Content
AP-83D-13-01/2022 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SELAMA DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AP-83D-13-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD HAFIZI BIN MOHD ZULKIFLI (NO K/P.: 921208085469) PENGHAKIMAN (Selepas bicara penuh)
AP-83D-13-01/2022
Magistrates Court of Malaysia7 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
AP-83D-13-01/2022 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SELAMA DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AP-83D-13-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD HAFIZI BIN MOHD ZULKIFLI (NO K/P.: 921208085469) PENGHAKIMAN (Selepas bicara penuh)
1
Tertuduh dalam kes ini Muhammad Hafizi bin Mohd Zulkifli telah dituduh dan dibicarakan dengan tiga (3) pertuduhan seperti berikut: “Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 18/06/2021 jam lebih kurang 0905 hrs, bertempat di sebuah rumah alamat No, 29 PKT 6, Felda Ijok, dalam daerah Larut Matang dan Selama, dalam Negeri Perak, telah ada dalam milikan kamu 8.61 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. AP-83D-13-01/2022 2 Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 18/06/2021 jam lebih kurang 0905 hrs, bertempat di sebuah rumah alamat No, 29 PKT 6, Felda Ijok, dalam daerah Larut Matang dan Selama, dalam Negeri Perak, telah ada dalam milikan kamu 0.33 gram dadah berbahaya jenis Heroin. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Pertuduhan Ketiga: Bahawa kamu pada 18/06/2021 jam lebih kurang 0905 hrs, bertempat di sebuah rumah alamat No, 29 PKT 6, Felda Ijok, dalam daerah Larut Matang dan Selama, dalam Negeri Perak, telah ada dalam milikan kamu 0.25 gram dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.”.
2
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan setiap satu elemen kesalahan bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. Oleh yang demikian, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
3
Tertuduh kemudiannya telah dipanggil untuk membela diri.
4
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan mensabitkan tertuduh bagi ketiga-tiga pertuduhan.
5
Untuk hukuman, setelah mendengar hujahan-hujahan mitigasi dan pemberatan daripada pihak-pihak, Mahkamah memerintahkan hukuman seperti berikut ke atas tertuduh:
i
bagi pertuduhan pertama, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun bermula dari tarikh sabitan iaitu pada 7 Februari 2025 dan 3 kali sebatan;
II
(ii) bagi pertuduhan kedua, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun bermula dari tarikh sabitan iaitu pada 7 Februari 2025;
III
(iii) bagi pertuduhan ketiga, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan bermula dari tarikh sabitan iaitu pada 7 Februari 2025; dan
IV
(iv) Mahkamah memerintahkan agar ketiga-tiga hukuman penjara tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan iaitu 7 Februari 2025. AP-83D-13-01/2022 4
6
Terkilan, tertuduh melalui peguam belanya telah merayu ke atas keseluruhan keputusan Mahkamah merangkumi sabitan dan hukuman ke Mahkamah Tinggi Taiping. Tiada rayuan silang daripada pihak pendakwaan.
7
Penghakiman bertulis ini mengandungi keseluruhan analisis dan sebab-sebab keputusan dalam kes ini bagi sabitan dan hukuman.
8
Pengadu dalam kes ini ialah SP1, Inspektor Mohd Zaki bin Mohd Radzi, yang bertindak selaku pegawai serbuan dan tangkapan. Pada 18 Jun 2021, lebih kurang pukul 9.05 pagi, SP1 bersama-sama sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Selama telah membuat serbuan di sebuah rumah di alamat No. 29, PKT 6, Felda Ijok, Selama, Perak (“rumah tertuduh”). Serbuan ini adalah hasil maklumat awam yang diterima oleh SP1.
9
Sebelum serbuan, anggota-anggota serbuan (polis) yang diketuai oleh SP1 telah membuat pemerhatian di sekitar rumah tertuduh selama lebih kurang 10 minit. Setelah itu, mereka bergerak ke arah hadapan rumah tertuduh. Setibanya di hadapan rumah, mereka mendapati pintu utama rumah tertuduh tertutup tetapi tidak berkunci. SP1 bersama-sama anggota serbuan kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk tujuan pemeriksaan. Di dalam bilik kedua di sebelah kiri rumah (“bilik tersebut”), mereka telah menemui seorang AP-83D-13-01/2022 5 lelaki Melayu (“tertuduh”) yang sedang berbaring di atas tilam yang terletak di atas lantai bilik tersebut.
10
Setelah memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa polis, SP1 bersama-sama anggota serbuan telah menjalankan pemeriksaan ke atas fizikal tertuduh namun tidak menemui sebarang barang salah. Pemeriksaan lanjut di tempat tertuduh ditahan menemui sebuah beg berzip berwarna hitam putih (“beg P5A”) yang diletakkan di atas tilam. Beg P5A telah diambil oleh SP1 dan dibuka di hadapan tertuduh. Di dalamnya terdapat dua peket plastik lutsinar yang masing-masing mengandungi bahan disyaki dadah berbahaya. Satu peket plastik mengandungi ketulan dan serbuk berwarna perang disyaki Heroin dan satu lagi peket plastik mengandungi bahan kristal jernih disyaki Methamphetamine. Turut dijumpai di dalam beg itu ialah satu kad pengenalan atas nama Muhammad Hafizi bin Mohd Zulkifli (No. K/P: 921208-08-5469).
11
Susulan penemuan tersebut, SP1 telah menahan tertuduh dan merampas barang-barang kes. Tertuduh bersama-sama barang rampasan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Selama untuk tindakan lanjut. SP1 kemudiannya telah membuat satu laporan polis.
12
Barang kes dalam beg P5A kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Ipoh untuk dianalisis. Hasil analisis mendapati bahawa:
i
Ketulan dan serbuk berwarna perang mengandungi dadah berbahaya jenis Heroin seberat 0.33 gram dan Monoacetylmorphines seberat 0.25 gram; dan
II
(ii) Bahan kristal jernih mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 8.60 gram. HUJAHAN PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN
13
Peguam bela terpelajar tertuduh telah menghujahkan perkara-perkara berikut: • Tertuduh tidak memiliki atau mengetahui kewujudan dadah berbahaya yang terdapat di dalam beg P5A kerana beg tersebut bukan jenis lutsinar (transparent) dan isi kandungannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Malah, tertuduh juga tidak menunjukkan sebarang reaksi mencurigakan seperti takut atau cuba melarikan diri ketika SP1 dan pasukannya membuat serbuan ke atas rumah tertuduh. • Tiada gambar diambil ketika SP1 membuat tangkapan ke atas tertuduh dan ini menurut peguam bela, menjejaskan kewibawaan versi pihak pendakwaan. • Tiada pemeriksaan cap jari (fingerprint dusting) dilakukan ke atas beg P5A atau ke atas dua peket plastik yang mengandungi dadah berbahaya di dalamnya. Ini menurut AP-83D-13-01/2022 7 pembelaan menunjukkan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan barang kes tersebut. • Tiada ujian DNA dilakukan bagi mengaitkan tertuduh dengan beg P5A. •
Preamble
Menurut pembelaan, barang kes di mana dadah berbahaya dijumpai iaitu beg P5A itu tidak ditemui di atas katil tempat tertuduh ditahan, tetapi di ruang tamu rumah yang boleh diakses oleh orang lain sekali gus menimbulkan keraguan tentang pemilikan eksklusif tertuduh terhadap barang kes tersebut. • Penyataan saksi SP2 tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 402B Kanun Tatacara Jenayah kerana penyataan saksi SP2 tidak mengandungi deklarasi (declaration) sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 402B(2)(b) Kanun Tatacara Jenayah. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
i
Berat dan jenis dadah berbahaya bagi ketiga-tiga pertuduhan
14
Mahkamah berpuas hati bahawa berat dan jenis dadah berbahaya yang terkandung dalam ketiga-tiga pertuduhan terhadap AP-83D-13-01/2022 8 tertuduh telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
15
Bagi pembuktian elemen ini, pihak pendakwaan bergantung kepada hasil analisis yang dijalankan oleh Ahli Kimia (SP3) serta keterangan beliau di Mahkamah. Dapatan analisis SP3 telah dilaporkan dalam Laporan Kimia No. Makmal 21-FR-A-03600 (P10) yang telah dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah. Tidak ada sebarang pertikaian berkenaan dengan dapatan SP3. Keterangan SP3 berkenaan barang kes juga adalah konsisten dengan penandaan yang telah dibuat oleh SP1 dan SP5 (pegawai penyiasat kes ini). Oleh itu keterangan SP3 diterima bagi membuktikan berat dan jenis dadah berbahaya yang terlibat bagi ketiga-tiga pertuduhan terhadap tertuduh.
II
(ii) Pemilikan dan pengetahuan tertuduh terhadap dadah berbahaya
16
Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan terhadap ketiga-tiga jenis dadah berbahaya yang menjadi subjek dalam ketiga-tiga pertuduhan terhadap tertuduh.
17
Dalam keterangan SP1, SP4 dan SP5, mereka secara konsisten menyatakan bahawa semasa pemeriksaan lanjut dijalankan di dalam bilik tersebut, SP1 telah menjumpai sebuah beg berzip berwarna hitam putih (P5A) di atas tilam dalam jarak lebih kurang satu kaki AP-83D-13-01/2022 9 dari tempat tertuduh sedang baring ketika ditahan. Pemeriksaan ke atas beg P5A telah menemui satu peket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki Heroin, satu lagi peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki Methamphetamine dan satu kad pengenalan atas nama Muhammad Hafizi Bin Mohd Zulkifli (No. K/P: 921208-08-5469).
18
Berdasarkan jarak yang begitu hampir antara tertuduh dan beg P5A serta fakta bahawa beg P5A berada di atas tilam tempat tertuduh baring, Mahkamah berpendapat bahawa tertuduh mempunyai kawalan fizikal dan dominan ke atas beg P5A. Keadaan ini menunjukkan bahawa tertuduh berada dalam posisi di mana beliau boleh menggunakan atau menguruskan kandungan beg P5A pada bila-bila masa seolah-olah ia miliknya sendiri.
19
Tambahan pula, penemuan kad pengenalan tertuduh di dalam beg yang sama (beg P5A) menguatkan lagi inferens bahawa tertuduh bukan sahaja mempunyai milikan fizikal terhadap beg tersebut, tetapi juga mempunyai pengetahuan terhadap isi kandungannya. Adalah tidak munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang tidak mengetahui kandungan beg yang berada dalam kawalannya dan yang turut menyimpan dokumen peribadi miliknya.
20
Mahkamah Persekutuan dalam kes Ariff Arhannan bin Che Udin v Public Prosecutor [2022] 3 MLJ 157 telah memutuskan seperti berikut: AP-83D-13-01/2022 10 “[10] On these primary facts, the learned JC found, rightly in our view, that a prima facie case of trafficking had been established against the appellant in respect of the first charge. The presence of the appellant’s personal documents in the black bag and in the wallet provided strong circumstantial evidence that he had knowledge of the drug. The fact that the documents and the drug were found in the same bag and the same type of drug was also found in his possession at the time of his arrest at the car park could not have been a coincidence. [11] Knowledge of the drug had therefore been established against the appellant by actual or affirmative evidence (as opposed to presumed knowledge under s 37(d) of the DDA), ...”. (Penekanan ditambah).
21
Lebih penting lagi, keterangan saksi-saksi pendakwaan juga konsisten bahawa tiada individu lain berada di tempat kejadian (rumah tertuduh) selain tertuduh pada masa tangkapan dibuat. Ini sekali gus menafikan kemungkinan penglibatan orang lain atau akses pihak ketiga terhadap barang kes beg P5A tersebut.
22
Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa elemen milikan dan pengetahuan tertuduh terhadap ketiga-tiga dadah berbahaya seperti mana dalam tiga pertuduhan terhadap tertuduh telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
23
Mahkamah telah menilai dan memberi pertimbangan kepada hujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan. Mahkamah menolak hujahan pihak pembelaan atas alasan-alasan berikut: AP-83D-13-01/2022 11 • Isu beg P5A tidak lutsinar dan isi kandungan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Hujahan ini tidak menafikan fakta bahawa beg P5A dijumpai dalam jarak satu kaki dari tempat tertuduh baring. Beg P5A tersebut berada di atas tilam iaitu tempat di mana tertuduh ditahan dan mengandungi kad pengenalan tertuduh. Kehadiran dokumen peribadi milik tertuduh di dalam beg yang sama dengan dadah berbahaya membuktikan bahawa tertuduh bukan sahaja mempunyai milikan fizikal, tetapi juga pengetahuan terhadap beg P5A dan kandungannya. Bagi sesuatu kesalahan pemilikan, pihak pendakwaan tidak perlulah hingga membuktikan bahawa tertuduh boleh melihat secara zahir kandungan beg P5A. Memadai jika dibuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan terhadap beg tersebut serta pengetahuan dan keupayaan untuk menggunakannya pada bila-bila masa. Ini mencukupi untuk membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan secara prima facie terhadap dadah berbahaya yang terkandung di dalamnya. • Tiada reaksi mencurigakan ketika serbuan daripada tertuduh. Reaksi tertuduh semasa serbuan bukanlah satu-satunya fakta relevan untuk menentukan pengetahuan tertuduh AP-83D-13-01/2022 12 berkenaan dadah-dadah berbahaya yang terkandung dalam beg P5A. Ketiadaan reaksi tidak menafikan hakikat bahawa beg tersebut dijumpai begitu hampir dengan tertuduh dan mengandungi kad pengenalan tertuduh sendiri. Elemen pengetahuan boleh dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui situasi/keadaan pemilikan dan kedudukan sesuatu barang kes, bukan semata-mata melalui tingkah laku (conduct) mahupun reaksi tertuduh ketika serbuan dibuat. • Tiada gambar ditangkap semasa tangkapan. Ketiadaan gambar tidak menjejaskan kewibawaan pihak pendakwaan apabila keterangan saksi-saksi utama pihak pendakwaan seperti SP1, SP4 dan SP5 adalah konsisten, kukuh dan tidak dicabar semasa pemeriksaan balas. Tiada keperluan undang-undang yang mewajibkan gambar ditangkap semasa setiap proses tangkapan dan ia juga bukan prasyarat bagi membuktikan elemen kesalahan dalam sesuatu pertuduhan. • Tiada pemeriksaan cap jari atau ujian DNA Adalah tidak wajib bagi pihak pendakwaan menjalankan ujian cap jari atau DNA dalam setiap kes dadah/narkotik. Pendakwaan boleh membuktikan pemilikan dan pengetahuan melalui keterangan langsung dan/atau AP-83D-13-01/2022 13 keterangan keadaan. Dalam kes ini, kedudukan beg P5A di atas tilam berhampiran tertuduh serta penemuan kad pengenalannya di dalam beg P5A sudah memadai untuk membuktikan bahawa beg P5A tersebut berada dalam milikan dan pengetahuan tertuduh. • Barang kes berada di ruang tamu dan boleh diakses orang lain. Hujahan ini bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menyatakan bahawa beg P5A dijumpai di atas tilam berdekatan dengan tempat tertuduh baring ketika ditahan. Tambahan pula, saksi-saksi pihak pendakwaan konsisten bahawa tiada individu lain di tempat kejadian selain tertuduh pada masa tangkapan dilakukan. Mereka juga telah melakukan pemerhatian disekitar rumah tertuduh selama 10 minit sebelum serbuan dilakukan. Oleh itu, kemungkinan adanya akses orang lain adalah andaian semata-mata yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan. • Keterangan SP2 tidak mematuhi seksyen 402B Kanun Tatacara Jenayah. Keterangan SP2 hanya menyentuh aspek penyerahan barang kes yang tidak bersifat material dalam pembuktian elemen pertuduhan. Selain itu, pihak pendakwaan tidak AP-83D-13-01/2022 14 hanya bergantung kepada SP2 dalam membuktikan kes mereka. Pembuktian utama datang daripada keterangan SP1, SP4, SP5 dan SP3 (Ahli Kimia) yang secara kolektif berjaya membuktikan elemen milikan, pengetahuan serta jenis dan berat dadah melampaui keraguan yang munasabah. Tambahan juga, walaupun pihak pembelaan sekarang cuba mempertikaikan pematuhan seksyen 402B, peguam bela tidak pernah membantah ketika penyataan saksi SP2 ditandakan sebagai eksibit oleh pihak pendakwaan.
24
Mahkamah telah mempertimbangkan secara maksimum keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga setelah meneliti dan menghalusi sedalam-dalamnya semua keterangan dan hujahan-hujahan pihak-pihak, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan setiap satu elemen kesalahan bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. Oleh yang demikian, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Rentetan daripada keputusan tersebut, mahkamah telah memanggil tertuduh untuk membela dirinya bagi pertuduhan-pertuduhan yang dihadapinya.
25
Mahkamah seterusnya telah menjelaskan tiga pilihan yang diberikan kepada tertuduh selaras dengan seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh menyatakan bahawa tertuduh memilih pilihan pertama untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.
i
Inti pati pembelaan
26
Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan memanggil satu saksi lain yang merupakan isterinya yang sedang dibicarakan untuk kesalahan seksyen 39B Akta Dadah Berbahahaya 1952 (SD2).
27
Intipati pembelaan tertuduh adalah bahawa barang kes dadah bukan miliknya, sebaliknya milik isterinya (SD2) dan ia tidak dijumpai di atas tilam tempat tertuduh ditahan.
28
Tertuduh dalam keterangan bersumpahnya menyatakan bahawa rumah berkenaan turut dihuni oleh beberapa individu lain, iaitu isterinya (SD2), ketiga-tiga anak mereka, bapa kepada SD2, emak tertuduh, dan seorang rakan bernama Mohd Affendy, yang dikatakan oleh tertuduh sebagai penyewa di rumah tersebut.
29
Tertuduh juga menyatakan perkara-perkara berikut: AP-83D-13-01/2022 16 • Ketika serbuan, tertuduh sedang tidur di bilik nombor 2 (iaitu bilik tempat dia ditahan); • SD2 ketika itu berada di dapur; • Barang kes dadah didakwa dijumpai di dalam rak berwarna merah jambu di ruang tamu rumah tertuduh; dan • Walaupun kedua-dua tertuduh dan SD2 memaklumkan kepada polis bahawa barang kes tersebut milik SD2, pihak polis hanya menangkap tertuduh. Didakwa tindakan ini dibuat kerana SD2 masih menyusukan anak mereka yang berumur 4 bulan ketika itu.
30
Isterinya, SD2, dalam keterangan bersumpahnya menyokong versi tertuduh dan menyatakan perkara-perkara berikut: • Ketika tangkapan terhadap tertuduh dibuat, SD2 berada di dapur rumah; • Turut berada di rumah ketika itu ialah ketiga-tiga anak mereka, bapa SD2, emak tertuduh, dan Mohd Affendy; • Ketika itu, tertuduh sedang tidur di bilik nombor 2 rumah iaitu bilik yang sama tempat tertuduh ditangkap; AP-83D-13-01/2022 17 • SD2 mendakwa beliau melihat polis mengambil barang kes dari rak berwarna merah jambu yang terletak di ruang tamu; • SD2 menyatakan bahawa barang kes dadah tersebut adalah miliknya dan dadah itu diperoleh daripada Mohd Affendy untuk diserahkan kepada “budak”nya.
II
(ii) Rumusan dan dapatan
31
Mahkamah, selaras dengan seksyen 173(m) Kanun Tatacara Jenayah telah menilai semua keterangan sebelum menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mahkamah telah meneliti pembelaan tertuduh secara keseluruhannya serta menyemak semula kes pendakwaan dan mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah atas sebab berikut.
32
Keterangan tertuduh hanyalah penafian semata-mata tanpa disokong oleh keterangan yang bebas dan boleh dipercayai. Apa yang jelas daripada keterangan tertuduh adalah usahanya untuk memindahkan kesalahan kepada isterinya yang ketika itu sedang direman untuk perbicaraan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
33
Keterangan tertuduh dan isterinya (SD2) bahawa dadah berbahaya yang dirampas adalah milik SD2 adalah bersifat rekaan dan pemikiran semula (afterthought). Hal ini dikatakan demikian AP-83D-13-01/2022 18 kerana dakwaan bahawa dadah berbahaya tersebut adalah milik SD2 tidak pernah langsung ditimbulkan atau dicadangkan oleh pihak pembelaan kepada mana-mana saksi pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan. Apa yang dicadangkan oleh pihak pembelaan hanyalah bahawa barang kes dadah tersebut telah diambil dari sebuah rak berwarna merah jambu yang terletak di ruang tamu rumah tertuduh tersebut di mana orang ramai mempunyai akses.
34
Tambahan pula, walaupun peguam bela tertuduh ada meletakkan semasa kes pendakwaan bahawa isteri tertuduh (SD2) turut berada di rumah tertuduh bersama-sama ahli keluarga lain, namun pihak pembelaan tidak pernah mencadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan bahawa dadah berbahaya yang dirampas adalah milik SD2. Isu pemilikan dadah oleh SD2 hanya timbul buat pertama kali semasa tertuduh dan SD2 memberikan keterangan di peringkat pembelaan. Kegagalan pihak pembelaan untuk mencadangkan perkara ini lebih awal kepada saksi pendakwaan menunjukkan bahawa versi pembelaan ini adalah suatu bentuk pemikiran semula (afterthought) yang bertujuan untuk menyesuaikan keadaan bagi menimbulkan keraguan yang bersifat spekulatif semata-mata dan bukannya keraguan yang munasabah.
35
Walaupun SD2 mendakwa bahawa beliau telah memaklumkan kepada peguam bela tertuduh sejak awal bahawa barang kes dadah adalah miliknya, versi ini tidak pernah dibangkitkan kepada mana-mana saksi pendakwaan semasa peringkat kes pendakwaan. AP-83D-13-01/2022 19 Sekiranya versi ini benar dan telah dimaklumkan kepada peguam bela tertuduh sejak awal kes, sudah tentu (dan secara munasabah) peguam bela tertuduh akan menimbulkannya lebih awal khususnya semasa pemeriksaan balas terhadap saksi utama pendakwaan. Kegagalan untuk berbuat demikian menjadikan versi ini suatu pendedahan yang lewat (belated disclosure) yang menjejaskan kebolehpercayaan dan kredibiliti keseluruhan pembelaan serta gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
36
Selain itu, sekiranya benar versi pembelaan bahawa tertuduh telah dianiaya, seharusnya laporan polis telah dibuat segera pada masa kejadian dan bukannya setelah dua atau tiga tahun baru datang mengemukakan dakwaan tersebut di Mahkamah ketika kes sudahpun di peringkat pembelaan. Ketiadaan laporan polis tersebut menimbulkan keraguan terhadap kesahihan dan kepercayaan terhadap keterangan pembelaan.
37
Mahkamah juga telah menilai keterangan SD2 dengan penuh berhati-hati memandangkan SD2 adalah saksi yang berkepentingan (interested witness). Sebagai isteri tertuduh, SD2 jelas mempunyai kepentingan peribadi dalam memberi keterangan di mana niatnya adalah untuk menyelamatkan suaminya daripada sabitan. Sebagai seorang isteri yang masih mempunyai hubungan kasih sayang dengan suaminya, SD2 mempunyai alasan yang kuat untuk bertindak memihak kepada tertuduh dan tidak boleh dijangka untuk memberi keterangan yang neutral.
38
Setelah menilai keterangan SD2 dengan penuh berhati-hati dan setelah mendapati bahawa pembelaan tertuduh adalah sekadar penafian semata-mata serta merupakan pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought/belated disclosure), Mahkamah mendapati keterangan SD2 tidak boleh diterima. Oleh itu, Mahkamah menolak keterangan SD2 dan tidak mempercayainya.
39
Akhir sekali, Mahkamah menekankan bahawa barang kes berupa tiga jenis dadah berbahaya dijumpai dalam satu beg hitam putih (beg P5A) yang diletakkan di atas tilam dalam jarak kira-kira satu kaki daripada tempat tertuduh sedang baring ketika serbuan dilakukan. Keterangan ini dikemukakan secara jelas dan konsisten oleh SP1, SP4 dan SP5 yang merupakan saksi bebas tanpa kepentingan dalam kes ini dan tiada alasan/jawapan yang munasabah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan untuk Mahkamah menolaknya. Tambahan pula, kad pengenalan milik tertuduh turut dijumpai di dalam beg P5A yang sama dan kewujudan kad pengenalan ini adalah signifikan kerana menunjukkan pengetahuan tertuduh terhadap kandungan beg tersebut. Keterangan-keterangan ini tidak dijawab secara memuaskan oleh pihak pembelaan.
40
Persoalan sekarang adalah adakah keterangan daripada saksi-saksi pembelaan ini benar-benar dapat meyakinkan mahkamah untuk mengenepikan dapatan mahkamah ini di akhir kes AP-83D-13-01/2022 21 pendakwaan yang diputuskan prima facie? Mahkamah berpendapat bahawa ianya tidak.
41
Secara keseluruhannya apabila mahkamah meneliti semula semua keterangan di hadapan mahkamah ini, atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas Mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan mensabitkan tertuduh atas ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya.
42
Sebelum Mahkamah meneruskan dengan proses menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah menjemput kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan berkenaan mitigasi dan pemberatan hukuman.
i
Hujahan mitigasi peguam tertuduh
43
Peguam bela terpelajar telah mengemukakan beberapa hujahan mitigasi bagi pihak tertuduh. Antara lain, dinyatakan bahawa tertuduh berusia 32 tahun dan kini bertanggungjawab sepenuhnya menjaga tiga orang anaknya memandangkan isterinya (SD2) sedang ditahan reman bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Difahamkan tiada orang lain yang dapat menjaga anak-anak tersebut. Justeru, pihak pembelaan memohon agar AP-83D-13-01/2022 22 Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan yang paling minimum.
II
(ii) Hujahan pemberatan pihak pendakwaan
44
Pihak pendakwaan pula memohon agar satu hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai suatu pengajaran, bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat umum. Kesalahan ini adalah serius dan perlu dipandang berat memandangkan peningkatan kes berkaitan narkotik yang memberi kesan buruk kepada kehidupan, kesihatan dan moral masyarakat. Pendakwaan menegaskan bahawa kepentingan awam harus mengatasi kepentingan tertuduh dalam menjatuhkan hukuman.
45
Pihak pendakwaan juga menekankan bahawa kes ini telah didaftarkan pada tahun 2022 dan telah melalui proses perbicaraan penuh sehingga ke peringkat pembelaan. Masa yang panjang telah diambil untuk melupuskan kes ini melibatkan penggunaan masa dan kos. Pihak pendakwaan juga memohon agar Mahkamah mengambil kira peningkatan pendaftaran kes-kes narkotik dari daerah Selama yang menunjukkan trend kesalahan berkaitan dadah semakin membimbangkan di daerah Selama.
III
(iii) Penilaian Mahkamah
46
Ruang lingkup hukuman bagi ketiga-tiga kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah seperti berikut:
i
Pertuduhan pertama adalah di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana hukuman yang diperuntukkan adalah penjara tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
II
(ii) Pertuduhan kedua dan ketiga adalah di bawah seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana hukuman yang diperuntukkan adalah denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
47
Dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, selain mengambil kira faktor peringanan dan pemberatan hukuman yang dihujahkan, prinsip hukuman dan ruang lingkup hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh, Mahkamah juga telah memberikan pertimbangan kepada perkara-perkara berikut:
i
Kesalahan berkaitan narkotik atau dadah adalah kesalahan yang serius yang boleh merosakkan individu dan masyarakat secara keseluruhan.
II
(ii) Peningkatan kesalahan narkotik secara mendadak di daerah Selama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini yang menunjukkan trend yang membimbangkan dan AP-83D-13-01/2022 24 memerlukan hukuman yang berbentuk deterrent untuk pencegahan.
III
(iii) Jenis dadah yang terlibat iaitu heroin, methamphetamine, dan monoacetylmorphine yang mana kesemua jenis ini mempunyai kesan yang sangat berbahaya kepada kesihatan1 dan keselamatan awam.2
IV
(iv) Latar belakang tertuduh termasuk usia dan tanggungjawabnya termasuk penjagaan anak-anaknya yang masih kecil.
v
Ketiadaan rekod jenayah lampau yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang menunjukkan bahawa tertuduh tidak mempunyai sejarah kesalahan jenayah berkaitan narkotik sebelum ini.
IV
(iv) Keputusan hukuman
48
Dengan itu, setelah mengambil kira semua pertimbangan tersebut bagi mencapai tujuan hukuman yang secara relatifnya memenuhi prinsip-prinsip dan objektif penjatuhan hukuman, dalam penghakiman mahkamah, penentuan seimbang yang mencerminkan 1 Vearrier, David & Greenberg, Michael & Miller, Susan & Okaneku, Jolene & Haggerty, David.
2012
(2012). Methamphetamine: History, Pathophysiology, Adverse Health Effects, Current Trends, and Hazards Associated with the Clandestine Manufacture of Methamphetamine. Disease-a-month: DM. 58. 38-89. 10.1016/j.disamonth.2011.09.004. 2 Ciuca Anghel, D. M., Nitescu, G. V., Tiron, A. T., Gutu, C. M., & Baconi, D. L. (2023). Understanding the Mechanisms of Action and Effects of Drugs of Abuse. Molecules (Basel, Switzerland), 28(13), 4969. AP-83D-13-01/2022 25 hukuman yang paling sekadar (proportionate), saksama (fair) dan berpatutan adalah seperti berikut:
i
bagi pertuduhan pertama, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun bermula dari tarikh sabitan iaitu pada 7 Februari 2025 dan 3 kali sebatan;
II
(ii) bagi pertuduhan kedua, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun bermula dari tarikh sabitan iaitu pada 7 Februari 2025;
III
(iii) bagi pertuduhan ketiga, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan bermula dari tarikh sabitan iaitu pada 7 Februari 2025; dan
IV
(iv) Mahkamah memerintahkan agar ketiga-tiga hukuman penjara tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan iaitu 7 Februari 2025. PENANGGUHAN PERLAKSANAAN HUKUMAN
49
Pihak pembelaan kemudiannya memaklumkan kepada Mahkamah bahawa tertuduh akan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Taiping dan memohon untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini. Permohonan ini dibantah oleh pihak pendakwaan.
50
Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah membenarkan permohonan tersebut atas alasan-alasan berikut:
i
Tertuduh adalah pesalah pertama tanpa sebarang rekod kesalahan lampau.
II
(ii) Tertuduh telah hadir pada setiap tarikh sebutan dan perbicaraan tanpa gagal.
III
(iii) Tertuduh mempunyai alamat tetap di daerah Selama, Perak dan risiko untuk melarikan diri adalah rendah.
IV
(iv) Hukuman maksimum penjara yang dijatuhkan terhadap tertuduh adalah 3 tahun (meliputi ketiga-tiga kesalahan). Dengan mengambil kira potongan satu pertiga, tempoh sebenar pemenjaraan yang dijangka dijalani oleh tertuduh adalah lebih kurang 24 bulan. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa proses pendengaran dan pelupusan rayuan akan mengambil masa yang lebih lama. Sekiranya rayuan tertuduh berjaya tetapi tiada perintah penangguhan hukuman, rayuan tertuduh berisiko menjadi akademik atau sia-sia.
51
Oleh itu, penangguhan pelaksanaan semua hukuman terhadap tertuduh dibenarkan dengan syarat jumlah bon jaminan dinaikkan kepada RM12,000.00 (tambahan sebanyak RM4,000.00) dengan seorang penjamin dan notis rayuan hendaklah difailkan selewat-lewatnya pada atau sebelum 12.2.2025. Mahkamah turut AP-83D-13-01/2022 27 mengarahkan tertuduh untuk melapor diri sebulan sekali di balai polis yang berdekatan dengan tempat kediamannya sehingga kes ini dilupuskan oleh Mahkamah Tinggi Taiping. Bertarikh: 12.04.2025 t.t. (PRABAKARAN RAJOO) Majistret Mahkamah Majistret Selama Perak Darul Ridzuan PIHAK-PIHAK: Bagi pihak pendakwaan: TPR Puan Nor Arfahanim Azureen binti Arfanuddin Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Taiping Lido Business Center, No 10/21 & 12/21 Tingkat Atas, Jalan Manecksha, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bagi pihak pembelaan: Mr. Yagoo a/l Subramaniam Yagoo & Assoc. No. 17, 1st Floor, King Street, 11200 George Town, Pulau Pinang.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.