hingga (z) Page 15 of 24 G. Jumlah yang melampau sedangkan ia keilatan yang belum pasti aa. Increased risk of developing seizures (epilepsy) RM20,000.00 H. Jumlah yang melampau sepatutnya tiada award diberi kerana gagal dibuktikan kesahihan pekerjaan/kos/tiada saksi bb. Loss of earnings RM60,200.00 cc. Future loss of earnings RM142,800.00 dd. Pre-trial care RM6,000.00 ee. Loss of housekeeping services RM52,000.00 ff. Cost of motorcycle repair from Meng Tat RM2,260.00 [12] Alasan kenapa Mahkamah memberi tumpuan khusus kepada gantirugi di bawah tajuk-tajuk ini ialah kerana gantirugi yang lain telah dibuktikan kecederaannya melalui laporan doktor dan pakar dan Hakim bicara telah membuat perbandingan dengan merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards, keputusan kes-kes dan hujahan balas Defendan sebelum mencapai keputusannya untuk memberi jumlah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah. Pada dapatan mahkamah ini, ia adalah satu ‘exercise based on discretion’, dengan bersandarkan kuasa budi bicaranya. Dalam membuat keputusan ini, Mahkamah ini berpendapat tiada apa-apa yang jatuh dalam perimeter lingkungan ‘plainly wrong’ menurut kes-kes di atas yang dirujuk oleh mahkamah ini, yang memerlukan mahkamah yang mendengar rayuan untuk campur tangan kerana ia bukan satu keputusan yang dicapai melalui tindakan secara melulu tetapi berhemah ‘not a reckless act but prudence’. Page 16 of 24 [13] Atas dapatan ini, Mahkamah menumpukan kepada gantirugi yang diberi di bawah tajuk-tajuk yang dikatakan Defendan sebagai tidak layak diberi kerana kecederaan tidak wujud, belum pasti dan tidak dibuktikan. Mahkamah mendapati saksi-saksi yang telah dipanggil dan keterangan dokumentar yang telah dikemukakan oleh pihak Plaintiff (serta laporan pakar yang dipersetujui kedua-dua pihak) adalah seperti berikut: “A. Saksi-saksi SP1 (penolong pegawai penyiasat trafik) SP2 (bekas majikan Plaintif 2) SP3 (Plaintif 1) SP4 (Plaintif 2) B. Laporan-laporan pakar oleh: Bagi pihak Plaintif: Dr. Yoga (ortho), Dr. Sanmugarajah (neuro HUKM), Dr. Norhashim (neuropsychiatric HSA), Santosh Kumar Prasad (Certified Prosthetist & Orthotist) Bagi pihak Defendan: Dr. Ravi (neuro), Dr Xavier (psychiatrist), Dr Peraba (ortho) Keterangan dokumentar Plaintif 2: a. Laporan HAS Dr. Lee Chee Siong bertarikh 5.8.2019 iaitu Plaintif2 mengalami: “4. Grade 1 right anterior cruciate ligament laxity” b. Laporan oleh Dr. Yoga bertarikh 23.6.2020 “4. Right Anterior cruciate injury (ACL) with ligament laxity” Page 17 of 24 c. Laporan Dr. Yoga bertarikh 6.4.2021 melalui pemeriksaan MRI: i. torn medial meniscus ii. cruciate ligaments are normal. d. Laporan Dr Xavier bertarikh 15.11.2021 atas kecederaan daripada (m) hingga (z) seperti berikut: m. osteoarthritis of right knee joint n. total knee replacement and revision for total knee replacement o. cost of removal of nail over right femur and plate/screws on left humerus p. cost of arthroscopic repair of the meniscus q. painkillers r. paracetamol s. tablet Betaserc t. cognitive enhancers u. Lithium/epilim v. Cost of cognitive and behavior therapy w. Physiotherapy x. Pain and suffering for 2 surgeries y. Pain and suffering for 5 surgeries z. Knee brace” [14] Mahkamah ini secara ringkasnya mendapati Plaintif 2 mengalami kecederaan ‘ACL’ kerana ia disahkan melalui laporan penemuan oleh Dr. Yoga bertarikh 26.10.2019 manakala laporan Dr. Xavier bertarikh 10.6.2020 dengan merujuk laporan awal yang mendapati “sustained a mild head injury’ dan ‘several fractures of the bones’ serta ‘puncture wound over right knee’. Page 18 of 24 [15] Pemeriksaan ‘drawer test dan MRI’ sebagaimana laporan oleh Dr. Mohd Fairuz bertarikh 16.8.2020 tidak dilakukan ketika awal kemasukan ke HSA ketika itu kerana memberi tumpuan kepada kecederaan lain yang lebih ‘akut’. Oleh itu, kesimpulan yang dicapai oleh Hakim bicara pastinya kecederaan ini wujud dan tidak boleh dinafikan khususnya dengan bersandarkan kepada laporan oleh Dr. Lee Chee Siong dari HAS (Jab. Kecemasan) bertarikh 26.10.2020 berhubung penemuan kecederaan ini kemudian dan kenapa tidak pada awalnya. [16] Berhubung ubatan-ubatan, pada pandangan Mahkamah konsisten dengan sejarah yang didapati daripada rawatan ke atas Plaintif 2 bahawa dia pengsan sejurus kemalangan berlaku dan dari apa yang disampaikan oleh Plaintif 2 kepada Dr. Xavier bahawa dia mengalami ‘giddiness and headaches’ 3 ke 4 kali seminggu. [17] Oleh itu, penemuan Hakim bicara bahawa Plaintif 2 layak menuntut ubat-ubatan seperti di (q) hingga (s) di atas disokong oleh keterangan Plaintif 2 dan Dr. Xavier sendiri yang tidak menafikannya meskipun Dr. Ravi melalui laporan bertarikh 6.11.2020 berpendapat ubatan ini tidak diperlukan ‘on regular basis’. Malahan laporan Dr. Sanmugarajah bertarikh 20.12.2020 sendiri juga tidak menafikan keperluannya akibat daripada ‘concussion’ tertakluk kepada ‘if headaches and dizziness have reduced in intensity and frequency’. [18] Selain daripada itu, ubatan ‘painkillers’ pada rumusan Dr. Yoga adalah perlu bagi menangani kesakitan akibat ‘osteoarthritis of the right knee’ yang akan disusuli dengan pembedahan lutut. Meskipun pembedahan ini belum berlaku, nas otoriti membenarkan tuntutan ini dibuat berdasarkan pandangan pakar yang diberikan dan Hakim bicara Page 19 of 24 menggunakan formula dengan kiraan 1/3 di mana pada pandangan Hakim bicara diterima sebagai munasabah (lihat para XX (a) mukasurat 14 alasan penghakiman Hakim bicara). [19] Bagi ubatan dan rawatan (t), (u) dan (v), laporan Dr. Xavier berpendapat ‘cognitive enhancers’ dan Lithium atau Epilim tidak diperlukan begitu juga dengan ‘cognitive or behavior therapy’ dengan mengetepikan ’diagnosis of a depressive disorder’. Mahkamah ini berpendapat pemerhatian Dr. Xavier ke atas Plaintif 2 yang dalam keadaan ‘hesitation’ semasa menjawab soalan ‘PHQ on suicidal ideation’ membawa kepada penemuannya bahawa Plaintif 2 ‘did not have any significant symptoms of a Depressive Disorder’. [20] Hasil penemuan Dr. Xavier pada pendapat Mahkamah ini, perlu diperhalusi kerana ia bukanlah sama sekali merumuskan tiada penemuan ‘symptoms of depressive disorder’ kerana terdapat catitan mengenai ‘hesitation on suicidal ideation’ di pihak Plaintif 2 berdasarkan pemerhatian Dr. Xavier sendiri dan ini membawa kepada rumusan ‘did not have any significant symptoms’ dan bukannya ‘did not have any symptoms or signs at all’ lebih-lebih lagi tiada pertanyaan diajukan kepada Plaintif 2 kenapa ‘hesitation’ berlaku. [21] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Mahkamah bicara kenapa Hakim bicara merasakan Plaintif 2 masih layak untuk menuntut ubatan dan rawatan ini meskipun penemuan awal oleh Jabatan Psikiatri dan Mental HSA melalui laporan Dr. Norhashim bertarikh 16.8.2020 mendapati hasil pemeriksaan pada 15.7.2020 merumuskan tiada ‘suicidal ideation’ namun menemui berlakunya ‘mood swing’ dan terdapat Page 20 of 24 ‘behavioural consequences’ dengan diagnosis ’mild traumatic brain injury, apathy and some symptoms of major depressive disorder…’. [22] Berhubung rawatan bagi (w) physiotherapy, (x) ‘pain and suffering for 2 surgeries’, (y) ‘pain and suffering for 5 surgeries’ dan (z) ‘knee brace’, Mahkamah ini merujuk kepada laporan Dr. Peraba bertarikh 10.6.2020 yang mendapati antaranya ‘present complaints’ ‘occasional pains over the left arm, right thigh and knee. The pains are aggravated by cold weather and after prolonged standing and walking…walks with a mild limp’. Ini pastinya diakibatkan oleh ‘puncture wound over right knee’. [23] Dr. Peraba membuat dapatan hasil pemeriksaannya melalui ‘Drawer’s test of the right knee is negative’ dan hasilnya ‘there is no instability of the right knee joint’. Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan x-ray pada Bahagian lutut ini telah dirumuskan oleh Dr. Peraba sebagai ‘no significant osteoarthritic changes seen’. [24] Hakim bicara dalam membenarkan tuntutan atas kecederaan ini bergantung kepada laporan oleh Dr. Yoga bertarikh 23.6.2020 yang menemui ‘osteoarthritis of her right knee’ kerana mendapati Plaintif 2 mengalami kesulitan seperti berikut: • Difficulty walking long distances. • Difficulty lifting heavy objects. • Pain while climbing stairs. • Pain over the right thigh at night. • Lower back pain. Page 21 of 24 [25] Ini disokong oleh laporan Dr. Yoga selanjutnya bertarikh 9.12.2020 yang menerangkan penemuan Dr. Xavier ‘no significant osteoarthritic changes seen’ sebagaimana yang dicatit pada analisa gambar x-ray bukan membawa maksud tiadanya ‘osteoarthritis at all’ tetapi ‘there is some osteoarthritis’. Ini, pada pandangan Dr. Yoga ‘will only get worse in the future’. Rumusan Dr. Xavier dan Dr. Yoga membawa kepada cadangan rawatan ‘knee brace’ sebagaimana laporan ‘Orthotic Assessment Report’ bertarikh 13.7.2021. [26] Analisa Mahkamah ini seterusnya mendapati ‘physiotheraphy’ dicadangkan sebagai perlu menurut laporan Dr. Peraba sendiri meskipun dapatan Dr. Peraba ialah ‘she does not require supervised physiotherapy’ atas pandangan beliau ‘the wasting of the right quadriceps and calf muscles should further improve with time and as she goes about doing her daily activities’. Hakim bicara membenarkan tuntutan ini pada kiraan 1/3 dari jumlah yang dituntut dan Mahkamah ini berpendapat ia adalah jumlah yang munasabah dan rawatan yang tidak dinafikan, masih perlu. Bagi tuntutan ‘loss of earnings’, ‘loss of future earnings’, ‘pre-trial care’, ‘loss of housekeeping services’, ‘cost of motorcycle repair’ yang dihujahkan Perayu sebagai melampau dan sepatutnya tiada award diberi kerana gagal dibuktikan kesahihan pekerjaan/kos/tiada saksi [27] Bagi tuntutan ‘loss of housekeeping services, Hakim bicara telah membenarkannya tanpa kiraan faedah tapi dengan formula 1/3 sahaja dibenarkan mengambil kira usia jangka hayat Plaintif 2 sehingga 76 tahun. Dapatan ini dibuat hasil pemeriksaan Plaintif 2 dan majikannya iaitu SP2 yang menunjukkan Plaintif 2 masih belum boleh bekerja kerana Page 22 of 24 pekerjaanya sebagai pembantu kedai makan memerlukan banyak pergerakan termasuk berjalan dan berdiri serta anggota tangan. [28] Oleh itu, tuntutan ini dibenarkan oleh Hakim bicara sebagai munasabah pada kiraan jumlah RM500.00 sebulan bagi tuntutan ‘actual loss of earnings’ bermula dari tarikh kemalangan sehingga tarikh keputusan. Mahkamah ini berpendapat kiraan pada RM500.00 adalah munasabah mengambil kira polisi kerajaan sekarang yang mensyaratkan gaji minima RM1,500.00 sebulan bagi pembantu rumah. [29] Bagi tuntutan ‘future loss of earnings’, Mahkamah ini berpendapat keputusan ini disokong oleh hasil pemeriksaan Dr. Peraba sendiri yang meskipun mendapati ‘she is a right-hander’ telah merumuskan ‘she is able to use her left hand for her daily necessities’ dan menyimpulkan ‘the patient can return to work’. Mahkamah bicara pula membenarkan tuntutan ini dengan kiraan berdasarkan formula menurut peruntukan seksyen 28A Akta Undang-Undang Sivil 1956. [30] Mahkamah ini berpendapat untuk seorang yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, dengan pergerakan yang amat terhad menggunakan hanya tangan kanan dengan tangan kiri yang ‘boleh’ atau perkataan yang digunakan Dr. Peraba ialah ‘able’ terhad kepada keperluan ‘daily necessities’, Mahkamah ini bersetuju dengan keputusan Hakim bicara gantirugi ini wajar diberikan kerana penggunaan perkataan ‘choice of words used’ oleh Dr. Peraba seperti ‘able’ dan ‘daily necessities’ dari sudut ‘medical terminology’ bermaksud ‘boleh atau sesuai digunakan tetapi dalam keadaan yang terhad’ iaitu untuk tujuan ‘daily necessities’. Page 23 of 24 [31] Medical terminology ini telahpun sebelum ini diulas oleh Mahkamah ini di para 25 penghakiman ini apabila membincangkan penggunaan perkataan ‘significant’ dalam dapatan saksi pakar Defendan Dr. Xavier. Malahan, keterangan Plaintif 1 SP3 turut menyokong versi Plaintif 2 bahawa SP3 yang telah menjaganya selama tempoh setahun dan Hakim bicara membuat dapatan penting bahawa versi ini tidak dicabar oleh pihak Defendan. [32] Bagi tuntutan lain seperti kerosakan dan pembaikan motorsikal, ia telah dibuktikan oleh eksibit gambar dan resit daripada kedai membaiki. Tiada apa-apa cabaran dibuat atas kedua-dua eksibit ini sehingga membawa kepada Hakim bicara untuk tidak mempercayai kesahihannya dan alasan Perayu bahawa tiada saksi dipanggil untuk membuktikannya hanya membawa kepada perbicaraan yang berpanjangan. [33] Atas alasan ini, Mahkamah ini memutuskan tiada apa-apa dapatan Hakim bicara yang ‘plainly wrong’ yang mewajarkan intervensi Mahkamah ini yang mendengar di peringkat rayuan. Sebagaimana yang telahpun diulas di peringkat awal penghakiman ini, bagi kecederaan dan gantirugi lain, Hakim bicara telah merujuk kepada panduan-panduan yang ada dari segi Revised Compendium, nas kes dan hasil pemeriksaan oleh saksi-saksi awam dan saksi pakar perubatan dalam mencapai keputusannya. Oleh itu, rayuan ini ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. -Signed- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 31 Januari 2024 Page 24 of 24 KAUNSEL Bagi pihak Perayu/ Defendan: Nur Dalilah binti Darmawi Tetuan Othman Hashim & Co Peguambela & Peguamcara Suite LP-08 & LP-09, LP Floor, Menara TJB Johor Bahru Johor Darul Takzim Bagi pihak Responden/Plaintif: Teo Han Ley Tetuan Teo & Associates Peguambela & Peguamcara Wisma S K Teo No. 84 & 86, Jalan Padi 1