Ciapan komentar berbunyi seperti berikut: “Hilang mood dengan keputusan kes rayuan pagi ini. Rayuan nafkah iddah daripada bekas suami ditolak. Fakta ringkas. Bekas isteri mendakwa tempoh iddahnya 18 bukan 22 hari. Jumlah tuntutan asal adalah 400k. Di mahkamah tinggi, mahkamah terima tuntutan isteri dengan meluluskan RM45k untuk tempoh tersebut pada kiraan 2,500 sebulan. Bekas suami merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah untuk tempoh dan jumlah yang diperintahkan. Antara ulasan mahkamah dalam menolak rayuan, Berdasarkan mafhum riwayat “talak dikira daripada pengakuan dari suami (lelaki), manakala iddah dikira pengakuan isteri (perempuan). (Riwayat al Baihaqi (as-sunan al-kubra 7/370)”. Meskipun bekas isteri gagal bawak saksi pakar untuk mengesahkan status iddah yang Panjang dan saksi itu juga buat pemeriksaan lewat 1-2 tahun lepas tempoh idda, mahkamah masih anggap ini qarinah. Bagi aku keputusan ini sangat buka ruang untuk kaum wanita yang tak takut akhirat untuk tempoh iddah yang Panjang. Harap ada kes rayuan yang lain, betulkan konsep ini. Masih terduduk & memikirkan nasib anakguam.