Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan penangkapan, penahanan dan perbicaraan orang yang melakukan apa-apa kesalahan tetapi tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), seseorang kanak-kanak yang dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tidak boleh ditangkap, ditahan atau dibicarakan kecuali mengikut Akta ini. [29] Peruntukan Seksyen 11 Akta Kanak-kanak adalah jelas yang mana Mahkamah bagi Kanak-kanak adalah terdiri daripada Majistret dan juga dua orang Penasihat. Fungsi Penasihat-penasihat ini adalah untuk memberi saranan kepada Mahkamah Kanak-kanak dalam memutuskan perintah yang bersesuaian untuk diberikan ke atas seseorang pesalah kanak-kanak tersebut. [30] Manakala Seksyen 83(1) Akta yang sama pula memberikan pengecualian kepada penggunaan tatacara Mahkamah Kanak-kanak dalam kes-kes melibatkan Seksyen 83(3) dan 83(4) Akta yang sama. Pada hemat Mahkamah, pengecualian ini termasuk jua kepada keperluan Penasihat di bawah Seksyen 11 tersebut. [31] Seperti mana disebut di atas, kes di hadapan Mahkamah ini melibatkan pemakaian Seksyen 83(3) Akta Kanak-kanak 2001. Memandangkan Tertuduh merupakan pesalah muda dan bukan lagi kanak-kanak, Tertuduh ini telah dihadapkan di hadapan Mahkamah ini, iaitu Mahkamah selain dari Mahkamah Kanak-kanak. Dalam hal sedemikian, Mahkamah ini perlu menjalankan fungsi biasanya, namun berpandukan kepada kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 83(3) Akta tersebut. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa kehadiran Penasihat sepertimana Seksyen 11, dalam konteks kes semasa, adalah tidak terpakai. D. ISU HUKUMAN [32] Selaras dengan Seksyen 83(3) Akta tersebut, Mahkamah ini telah memilih untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh ini sepertimana tertera di bawah Seksyen 83(2)(c) Akta Kanak-kanak tersebut. Sebab-sebab yang menjurus kepada keputusan tersebut dinyatakan di sini. i. Undang-undang berkaitan hukuman [33] Mahkamah terlebih dahulu menggariskan prinsip hukuman yang disebut dalam kes Letitia Bosman v. PP & Other Appeals [2020] 8 CLJ 147 yang dipetik secara verbatim seperti berikut:- “[124] ... Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. In such a case, the accused will then make a plea of mitigation, which is a submission to move the court to pass a lenient sentence. It bears noting that under the scheme of Chapter XX of the CPC that governs the procedure of criminal trials in the High Court, there is no statutory requirement for mitigating factors to be considered by the court before it passes sentence according to law. Although there is no provision in the CPC for a plea in mitigation in High Court trials, nevertheless as a matter of fact, in practice it is quite common to allow a plea in mitigation before the court imposes sentence. After the accused has submitted the mitigation plea, the prosecution will submit the aggravating factors for the purpose of pressing for a heavy sentence. [125] In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles (see Jafa bin Daud at p 316 of the judgment of Mohamed Azmi J).” [34] Pembacaan kes tersebut jelas menunjukkan bahawa Mahkamah bicara mempunyai budi bicara luas untuk menentukan hukuman yang wajar diberikan kepada tertuduh. Namun begitu, penentuan hukuman ini perlu dibuat dalam ruang lingkup dan limitasi undang-undang yang diberikan. [35] Secara lazimnya, pengakuan bersalah seseorang itu merupakan satu faktor mitigasi yang perlu dititikberatkan oleh Mahkamah. Namun demikian, ianya perlu juga ditimbal semula dengan kepentingan awam. Rujukan dibuat dalam penghakiman PP v. Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614:- Another principle of sentencing, rendered significant by the facts of this case, is the effect of a guilty plea on the sentence to be imposed. It is settled law that a plea of guilt will operate as a mitigating factor in favour of an accused. Cases such as Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 LNS 158, PP v. Sulaiman bin Ahmad [1992] 3 CLJ (Rep) 447; [1993] 1 MLJ 74 and PP v. Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45 lay down the rule that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty as it saves time and costs. However, that is only a statement of the general rule. The demands of public interest may, in the circumstances of a particular case, far outweigh any mitigating effect which might have been attached to an accused’s guilty plea (see Sim Gek Yong v. PP [1995] 1 SLR 537). In PP v. Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 I considered the applicable principles governing a guilty plea at pp 191-192: It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see PP v. Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47, [1993] 1 MLJ 45). However, as I had the occasion to observe in Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441 (refd) [1996] 4 CLJ 441 at p 446: 205 Be that as it may, this rule is not a strict rule as the court may in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in appropriate cases (see Lee Say & Ors v. PP [1985] 2 CLJ 155). [36] Selanjutnya, adalah undang-undang mantap bahawa dalam menentukan hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan dilakukan, Mahkamah juga perlu melihat kepada beberapa faktor yang wujud dalam satu-satu kes tersebut. Mahkamah merujuk kepada nas kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut:- "Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court..." ii. Mitigasi dan Pemberatan Pihak-pihak [37] Mahkamah berpeluang mendengar rayuan mitigasi daripada Peguam YBGK. Hujahan pembelaan adalah bahawa tertuduh ini berumur 18 tahun, belum berkahwin dan tidak bekerja. Pengakuan salah tertuduh juga telah jimatkan masa dan kos dan menurut Peguam YBGK, tertuduh ini memohon suatu hukuman pemenjaraan yang minimum. Manakala pendakwaan pula telah memohon hukuman setimpal dijatuhkan ke atas tertuduh. iii. Analisa Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman [38] Prinsip-prinsip dalam menentukan sesuatu hukuman yang disebutkan di atas ini pula perlulah dilihat bersekali dengan fakta kes yang diutarakan di hadapan Mahkamah ini. Mahkamah ini telah berpeluang meneliti fakta berikut sebelum menjatuhkan hukuman:- a. Tertuduh semasa kejadian berumur 17 tahun 10 bulan dan berumur 18 tahun 3 bulan semasa dituduh di hadapan Mahkamah ini; b. Semasa dibawa ke hadapan Mahkamah, Mahkamah berpeluang meneliti bahawa Tertuduh ini sedang menjalani tiga lagi Perintah Mahkamah lain bagi kes-kes berikut:- KA-83RS-19-12/2024 Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan Perintah untuk dihantar ke Henry Gurney bermula tarikh 25 Jun 2025 selama 3 tahun KA-84-19-12/2024 Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 Perintah untuk dihantar ke Henry Gurney bermula tarikh 31 Julai 2025 selama 3 tahun KA-83-925-12/2024 Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil Perintah untuk dihantar ke Henry Gurney bermula tarikh 31 Julai 2025 selama 3 tahun c. Salah satu daripada Perintah Henry Gurney yang dikeluarkan oleh Mahkamah lain tersebut adalah berkait kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; [39] Selanjutnya, Mahkamah ini turut melihat kepada sifat kesalahan yang dilakukan. tertuduh dalam kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama. [40] Adalah tidak dinafikan bahawa masalah penagihan dadah ini adalah barah dalam masyarakat semasa. Pandangan ini telah disuarakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes ADAM ATAN V. PP [2009] 1 CLJ 33 yang menyatakan seperti berikut:- “[7] There is no gain say that drug offenders are a menace to society. They are nothing less than serpents on the front lawn of justice and should be dealt with accordingly. Every day we read in the newspapers about the efforts of the law enforcement agencies in seizing large quantities of dangerous drugs and of the deleterious nature of these drugs which is visited upon members of our society, in particular our youth. The courts will be failing in their duty if they do not take a serious view towards the offences of this nature. The sentence imposed must not only be commensurate with the offence in this case but must also stop would be offender’s dead in their tracks from committing it. [41] Walaupun kesalahan seumpama ini tidak melibatkan mangsa lain, namun adalah tidak dipertikai bahawa gejala dadah yang berleluasa dalam negara ini adalah satu perjuangan yang panjang buat semua pihak berwajib dalam membanterasnya. Fakta bahawa tertuduh dalam kes ini masih belasan tahun menguatkan lagi kerunsingan yang ada untuk menghentikan pemasalahan ini. [42] Sepertimana disebut dalam kes PP v Md Rashid Harun [2000] 3 CLJ 832, Mahkamah perlu menyeimbangkan kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh dalam menentukan hukuman yang bersesuaian. [43] Mahkamah telah mengambilkira umur tertuduh yang baru sahaja menjangkau 18 tahun. Nas-nas kes duluan adalah secara umumnya menggalakkan untuk tertuduh seperti ini diberikan peluang untuk “turn over a new leaf” dan cenderung untuk memilih bentuk-bentuk perintah lain sepertimana disebutkan dalam Seksyen 83(2) Akta Kanak-kanak tersebut. Namun demikian, Mahkamah ini juga mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan kepentingan awam dalam pertimbangan hukuman. Kepentingan awam dilihat dapat dijaga sekiranya pesalah dapat berubah ke jalan kebaikan dan seterusnya menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat. [44] Tertuduh ini adalah pada masa material, ditahan di Henry Gurney selama 3 tahun sepertimana Seksyen 91(f) Akta Kanak-kanak berdasarkan tiga perintah Mahkamah sedia ada. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat, sekiranya suatu lagi perintah yang sama diberikan ke atas tertuduh, ianya bersifat “redundant” dan tidak memberikan implikasi kepada tahap kesedaran tertuduh. Perintah-perintah seperti di bawah Seksyen 91(a),(b),(c),(d) dan (e) Akta yang sama juga adalah tidak sesuai diberikan memandangkan tertuduh ini akan menjalani perintah di Henry Gurney selama 3 tahun. Manakala bagi hukuman berbentuk denda pula, rayuan ini tidak diketengahkan di hadapan Mahkamah ini oleh Peguam YBGK setelah tertuduh ditemubual. [45] Sepertimana disebut di atas, kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di hadapan Mahkamah ini bukanlah kesalahan kali pertama yang dilakukan oleh tertuduh untuk pertuduhan di bawah Seksyen yang sama. Malahan, kesalahan ini dilakukan pada bulan Mac 2025, semasa tertuduh ini sedang menunggu keputusan Mahkamah lain bagi kes melibatkan tertuduh (kes KA-84-19-12/2024 tersebut). Hal ini menunjukkan bahawa, walaupun tertuduh ini sedang menjalani proses Mahkamah, tertuduh masih lagi terlibat dalam kancah dadah yang sama sehingga ditangkap semula pada bulan Mac 2025. [46] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa keadaan seumpama ini memerlukan hukuman Seksyen 83(2)(c) itu untuk digunapakai. Mahkamah turut mengambil kira bahawa Tertuduh ini juga sekiranya menjalani hukuman pemenjaraan, akan dihantar ke Penjara Sungai Petani yang dikhaskan untuk tertuduh dan kanak-kanak dan tidak akan bercampur dengan banduan dewasa selaras dengan Seksyen 96(3) Akta Kanak-kanak 2001. [47] Oleh itu, setelah mempertimbangkan kesemua faktor yang dinyatakan di atas, berserta rujukan selaras dengan peruntukkan undang-undang yang berkaitan, Mahkamah berpendapat suatu hukuman pemenjaraan adalah sesuai untuk diberikan ke atas tertuduh. [48] Berkaitan tempoh sesuatu hukuman pemenjaraan ini, nas kes Mahkamah Tinggi PP v Shariffah Syed Hashim [2006] 6 CLJ 503 dirujuk:- “Hukuman yang wajar dikenakan terhadap tertuduh hendaklah merupakan suatu hukuman yang berunsurkan pencegahan dan dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada tertuduh. Dalam pada itu hukuman tersebut hendaklah juga merupakan suatu hukuman yang dapat memberikan peluang pemulihan dan rehabilitasi kepada tertuduh. Proses rehabilitasi di dalam penjara memerlukan masa dan sekiranya sesuatu hukuman itu terlalu pendek, proses tersebut mungkin tidak dapat dilakukan dan memberikan apa-apa kesan. Dalam masa yang sama juga hukuman penjara yang terlalu lama juga akan menimbulkan kesan negatif dan mungkin akan menjadikan seseorang pesalah itu sebagai 'hard core criminal' kelak.” [49] Mengambil kira usia pesalah yang masih muda dan dengan harapan besar bahawa tempoh pemenjaraan ini akan memberikan rehabilitasi sewajarnya, Mahkamah ini membuat keputusan untuk suatu hukuman pemenjaraan selama 4 bulan bermula dari tarikh sabitan dikenakan ke atasnya. Tempoh 4 bulan ini juga telah mengambil kira semakan dengan pihak penjara yang mana tertuduh ini akan dibebaskan seawal November 2025 setelah pengiraan pembebasan hukuman dibuat. [50] Mahkamah ini berpendapat hukuman penjara 4 bulan bermula daripada tarikh sabitan ke atas tertuduh dan pengawasan AADK selama 2 tahun selepas tamat menjalani perintah Henry Gurney adalah setimpal dan wajar untuk kesalahan yang dilakukan. Tempoh masa pemenjaraan ini juga adalah masih dalam kerangka undang-undang sedia ada dan dilihat sebagai suatu jangka masa yang membolehkan pemulihan diberikan kepada tertuduh untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Pengawasan yang dikenakan ke atas tertuduh di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya pula adalah mandatori untuk kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya tersebut dan juga adalah perlu untuk memastikan pesalah ini tidak lagi terjerumus dalam kegiatan yang sama. [51] Penghakiman ini dibuat berdasarkan pandangan dan dapatan terhadap fakta kes semasa, dan Mahkamah ini seterusnya menyerahkan kepada pertimbangan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi untuk diteliti bagi menjadi panduan kepada Mahkamah ini kelak. Bertarikh: 20 Oktober 2025 (AINI ADILAH MUHAMMAD FAIZAL) Majistret Mahkamah Majistret Jenayah Butterworth Pulau Pinang Kaunsel:- Bagi pihak Pendakwaan:- Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pulau Pinang PPUUN Pulau Pinang , Aras 10, Wisma Persekutuan Jalan Anson 10400 Pulau Pinang Bagi pihak Pembelaan:- Tetuan Khairudin & Co 33A, Lorong BLM 6/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah