Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SEREMBAN DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MALAYSIA KES JENAYAH NO: NA-83-1301-07/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MUHAMMAD IRFAN AFZANI BIN MOHD NOOR (NO. KP: 980429055327) ALASAN PENGHAKIMAN
NA-83-1301-07/2023
Magistrates Court of Malaysia20 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“14. Dalam mempertimbangkan bentuk hukuman yang diputuskan ke atas OKT, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958 pada perenggan 5 hingga perenggan 7 yang dengan jelas menyatakan seperti berikut: “Jurisprudence relating to sentence [5] It”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SEREMBAN DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MALAYSIA KES JENAYAH NO: NA-83-1301-07/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MUHAMMAD IRFAN AFZANI BIN MOHD NOOR (NO. KP: 980429055327) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Orang Kena Tuduh (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) telah dituduh di bawah subseksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 (Disemak - 1975) [Akta 155] di hadapan Puan Nurul Saqinah binti Rosli pada 11 Julai 2023 dan telah mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan pindaan pertama kali dibacakan dan OKT telah memohon untuk dibicarakan.
2
Perbicaraan ke atas OKT telah dimulakan pada 18 Disember 2024 dengan keterangan daripada SP1 iaitu L/Kpl 207632 Muhamad Nasri Azmi Bin Rosli yang merupakan jurugambar bagi kes ini.
3
Walau bagaimanapun, setelah seorang saksi pendakwaan memberikan keterangan, OKT telah mengaku bersalah setelah pertuduhan pindaan tersebut dibacakan semula ke atas OKT pada 20 Februari 2025.
4
Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT yang faham sifat dan akibat pengakuan tersebut dan telah menjatuhkan hukuman ke atas OKT dengan memberikan suatu bon berkelakuan baik seperti di bawah subseksyen 294(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
5
Susulan keputusan yang dijatuhkan itu, pihak pendakwaan telah memfailkan Notis Rayuan berhubung dengan keputusan tersebut dan Alasan Penghakiman ini disediakan atas rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini ke atas OKT.
6
OKT telah dipertuduhkan di bawah subseksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 (Disemak - 1975) [Akta 155] seperti berikut: “Bahawa kamu, pada 05/07/2023 jam lebih kurang 6.35 petang, bertempat di premis bernama Pusat Urut Station One Traditional Massage, No. 90, Jalan Haruan 5/4, Pusat Komersil Oakland, 70300 di dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan didapati telah mengambil kerja satu (1) perempuan warganegara Thailand iaitu Miss Punyanuch Raksapakdee (No. Passport: AC3472207, 29 tahun) yang tidak memiliki suatu pas atau permit yang sah, dengan yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.”
7
Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan di bawah subseksyen 55B(1) Akta 155 pula adalah seperti berikut: “Denda tidak kurang sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari dua belas bulan atau kedua-duanya sekali bagi tiap seorang yang diambil bekerja.”
8
Fakta kes yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan diakui oleh OKT adalah seperti yang berikut: a) Pengadu merupakan pegawai polis dari cawangan D7 Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan telah membuat serbuan pada 5 Julai 2023 jam lebih kurang 1835 hours bertempat di Station One Traditional Massage, No. 90, Jalan Haruan 5/4 Pusat Komersil, Oakland 70300 Seremban. b) Hasil pemeriksaan bersama pasukan mendapati premis tersebut dengan dipandu arah oleh B1, pengadu bersama anggota telah membuat pemeriksaan lanjut di dalam premis berkenaan. c) Hasil pemeriksaan di dalam bilik tirai nombor satu mendapati terdapat satu orang perempuan warganegara Thailand bersama agent provocateur D/L/Kpl 191227 Jong Joon Sen dan pemeriksaan di dalam bilik tirai nombor dua mendapati terdapat seorang perempuan warganegara Indonesia bersama agent provocateur D/L/Kpl 191382 Lee Chin Gee. Manakala pemeriksaan di bilik tidur tingkat atas menjumpai lapan orang perempuan warga asing yang lain. d) Hasil siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh B1 telah menggajikan seorang warga asing tanpa permit yang sah.
9
Selanjutnya, pihak pendakwaan telah mengemukakan ekshibit-ekshibit berkaitan dan ditandakan seperti berikut: EKSHIBIT TANDAAN Fakta Kes P1 Repot Polis Seremban/005799/23 P2 Borang Bongkaran P3 Borang Serah Menyerah Barang Kes P4 Gambar Tempat Kejadian P5 Gambar Barang Kes P6 Sijil Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia P7 Gambar passport pekerja
10
Kesemua ekshibit-ekshibit P1 hingga P8 tersebut telah dikemukakan kepada OKT dan diakui benar.
11
OKT melalui peguam belanya telah memohon kepada Mahkamah untuk suatu hukuman berbentuk bon berkelakuan baik seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen 294(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dengan faktor-faktor mitigasi secara bertulis dan lisan seperti berikut:
a
Pihak pembelaan menghujahkan bahawa OKT telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang ditahan reman dan ketika kes ini berjalan di Mahkamah. OKT mengakui akan kesalahan yang dilakukan dan berasa insaf dan kesal dengan perbuatan tersebut;
b
kesalahan OKT di bawah subseksyen 55B(1) Akta 155 ini bukanlah terjumlah kepada suatu kesalahan berat (non-serious offence);
c
OKT merupakan penanggung tunggal bagi keluarganya dan sekiranya OKT dikenakan hukuman pemenjaraan, OKT akan kehilangan sumber pendapatan untuk menyara ahli keluarganya; dan
d
pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa dan kos mahkamah. HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN
12
Pihak pendakwaan telah memohon kepada mahkamah untuk suatu hukuman asal seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 55B(1) Akta 155 untuk dijatuhkan ke atas OKT.
13
Setelah mempertimbangkan hujahan mitigasi secara bertulis dan lisan daripada pihak pembelaan dan hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah ini telah memerintahkan untuk OKT dilepaskan dengan bon berkelakuan baik bagi tempoh dua tahun dengan jaminan berjumlah RM 5,000.00 dengan cagaran seorang penjamin seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 294(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. ALASAN PENGHAKIMAN
14
Dalam mempertimbangkan bentuk hukuman yang diputuskan ke atas OKT, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958 pada perenggan 5 hingga perenggan 7 yang dengan jelas menyatakan seperti berikut: “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
d
the offender’s previous record;
e
the offender’s contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
l
status of the accused;
m
whether there was violence during the crime;
n
public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court. In addition, if the accused is a young offender or below the age of 21 years, special consideration may have to be taken into account or probation report need to be considered, etc. [7] It is important to note that the court has to consider various sentencing principle not only to the nature of the crime but also to each criminal and his antecedent and ultimately decide whether to be lenient or severe…”
15
Dalam mempertimbangkan hujahan peringanan hukuman oleh pihak pembelaan, Mahkamah merujuk kepada kes Raja Izzuddin Shah v Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270 yang menyatakan seperti berikut: “No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.” KEWAJARAN HUKUMAN BON BERKELAKUAN BAIK DI BAWAH SEKSYEN 294 KANUN TATACARA JENAYAH [AKTA 593]
16
Mahkamah ini berpandangan konsep pemulihan (rehabilitation) adalah menjadi antara teras pertimbangan utama bagi Mahkamah mewajarkan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik di bawah subseksyen 294(1) Akta 593 untuk diberikan ke atas OKT.
17
Seperti yang dinyatakan di dalam kes Public Prosecutor v Mohammad Zulhiznie bin Zaini [2021] 12 MLJ 780 – “Rehabilitation as the main purpose of sentencing was rightly applied by the magistrate in this case, after consideration of the facts and circumstances presented upon determining the sentence imposed on the respondent.”
18
Mahkamah ini tidak menafikan bahawa suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Imigresen dengan mengambil kerja warga asing yang tidak memiliki pas yang sah seperti di dalam pertuduhan adalah satu kesalahan yang boleh mendatangkan bahaya kepada negara dengan lambakan kehadiran warga asing tanpa izin.
19
Walau bagaimanapun, dengan mempertimbangkan latar belakang OKT, adalah wajar untuk satu peluang kedua diberikan kepada OKT untuk menjadi manusia yang lebih baik tanpa perlu untuk suatu hukuman pemenjaraan dikenakan ke atas OKT.
20
Mahkamah ini juga ingin merujuk kepada satu kes iaitu Nor Afizal bin Azizan v Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 171 yang mana menyatakan seperti berikut – “At this juncture, we would like to clarify the misconception on the applicability of s 294 of the CPC. We would like to point out that the orders made under s 294 of the CPC do not exonerate the person of the offence that he had committed. The person is infact convicted of the offence and the conviction will be recorded and will form part of the person’s criminal record and will remain there for the rest of that person’s life. The effect of such an order was clearly spelled out in the case of Jayanathan v Public Prosecutor [1973] 2 MLJ 68; [1973] 1 LNS 56, wherein Ong Hock Sim FJ held that: this section vests the court before which a person is convicted with power to suspend sentence for such period as the court may direct, and, if the offender behaves himself during such period, he would escape punishment for his offence. If he fails to observe the conditions of his bond, he would be liable to be apprehended and dealt with for his original offence.””
21
Berdasarkan kepada nas kes di atas, adalah jelas dinyatakan bahawa OKT masih boleh dikenakan hukuman berat seperti di bawah subseksyen 55B (1) Akta 155 sekiranya OKT melanggar syarat jaminan yang ditetapkan.
22
Setelah mempertimbangkan keseluruhan hujahan peringanan hukuman oleh pihak pembelaan, Mahkamah ini berpandangan adalah wajar untuk satu keringanan hukuman diberikan kepada OKT sebagai satu peluang untuk OKT dan dalam masa yang sama, ia juga boleh menjadi satu pengajaran ke atas OKT agar tidak mengulangi kesilapan ini pada masa akan datang.
23
Berpandukan kepada hujahan peringanan hukuman daripada pihak pembelaan dan hujahan pemberatan hukuman daripada pihak pendakwaan serta berpandukan kepada prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman tersebut yang dijatuhkan ke atas OKT adalah wajar, sesuai dan memadai. Bertarikh pada 26 Mei 2025 t.t NURUL SAQINAH BINTI ROSLI Majistret Mahkamah Majistret Jenayah 1 Kompleks Mahkamah Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.