Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62JSK – 20 – 06 / 2023
CA-62JSK-20-06/2023
Sessions Court of Malaysia20 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“enayah seksual boleh diketepikan sekiranya keterangan mangsa dalam kes tersebut adalah sangat-sangat menyakinkan. Ini disahkan oleh Spencer-Wilkinson J apabila beliau menyatakan dalam kes Mardai v PP [1950] MLJ 33: “Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant m”
“Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 undang ini telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Khairul Azlan bin Mohd Napi lwn Pendakwa Raya [2021] MLJU 2052.”
“i sebelum Akta 792 berkuatkuasa pada 10/7/2017. Ini juga sebelum seksyen 294(6)(a) Kanun Tatacara Jenayah berkuatkuasa pada 1/3/2017. Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Muhammad Aikmal Aiman Bin Kamalrol [2024] MLJU 2559 telah menyatakan peruntukan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docum”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62JSK – 20 – 06 / 2023
1
Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh melakukan 2 kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 15 tahun. Pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa berbunyi seperti berikut: Pertuduhan pertama ‘Bahawa kamu pada 8 Oktober 2022 jam lebih kurang 1 petang, bertempat di rumah alamat No 34, Lorong 18, Taman Mentiga Jaya, di dalam daerah Pekan, di negeri Pahang Darul Makmur, didapati telah merogol XXXX (Kad Pengenalan : 070422-XX-XXXX) yang berumur 15 tahun 7 bulan, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.’ Pertuduhan kedua ‘Bahawa kamu pada 29 Oktober 2022 jam lebih kurang 1 petang, bertempat di rumah alamat No 34, Lorong 18, Taman Mentiga Jaya, di dalam daerah Pekan, di negeri Pahang Darul Makmur, didapati telah merogol XXXX (Kad Pengenalan : 070422-XX-XXXX) yang berumur 15 tahun 7 bulan, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.’
2
Pada masa yang material, mangsa (SP4) merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Pekan. OKT pula adalah seorang pekerja di dewan makan di sekolah yang sama. Mangsa dan OKT telah berkenalan dan berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
3
Kedua-dua kejadian rogol yang dipertuduhkan berlaku pada hari Sabtu ketika mangsa dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk outing. OKT telah mengambil mangsa di luar kawasan sekolah dan membawa mangsa balik ke rumah yang OKT diami bersama keluarga beliau. Ini selepas mangsa memaklumkan kepada OKT berkenaan keinginan mangsa untuk melakukan hubungan seks. Apabila sampai di rumah OKT, mangsa telah masuk ke dalam bilik melalui tingkap. Ini bagi mengelak kehadiran mangsa di rumah tersebut disedari oleh ibu dan bapa OKT. Hubungan seks bagi pertuduhan pertama berlaku dalam bilik abang kepada OKT manakala hubungan seks bagi pertuduhan kedua berlaku dalam bilik OKT sendiri. Setiap kali selepas selesai melakukan hubungan seks yang dipertuduhkan, OKT telah menghantar mangsa balik ke sekolah.
4
Pada awalnya mangsa tiada menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa. Namun perkara tersebut terbongkar apabila guru di sekolah mangsa mendapat maklumat mangsa ada menyimpan telefon bimbit di asrama dan telah merampasnya daripada mangsa. Apabila kandungan telefon bimbit tersebut diperiksa, guru yang berkenaan mengesyaki mangsa telah melakukan perbuatan terlarang dan terus 3 memaklumkan kepada ibu mangsa. Ibu mangsa telah mengambil mangsa dari sekolah dan kemudian meminta mangsa berterus terang tentang apa yang berlaku. Apabila mangsa mengakui beliau ada melakukan hubungan seks, ibu dan bapa mangsa telah membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Mangsa mengakui beliau sendiri tidak mahu membuat laporan polis tentang kedua-dua kejadian tetapi laporan polis tersebut telah dibuat atas kehendak ibu dan bapa beliau.
5
Di akhir kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menghujahkan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan berlakunya hubungan seks antara OKT dengan mangsa pada tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Fakta bahawa hubungan seks pada kedua-dua tarikh tersebut telah berlaku dengan kerelaan mangsa bukan faktor yang relevan kerana mangsa berusia bawah 16 tahun pada masa tersebut. Pihak pendakwa bergantung kepada intipati kesalahan yang diperuntukkan oleh seksyen 375(g) Kanun Keseksaan berkenaan isu ini.
6
Peguambela OKT pula telah menghujahkan pihak pendakwa tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT, antara lain atas alasan tidak terdapat keterangan sokongan kepada keterangan mangsa dan pihak pendakwa gagal membuktikan mangsa berusia bawah 16 tahun pada masa kedua-dua kejadian memandangkan sijil kelahiran mangsa mahupun lain-lain dokumen yang membuktikan tarikh kelahiran beliau telah gagal dikemukakan. 4 [7] Saya telah membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dan saya juga telah mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguambela dan juga TPR dan saya terpaksa memutuskan pihak pendakwa telah berjaya mengwujudkan kes prima facie terhadap OKT bagi kedua-dua pertuduhan. Ini kerana setiap intipati kesalahan bagi mana OKT dipertuduhkan telah berjaya dibuktikan melalui keterangan yang kredibel.
8
Walaupun keterangan tentang hubungan seks tersebut adalah datang dari mangsa semata-mata, saya berpuashati keterangan mangsa adalah kredibel dan sangat-sangat menyakinkan. Mangsa telah menceritakan dengan terperinci tentang apa yang berlaku dan menyatakan beliau nampak kemaluan OKT masuk ke dalam kemaluan beliau setiap kali mereka berdua melakukan hubungan seks. Keterangan mangsa tersebut telah gagal dicabar semasa pemeriksaan balas. Mangsa tiada sebab untuk mendakwa beliau telah melakukan hubungan seks dengan OKT sekiranya perkara tersebut tidak berlaku.
9
Seksyen 18 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) menyatakan sekiranya seseorang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta tersebut atau kesalahan yang disenaraikan dalam jadual kepada Akta tersebut, orang itu boleh disabitkan dengan kesalahan berasaskan keterangan yang tidak disokong dari seorang kanak-kanak, walaupun keterangan tersebut diberikan secara tidak bersumpah. Kedudukan undang- 5 undang ini telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Khairul Azlan bin Mohd Napi lwn Pendakwa Raya [2021] MLJU 2052.
Preamble
Menurut Mahkamah Tinggi, peruntukan seksyen 18 tersebut adalah terpakai sekiranya mahkamah berpuashati keterangan saksi kanak-kanak tersebut adalah kredibel. Kesalahan bagi mana OKT dituduh adalah tersenarai di perenggan pertama dalam jadual kepada Akta 792 dan oleh yang demikian peruntukan seksyen 18 tersebut adalah terpakai kepada kes ini. Tambahan lagi, keperluan untuk terdapatnya keterangan sokongan kepada keterangan mangsa dalam kes-kes jenayah seksual boleh diketepikan sekiranya keterangan mangsa dalam kes tersebut adalah sangat-sangat menyakinkan. Ini disahkan oleh Spencer-Wilkinson J apabila beliau menyatakan dalam kes Mardai v PP [1950] MLJ 33: “Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story.” Apa maksud sangat-sangat menyakinkan atau ‘unusually convincing’ telah dijelaskan oleh Yong Pung How CJ dalam kes Kwan Peng Hong v PP [2000] 4 SLR 96 bila beliau menyatakan : “The phrase 'unusually compelling or convincing' simply means that the complainant's evidence was so convincing that the prosecution's case was proven beyond reasonable doubt, solely on the basis of that evidence.” Berdasarkan penilaian saya terhadap keterangan mangsa, saya memutuskan ia memenuhi takrifan keterangan yang sangat-sangat menyakinkan yang diberikan oleh Yong Pung How CJ tersebut. [10] Walaupun hubungan seks bagi kedua-dua pertuduhan berlaku dengan kerelaan mangsa, perbuatan OKT tetap terjumlah kepada kesalahan merogol memandangkan mangsa berusia di bawah 16 tahun pada masa kejadian. Ini sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 375(g) Kanun Keseksaan. Ibu kepada mangsa (SP2) telah memberi keterangan bahawa mangsa telah dilahirkan pada 22 April 2007 dan ini disokong oleh nombor kad pengenalan mangsa yang mangsa kemukakan sebelum beliau mula memberi keterangan di mahkamah. 6 angka pertama pada kad pengenalan mangsa iaitu 070422 mengesahkan mangsa telah dilahirkan pada 22 April 2007 (rujuk peraturan 5(2A) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990). Mangsa telah mengemukakan kad pengenalan beliau sebelum beliau mula memberi keterangan dan butir-butir pada kad pengenalan tersebut adalah memadai untuk membuktikan mangsa adalah seorang kanak-kanak yang berusia 15 tahun pada masa kedua-dua kejadian dalam kes ini (rujuk kes Thee Lian Iuan lwn. PP [2016] 10 CLJ 674). [11] Walaupun mangsa mengakui beliau tidak pernah memberitahu OKT berapa usia beliau, namun OKT sendiri tidak pernah bertanya kepada mangsa jika mangsa sudah melepasi usia 16 tahun. Ini walaupun OKT menyedari mangsa masih seorang pelajar sekolah. Dalam keadaan ini, seksyen 20 Akta 792 menyekat OKT daripada menyatakan beliau percaya mangsa telah melepasi usia 16 tahun pada masa kejadian. [12] Memandangkan saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya mengwujudkan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapi oleh OKT, saya telah memanggil OKT untuk membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut. [13] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT adalah satu-satunya saksi yang memberi keterangan bagi pihak pembelaan. [14] OKT mengakui beliau telah membawa mangsa balik ke rumah beliau pada kedua-dua tarikh kejadian. Namun OKT menafikan beliau ada melakukan hubungan seks dengan mangsa. Menurut OKT, walaupun mangsa ada mengajak beliau untuk melakukan hubungan seks, beliau telah menolak atas alasan beliau tidak biasa dan beliau takut perbuatan tersebut akan diketahui oleh ibu dan bapa beliau dan boleh menyebabkan beliau dipukul oleh bapa beliau. Sebaliknya OKT menyatakan pada masa kedua-dua kejadian, beliau hanya bercium dengan mangsa, meraba buah dada mangsa dan menjilat kemaluan mangsa. [15] Saya tidak percaya keterangan yang diberikan oleh OKT adalah benar. Mangsa telah memberi keterangan yang beliau telah memberitahu OKT tentang keinginan beliau untuk melakukan hubungan seks. OKT telah membawa mangsa ke rumah beliau dan terus masuk ke dalam bilik melalui tingkap. Sebaik mangsa masuk ke dalam bilik, mangsa terus menanggalkan pakaian beliau dan berada dalam keadaan terlanjang. Adalah tidak munasabah untuk OKT menyatakan ibu dan bapa beliau tidak akan memarahi beliau mahupun memukul beliau sekiranya OKT hanya sekadar membawa seorang kanak-kanak perempuan masuk ke dalam bilik secara senyap-senyap, bercium dengan kanak-kanak tersebut, meraba buah dada kanak-kanak tersebut dan menjilat kemaluan kanak-kanak tersebut semasa kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan terlanjang, asalkan OKT tidak melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak tersebut. Tiada apa-apa dalam keterangan OKT yang berjaya menyakinkan saya yang beliau masih berjaya menahan nafsu beliau daripada melakukan hubungan seks dengan mangsa selepas beliau melakukan perkara-perkara yang beliau akui ada dilakukan dengan mangsa. [16] Setelah saya membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dalam kes ini, saya berpuashati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah berbentuk penafian kosong semata-mata. Pembelaan tersebut telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwa bagi kedua-dua pertuduhan. Atas kejayaan pihak pendakwa membuktikan kedua-dua pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah sehingga ke akhir kes pembelaan, saya mendapati OKT bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan saya mensabitkan OKT dengan kedua-dua kesalahan. [17] Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun bersama sebatan rotan. Dalam rayuan mitigasi, peguambela OKT telah memohon supaya OKT tidak dikenakan hukuman yang diperuntukkan tersebut dan sebaliknya dikenakan bon berkelakuan baik di bawah peruntukan seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah sahaja. Ini dengan mengambil kira OKT hanya berusia 19 tahun pada masa kejadian dan mangsa yang mengajak OKT untuk melakukan hubungan seks. Peguambela telah merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Nor Afizal Azizan v PP [2012] 6 CLJ 370 bagi menyokong permohonan beliau. TPR pula memohon hukuman yang memberi pengajaran kepada OKT dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah seorang kanak-kanak. [18] Saya telah mempertimbangkan hubungan seks dalam kedua-dua pertuduhan berlaku secara konsensual. Saya juga mengambil kira fakta bahawa OKT adalah seorang yang masih muda. Namun seksyen 24 Akta 792 dengan jelas menyatakan peruntukan seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah adalah tidak terpakai kepada kesalahan-kesalahan yang disenaraikan dalam jadual kepada Akta tersebut. Ini termasuk kesalahan merogol yang dilakukan oleh OKT. Seksyen 294(6)(a) Kanun Tatacara Jenayah sendiri menyatakan peruntukan seksyen tersebut adalah tidak terpakai kepada kesalahan serius. Kesalahan serius adalah ditakrifkan oleh seksyen 52B Kanun Keseksaan sebagai kesalahan yang hukumannya boleh melebihi 10 tahun. Ini termasuk kedua-dua kesalahan dalam kes ini. [19] Kes Nor Afizal Azizan telah diputuskan pada tahun 2012. Ini sebelum Akta 792 berkuatkuasa pada 10/7/2017. Ini juga sebelum seksyen 294(6)(a) Kanun Tatacara Jenayah berkuatkuasa pada 1/3/2017. Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Muhammad Aikmal Aiman Bin Kamalrol [2024] MLJU 2559 telah menyatakan peruntukan seksyen 24 Akta 792 adalah mengatasi prinsip yang diketengahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Nor Afizal Azizan. [20] Saya telah mengambil kira kesan negatif yang mungkin dihadapi oleh OKT sekiranya beliau dihukum penjara namun tangan saya adalah terikat oleh peruntukan undang-undang semasa. Setelah mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan oleh peguam dan juga faktor-faktor pemberatan yang dikemukakan oleh TPR, saya menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun bersama 3 sebatan rotan bagi setiap pertuduhan. Kedua-dua hukuman penjara tersebut perlu berjalan secara berturutan antara satu sama lain memandangkan kedua-dua kesalahan telah dilakukan dalam transaksi yang berlainan. Ini bagi mematuhi prinsip yang diketengahkan oleh Shaik Daud J dalam kes PP v Yap Huat Heng [1985] 2 MLJ 414 yang menyatakan: “Where two or more distinct offences had been committed, sentences of imprisonment should not be made to run concurrently. It should only be made concurrent when an offender had been convicted of a principle and a subsidiary offence. In all other cases sentences should be made to run consecutively.” [21] Saya juga memerintahkan OKT menjalani kaunseling pemulihan di bawah peruntukan seksyen 295A Kanun Tatacara Jenayah semasa sedang menjalani hukuman penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun di bawah peruntukan seksyen 295(1A) Kanun Tatacara Jenayah selepas menjalani hukuman penjara. Bertarikh 31 Mac 2025 ………………………………. [AZMAN BIN MUSTAPHA] Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Pahang Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Binti Kasim (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) Peguambela Dato’ Bob S. Arumugam (Bob S. Arumugam & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.