(ii) Sama ada Mahkamah ini berbidang kuasa mengarahkan Defendan Ketiga mengukur semula dan meletakkan batu sempadan yang betul mengikut keluasan atau kaedah pengukuran yang betul bagi tanah PM4714. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [26] Dalam memutuskan Saman Pemula di sini, Mahkamah ini mengambil perhatian kepada fakta wujud isu pencerobohan atas tanah Defendan Pertama seperti yang diakui oleh Plaintif melalui Afidavit Sokongan. Mahkamah ini juga mendapati tiada sebarang relif pun yang dimohon oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama meski pun Defendan Pertama dinamakan sebagai pihak dalam tindakan ini. Isu 1: Sama ada Mahkamah mempunyai bidang kuasa membatalkan Pelan Diperakui PA145614 yang dikeluarkan oleh Defendan Ketiga. S/N Uly06bhypkuMvWLGT1jJxg [27] Pada hakikatnya, Plaintif mencabar kesahan Pelan Diperakui PA145614 dan pelan tersebut perlu dibatalkan supaya isu pencerobohan atas tanah Defendan Pertama dapat diselesaikan tanpa perlu bagi Plaintif merobohkan binaan yang telah memasuki tanah Defendan Pertama. [28] Laporan oleh Jurukur May dan salinan pelan sebagaimana di Ekshibit MK-5 Afidavit Sokongan Plaintif merupakan dokumen sokongan yang dirujuk oleh Plaintif dalam permohonan untuk membatalkan Pelan Diperakui PA145614 tersebut. Menurut Plaintif pelan oleh Jurukur May adalah tepat dan jelas menunjukkan ukuran sempadan yang sebenar. [29] Jurukur May telah melaporkan ukuran sempadan dalam Pelan Diperakui PA145614 tidak tepat kerana tidak mengikut ukuran sempadan sebagaimana usaha sebenar di atas lapangan iaitu sempadan fizikal. Hal ini menyebabkan binaan yang dibina oleh Plaintif telah memasuki kawasan tanah Defendan Pertama. [30] Dalam masa yang sama Plaintif turut menyatakan oleh kerana Defendan Pertama masih belum memperoleh geran hak milik kekal, ukuran semula perlu dilakukan sebelum geran hak milik kekal tanah Defendan Pertama dikeluarkan. [31] Pada hemat saya, kuasa untuk membuat pindaan pada pelan yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara adalah kuasa budi bicara Pengarah Ukur dan Pemetaan dan bukannya kuasa budi bicara Mahkamah. Kedudukan undang-undang ini jelas dinyatakan dalam seksyen 396A KTN. S/N Uly06bhypkuMvWLGT1jJxg [32] Peruntukan seksyen 396A (1) (a) KTN adalah jelas. Dalam kes Plaintif di sini, peruntukan subseksyen 396A (1) (a) adalah relevan yang mana Pengarah JUPEM hendaklah meminda pelan yang telah diluluskan olehnya menurut perenggan 396(1)(e) sekiranya Pengarah JUPEM berpuas hati bahawa pelan tersebut mengandungi kesilapan atau peninggalan. Plaintif tidak mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan perenggan tersebut ini telah dipenuhi. [33] Mahkamah ini terikat untuk memberi takrifan terhadap makna biasa kepada seksyen 396A KTN dengan berpaksikan prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Lai Yak Kee v Pembinaan Alam Cemerlang Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1464. Keputusan dalam kes Lai Yak Kee (supra) dinukilkan semula di sini untuk rujukan – “[43] In interpreting statute, the Court should not add or subtract any word. In Affin Credit (M) Sdn Bhd v. Yap Yuen Fui [1984] 1 CLJ (Rep) 62; [1984] 1 CLJ 149, this Court adopted the decision of the House of Lords in Magor & St. Mellons Rural District Council & Newport Corporation [1952] A.C. 189, 191 in upholding the majority decision of the Court of Appeal which held that in the construction of a statute, the duty of the Court is limited to interpreting the words used by the legislature and it has no power to fill in the gaps disclosed. To do so would be to usurp the function of the legislature.” [34] Selanjutnya, saya berpandangan keputusan Mahkamah ini menolak relif yang dimohon oleh Plaintif adalah wajar dan mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor & Ors V. Nua Kota Sdn Bhd [2022] 10 CLJ 231, iaitu – [60] It bears reiterating that the final title is rendered conclusive under s. of the NLC. In practical terms, the size and area of D4's land in this instance as per the final title is conclusive evidence without any room for S/N Uly06bhypkuMvWLGT1jJxg remeasurement to ascertain its actual area or size. Essentially, upon issuance of the register document of title, there is no provision for any remeasurement of the land boundaries. It is plain that the LJC had failed to appreciate the correct legal position under the NLC in the resolution of the present dispute pertaining to the boundaries after the final title had been issued for the lots in question. [35] Selain itu, Mahkamah ini merujuk Seksyen 89 Kanun Tanah Negara memperuntukkan seperti berikut –