pertuduhan iaitu: PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [64] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka tertuduh bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (on a balance of probalities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. [65] Meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT hanyalah suatu penafian dan berbentuk afterthought. Versi pembelaan ini sama sekali bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh SP2 ketika memberi keterangan. Mahkamah ini tidak ada alasan yang munasabah untuk menolak keterangan SP2. SP2 telah dengan tegas dan tidak goyah dalam memberi keterangan. Rujuk kes Marimuthu Seringan v Public Prosecutor [2016] 1 LNS 64 (Mahkamah Rayuan). [66] Dalam keadaan seperti yang dibincangkan di atas, setelah memberi pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang keraguan yang munasabah telah berjaya ditimbulkan oleh OKT dan OKT juga gagal menyangkal ataupun mematahkan andaian statutori yang digunapakai bagi elemen pengedaran di dalam pertuduhan pertama, kedua dan ketiga. S/N YZmfcsPtA0aHifX1Uj0pnQ [67] Oleh yang demikian, adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT tanpa keraguan yang munasabah bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di dalam kes WA-45A-50-05/2021 dan pertuduhan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun bagi kes WA-45-4-05/2021. [38] Kami mengambil maklum bahawa catatan HMT di dalam nota 620 prosiding adalah ringkas namun ia menunjukkan bahawa HMT mengambil maklum di peringkat pendakwaan dan sebelum memanggil Perayu membela diri, HMT memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie dimana elemen pertuduhan serta elemen milikan di dalam ketiga-tiga 625 pertuduhan telah dibuktikan melalui keterangan langsung dan bagi elemen pengedaran pula andaian statutori di bawah s.39(da) adalah terpakai bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Pada kami catatan HMT adalah memadai untuk memberi notis kepada Perayu tentang hak Perayu untuk membela diri. Begitu juga semasa di peringkat 630 pembelaan, walau HMT tidak menyatakan tentang anggapan di bawah s.37(da) ADB, namun pada hemat kami HMT telah menggunakan beban pembuktian yang lebih rendah iaitu “melampaui keraguan yang munasabah”. Namun Perayu masih gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes 635 pendakwaan maka pada tahap ini Mahkamah ini mendapati tiada sebarang kekhilafan di dalam keputusan HMT pada ketika itu. Kami dapati “the flow of toughts” HMT adalah konsisten dan HMT telah S/N YZmfcsPtA0aHifX1Uj0pnQ secara lengkap menjelaskan isu ini di dalam Alasan Penghakimannya. Rujuk pada Alasan Penghakiman perenggan [62]- 640 [66], kami dapati HMT telah membuat dapatan bahawa Perayu tidak mampu mematahkan sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka Perayu bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (on a balance of probalities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. 645 Adalah jelas di peringkat pembelaan, HMT tidak khilaf dalam membuat dapatan tersebut diatas. [39] Kami merujuk kepada s.180 KTJ yang memperuntukkan bahawa apabila kes bagi pihak pendakwaan tamat, Mahkamah 650 hendaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh dan jika Mahkamah mendapati bahawa suatu kes prima facie telah dibuat terhadap tertuduh atas kesalahan yang dipertuduh, Mahkamah hendaklah memanggil tertuduh untuk memasukkan pembelaannya. Pada hemat 655 kami walaupun Mahkamah mesti membuat keputusan sama ada kes prima facie wujud, adalah memadai untuk HMT menyampaikan rasional atau ringkasan penemuan (findings) bahawa kes untuk dijawab telah dibangkitkan dan HMT berhak untuk alasan komprehensif sepenuhnya semasa memberikan ulasan lengkap di 660 dalam Alasan Penghakimannya. Pada pendapat kami HMT di dalam kes hari ini telah berbuat demikian dan adalah tidak adil untuk pihak Perayu mengatakan bahawa ini adalah suatu “penambah baikan” sedangkan HMT berhak untuk menjelaskan dengan terperinci dapatan HMT seperti yang jelas boleh dilihat pada para 62-67 di 665 dalam Jadual Perbandingan di atas. S/N YZmfcsPtA0aHifX1Uj0pnQ [40] Kami juga mendapati tiada sebarang prejudis yang dapat ditunjukkan. Undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah Rayuan tidak akan campur tangan semata-mata kerana terdapat kelewatan dalam penyampaian alasan penghakiman melainkan 670 kelewatan tersebut telah menyebabkan salah laksana keadilan. Dalam kes Lee Kwan Woh v PP (supra), Mahkamah Persekutuan mengiktiraf bahawa tidak setiap ketidakaturan atau kecacatan prosedur semestinya menjadikan sesuatu sabitan tidak selamat. Pertimbangan muktamad tetap sama ada salah laksana keadilan 675 telah berlaku. Begitu juga, dalam kes rujuk Perayu iaitu Anmathievelu P Ramasamy v PP, Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan prinsip bahawa kelewatan sahaja membatalkan sesuatu sabitan. Sebaliknya, kebimbangan Mahkamah ialah sama ada, berdasarkan fakta khusus kes tersebut, kelewatan itu menyumbang 680 kepada keadaan yang menunjukkan sabitan tidak selamat. Keputusan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai autoriti bagi cadangan (proposal) bahawa apa-apa kelewatan yang panjang secara automatik melayakkan seseorang tertuduh kepada pembebasan. 685 [41] Oleh itu, beban kekal pada Perayu untuk menunjukkan apakah keterangan yang telah dilupakan oleh HMT, dapatan manakah yang jelas terjejas oleh kelewatan tersebut, apakah percanggahan yang timbul disebabkan kelewatan tersebut dan bagaimana kelewatan tersebut menyebabkan salah laksana keadilan. Kami dapati Perayu 690 tidak menunjukkan mana-mana dapatan khusus yang tidak boleh secara munasabah dibuat berdasarkan rekod. Perayu juga tidak mengenal pasti apa-apa percanggahan material antara keputusan lisan dan Alasan Penghakiman yang kemudiannya disediakan oleh S/N YZmfcsPtA0aHifX1Uj0pnQ HMT. Kami dapati penghujahan Perayu pada asasnya bersandarkan 695 sangkaan bahawa peredaran masa pasti telah menjejaskan ingatan HMT terhadap keterangan. Pada hemat kami, prejudis sedemikian tidak boleh mengetepikan sabitan yang diasaskan atas keterangan yang diterima oleh HMT. 700 [42] Pada hemat kami, tanpa keterangan kukuh yang menunjukkan sebaliknya, Mahkamah ini hendaklah menganggap bahawa HMT telah melaksanakan tugas kehakimannya dengan sewajarnya dan mencapai kesimpulannya selepas mempertimbangkan keseluruhan keterangan. Kelewatan semata-mata, tanpa bukti prejudis yang 705 terhasil, tidak mampu menyangkal anggapan tersebut. Jika diputuskan sebaliknya, ini bermakna setiap penghakiman yang lewat secara automatik boleh diketepikan tanpa mengira kekuatan keterangan dan tanpa mengira sama ada apa-apa ketidakadilan sebenarnya telah berlaku. 710 [43] Kami mengambil maklum bahawa kelewatan dalam penyediaan Alasan Penghakiman telah berlaku, Mahkamah ini masih perlu meneliti sama ada sabitan itu selainnya disokong oleh keterangan. Kami dapati keterangan dalam Mahkamah menunjukkan bahawa: