(iii) OKT mengedar dadah tersebut pada masa, tarikh dan tempat tersebut. Elemen (i): Bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 114.5 gram sepertimana dalam pertuduhan dan tersenarai dalam Jadual Pertama Akta 234 [25] Untuk membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan melalui SP1. Keterangan SP1 telah mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Ahli Kimia yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang. [26] SP1 telah menjalankan analisis ke atas barang kes yang diterima dan hasil analisis mendapati bahan yang dianalisis mengandungi Methamphetamine seberat 114.5 gram. SP1 telah menyediakan Laporan Kimia (P5) untuk membuktikan hasil analisis beliau. SP1 Page 10 of 28 juga mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [27] Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak mencabar kelayakan dan kepakaran SP1 di dalam menjalankan analisis kimia terhadap barang kes dadah tersebut. Berdasarkan kelulusan, pengalaman dan kepakaran SP1, Mahkamah ini berpuas hati bahawa SP1 merupakan seorang pakar menurut seksyen 45 Akta Keterangan 1950 dan Mahkamah ini menerima keterangan beliau sebagai keterangan pakar yang berkelayakan untuk menjalankan analisis kimia berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah tersebut. [28] Mahkamah ini memutuskan sedemikian dengan berpandukan keputusan dalam kes yang seringkali dirujuk dan dijadikan panduan iaitu kes Khoo Hii Chiang v. PP [1994] 2 CLJ 151 dan kes Chu Tak Fai v. Public Prosecutor [2006] 4 CLJ 931; [2007] 1 MLJ 201 yang menggariskan bagaimana keterangan Ahli Kimia seharusnya diterima oleh Mahkamah. Rantaian keterangan [29] Mahkamah ini juga telah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan berkaitan pengendalian barang kes dadah tersebut dan mendapati tiada keraguan mengenai identiti dadah tersebut. [30] Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes adalah utuh dan kukuh. Tidak terdapat kelompangan dari segi pengendalian barang kes bermula dari barang kes dirampas oleh Page 11 of 28 SP2 kemudian diserahkan kepada SP9 dan sehinggalah diserahkan kepada SP1 untuk dianalisis. [31] Mahkamah ini juga mendapati SP2 telah membuat penandaan pada barang kes yang dirampas dan beliau camkan penandaan yang telah dibuat, iaitu beliau menurunkan tandatangan ringkas dan mencatatkan tarikh “1.4.2017”. SP2 juga camkan barang kes melalui gambar-gambar iaitu seperti di P17 (1 – 20). [32] SP1 juga telah camkan barang kes melalui tampalan sticker Jabatan Kimia Malaysia dengan nombor makmal 17-FR-P-02159 pada barang kes yang diterima. Tiada bukti bahawa barang kes telah dikacau ganggu dengan apa-apa cara sebelum atau selepas analisis dijalankan oleh SP1. [33] Semasa SP1 memberi keterangan, SP1 telah membuka sampul barang kes (P1) yang bermeterai Jabatan Kimia dengan cara menggunting sampul barang kes tersebut. Beliau mengesahkan bahawa sampul barang kes dalam keadaan baik seperti mana ianya diserahkan kembali kepada SP9. [34] Selanjutnya Mahkamah memutuskan bahawa dadah yang dianalisis oleh SP1 adalah dadah yang dirampas oleh SP2 dan diserahkan oleh SP2 kepada SP9. Kemudiannya dadah yang sama dihantar oleh SP9 kepada SP1 untuk dianalisis dan dadah yang sama dikemukakan di Mahkamah semasa perbicaraan. Dalam memutuskan sedemikian, Mahkamah ini berpandukan keputusan di dalam kes Hasbala Mohd Sarong v. PP [2013] 6 CLJ 945 MP dan Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551. [35] Oleh itu Mahkamah mendapati rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes tidak terputus dan tiada sebarang kelompangan dalam kes pendakwaan. Mahkamah berpuas hati Page 12 of 28 bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang dinyatakan dalam pertuduhan iaitu Methamphetamine seberat 114.5 gram adalah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Elemen Kedua: Bahawa OKT mempunyai milikan dan pengetahuan mengenai dadah tersebut [36] Untuk membuktikan elemen kedua ini, terdapat dua unsur utama yang perlu dibuktikan, iaitu elemen milikan fizikal yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut dan elemen mental iaitu pengetahuan OKT mengenai dadah tersebut. [37] Dalam isu ini Mahkamah ini merujuk kepada keputusan dalam kes yang tersohor iaitu kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 di mukasurat 239, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut seperti berikut: - “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.”. [38] Berpandukan kepada otoriti yang tersebut di atas, maka untuk membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, keterangan yang dikemukakan hendaklah menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas sesuatu barang dan dia bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya Page 13 of 28 tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan dia mempunyai pengetahuan ke atas barang tersebut. [39] Di hadapan Mahkamah ini, keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan khususnya SP2 dan SP7 menunjukkan bahawa ketika OKT ditahan, ada dalam milikan OKT satu pouch beg berzip Samsung Galaxy S (P22) yang di dalamnya mengandungi dadah berbahaya tersebut. Beg pouch tersebut terselit di tali pinggang pada seluar jeans yang dipakai oleh OKT. [40] Pihak pembelaan di dalam hujahannya menyatakan bahawa semasa OKT ditahan, tiada beg pouch Samsung tersebut dan tiada dadah yang dijumpai dan dirampas daripada OKT. Selanjutnya pembelaan berhujah bahawa keterangan SP2 dan SP7 mengenai penemuan beg pouch tersebut adalah diragui dan sukar dipercayai. Pihak pembelaan juga meragui kredibiliti kesemua saksi-saksi pendakwaan. [41] Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 secara penelitian yang maksimum. SP2 ialah seorang pegawai kanan polis yang telah mengetuai serbuan dalam kes ini. Serbuan tersebut dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima berkaitan kegiatan pengedaran dadah di tempat kejadian. [42] SP2 mengesahkan bahawa beliau tidak mengenali OKT sebelum kejadian serbuan tersebut dan malam tersebut merupakan kali pertama SP2 berjumpa dan melihat OKT. SP2 menyatakan bahawa hasil pemeriksaan badan ke atas OKT telah menjumpai satu (1) beg berzip jenama “Samsung Galaxy S” warna biru gelap yang diselit di tali pinggang warna coklat pada seluar jeans yang dipakai oleh OKT pada masa tersebut. Dengan disaksikan oleh OKT, SP2 telah menjalankan pemeriksaan ke atas beg pouch tersebut dan Page 14 of 28 menjumpai paket-paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah Syabu. [43] Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa keterangan yang menunjukkan bahawa SP2 menyimpan dendam atau hendak menganiaya OKT dalam kes ini. SP2 hanya melaksanakan tugasnya sebagai Pegawai Polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. [44] Mahkamah mendapati keterangan SP2 adalah berkaitan penglibatan dan peranannya dalam kes ini dan tiada sebarang tokok tambah yang boleh memprejudiskan pihak OKT. Mahkamah ini sedar bahawa terdapat beberapa perkara dalam keterangan SP2 yang tidak dapat dipastikan oleh SP7. Tetapi ini tidak bermakna SP2 atau SP7 mereka-reka cerita. [45] Keterangan SP2 dan SP7 mengenai tindakan OKT yang terjun dari tingkap dan penemuan beg pouch Samsung yang terselit di tali pinggang yang dipakai oleh OKT jelas menunjukkan bahawa keterangan mereka di Mahkamah adalah berkenaan apa yang sebenarnya mereka lihat pada masa kejadian tersebut. Tidak ada sebab untuk SP2 dan SP7 menokok tambah atau mereka-reka cerita. [46] Berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan kepada SP7 semasa pemeriksaan balas, Mahkamah mendapati soalan-soalan tersebut seolah-olah pihak pembelaan mengakui tentang kewujudan beg pouch Samsung (ekshibit P22) dan isi kandungannya. Keterangan SP7 dipetik seperti berikut: - Semasa buat pemeriksaan, SP2 merampas beg pouch Samsung yang dipakai oleh OKT. Page 15 of 28 Ya Dari beg itu dirampas paket-paket plastik dari beg pouch Samsung dan ditunjuk kepada OKT. Ya, Paket-paket plastik berisi dadah. Beg pouch dirampas di mana? Di sebelah kiri badan OKT Di selit atau diikat pada tali pinggang? Diselit. [47] Soalan-soalan yang berikutnya menunjukkan pihak pembelaan cuba menafikan kewujudan beg pouch Samsung dan dadah yang dijumpai di dalamnya. Cadangan pihak pembelaan kepada SP7 seperti berikut: Put – semasa serbuan dilakukan, beg pouch Samsung berserta dengan paket-paket plastik tak pernah di rampas dari OKT J; Tak setuju Put – beg pouch tidak dirampas dari OKT, dan tidak dipakai oleh OKT. J: Tak setuju Put – SP2 ambil keluar paket-paket plastik dari bilik dia dan tunjuk kepada OKT sambil kata “ini milik kamu kah” J: Tak setuju [48] Mahkamah mendapati keterangan SP7 di dalam pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas adalah konsisten, iaitu beg pouch Samsung tersebut dijumpai terselit pada tali pinggang di seluar jeans yang dipakai oleh OKT. Sebaliknya melalui soalan-soalan pihak pembelaan kepada SP7 menunjukkan pihak pembelaan tidak Page 16 of 28 mempunyai pendirian yang kukuh dalam mengemukakan pembelaannya. [49] Kesimpulan yang dapat digarap daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan dan berpandukan nas-nas duluan seperti yang dirujuk di atas, Mahkamah ini berpendapat dan memutuskan bahawa OKT dalam konteks kes ini mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah yang dijumpai di dalam beg pouch Samsung tersebut. [50] Keadaan beg pouch semasa dijumpai adalah terselit di tali pinggang di seluar jeans yang dipakai oleh OKT. Ini menunjukkan bahawa OKT sentiasa mempunyai kawalan dan jagaan terhadap beg pouch Samsung serta dadah yang berada di dalamnya dan OKT boleh menyimpan atau melupuskannya seperti yang diinginkan. Ini membuktikan bahawa OKT memiliki dadah tersebut pada masa tangkapan dilakukan terhadapnya. [51] Setelah Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT mempunyai milikan ke atas dadah tersebut, maka adakah boleh disimpulkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan atas dadah tersebut? Dalam isu ini Mahkamah berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang disampaikan oleh Ariffin Zakaria HMP (pada ketika itu) di dalam kes PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337; [2007] 1 MLRA 568, di mana rujukan dibuat kepada keputusan Mahkamah Atasan Singapura dan England yang memutuskan isu niat untuk pemilikan seperti berikut: - “[18] In Ramis a/l Muniandy v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 534, the Singapore Court of Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at p. 541 states: Knowledge of drugs; The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs were already on Ramis’s motorcycles when he Page 17 of 28 entered the vicinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, there facts were sufficient to lead to a strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs. In Tan Ah Tee (supra), Wee Ching Jin CJ, delivering the judgement of the court, said [1978 - 1979] SLR 211 at 217-218 [1980] 1 MLJ 49 at pg 52) Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in their minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.” [52] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, berdasarkan keterangan SP2 dan SP7 jelas menunjukkan bahawa OKT cuba melarikan diri daripada pihak polis dengan terjun melalui tingkap bilik, akibatnya OKT telah jatuh ke tanah dan mengalami kecederaan pada kaki kanannya. [53] Tingkah laku OKT yang nekad terjun dari tingkap semasa serbuan tanpa memikirkan keselamatan dirinya jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan bahawa di dalam beg pouch Samsung yang terselit di tali pinggang seluar yang dipakainya mengandungi dadah berbahaya. [54] Justeru, Mahkamah ini berpuas hati berdasarkan keterangan terus khususnya keterangan SP2 dan SP7 dan kedudukan dadah yang dijumpai sangat dekat/rapat dengan OKT iaitu di badan OKT dan keadaan paket-paket plastik lutsinar yang menampakkan isi Page 18 of 28 kandungan dadah Syabu (Methamphetamine) jelas membuktikan bahawa OKT mempunyai pemilikan sebenar ke atas dadah berbahaya tersebut secara berasingan dan bebas dari peruntukan anggapan milikan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952. Elemen ketiga: sama ada OKT mengedar dadah-dadah tersebut [55] Mengenai elemen ketiga ini, Mahkamah ini merujuk dan berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151, di mana YAA Tengku Maimun binti Tuan Mat (Ketua Hakim Negara) menyatakan bahawa setelah elemen pemilikan berjaya dibuktikan secara berasingan dan bebas dari peruntukan anggapan milikan di bawah sek.37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952, maka Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie berkaitan pengedaran dibuktikan di bawah seksyen 180(4) KTJ dengan membangkitkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952. [56] Di dalam kes ini, berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang besar (114.5 gram), satu anggapan boleh dibuat bahawa dadah tersebut adalah untuk tujuan pengedaran dan adalah tidak munasabah untuk kegunaan OKT sendiri (self consumption). [57] Di akhir kes pendakwaan, mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan OKT dipanggil untuk membela diri atas Pertuduhan. Page 19 of 28 Kes Pembelaan [58] Sebaik dipanggil membela diri, Mahkamah telah menerangkan kepada OKT dengan tiga pilihan untuk dia memberi keterangan dan OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Pihak pembelaan hanya mengemukakan OKT sebagai saksi pembelaan (SD1) dan tiada saksi pembelaan yang lain dipanggil. [59] Naratif pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah seperti berikut: Pada 31.3.2017 jam 9 pm OKT berada di dalam bilik air dalam bilik utama rumah tersebut. Apabila OKT keluar dari bilik air, dia mendengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu kayu hadapan rumah dan dia mendengar bunyi pintu grill sedang dipecahkan. OKT pergi ke hadapan pintu kayu dan tidak mendengar apa-apa jeritan supaya pintu dibuka. OKT tidak tahu siapa yang mengetuk pintu, OKT hanya terfikir bahawa Along yang datang ke rumahnya untuk menuntut hutang. Bagi menyelamatkan diri dari tindakan Along, OKT telah masuk ke dalam bilik dan hendak keluar melalui tingkap jenis sliding di bilik tersebut. OKT telah tergelincir lalu jatuh ke atas bumbung dan terus jatuh ke bawah. Pada masa melarikan diri, OKT hanya memakai seluar jeans tanpa memakai tali pinggang. [60] Semasa jatuh, kaki kanan OKT telah patah dan menyebabkan OKT tidak dapat berdiri, dan dia hanya terbaring di tempat dia jatuh. Kemudian datang dua orang anggota polis dan melakukan pemeriksaan badan ke atas OKT dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Kemudiannya OKT dibawa naik ke rumahnya dan tiada apa-apa barang salah dirampas dari dalam rumah tersebut. [61] OKT hanya melihat barang kes apabila SP2 menunjukkan kepadanya semasa berada di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Page 20 of 28 Narkotik, Seberang Perai Utara. OKT juga menafikan menandatangani borang bongkar. [62] OKT menyatakan dia meminjam wang dari Along untuk membayar wang ikat jamin Mohd Roshdi dan dia menerima ugutan daripada Along. [63] OKT mendakwa dia telah memberitahu SP9 bahawa dia meminjam wang Along dan SP9 mengugut nya untuk mengaku terhadap barang kes, kerana ada CCTV yang menunjukkan OKT membuang barang kes dari tingkap rumah. [64] OKT juga menyatakan bahawa kali pertama dia melihat barang kes iaitu beg pouch Samsung semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 2018. Penilaian keterangan tertuduh [65] Setelah meneliti keterangan OKT secara mendalam, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan OKT adalah penafian semata-mata. Pembelaan OKT bahawa dia menyangkakan Along yang datang ke rumah untuk mengutip hutang adalah tidak munasabah. Ini kerana berdasarkan keterangan SP2, beliau telah mengetuk pintu beberapa kali dan menjerit “polis” untuk memperkenalkan diri. Tetapi pintu tidak dibuka, walaupun pada masa tersebut OKT berada di dalam rumah tersebut. [66] Maka inferens yang boleh dibuat ialah OKT tahu kehadiran polis dan OKT melarikan diri bersama barang kes untuk mengelakkan dirinya ditahan di dalam rumah tersebut bersama barang kes. [67] Selanjutnya Mahkamah berpendapat dakwaan OKT bahawa semasa dia ditahan, tiada beg pouch Samsung dijumpai pada Page 21 of 28 badannya dan tiada apa-apa barang salah bersamanya adalah penafian semata-mata. Keterangan SP2 dan SP7 adalah jelas menceritakan bagaimana OKT terjun dari tingkap bilik dan jatuh ke bawah iaitu di atas tanah. OKT mengalami kecederaan pada kakinya dan tidak boleh bangun, OKT hanya terbaring. [68] Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas OKT, telah dijumpai 1 beg pouch berzip jenama ‘Samsung Galaxy S’ (ekshibit P22) yang terselit pada tali pinggang warna coklat (ekshibit P24) pada seluar jeans (ekshibit P23) yang sedang dipakai oleh OKT. Pemeriksaan dalam beg tersebut telah menjumpai paket-paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki Syabu. [69] Mahkamah ini telah menerima keterangan SP2 dan SP7 semasa membincangkan elemen pemilikan, di mana Mahkamah ini menerima versi pendakwaan dalam keterangan SP2 dan SP7 bahawa OKT terjun dari tingkap di tingkat 3 dan jatuh ke tanah, serta penemuan barang kes dadah seperti yang dipertuduhkan. [70] Mahkamah ini mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah berkaitan pemilikan dadah berbahaya. Pihak pendakwaan telah membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa OKT memiliki dadah berbahaya secara langsung. Mahkamah pada peringkat ini, menolak pembelaan OKT bahawa dadah tersebut tidak dijumpai dalam beg pouch Samsung tersebut. [71] Mahkamah ini juga telah memberi pertimbangan terhadap pembelaan OKT bahawa dia melarikan diri dari Along kerana bimbang Along akan mencederakannya sehingga menyebabkan kematian. Menurut OKT, dia ada memberitahu SP9 mengenai Page 22 of 28 Along. Di dalam keterangan SP9, beliau menafikan dakwaan OKT yang tersebut. [72] Semasa OKT disoal balas, dia tidak dapat memberi butiran mengenai Along dan dia juga tidak mengemukakan apa-apa bukti melalui SP9 mengenai kewujudan Along untuk menunjukkan bahawa OKT telah memberitahu mengenai Along kepada SP9. [73] Menurut keterangan SP9, semasa pemeriksaan semula bahawa beliau tahu mengenai Along hanyalah semasa perbicaraan kes. Maka adalah munasabah untuk SP9 tidak menjalankan apa-apa siasatan berkaitan Along kerana perkara ini baru timbul semasa SP9 memberi keterangan iaitu pada tahun 2023. [74] Oleh itu, keterangan pembelaan mengenai kewujudan Along dalam kes ini bukanlah satu pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, malahan ianya adalah satu rekaan semata-mata. [75] Mahkamah ini selanjutnya menimbangkan pembelaan OKT berkaitan anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952. Di dalam keterangannya tiada secebis keterangan yang memberikan penjelasan apakah tujuan dadah tersebut berada dalam milikannya, bagi membolehkan pembelaan mematahkan anggapan pengedaran tersebut. [76] Berdasarkan seksyen 37(da) ini, Mahkamah berpendapat bahawa OKT memiliki dadah tersebut adalah bagi tujuan pengedaran dadah berbahaya dan bukan untuk tujuan yang lain. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan yang disampaikan oleh Abdul Rahman Sebli HMR (pada ketika itu) di dalam kes Ogbugo Chioma Martha V. PP (2019) 1 LNS 491 seperti berikut: - Page 23 of 28 “[36] The question is whether the appellant had adduced any evidence to discharge her evidential burden of showing that the drug was not for the purpose of trafficking. There was none, and in the absence of evidence that the drug was for her own consumption, which is a defence to a trafficking charge as shown in Lorraine Phylis Cohen & Anor v. Public Prosecutor [1989] 1 CLJ Rep 84; [1989] 2 CLJ 131; [1989] 2 MLJ 288, or for any purpose other than trafficking, the only reasonable inference to be drawn is that the appellant was carrying the drug for the purpose of trafficking.” [77] Akhirnya Mahkamah ini memutuskan bahawa atas imbangan kebarangkalian OKT telah gagal mematahkan anggapan undang-undang di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952. Selanjutnya Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa OKT memiliki dadah berbahaya Methamphetamine seberat 114.5 gram untuk tujuan pengedaran dadah berbahaya selaras dengan maksud seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Hukuman [78] Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhi hukuman ke atas OKT, iaitu sama ada mengenakan hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan. [79] Mahkamah ini juga ingin merujuk kepada keputusan oleh Mohd Radzi Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes PP v. Page 24 of 28 Umapathi Ganesan [2023] 9 CLJ 625 dan memutuskan di muka surat 635 - "Taking those views into consideration, the role of a convicted accused in the spectrum of trafficking activities and the mitigating reasons for them must now be considered by the court in determining whether the passing of a death sentence is commensurate with the type of act of trafficking as defined under s. 2 of the DDA. That definition cannot now be taken as all-encompassing and one that fits all. In addition to that, the weight or volume of the dangerous drugs found in the possession of the convicted accused will be another key consideration. A distinction should now be made between cases where the amounts of dangerous drugs involved barely meets the minimum threshold for a presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA and those that are greatly in excess of that minimum. An amount that barely meets the minimum threshold or thereabouts should not, in the absence of any heavy aggravating factor, prima facie justifies the death sentence. Thus, having considered all the possible aggravating and mitigating factors and keeping in mind the spirit and intent of the Act 846, in this court's view, the death sentence should only be reserved for exceptionally serious cases where the convicted accused: