Content
A-01 (A)-335-07/2023 Kand. 51 23/12/2024 08:59:20 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: A-01(A)-335-07/2023 ANTARA MUHAMMAD FITRI BIN SAAD [No. K/P: 850618-02-5957] ...PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2024/168d54f4-f7ed-47ee-9807-29dfabc70af5
Court of Appeal of Malaysia16 Jul 2024A-01(A)-335-07/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n di Mahkamah Tinggi yang telah merujuk penghakiman di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Selva Vinayagam Sures (supra) iaitu Saravanan Sugumaran v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2021] CLJU 1715. [23] Berdasarkan hujahan-hujahan di atas, Perayu mengatakan bahawa terdapat perlanggaran terhadap Akta”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
A-01 (A)-335-07/2023 Kand. 51 23/12/2024 08:59:20 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: A-01(A)-335-07/2023 ANTARA MUHAMMAD FITRI BIN SAAD [No. K/P: 850618-02-5957] ...PERAYU
3
KETUA POLIS MALAYSIA ...RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh Dalam Negeri Perak Darul Riduan Permohonan Semakan Kehakiman No. AA-25-39-11/2022) Antara Muhammad Fitri Bin Saad [No. K/P: 850618-02-5957] ...Pemohon Dan
1
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia
2
Ketua Polis Kedah
3
Ketua Polis Malaysia ...Responden-Responden KORAM: YA DATO' SRI MARIANA BINTI HAJI YAHYA, HMR YA DATO' MOHD NAZLAN BIN MOHD GHAZALI, HMR YA DATO' HAJI AZMAN BIN ABDULLAH, HMR PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG RAYUAN [1] Ini adalah rayuan oleh Muhammad Fitri Bin Saad ("Perayu") terhadap keseluruhan penghakiman oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh ("YA HMT") yang telah menolak permohonan Lampiran 1 Perayu untuk mendapatkan perintah deklarasi dan/ atau certiorari bagi membatalkan Perintah Sekatan bertarikh 17 Ogos 2022 yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 6(3) Akta Dadah Berbahaya [Langkah-Langkah Pencegahan Khas] 1985 [Akta 316] ("Akta tersebut"). [2] Berdasarkan Perintah Sekatan bertarikh 17 Ogos 2022 tersebut ("Perintah Sekatan tersebut"), Perayu telah diperintahkan untuk disekat selama tempoh dua (2) tahun di dalam Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah bermula 17 Ogos 2022 berserta beberapa syarat tambahan. [3] Pada 22 Jun 2023, YA HMT telah memutuskan bahawa permohonan Lampiran 1 Perayu adalah tidak bermerit kerana Perayu telah gagal menunjukkan berlakunya sebarang ketidakpatuhan prosedur (procedural non-compliance) di pihak Responden-Responden, sepertimana diperuntukkan dalam Seksyen 11C(1) Akta tersebut. Justeru, YA HMT telah menolak permohonan Lampiran 1 Perayu tersebut. Perayu yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan YA HMT ini telah merayu ke Mahkamah ini. B. FAKTA KES [4] Pada 23 Jun 2022 jam lebih kurang 6.00 petang, Assisten Superintenden Polis (ASP) Mohd Ridzuan Bin Md Salleh telah menangkap Perayu di bawah Seksyen 3(1) Akta tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, 08000 Sungai Petani, Kedah. [5] Pada 24 Jun 2022 jam 2.00 petang, Inspektor Muhammad Syihabuddin bin Suble, Pegawai Penyiasat Polis telah merakamkan percakapan Perayu di bawah Seksyen 4 Akta tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah. Pada jam 4.50 petang tarikh yang sama, Inspektor Syihabuddin telah memberikan kebenaran untuk Perayu ditahan selama lebih daripada dua puluh empat (24) jam, selaras dengan kehendak Seksyen 3(2)(a) Akta tersebut. [6] Pada 26 Jun 2022 jam 3.00 hingga 4.30 petang, Inspektor Syihabuddin telah merakamkan percakapan saksi di bawah Seksyen 4 Akta tersebut. Selanjutnya, pada 27 Jun 2022 jam 2.00 hingga 3.30 petang dan 28 Jun 2022 jam 3.30 hingga 4.30 petang, Inspektor Syihabuddin telah merakam percakapan saksi-saksi yang berkaitan dengan fail kes Perayu. [7] Pada 02 Julai 2022, Inspektor Muhammad Syihabuddin Bin Suble, Pegawai Penyiasat Polis telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan Perayu kepada Deputi Superintendan Polis Azizan Bin Abdul Aziz. [8] Deputi Superintendan Polis Azizan Bin Abdul Aziz telah menerima fail kes Perayu dan telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan Perayu kepada Asisten Komisioner Polis Shahidi Bin Abdullah, Pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 3(2)(c) Akta tersebut oleh Ketua Polis Negara. [9] Asisten Komisioner Polis Mohamed Shahidi Bin Abdullah telah menerima laporan hal keadaan penangkapan dan penahanan Perayu. Pada 05 Julai 2022, Asisten Komisioner Polis Mohamed Shahidi Bin Abdullah telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan Perayu kepada Menteri Dalam Negeri. Datuk Jonathan Bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menerima laporan mengenai hal keadaan penahanan dan penangkapan Perayu. [10] Pada 14 Julai 2022, Inspektor Muhammad Syihabuddin Bin Suble, Pegawai Penyiasat Polis telah mengemukakan Laporan Lengkap Penyiasatan di bawah Seksyen 3(3) Akta tersebut kepada Menteri Dalam Negeri dan Pegawai Siasatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Datuk Jonathan Bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menerima Laporan Lengkap Penyiasatan oleh Nurul Faraheen Binti Yahya, Pegawai Siasatan KDN telah menerima Laporan Lengkap Penyiasatan. [11] Pada 17 Julai 2022 jam lebih kurang 4.00 petang, Nurul Faraheen Binti Yahya, Pegawai Siasatan KDN pada telah menjalankan siasatan fizikal ke atas Perayu. Pada 28 Julai 2022, Nurul Faraheen Binti Yahya, Pegawai Siasatan KDN telah mengemukakan laporan lengkap bertulis di bawah Seksyen 5(4) Akta tersebut bagi kes Perayu kepada Menteri Dalam Negeri. Datuk Jonathan Bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menerima laporan lengkap bertulis yang disediakan oleh Pegawai Siasatan KDN tersebut. [12] Pada 17 Ogos 2022, Datuk Jonathan Bin Yasin telah mengeluarkan Perintah Sekatan di bawah Seksyen 6(3) Akta tersebut. Assisten Superintenden Polis Mohd Ridzuan Bin Md Salleh telah menyerahkan Perintah Sekatan kepada Perayu dan menerangkan isi kandungan Perintah Sekatan pada jam 10.00 malam di Pejabat Sahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah kepada Perayu. Pada tarikh sama jam lebih kurang 10.10 malam, Detektif Koperal Mohd Abd Hady Bin Mazlan pada telah membawa dan mengiringi Perayu ke tempat sekatan Perayu sebagaimana yang diperintahkan di dalam Perintah Sekatan tersebut, iaitu di dalam kawasan Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah. [13] Koperal Muhammad Iqbal Bin Mohamad telah menerima Perayudaripada Detektif Koperal Mohd Abd Hady Bin Mazlan pada jam lebihkurang 11.00 malam di Balai Polis Sungai Petani, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah. C. PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN DI MAHKAMAH TINGGI [14] Pada 11 November 2022, Perayu telah memfailkan permohonan kebenaran bagi memulakan permohonan Semakan Kehakiman di bawah Aturan 53, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, bagi mendapatkan perintah deklarasi dan/ atau certiorari bagi membatalkan Perintah Sekatan bertarikh 17 Ogos 2022 yang telah dikeluarkan terhadap Perayu. [15] Pada 11 Januari 2023, YA HMT telah membenarkan kebenaran memulakan permohonan Semakan Kehakiman tersebut. Walau bagaimanapun, pada 22 Jun 2023, YA HMT telah menolak permohonan Semakan Kehakiman tersebut, dengan tiada sebarang perintah berhubung kos. D. RAYUAN PERAYU DI MAHKAMAH INI [16] Perayu yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan YA HMT telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 28 Jun 2023. Selanjutnya pada 12 Disember 2023, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan Terpinda (setelah permohonan Lampiran 11 dibenarkan) bagi meminda nama pihak Responden-Responden yang dinamakan, sebagaimana pihak-pihak dalam prosididng asal di Mahkamah Tinggi. [17] Isu-isu yang dibangkitkan di dalam rayuan ini adalah: a) Isu Pertama: Tiada Alasan-Alasan dan Pengataan Faktayang dikemukakan bersama-sama Perintah Sekatan tersebut; dan b) Isu Kedua: Tiada elemen penglibatan Perayu terlibat dalam sekumpulan besar orang (substantial body of persons) bagi mengedar dadah berbahaya yang mewajarkan pengeluaran Perintah Sekatan tersebut. Hujahan Perayu [18] Secara ringkasnya, Perayu menyatakan bahawa semasa beliau diserahkan dengan Perintah Sekatan bertarikh 17 Ogos 2022 tersebut, tiada Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta dilampirkan bersama-sama dengan Perintah Sekatan tersebut. Justeru menurut Perayu, disebabkan ketiadaan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta dilampirkan bersama-sama Perintah Sekatan tersebut, pengeluaran Perintah Sekatan tersebut adalah tidak sah dan tidak menurut undang-undang (bad in law). [19] Perayu mendakwa bahawa terdapat keperluan undang-undang untuk Responden Pertama atau agennya mengeluarkan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta (untuk dilampirkan bersama-sama Perintah Sekatan tersebut). Menurut hujahan Perayu lagi, sebelum Perintah Sekatan tersebut dikeluarkan, Responden Pertama (Menteri/ Timbalan Menteri Dalam Negeri) adalah bertanggungan menurut undang-undang untuk mengenal pasti dan memastikan kewujudan dan identiti kumpulan pengedaran dadah yang mana Perayu adalah terlibat ataupun sekumpulan besar orang (substantial body of persons) yang dikaitkan dengan Perayu. [20] Lanjutan itu, Perayu berhujah bahawa dengan tiadanya Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta diserahkan kepada Perayu tersebut, ianya secara langsung memberi indikasi bahawa tiada keterangan atau fakta dikemukakan oleh pihak Responden-Responden yang menunjukkan penglibatan Perayu bersama-sama sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya tersebut. Menurut Perayu lagi, kegagalan Responden-Responden menyerahkan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta bersama-sama Perintah Sekatan tersebut kepada Perayu juga telah melanggari hak asasi Perayu yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. [21] Perayu juga menghujahkan bahawa berdasarkan kertas-kertas kausa yang telah dikemukakan ke Mahkamah, elemen penglibatan Perayu bersama sekumpulan besar orang yang pernah ada kaitan dengan aktiviti berkaitan pengedaran dadah adalah tidak jelas ataupun 'vague'. Justeru, pengeluaran Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta tersebut adalah sesuatu yang mandatori bagi menjelaskan/ membuktikan elemen penglibatan Perayu "bersama-sama sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya". [22] Dalam menyokong hujahannya, Perayu telah membawa perhatian Mahkamah ini terhadap suatu kes Mahkamah Persekutuan, iaitu Selva Vinayagam Sures v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 2 CLJ 29 serta satu lagi kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi yang telah merujuk penghakiman di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Selva Vinayagam Sures (supra) iaitu Saravanan Sugumaran v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2021] CLJU 1715. [23] Berdasarkan hujahan-hujahan di atas, Perayu mengatakan bahawa terdapat perlanggaran terhadap Akta tersebut di pihak Responden-Responden, yang secara langsung menjadikan pengeluaran Perintah Sekatan tersebut tidak sah di sisi undang-undang. [24] Oleh itu, Perayu selanjutnya menghujahkan bahawa YA HMT telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kes apabila memutuskan bahawa ketiadaan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta berkenaan tidak terjumlah kepada suatu ketidakpatuhan prosedur, sebagaimana digariskan menurut Seksyen 11C Akta tersebut. Hujahan Responden-Responden [25] Dalam menangkis kedua-dua isu yang dibangkitkan oleh Perayu di atas, Responden-Responden menghujahkan bahawa tindakan Menteri/ Timbalan Menteri Dalam Negeri yang dibuat dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta tersebut tidak boleh dicabar melainkan atas alasan ketidakpatuhan prosedur sahaja, selaras dengan peruntukan Seksyen 11C Akta tersebut. [26] Berpandukan premis berkenaan, Responden-Responden menghujahkan bahawa dalam pengeluaran suatu Perintah Sekatan di bawah Seksyen 6(3) Akta tersebut, tiada keperluan prosedur di bawah Akta tersebut yang memperuntukkan supaya Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta tersebut perlu diberikan kepada Perayu. Oleh itu, tiada ketidakpatuhan prosedur yang berlaku. [27] Menurut Responden-Responden lagi, undang-undang menggariskan bahawa Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta hanya perlu dikeluarkan terhadap orang tahanan (yang telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 6(1) Akta tersebut) untuk proses persidangan representasi orang tahanan di hadapan Lembaga Penasihat, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta tersebut dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan. Berbeza dengan Perayu yang telah dikenakan Perintah Sekatan di bawah Seksyen 6(3) Akta tersebut, tiada proses representasi yang menuntut pengeluaran dokumen tersebut. [28] Dalam hal ini, Responden-Responden menyandarkan hujahan mereka kepada suatu keputusan Mahkamah ini dalam Abdul Razak Musa Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah & Yang Lain v. Irene Pedro dan Rayuan Lain [2020] 1 LNS 1056 yang mana Mahkamah ini melalui Yaacob Haji Md Sam HMR telah memutuskan sebagaimana berikut: [31] Di dalam kes Kumareshen a/I Subramaniam (supra), Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan writ habeas corpus pemohon disebabkan perintah penahanan terhadap pemohon yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 tidak mempunyai "pernyataan bahawa ia tersebut adalah perlu untuk menahan pemohon demi kepentingan awam". Kegagalan memasukkan perkataan-perkataan tersebut di dalam perintah menahan diputuskan sebagai kegagalan untuk mematuhi keperluan-keperluan prosedur Akta tersebut. Walau bagaimana pun kes ini adalah melibatkan keadaan di mana orang yang dikeluarkan perintah tahanan mempunyai hak untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (advisory board) untuk perintah tahanan tersebut dikaji semula keesahannya dan yang demikian terdapat keperluan untuk perintah tahanan dengan jelas membutirkan alasan dan sebab perintah tersebut dikeluarkan terhadapnya. Di dalam rayuan semasa di hadapan kami, hak untuk membuat representasi terhadap perintah pengawasan polis tersebut tidak diperuntukkan di bawah Akta 297. Seksyen 19A(4) Akta 297 hanya memberi hak membuat representasi berkaitan perintah tahanan kepada Lembaga Penasihat." (Penekanan ditambah) [29] Berhubung isu kegagalan Responden-Responden membuktikan elemen penglibatan Perayu dengan sekumpulan besar orang seperti mana diputuskan dalam kes Selva Vinagayam Sures (supra), Responden-Responden menghujahkan bahawa pembuktian elemen berkenaan telah pun dipenuhi di pihak Responden-Responden, sebagaimana pernyataan-pernyataan di dalam afidavit-afidavit yang telah diikrarkan oleh deponen-deponen di pihak Responden-Responden. [30] Oleh itu, menurut Responden-Responden, segala keperluan prosedur dalam pengeluaran Perintah Sekatan tersebut telah dipatuhi dan tidak wujud sebarang ketidakpatuhan prosedur yang mewajarkan rayuan Perayu ini dibenarkan. D. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [31] Dalam mempertimbangkan rayuan Perayu ini, adalah penting untuk Mahkamah ini terlebih dahulu menekankan peruntukan Seksyen 11C Akta tersebut yang mengehadkan sebarang cabaran terhadap pengeluaran Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan di bawah Akta tersebut, hanya terhadap isu-isu ketidakpatuhan prosedur sahaja. Peruntukan Seksyen 11C Akta tersebut adalah diperturunkan sebagaimana berikut: "Judicial review of act or decision of Yang di-Pertuan Agong and Minister
11C
(1) There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or exercise any jurisdiction in respect of, any act done or decision made by the Yang di-Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision.
Subsection
(2) The exception in regard to any question on compliance with any procedural requirement in subsection (1) shall not apply where the grounds are as described in section 6A." [32] Oleh itu, bagi memutuskan sama ada rayuan Perayu di hadapan Mahkamah ini adalah bermerit atau tidak, Mahkamah ini perlu terlebih dahulu mengenal pasti sama ada isu yang dibangkitkan oleh Perayu tersebut terjumlah kepada suatu ketidakpatuhan prosedur di bawah Akta tersebut atau tidak. Hal ini adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914 yang membincangkan berhubung pengeluaran Perintah Tahanan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia terhadap orang tahanan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pembanterasan Jenayah) 1969. Dalam kes ini, Abdul Hamid bin Mohamad (HMP pada ketika itu) dalam penghakimannya telah menyatakan seperti yang berikut: "In our view, courts must give effect to the amendments. That being the law, it is the duty of the courts to apply them. So, in a habeas corpus application where the detention order of the Minister made under s. 4(1) of the Ordinance or, for that matter, the equivalent ss. in ISA 1960 and DD (SPM) Act 1985, the first thing that the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural non-compliance or not. To determine the question, the courts should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirements because it is not the function of the courts to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be noncompliance thereof. Only if there is that there can be noncompliance thereof and only then that the courts should consider whether, on the facts, there has been noncompliance." (Penekanan ditambah) [33] Pertama sekali, berhubung isu yang dibangkitkan Perayu bahawa ketiadaan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta telah mencacatkan prosedur pengeluaran Perintah Sekatan tersebut, Mahkamah ini telah memperhalusi peruntukan undang-undang berkaitan dan senada dengan pendirian YA HMT yang bijaksana sebelum ini. Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan Perayu bahawa adalah menjadi keperluan undang-undang di pihak Responden atau agennya untuk mengeluarkan atau memberikan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta, sebagai syarat sah pengeluaran Perintah Sekatan tersebut. [34] Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Perayu telah dikenakan suatu Perintah Sekatan yang telah dikeluarkan di bawah Seksyen 6(3) Akta tersebut, di mana tiada keperluan prosedur yang memerlukan pihak Responden-Responden memberikan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta kepada Perayu, memandangkan Perayu tidak akan menjalani proses representasi di hadapan Lembaga Penasihat, sebagaimana peruntukan Seksyen 9 Akta tersebut. [35] Hal ini berbeza dengan keadaan sekiranya Perayu dikenakan dengan Perintah Tahanan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6(1) Akta tersebut. Bagi seseorang yang dikenakan Perintah Tahanan, Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta merupakan suatu dokumen mandatori yang perlu diberikan, bagi membolehkan individu tersebut membuat representasi terhadap Perintah Tahanan yang telah dikeluarkan terhadap mereka. [36] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada subseksyen 9(2) Akta tersebut sebagaimana berikut: "Section 9. Representation against detention order
Subsection
(1) A copy of every order made by the Minister under subsection 6(1) shall as soon as may be after the making thereof be served on the person to whom it relates, and every such person shall be entitled to made representations to an Advisory Board.
Subsection
(2) For the purpose of enabling a person to make representations under subsection (1) he shall, at the time of the service on him of the order--
a
(a) be informed of his right to make representations to an Advisory Board under subsection (1); and
b
(b) be furnished by the Minister with astatement in writing-
i
(i) of the grounds on which the order is made;
Subparagraph
(ii) of the allegations of fact on which the order is based; and
Subparagraph
(iii) of such other particulars, if any, he may in the opinion of the Minister reasonably require in order to make his representations against the order to the Advisory Board.
Subsection
(3) The Yang di-Pertuan Agong may make rules as to the manner in which representations may be made and for regulating the procedure of the Advisory Board." [37] Selain peruntukan Seksyen 9 Akta tersebut, keperluan untuk menyerahkan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta terhadap manamana orang yang dikenakan Perintah Tahanan turut digariskan oleh Perkara 151(1) Perlembagaan Persekutuan, seperti berikut: "151. (1) Where any law or ordinance made or promulgated in pursuance of this Part provides for preventive detention-
a
(a) the authority on whose order any person is detained under that law or ordinance shall, as soon as may be, inform him of the grounds for his detention and, subject to Clause (3), the allegations of fact on which the order is based, and shall give him the opportunity of making representations against the order as soon as may be;" [38] Berdasarkan penelitian kepada peruntukan undang-undang di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan penghakiman YA HMT bahawa keperluan untuk mengemukakan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta hanya terpakai dalam keadaan di mana seseorang individu dikenakan Perintah Tahanan, bagi membolehkan individu tersebut membuat atau mengemukakan representasi di hadapan Lembaga Penasihat. [39] Berbalik kepada kes Perayu ini, Perayu dikenakan Perintah Sekatan di bawah Seksyen 6(3) yang mana tiada keperluan untuk membuat suatu representasi. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada keperluan undang-undang untuk dikemukakan kepada Perayu, apa-apa Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta sebagaimana dakwaan Perayu. Justeru, isu pertama yang dibangkitkan oleh Perayu ini tidak bermerit dan tidak ada sebarang isu ketidakpatuhan prosedur berjaya dibangkitkan di pihak Perayu. [40] Seterusnya, Perayu membangkitkan isu bahawa pihak Responden-Responden telah gagal menjelaskan/ membuktikan elemen penglibatan Perayu "bersama-sama sekumpulan besar orang (substantial body of persons) dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya". Menurut Perayu, kegagalan untuk mengemukakan fakta ataupun sebarang keterangan berhubung bagaimanakah Perayu bersama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan aktiviti berkaitan pengedaran dadah adalah "fatal" terhadap Perintah Sekatan yang dikeluarkan terhadap Perayu. [41] Dalam mengupas isu ini, Mahkamah ini ingin memetik penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Selva Vinayam Sures (supra) yang telah dirujuk oleh pihak Perayu, sebagaimana berikut: [46] In the light of ss.15 and 17A of the Interpretation Acts, we are of the view that the purpose and object of Act 316 should be read into sub-s. 6(1) in order to give it the meaning intended by Parliament when it enacted Act 316 under the authority of art. 149 of the FC. This is particularly important as art. 149 which provides for special powers against subversion, etc. gave justification for substantial restrictions on fundamental liberties even under normal circumstances (ie. to say, other than during an emergency). We say so for two reasons. To construe sub-s. 6(1) without reading into it the purpose of the Act would be (i) to render the declared purpose and object which is spelt out in the long title and preamble as mere verbiage, and (ii) to render otiose the provisions of ss. 15 and 17A of the Interpretation Acts. [47] For the foregoing reasons, we think that the Respondent's argument that the long title and preamble is not relevant for the purposes of interpreting sub-s. 6(1) is incongruous. It is clear that the power under sub-s. 6(1) may only be exercised if the following three key ingredients are set out in the grounds of the detention order and allegations of fact. One, that the activity which has been taken or is being threatened by a substantial body of persons relates to or involves the trafficking in dangerous drugs. Two, that the detenu is a member of a substantial body of persons. Three, that the Minister is satisfied that it is necessary in the interest of public order that the detenu be subject to preventive detention." [42] Selanjutnya, di dalam penghakiman yang sama, panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam pembuktian elemen "substantial body of persons" adalah bilangan individu yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah tersebut perlulah lebih daripada seorang, sebagaimana diputuskan seperti berikut: "[150] We are, therefore, constrained to hold that the fact of the appellant acting alone cannot be deemed to fall within the ambit and scope of scrutiny under Act 316; which scope is explicitly confined to a substantial body of persons..." [43] Berdasarkan otoriti yang dirujuk di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa aplikasi Seksyen 6 Akta tersebut hendaklah dilaksanakan selaras dengan objektif Akta tersebut seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut. Justeru, Mahkamah ini berpandangan bahawa dalam pengeluaran suatu perintah sama ada Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan, penglibatan seseorang bersama dengan sekumpulan orang dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya hendaklah ditunjukkan. [44] Dalam hal ini, Mahkamah ini bersetuju dengan pendekatan YA HMT yang bijaksana dalam meneliti dan memberi pertimbangan ke atas afidavit afidavit yang telah difailkan oleh deponen-deponen di pihak Responden-Responden, khususnya afidavit Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pagawai Penyiasat Polis dan Pegawai Inkuiri Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mahkamah ini turut memperhalusi kandungan afidavit-afidavit berkenaan dalam meneliti penglibatan Perayu dengan sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah, sebagaimana diperincikan di bawah. [45] Pertama sekali, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Bin Yasin, telah menjelaskan di dalam perenggan 9 Afidavit Jawapan beliau berhubung penglibatan Perayu bersama sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah, sebagaimana berikut: "Afidavit Jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Bin Yasin
9
Pada 17-08-2022, setelah meneliti dan menimbangkan kedua-dua laporan tersebut, saya telah berpuas hati bahawa Pemohon bersama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan aktiviti berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu mengedar dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Berdasarkan pertimbangan dan penelitian saya kepada kedua-dua laporan tersebut, saya telah berpuas hati bahawa Pemohon sesungguhnya tidak menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya secara berseorangan, sebaliknya Pemohon adalah sebahagian daripada kumpulan besar orang yang terlibat dalam mengendalikan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berperanan membantu rakan-rakan sejenayah menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 25 gram sepeket) berharga RM1,000.00 sepeket dengan menerima upah sebanyak RM150.00 dan didapati mendapatkan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dari rakan sejenayah bagi tujuan pengedaran yang jelas menunjukkan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan besar orang bagi mencapai maksud dan tujuan yang sama iaitu menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperli yang diperuntukkan dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut. Sehubungan dengan itu, saya telah berpuas hati bahawa penglibatan Pemohon ini telah memudaratkan ketenteraman awam namun tidak perlu menahan Pemohon sebaliknya kawalan dan pengawasan adalah perlu dibuat ke atas Pemohon di bawah Akta tersebut dengan dikenakan sekatan dan syarat yang tertentu.” [46] Berdasarkan petikan afidavit Timbalan Menteri Dalam Negeri di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa sebelum mengeluarkan Perintah Sekatan tersebut terhadap Perayu, beliau sesungguhnya telah berpuas hati bahawa terdapat penglibatan Perayu dengan sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah namun tidak perlu menahan Perayu sebaliknya kawalan dan pengawasan adalah perlu dibuat ke atas Perayu di bawah Akta tersebut. [47] Mahkamah ini turut bersetuju dengan dapatan YA HMT yang bijaksana bahawa pernyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung kepuasan hatinya tersebut, adalah ekoran daripada hasil siasatan yang dijalankan oleh Inspektor Muhammad Syihabuddin Bin Suble, Pegawai Penyiasat Polis dalam Afidavit Jawapan beliau di perenggan 14, sebagaimana berikut: "Afidavit Jawapan Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor Muhammad Syihabuddin Bin Suble
14
Hasil daripada penyiasatan terhadap Pemohon, saksi-saksi, pengumpulan keterangan dan rakaman percakapan serla dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pengedaran dadah berbahaya Pemohon, pihak polis mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa Pemohon bersama-sama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan dengan pengedaran dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu mengedar dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti yang tersenarai di bawah Jadual Perlama, Bahagian Ill, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Hasil siasatan pihak polis juga sesungguhnya mendapati bahawa Pemohon tidak menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya secara berseorangan. Saya telah berpuas hati bahawa Pemohon adalah sebahagian daripada sekumpulan besar orang yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Saya juga berpuas hati bahawa Pemohon adalah sebahagian daripada sekumpulan besar orang yang terlibat dengan aktiviti menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 25 gram sepeket) berharga RM1,000.00 sepeket dengan menerima upah sebanyak RM150.00 dan didapati mendapatkan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dari rakan sejenayah bagi tujuan pengedaran yang jelas menunjukkan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan besar orang bagi mencapai maksud dan tujuan yang sama iaitu menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut.” [48] Mahkamah ini juga mendapati bahawa hasil siasatan pihak polis yang dinyatakan oleh Pegawai Penyiasat Polis di atas adalah selari dengan kenyataan Pegawai Inkuiri KDN, Nurul Faraheen Binti Yahya telah menjalankan inkuiri secara fizikal ke atas Perayu. Sebagaimana di perenggan 12 Afidavit Jawapan beliau, Pegawai berkenaan turut menyatakan kepuasan hati beliau berhubung penglibatan Perayu dengan sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah, sebagaimana diperturunkan di bawah: "Afidavit Jawapan Pegawai Inkuiri KDN, Nurul Faraheen Binti Yahya
12
Setelah meneliti hasil siasatan yang telah dijalankan terhadap Pemohon, meneliti keterangan saksi serta meneliti dan menimbangkan laporan lengkap penyiasatan di bawah Seksyen 3(3) Akta tersebut yang dikemukakan oleh INSPEKTOR POLIS MUHAMMAD SYIHABUDDIN BIN SUBLE berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Pemohon yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya, saya kemudiannya telah menyediakan satu laporan bertulis terhadap Pemohon untuk dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 5(4) Akta tersebut. Saya telah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Pemohon bersama-sama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu mengedar dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Bahagian Ill, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Hasil siasatan saya juga mendapati bahawa Pemohon tidak menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya secara berseorangan memandangkan Pemohon telah memperolehi bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine daripada rakan sejenayah untuk tujuan pengedaran. Sesungguhnya, kegiatan dan penglibatan Pemohon membantu rakan-rakan sejenayah menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan menerima upah dan mendapatkan dadah jenis sama dari rakan rakan-rakan sejenayah bagi tujuan pengedaran jelas menunjukkan bahawa Pemohon tidak bertindak secara bersendirian dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Sebaliknya, peranan serta kegiatan Pemohon tersebut telah jelas menunjukkan penglibatan Pemohon bersama-sama sekumpulan besar orang dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut." [49] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini terhadap pernyataan deponen-deponen di pihak Responden-Responden (di dalam afidavit masing-masing), Mahkamah ini berpuas hati dengan dapatan YA HMT yang bijaksana bahawa aktiviti pengedaran dadah yang dijalankan oleh Perayu ini melibatkan ramai orang yang berkerjasama dan berada dalam rangkaian dan kaitan yang tertentu dari sumber pembekal utama yang menjual dadah dalam kuantiti yang lebih besar sehinggalah kepada pengguna akhir dadah tersebut. Rangkaian tindakan dan kegiatan Perayu dengan individu-individu lain ini iaitu rakan sejenayah Perayu, telah berjaya menunjukkan penglibatan Perayu dengan sekumpulan besar orang yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah berbahaya. [50] Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di pihak Responden-Responden tersebut, adalah memadai untuk membuktikan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri telah membuat pertimbangan sewajarnya dan telah berpuas hati bahawa elemen penglibatan Perayu dengan sekumpulan besar orang yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah berbahaya ini telah berjaya dibuktikan, sebelum membuat keputusan supaya Perintah Sekatan tersebut dikeluarkan terhadap Perayu. D. PENUTUP [51] Berdasarkan Alasan-Alasan di atas, Mahkamah ini dengan sebulat suara memutuskan bahawa tiada sebarang isu ketidakpatuhan prosedur di pihak Responden-Responden dalam pengeluaran Perintah Sekatan tersebut. Justeru, rayuan Perayu adalah tidak bermerit. Rayuan ini ditolak dan keputusan YA HMT adalah disahkan. Tiada perintah berhubung kos. -sgd- (AZMAN BIN ABDULLAH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya Tarikh: 20 Disember 2024 Bagi pihak Perayu Amrick Singh Sandu Tetuan Naran Singh & Co. Peguambela & Peguamcara Bagi pihak Responden SFC Nurul Huda Mohd Salehuddin [FC Nur Izham bin Ismail bersamanya] (Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya) [Jabatan Peguam Negara]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.