1 MLJ 645 (CA)). … [19] In Mohd Dalhar bin Redzwan & Anor v. Datuk Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [1995] 1 MLJ 645, Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in delivering the majority judgment of the Court of Appeal said: “I begin by recognizing that under s 305 of the Code, a person who convicted on his plea of guilt is entitled to appeal only against the extent or legality of the sentence. However, once such an appeal has been lodged, there is nothing to prevent an appellant from contending at the hearing that the conviction is illegal and requesting the judge hearing the case to act in revision. Of course, the appellant in such a case ought, whenever possible, to give the court and the Public Prosecutor adequate notice of this, setting out the grounds on which the revision will be sought. A court hearing an appeal against sentence is entitled to and will, where appropriate, act in revision set aside a conviction’. However, His Lordship had a qualification to this proposition when he said that: “Save in exceptional cases and for very good reasons, there can be no resort had by a party to the revisionary jurisdiction of the High Court when the decision complained of is appealable and no appeal has been lodged.” [16] Hujahan utama Perayu dalam mempertikaikan penerimaan pengakuan salah Perayu oleh Mahkamah Majistret melibatkan penerimaan Laporan Kimia (eksibit P4) bagi membuktikan pertuduhan terhadap Perayu sedangkan tiada penyerahan Laporan Kimia kepada Perayu telah dibuat oleh Responden selaras dengan peruntukan seksyen 399 KTJ. Perayu bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Shaiful Azmi Sabri v. Pendakwa Raya [2020] MLRAU 223 dan menghujahkan bahawa Responden perlu mengemukakan laporan kimia kepada Mahkamah sebagai keterangan utama dalam membuktikan bahawa dadah yang berada dalam milikan Perayu semasa ditangkap adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 11.53 gram, sebagaimana dalam pertuduhan. Kegagalan menyerahkan Laporan Kimia (eksibit P4) kepada Perayu sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 399 KTJ, mengakibatkan eksibit P4 tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan, dan sekaligus mengakibatkan elemen dadah berbahaya jenis Methamphetamine sebagaimana dalam pertuduhan tidak dapat dibuktikan. [17] Penelitian Mahkamah ini terhadap Rekod Rayuan terutamanya Jilid 3 Rekod Rayuan mendapati bahawa eksibit P4 bertarikh 27.1.2020 tidak menunjukkan bahawa sesalinan eksibit P4 telah diserahkan kepada Perayu sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 399 KTJ. Malahan, fakta ini juga tidak pernah dinafikan oleh Responden. [18] Namun begitu, pihak Responden menghujahkan bahawa peruntukan seksyen 399 KTJ adalah tidak terpakai terhadap kes di mana tertuduh membuat pengakuan salah sebelum bermulanya perbicaraan, dan dengan itu penerimaan masuk Laporan Kimia (eksibit P4) sebagai keterangan bagi membuktikan pertuduhan terhadap Perayu adalah selamat. Responden turut menghujahkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Shaiful Azmi Sabri v. Public Prosecutor (supra) haruslah dibezakan kerana antara alasan Mahkamah Rayuan menolak pengakuan salah Perayu dalam rayuan tersebut adalah kerana terdapatnya kecacatan pada fakta kes yang diakui oleh Perayu dalam kes tersebut. [19] Mahkamah telah meneliti hujahan-hujahan dan nas undang-undang yang telah dikemukakan dan telah turut meneliti keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Shaiful Azmi Sabri v. Public Prosecutor (supra) tersebut. Walaupun Mahkamah ini bersetuju dengan Responden bahawa dalam rayuan kes tersebut, Mahkamah Rayuan telah mendapati bahawa antara alasan rayuan dibenarkan dalam rayuan tersebut adalah kerana kecacatan yang terdapat pada fakta kes, tetapi Mahkamah Rayuan turut mendapati bahawa penerimaan keterangan melalui laporan kimia yang tidak pernah diserahkan sesalinannya kepada Perayu di bawah seksyen 399 KTJ juga adalah suatu kecacatan yang menjadikan sabitan terhadap Perayu tidak selamat. Ini boleh dilihat dalam keputusan Mahkamah Rayuan di mukasurat 459 seperti berikut: “[27] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami ini. Kami telah dapat meneliti rakaman CRT yang dimaksudkan. Daripada rakaman tersebut yang masih boleh diikuti dan didengar dengan jelas, Hakim Sesyen walaupun ada menyatakan kepada perayu bahawa di bawah seksyen kesalahan tersebut perayu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup tetapi tidak menerangkan kepada perayu maksud penjara seumur hidup tersebut di bawah undang-undang adalah untuk tempoh penjara 30 tahun. Oleh kerana tontonan kami ke atas rakaman CRT melihatkan Hakim Sesyen ada menyebutkan hukuman penjara seumur hidup, maka kami mengabaikan catatan nota keterangan yang mencatatkan Hakim Sesyen menerangkan kepada perayu tentang hukuman di bawah s. 6B(1)(a) ADB 1952 yang kami dapati tidak betul dirujuk oleh Hakim Sesyen. Kami juga mendapati fakta kes (P1) tidak menzahirkan kesalahan yang dilakukan oleh perayu jika dibandingkan dengan pertuduhan. Tiada terdapat nyataan dalam fakta kes bahawa perayu yang telah menanam tiga pokok cannabis tersebut. Apa yang dizahirkan dalam fakta kes P1 adalah perayu yang telah membawa dan menunjukkan tiga batang pokok cannabis kepada pengadu. Fakta kes P1 tidak mengatakan bahawa perayu telah menanam tiga batang pokok cannabis untuk perayu membuat pengakuan terhadap fakta yang dibentangkan. Oleh itu apakah sebenarnya yang diakui sebagai benar oleh perayu? Pertuduhan juga tidak menyebutkan berat pokok atau berat tumbuhan cannabis. Secara perbandingan, semua butiran yang terdapat dalam pertuduhan kes Kamalrudin Drahman v. PP (supra) tidak terdapat dalam pertuduhan kes perayu ini, ie, jumlah pokok dan berat cannabis terlibat. Kami juga dapati terdapat keraguan sama ada laporan kimia (P7) telah dibuat serahan ke atas perayu sepertimana kehendak s. 399(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk layak P7 tersebut diterima masuk sebagai sebahagian daripada keterangan terhadap perayu. Sekiranya laporan kimia tersebut tidak dibuat serahan ke atas perayu dan hanya dikemukakan oleh pihak pendakwaan semasa prosiding pengakuan bersalah perayu, maka kes pendakwaan mengalami kecacatan yang sama seperti yang terdapat dalam kes Hajar bt Ishak v. Pendakwa Raya (supra) yang menjadikan sabitan terhadap perayu tidak selamat kerana tidak terdapat barang kes (dadah berbahaya) yang menjadi perkara pertuduhan dikemukakan secara sah sebagai bukti di hadapan mahkamah. Perayu tidak diwakili oleh peguam dan menghadapi pertuduhan yang serius. Maka itu, adalah menjadi tugas hakim bicara untuk benar-benar memastikan perayu faham pertuduhan yang dihadapinya, dan kebenaran fakta kes yang dibentangkan yang menzahirkan kesalahan yang dilakukan serta bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadapnya jika pengakuan bersalahnya diterima oleh mahkamah. Fakta kes P1 jelas tidak menzahirkan kesalahan yang dilakukan oleh perayu seperti di dalam pertuduhan. Perayu bekerja sebagai seorang nelayan. Tidak terdapat sebarang keterangan yang dapat melihatkan tahap pendidikan perayu. Maka yang demikian, jika sekiranya perayu dijelaskan bahawa hukuman penjara seumur hidup adalah bermaksud penjara selama 30 tahun dan hukuman penjara seumur hidup 30 tahun itu bersifat mandatori dan tidak boleh dikurangkan walau apa pun mitigasi perayu jika mengaku bersalah, adakah perayu masih ingin mengekalkan pengakuan salahnya? Perkara ini tidak dilakukan oleh Hakim Sesyen. Keadaan tersebut ditambah lagi dengan kecacatan-kecacatan yang telah kami huraikan di atas, khususnya ketiadaan keterangan bahawa s. 399(1) Kanun Tatacara Jenayah telah dipatuhi oleh pihak pendakwaan.”. [20] Mahkamah Rayuan selanjutnya turut memutuskan seperti berikut: “[28] Keterangan berkaitan serahan sempurna laporan kimia (chemist report) terhadap tertuduh seperti yang dikehendaki oleh s. 399(1) Kanun Tatacara Jenayah adalah penting dan menjadi satu keperluan untuk dipastikan oleh hakim bicara sebelum keterangan yang terkandung dalam laporan kimia itu (di mana ahli kimia tidak dipanggil sebagai saksi) boleh diterima masuk sebagai keterangan kes terhadap tertuduh. Dalam kes Ooi Lean Chai v. PP [1991] 2 CLJ 1304; [1991] 1 CLJ (Rep) 337; [1991] 2 MLJ 552, Mahkamah Agung mengetepikan sabitan perayu di bawah s. 39B(2) ADB dan memerintahkan supaya kes terhadap perayu dibicarakan semula atas sebab kegagalan pihak pendakwaan membuat serahan laporan kimia terhadap perayu sebelum laporan kimia tersebut boleh diterima masuk sebagai keterangan kes pendakwaan terhadap perayu. Pihak pendakwaan tidak memanggil ahli kimia untuk memberi keterangan sebaliknya bergantung kepada laporan kimia. Mahkamah Agung memutuskan seperti berikut: Held