bimbingan daripada semua ahli keluarganya. Keluarga OKT didapati tidak meminggirkannya sebaliknya memberikan kepercayaan dan sokongan untuk OKT ini pulih menjadi seorang yang lebih baik. 285 [20] Berdasarkan P9 juga, pegawai JKM mengesyorkan suatu hukuman atau perintah alternatif selain hukuman penjara memandangkan ini adalah kesalahan OKT yang pertama. OKT dilihat telah menyesal dan insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perlakuan tersebut. Hukuman atau perintah yang sesuai yang boleh dipertimbangkan 290 adalah Bon Berkelakuan Baik di bawah Seksyen 294 KTJ. [21] Setelah Mahkamah mempertimbangkan fakta kes, rayuan peguam, hujahan TPR serta Laporan Sosial OKT ini, Mahkamah dapati P9 adalah sebuah laporan yang positif terhadap OKT. Pada hemat 295 Mahkamah, ini adalah suatu contoh yang wajar untuk Mahkamah pertimbangkan suatu hukuman yang bukan berbentuk penjara. Hukuman penjara yang lama hanya akan menghancurkan masa depan OKT yang kini telah insaf, menyesal dan sedang berubah menjadi insan yang lebih baik serta ingin kembali ke pangkal jalan. 300 [22] Pada hemat Mahkamah, OKT wajar diberikan peluang untuk turn over a new leaf. OKT telah berkahwin yang bermakna dia sedang menjalani fasa kehidupan yang normal dan baik iaitu berkahwin. OKT ada tanggungjawab kepada keluarganya dan beliau adalah 305 sole breadwinner dalam keluarga. Jika beliau dipenjarakan dengan lama maka sebuah rumahtangga mungkin akan musnah dan anak yang dilahirkan tidak akan mendapat kasih sayang seorang bapa, pekerjaan OKT juga akan hancur. Adalah sukar untuk OKT mencari pekerjaan baru sekiranya dia ada rekod jenayah atau pernah 310 dipenjarakan. [23] Tanpa menafikan perbuatan OKT melakukan amang seksual (pertuduhan di bawah Seksyen 14(a)) adalah suatu perlakuan jenayah terhadap seorang perempuan berumur 16 tahun (kategori 315 kanak-kanak), ini bukanlah bermakna dengan Mahkamah memberikan Bon Berkelakuan Baik, Mahkamah memandang ringan kesalahan seksual seperti ini. Pada masa yang sama juga, Mahkamah perlu menggunakan budi bicaranya dengan jujur dan waras, setelah mengambil kira semua aspek seperti perbuatan ini 320 juga dilakukan secara suka sama suka, jenayah tiada melibatkan kekerasan atau kecederaan kepada tubuh badan mangsa, rayuan OKT, hujahan TPR dan Laporan Sosial yang disediakan. [24] Tanpa juga menafikan bahawa sama ada perlakuan amang seksual 325 ini berlaku dengan kerelaan mangsa atau sebaliknya, perlakuan ini tetap suatu kesalahan kerana ia melibatkan seorang kanak-kanak. Namun Mahkamah juga mempertimbangkan juga bahawa terdapat juga elemen sumbang cuai atau kelalaian daripada mangsa dan keluarga mangsa yang juga telah gagal menjaga batas pergaulan. 330 Perbuatan mengikut kekasih dan mendaftar masuk ke hotel dan duduk berdua-duaan ini dalam bilik hotel menunjukkan mangsa juga cuai, lalai, tidak matang dan mengundang kepada salah laku seksual terhadap diri sendiri. Kesalahan seperti ini tidak wajar diletakkan bebannya kepada seorang pelaku sahaja namun juga 335 perlu juga diletakkan bebannya secara bersama-sama kepada pihak yang satu lagi. [25] OKT telah mengaku salah. Mahkamah menimbangkan juga faktor penjimatan masa dan kos Mahkamah. Kes ini dapat dilupuskan 340 dengan lebih cepat apatah lagi kejadian ini telah pun berlaku 3 tahun yang lalu