Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B53KJ-7-04/2023 ANTARA MUHAMMAD IRSYAD SYAMIL BIN ABDUL AZIZ NO. K/P: 970225-11-5229 …PLAINTIF
TA-B53KJ-7-04/2023
Sessions Court of Malaysia23 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“that he will some time at the end of his working life lose his job or get a less paid employment because of the effect of the injuries sustained. (See Denning MR in Cook v Consolidated Fisheries Ltd [1977] ICR 635 at page 639) ... " Counsel will therefore submit that "it is clear that if the plaintiff cannot go back to”
“107. Dalam kes Khairul Sham Ahmad & Anor v. Yesudass Michaelsamy [2003] CLJU 689; [2003] 1 LNS 689, Hakim Faiza Haji Tamby Chik telah menyatakan sebagaimana berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37 “As a matt”
“berhujah RM 8,000 adalah munasabah untuk dua pembedahan membuang implan pada olecranon dan pada femur. Satu kes terdahulu telah dirujuk iaitu Wan Widad Aufa Wan Halim v. Venu Sivasamy dan yang lain [2018] PILRU 140 di mana Mahkamah memberi award sebanyak RM 5,000 untuk kecederaan ini. **Note : Serial number will be use”
“ang kanak-kank bawah umur dan menuntut melalui bapa dan sahabat wakilnya,Plaintif Kedua) & Anor v Nurhalina binti Abdul Ghani serta kes Ahmad Faiz Zhafri bin Mohammad v Raja a/I Vijaya Kumaran & Anor [2024] MLRHU 2795 di mana Mahkamah dalam kedua-dua kes tersebut telah memberikan sejumlah RM 5000 untuk “scars”.”
“erikan untuk kecederaan. Pihak peguam cara Defendan telah merujuk kepada empat kes terdahulu yang berkaitan iaitu yang pertama, kes Koogeleswaran Soundarajan lwn. Norzarina Rosian & satu rayuan lain [2025] MLRHU 1214. Dalam kes ini Mahkamah tinggi mengekalkan awad Mahkamah sesyen untuk “fracture midshaft of left femur””
“160. Di dalam kes Devarajan Kunasekaran V. Leon Ngim Chong & Anor [2025] MLRHU 548, Mahkamah menyatakan seperti berikut; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 56 “[41] This Court finds that the Plaintiff's claim for RM3”
“47. Bagi kepatahan talus, pihak Defendan telah merujuk kepada kes Mohd Sabri Harun lwn. Lum Hui Yen [2025] PILRU 27 di mana Mahkamah mengawadkan RM15,000 untuk “fracture talus”.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B53KJ-7-04/2023 ANTARA MUHAMMAD IRSYAD SYAMIL BIN ABDUL AZIZ NO. K/P: 970225-11-5229 …PLAINTIF
1
AWANG NIZAM BIN JUSOH
2
ERDA MARIANI BINTI RUNI NO K/P: 891125-11-5402 …DEFENDAN-DEFENDAN
1
Ini merupakan rayuan pihak Plaintif terhadap keputusan yang diberikan pada 23.10.2025 untuk kuantum sahaja.
2
Tindakan yang dibangkitkan oleh Plaintif terhadap Defendan akibat daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 21.07.2020 di antara motosikal no.TBP6789 dan “backhoe” no.WYK6142 pada jam lebih kurang pukul 8.30 pagi di jalan hadapan stesen minyak Petron Kubang Ikan.
3
Plaintif merupakan pemandu motosikal no.TBP6789
4
Pihak Defendan Pertama merupakan pemandu “backhoe” no. WYK 6142 pada waktu material manakala Defendan Kedua merupakan pemilik berdaftar “backhoe” tersebut.
5
Kemalangan dikatakan berlaku apabila Plaintif sedang menunggang Motosikal No. TBP 6789 dari rumah di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payung hendak ke tempat kerja di Chendering dan apabila sampai di Jalan Hadapan Stesen Minyak Petron, Kubang Ikan tiba-tiba sebuah “backhoe” no. WYK 6142 yang dipandu oleh Defendan Pertama telah keluar dari stesen minyak di sebelah kiri jalan dan membelok ke kanan jalan secara tiba-tiba tanpa berhenti dan tidak memberi sebarang isyarat, telah melintas dan menghalang laluan sah Plaintif dan menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan Plaintif di jalan tersebut.
6
Defendan Pertama telah memberi keterangan di mahkamah dan dalam laporan polisnya bahawa dia ada terlibat dengan suatu kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal Plaintif semasa keluar dari simpang stesen minyak Petron.
7
Defendan Pertama pada ketika itu memandu sebuah “backhoe” no. WYK 6142. Defendan tidak berperasaan yang motosikal berada di laluan utama semasa back hoe tersebut keluar dari simpang.
Preamble
Menurut Defendan Pertama, dia hanya nampak motosikal pada jarak 5 meter. Defendan Pertama juga bersetuju bahawa garisan tengah jalan merupakan garisan berkembar dan “backhoe” tidak dapat membelok di situ.
8
Perbicaraan telah dijalankan dengan tujuh orang saksi iaitu: a) SP1: Pegawai Penyiasat b) SP2: Nadzirah Binti Abdul Razak (Clinical Prosthetist & Orthotist) c) SP3: Nik Mohd Shahrizal Bin Mohd Shoki (Majikan) d) SP4: Dr. Shaifuzain Bin Ab Rahman (Pakar Orthopedik) e) SP5: Koperal Ramdzam Bin Mohd Noor (Jurugambar) f) SP6: Mohd Irsyad Syamil Bin Abdul Aziz (Plaintif) g) SD1: Awang Nizam Bin Jusoh (Defendan Pertama) h) SD2: Haider Ali Khan i) SD3: Dr Muhd Ruzaimi Bin Abd Razak
9
Dalam kes ini, setelah meneliti secara keseluruhan kes, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah telah memutuskan bahawa liabiliti ialah 100% terhadap pihak Defendan. Tiada sumbang cuai oleh pihak Plaintif.
10
Keputusan untuk kuantum pula (atas dasar 100% liabiliti) adalah sebagaimana berikut: Ganti rugi Am Closed fracture left midshaft femur (Winquist 1) - with disabilities RM 38,000. Closed fracture at right olecranon-with disabilities : RM28,000.00. Open fracture midshaft right tibia and fibula, infected wound right leg, closed fracture right lateral mel/oul/us and closed fracture right talus. Right below knee amputation: RM79,000.00. Cerebral Concussion: RM6,000.00 Left knee haematoma: RM3,000.00 Multiple scars: RM15,000.00 Muscle wasting: RM 5,000.00 Skin grafting: RM 20,000.00 Pain & Suffering: Pain and suffering for future surgery: RM 20,000.00 Pain & suffering for various operation before Amputation below knee : RM5,000 Loss of prospect of marriage: Ditolak Left vocal cord immobility secondary to extubation trauma: RM 3000 Ganti rugi Khas a) Kos dokumen-dokumen perlu: RM200 (Dibenarkan dalam kos tindakan) b) Perbelanjaan perubatan dan lain-lain di hospital, HUSM dan HSNZ: RM5,182.50 c) Kehilangan kerosakan pada barang-barang peribadi : RM200 d) Kos laporan perubatan hospital : RM120 (Dibenarkan dalam kos tindakan) e) Perbelanjaan perubatan persendirian/tradisional dan berterusan: Ditolak f) Kos implan: Ditolak g) Kos kerusi roda: Ditolak h) Kos pembedahan akan datang RM 5670 [1/3 x RM 17,000] RM 4585 [ 1/3 x RM 13,750] i) Kos rawatan susulan ke hospital: RM 500 j) Kos laporan pakar: RM 1000 k) Kos tongkat: ditolak l) Kos laporan adjuster: ditolak m) Kos membaiki motosikal no TBP 6789: Ditolak n) Susut nilai motosikal no TBP 6789: Ditolak o) Kehilangan kegunaan motosikal no TBP 6789 pada kadar RM50 sehari selama 20 hari: ditolak item (p) – (s) HSNZ: RM 3920 [RM 70 sehari x 56 hari] HUSM : 12,900 [RM 150 sehari x 86 hari] t) Kehilangan pendapatan sebenar: Dibenarkan daripada Ogos 2020 sehingga Jun 2024: RM 36, 800 [RM 800 x 46 bulan] u) Kehilangan pendapatan masa hadapan/ earning capacity : Ditolak v) Kos bagi kaki palsu RM1,000 setahun selama 5 tahun dan masih berterusan: Ditolak w) Kos fisioterapi: RM 1350 (dipersetujui) x) Kos bagi kaki palsu dan penyelenggaraan selama jangka hayat: RM 468,000 y) Kos ubat antibiotik RM500 seminggu selama 6 bulan: Ditolak
11
Mahkamah juga membenarkan kos mengikut skala serta faedah sebagaimana berikut: a) Faedah 5% setahun bagi ganti rugi am mulai tarikh penyerahan saman hingga tarikh penghakiman; b) Faedah 2.5% setahun bagi ganti rugi khas daripada tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman; c) Faedah 5% setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian.
12
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Plaintif telah memfailkan notis rayuan bertarikh 27.10.2025 merayu atas keputusan yang diberikan berhubung isu kuantum.
13
Mahkamah telah merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award ganti rugi, di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) V. Kerajaan Malaysia & Ors [ 2016] 2 CLJ 885 , YA Abdul Hamid Embong HMP dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:
1
It is trite that damages served as compensation, not a reward, less still a punishment. In assessing damages, the courts should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court could not descend into a domain of speculation. The evaluation of evidence which form the basis of any risk of future damage, must still be undertaken. The trial judge could only evaluate such evidence based on the recognized balance of probability standard, but with a lower degree of certainty as to the occurrence of such loss or damage in the future. Such a lower degree to be attached is best termed by the word 'possibility', 'chance', 'risk', 'danger' or 'likelihood', but regardless of the words used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative.
14
Seterusnya di dalam kes Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bt Bolhen & Anor [1994] 2 MLJ 497 Mahkamah menyatakan: "In considering the issue of quantum of damages, I bear in mind that an award must be fair which means that must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained.”
15
Manakala dalam kes Fletcher v Autocar and Transporter Ltd [1968] 1 ALL ER 726 pada muka surat, 750 Salmon LJ menyatakan: "The damages should be such that the ordinary sensible man would not instinctively regard them as either mean or extravagant, but to consider them to be sensible and fair."
16
Dalam menentukan isu kuantum, Mahkamah juga telah meneliti laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar dan hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi ganti rugi am kepada Plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian.
17
Mahkamah juga dalam membenarkan award bagi keseluruhan ganti rugi telah mengambil-kira kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi, kadar inflasi dan kedudukan nilai mata wang.
18
Terdapat beberapa laporan perubatan telah difailkan oleh pihak Plaintif dan juga Defendan iaitu: a) Laporan Perubatan (Orthopaedic) bertarikh 13.10.2020 dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu; b) Laporan Perubatan (Orthopaedic) bertarikh 5.4.2022 dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu; c) Laporan Perubatan (Orthopaedic) bertarikh 31.1.2021 dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian; d) Laporan Perubatan (Orthopaedic) bertarikh 29.8.2021 dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian; e) Laporan Pakar bertarikh 3.7.2022 dari Klinik Aiman, Kota Baharu; f) Laporan Prosthetic & Qoutation bertarikh 21.2.2023 dari Endolite (Asia) Sdn Bhd, Petaling Jaya g) Laporan Perubatan bertarikh 8.8.2023 dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu; h) Laporan Pakar Perubatan bertarikh 11.11.2023 oleh Dr Muhd Ruzaimi dari Klinik Azhar i) Laporan Ortotik/Sebut Harga bertarikh 11.11.2023 dari Lazacorp Holding Sdn Bhd.
19
Ganti rugi Am Plaintif berumur 25 tahun 5 bulan semasa berlakunya kemalangan tersebut. Berdasarkan laporan-laporan perubatan yang ada, Plaintif telah mengalami kecederaan berikut: a) Closed fracture left midshaft femur (Winquist 1) with disabilities. b) Closed fracture at right olecranon with disabilities. c) Open fracture midshaft right tibia and fibula, infected wound right leg, closed fracture right lateral melloullus and closed fracture right talus. Right below knee amputation. d) Cerebral Concussion e) Left knee haematoma f) Multiple scars g) Muscle wasting h) Skin grafting i) Pain & Suffering: i) -Pain and suffering for future surgery ii) -Pain & suffering for various operation before amputation below knee j) Loss of prospect of marriage k) Left vocal cord immobility secondary to extubation trauma Closed fracture left midshaft femur (Winquist 1) with disabilities.
20
Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan jumlah RM 50,000 sebagai satu jumlah yang munasabah kerana Plaintif telah mengalami kecederaan ke patahan tulang femur dengan kecacatan kekal dan terpaksa memakai kaki palsu.
21
Pihak peguam cara Plaintif telah merujuk kepada kes Koogeleswaran a/I Soundarajanv Norzarina binti Rosian & Anor &Anor [2023] 2 PIR [16], di mana Mahkamah mengawardkan RM30,000.00 untuk ke patahan tulang femur tanpa kecacatan dan RM50,000.00 untuk ke patahan tulang femur dengan kecacatan.
22
Pihak peguam cara Defendan pula mencadangkan sejumlah RM 28,000 sahaja diberikan untuk kecederaan. Pihak peguam cara Defendan telah merujuk kepada empat kes terdahulu yang berkaitan iaitu yang pertama, kes Koogeleswaran Soundarajan lwn. Norzarina Rosian & satu rayuan lain [2025] MLRHU 1214. Dalam kes ini Mahkamah tinggi mengekalkan awad Mahkamah sesyen untuk “fracture midshaft of left femur” sebanyak RM30,000.
23
Kes yang kedua yang dirujuk pula ialah Damodaran a/I Gunasekhran v Nor Azlan bin Tunggal & Anor: [2024] 2 PIR [7] di mana Mahkamah telah memberi awad sebanyak RM28,500 untuk “closed comminuted fracture midshaft of the femur”.
24
Rujukan juga telah dibuat pada kes Chiew Boon Chuan v Ku Mohamad Zahir bin Ku Mohamad Isa [2024] 1 PIR [24] dimana awad sebanyak RM28,000 telah diberikan untuk “closed fracture midshaft of the left femur”.
25
Kes yang terakhir ialah Windah Permatasari binti lmran & Anor v Law Chee Soon & Anor [2021] 2 PIR [48] di mana mahkamah telah memberikan awad sebanyak RM25,000 untuk “closed fracture midshaft of the right femur”.
26
Pihak Defendan juga telah merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) (Compendium 2018) di mana jumlah yang dicadangkan adalah antara RM 21,500 hingga
27
Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti yang dikemukakan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi item ini adalah sebanyak RM 38,000. Jumlah ini masih lagi dalam lingkungan yang dicadangkan oleh Compendium 2018. Pada masa yang sama, Mahkamah berpendapat bahawa jumlah yang dicadangkan oleh pihak peguam cara Plaintif iaitu RM 50,000 adalah terlalu tinggi.
28
Closed fracture at right olecranon Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan jumlah RM 28,000 sebagai satu jumlah yang munasabah kerana Plaintif telah mengalami kecederaan “fracture of elecranon” dengan kecacatan kekal.
29
Pihak peguam cara Plaintif telah merujuk kepada dua kes iaitu kes yang pertama Koogeleswarana/I Soundarajan v Norzarina binti Rosian & Anor & Anor[2023] 2 PIR [16] di mana mahkamah telah mengawardkan RM 28,000 untuk “open fracture of olecranaon with disabilities”.
30
Kes kedua ialah Wong Zhen uan v lnai TransportCo Sdn Bhd [2022] 1 PIR [18] dimana mahkamah mengawardkan RM 25,000 untuk “fracture of olecranaon with disabilities”.
31
Pihak peguam cara Defendan pula mencadangkan sejumlah RM 15,000 memandangkan Jawatankuasa Compendium 2018 telah mengesyorkan sejumlah RM12,000.00 sehingga RM30,000.00 untuk “closed fracture at right olecranon”.
32
Rujukan telah dibuat pada kes Mohammad Fahmi bin Mohd Isa v Mohd Nazri bin Mohamed Nawawi & Anor [2022] 1 PIR [3] di mana mahkamah telah memberi RM16,000 untuk “closed fracture at right olecranon”.
33
Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti yang dikemukakan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi item ini adalah sebanyak RM 25,000. Jumlah ini masih lagi dalam lingkungan yang dicadangkan oleh Compendium 2018 Open fracture midshaft right tibia and fibula, infected wound right leg, closed fracture right lateral melloulus and closed fracture right talus. Right below knee amputation
34
Pihak peguam cara Plaintif menghujahkan bahawa sejumlah RM 79,000 merupakan award yang wajar diberikan kepada Plaintif.
35
Pihak peguam cara Plaintif telah merujuk kepada dua kes iaitu kes yang pertama Muhamad Azraan bin Mazlan v Tan Thong Hock[2022] 1 PIR [6] di mana Mahkamah mengawardkan RM75,000.00 untuk “below knee amputation”.
36
Kes kedua ialah Mohamad Sabri bin Azami v Mohd Fahrudin bin Ishak & Anor [2020] 2 PIR [28] Mahkamah mengawardkan RM75,000.00 untuk “below knee amputation”.
37
Pihak peguam cara Defendan pada awalnya telah menghujahkan secara berasingan bagi item ini. Pihak peguam cara Defendan mencadangkan sejumlah RM 70,000 bagi “below knee amputation”.
38
Pihak peguam cara Defendan telah merujuk Compendium 2018 di mana jawatankuasa mencadangkan antara RM 66,500 sehingga RM 79,000 bagi “amputation of leg”.
39
Rujukan juga dibuat pada kes Subbaiyammah alp Kanna Naidu (plaintif menuntut sebagai ibu yang sah dan orang tanggungan dan juga sebagai wakil peribadi harta pusaka kepada Wong Jun Cheng, si mati) v Wong Kian Wooi & Anor [2023] 2 PIR [481] – “Amputation of the right below knee with vascular injury of the right lower limb (Note: The plaintiff as a result suffers from limitation of the right knee movement, inability to walk, stand, squat down, run, jog, sit cross-legged, jump, climb stairs, perform prayers and carry heavy objects, unsightly scars and 3cm muscle wasting in the right thigh)” - RM70,000.00.
40
Mahkamah dalam kes Muhammad Saiful Suffian bin Zulkafli v Mohamed Razif bin Hashim & Anor [2020] 2 PIR [17] juga memberikan ganti rugi sejumlah RM 70,000 bagi “below knee amputation of the right leg (resulting from Gustillo Anderson Grade 3C open fracture distal 3rd of the right tibia and fibula with total cut of the dorsalis pedis artery and tibialis anterior tendon) (Note: The plaintiff suffers from phantom pain and stiffness of the area of the leg that had been amputated”)
41
Bagi kecederaan Closed fracture midshaft right tibia and fibula, complicated with infected wound, pihak peguam cara Defendan berhujah bahawa award yang minimal sahaja diberikan untuk “pain and suffering” kerana kaki plaintif telah di amputate.
42
Tambahan pula terdapat beberapa ke patahan di kaki yang sama. Oleh itu adalah wajar semasa menentukan award, hendaklah diambil kira tolakan bagi pertindihan (overlapping). Defendan hujahkan 1/3 dari “low range” yang digariskan oleh compendium iaitu sebanyak RM7,000.00. Ini kerana Compendium 2018 telah mencadangkan sejumlah RM 21, 500 sehingga RM 42,000 untuk tibia dan fibula.
43
Pihak Peguam cara Defendan juga telah merujuk kepada dua kes yang melibatkan kepatahan tibia dan fibula. Kes pertama Mohamad Shazwan bin Ibrahim v Ahmad lsyam bin Jaafar & Anor [2025] 1 PIR [56] di mana Mahkamah telah memberikan sejumlah RM 25,000 bagi closed comminuted fracture midshaft of the right tibia and fibula - RM25,000.00
44
Bagi kes kedua iaitu Lee Pek Wai (wakil diri kepada harta pusaka si mati Lee Koy@ Lee Yee Cheong yang membawa tindakan ini bagi pihak estate si mati di bawak seksyen 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956) v Sunny Heng & Anor [2023] 1 PIR [4] di mana sejumlah RM 22,000 bagi “closed fracture midshaft of the left tibia and fibula”.
45
Bagi kecederaan “closed fracture right lateral malleolus”, pihak Defendan juga menghujahkan perkara yang sama di mana award minima iaitu sebanyak RM 5000 sahaja diberikan yakni 1/3 daripada cadangan minimum Compendium 2018 sepatutnya diberikan memandangkan bahagian tersebut telah dipotong.
46
Compendium 2018 telah mencadangkan sejumlah di antara RM 14,500 sehingga RM 26, 500 bagi kecederaan medial/lateral melleoli.
47
Bagi kepatahan talus, pihak Defendan telah merujuk kepada kes Mohd Sabri Harun lwn. Lum Hui Yen [2025] PILRU 27 di mana Mahkamah mengawadkan RM15,000 untuk “fracture talus”.
48
Pihak Defendan mengulangi hujahan yang sama bahawa award minima sahaja sepatutnya diberikan memandangkan kaki plaintif telah di amputate.
49
Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti yang dikemukakan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi item ini adalah sebanyak RM 79,000 sebagaimana yang dihujahkan oleh Plaintif. Mahkamah berpendapat pihak Defendan telah memberikan cadangan yang agak tinggi dengan mengambil kira kecederaan secara berasingan tetapi memohon untuk membuat tolakan kerana melibatkan kecederaan pada kaki yang sama.
50
Mahkamah mengambil kira hujahan Plaintif kerana pada pendapat Mahkamah, Plaintif telah mengalami kecederaan yang berterusan sebelum bahagian tersebut dipotong. Oleh yang demikian, Plaintif telah menjalani rawatan yang pelbagai tetapi akhirnya tidak memberi kesan yang memuaskan di mana terdapatnya jangkitan yang menyebabkan kaki tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.
51
Pada masa yang sama, peguam cara pihak Defendan dalam hujahan balasnya telah bersetuju dengan hujahan peguam cara pihak Plaintif bahawa kecederaan “open fracture mid shaft right tibia and fibula,infected wound right leg, closed fracture right lateral malleolus and closed fracture right talus, Right below knee amputation” dihujahkan sekali gus dengan award sebanyak
52
Oleh yang demikian sejumlah RM 79,000 diberikan bagi kecederaan-kecederaan yang dinyatakan dalam item ini.
53
Celebral concussion Pihak peguam cara Plaintif mencadangkan sejumlah RM 6,000 untuk kecederaan ini berdasarkan jumlah yang dicadangkan oleh Compendium 2018 di mana memandangkan jawatankuasa telah mengesyorkan sejumlah RM6,000.00 bagi kecederaan ini.
54
Pada masa yang sama, pihak peguam cara Plaintif telah merujuk pada kes Wong Zhen Uan v lnai Transport Co Sdn Bhd [2022] 1 PIR [18] di mana mahkamah telah mengawardkan RM 6,000 untuk kecederaan “celebral concussion”.
55
Pihak peguam cara Defendan juga mencadangkan sejumlah nilai yang sama iaitu RM 6,000 berdasarkan cadangan daripada Compendium 2018.
56
Memandangkan kedua-dua belah pihak Plaintif dan Defendan telah mencadangkan jumlah yang sama, Mahkamah telah membenarkan sejumlah RM 6000 sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Compendium 2018.
57
Left Knee Haematoma Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM 3,000 bagi kecederaan ini dengan merujuk pada kes Wong Zhen Uan v lnai Transport Co Sdn Bhd [2022] 1 PIR [18] di mana mahkamah telah mengawardkan RM 3,000 untuk “haematoma”.
58
Pihak peguam cara Defendan pula mencadangkan sejumlah RM 2,500 sudah memadai diberikan bagi kecederaan ini.
59
Kes Md Nazri bin Abu Bakar v Saranah binti Abdullah [2024] 2 PIR [45] telah dirujuk di mana Mahkamah telah mengawardkan RM 2,500 untuk “haematoma over the right gluteal region and haematoma over the lateral thigh”.
60
Mahkamah bersetuju dengan hujahan yang diberikan oleh pihak Plaintif iaitu sejumlah RM 3,000. Compendium 2018 telah mencadangkan antara jumlah RM 1200 hingga RM 2500 bagi kecederaan “hematoma/contusion”. Kenaikan RM 500 tidaklah terlalu tinggi bagi kes yang diputuskan pada tahun 2025 ini berbanding cadangan Compendium pada tahun 2018.
61
Multiple scars Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM 15,000 bagi kecederaan ini dengan merujuk pada lima kes terdahulu yang berkaitan.
62
Kes yang pertama ialah Koogeleswaran a/I Soundarajan v Norzarina binti Rosian & Anor & Anor [2023] 2 PIR [16] di mana mahkamah mengawardkan RM 15,000 untuk “multiple scars”.
63
Kes kedua dan ketiga iaitu kes Mohd Redza bin Hassaan v Anih Berhad [2023] 2 PIR [23] dan kes Nurul Hasrina binti Adnan v Azizul bin Ismail [2-24] 1 PIR [50] mahkamah juga telah mengawardkan RM 15,000 “multiple scarring”.
64
Manakala, berdasarkan kes Wong Zhen Uan v lnai Transport Co Sdn Bhd [2022] 1 PIR [18] dan kes Chong Jia Ming v Abdul Khalik bin Yusof & Anor [2024] 2 PIR [1] mahkamah telah mengawardkan RM 10,000 untuk “multiple scars” dan “extensive scarring”.
65
Peguam cara Defendan pula berhujah untuk kecederaan ini, nilai yang munasabah adalah sebanyak RM 5,000.
66
Dua kes terdahulu telah dirujuk iaitu Muhammad lrfan Iman bin Mohd Idris (seorang kanak-kank bawah umur dan menuntut melalui bapa dan sahabat wakilnya,Plaintif Kedua) & Anor v Nurhalina binti Abdul Ghani serta kes Ahmad Faiz Zhafri bin Mohammad v Raja a/I Vijaya Kumaran & Anor [2024] MLRHU 2795 di mana Mahkamah dalam kedua-dua kes tersebut telah memberikan sejumlah RM 5000 untuk “scars”.
67
Mahkamah berpendapat cadangan pihak peguam cara Defendan di mana sejumlah RM 5,000 bagi “multiple scars” adalah agak rendah dan sedikit. Mahkamah berpendapat walaupun parut tersebut telah sembuh tetapi kesan parut masih ada. Oleh itu ganti rugi berjumlah RM 15,000 dibenarkan sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak peguam cara Plaintif.
68
Muscle wasting Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM 5,000 sebagai satu jumlah awad yang munasabah dengan merujuk kepada kes Chong Jia Ming v Abdul Khalik bin Yusof & Anor [2024] 2 PIR [1] di mana mahkamah telah mengawardkan RM 5,000 untuk “muscle wasting”.
69
Pihak peguam cara Defendan pula berhujah bahawa RM 3,000 adalah memadai dengan merujuk kepada kes Mohammad Tarmizi bin Nordin & Anor v Yu Tack Hoe & Anor [2024] 2 PIR [46] di mana mahkamah telah mengawardkan RM 3,000 untuk “muscle wasting”
70
Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti yang dikemukakan oleh pihak Plaintif dan Defendan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi kecederaan ini adalah sebanyak RM 5,000. Ini berdasarkan jumlah maksimum yang dinyatakan dalam Compendium 2018 di mana jawatankuasa mencadangkan sejumlah antara RM 3000 sehingga RM 5000 untuk “muscle wasting.”
71
Skin grafting Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM 20,000 sebagai satu jumlah award yang munasabah dengan merujuk kepada kes Mohd Redza bin Hassaan v Anih Berhad [2023] 2 PIR [23] Mahkamah telah mengawardkan RM 20,000 untuk “split skin grafting over the proximal left leg and foot”.
72
Peguam cara pihak Defendan berhujah untuk “procedure skin graft”, sejumlah RM12,000 adalah munasabah dengan merujuk kepada Compendium 2018 yang mana menggariskan antara RM12,000 sehingga RM30,000.
73
Defendan juga merujuk kepada kes Jamilah Awang v. Mat Shah Mohamed dan satu laqi (2019) PILRU 6 dimana mahkamah mengawardkan RM 12,000 untuk “skin grafting”. Peguam cara Defendan berhujah lagi, bahawasanya award untuk “skin grafting” hendaklah tidak terlalu tinggi kerana di tempat yang sama juga diawardkan dengan parut-parut (scars).
74
Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti yang dikemukakan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi item ini adalah sebanyak RM 18,000. Ini disokong dengan laporan pakar Plaintif yang menyatakan sebagaimana berikut: “After discussion orthopeadic surgeon with plastic surgeon, the best option for this patient is vascularised fibular graft (can cater soft tissue as well as bone defect)”
75
Pain and suffering Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM 20,000 bagi kecederaan untuk pembedahan akan datang serta untuk pelbagai pembedahan yang telah dilakukan sebelum proses “amputation below knee”. Menurut laporan perubatan, pakar ortopedik telah mencadangkan pembedahan mengeluarkan implan untuk masa akan datang.
76
Pihak peguam cara Plaintif juga telah merujuk kepada kes Nurul Hasrina binti Adnan v Azizul bin Ismail [2-24] 1 PIR [50] di mana Mahkamah telah memberikan sejumlah RM20,000 untuk “pain and suffering during multiple surgeries undergone (global award)”.
77
Peguam cara Defendan berhujah RM 8,000 adalah munasabah untuk dua pembedahan membuang implan pada olecranon dan pada femur. Satu kes terdahulu telah dirujuk iaitu Wan Widad Aufa Wan Halim v. Venu Sivasamy dan yang lain [2018] PILRU 140 di mana Mahkamah memberi award sebanyak RM 5,000 untuk kecederaan ini.
78
Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti yang dikemukakan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi item “pain and suffering for future surgery” ialah RM 10,000 manakala untuk “pain and suffering for various operation before amputation below knee” adalah RM 5,000. Ini kerana Plaintif disarankan menjalani dua pembedahan mengeluarkan implan.
79
Mahkamah juga mengambil kira bahawa Plaintif telah menjalani pelbagai pembedahan sebelum bahagian kakinya dipotong. Oleh yang demikian, Mahkamah juga memberikan sedikit ganti rugi tambahan bagi kesakitan yang dialaminya di mana Plaintif terpaksa menghadapi pelbagai prosedur berkali-kali. Plaintif menjalani pembedahan untuk memotong bahagian kakinya pada 22.2.2022 dan bukannya sejurus selepas kemalangan.
80
Loss of prospect of marriage Peguam cara bagi pihak Plaintif berhujah bahawasanya Plaintif adalah seorang teruna yang masih muda di mana masih belum berkahwin dan jelas bahawa berdasarkan keterangan beliau sendiri menunjukkan bahawa 'siapa yang akan berkahwin dengan Plaintif berdasarkan kecacatan yang dialami oleh Plaintif'.
81
Maka jelas bahawa Plaintif akan mengalami masalah prospek untuk berkahwin pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu ganti rugi atas masa depan yang gelap atas ketidakbolehan untuk berkahwin perlulah diberikan dan jumlah yang adil dan munasabah ialah RM 20,000.
82
Pihak peguam cara Plaintif telah merujuk dua kes terdahulu. Kes pertama ialah Nursyahirah binti Fauzi v Mohamad Firdaus bin Ismail & Amor [2021] 2 PIR [17] di mana Mahkamah telah mengawardkan RM20,000.00 untuk “loss prospect of marriage”. Kes yang kedua ialah Nurul Hasrina binti Adnan v Azizul bin Ismail [2-24] 1 PIR [50] di mana Mahkamah telah memberikan sejumlah RM 8000 untuk “reduced prospect of marriage (without interest”).
83
Untuk “loss of prospect of marriage”, peguam cara pihak Defendan berhujah bahawanya tidak perlu diberi sebarang ganti rugi kerana Plaintif adalah seorang lelaki yang mana aspek rupa paras dan fizikal bukanlah perkara utama yang di ambi kira dan dititik beratkan, berlainan dengan wanita. Tambahan lagi , tiada kes duluan yang membenarkan award untuk kehilangan peluang berkahwin kepada seorang lelaki. Oleh itu peguam cara pihak Defendan berhujah tuntutan ini hendaklah ditolak.
84
Kes terdahulu telah dirujuk iaitu Kalaivanan Sundarajoo V. Poo Cheng Hock & Anor [2016] 1 LNS 1206 di mana Mahkamah telah menolak ganti rugi yang telah diminta oleh pihak Plaintif kerana ianya belum dapat dipastikan. Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: [26] Lastly as for the head of challenge by the Second Respondent for the loss of prospect of marriage, the learned sessions court judge disallowed it for the following reason in his grounds of judgment: "Peguam Plainitf berhuiah untuk jumlah RM20,000.00. Mahkamah menolaknya kerana ianya belum dapat dipastikan." [27] The Second Appellant was only 14 years of age at the time of the accident. There is no proof of a marriage proposal that was already made to her and withdrawn consequent to the road accident. The claim is thus speculative. ln Lee Eng Kiang (seorang budak yang mendakwa melalui ibu dan wakil litigasinya) v. Kumareshannath a/l Dorasamy & Anor [2015] 1 PIR [61], Nordin Hassan JC held as follows: "[38] HMS tidak memberi apa-apa award berkaitan perkara ini adalah dipersetujui. Tiada apa-apa asas untuk menunjukkan plaintif mempunyai prospek yang berkurangan untuk berkahwin. Kes Saniah & Ors v. Abdul Hamid & Ors [1967] 1 LNS 156 yang dirujuk oleh peguam plaintif boleh dibezakan. Dalam kes tersebut mangsa adalah seorang wanita yang telah cacat paras wajahnya dan diputuskan ini mengurangkan prospek mangsa untuk berkahwin. Perkara ini tidak seperti dalam kes plaintif. Oleh itu tiada award untuk item ini diberikan."
85
Dalam kes Khoo See Moi V. Tay Teik Chang [1970] 1 LNS 48 dinyatakan sebagaimana berikut: “Loss of marriage prospecfs: I think under this head past comparable cases cited deal mostly with females who would be deprived of their prospecfs of marriage due to facial and other injuries sustained. Thus, in Saniah & Ors. V. Abdul Hamid & Ors. [1967] I LNS 156 Maclntyre J awarded general damages assessed at $20,000, $15,000 and $18,500 respectively to the three female plaintiffs. No authority has been cited as regards loss of marriage prospects in the case of a male plaintiff. There are numerous instances where damages under the head of loss of amenities have been awarded for loss of consortium due to the injuries suffered by the wife and for impotency which is the outcome of injuries sustained by the plaintiff himself due to the negligence of the defendant. ln the present case, the plaintiff stated that he planned to marry by the age of 35 after he had furthered his education. He had no particular fiancée or girlfriend and was more anxious of improving his career. Although there may be a prospective loss of his marriage due to the injuries and change of character, I do not in the circumstances regard it as something calling for a specific award.”
86
Setelah diambil kira hujahan daripada pihak Plaintif dan pihak Defendan, mahkamah telah menolak sebarang tuntutan berkaitan kehilangan peluang berkahwin pada masa hadapan. Mahkamah berpendapat, perkara yang akan berlaku pada masa hadapan tidak dapat untuk diramal terlebih awal walaupun pihak Plaintif mengatakan bahawa 'tiada siapa yang akan berkahwin dengan Plaintif berdasarkan kecacatan yang dialami oleh Plaintif'.
87
Walaupun pihak Plaintif mengalami kecacatan kekal tetapi jika mempunyai keinginan untuk berkahwin, Plaintif masih mampu untuk mencari pendapatan untuk menyara pasangan. Itu merupakan pilihan Plaintif untuk berkahwin ataupun tidak. Tambahan pula, pihak Plaintif tidak mengemukakan sebarang laporan perubatan yang menunjukkan Plaintif telah hilang fungsi seksual yang tidak membolehkannya berkahwin atau mempunyai zuriat. Sehubungan dengan itu, Mahkamah telah menolak tuntutan pihak Plaintif bagi item ini.
88
Mahkamah berpendapat dakwaan Plaintif bahawa tiada orang akan berkahwin dengannya hanya satu perasaan rendah diri yang timbul daripada pihak Plaintif sendiri, tetapi sama ada Plaintif tidak dapat berkahwin masih lagi spekulatif kerana orang cacat atau OKU juga ada yang berkahwin dan mendapat jodoh.
89
Left vocal cord immobility secondary to extubation trauma Mahkamah telah merujuk laporan perubatan bertarikh 29.8.2021 daripada HUSM dan dinyatakan “ He also sustained left vocal cord immobility secondary to extubation trauma-managed by ORL team. Oleh sebab itu, Mahkamah juga telah memberikan sejumlah RM 3000 bagi ganti rugi ini.
90
Mahkamah tidak membenarkan sebarang potongan dibuat untuk pertindihan kerana pada pendapat Mahkamah kecederaan yang berlaku melibatkan tempat dan bahagian yang berlainan. Bagi kecederaan pada kaki kiri yang telah dipotong, Mahkamah telah memberikan ganti rugi global. Oleh sebab itu, tiada sebarang potongan wajar diberikan lagi.
91
Mahkamah merujuk pada kes Tan Teck Hing & Anor V. Lee Yong Kong & Anor [2003] 5 CLJ 400 di mana Hakim Low Hop Bing menyatakan sebagaimana berikut: "OVERLAPPING OF DAMAGES It was submitted that there was overlapping in the award by the trial judge in respect of the following injuries:
1
Head injury RM70,000
2
Loss of libido RM40,000
3
Loss of smell and taste RM20,000 The defendants argued that these injuries emanated from the same source ie, the head but that the learned trial judge did not take into account the element of overlapping. The point taken for the second plaintiff is that the second plaintiff has suffered injuries to different parts of the anatomy and so it was justifiable to break up the award to various categories before the process of overlapping could be applied. In my judgment, it is to be observed that there are merits in the submission for the second plaintiff and that the award of the learned trial judge for the aforesaid injuries by way of itemisation is not strictly prohibited as has been so clearly enunciated by the Privy Council in JAMIL BIN HARLIN V. YANG KAMSIAH [1984] 1 MLJ 217 that: "though no statutory requirement exists in Malaysia for the itemisation of damages in personal injury cases, the written Jaw certainly does not forbid or prevent differentiation in the period or rate of interest as appropriate between the different heads of Joss or damages suffered by a plaintiff. Nor does the written law forbid the courts to adopt the itemisation process in assessing damages. The courts in Malaysia are free to take their own course and the Federal Court was therefore not prevented by the written laws of Malaysia from using the itemisation process in the assessment of damages for personal injury.” The assessment of damages is essentially an exercise of discretion as has been shown in CHONG CHEE KHONG & ANOR V. NG YEOW HIN [1997] 4 CLJ Supp 17 HG. The individual quantum awarded above was fair and reasonable, for separate and distinct parts of the second plaintiff' anatomy in which case the element of overlapping does not arise here.”
92
Dalam kes Hamri Noorsae & Anor. V. Mas Robil Buang & Ors. [1995] 4 CLJ 589 Abdul Malik Bin Hj. Ishak J also held that there should be no overlapping where the injuries were to the ribs, clavicle and potts fracture. His Lordship said :- "It was argued strenuously that these awards were excessive and that there was an element of overlapping. On excessiveness, what is germane to consider is whether there was an erroneous estimate of the amount of damages awarded by the trial Court by an omission to consider relevant material or that it had considered irrelevant material. Towards this end, the appellants failed to prove that the trial Court had erred gravely (Tan Suan Yau v. Suhindrimani [1985) 2 MLJ 22 SC). In regard to overlapping, the injuries sustained by Kam related 'to different parts and functions of the body and it is my view that it is quite justifiable to itemise the injuries received by her separately. I am also satisfied that there was no question of overlapping or duplication and, consequently, no deductions ought to be made."
93
Ganti rugi Khas Mahkamah membenarkan Item (a) dalam penyata tuntutan iaitu kos bagi mendapatkan dokumen-dokumen perlu (repot, rajah kasar, gambar foto kemalangan) sebanyak RM 200 di bawah kos tindakan.
94
Mahkamah juga telah membenarkan kos laporan orthosis iaitu sejumlah RM 3000 kerana disokong dengan invois bayaran di muka surat 67 lkatan B telah ditandakan sebagai ekshibit P11 B.
95
Mahkamah juga telah membenarkan item (b) iaitu kos perbelanjaan perubatan di hospital, HUSM dan HSNZ sejumlah RM5,182.50 kerana disokong oleh dokumen-dokumen bil serta resit bayaran perbelanjaan perubatan di hospital HSNZ dan
96
Mahkamah telah membenarkan item (c) iaitu kerosakan pada barang-barang peribadi berjumlah RM 200 walaupun tiada resit dikemukakan. Mahkamah membenarkan sejumlah RM 200 walaupun tiada sebarang bukti atau resit difailkan ke Mahkamah.
97
Mahkamah mengambil “ judicial notice” di bawah seksyen 56 dan seksyen 57 Akta Keterangan 1950 bahawa pakaian Plaintif telah rosak apabila dilanggar oleh Defendan dalam kemalangan tersebut dan tidak boleh digunakan lagi.
98
Seksyen 56 dan seksyen 57 Akta Keterangan 1950 menyatakan sebagaimana berikut: Section 56. Fact judicially noticeable need not be proved. No fact of which the court will take judicial notice need be proved. Section 57. Facts of which court must take judicial notice. The court shall take judicial notice of the following facts:
j
the ordinary course of nature, natural and artificial divisions of time, the geographical divisions of the world, the meaning of Malay and English words, and public festivals, fasts and holidays notified in the Gazette or in any State
99
Plaintif juga telah memberi keterangan di Penyata Saksinya iaitu di soalan dan jawapan bahawa dia mengalami kerosakan pakaian yang bernilai RM200. Keterangan ini langsung tidak dicabar semasa pemeriksaan balas.
100
Mahkamah membenarkan item (d) iaitu kos laporan perubatan berjumlah RM 120. Ini berdasarkan resit bayaran untuk laporan perubatan di muka surat 28-29 lkatan B telah ditandakan sebagai ekshibit P2 (RM40 x 2 ) dan di muka surat 5 lkatan C telah ditandakan sebagai ekshibit P14 (RM40).
101
Mahkamah menolak item
e
perbelanjaan perubatan persendirian/tradisional dan berterusan, item (f) iaitu kos implan serta item (g) iaitu kos kerusi roda kerana pihak Plaintif tidak memberikan sebarang resit atau bukti bagi item-item ini. Pada masa yang sama, Plaintif juga tidak menghujahkan berkenaan item-item ini dalam hujahannya.
102
Bagi item (h) iaitu pembedahan akan datang, pihak Plaintif berhujah jumlah untuk RM 17,000 dan RM 13, 750 berdasarkan laporan perubatan pakar pihak Plaintif yang menyatakan bahawa: "The implant is seen intact with no sign of peri-prosthetic infection. Implant removal can be done which will costs about RM16,000.00 - RM18,000.00 at private hospital facility"
103
Laporan pakar juga menyatakan “implant removal at right olecranon” akan menelan belanja RM12,500.00 hingga RM15,000.00 di “private hospital”.
104
Doktor pakar Defendan telah menyatakan bahawa pembedahan membuang implan pada femur dan olecranon adalah serendah RM1,000 di hospital kerajaan. [Rujuk muka surat Ikatan 12, perenggan 7]. Menurut pihak Defendan, Plaintif hendaklah “mitigate his loss”.
105
Oleh sebab pembedahan memasukkan implan dibuat di hospital kerajaan, pembedahan untuk mengeluarkannya juga boleh dibuat di hospital yang sama. Tiada sebab untuk Plaintif memilih melakukannya di hospital swasta dengan harga yang lebih mahal. Pihak defendan telah menghujahkan sejumlah RM1,000 adalah munasabah .
106
Mahkamah telah membenarkan 1/3 daripada kos rawatan yang dicadangkan. Ini kerana Mahkamah berpendapat bahawa rawatan tersebut boleh dibuat di hospital kerajaan. Mahkamah merujuk kepada kes Heng Poh Keat & Anor v Aphissit Sae Wong [2001] 1 CLJ 836 di mana dalam kes ini prinsip yang dipakai adalah “where the plaintif had himself admitted to a private hospital (instead of a government hospital) without reasonable cause, he is entitled to claim only one third of the full medical expenses incurred at the private hospital”. Oleh yang demikian hanya 1/3 kos rawatan sahaja yang dibenarkan.
107
Dalam kes Khairul Sham Ahmad & Anor v. Yesudass Michaelsamy [2003] CLJU 689; [2003] 1 LNS 689, Hakim Faiza Haji Tamby Chik telah menyatakan sebagaimana berikut: “As a matter of interest I would like to say something about the one-third rule. This is widely known as the "one-third rule", wherein all the private hospital/medical bills will be reduced to one-third of the total amount incurred. This rule is said to have its origin in the Supreme Court case of Tang Sia Bak v. Mooi Kim Ming & Anor. (Rayuan Sivil Mahkamah Agung No. 249-87). This "one-third rule" has been widely accepted and adopted in numerous High Court cases. Cases which supported the aforesaid principle are Harcharan Singh Saudagar Singh v. Hassan Ariffin [1990] 2 CLJ. 393, Perganathan Karpay v. Choong Yuk Sang & Anor [1994] 1 CLJ. 622, Ng Aik Kian & Anor. v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ. Supp. 218 and Heng Poh Keat & Anor. v. Aphissit Sae Wong [2001] 1 CLJ. 836.”
108
Oleh yang demikian, memandangkan dua pembedahan implan perlu dibuat, Mahkamah hanya membenarkan sejumlah RM 5670 [1/3 x RM 17,000 bagi femur ] dan RM 4585 [1/3 x RM 13, 750 bagi olecranon].
109
Bagi item (i) iaitu kos rawatan susulan, Mahkamah membenarkan sejumlah RM 500. Mahkamah menerima hujahan pihak peguam cara Plaintif bahawa Plaintif telah memberi keterangan bahawa untuk rawatan susulan, Plaintif terpaksa dibawa oleh ahli keluarga ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan kos perbelanjaannya adalah lebih kurang RM50.00 sekali perjalanan.
110
Jika dilihat pada buku temu janji di muka surat 18-19 serta muka surat 36-38 Ikatan Dokumen Plaintif, jelas bahawa Plaintif menjalani rawatan lanjut selama 10 kali. Maka kos perjalanan adalah RM50.00 x 10 kali yang berjumlah kepada RM500.00.
111
Mahkamah juga telah membenarkan item (j) iaitu laporan pakar sejumlah RM 1000 berdasarkan resit dari Klinik Aiman yang telah ditandakan sebagai ekshibit P18.
112
Mahkamah telah menolak item (k) iaitu kos tongkat, item (l) iaitu kos laporan adjuster, item (m) iaitu kos membaiki motosikal no TBP 6789, item (n) iaitu susut nilai motosikal no TBP 6789 serta item (o) bagi kehilangan kegunaan motosikal no TBP 6789 pada kadar RM50 sehari selama 20 hari kerana Plaintif telah gagal memberikan sebarang bukti dokumen bagi item-item tersebut. Plaintif juga tidak berhujah untuk item-item tersebut dalam hujahan bertulis Plaintif.
113
Untuk item (p) sehingga (s) iaitu kos perjalanan keluarga ke hospital semasa Plaintif mendapatkan rawatan, Mahkamah telah membenarkan sejumlah RM 70 sehari bagi kos di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan sejumlah RM 150 sehari bagi kos ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan.
114
Plaintif memberi keterangan bahawa beliau menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada tarikh kejadian dan kemudian menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
115
Plaintif dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bermula dari 21.7.2020 sehingga 6.9.2020 dan kemudian pada 19.2.2022 sehingga 28.2.2022. Plaintif menerima rawatan di Hospital Universiti Sains di Kubang Kerian pada 8.9.2020 sehingga 8.10.2020 dan 28.02.2021 sehingga 18.04.2021.
116
Plaintif dijaga oleh ahli keluarga semasa di hospital. Pihak Plaintif menuntut RM 100 sehari untuk kos keluarga di HSNZ manakala RM 200 sehari untuk kos di HUSM di mana keseluruhannya berjumlah RM 22,800. Ini kerana Plaintif telah berada di HSNZ selama 56 hari dan di HUSM selama 86 hari.
117
Pihak Plaintif telah merujuk pada kes Mat Jusoh V Syarikat Jaya Seberang Takir Sdn Bhd [1982] 2 MLJ 71 yang telah memutuskan bahawa: "As to hospital travelling expenses, it is on record that the plaintiff was admitted to Kemaman Hospital and later to Kuantan General Hospital. He remained in hospital for five days until he was discharged on November 18, 1976 ..... Kijal and Kuantan are about 60 to & 70 miles apart. Although there is no evidence to show whether members of the family made trips to see him in hospital I assume that they must have done so, having regard to the custom and concern of the people in this country, particularly rural folks towards their sick relatives.".
118
Dalam kes Pang Ah Chee v Chong Kwee Sang [1985] 1 MLJ 153 Mahkamah Persekutuan telah membenarkan tuntutan ganti rugi khas untuk kos membaiki motosikal dan kos perbelanjaan pengebumian hanya berdasarkan keterangan bersumpah.
119
Pihak Defendan pula menghujahkan bahawa tuntutan bagi kos perjalanan keluarga ini sepatutnya ditolak. Ini kerana pihak Plaintif gagal buktikan seperti mana pliding. Dalam keterangan Plaintif semasa pemeriksaan utama, Plaintif tidak menyatakan berapakah kos perjalanan (travelling expenses). Sebaliknya Plaintif menyatakan keluarganya berbelanja untuk makan minum dan pampers.
120
Rujukan pada Penyata saksi Plaintif di PSP 6 adalah sebagaimana berikut: "..Keluarga saya yang meniaga saya semasa saya dirawat di wad dan kos makan dan minum serta perbelanjaan saya seperti membeli pampers ialah lebih kurang RM100 sehari semasa saya menerima rawatan di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu dan semasa menerima rawatan di Hospital Universiti
121
Sains Kubang Kerian, perbelanjaan yang di alami adalah lebih kurang RM200 sehari..." Pihak peguam cara Defendan berhujah bahawa oleh sebab tuntutan kos perjalanan ini merupakan ganti rugi khas dan hendaklah dibuktikan secara spesifik, pihak peguam cara Defendan berhujah bahawa pihak Plaintif telah gagal membuktikannya walaupun melalui keterangan Plaintif sendiri.
122
Mahkamah merujuk penyata tuntutan pihak Plaintif dan mendapati kos perjalanan ada diplidkan pada kadar RM 200 dan RM300 sehari iaitu jumlah yang lagi tinggi berbanding dengan hujahan pihak Plaintif.
123
Mahkamah membenarkan kos perjalanan keluarga ini memandangkan Mahkamah mengambil “judicial notice” bahawa pada kebiasaannya akan menemani pesakit di hospital. Ini telah pun diakui oleh pihak Plaintif sendiri. Namun begitu, isu yang perlu diputuskan ialah berapakah jumlah perbelanjaan keluarga untuk sehari? Keluarga Plaintif tinggal di Bukit Payung. Perjalanan ke HSNZ tidaklah begitu jauh berbanding dengan HUSM yang berada di Kelantan.
124
Kos yang terlibat, bukan sahaja kos kenderaan seperti minyak tetapi juga kos makan dan minum seharian di hospital. Oleh yang demikian Mahkamah berpendapat jumlah RM 70 sehari dan RM 150 sehari merupakan satu jumlah yang munasabah. Mahkamah memberikan kos makan minum sebanyak RM 50 sehari di hospital dan selebihnya adalah untuk kos minyak.
125
Pihak-pihak tidak mempertikaikan jumlah hari Plaintif di hospital. Oleh yang demikian, sejumlah RM 3920 [RM 70 x 56 hari ] dan RM 12,900 [RM 150 x 86 hari] di mana keseluruhannya berjumlah RM 16, 820 adalah dibenarkan.
126
Plaintif juga menuntut kehilangan pendapatan di item (t) dan (u) iaitu kehilangan pendapatan dan kehilangan pendapatan masa hadapan sebagai pencuci kereta pada kadar RM1,040.00 daripada tarikh kemalangan dan berterusan.
127
Majikan Plaintif iaitu Nik Mohd Shahrizal Bin Mohd Shoki (SP3) yang merupakan pemilik tunggal perniagaan “Shahrizal Car Wash” telah hadir ke Mahkamah dan mengesahkan bahawa Plaintif merupakan seorang pekerja di syarikat tersebut sebagai pencuci kereta semasa Plaintif terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21.7.2020.
128
Plaintif menerima pendapatan sebanyak RM 40 sehari. Plaintif menerima bayaran harian dan jumlah pendapatan Plaintif sebulan adalah sebanyak RM 1040 sebulan dan slip-slip gaji Plaintif telah ditandakan sebagai ekshibit P16.
129
Plaintif telah mendapat cuti sakit mulai 21.7.2020-8.9.2020 selama 50 hari dan kemudiannya selama 70 hari mulai 28.2.2021-
8
8.5.2021. Plaintif tidak dibayar gaji selepas Plaintif terlibat dalam kemalangan. Bagi bulan Julai 2020, Plaintif dibayar gaji untuk hanya 18 hari.
130
Selepas hari raya pada tahun 2024, Plaintif ada menghubungi SP3 dan meminta kebenaran untuk masuk semula bekerja. Namun begitu, Plaintif hanya mampu bekerja 2 hari.
131
Pihak peguam cara Plaintif menghujahkan bahawa gaji yang diterima oleh Plaintif dalam sebulan adalah RM1,000.00 hingga RM1,040.00 sebulan. Maka gaji purata Plaintif adalah RM1,020.00 sebulan. Selepas ditolak 'living expenses', purata gaji yang diterima oleh Plaintif adalah lebih kurang RM800.00 kerana perbelanjaan makan Plaintif sehari adalah RM4.00 hingga RM5.00 (perbelanjaan lebih kurang RM5 x 26 hari bekerja adalah RM130.00 sebulan) serta Plaintif tiada tabiat merokok dan hanya perbelanjaan duit minyak motosikal semasa kerja.
132
Pihak peguam cara Plaintif mencadangkan jumlah kehilangan pendapatan sebenar dari bulan Ogos 2020 sehingga bulan September 2025 yang berjumlah RM800 x 62 bulan ( 5 tahun 2 bulan) adalah sebanyak RM49,600.00.
133
Pihak peguam cara Defendan pula berhujah bahawa kehilangan pendapatan sebenar sepatutnya dikira pada tarikh cuti sakit sahaja iaitu selama 120 hari atau 4 bulan. Ini adalah kerana, berdasarkan keterangan majikan Plaintif ada dinyatakan bahawa Plaintif datang bekerja semula selepas kemalangan.
134
Rujukan di buat pada nota keterangan berikut: “AA : Jadi selepas dia kemalangan itu, tadi encik kata dia pernah datang cuba bekerja dengan encik. SHARIZAL: Betul, puan. AA : Jadi saya cadangkan dia boleh melakukan kerja-kerja yang diallocate kepada dia tu. Dia boleh buat, setuju? SHAHRIZAL: setuju, puan. AA : Ok. Dan selepas daripada itu, selepas dia mencuba, dia telah berhenti secara sukarela, setuju? SHAHRIZAL: setuju.”
135
Menurut pihak Defendan, pengiraan kehilangan pendapatan sebenar daripada tarikh kemalangan sehingga ke tarikh perbicaraan adalah satu pendekatan yang tidak adil kerana plaintif ada bekerja di antara masa tersebut dan Plaintif berhenti secara sukarela bukan kerana Plaintif tidak boleh bekerja. Sekiranya Plaintif masih belum boleh bekerja sudah tentu pihak hospital akan memberikan MC kepada Plaintif.
136
Pihak Defendan mencadangkan sejumlah RM 895 sebulan setelah ditolak sejumlah RM 145 sebagai “living expenses” dan mencadangkan sejumlah RM 3580 [RM 895 x 4 bulan) bagi item ini.
137
Mahkamah telah memberikan sejumlah ganti rugi sebanyak RM 36,000 bagi item ini. Mahkamah bersetuju bahawa Plaintif bekerja dan mempunyai pendapatan semasa kemalangan. Mahkamah menerima jumlah RM 800 sebagai pendapatan Plaintif sebulan sebagaimana cadangan pihak peguam cara Plaintif. Namun begitu, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif telah cuba untuk kembali bekerja tetapi telah berhenti secara sukarela. Plaintif tidak mengemukakan sebarang sijil cuti sakit yang membolehkan Mahkamah membuat penilaian lebih lanjut mengenai keadaan pihak Plaintif.
138
Mahkamah berpendapat Plaintif tidak berusaha mendapatkan pekerjaan selepas itu. Apabila Plaintif telah cuba untuk kembali bekerja di tempat lama, ini menunjukkan Plaintif telah bersedia untuk bekerja dan dia telah pun diterima di tempat lama tetapi Plaintif sendiri yang bertindak untuk berhenti sendiri dan bukannya diberhentikan oleh pihak Majikan.
139
Plaintif telah berputus asa dalam tempoh 2 hari sahaja sedangkan Plaintif perlu mengambil tempoh untuk menyesuaikan diri memandangkan Plaintif telah lama tidak bekerja. Tambahan pula Plaintif menggunakan kaki palsu. Sekiranya kaki palsu tersebut tidak digunakan secara maksimum, bagaimana Plaintif akan dapat menyesuaikan diri dengan kaki palsu yang ada.
140
Oleh yang demikian, Mahkamah hanya membenarkan tempoh kehilangan pendapatan sebenar bagi tempoh 46 bulan iaitu bermula daripada Ogos 2020 sehingga Jun 2024. Jumlah yang dibenarkan ialah RM 36, 800 [RM 800 x 46 bulan].
141
Bagi item (u) Plaintif dalam penyata tuntutannya menuntut kehilangan pendapatan masa hadapan. Namun begitu, dalam hujahan Plaintif, Plaintif memohon “loss of earning capacity” berjumlah RM 80,000.
142
Plaintif menyatakan pada bulan Jun 2023 dia ada menerima bantuan daripada pihak kebajikan hospital di mana beliau membayar separuh harga kaki palsu iaitu RM3,490.00 serta dibekalkan kaki palsu. Plaintif ada menggunakan kaki palsu tetapi kemudiannya menghadapi masalah penggunaan kaki palsu tersebut. Plaintif tidak dapat bergerak dengan selesa serta berasa sakit serta bengkak di bahagian di mana kaki dipotong.
143
Plaintif berasa susah menggunakan kaki palsu tersebut dan sekarang menggunakan tongkat sahaja. Plaintif telah cuba pergi bekerja di tempat cuci kereta yang lama tetapi tidak dapat bergerak dengan lancar di tempat yang basah serta pergerakan Plaintif terbantut. Kaki palsu tersebut tidak sesuai untuk Plaintif dan memerlukan kaki palsu yang sesuai untuk pergerakannya.
144
Berdasarkan keterangan pihak SP3, iaitu pihak majikan, pekerjaan Plaintif sebagai pencuci kereta merupakan satu kerja berat dan keadaan tempat kerja berair dan licin. Plaintif telah cuba kembali bekerja tetapi hanya bertahan dua hari sahaja dan menurut SP3, pekerjaan sebagai pencuci kereta tidak lagi sesuai akibat keterbatasan dan kecacatan yang dialami oleh Plaintif.
145
Peguam cara Plaintif berhujah bahawa Plaintif tidak dapat kembali melakukan kerja lasak dan terdapat risiko dalam pekerjaan pada masa hadapan. Ini disokong oleh laporan pakar Plaintif di muka surat 85 lkatan B di perenggan 5 telah menyatakan bahawa "In view of the current state of physical level (Post BKA), will significantly limit the patient's functional daily activities. It is unlikely that the patient will ever get to work at the snow car wash or other type of manual work”.
146
Laporan pakar Defendan pula di muka surat 12 lkatan E di perenggan 1 telah menyatakan bahawa “This patient cannot do heavy duty and sport activity that requires unrestricted use right lower limb annd right upper limb. He cannot resume his previous job at snow car wash”.
147
Plaintif merujuk kes Smith V Manchester Corporation [1974] 17 KIR 1 di mana Scarman LJ telah menyatakan sebagaimana berikut: "Loss of future earnings or future earning capacity is usually compounded of two elements. The first is when a victim of an accident finds that he or she can, as a result of the accident, no longer earn his or her pre-accident rate of earnings. In such a case there is an existing reduction in earning capacity, which can be calculated as an annual sum. It is then perfectly possible to form a view as lo the working life of the plaintiff and. taking the usual contingencies into account, to apply to that annual sum of Joss of earnings, a figure which is considered to be the appropriate number of years' purchase in order to reach a capital figure. The second element in this type of Joss is the weakening of the plaintiff's competitive position in the open labour market: that is to say, should the plaintiff lose her current employment, what are her chances of obtaining comparable employment in the open labour market? The evidence here is plain - that, in the event (which one hopes will never materialise) of her losing her employment which Manchester Corporation she, with a stiff shoulder and a disabled right arm, is going to have to compete in the domestic labour market with women who are physically fully able. This represents a serious weakening of her competitive position in the one market into which she can go to obtain employment. It is for that reason that it is quite wrong to describe this weakness as a 'possible' Joss of earning capacity: it is an existing loss: she is already weakened to that extent, though fortunately she·is protected for the time being against suffering any financial damage because she does not, at present, have to go into the labour market. It is clearly inappropriate, when assessing this element of loss, to attempt to calculate any annual sum or to apply to any annual sum so many years' purchase. The Court has to look at the weakness so to speak 'in the round', take a note of the various contingencies, and do its. best to reach an assessment which will do justice to the plaintiff... "
148
Dalam kes Ngooi Ku Siong & Anor V Aidi Abdullah [1985] 1 MLJ 30 di mana Syed Agil Barakbah FJ menyatakan sebagaimana berikut :- "Future loss of earnings or loss of prospective earnings are awarded for real assessable loss i.e. loss that is capable of assessment at the date of trial. It must be proved by evidence and not by mere speculation. In the absence of such evidence if the ourl is satisfied that the plaintiff has suffered loss of earnings capacity, he will be awarded a sum as parl of general damages for his disability suffered as a result of the injuries sustained instead of compensation for loss of future earnings. It arises where there is a residual risk that the plaintiff might be thrown out of work altogether at some future date. The risk must be real not speculative or fanciful."
149
Dalam kes Krishnan & Anor V Chow Wing Khuan [1987] 2 MLJ 691 Syed Agil Barakbah SCJ said at page 692 :- "The other dispute relates to future loss of earnings. The learned Judge awarded the sum of $62,300 according to the Annuity Table by allowing fifteen years' purchase basing on the age of the respondent being thirty-five at the date of the trial and accepting $500 as the average monthly earnings of the respondent. It was submitted that the learned Judge should have awarded to the respondent damages for loss of earning capacity instead of for future loss of earnings. The difference relating to the two heads is discussed in Ngooi Ku Siong v Aidi Abdullah [1985] 1 MLJ 30 by the Federal Court which applied the test in Moeliker v Reyrolle & Co Ltd [1977] 1 All ER 9, 33, 34. We would like to adopt this principle as quoted: "Loss of future earnings and loss of earning capacity distinguished ... Future loss of earnings or loss of prospective earnings are awarded for real assessable loss i.e. loss that is capable of assessment at the date of the trial. It must be proved by evidence and not by mere speculation. In the absence of such evidence if the court is satisfied that the plaintiff has suffered a loss of earning capacity, he will be awarded a sum as part of the general damages for his disability suffered as a result of the injuries sustained, instead of compensation for loss of future earnings. It arises where there is a residual risk that the plaintiff might be thrown out of work altogether at some future date. The risk must be real and not speculative or fanciful. Any loss of money is relevant, whether the money is properly described as "earnings" or not, provided that the money is more than a "mere possible contingency". Thus loss of possible contract as opposed to loss of probable contract is not recoverable. (See Kemp and Kemp on the Quantum of Damages, Volume 1, Fourth Edition on pages 122 and 123). Generally both items need not be specifically pleaded as in the case of special damages but averred in general terms in the pleadings ... " On page 34, "Loss of future earnings ... On the principle stated abov for loss of future earnings there must be evidence of a real and substantial loss which must not be remote and speculative ... " And on page 35, "Loss of earning capacity The learned judge followed the test applied in Moeliker v. A Reyrolle & Co. Ltd. which states that a claim for loss of earning capacity is only available when the plaintiff was in employment. The word "only" should be corrected and read as "generally" since the statement is erroneous. (See Browne LJ's later view in Cook v. Consolidated Fisheries Ltd.) It is therefore immaterial whether th_e plaintiff was in or out of employment at the time of the trial so long as the court is satisfied there is substantial or real risk that he will some time at the end of his working life lose his job or get a less paid employment because of the effect of the injuries sustained. (See Denning MR in Cook v Consolidated Fisheries Ltd [1977] ICR 635 at page 639) ... " Counsel will therefore submit that "it is clear that if the plaintiff cannot go back to his previous job or any other job, the proper award should be loss of future earnings. If he has gone back to work but is earning less and there is not real prospect that he will lose the job in the future, the proper award would be loss of future partial earnings. If he has gone back to his previous job, without loss of any earnings, but there is a real risk of his losing his job, which will place him in a weakened competitive position, then the award should be loss of earning capacity. Loss of future earning capacity is awarded for the loss arising out of the weakening of the pfaintif('s competitive position in the open·market if he loses his present job."
150
Pihak peguam cara Plaintif berhujah bahawa Plaintif seorang yang masih muda dan tidak dapat kembali melakukan kerja-kerja asal. Pihak Defendan juga tidak memberi sebarang cadangan pekerjaan yang boleh dilakukan oleh pihak Plaintif. Oleh yang demikian, Plaintif mempunyai risiko memperoleh pendapatan dan oleh itu pihak Plaintif menghujahkan bahawa ganti rugi bagi kehilangan keupayaan memperoleh pendapatan atau “loss of earning capacity” sebanyak RM80,000.00 adalah adil dan munasabah.
151
Pihak Defendan telah berhujah bahawa tuntutan Plaintif bagi kehilangan pendapatan masa hadapan sepatutnya ditolak memandangkan Plaintif masih boleh bekerja walaupun menggunakan kaki palsu. Keterangan SP3 menyatakan bahawa Plaintif boleh melakukan kerja yang diberikan kepadanya . Nota keterangan di para 134 di atas adalah dirujuk.
152
Mahkamah, setelah meneliti hujahan kedua-dua belah pihak telah menolak tuntutan Plaintif sama ada kehilangan pendapatan pada masa hadapan atau pun kehilangan keupayaan untuk memperoleh pendapatan.
153
Ini kerana Mahkamah telah memberikan ganti rugi bagi kaki palsu yang dituntut oleh pihak Plaintif.
154
Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif apabila dibekalkan dengan kaki palsu Plaintif sepatutnya boleh mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
155
Mahkamah melihat pada pekerjaan Plaintif terdahulu iaitu sebagai pencuci kereta dengan gaji RM 40 sehari. Jumlah gaji tersebut bukanlah satu jumlah yang tinggi di mana Mahkamah hanya membenarkan sejumlah RM 800 sebagai jumlah gaji yang boleh dituntut bagi kehilangan pendapatan.
156
Pada masa sekarang, bermula Februari 2025, gaji minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan ialah RM1,700.00, melebihi daripada pendapatan Plaintif sebelum kemalangan.
157
Plaintif telah berhenti secara sukarela selepas beberapa hari bekerja. Mahkamah berpendapat, itu merupakan pilihan Plaintif untuk tidak lagi bekerja selepas kemalangan. Tidak boleh bekerja serta tidak mahu bekerja merupakan dua perkara yang berbeza. Plaintif tidak lagi bekerja sebagai pencuci kereta tetapi apa usaha Plaintif untuk mendapatkan kerja lain? Mengapa Plaintif, memilih untuk bertongkat dan tidak menggunakan kaki palsu yang dibeli? Apakah usaha Plaintif untuk membaiki kaki palsu tersebut sekiranya tidak sesuai? Siapakah yang selain Plaintif yang menyatakan kaki palsu tersebut tidak sesuai? Penggunaan kaki palsu memerlukan masa dan latihan untuk disesuaikan.
158
Ketidakbolehan untuk tidak bekerja tersebut tidak disokong oleh mana-mana laporan perubatan yang mana tidak dinyatakan dalam laporan perubatan bahawa Plaintif tidak boleh lagi bekerja akibat kemalangan yang berlaku.
159
Ganti rugi kehilangan pendapatan pada masa hadapan atau kehilangan keupayaan untuk bekerja hanya diberikan apabila terdapat risiko besar bahawa plaintif akan kehilangan pekerjaannya. Sekiranya terdapat kemungkinan Plaintif boleh kembali bekerja, ganti rugi ini tidak boleh diberikan. Plaintif tidak memberi keterangan cubaan yang telah dibuat untuk mencari kerja. Mahkamah berpendapat bahawa dengan bantuan kaki palsu, Plaintif akan mendapat bayaran gaji yang lebih baik daripada sebelumnya dengan adanya gaji minimum yang telah diperkenalkan pada masa sekarang.
160
Di dalam kes Devarajan Kunasekaran V. Leon Ngim Chong & Anor [2025] MLRHU 548, Mahkamah menyatakan seperti berikut; “[41] This Court finds that the Plaintiff's claim for RM349,800.00 in future loss of earnings lacks sufficient supporting evidence. The Specialist Medical Report stated that the Plaintiff was fit for sedentary work, indicating that he was not completely incapacitated. [42] The employer's testimony that the Plaintiff could not return to his job does not establish that he was permanently unemployable. The employer's opinion is not a substitute for medical evidence. There was also no evidence that the Plaintiff had attempted to seek alternative employment within his physical limitations. [43] For these reasons, I find the Sessions Court was correct in dismissing the claim for future loss of earnings.”
161
Plaintif menuntut item (v) iaitu kos bagi kaki palsu setahun sejumlah RM 1000 setahun selama 5 tahun dan berterusan. Mahkamah menolak tuntutan ini kerana Plaintif tidak memberikan sebarang keterangan atau dokumen bahawa dia telah mengeluarkan kos sebanyak RM 1000 setahun. Keterangan yang Plaintif berikan adalah bahawa dia mendapat bantuan kaki palsu daripada pihak kebajikan hospital dan membayar separuh daripada harga kaki palsu tersebut.
162
Pihak peguam cara Plaintif juga tidak membuat hujahan bagi item ini.
163
Bagi item (w) iaitu kos fisioterapi, pakar ortopedik pihak Plaintif telah mencadangkan sesi fisioterapi untuk 12 hingga 18 minggu (purata 15 minggu) pada kadar RM80 - RM100 (purata RM90.000) satu sesi untuk 'improve the left knee FDD... In addition , limited knee movement especially with flexion may warrant longer physiotherapy'.
164
Laporan Pakar Defendan di muka surat 11 ikatan E menyatakan bahawa Plaintif memerlukan sesi fisioterapi selama 30 sesi di mana kos bagi setiap sesi adalah sejumlah RM 100. Jumlah keseluruhan yang dicadangkan oleh pakar Defendan ialah RM
3000
3000.
165
Pihak peguam cara Defendan merujuk kepada hujahan Plaintif di mana untuk kos fisioterapi Defendan bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif iaitu sebanyak RM1,350.00 iaitu sebanyak RM90 untuk 15 sesi fisioterapi.
166
Memandangkan kos fisioterapi yang dicadangkan oleh pihak Plaintif adalah lebih rendah dan telah dipersetujui oleh pihak Defendan, Mahkamah telah membenarkan kos fisioterapi sebanyak RM 1,350 sebagaimana yang dicadangkan oleh pakar ortopedik Plaintif Dr. Shaifuzain bin Abd Rahman.
167
Bagi item (x) iaitu kos bagi kaki palsu dan penyelenggaraan selama jangka hayat, pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM1,285, 149.30. Berdasarkan hujahan peguam cara pihak Plaintif, pada bulan Jun 2023 Plaintif telah menerima bantuan daripada pihak kebajikan hospital untuk membayar separuh harga kaki palsu iaitu RM3,490.00 serta dibekalkan kaki palsu.
168
Pada ketika itu, Plaintif telah menggunakan kaki palsu tersebut tetapi kemudiannya menghadapi masalah penggunaan kaki palsu tersebut. Plaintif tidak dapat bergerak dengan selesa serta berasa sakit serta bengkak di bahagian di mana kaki yang dipotong. Plaintif berasa susah menggunakan kaki palsu tersebut dan sekarang menggunakan tongkat sahaja. Plaintif telah cuba pergi bekerja di tempat cuci kereta yang lama tetapi Plaintif tidak dapat bergerak dengan lancar di tempat yang basah serta pergerakannya terbantut. Kaki palsu tersebut tidak sesuai untuk Plaintif dan memerlukan kaki palsu yang sesuai untuk pergerakannya.
169
Pakar Prosthesist & Orthorist Puan Nadzirah Binti Abdul Razak (SP2) daripada Syarikat Endolite Asia Sdn Bhd telah mengeluarkan laporan prostesis serta sebut harga kaki palsu yang bersesuaian dengan keadaan Plaintif pada waktu itu. Dengan merujuk pelbagai laporan daripada doktor pakar terdahulu iaitu laporan perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian serta Klinik Aiman, Kota Bharu. SP2 telah mengemukakan sebut harga untuk kaki palsu yang baharu berjumlah RM1,285,149.30 iaitu bionic prosthesis.
170
Menurut pakar daripada pihak Plaintif lagi bionic prosthesis mempunyai ciri-ciri seperti berikut: "Carbon reinforced plastic socket with PE liner+ Endolite Silcare Breath Breath Active Liner+ Endolite shuttle lock+ Endolite BK kit+ Endolite Elan IC+ Foot cover+ Cosmetic cover"
171
SP2 telah mencadangkan dan menetapkan penggunaan prostesis bionik kategori 3-4 untuk Plaintif atas dasar aktiviti hariannya. Plaintif menjangkakan untuk mempunyai prostesis yang akan membantunya melakukan aktiviti kehidupan seharian secara berdikari, berdiri lama apabila dia kembali bekerja kerana skop kerjanya memerlukannya berdiri untuk mencuci kereta.
172
Plaintif ingin berjalan dengan selamat dan dalam gaya berjalan semula jadi, mendapatkan keyakinannya untuk bertemu orang ramai, menaiki tangga dengan selamat dan stabil seperti yang biasa dilakukannya sebelum kemalangan, membantunya melalui kawasan cerun di luar rumah, pergi ke tandas dan berdiri sambil mandi secara bebas.
173
Memandangkan Plaintif seorang lelaki yang aktif, dia mahukan prostesis yang membolehkannya kembali kepada kebanyakan aktiviti sebelumnya, berjoging ringan untuk mengekalkan kesihatannya, membantunya berdiri lama, bergerak di kawasan yang tidak rata dan cerun di tempat kerja pada masa hadapan dan di luar rumah. Plaintif ingin kembali melakukan kebanyakan aktiviti sebelum kemalangan.
174
Plaintif juga meminta untuk mempunyai prostesis yang kalis air yang membolehkannya berjalan jika hujan dan membolehkannya berdiri semasa mandi. “Bionic prosthesis” akan membolehkannya berjalan, berdiri lama dan berjoging, memancing seperti cara dia menjalani kehidupannya sebelum kemalangan.
175
Plaintif memerlukan prostesis hidraulik kalis air yang dikawal oleh mikropemproses untuk memberikannya gaya berjalan yang lancar, menyerap hentakan dan kecekapan tenaga yang baik.
176
Pihak peguam cara berhujah bahawa produk yang disarankan oleh pakar pihak Plaintif adalah lebih baik di mana ia akan melengkapi keinginan yang diperlukan oleh pihak Plaintif. Plaintif berhak daripada segi undang-undang untuk mendapatkan “the best product” untuk kembali meneruskan hidup. Maka kos produk untuk jangka hayat Plaintif adalah RM1,285, 149.30 seperti yang dicadangkan oleh pakar pihak Plaintif.
177
Seterusnya peguam cara pihak Defendan berhujah bahawa Plaintif tidak memerlukan “bionic prosthesis” dan telah mengemukakan sebut harga kaki palsu “mechanical” yang berfungsi secara manual berjumlah RM468,000.00 seumur hidup daripada Lazcorp Sdn Bhd.
178
Defendan berhujah bahawa Plaintif tidak memerlukan kepada “bionic prosthesis” kerana Dr. Pakar Plaintif sendiri mengesahkan Plaintif memerlukan “a good functional prosthesis” dan bukannya prostesis canggih seperti “bionic prosthesis”.
179
Laporan Pakar Ortopedik Plaintif di muka surat 84 Ikatan B dimana Dr. Shaifuzain menyatakan, "... Thus, it is best to consider a good fitting socket for the patient's
180
BKA prosthesis ... A good functional BKA prosthesis range from 16,000-23,000." Doktor Pakar Plaintif sendiri hanya mencadangkan “a good, functional prosthesis.” Pada masa ini plaintif masih belum memakai apa-apa prostesis. Dalam keterangan Dr. Shaifuzain (SP4) di Mahkamah, telah menyatakan bahawa "... cadangan prosthesis yang saya nyatakan pada mukasurat 2 terakhir laporan saya iaitu adalah untuk, ataupun sesuai untuk orang-orang yang lebih muda ataupun lebih aktif."
181
Dr. Shaifuzain juga telah menjawab semasa sesi soal balas bahawa julat harga yang kaki palsu yang beliau cadangkan itu adalah untuk kaki palsu yang lebih elok dan lebih baik dari yang biasa digunakan.
182
182.Semasa Plaintif dirujuk kepada pakar Defendan, Plaintif telah memakai kaki palsu yang berharga RM8,000 dan tiada Iuka-Iuka melecet direkodkan akibat pemakaian kaki palsu tersebut.
183
183.Semasa Plaintif diperiksa oleh Dr. Ruzaimi iaitu doktor pakar Defendan, Plaintif tidak membuat sebarang aduan mengenai apa-apa berkenaan kesakitan atau ketidaksesuaian kaki palsu yang dipakainya ketika itu. Tiada sebarang Iuka atau melecet direkodkan oleh Dr. Ruzaimi pada lutut kanan Plaintif.
182
Semasa Dr. Ruzaimi (SD3) memberikan keterangan, SD3 menyatakan semasa sesi pemeriksaan utama bahawa: Semasa Doktor periksa dia, apakah aduan Plaintif berkenaan kesan pemakaian kaki pa/su yang dia pakai semasa berjumpa doktor? Plaintif boleh berjalan tanpa alat sokongan lain selepas pemakaian kaki palsu Semasa doktor memeriksa keadaan terkini dia, bagaimanakah keadaan kaki kanan beliau? Semasa pemeriksaan, pesakit mengalami “below knee amputation” dan semua Iuka telah sembuh Doktor ada nyatakan di muka surat 3 Ikatan Dokumen Defendan, Right Leg: No tender at “amputation stump”. Boleh terangkan? Tiada kesakitan pada “amputation stump.” Semasa Plaintif datang berjumpa doktor adakah dia berjalan menggunakan kaki palsu?
183
Peguam cara Defendan berhujah lagi bahawa Laporan pakar Defendan merupakan laporan pakar terkini yang menceritakan tentang keadaan terkini Plaintif dan seharusnyalah diterima pakai berbanding laporan pakar pihak Plaintif.
184
Menurut hujahan pihak Defendan lagi, Plaintif selesa memakai kaki palsu biasa yang dibekalkan oleh pihak hospital. Plaintif menyatakan bahawa dia mula bekerja pada April, 2024 selepas memakai kaki palsu yang dibekalkan oleh pihak hospital. Walaupun plaintif mendakwa bahawa lututnya Iuka akibat pemakaian kaki palsu tersebut, ia tidak dibuktikan. Sebaliknya, Dr. Ruzaimi mengesahkan tiada sebarang Iuka atau aduan semasa Dr. Ruzaimi memeriksa Plaintif.
185
Menurut pihak Defendan, “bionic prosthesis” sebenarnya tidak sesuai untuk Plaintif. Ini kerana Plaintif belum pernah mencuba “bionic prosthesis” yang dicadangkan oleh pihak Endolite Asia. Jadi Plaintif sendiri tidak tahu sama ada “bionic prosthesis” ini sesuai atau tidak. Tambahan pula, Plaintif menyatakan bahawa dia memerlukan kaki palsu untuk membolehkan dia meneruskan kerja di kedai mencuci kereta. Jadi, kaki palsu manual yang kalis air adalah lebih sesuai. Kaki bionic yang dicadangkan oleh Endolite Asia perlukan kepada sistem berkomputer yang canggih iaitu: a) Semasa setiap kali permulaan penggunaan Elan IC ianya perlu di set kan iaitu “calibration” menggunakan aplikasinya yang khas menggunakan “bluetooth”. b) Elan IC bergerak berdasarkan sistem berkomputer. c) Kaki bionik menggunakan bateri dan perlu dicas selama 5.5 jam untuk kegunaan selama 2 hari. d) Sekiranya bateri “kong” ianya akan bertukar kepada sistem hidraulik dan tiada kawalan iaitu “braking” tiada tapi masih boleh berjalan e) Kaki palsu bionik ini perlu diservis di luar negara
186
Kaki palsu mekanikal yang berfungsi secara manual atau “Triton foot prosthesis” yang dicadangkan oleh pihak Defendan adalah lebih sesuai untuk Plaintif. Ini kerana kaki palsu yang berfungsi secara manual atau mekanikal tanpa bateri dan komputer adalah lebih sesuai dengan Plaintif yang ingin terus bekerja di “car wash”.
187
Keterangan Prostesis Defendan iaitu Haider Ali Khan dari Lazcorp Sdn Bhd (SD2) telah dirujuk di mana SD2 dalam keterangannya semasa sesi pemeriksaan utama: Q: Whether your prosthesis has same function. towards Plaintiff if compared to prosthesis recommended by Endolite Sdn Bhd.? A: The Triton foot and the prosthesis I have recommended fall under category 4, whereas the Elan IC foot is classified as category 3. This distinction is significant because it means that the patient can use the recommended prosthesis for a wider range of activities, including light active tasks. Additionally, the Triton foot is lighter compared to the Elan IC, which results in reduced energy consumption during ambulation. This lighter design not only enhances comfort but also improves overall efficiency, allowing the patient to move more freely and with less effort. Therefore, the Triton foot prosthesis offers better suitability and functional advantages for i'he patient's needs. Q: How do you know your prosthesis will suit Plaintiff even if he does not yet tried it? A: Based on the information provided in the medical and specialist reports, given that he is a young below-knee amputee, and considering his current condition, he will be able to utilize the recommended prosthesis for all his activities. The prosthesis I have suggested is designed to meet his needs and support his lifestyle, enabling him to perform daily tasks, engage in physical activities, and maintain his independence effectively. With this prosthesis, he will experience enhanced functionality and comfort, allowing him to lead an active and fulfilling life. "
188
SD2 dalam keterangannya semasa sessi soal balas menyatakan bahawa kaki palsu dari Lazcorp Sdn Bhd juga kalis air.
189
Pihak peguam cara Defendan berhujah lagi bahawa mengambil kira faktor sosial dan latar belakang Plaintif, seorang yang berasal dari kampung di Terengganu dan bekerja di “car wash”. Plaintif langsung tidak akan memerlukan “bionic prosthesis” yang bernilai hampir RM 1.28 juta ini untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Sekiranya perlu, Plaintif akan lebih sesuai untuk menggunakan kaki palsu mekanikal yang berfungsi secara manual seperti yang telah dicadangkan oleh pakar prosthesis Defendan, SD2 yang bernilai RM 468, 000.00.
190
Setelah meneliti semua hujah-hujah daripada peguam cara pihak Plaintif dan pihak peguam cara Defendan, Mahkamah berpendapat ganti rugi khas untuk kaki palsu yang sesuai untuk keperluan Plaintif adalah kaki palsu mekanikal yang berfungsi secara manual berjumlah RM468,000.00 seumur hidup daripada Lazcorp Sdn Bhd. Penggunaan alatan prostesis mekanikal yang berfungsi secara manual adalah lebih realistik, bersesuaian dengan keadaan hidup Plaintif. Manakala kaki bionik ini pula akan nampak terlalu robotik dan janggal untuk digunakan oleh Plaintif dalam suasana kehidupannya.
191
Mahkamah tidak yakin Plaintif mampu untuk mengendalikan peralatan yang terlalu canggih. Plaintif mengambil jalan mudah dengan tidak bekerja apabila berdepan dengan isu kaki palsu yang diperolehnya sebelum ini. Bagaimanakah Plaintif boleh menghadapi kerosakan kaki palsu yang lebih canggih?. Kebarangkalian untuk Plaintif menggunakan kaki palsu canggih tersebut dalam tempoh yang tidak lama adalah tinggi.
192
Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam cara pihak Defendan bahawasanya tuntutan sebanyak RM 1.28 juta adalah terlampau tinggi dan tidak masuk akal sedangkan wujud satu sebut harga alternatif yang hanya berharga dalam lingkungan RM 468,000.00. Jurang perbezaan harga di antara kedua-dua kaki palsu ini adalah sangat tinggi. Adalah tidak masuk akal sama sekali untuk membenarkan tuntutan Plaintif, seorang rakyat biasa yang pernah bekerja di “car wash” untuk diawadkan dengan “bionic prosthesis” berharga RM 1.28 juta. Walaupun “bionic prosthesis” ini bernilai hampir RM1.28 juta dan dikatakan boleh melakukan pelbagai fungsi, adakah ia sesuai dengan situasi Plaintif dan keperluannya?
193
Plaintif juga seharusnya mengurangkan kadar ganti rugi yang sepatutnya ditanggungnya. Rujukan di buat pada kes Kasirin Kasmani V The Official Administrator & Anor [1991]12 CLJ Rep 800, mahkamah memutuskan bahawa: - "The Plaintiff chose to purchase an expensive wheelchair when he could have purchased a cheaper one. He has an obligation to mitigate damages and I would allow him the agreed three charges of a standard wheelchair for the lump sum of RM 1,600.00 at the present price of RM 520.00 per chair for the duration of his life. This sum will bear no interest. I thinkit is fair and reasonable to allow him the sum of RM 369 as the cost of modifications to his present wheelchair which he has actually incurred."
194
Dalam kes Di dalam kes Chua Kay Hock & Anor V Lee Hoon Poi (20221 5 MLRA 625, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - “[3] A plaintiff seeking compensatory damages was required to mitigate his loss and was only entitled to a reasonable compensation and not exorbitant awards save on grounds of necessity when reasonable alternatives were unavailable or inappropriate. There must be sufficient justification shown by the victim for the award of compensation well above the trend of contemporary awards. ... [22] (3) While sympathy might be right felt for an accident victim, there must nevertheless be some measure of proportionality maintained such that shorn of all the legal principles applied, there would not be a sense of incredulity and skepticism with the eventual outcome. The amount awarded should not be at the expense of reason and good sense, in the manner of the end justifying the means"
195
195.Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan kos kaki palsu sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak Defendan. Ini kerana bagi Mahkamah, kaki palsu tersebut bersesuaian dengan gaya hidup Plaintif dan berpatutan serta tidak memberikan keuntungan kepada Plaintif. Istilah ukur baju di badan sendiri terpakai dalam situasi kes ini.
196
196.Bagi item (y) iaitu kos ubat antibiotik RM500 seminggu selama 6 bulan, Mahkamah menolak tuntutan pihak Plaintif untuk kos ubat antibiotik ini kerana tiada pembuktian yang kukuh daripada pihak peguam cara pihak Plaintif. Tiada resit pembelian ubat yang dibuat oleh Plaintif difailkan di Mahkamah dan pihak-pihak tidak membuat hujahan untuk item ini.
197
KESIMPULAN Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang berkaitan kuantum yang diberikan kepada Plaintif dalam kes ini adalah wajar dan berpatutan. Mahkamah juga membenarkan kos mengikut skala dan faedah-faedah yang berkaitan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Bertarikh: 21.12.2025 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu Terengganu. Peguam cara bagi pihak Plaintif: Cik Nargis binti Kasam Tetuan Nargis Kasam & Associates Peguam bagi pihak Defendan: Cik Amalina Binti Abdul Ghani @ Hashim
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.