(1)(b) (see Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial v. Jusoh Abu Bakar [2003] 1 CLJ 383 at p. 386).” S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw [33] Mahkamah ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa di dalam penafsiran ke atas seskyen 24(1) Akta 4 hendaklah mengambilkira objektif dan mengelak satu tafsiran yang terhad serta rigid. Ini memandangkan bahawa Akta 4 adalah merupakan satu perundangan sosial yang bertujuan untuk memberi perlindungan ke atas para pekerja. Apatah lagi kepada pekerja-pekerja yang mengalami kemalangan dan tidak berupaya untuk meneruskan kehidupan mereka selepas itu. [34] Perkara ini pernah disentuh di dalam kes Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial v Vadivelan a/l Sandara Saigara [2008] 9 CLJ 428; “[14] As this court had at the outset of this decision said that the question before this court revolved around the interpretation of s. 24(1) of the Act, the object and purpose of the legislation have to be considered closely before any restrictive or rigid interpretation is given to the provision of s. 24 of the Act. [15] The Employees' Social Security Legislation in this jurisdiction is a social piece of legislation. Among others, it provides security to an employee against loss of earnings due to Industrial accident and occupational disease. In other words, this social piece of legislation is directly intended to secure the interest and welfare of employees of the industries, factories and other establishment. The concept of social security should be based 'on ideals of human dignity and social justice' and should be given a flexible approach and a S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw liberal interpretation to s. 24 of the Act in order to be consonant with modern social security concept and should not be unduly restricted in its scope when interpretation is required. In fact, the insured himself is required to contribute together with his employer on a monthly basis to the Social Security Fund which is managed by SOCSO, and this contribution which is made both by the employer and the insured should also be considered as akin to 'savings' or 'investment' towards the fund with the view that SOCSO would provide monetary assistance or benefit under the Act to insureds or their dependants in the event of any mishap 'arising out of and in the course of their employment', as in the instant appeal. Under the circumstances, is it fair to find excuses or to create uncertainties to reject the claim willy nilly for disablement benefit when at the time monetary assistance or benefit is desperately required by the insured-victim or in the case of his death, by his dependants for which this Organization was established ie, to provide security if the accident or death 'arises out of and in the course of an insured's employment'. In other words, if there is no 'employment injury' or death, there will not be any payment or benefit under the Act to insureds or their dependants.” [35] Di dalam kes di hadapan Mahkamah kini, adalah tidak dinafikan bahawa Perayu adalah merupakan orang yang diinsuranskan di bawah seksyen 2(11) Akta 4 yang dengan jelas menyatakan "orang berinsurans" ertinya seorang pekerja yang mengenainya caruman adalah kena atau telah kena atau boleh kena dibayar di bawah Akta ini, walaupun perusahaan atau pekerja itu tidak S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw didaftarkan sedemikian, asalkan perusahaan itu adalah suatu perusahaan yang baginya Akta ini terpakai. Ia telah menjadi prinsip yang diterima oleh Mahkamah bahawa kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan tidak semestinya berlaku di tempat kerja. Ia mungkin berlaku di luar tempat kerja selagi kemalangan yang berlaku itu adalah semasa dia bekerja dengan majikannya. [36] Di dalam kes ini Mahkamah berpandangan bahawa tarikh 12/5/2021 tersebut adalah malam sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Keterangan yang tidak dipertikaikan adalah Perayu bekerja lebih masa pada hari tersebut untuk mengedarkan bantuan dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim, semestinyalah pulang ke rumah keluarga adalah merupakan satu kewajipan dan Mahkamah boleh membuat satu pengiktirafan kehakiman bahawa Perayu akan pulang ke kampungnya pada malam tersebut. [37] Oleh itu, apabila Perayu menyatakan bahawa Perayu balik ke rumah penginapannya, ia pada pandangan Mahkamah bukanlah merupakan tempat perjalanan yang akhir. Ia lebih kepada singgahan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi di kampungnya. Ini selari apabila Perayu menyatakan di dalam keterangannya Perayu telah “rehat di kediaman (tempat kediaman) dahulu sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung”. [38] Di dalam kes Sathiaseelan Nagappan (supra), Perayu dalam perjalanan dari rumahnya di Ipoh, Perak ke Kulim, Kedah pada petang Ahad untuk berehat serta bermalam di tempat tinggalnya di Kulim. Telah menjadi amalan Perayu pada setiap hujung minggu S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw untuk pulang ke Ipoh untuk bersama keluarga pada hujung minggu. Namun, malang tidak berbau, pada hari kejadian, Perayu telah mengalami kemalangan. [39] Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya, di dalam menafsirkan seksyen 24(1) Akta 4, telah menyatakan; “[39] After all, there could be a myriad of reasons for making the journey back to Kulim from Ipoh on an off-day such as the need to properly rest on a Sunday in Kulim to be in a better frame of mind to work on a Monday morning. It could well be to have some work-life balance where time spent with one's family is precious for there is just that window of opportunities to bond with our children after which they "sprout wings and fly away" with a life of their own to lead. [40] The degree of connection to his employment by his activity would vary but still ultimately related to his employment as he would not be making the journey on a Sunday evening if not for his employment on a Monday morning. Indeed, his employer and SOCSO are not concerned with how he would arrive for work on a Monday morning at 8am at the factory in Kulim save for the fact that he must be there to clock in or report to work. [41] Be that as it may, the law cannot be so alienated from nor insulated and isolated from the harsh realities of life and the rough and tumble of it all. The realities of life would include for many the need to travel long distances for those who work S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw outstation so that they may be with their families either on weekends or even a mid-week journey home. In the final analysis, the question that ought to have been asked is whether the journey in commuting is made by the employee because of his work and not for other economic or social pursuits. …… [43] We are of the considered view that the appellant's journey from his place of residence in Ipoh, where he stayed with his family during the weekends starting Friday night to Sunday evening, back to Kulim in Kedah on Sunday evening, was clearly a journey made which is "directly connected" to his employment, following which the deeming provision of s. 24(1)(b) of the ESSA would apply. [44] There is no requirement that the employer must have instructed him to make the journey. Indeed, an employer would not generally bother about where the employee stays or how long it takes for the employee to make the journey to work for so long as the employee arrives for work punctually.” [40] Mengadaptasikan pendekatan yang serupa, Mahkamah berpandangan bahawa isu yang perlu di putuskan adakah perjalanan tersebut adalah dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya. Dengan kata yang lain sama ada perjalanan Perayu tersebut dibuat disebabkan tuntutan pekerjaannya. S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw [41] Pada hari yang malang tersebut, tempat tinggal yang dituju oleh Perayu adalah tidak dipertikaikan iaitu rumahnya di kampung. Perjalanan tersebut hanya dapat dilakukan oleh Perayu pada waktu tersebut disebabkan oleh komitmen kerja yang diperlukan oleh majikannya. Perayu sepatutnya mempunyai pilihan untuk pulang ke kampung lebih awal dan lebih selamat. Namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tuntutan kerjanya. Keperluan untuk pulang ke kampung adalah jelas untuk menyambut perayaan yang penting bagi seseorang Muslim. [42] Perayu pada pandangan Mahkamah hanya berupaya melaksanakan perjalanan itu disebabkan komitmen kerjanya dan Mahkamah pasti majikannya serta PERKESO tidak mengambil peduli bagaimana dan ke mana hala tuju Perayu selagi mana kerja yang diamanahkan ke atas Perayu dilaksanakan. Di dalam kes ini, adalah jelas Perayu memilih untuk pulang ke rumahnya dikampung bagi menyambut perayaan Aidil Fitri. [43] Oleh itu, di atas pertimbangan ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa perjalanan Perayu ke rumahnya di kampung adalah termasuk di bawah seksyen 24(1)(b) Akta 4 dan membolehkan Perayu menuntut faedah bencana kerja. S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw Kesimpulan [44] Sehubungan dengan itu, Mahkamah membenarkan rayuan Perayu dan mengenepikan keputusan JRKS. Mahkamah selanjutnya memerintahkan agar merit berkaitan ganti rugi yang sewajarnya diawardkan kepada Perayu didengar di hadapan panel JRKS yang lain. Bertarikh : 20hb. Mei, 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw Pihak-Pihak: Bagi Pihak Perayu : Azzan Aznan bin Abdul Rahim Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar No. 2, Jalan Lengkong Zoo View 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan Bagi Pihak Responden : Nor Erini binti Mustapha Kamal Tetuan Rafaei & Co. No. 781-D (Tingkat 2) Jalan Gajah Mati 15000 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Tarikh Bicara : 07hb. November 2023 Tarikh Keputusan : 30hb. Januari, 2024 S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw Perundangan Yang Dirujuk: ➢ Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Tan Ting Kok v Cheong Lep Keen & anor [1969] 1 MLRA 197 ➢ Mohamad Basri Izan Said Mohamad lwn KP PERKESO [2023] 1 LNS 689 ➢ Pepper v. Hart [1993] AC 593 ➢ Tebin Mostapa v. Hulba-Danyal Balia & Anor [2020] 7 CLJ 561 ➢ KP PERKESO v Vadivelan a/l Sandara Saigara [2009] 1 MLJ 238 ➢ Ooi Bing Lai lwn KP PERKESO [2021] 2206 ➢ Patrick Ho Chang v Pertubuhan Keselamatan Sosial [2020] 1 CLJ 284 ➢ Sathiaseelan Nagappan v ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial [2023] 5 CLJ 416 ➢ Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial v Jusoh Abu Bakar [2003] 1 CLJ 383 ➢ Wong Yew Loy v Ketua Pengarah Pertubuhan [2010] 5 CLJ 467 ➢ Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial v Vadivelan a/l Sandara Saigara [2008] 9 CLJ 428 ➢ Sathiaseelan Nagappan (supra) S/N GyAh1arqy02zlrJcMbUfaw