Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-A52NCC-5614-12/2023 ANTARA MUHAMMAD FIKRI AFFENDY BIN MOHD FUAD [NO. K/P: 900327-14-6225] …PLAINTIF DAN AWANG SABAR BIN ABDUL [NO.K/P: 860325-12-6075] …DEFENDAN [Berniaga Di atas Nama dan Gaya Yuriee House of Baker’s] ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Tuntutan plaintif terhadap Defendan:- i) Defendan membayar semula wang berjumlah RM165,843.65 kepada plaintif. ii) Defendan membayar kepada plaintif Ganti rugi Am dan/atau Ganti rugi Khas dan/atau Ganti rugi Teladan dan/atau Ganti rugi Teruk untuk suatu jumlah yang ditaksirkan oleh Mahkamah. iii) Faedah sebanyak 5% setahun atas jumlah penghakiman yang dikira pada kadar harian dan berterusan sehingga penyelesaian penuh. iv) Kos Tindakan guaman ini dan kos yang bersangkutan dengannya. v) Apa-apa relif selanjutnya dan/atau apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut dan suai manfaat oleh Mahkamah. S/N jjf8CytxpUijpjwOimwBOA ASAS TUNTUTAN [2] Defendan merupakan individu yang berniaga di atas nama dan gaya Yurie House of Baker’s iaitu sebuah perniagaan yang beralamat di Lahad Datu Sabah. [3] Defendan menjalankan perniagaan makanan dan minuman merangkumi penjualan pelbagai jenis alatan biskut dan kek, penjualan bahan-bahan membuat kek dan roti, penjualan barang-barang bakeri, penjualan dan pembekal peralatan pembuatan coklat, kek dan bisku dan pembekal makanan ringan. [4] Perkenalan plaintif dan defendan adalah melalui platform media social Instagram di mana defendan adalah pemilik akaun dengan nama samara Yuriee Haha. [5] Seterusnya ia membawa kepada hubungan yang lebih dekat di mana plaintif dan defendan berhubung melalui panggilan audio dan pertukaran nombor telefon pada 15.12.2021. [6] Pada 27 Disember 2021, Plaintif telah ditawarkan melalui aplikasi Whatsapp untuk menjadi rakan kongsi dan/atau rakan niaga dan/atau rakan kongsi strategik kepada Defendan, di mana defendan bercadang untuk membuka cawangan perniagaan yang baru. Ini kerana Defendan memerlukan modal yang tinggi bagi menampung kos-kos yang akan ditanggung untuk tujuan tersebut. [7] Tertarik dengan tawaran dan representasi yang di buat oleh defendan, Plaintif telah membuat beberapa transaksi pembayaran, berjumlah keseluruhan RM165,843.65, ke dalam akaun perniagaan dan akaun-akaun lain yang didakwa berkaitan. Wang ini dikira sebagai modal untuk membuka cawangan baru, dengan perjanjian akan mendapat keuntungan daripada jualan. Untuk permulaannya, Plaintif menerima pembayaran keuntungan selama beberapa bulan. Walau bagaimanapun, beliau mendakwa pembayaran keuntungan telah berhenti sejak Mei 2023. [8] Plaintif mendakwa Defendan tetap bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan kerana Defendan adalah pemegang lesen perniagaan "Yuriee S/N jjf8CytxpUijpjwOimwBOA House of Baker's," walaupun representasi mungkin diberikan oleh wakil/ejen/pekhidmat Defendan. [9] Plaintif telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Defendan dengan memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 28 Disember 2023. PEMBELAAN DEFENDAN [10] Defendan menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam sebarang urusan perniagaan "Yuriee House of Baker's" dan menafikan mempunyai pengetahuan tentang sebarang janji atau representasi yang di buat kepada Plaintif. [11] Defendan hanya Pemilik Berdaftar di atas perniagaan tersebut. Defendan mengakui beliau adalah pemilik berdaftar perniagaan "Yurie House of Baker's" tetapi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang pengurusan atau pengendalian harian perniagaan tersebut. [12] Plaintif membuat pembayaran secara sukarela dan tidak dipaksa. Plaintif terus membuat pembayaran tambahan walaupun setelah menerima bayaran keuntungan awal yang didakwa tidak selaras dengan janji asal. ANALISA DAN DAPATAN PERMULAAN HUBUNGAN [13] Plaintif mula mengenali Defendan melalui akaun "Yuriee Haha" di Instagram pada Disember 2021. Plaintif mendakwa Defendan adalah pemilik/pengendali akaun ini. Defendan didakwa memulakan perbualan (Direct Message, Panggilan Audio), dan kemudian memberikan nombor telefon untuk sambungan melalui Whatsapp bagi membolehkan Plaintif menghubunginya secara terus. [14] Semua komunikasi dilakukan dengan “Yuriee Haha” yang dikenali sebagai individu yang bernama Harry, adik ipar Defendan. Melalui keterangan semasa perbicaraan Plaintif mengesahkan tidak pernah berhubung secara langsung dengan Defendan sama ada melalui komunikasi fizikal, elektronik atau S/N jjf8CytxpUijpjwOimwBOA perjumpaan. Sebarang urusan di antara plaintif dengan “Yuriee Haha” adalah dengan pihak ketiga (Harry, adik ipar Defendan). PEMAKAIAN TURQUAND RULE DAN KUASA PERWAKILAN DAN KEWUJUDAN VIKARIUS LIABILITI [15] Merujuk kepada undang-undang berkenaan dengan ‘Turquand Rule’ satu prinsip undang-undang syarikat yang melindungi pihak ketiga yang berurusan dengan sesebuah syarikat berdaftar. Prinsip ini direka untuk menangani isu-isu berkaitan pengurusan dalaman syarikat terutamanya perlembagaan Syarikat dan kuasa ejen di mana pengarah atau ejen syarikat mempunyai kuasa yang sah membuat kontrak. [16] Ia adalah luas dan tidak hanya terpakai kepada syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat seperti diputuskan di dalam kes Mahkamah Rayuan BADAN PENGURUSAN TIARA DUTA v. TIMEOUT RESOURCES SDN BHD [2014] 8 CLJ 133 [2014] 1 LNS 471 yang memutuskan seperti berikut: The Turquand’s Rule would, in our view similarly apply to this case, even though the appellant is not a company incorporated under the Companies Act 1965. [17] Saya juga merujuk kepada kes terkini Mahkamah Rayuan PEARL STREAMS SDN BHD v. BEVERLY HEIGHTS RESOURCES SDN BHD & ANOR & ANOTHER [2025] CLJU 2457 yang mengikuti keputusan BADAN PENGURUSAN TIARA DUTA v. TIMEOUT RESOURCES SDN BHD (supra) berkaitan dengan pemakaian hukum Turquand ini, seperti dalam petikan berikut: