SP3 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa SP3 dan OKT telah lama merancang untuk berjumpa. SP3 dan OKT mula berkenalan pada bulan Oktber 2024. Perancangan pertama adalah di mana SP3 meminta OKT membelikan “pot” perasa Apple Laici pada satu malam selepas Maghrib. [88] SP3 juga bersetuju dengan cadangan bahawa apabila OKT mengajak SP3 pergi beli bersama-sama, SP3 telah menolak dengan alasan SP1 sudah mahu sampai rumah dan SP3 tidak dapat keluar. OKT tidak membelikan “pot” tersebut dan SP3 telah mematikan chat dan mendapatkan bekalan daripada tempat lain. [89] Selepas itu SP3 tidak lagi berhubung dengan OKT sehingga OKT telah menghubungi SP3 memberitahu mahu transfer duit raya dan mengajak SP3 berjumpa. SP3 telah menolak memberitahu berada di kampung. [90] SP3 tidak setuju dengan cadangan peguambela bahawa tindakan SP3 menghisap “pot” adalah di luar pengetahuan SP1. SP3 memberitahu bahawa SP1 telah mendapat tahu mengenainya dan memarahi SP3. SP3 setuju dengan cadangan bahawa sungguhpun SP1 telah memarahi SP3 tetapi SP3 masih menghisap “pot” dan meminta OKT untuk membelikan untuknya. [91] SP3 bersetuju dengan cadangan bahawa tarikh 20.6.2025 adalah hari Jumaat dan SP3 telah bergaduh dengan SP1 kerana mahu pergi ke sekolah awal untuk ajar perbarisan tetapi SP1 tidak benarkan. SP3 beritahu bahawa selain SP1 tidak benarkan, abang-abang SP3 juga turut tidak benarkan SP3 pergi ke sekolah awal. [92] SP3 juga bersetuju apabila dicadangkan bahawa timbul rasa tidak puas hati dengan SP1 dan adik-adik beradik lain dan apabila sampai di sekolah, SP3 masih tidak puas hati dan membawa kepada hendak lari dari sekolah. SP3 telah mengajak SP4 dan apabila SP4 tidak dapat menghubungi kawan-kawannya, SP3 telah menghubungi OKT banyak kali tetapi tidak berjawab. SP3 kemudian scam Instagram OKT mengatakan hendak keluar. [93] SP3 turut bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa sebagai seorang yang berfikiran matang, SP3 telah menggunakan peluang untuk pancing OKT untuk keluar dengan SP3 kerana selama ini SP3 tahu OKT sudah lama ajak keluar. [94] SP3 bersetuju apabila dicadangkan bahawa telah meminta SP4 menghubungi OKT dan share location kepada OKT. Tempat tersebut adalah dekat kedai runcit di satu kawasan perumahan yang jauh daripada sekolah. [95] Apabila kereta OKT sampai, SP3 telah menyuruh menghubungi OKT untuk mengesahkan keretanya telah sampai. OKT tidak keluar daripada kereta dan SP3 telah masuk duduk di bahagian penumpang hadapan dan SP4 duduk di bahagian belakang. [96] SP3 juga bersetuju dengan cadangan bahawa OKT telah bertanya mereka datang dari mana dan SP3 dan SP4 menjawab, “dekat-dekat sini sahaja.” Namun SP3 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa OKT ada bertanya, “Engkau orang ini umur berapa?” dan SP4 menjawab 14 tahun dan SP3 menjawab 18 tahun dan disahkan oleh SP4 dengan memberitahu bahawa SP3 adalah kakak angkatnya. [97] SP3 juga tidak setuju dengan cadangan bahawa apabila OKT bertanya mahu ke mana, SP4 telah mengajak pergi ke Arte Ampang kerana kawan-kawannya selalu “lepak” di situ. [98] SP3 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa semasa dalam perjalanan, SP4 telah minta singgah di rumahnya untuk mengambil baju. SP4 tinggal di rumah flat, tingkat satu dan SP3 telah mengikut SP4 ke rumahnya dan turun semula ke kereta selepas 30 minit kemudian. [99] SP3 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa apabila masuk ke dalam kereta, OKT telah menunjukkan gambar kepada SP4 dan bertanya, inikah Arte Ampang dan SP4 mengesahkannya. SP3 juga tidak setuju dengan cadangan peguambela bahawa telah berebut bilik dengan SP4 apabila sampai di Arte Ampang dan akhirnya SP3 ambil bilik besar dan SP4 ambil bilik sederhana besar. [100] SP3 setuju dengan cadangan peguambela bahawa setelah itu, SP3, SP4 dan OKT telah duduk di ruang tamu menonton televisyen. Selepas itu SP3 bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik pergi ke arah cermin meninggalkan SP4 di ruang tamu. SP3 nampak OKT datang dari belakangnya melalui cermin. [101] SP3 tidak setuju apabila dicadangkan telah memberitahu OKT bahawa penat dan OKT bertanya kenapa sambil memegang tangan SP3 yang sedang menggeliat. Namun SP3 bersetuju dengan cadangan bahawa SP3 hendak pergi mandi dan membuka zip sweaternya dengan dibantu oleh OKT membuka dari belakang. Semasa itu SP3 masih memakai Tshirt bewarna Putih. [102] SP3 tidak setuju dengan cadangan bahawa selepas itu SP3 duduk di bucu kanan katil dan diikuti oleh OKT di sebelahnya. SP3 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa ketika itu pintu bilik masih terbuka dan meminta OKT menutupnya supaya tidak dilihat oleh SP4. Selepas itu SP3 telah baring di tempat yang sama dan OKT telah datang baring di sebelahnya. [103] SP3 turut tidak setuju dengan cadangan bahawa OKT kemudian telah bertanya kepada SP3 seperti telah biasa berbuat sedemikian dan SP3 menjawab semasa dengan boyfriend, cium sahaja. SP3 kemudian menjawab bahawa OKT bertanya begitu semasa SP3 berdiri di hadapan cermin. [104] SP3 tidak setuju dengan cadangan peguambela bahawa telah berlaku dengan ringan-ringan seperti peluk-memeluk dan SP3 memegang kemaluan OKT. SP3 bersetuju apabila dicadangkan bahawa OKT telah menggosok-gosok kemaluan SP3 sehingga basah namun SP3 tidak setuju dengan cadangan bahawa telah teransang dengan sentuhan daripada OKT. [105] SP3 memberitahu bahawa OKT telah memasukkan jari telunjuk tangan kanan ke dalam kemaluannya dan tidak setuju dengan cadangan bahawa OKT hanya menggosok kemaluan SP3 tanpa membuka seluar dalam. [106] SP3 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa OKT telah baring di sebelah kirinya dan SP3 menghisap kemaluan OKT. SP3 tidak setuju dengan cadangan bahawa OKT tidak pun menyuruh SP3 menghisap kemaluannya. [107] Apabila disoal oleh peguambela bahawa SP3 telah memberitahu OKT telah menyuruhnya menghisap kemaluan semasa berada di atas SP3 dan bukan di sebelahnya, SP3 telah menjawab bahawa itu semasa waktu lain. SP3 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa SP3 nampak kemaluan OKT basah kerana dihisap oleh SP3. [108] SP3 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa apabila OKT gagal memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP3 yang dalam posisi berbaring, SP3 kemudian telah menukar posisi dengan duduk di atas OKT yang berbaring dan memasukkan kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP3. [109] SP3 juga tidak bersetuju dengan cadangan bahawa hubungan seks tersebut berlaku perlahan-lahan dan sebab itu SP3 telah beritahu tidak ingat berapa lama. SP3 kemudian menjawab ingat dan ada beritahu selama satu jam. SP3 turut tidak setuju dengan cadangan bahawa semasa berada di atas OKT, OKT telah menolak SP3 dan memancutkan air mani dan terkena perut SP3 tetapi banyak kepada badan OKT. [110] SP3 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa semasa OKT mengeluarkan kemaluannya telah nampak banyak darah keluar daripada kemaluan SP3 dan terkena pada cadar. SP3 beritahu bahawa tidak nampak air mani OKT pada cadar tetapi mengesahkan ada nampak pada badan SP3. SP3 juga bersetuju apabila dicadangkan bahawa telah tidak nampak air mani OKT di atas cadar kerana keadaan dalam bilik gelap. [111] SP3 tidak setuju dengan cadangan peguambela bahawa telah memberitahu semasa Pemeriksaan Utama bahawa cahaya dari bilik air dan sangat sedikit. [112] SP3 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa selepas kelihatan darah keluar dan kesan air mani di atas perut, SP3 pun hendak mandi membersihkan diri. Namun SP3 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa telah mandi bersama-sama dengan OKT. [113] SP3 juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa selepas mandi, telah keluar berjumpa SP4 di ruang tamu. Selepas itu SP3 dan SP4 berasa lapar dan telah keluar bersama-sama dengan OKT untuk membeli makanan. Apabila balik semula, mereka telah makan dan menonton televisyen sehingga pukul 3.00 pagi. SP3 tidak setuju dengan cadangan bahawa selepas itu ada aktiviti kejar mengejar. [114] SP3 tidak setuju dengan cadangan peguambela bahawa telah melepaskan tangan SP4 dan mengajak OKT masuk tidur di dalam bilik dan tidak ada berlaku hubungan seks sungguhpun SP3 telah menanggalkan semua pakaian kerana OKT hendak tidur. SP3 juga tidak setuju bahawa tidak berasa takut dengan OKT dan tidak meminta pertolongan daripada SP4 semasa berada di dalam bilik dan sehingga check out dari tempat kejadian. SP4 memberitahu bahawa tidak tahu hendak ke mana jika dapat melarikan diri. [115] SP3 setuju apabila dicadangkan bahawa telefon bimbitnya masih ada bersama dengannya dan ada mobile data serta telah membaca whatsapp daripada keluarganya memintanya balik. SP3 juga setuju bahawa telah bersama dengan OKT sehingga dihantar ke kedai mamak dan setelah itu baru menghubungi SP1 untuk mengambil pulang. [116] SP3 turut setuju bahawa dalam perjalanan pulang baru nampak papan tanda “Pandan Indah” dan hanya berdiam diri semasa sepanjang perjalanan balik dan sehingga sampai di rumah. Ketika sampai di rumah, SP3 telah masuk ke dalam bilik dan SP4 berada bersama-sama dengan adik beradik SP3 memberitahu SP4 telah tidur dengan lelaki sehingga abang SP3 bernama Firdaus marah. [117] SP3 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa semasa di Arte Ampang, SP1 dan adik beradik SP3 telah menghubungi SP4 meminta SP3 supaya balik. SP3 beritahu ketika itu SP3 dan OKT juga ada bersama SP4 di ruang tamu dan SP3 hanya diam sahaja dan tidak memberi respon. SP4 juga tidak buat apa-apa dan tidak membalas whatsapp daripada keluarga SP3. [118] SP3 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa abang SP3 bernama Firdaus telah mengamuk. SP3 beritahu bahawa abang-abangnya ada sekali dalam biliknya dan Firdaus telah cakap dengan baik iaitu jangan buat lagi dan mengajaknya pergi bbuat laporan polis. [119] SP3 juga beritahu bahawa semasa kali pertama pergi membuat laporna polis telah pergi bersama SP1, abang-abang bernama Firdaus dan Harith, kakak bernama Nadia dan SP4. SP3 telah pergi memberi keterangan sebanyak 3 ke 4 kali kepada pihak polis dan ada menyerahkan sekali pakaiannya. SP3 turut beritahu bahawa SP4 tidak membuat laporan polis. SP3 tidak setuju dengan cadangan peguambela bahawa SP4 juga akan melakukan hubungan seks dengan OKT sekiranya tidak mengalami haid. [120] SP3 beritahu bahawa pihak polis tidak merampas telefon bimbitnya dan telefon bimbitnya telah diambil oleh ibubapanya dan disimpan di rumah kakaknya ketika membuat laporan polis. SP3 bersetuju apabila ditunjukkan perbualan whatsapp (D11) dan dicadangkan bahawa ia merupakan perbualan pertama kali antara SP3 dengan OKT adalah pada 10.11.2024. Perbualan tersebut adalah di mana SP3 meminta OKT membelikan “pod” kepadanya. [121] Semasa Pemeriksaan Semula, SP3 menjelaskan bahawa telah meletakkan umurnya sebagai 15 tahun semasa mendaftar dalam Leo Match. SP3 juga beritahu umur yang sama semasa OKT bertanya umur SP3 dan SP4 di dalam kereta. SP3 juga menjelaskan bahawa OKT yang memasukkan kemaluannya dan SP3 dapat merasakan separuh kemaluan OKT masuk ke dalam kemaluannya dalam keadaan SP3 memberitahunya tidak mahu. [122] SP3 turut menjelaskan bahawa OKT yang mahu melakukan hubungan seks dengan SP3 da menyuruh SP3 menanggalkan pakaian. SP3 tidak dapat menjerit meminta tolong daripada SP4 pada pukul 3.00 pagi kerana ketika itu OKT sedang tidur sambil memeluk SP3. [123] SP3 juga menjelaskan bahawa tidak tahu kawasan di Ampang dan cuma memberitahu SP4 mengenai kejadian yang berlaku. SP3 memang berasa takut ketika itu tetapi merasakan keluarganya sedang marah kepadannya dan sebab itu tidak menghubungi mereka. [124] SP4 rakan sekolah SP3 memberitahu bahawa semasa berada di sekolah tetapi tidak ingat hari apa, SP3 dan SP4 telah merancang untuk lari dari rumah. Selepas itu SP4 telah chat kawannya dan kemudian kawannya telah datang ambil mereka di Puncak dengan kereta Proton Saga warna Merah. [125] SP4 beritahu lagi bahawa semasa berada di dalam kereta, mereka telah berbual mengenai umur dan hendak pergi ke mana. Kemudian OKT telah mengajak mereka pergi ke Arte tetapi sebelum itu mereka telah singgah di rumah SP4 untuk mengambil baju. [126] Apabila sampai di Arte Ampang, SP4 beritahu bahawa SP3 telah pergi ke bilik pertama dan SP4 telah pergi ke bilik kedua. Selepas itu apabila SP4 pusing belakang telah melihat pintu bilik pertama telah tertutup. SP4 kemudian telah pergi ketuk pintu tetapi mereka tidak buka. SP4 pun telah menunggu di ruang tamu sehingga pukul 8.30 malam apabila mereka keluar dari bilik dan datang kepadanya. [127] SP4 juga beritahu bahawa SP4 telah menceritakan kepadanya bahawa telah dipaksa melakukan hubungan seks dan tidak ada dara lagi dan membawa SP4 ke bilik menunjukkan cadar katil. Selepas itu SP4 memberitahu SP3 supaya tidur bersamanya malam itu. [128] SP4 turut memberitahu bahawa mereka telah menonton televisyen sehingga pukul 12.00 lebih tengah malam dan kemudian pergi membeli makanan di kedai mamak dan bawa balik ke Arte Ampang. Selepas makan dan menonton televisyen, semasa mereka hendak masuk tidur, SP4 telah mengajak SP3 tetapi telah dihalang oleh OKT dan mereka berebut SP3 sehingga SP4 tinggal seorang dan tidak tahu hendak buat apa. [129] Pada keesokan harinya selepas SP4 bangun tidur telah nampak SP3 sedang mengemas di ruang tamu. SP3 kemudian memberitahu SP4 berasa serabut kerana OKT memaksanya melakukan hubungan seks, walhal SP3 mahu tidur bersama dengan SP4. [130] Selepas check out, SP4 beritahu bahawa mereka telah pergi makan di kedai mamak dan selepas itu SP4 menyuruh SP3 menghubungi SP1. SP1 kemudian telah datang mengambil mereka balik. SP4 telah memberitahu mengenai kejadian kepada salah seorang abang SP3 dan diminta jangan memberitahu sesiapa dan selepas itu mereka telah pergi membuat laporan polis dan kemudian pergi ke Hospital Kuala Lumpur. [131] Mereka kemudian dapat pulang ke rumah pada pukul 3.00 pagi dan SP3 telah pergi berjumpa dengan pegawai penyiasat pada pukul 8.00 pagi. [132] Semasa Pemeriksaan Balas, SP4 memberitahu bahawa hanya berkawan biasa sahaja dengan SP3 dan telah mengenali SP3 sejak darjah 5. SP4 kini belajar dalam tingkatan 2 dan tidak sama kelas dengan SP3 kerana umur berbeza. [133] SP4 beritahu berasa terkejut semasa memberitahu rancangannya untuk melarikan diri dari rumah kerana bergaduh dengan SP1 dan abang-abangnya. Ketika itu mereka sedang “lepak” semasa latihan perbarisan sukan di sekolah. [134] SP4 setuju dengan cadangan peguambela bahawa sungguhpun berasa terkejut, tetapi SP4 juga ada berasa suka dengan perancangan tersebut. SP4 beritahu berasa sedikit suka kerana mahu hilangkan stres akibat ada masalah. SP4 tidak dapat memberitahu masalah kepada ibunya kerana sentiasa sibuk. [135] SP4 juga setuju dengan cadangan bahawa SP3 telah memintanya menghubungi OKT dan memberikan lokasi puncak yang berhampiran dengan kawasan kedai runcit. Mereka telah pergi ke kawasan tersebut selepas habis waktu aktiviti sekolah pada pukul 6.30 petang. Ketika menunggu OKT, SP3 telah pun menukar bajunya sementara SP4 masih memakai jersi sekolah warna Oren. Apabila OKT sampai dengan keretanya, SP4 sekali lagi telah menghubungi OKT untuk memastikan kereta OKT telah sampai. [136] SP4 turut setuju bahawa semasa di dalam kereta, OKT telah bertanya mereka dari mana dan umur berapa dan SP4 telah memberitahu mereka dari kedai runcit dan umur SP4 adalah 14 tahun. Manakala SP3 telah memberitahu kepada OKT bahawa umurnya 18 tahun dan kemudian SP4 mengesahkannya dan memberitahu OKT bahawa SP3 adalah kakak angkatnya. [137] SP4 bersetuju apabila dicadangkan bahawa telah memberitahu OKT bahawa mahu melarikan diri dan semasa dalam perjalanan, SP4 telah meminta OKT singgah di rumah untuk mengambil baju. Apabila sampai di rumah SP4, SP3 telah turut ikut SP4 masuk ke dalam rumah dan datang semula ke kereta OKT pada 30 minit kemudian. [138] SP4 juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa semasa masuk semula ke dalam kereta, OKT telah bertanya SP3 dan SP4 mahu ke mana dan SP4 telah memberitahu bahawa kawan-kawannya selalu lepak di Arte Ampang dan mencadangkan pergi ke sana di mana OKT pun membuat tempahan di situ. [139] SP4 turut bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa apabila sampai di tempat tersebut, SP3 dan SP4 telah “excited” melihat bilik dan berebut memilih bilik. [140] SP4 beritahu bahawa semasa mengetuk pintu, SP4 tidak mendengar apa-apa bunyi daripada bilik pertama yang dimasuki oleh SP3 dan OKT. SP4 juga beritahu selepas SP3 dan OKT keluar dari bilik dan menonton televisyen bersama-sama, pada pukul 12.00 malam, mereka telah menaiki kereta OKT pergi membeli makanan. SP3 dan SP4 telah membeli nasi goreng tetapi SP4 tidak ingat OKT makan apa. [141] SP4 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa SP3 yang telah membayar semua makanan tersebut. Mereka telah makan dan menonton televisyen dalam keadaan ceria dan gembira sehingga main kejar-kejar. Pada pukul 3.00 pagi, mereka telah kepenatan dan selepas itu OKT dan SP3 mengatakan mereka hendak tidur. Ketika itu SP4 berasa takut kerana berseorangan dalam rumah di mana SP3 telah mengikut OKT. SP4 juga bersetuju dengan cadangan bahawa tidak tahu apa yang telah berlaku kerana SP3 dan OKT telah masuk dalam bilik. [142] SP4 beritahu pada keesokan harinya telah nampak SP3 mengemas bahagian dapur dan bersetuju apabila dicadangkan bahawa OKT masih tidur dan hanya bangun pada pukul 11.00 pagi. SP4 juga beritahu bahawa dalam tempoh 3 jam dari pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi, SP3 dan SP4 telah menonton cerita di televisyen dan mendengar lagu. [143] SP4 turut beritahu bahawa telah tidak memberi respon semasa keluarga SP3 menghubunginya adalah kerana telah dihalang oleh SP3. SP3 bersetuju dengan cadangan bahawa selepas check out, OKT beritahu mahu pergi kerja dan SP3 telah memberitahunya bahawa OKT tidak akan datang semula ke kedai mamak. Selepas itu SP3 telah menghubungi SP1 untuk datang mengambil mereka bawa balik ke rumah. SP3 telah memberitahu SP4 supaya tidak menceritakan mengenai kejadian kepada sesiapa. [144] SP4 juga bersetuju dengan cadangan bahawa apabila sampai di rumah SP3, SP3 telah duduk di dalam bilik dan SP4 yang telah memberitahu kepada abang SP3 bahawa SP3 telah tidur dengan lelaki. Selepas itu laporan polis telah dibuat dan semua pergi ke hospital dan selepas balik, tiada apa-apa lagi yang berlaku. [145] Semasa Pemeriksaan Semula, SP4 menjelaskan bahawa SP3 ada chat dengan OKT dan juga telah menyuruh SP4 menghubungi OKT dengan menggunakan telefon bimbit SP4. [146] SP5 doktor pakar O&G telah kemukakan penyata saksi memberitahu telah melakukan pemeriksaan pada kemaluan SP3 pada tarikh 21.6.2025 pada jam lebih kurang 9.00 ke 10.00 malam. SP3 telah memaklumkan kepada SP5 bahawa telah melakukan “unprotected sexual intercourse” di antara jam 9.30 malam 20.6.2025 sehingga 3.00 pagi pada 21.6.2025. [147] Hasil pemeriksaan oleh SP5 mendapati bahagian kemaluan SP3 menunjukkan abrasion wound over bilateral labia, fresh tear at 1, 5, 7, 10-11 oçlock of hymen with fresh tear at posterior forchette. [148] Menurut SP5, semasa soalan diajukan kepada SP3, SP3 dapat memberikan respon dengan baik kerana bersedia untuk menceritakan peristiwa yang berlaku. SP5 mendapati keterangan SP3 dan penceritaan sejarah SP3 adalah konsisten dan menunjukkan wujudnya satu aktiviti seksual terhadap SP3. [149] SP3 memberitahu SP5 bahawa telah mengikut seorang lelaki pada 20.6.2025 dan telah mengenali lelaki tersebut melalui telegram. SP3 beritahu mengikut lelaki tersebut ke sebuah apartment di Arte. SP3 juga memberitahu telah melakukan persetubuhan dengan lelaki tersebut. [150] SP5 juga beritahu bahawa selepas pemeriksaan dijalankan, telah memberikan nasihat asas dan preskripsi ubat mencegah penyakit berjangkit kepada SP3. SP5 turut mengesahkan telah mengisi hasil pemeriksaan dalam ekshibit P12 dan P13. SP5 mengesahkan kecederaan koyakan yang didapati pada kemaluan SP3 adalah koyakan baru kurang 72 jam dan kemungkinan terdapat pendarahan. Contoh akibat blunt object yang mengakibatkan kecederaan tersebut yang konsisten dengan keterangan adalah penile, penetrasi penis dan boleh juga disebabkan oleh jari. [151] SP5 turut memberitahu bahawa Laporan Perubatan ID14 bertarikh 28.10.2025 disediakan oleh Dr Dzuratulain yang telah hadir bersama SP5 semasa pemeriksaan dijalankan. [152] Semasa Pemeriksaan Balas, SP5 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa tidak dapat menentukan niat mana-mana pihak dalam kejadian tersebut, tidak boleh bezakan rela atau tidak berdasarkan pemeriksaan, tidak boleh pastikan siapa yang mulakan persetubuhan, siapa yang mengawal persetubuhan dan posisi mangsa semasa persetubuhan. [153] Namun, SP5 tidak setuju dengan cadangan bahawa koyakan hymen kebiasaannya berlaku apabila terdapat tekanan pada permukaan faraj tersebut. SP5 menjelaskan bahawa tekanan berdasarkan kekuatan. Ia berdasarkan tekanan yang macam mana koyakan berlaku. Tekanan kuat atau sederhana atau biasa. Tekanan biasa seperti bila kita duduk atas kerusi tidak akan menyebabkan koyakan pada hymen. Sekiranya tekanan kuat seperti objek tumpul boleh menyebabkan koyakan kepada hymen. [154] SP5 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa koyakan hymen berlaku sebagaimana dikenalpasti oleh SP5 terhadap kemaluan SP3 boleh disebabkan antaranya kemasukan blunt object, tumpul. Ia boleh dijumpai di beberapa lokasi jam dan bukan di satu posisi sahaja. [155] SP5 juga bersetuju dengan cadangan bahawa laporan menunjukkan terdapat 6 koyakan pada jam 1, 5, 7, 10, 11 dan koyakan di fochette yang dikenalpasti sebagai multiple tears. Maklumat penetrasi ini diceritakan oleh SP3 kepada SP5 dan SP5 tidak pasti posisi SP3 ketika hubungan seksual berlaku. [156] SP5 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa multiple tears menunjukkan terdapat tekanan ke atas kemaluan pesakit dari sudut-sudut yang berbeza. [157] SP5 menjawab tidak pasti apabila peguambela mencadangkan bahawa koyakan boleh wujud dari sudut yang berbeza kerana terdapat pergerakan penis dari banyak arah sudut. [158] SP5 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa ada posisi lelaki di atas dan perempuan di bawah, ada posisi lelaki di bawah dan perempuan di atas. [159] SP5 menjawab kemungkinan ya dan tidak apabila peguambela mencadangkan bahawa kalau perempuan di atas untuk penetrasi berlaku, perempuan yang mengawal untuk kemasukan penis lelaki ke dalam. Perempuan boleh mengawal tekanan kemaluan lelaki masuk. Namun, SP5 bersetuju dengan cadangan bahawa apabila seorang perempuan berada di atas dan apabila pelbagai sudut kemasukan kemaluan lelaki ke dalam kemaluannya, ia boleh menghasilkan pelbagai sudut koyakan. [160] SP5 juga bersetuju dengan cadangan bahawa telah melaporkan trauma penetration blunt object tidak tidak tulis penetrasi itu dilakukan secara paksaan. Istilah alleged rape yang dilaporkan adalah bukan kesimpulan perubatan berdasarkan pemeriksaan tetapi hanya satu istilah klinikal. Ia juga berdasarkan kepada sejarah pesakit dan pegawai perubatan kecemasan tetapi bukanlah satu yang konklusif. [161] SP5 turut bersetuju apabila dicadangkan bahawa dalam laporan perubatan tidak ada menyatakan atau merekodkan berkenaan dengan kemasukan jari. SP5 telah menjawab tidak ingat apabila peguambela mencadangkan bahawa dalam laporan, SP3 langsung tidak menyatakan tentang kemasukan jari. [162] SP5 juga menjawab tidak ingat dengan cadangan bahawa di bahagian sejarah, SP3 tidak menyatakan kemasukan jari. SP5 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa sejarah ini adalah apa yang diceritakan oleh pesakit kepada doktor. [163] SP5 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa SP3 tidak menunjukkan sedih dan tenang macam biasa. SP5 juga setuju dengan cadangan bahawa sejarah berkenaan apa yang berlaku ke atas mangsa yang diceritakan oleh pesakit kepada SP5 sendiri, keterangan tersebut adalah “what was said by the patient” dan bukan “what was proven.” [164] Semasa Pemeriksaan Semula, SP5 menjelaskan bahawa sekiranya hubungan seksual berlaku secara paksa, akan terdapat kecederaan luar pada bahagian peranakan wanita dan lebih teruk lagi. Tekanan tanpa pelbagai arah juga boleh menyebabkan kecederaan pelbagai arah atau multiple. Koyakan boleh berlaku pada mana-mana arah atau bahagian peranakan wanita dan tidak semestinya pada bahgaian fosterior fochette sahaja. [165] SP5 juga menjelaskan bahawa Sejarah yang diberikan oleh pesakit berdasarkan soalan yang diberkan oleh pegawai perbatan semasa pemeriksaan. Sejarah lengap baanya diambil oleh pegawai perubatan di jab Kecemasan. Pegawai perubatan O&G biasanya dirujuk untuk pemeriksaan bahagian sulit wanita. [166] SP5 turut menjelaskan bahawa tidak setuju SP3 memberikan keterangan dengan tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku kerana penerimaan setiap pesakit adalah berbeza tentang apa yang berlaku kepada mereka. [167] SP6 doktor O&G yang telah menemani SP5 semasa memeriksa SP3 pada 21.6.2025 dan merekodkan segala laporan pemeriksaan dalam rekod pesakit. SP6 mengesahkan telah menyediakan laporan perubatan bertarikh 28.10.2025 (P14) dan maklumat bahagian sejarah diperolehi melalui rekod pesakit. [168] Semasa Pemeriksaan Balas, SP6 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa keterangannya menyebut “alleged” adalah satu dakwaan sahaja dan tiada kepastian sama ada berlaku rogol atau tidak. [169] SP6 juga bersetuju dengan cadangan bahawa peranannya pada tarikh 21.6.2025 adalah sebagai team oncall dan SP3 mendapat rawatan pertama di Jabatan Kecemasan dan kemudian di Jabatan O&G. SP6 telah bertanyakan soalan-soalan sejarah kepada SP3 dengan merujuk kepada laporan pemeriksaan fizikal di Jabatan Kecemasan. Memandangkan SP6 ada membaca dahulu sejarah dari Jabatan Kecemasan, sejarah yang diambil oleh SP6 tidak banyak seeprti diperolehi oleh Jabatan Kecemasan. [170] SP6 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa telah menyaksikan pemeriksaan dijalankan oleh SP5 terhadap SP3. SP3 telah memberitahu kepada SP6 bahawa kejadian hubungan seks berlaku 2 kali dan tugas SP6 adalah hanya untuk merekod sahaja. [171] SP6 juga bersetuju dengan cadangan bahawa ada memeriksa kemaluan SP3 dan tidak dapat mengesahkan berapa kali kejadian hubungan seks berlaku dan terdapat beberapa koyakan di lokasi yang berbeza. [172] SP6 menjawab tidak pasti apabila dicadangkan terdapat koyakan yang agak besar berdasarkan gambarajah dalam laporan perubatan. Namun SP6 bersetuju dengan cadangan bahawa jika dibandingkan dengan koyakan-koyakan lain, lorekan tersebut dilorek dengan besar tetapi SP6 tidak setuju dengan cadangan bahawa ia adalah koyakan yang besar. [173] SP6 juga menjawab tidak pasti apabila dicadangkan bahawa apabila ada multiple tear, koyakan yang banyak, koyakan sebegini ia boleh berlaku apabila hubungan seks itu berlaku dalam posisi yang berbeza-beza dan ada kebarangkalian untuk posisi perempuan di atas dan lelaki di bawah dan dia boleh mengawal tekanan kemaluannya sehingga menyebabkan kecederaan seperti dalam laporan P14. [174] SP6 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa apabila posisi perempuan berada di atas, dan menekan badannya ke bawah untuk memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan lelaki, ia boleh boleh menyebabkan vaginal streching. Ia boleh menyebabkan geseran dan menyebabkan kemerahan pada kemaluannya, seperti yang ditulis oleh SP5 dan ini mungkin boleh menyebabkan abrasion. [175] Namun SP6 tidak setuju apabila dicadangkan bahawa kita tidka boleh menolak kemungkinan apabila perempuan berada di posisi atas dan lelaki berada di posisi bawah, yang perempuan ini akan mengawal sudut memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluannya, boleh melibatkan kecederaan yang sama seperti dalam P12 dan P13. [176] Semasa Pemeriksaan Semula, SP6 menjelaskan bahawa sejarah di dalam Laporan Perubatan adalah sama seperti di dalam rekod pesakit SP3 dan sejarah ini diambil berdasarkan penceritaan daripada SP3. SP6 juga menjelaskan bahawa tidak peroleh posisi seks yang dilakukan melalui sejarah pesakit SP3. [177] SP7 Pegawai Forensik telah kemukakan penyata saksi di Mahkamah memberitahu bahawa pada 14.11.2025, jam lebih kurang 10.20 pagi menerima satu fail kes no. siri: 1581/11/2025, Pudu Report 7447/25 dan no. rujukan makmal: 25F321 mengandungi borang MF02 surat akuan penerimaan barang kes dan borang MF01 iaitu permohonan daripada SP10 untuk menganalisis kandungan video atau gambar lucah di dalam telefon milik suspek bersama dengan sebuah telefon bimbit jenama Oneplus bertanda F1. [178] SP7 telah menyimpan fail kes tersebut di dalam cabinet besi berkunci miliknya di dalam pejabat di Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik PDRM. Pemeriksaan dan analisa terhadap barang-barang tersebut mula dijalankan pada 2.1.2026, jam 3.52 petang. [179] SP7 beritahu bahawa metod pemeriksaan dan penganalisaan yang dijalankan adalah mengikut metod sepertimana RMPFL/TM/CC 002 (Method Manual for Mobile Analysis) di bawah ISO/IEC 17025/17 dan sistem pengurusan keselamatan data tertakluk di bawah ISO/IEC 27001/13. [180] SP7 telah menjalankan pemeriksaan terhadap barang kes bertanda F1 menggunakan perisian XRY dan telah menjalankan carian amklumat menggunakan kaedah “Searching and Filtering” dengan bantuan perisian XAMN. Hasil pemeriksaan dan analisa telah mengeluarkan (2) video dan (17) gambar yang disyaki berunsur lucah dijumpai di dalam memori telefon bimbit tersebut. [181] Pada 7.1.2026, jam lebih kurang 11.30 pagi, setelah selesai pemeriksaan, SP7 telah membuat salinan data hasil pemeriksaan ke dalam (1) unit CD-R yang ditandakan N, no. rujukan 25F3201. SP7 kemudian menyediakan Laporan Pemeriksaan/Analisis bertarikh 7.1.2026 dan selesai membuat analisa ke atas barang kes tersebut. Barang kes disimpan di dalam kabinet besi berkunci di dalam stor barang kes. [182] Pada 13.1.2026, jam lebih kurang 3.11 petang, SP7 telah dimaklumkan bahawa wakil pegawai penyiasat telah datang mengambil barang kes. SP7 kemudian membuat semakan borang MF03 Surat Akuan Penyerahan Barang Kes yang terdapat dalam fail kes tersebut. [183] Semasa Pemeriksaan Balas, SP7 bersetuju dengan cadangan bahawa tugasnya hanyalah sebagai pegawai forensik dan bukan pegawai penyiasat. SP7 beritahu telah menjalankan analisa anggaran 227 buah kes jenayah. [184] SP7 juga bersetuju dengan cadangan bahawa tarikh pada telefon bimbit tersebut adalah 12.6.2025. SP7 beritahu bahawa SP10 tidak maklumkan ada kesalahan tarikh di telefob bimbit tersebut dan bersetuju dalam tempoh 5 bulan dari bulan Jun 2025 sehingga November 2025, tidak ada apa-apa dikumen diserahkan kepada SP7 untuk menunjukkan terdapat apa-apa kesilapan. [185] SP7 turut bersetuju dengan cadangan bahawa tiada telefon bimbit mangsa diserahkan untuk dianalisa dalam kes ini. SP7 juga tidak menerima arahan untuk analisis kandungan dalam telefon bimbit seperti whatsapp dan telegram. [186] SP3 bersetuju bahawa perisian XRY adalah satu perisian yang sangat “powerful” dan sebab itu ia digunakan oleh unit Forensik PDRM untuk analisis telefon pintar dan tablet. Ini termasuklah telefon bimbit bertanda F1 yang menggunakan system android. Perisian XRY boleh digunakan untuk analisis android, whatsapp, telegram dan sebagainya. [187] SP3 juga bersetuju bahawa perisian ini boleh medapat maklumat yang dimasukkan oleh individu yang mendaftar dalam Dating Site. Dalam peranti yang sama, ia dapat megeluarkan data-data dan maklumat senarai kenalan, nombor-nombor yang berdaftar dalam panggilan telefon bimbit tersebut. Ia juga boleh mengeluarkan maklumat GPS atau lokasi. [188] SP7 turut bersetuju dengan cadangan tidak menyatakan kepada Mahkamah bahawa video dan gambar dikeluarkan dari bahagian mana dalam telefon bimbit F1. SP7 bersetuju bahawa video dan gambar ini boleh dihantar melalui aplikasi whatsapp dan dikeluarkan melalui aplikasi telegram. Sekiranya ia dihantar kepada whatsapp group, ia boleh secara automatik disimpan dalam galeri telefon. [189] SP7 juga bersetuju dengan cadangan bahawa melalui analisis telah tidak menyatakan sama ada gambar-gambar atau video tersebut dimuatnaik oleh OKT sendiri atau tidak. Ia hanya disimpan di dlaam telefon bimbit tersebut. [190] SP7 turut bersetuju apabila dicadangkan bahawa perisian XAMN ini boleh gabungkan message, panggilan, akses aplikasi dan aktiviti yang telah digunakan dalam telefon bimbit tersebut. SP7 beritahu bahawa perisian XRY atau perisian XMN yang digunakan untuk mengakses aplikasi telegram yang menggunakan aplikasi Dating Site, ia tidak boleh mendapatkan data umur seseorang mendaftarkan diri tetapi sekiranya aplikasi itu dalam bentuk perbualan seperti perbualan whatsapp, ia boleh diekstrak. [191] SP7 juga beritahu bahawa semasa perisian XRY digunakan untuk extraction, telefon bimbit berada dalam keadaan offline. Telegram, barang kes dihantar dalam flight mode. Tidak ada apa-apa kemasukan internet. Apabila tiada internet, sesetengah telegram ada yang tidak boleh dibaca dan juga telegram yang sesetengah data dalam server, bukan dalam memori telefon. [192] SP7 bersetuju apabila dicadangkan bahawa menurut laporan analisa, tiada simcard telefon diserahkan semasa menerima telefon bimbit P1 tersebut. SP7 beritahu bahawa tidak ada menerima simcard bagi telefon F1 daripada pegawai penyiasat atau mana-mana pegawai lain pada selepas dari tarikh 14.11.2025. SP7 juga beritahu tidak menerima telefon bimbit lain bersama simcard. [193] SP7 juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa tiada maklumat yang dapat menunjukkan apa-apa yang berkaitan dengan kes selain daripada maklumat gambar dan juga video. Tiada juga maklumat yang berkaitan dengan suspek dan pengadu di dalam kes ini. Tiada perbualan antara pengadu dan suspek kerana SP7 tidak mendapat arahan. Berdasarkan arahan yang SP7 terima, ia hanyalah untuk mengeluarkan apa-apa gambar atau video yang bersifat lucah sahaja. [194] Semasa Pemeriksaan Semula, SP7 menjelaskan bahawa telah tidak menyatakan samada video dan gambar dimuatnaik oleh OKT atau tidak dan ia hanya tersimpan di dalam telefon kerana gambar-gambar itu hanya cache yang tersimpan aplikasi Twitter. [195] SP8 Pengendali CCTV di Bangunan Tempat Kejadian memberitahu Mahkamah, bertugas sebagai pengawal keselamatan di post pengawal dan menyelia CCTV di Arte Plus, Jalan Ampang. SP8 juga memberitahu bahawa ada masalah pada tarikh di CCTV yang mana kadang-kadang tarikh rakaman CCTV menunjukkan lebih awal ataupun lebih belakang walaupun telah dibaiki beberapa kali. Untuk kes ini rakaman CCTV menunjukkan tarikh ke belakang dari tarikh kejadian. Tarikh pada CCTV ialah 19hb yang mana sepatutnya 20hb. Pada masa itu rakaman CCTV adalah baik kecuali masalah pada tarikh. [196] SP8 turut memberitahu bahawa kesemua rakaman CCTV di sana mempunyai masalah tarikh. Di sana terdapat 8 buah monitor. Satu monitor mengawal dalam 30 buah CCTV, yang lain semua, menunjukkan 8 CCTV sahaja. SP8 telah melihat untuk 3 rakaman CCTV. [197] SP8 tidak ingat tahun pada tarikh CCTV tersebut tetapi ingat ia berlaku pada bulan 6. SP8 juga tidak ingat bila tarikh diminta oleh pihak polis untuk menyemak rakaman CCTV tersebut. [198] SP8 mengesahkan telah menyemak ID19A, ID19B dan ID19C dan masalahnya ia sepatutnya menunjukkan 20hb tetapi rakaman ini menunjukkan 19hb. Masalah ialah pada sistem dan bukan pada CCTV. Rakaman yang pertama menunjukkan 20hb di mana menunjukkan mereka masuk ke dalam lif. Bila merema masuk dalam lif telah menunjukkan tarikh yang lain. Daripada ketiga-tiga rakaman tersebut, rakaman pertama yang menunjukkan tarikh yang betul. [199] Semasa Pemeriksaan Balas, SP8 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa ada pada waktu lain SP8 bertugas di pos kawalan yang telah ditetapkan. SP8 tidak berada di hadapan monitor CCTV ataupun monitor TV untuk melihat rakaman CCTV untuk tempoh 24 jam. [200] SP8 tidak setuju dengan cadangan bahawa tidak bekerja pada tarikh 19hb dan juga 20.6.2025. Apabila disoal sama ada bawa apa-apa bukti kad perakam waktu atau rekod kehadiran kerja untuk menunjukkan SP8 bekerja pada tarikh tersebut, SP8 menjawab tidak ada. [201] SP8 bersetuju apabila dicadangkan bahawa bukan orang berkelayakan untuk menceritakan bagaimana sistem CCTV itu berfungsi. SP8 juga bukan orang yang terlatih untuk mengendalikan CCTV dan secara amnya hanya menyelia sahaja. [202] SP8 beritahu bahawa bekerja dengan Syarikat Tafadhdal Security Sdn Bhd dan bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa ia merupakan majikan SP8 yang dilantik oleh pihak Arte Plus. Ini bermaksud di kawasan ataupun bangunan Arte Plus Ampang diuruskan oleh satu pengurusan joint management. [203] SP8 bersetuju apabila dicadangkan ada memberitahu telah membuat laporan kepada pihak pengurusan tentang masalah CCTV tetapi laporan tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah. [204] SP8 juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa tidak ada apa-apa bukti atau laporan yang menunjukkan tarikh sebenar pada CCTV tersebut pada 20.6.2025. SP8 beritahu bahawa ada catatan dalam buku laporan pihak pengurusan menyatakan SP8 sebagai pengawal keselamatan yang menunjukkan 20.6.2025 adalah tarikh rakaman CCTV tersebut. Namun, SP8 bersetuju dengan cadangan bahawa buku tersebut tidak ada dikemukakan dan tidak ada bukti di Mahkamah. [205] SP8 turut bersetuju apabila dicadangkan bahawa ia telah menimbulkan satu persoalan samada kejadian atau kehadiran ketiga-tiga individu tersebut adalah samada pada 19hb atau 20hb, tanpa sebarang catatan bertulis dari pihak pengurusan atau SP8 sendiri. [206] SP8 bersetuju bahawa SP10 hanya minta rakaman CCTV pada tarikh 20.6.2025 dan tidak minta rakaman bertarikh 21.6.2025. Rakaman yang ditunjukkan oleh SP8 hanya menunjukkan tarikh 19.6.2025 dan 20.6.2025 dan tanpa sebarang catatan atau laporan bertulis daripada pihak pengurusan, terdapat kemungkinan bahawa ketiga-tiga individu dalam rakaman tiba di Arte Plus Ampang pada 19.6.2025. [207] SP8 beritahu bahawa selepas pihak polis datang untuk siasatan, SP8 tidak diminta untuk membuat laporan polis untuk menyatakan berkenaan dengan masalah CCTV dan SP8 tidak ada membuat laporan polis. [208] SP8 juga beritahu tidak ingat siapa yang masukkan rakaman CCTV ke dalam DVD di ekshibit ID19C. SP8 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa ketiga-tiga Salinan rakaman CCTV tersebut bukanlah rakaman penuh. SP8 turut bersetuju telah tidak membuat perbandingan rakaman CCTV yang bertarikh 19.6.2025 dan 20.6.2025. [209] SP8 beritahu bahawa orang lain yang telah memberitahu kepada SP10 mengenai masalah tarikh pada rakaman CCTV. SP8 tidak setuju dengan cadangan bahawa terdapat masalah tarikh pada rakaman CCTV kerana ia tidak diselenggarakan dan memberitahu bahawa ia telah diselenggara pada 3 bulan lepas. Namun SP8 bersetuju bahawa laporan penyelenggaraan tidak dikemukakan di Mahkamah. SP8 juga beritahu bahawa selain dirinya, penyelianya juga mempunyai akses untuk menyelia CCTV tersebut. [210] Semasa Pemeriksaan Semula, SP8 menjelaskan bahawa ada bekerja pada tarikh 19.6.2025 dan 20.6.2025. [211] SP9 Pegawai Forensik Rakaman CCTV telah kemukakan penyata saksi di Mahkamah memberitahu bahawa pada 14.11.2025, jam 1005 hrs menerima permohonan analisa kes berkait Pudu Report 7447/25. Barang kes yang dihantar ialah (1) unit DVD-R bertanda “F2” yang dihantar oleh SP10 telah disimpan di dalam cabinet berkunci di pejabat SP9. [212] SP9 telah menjalankan proses analisa ke atas barang kes pada 24.1.2026, jam 0900 hrs merujuk kepada permohonan SP10 iaitu untuk analisa kandungan rakaman CCTV untuk mengesahkan ketulenan gambar yang terdapat dalam rakaman CCTV tersebut. Pemeriksaan kandungan data di dalam DVD telah menemui 3 fail video. [213] SP9 telah capture dan menganalisa imej yang dikehendaki dari video yang mana di dalam DVD-R menggunakan kaedah zooming dan sharpness dengan menggunakan perisian yang dinamakan Amped-Five. [214] SP9 beritahu bahawa ketulenan video tidak dapat ditentukan kerana lesen peralatan untuk menganalisis ketulenan telah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan ketika itu. Keputusan analisa dinyatakan dalam laporan analisa yang telah dikeluarkan. Setelah selesai proses analisa, SP9 telah menyediakan laporan dan (2) imej telah dianalisa dimasukkan ke dalam laporan. [215] SP9 telah bungkus semula barang kes dan menyerahkannya semula kepada SP10 dan satu surat akuan penyerahan barang kes (MF03) telah dikeluarkan yang bertarikh 27.1.2026, jam 1003 hrs. [216] SP9 juga memberitahu bahawa kandungan 3 rakaman video tersebut menunjukkan lokasi di dalam lif dan juga di pintu luar lif. Di luar pintu lif ada beberapa individu yang dipercayai adalah mangsa dan suspek dan ada beberapa individu yang lain. Hasil pemeriksaan, telah mengenal pasti mej yang dikehendaki oleh SP10, imej telah dibesarkan dan keputusan adalah imej disyaki suspek. [217] Semasa Pemeriksaan Balas, SP9 memberitahu telah bertugas sebagai Juruanalisis Unit Siasatan Audio Video sudah 16 tahun dan bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa telah arif berkenaan dengan analisa audio video dan telah memberikan banyak keterangan di Mahkamah. [218] SP9 bersetuju dengan cadangan bahawa rakaman video CCTV yang diterima daripada SP10 telah 4 bulan selepas kejadian. SP9 beritahu DVD-R adalah bermaksud Read dan bersetuju apabila dicadangkan bahawa, ia telah diburn dan tidak boleh diedit atau diubah. Permohonan oleh SP10 adalah hanyalah satu iaitu ketulinan gambar dalam rakaman CCTV. [219] SP9 beritahu telah membuat (2) kali ujian, yang pertama ujian hashing pada barang kes kemudian sekali dalam komputer. Kemudian SP9 buat ujian hashing sekali lagi. SP9 setuju dengan cadangan bahawa telah menggunakan komputer sendiri. SP9 juga setuju dengan cadangan bahawa rakaman CCTV mungkin diterima daripada komputer SP10 dan tidak datang dari sumber utama. [220] SP9 beritahu bahawa semasa ujian hashing, ia akan mengeluarkan kod-kod yang sama dengan yang ada di dalam CD, sungguhpun sekiranya daripada sumber, decorder dipindahkan ke tempat yang lain, CD atau DVD. SP9 bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa kalau ada pengubahsuaian seperti tarikh, waktu, semasa buat ujian hashing, ia tidak akan berubah. [221] SP9 juga beritahu bahawa SP10 tidak memaklumkan kepadanya mengenai terdapat permasalahan dengan sistem. SP9 setuju apabila dicadangkan bahawa jika ada pun, ia bukan skop tugas SP9 dan kemungkinan ia boleh diedit. [222] SP9 turut bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa lesen perisian untuk menganalisa ketulenan rakaman CCTV yang telah tamat tempoh tersebut adalah yang dilanggan oleh pihak PDRM. Apabila ketulenan tidak dapat dikenalpasti, Mahkamah yang Mulia ini tidak ada satu keterangan sama ada rakaman CCTV tersebut berada dalam ketulenannya. [223] SP9 setuju dengan cadangan peguambela bahawa daripada ketiga-tiga fail ID19A, ID1B dan ID19C, tidak ada tarikh 21.6.2025 pada rakaman CCTV tersebut. Sebelum menjalankan analisa rakaman CCTV, SP9 telah terima maklumat suspek dan analisa menunjukkan pergerakan ketiga-tiga individu. [224] SP9 juga bersetuju dengan cadangan bahawa sebelum menerika barang kes, SP9 tidak dapat atau tiada pengetahuan sama ada terdapat pegawai lain telah mengakses terhadap DVD-R tersebut dan tidak tahu dapat tahu bila rakaman dimasukkan ke dalam DVD-R sebelum dihantar kepadanya. [225] Semasa Pemeriksaan Semula, SP9 menjelaskan bahawa analisa bermula daripada CD yang diterima. Sebelum menerima barang kes, apa-apa yang berlaku sebelum itu SP9 tidak dapat mengesahkan. Contohnya, SP9 buat ujian hashing ke atas fail DVD ke dalam komputer. Sekiranya sepanjang SP9 proses video dan SP9 teredit, ujian hashing dapat membantu. Sebelum itu jika ada edit, SP9 tidak dapat mengesahkan. Untuk benda itu diedit, kemungkinan boleh berlaku. [226] SP9 juga menjelaskan bahawa DVD-R, R itu bermaksud Read sahaja dan ia tidak boleh dipadam atau diubah. [227] Mahkamah kemudian bertanya kenapa ujian ketulenan masih dijalankan walaupun lesen peralatan untuk menganalis ketulenan telah tamat tempoh dan SP9 menjelaskan bahawa Ujian Hashing telah dijalankan dan perisian lain untuk ketulenan video seperti superimposed dan sebagainya. [228] SP10 pegawai penyiasat kes kemukakan penyata saksi di Mahkamah dan memberitahu bahawa pada 21.6.2025, dalam jam lebih kurang 1656 hrs telah dimaklumkan oleh anggota berkenaan satu report yang dibuat oleh SP1. [229] Pada 21.6.2025, jam lebih kurang 1330 hrs, semasa SP1 mengambil SP3 bersama SP4 di Stesen Bas Jaan Cempaka, Ampang Selangor, telah dimaklumkan bahawa SP3 telah dirogol oleh seorang lelaki iaitu OKT di Arte Plus, Jalan Ampang, Lorong Ampang 1, Kampung Berembang 55000 Kuala Lumpur. [230] Pada 21.6.2025, jam lebih kurang 1730 hrs, SP10 telah mengarahkan anggota untuk eskot SP3 ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan doktor. Pada 2145 hrs, SP5 telah membuat pemeriksaan terhadap kemaluan SP3 dan hasil pemeriksaan mendapati abrasion at both side labia minora, fresh tear at posterior fochette and fresh tear at 1, 5, 7, 10-11 o’clock of hymen. [231] Pada 22.6.2025, jam lebih kurang 1740 hrs, SP10 telah merakam percakapan SP3 di mana SP3 menerangkan telah dirogol oleh OKT. OKT juga telah melakukan amang seksual ke atas SP3 dan beberapa sentuhan. Kejadian berlaku sebanyak (2) kali iaitu pada 20.6.2025 pada jam di antara 8.00 malam sehingga 10.00 malam dan pada 21.6.2025 pada jam di antara 3.00 pagi sehingga 4.00 pagi semasa berada di dalam bilik di alamat T1-29-03, Arte Plus, Jalan Ampang, Lorong Ampang 1, Kampung Berembang 55000 Kuala Lumpur. SP3 juga menyatakan bahawa semasa kejadian, SP4 juga bersama SP3 namun berada di luar bilik. [232] Pada 22.6.2025, jam lebih kurang 1820 hrs, SP10 telah merakam percakapan SP4 di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. [233] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 14000 hrs, SP10 bersama sepasukan anggota polis D11, JSJ, IPK KL telah buat tangkapan ke atas OKT di hadapan rumah No. 14, Jalan Mawar 8B, Taman Mawar, 56100 Kuala Lumpur. SP10 telah menerangkan sebab-sebab tangkapan dalam Bahasa Melayu dan diakui faham sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 28A, Kanun Tatacara Jenayah. [234] SP10 juga beritahu bahawa OKT tidak mempunyai sebarang kecederaan dan penyakit semasa tangkapan dibuat. SP10 telah membuat laporan polis mengenai tangkapan (P24) dan permohonan reman ke atas OKT telah dibuat dan OKT ditahan reman selama 9 hari bermula dari 23.6.2025 sehingga 2.7.2025. [235] Pada 22.6.2025, jam lebih kurang 1930 hrs, SP10 telah membuat rampasan barang kes telefon bimbit milik OKT dan laporan polis rampasan telah dibuat (P27). [236] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 2049 hrs, SP10 telah merakam percakapan SP1 di bawah peruntukan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan pada jam lebih kurang 2126 hrs, SP10 telah merakam percakapan abang SP3 bernama Muhammad Firdaus Bin Lizan di bawah peruntukkan seksyen yang sama. [237] Pada tarikh 23.6.2025, jam lebih kurang 1239 hrs, SP10 telah merakam percakapan OKT di bawah peruntukan seksyen yang sama. Menurut SP10, OKT mengaku merogol SP3 sebanyak (2) kali dan telah melakukan amang seksual ke atas SP3. Kejadian berlaku sebanyak (2) kali iaitu pada 20.6.2025 pada jam di antara 8.00 malam sehingga 10.00 malam dan pada 21.6.2025 pada jam di antara 3.00 pagi sehingga 4.00 pagi semasa di dalam bilik di alamat T1-29-03, Arte Plus, Jalan Ampang, Lorong Ampang 1, Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur. [238] Pada 24.6.2025, jam lebih kurang 1000 hrs, SP10 mengarahkan anggota polis membawa OKT keluar dari lokap Balai Polis Jinjang untuk dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk diambil sampel darah bagi tujuan perbandingan DNA. SP10 telah terima sampel darah OKT dan simpan specimen tersebut di dalam pejabat SP10 dan kunci hanya dipegang oleh SP10. [239] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 1100 hrs, SP10 telah membuat rampasan terhadap pakaian SP3 dan membuat laporan polis rampasan (P28). Pada jam lebih kurang 1400 hrs, SP10 telah bersama jurufoto pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar dan membuat lakaran rajah kasar. [240] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 1500, SP10 telah membuat semakan CCTV bersama pihak Pengurusan Arte Plus, Jalan Ampang. Hasil semakan mendapati terdapat kehadiran OKT bersama SP3 dan SP4. SP10 telah mengambil rakaman tersebut dan dimasukkan ke dalam kertas siasatan. Pada jam lebih kurang 1520 hrs, SP10 telah mendapatkan rekod masuk OKT sebagai visitor daripada Pengurusan Arte Plus, Jalan Ampang. [241] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 1600 hrs, SP10 bersama sepasukan anggota polis D11, JSJ, IPK KL telah dipandu arah oleh OKT ke rumah tempat tangkapan dibuat dan telah membuat rampasan terhadap barang kes yang diserahkan oleh OKT. Laporan polis mengenai rampasan tersebut telah dibuat (P29). [242] SP10 beritahu bahawa pada 27.6.2025, kawad cam telah dijalankan ke atas OKT di Bilik Kawad Cam, Lokap Jinjang oleh I/Norhayati Binti Damirin. Laporan yang dikeluarkan adalah positif di mana SP3 dapat cam OKT dengan jelas. [243] Pada 1.7.2025, SP10 telah edarkan kertas siasatan dan dirujuk kepada YA TPR diarahkan supaya OKT dituduh dengan (6) pertuduhan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta 792. Pada 2.7.2025, OKT telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Kuala Lumpur di kes no. WA-62JSK-37-07/2025 dan WA-62JSK- 38-07/2025. [244] Pada 9.9.2025, jam lebih kurang 1508 hrs, SP10 telah hantar barang kes dan spesimen ke Bahagian Forensik DNA, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor dan diserahkan satu resit rasmi dengan rujukan No. Makmal: 23-FR-B-25767. Keputusan laporan kimia tersebut telah diperoleh dan dimasukkan ke dalam kertas siasatan. [245] Pada 14.11.2025, jam lebih kurang 0953 hrs, SP10 telah hantar barang kes ke Makmal Forensik PDRM. Sebanyak (1) barang kes telah diserahkan dan satu resit rasmi telah diserahkan dengan no. rujukan makmal: 25F3200. Sesalinan laporan forensik telah diperoleh dan dimasukkan ke dalam kertas siasatan. [246] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 0957 hrs, SP10 telah hantar barang kes ke Makmal Forensik PDRM. Sebanyak (1) barang kes telah dihantar dan diserahkan resit rasmi dengan no. rujukan makmal 25F3201. Sesalinan laporan forensik telah diperoleh dan dimasukkan ke dalam kertas siasatan. [247] Menurut SP10, berdasarkan hasil siasatan, SP10 yakin dan percaya keterangan SP3 menyatakan bahawa OKT telah merogolnya sebanyak (2) kali dan telah melakukan amang seksual ke atas SP3. Kejadian berlaku sebanyak (2) kali iaitu pada 20.6.2025 pada jam di antara 8.00 malam sehingga 10.00 malam dan pada 21.6.2025 pada jam di antara 3.00 pagi sehingga 4.00 pagi semasa berada di dalam bilik di alamat T1-29-03, Arte Plus, Jalan Ampang, Lorong Ampang 1, Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur. Keterangan ini disokong oleh hasil pemeriksaan doktor pakar O&G mengesahkan terdapat abrasion at both side labia minora, fresh tear at posterior forchette and fresh tear at 1, 5, 7, 10-11 o’clock of hymen. Hasil kawad cam terhadap OKT adalah positif. [248] Menurut SP10, berdasarkan rakaman percakapan SP3, OKT telah melakukan amang seksual sentuhan dengan memegang badan SP3, payudara SP3 dan kemaluan SP3. OKT juga ada memasukkan jari ke dalam kemaluan SP3. [249] Menurut SP10 juga, hasil percakapan abang SP3 memberitahu bahawa telah berjumpa dengan SP3 dan SP4. Kemudian abang SP3 telah bertanya kepada SP4 tentang kejadian dan SP4 beritahu SP3 telah berdua-duan dengan OKT di dalam bilik. Kemudian SP3 juga turut mengaku OKT telah merogolnya. [250] SP10 juga beritahu bahawa telah menyemak rakaman CCTV yang bertarikh 20.6.2025 dari awal sehingga akhir. Selepas itu SP10 telah meminta pihak Pengurusan Arte memasukkan (3) rakaman CCTV tersebut ke dalam CD yang ditandakan sebagai F2 (P19A, P19B & P19C). [251] SP10 turut memberitahu bahawa terdapat (2) tarikh pada rakaman CCTV iaitu 19.6.2025 dan 20.6.2025. Sebenarnya terdapat kesalahan dari pihak Arte. SP10 beritahu sebenarnya telah minta tarikh 20.6.2025 yang merupakan tarikh sebenar. [252] SP10 juga beritahu mendapat rekod visitor OKT dari bahagian keselamatan Arte di mana pihak keselamatan tersebut ada satu aplikasi check masuk dan keluar visitor ke dalam Arte. Hasil siasatan terhadap rekod tersebut mendapati terdapat kehadiran OKT ke Arte dan terdapat nama dan no. kad pengenalan OKT di dalam rekod tersebut. Terdapat juga gambar OKT dan tarikh rekod masuk pada 20.6.2025 (ID25). [253] SP3 turut memberitahu bahawa telah merampas pakaian SP3 iaitu baju berwarna Hitam, baju lengan panjang bertanda PJPK berwarna Oren, seluar track panjang berwarna Hitam, seluar dalam dan bra. SP10 juga telah merampas pakaian OKT iaitu baju T-Shirt berwarna Hitam, seluar berwarna Kelabu dan boxer berwarna Merah. [254] SP10 telah mengecam gambar-gambar tempat kejadian, rumah OKT, pakaian SP3 dan pakaian OKT dan ditandakan sebagai eksibit pendakwaan. [255] SP10 beritahu bahawa semasa kejadian, SP3 memakai baju PKPJ warna Oren, seluar track suit panjang Htam, Bra warna Hitam dan seluar dalam warna Purple. Selain daripada itu, SP3 juga memakai Tshirt lengan pendek warna Hitam dan yang terdapat dalam CCTV adalah jaket Hitam tetapi SP10 telah tidak merampas jaket Hitam tersebut. Menurut SP10, SP3 mengakui memakai pakaian yang dirampas olehnya. [256] SP10 juga beritahu telah membuat semakan di JPN dan telah mendapatkan sijil 90A bagi sijil kelahiran SP3. [257] Semasa Pemeriksaan Balas SP10 beritahu bahawa telah menjadi pegawai penyiasat D11 selama 3 tahun sejak bulan September