(iii) The accused person had trespassed with the intention to commit crime.” 21) Berdasarkan peruntukan dan nas undang-undang tersebut, elemen-elemen dalam pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: i) Pengadu (SP2) mendiami rumah kediaman tersebut bertempat di alamat tempat kejadian; ii) Rumah tersebut digunakan sebagai tempat kediaman manusia; iii) Tertuduh telah memasuki rumah tersebut dengan cara yang menyalahi undang-undang; dan iv) Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat untuk melakukan sesuatu kesalahan. Intipati Pertama: Pengadu (SP2) mendiami rumah kediaman tersebut bertempat di alamat tempat kejadian 22) Dalam mempertimbangkan intipati pertama, mahkamah mempertimbangkan keterangan SP1, SP2 & SP4 serta hujahan yang dikemukakan. Tiada pertikaian bahawa tempat kejadian merupakan bilik yang didiami oleh SP2 bersama suami (di bilik no.4) manakala anaknya SP1 tinggal di bilik kediaman satu lagi (di bilik no.3). Kedua-dua bilik kediaman ini disambungkan dengan pintu tengah. Tempat kejadian merupakan sebuah madrasah yang juga S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg merupakan tempat kediaman bagi SP1, SP2 dan SP4 kerana SP4 merupakan pengasas/pengetua madrasah tersebut. 23) Berdasarkan faktor tersebut, intipati pertama telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Intipati Kedua: Rumah tersebut digunakan sebagai tempat kediaman manusia 24) Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini tempat kejadian merupakan tempat kediaman bagi SP1, SP2 dan SP4. SP6 juga turut mengesahkan bahawa tempat kejadian bagi pengadu di dalam kes ini. 25) Mahkamah ini tidak berhasrat untuk membincangkan intipati kedua ini lebih lanjut memandangkan tiada isu berbangkit bagi faktor tersebut. Intipati Ketiga: Tertuduh telah memasuki rumah tersebut dengan cara yang menyalahi undang-undang 26) Mahkamah kemudiannya meneliti intipati seterusnya di mana pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh telah masuk ke dalam bilik tersebut dengan cara yang menyalahi undang-undang. 27) SP1 menyatakan bahawa pintu dan tingkap telah ditutup sebelum mereka keluar untuk menyertai program di madrasah pada hari tersebut. Semasa program sedang berlangsung SP1 telah pulang ke bilik dan ternampak kelibat Tertuduh di dalam bilik tersebut lalu nampak Tertuduh lari keluar melalui tingkap. Terkejut dengan kejadian tersebut, SP1 memberitahu bapanya SP4. S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg 28) Mahkamah ini merujuk kes PP lwn Mohd Fauzi Abu Bakar [2024] CLJU 1705, telah diputuskan bahawa; “Berkenaan isu pengecaman Responden di tempat kejadian, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Mahkamah Majistret bahawa berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, pengecaman Responden adalah meragukan. Majistret yang bijaksana telah menghuraikan mengapa beliau membuat dapatan tersebut dan pada pendapat Mahkamah ini, dapatan tersebut adalah suatu yang berasas. Ini kerana SP1 hanya dapat melihat penceroboh untuk tempoh 5 saat, dalam keadaan gelap yang hanya bercahayakan lampu dari telefon bimbit SP1 dan cahaya dari lampu bilik ayah SP1. Di samping itu, jarak antara SP1 dan penceroboh juga adalah lebih kurang 4 meter dan dalam keadaan penceroboh memakai gogal. SP1 menyatakan beliau ingat rupa bentuk fizikal penceroboh tersebut tetapi tiada dalam keterangan SP1 menjelaskan apakah rupa bentuk fizikal penceroboh yang SP1 kenal pasti dan ingat. Adalah juga meragukan bahawa SP1 menyatakan beliau ingat rupa bentuk fizikal penceroboh walaupun dalam keadaan gelap dan dengan keadaan penceroboh memakai godal sedangkan semasa soal balas, SP1 tidak ingat pakaian yang dipakai oleh penceroboh tersebut pada malam kejadian. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada kekhilafan dalam dapatan Mahkamah Majistret mengenai pengecaman Responden oleh SP1 di tempat kejadian yang didapati meragukan.” 29) Berdasarkan siasatan SP6, pengecaman Tertuduh hanya berasaskan keterangan SP1. Pihak pembelaan turut membangkitkan bahawa pengecaman yang dibuat adalah tidak selamat kerana SP1 hanya nampak kelibat dan mengecam Tertuduh dengan hanya berpandukan warna kulit. 30) Turut juga ditimbulkan beberapa percanggahan dan persoalan berkenaan pengecaman Tertuduh sebagai penceroboh pada hari berkenaan. S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg Mahkamah berpendapat adalah tidak selamat untuk mengaitkan Tertuduh dengan penceroboh yang dikatakan SP1. Terdapat banyak keraguan yang timbul dan telah menimbulkan lebih dari satu inferens yang mana memberikan manfaat kepada Tertuduh. 31) Selain itu, pada hari kejadian, bukan sahaja penduduk di madrasah sahaja yang berada di madsrasah namun turut dihadiri oleh jemputan luar ekoran program yang diadakan di madrasah. Keadaan pada hari kejadian juga menimbulkan kesangsian tentang individu sebenar yang dilihat oleh SP1. 32) SP1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa pengecaman terhadap Tertuduh berdasarkan warna kulit dan ketinggian. Sepanjang memberikan keterangan SP1 tidak menyatakan dengan jelas atau tegas bahawa memang nampak Tertuduh secara fizikal dan berdepan. SP1 menyatakan bahawa nampak kelibat Tertuduh. Keterangan yang diberikan telah menimbulkan kekeliruan dan keraguan dalam mengesahkan penceroboh sebenar. 33) Fakta di mana hanya SP1 sahaja yang nampak kejadian tersebut tidak dapat disokong dengan mana-mana keterangan memandangkan SP2 dan SP4 hanya berpandukan penceritaan SP1 sahaja. Laporan Kimia pula tidak dapat mengaitkan Tertuduh dengan kesan yang dijumpai di tempat kejadian. 34) Berdasarkan keterangan SP6 mengesahkan bahawa Tertuduh merupakan salah seorang tenaga pengajar di madrasah tersebut. Pihak pendakwaan mengaitkan Tertuduh dengan kesalahan yang dituduh berdasarkan faktor tersebut. 35) Berdasarkan faktor tersebut, adalah tidak selamat untuk mengaitkan Tertuduh dengan pencerobohan yang dilaporkan sekaligus intipati ketiga tidak dipenuhi oleh pihak pendakwaan. S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg Intipati Keempat: Tertuduh melakukan sedemikian dengan niat untuk melakukan sesuatu kesalahan 36) Bagi kesalahan pencerobohan jenayah, pihak pendakwaan seterusnya perlu membuktikan bahawa kemasukan ke premis berlaku dengan niat untuk melakukan sebarang jenayah seperti mengugut, menghina, menggangu atau mencuri dan niat jenayah mestilah wujud semasa kemasukan tersebut. 37) Bagi intipati ini, mahkamah tidak akan membincangkan dengan lanjut kerana tiada kepastian bahawa Tertuduh merupakan individu yang melakukan pencerobohan jenayah. 38) Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa Tertuduh adalah individu yang dilihat oleh SP1. F. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN Pengecaman Pencerobohan oleh SP1 39) Prinsip penting dalam pengecaman adalah amaran saksi boleh tersilap dalam pengecaman seorang Tertuduh walaupun keterangan mereka meyakinkan. Kualiti pengecaman sangat bergantung kepada keupayaan saksi mata termasuklah fakta seperti jarak saksi mata dengan Tertuduh, keadaan cahaya, kehadiran orang ramai di tempat kejadian dan berapa cepat kejadian berlaku. 40) Merujuk kes yang diputuskan oleh Raja Azlan Shah (ketika itu) di dalam kes KS Roberts v. Public Prosecutor [1970] CLJU 44 mengatakan (dengan izin): S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg “Identification is a fact or circumstances which must be proved against an accused person before it can be relied upon and used against him. A fact or circumstances is held to be proved only when it fulfills the definition of the word “proved” given in section 3 of the Evidence Ordinance”. 41) Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP lwn Ayas Ahmadullah & Yang Lain dan Kes Yang Lain [2019] CLJU 2287 memutuskan bahawa; “Ke arah itu adalah mustahak bahawa apabila kes bergantung kepada identifikasi/pengecaman Tertuduh-tertuduh, Mahkamah perlu menggunapakai pronsip-prinsip atau arahan-arahan di dalam kes Regina v. Turnbull [1976] ALL ER 54 atau dipanggil Turn Direction yang mana telah digunapakai oleh Mahkamah di Malaysia. Mahkamah ingin memetik 2 prinsip utama di dalam kes tersebut sepertimana disusun semula oleh Penulis Andrew and Hirst (muka surat 338 – 339). Daripada prinsip-prinsip yang dinyatakan, adalah jelas bahawa penekanan diberikan kepada kualiti sesuatu pengecaman itu yang mana banyak bergantung kepada keupayaan saksi mata tersebut. Apa pun perlu ditekankan di sini bahawa hakikatnya kesilapan pengecaman sentiasa boleh berlaku seperti maxim “a mistaken witness can be a convincing one and that a number of such witnesses can all be mistaken”. 42) Berdasarkan prinsip di atas menunjukkan dalam kes pencerobohan, pengecaman boleh diragui jika saksi hanya melihat penceroboh dalam tempoh yang singkat, dalam keadaan gelap dengan cahaya terhad dan pada jarak tertentu. Merujuk keterangan SP1 menyatakan beliau hanya nampak kelibat dan keadaan berlaku dalam tempoh singkat. Dan pengecaman terhadap Tertuduh hanya disebabkan Tertuduh mempunyai bentuk fizikal dan warna kulit yang sama dengan individu yang dilihat pada hari kejadian. 43) Bagi membolehkan Tertuduh disabitkan, mangsa harus secara positif mengenal pasti identiti dan peranan Tertuduh. percanggahan keterangan S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg sokongan akan menjejaskan pembuktian kes pendakwaan. Memandangkan keterangan SP1 berkenaan pengecaman Tertuduh adalah lemah, mahkamah perlu mencari keterangan lain yang menyokong ketepatan pengecaman. Tanpa keterangan sokongan, sabitan yang bergantung pada keterangan pengecaman yang lemah adalah tidak selamat. 44) Merujuk kes semula kes PP lwn Mohd Fauzi Abu Bakar [2024] CLJU 1705, yang memutuskan bahawa; “Berkenaan isu pengecaman ini, Mahkamah ini telah meneliti dan menilai keseluruhan Rekod Rayuan dan berpendapat bahawa pengecaman penceroboh tersebut adalah suatu perkara utama yang perlu dibuktikan. Ini kerana penceroboh tersebut adalah suatu perkara utama yang perlu dibuktikan. Ini kerana penceroboh tersebut tidak ditangkap semasa kejadian tetapi ditangkap berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada SP1 semata-mata. Tiada dalam keterangan menunjukkan bahawa abang, bapa ataupun ibu SP1 telah melihat atau mengecam siapa penceroboh tersebut. Tiada bukti saintifik seperti pengesanan cap jari mahupun pengesanan DNA telah dibuat. Juga tiada sebarang peralatan seperti gogal atau pakaian yang berkaitan dirampas yang boleh menyokong keterangan tentang identity penceroboh tersebut. Dalam hal ini keterangan mengenai pengecaman penceroboh tersebut adalah bergantung semata-mata kepada pengecaman dan keterangan SP1 sahaja. Dalam hal keadaan di mana kawad cam yang telah dijalankan juga meragukan dan tidak mematuhi prosedur, maka pengecaman Responden di kendang salah (dock) semasa perbicaraan juga menjadi satu pengecaman yang meragukan dan tidak memuaskan. Tambahan pula, fakta kes ini adalah menepati Turnbull Guideline yang melibatkan pengecaman seseorang yang dikatakan ‘fleeting glimpse’, yang memerlukan keterangan sokongan. Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan keseluruhan fakta kes, tiada keterangan sokongan yang S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg kredibel telah dikemukakan semasa perbicaraan bagi menyokong pengecaman SP1 terhadap SP1.” 45) Berdasarkan faktor tersebut, mahkamah berpendapat keterangan SP1 sahaja berkenaan pengecaman Tertuduh pada masa kejadian adalah tidak selamat dan kes pihak pendakwaan adalah lemah. Keterangan Saksi-saksi Material 46) Jika kualiti keterangan pengecaman Tertuduh adalah lemah, mahkamah perlu mencari keterangan lain untuk menyokong ketepatan pengecaman. Tanpa keterangan sokongan, sabitan yang bergantung pada keterangan pengecaman yang lemah adalah tidak selamat. 47) Sesuatu pengecaman terhadap Tertuduh yang dibuat oleh mangsa harus disokong oleh keterangan lain. Kegagalan mengemukakan keterangan sokongan, sabitan yang bergantung pada keterangan pengecaman yang lemah adalah tidak selamat. 48) Mahkamah ini juga merujuk kes PP v. Al Haziq Zharif Abd Zaffar & Satu Lagi [2019] CLJU 1195, di mana diputuskan bahawa sesuatu pengecaman terhadap tertuduh-tertuduh yang dibuat oleh mangsa-mangsa harus disokong oleh keterangan yang lain. Kegagalan mengemukakan keterangan sokongan yang lain akan menjejaskan pembuktian kes pendakwaan.” 49) Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini SP2 & SP4 tidak berada di tempat kejadian pada masa pencerobohan berlaku. Individu yang melakukan penceroboh hanya diketahui melalui penceritaan SP1. S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg 50) Selanjutnya, tiada juga bukti yang menunjukkan terdapat kesan cap jari atau DNA Tertuduh di tempat kejadian. Laporan Kimia telah dirujuk namun gagal menunjukkan sebarang indikasi atau bukti yang positif. Kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan keterangan sokongan yang lain telah menjejaskan pembuktian kes pihak pendakwaan. 51) Ekoran dari itu, mahkamah berpendapat terdapat lebih dari satu inferen yang mana ‘benefit of doubt’ (dengan izin) harus diberikan kepada Tertuduh. Tiada keterangan atau bukti yang jitu dalam membuktikan bahawa Tertuduh adalah individu yang dilihat oleh SP1 melakukan pencerobohan tersebut. Siasatan Pegawai Penyiasat Tidak Lengkap 52) SP6 merupakan Pegawai Penyiasat di dalam kes ini iaitu bagi kesalahan di bawah seksyen 448 Kanun Keseksaan dan SP6 yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berkenaan kesalahan yang dipertuduhkan. 53) Perihal pentingnya pegawai penyiasat menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci dan mengumpul kesemua keterangan serta mengelakkan kelompangan dalam kes pendakwaan telah ditekankan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Bunga Jalong v. PP [2015] 5 CLJ 893 yang menyatakan (dengan izin); "The duty of the investigators is to investigate the facts and to collect all the evidence. The police as investigators are public officers. Their concern must be to investigate the facts without fear or favour, so that all wrongdoers may be brought to justice. The completed investigation, compiled in the investigation papers is referred to the Public Prosecutor if an offence is disclosed. A completed investigation is one that includes investigation of the defences that emerged from the investigation. This includes such gaps or weaknesses emerging from the statements of witnesses and of defences from S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg the statement of the accused person. Such investigations may eliminate the gaps or weaknesses, and provide substance to be tested against defences when raised. This is important as it ensures that if charges are to be preferred, there are no gaps or weak links in the prosecution case in the way of a successful prosecution." 54) Merujuk juga kepada kes Deepanraj a/l Subramaniam lwn Timbalan Pendakwaraya [2016] 1 MLJ 413, YA Balia Yusof, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut (dengan izin): “The failure of the police to carry out proper investigation has deprived not only the prosecution but also the defence of the best and must important evidence to resolve the case. Learned counsel further submitted the failure to do so means, there was withholding or suppression of evidence favourable to the defence and thus the s.114(g) presumption ought to be invoked. We were also reminded of the passage from the judgment of the Federal Court in Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137 which states: “The accused cannot be penalized for lack of ingenuity in police investigation depriving him of the time honoured benefir of doubt.” 55) Mahkamah juga merujuk kepada siasatan pegawai penyiasat dan berdasarkan keterangan SP6 terdapat beberapa siasatan lanjut yang gagal dibuat oleh pegawai penyiasat untuk mengaitkan Tertuduh dengan pencerobohan jenayah di tempat kejadian. Siasatan SP6 hanya berpandungkan penceritaan dan keterangan dari SP1 sahaja. Lain-lain keterangan SP2 dan SP4 disandarkan berdasarkan keterangan SP1. Saksi-saksi yang diambil keterangan tidak dapat mengaitkan satu dengan yang lain berkenaan fakta yang timbul. 56) Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat banyak kelompongan yang timbul yang memungkinkan inferen yang lain terhadap Tertuduh. Perkara-perkara tersebut dan siasatan lanjutan gagal dibuat S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg sepenuhnya oleh pegawai penyiasat. Kemungkinan yang timbul yang memberikan faedah kepada Tertuduh telah gagal dirungkai sepenuhnya oleh pegawai penyiasat. 57) Selanjutnya, pengecaman Tertuduh di tempat kejadian juga tidak dapat dirungkaikan sepenuhnya bagi membuktikan pertuduhan ke atas Tertuduh kerana bukan Tertuduh sahaja yang hadir program pada hari tersebut. Dan Tertuduh dikenalpasti hanya berdasarkan warna kulit dan bentuk fizikal yang berkemungkinan dimiliki juga oleh tetamu yang hadir di madrasah tersebut pada hari kejadian. terdapat banyak kemungkinan yang munasabah tidak dapat dirungkaikan semasa siasatan dijalankan. 58) SP6 sebagai pegawai penyiasat seharusnya menjalankan siasatan penuh dan mengemukakan keterangan yang lebih terperinci tanpa sebarang keraguan yang timbul berkenaan kaitan Tertuduh dengan keterangan berkaitan fakta kes dan kejadian sebenar juga kaitan dengan lain-lain individu gagal dibuat siasatan lanjut. 59) Keterangan SP6 sendiri menunjukkan bahawa siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat tidak menyeluruh dan tidak lengkap. Ianya telah melemahkan kes pihak pendakwaan dan (dengan izin) ‘benefit of doubt’ perlu diberikan kepada Tertuduh. G. DAPATAN MAHKAMAH 60) Atas alasan-alasan tersebut dan setelah membuat pertimbangan secara maksima keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa kes prima facie tidak dapat dibuktikan sekiranya terdapat lompang dalam kes pihak pendakwaan. S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg 61) Begitu juga sekiranya kes pihak pendakwaan membenarkan lebih daripada satu inferen selain menjurus kepada kebersalahan tertuduh-tertuduh maka prima facie gagal dibuktikan. Kes pendakwaan juga gagal mencapai tahap pembuktian kes prima facie dengan terdapat keraguan dalam kes pendakwaan itu sendiri. 62) Berlandaskan seksyen 173(f)(ii) KPJ yang mana diperuntukkan seperti berikut: “Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwa tidak membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.” 63) Oleh itu, berdasarkan pertimbangan tersebut, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh di atas pertuduhan di bawah seksyen 448 Kanun Keseksaan. 64) Dengan ini, Tertuduh, Muhammad Hanif bin Abdullah, dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. DISEDIAKAN PADA 4 DISEMBER 2025; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS S/N tLkmwhZbu06YTi0mINy7lg