bilah pisau, (1) tong warna putih berisi minyak petrol dan (1) pemetik api dan dimasukkan ke dalam bonet kereta ibunya sebaik sahaja si mati menyatakan persetujuan untuk berjumpa [9] Mahkamah tidak menafikan perbuatan OKT adalah suatu perbuatan yang dianggap di luar perbuatan manusia yang normal dan penuh pertimbangan iaitu mangsa bukan sahaja ditikam malah dibakar. Perbuatan OKT ini sadis dan kejam. Walaupun Mahkamah telah diberikan budi bicara sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau memberikan hukuman penjara dan sebatan seandainya hukuman mati tidak dikenakan selaras dengan hasrat Parlimen dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dimana Seksyen 34 Akta yang sama memberikan pilihan ini, namun ianya tidak mengambil alih kuasa dan budi bicara Mahkamah untuk mengenakan hukuman gantung sampai mati dengan mengambil kira cara bagaimana OKT melakukan pembunuhan tersebut iaitu sangat kejam dan sadis. Peguamcara OKT menghujahkan bahawa OKT seorang yang terpelajar dan memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan; namun perbuatannya menamatkan nyawa si mati adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dilakukan oleh orang yang mempunyai pelajaran sepertinya. Peguam cara OKT juga menghujahkan bahawa ketika kejadian OKT hanya berumur 20 tahun, tetapi Mahkamah melihat kepada S. 293 CPC dan mendapati ianya memperuntukkan "When any youthful offender is convicted before any criminal court of any offence punishable by fine or imprisonment…” dalam konteks kes OKT ianya tidak memperuntukan denda tetapi hanya penjara dan capital punishment. Ianya juga sebagai satu pengajaran buat masyarakat di luar sana bahawa apa yang dilakukan oleh OKT bukan penyelesaian mudah untuk menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi apa yang dilakukan olehnya adalah atas seorang wanita dan bakal ibu. [10] Setelah Mahkamah mendengar pengakuan salah OKT atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan maka OKT disabit salah dengan pertuduhan ini dan setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT yang dihujahkan oleh peguamnya dan hujahan pemberatan yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan; maka Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman sahaja yang setimpal dengan perbuatan OKT iaitu Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung di leher sehingga mati atas OKT. Barang kes disimpan selamat oleh pihak pendakwaan hingga tamat tempoh rayuan. Bertarikh 15 Oktober 2025 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Nurul Ashiqin Binti Zulkifli Timbalan Pendakwa Raya Kamar Penasihat Undang-Undang, Negeri Selangor Darul Ehsan, Aras 11-13 Corporate Tower, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan M Nor & Partners, Peguambela & Peguamcara No. 1-25, Tingkat 1, Arked Sungai Besar, Jalan Menteri, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan