Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-62J-15-11/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-62J-15-11/2023
Sessions Court of Malaysia29 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“apati bahawa pembelaan OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah, saya seterusnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan yang munasabah (Mat v. PP [1963] MLJ 263). Dengan ini saya memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksye”
“ongful restraint, or fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful restraint.” [18] Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Zul Mazuwan Bin Zulhilman Suresh Kumar v Pendakwa Raya [2024] AMEJ 1736 yang menyatakan bahawa: “[5] Berdasarkan peruntukan yang tersebut di atas, maka elemen-elemen pertuduhan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-62J-15-11/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Muhammad Najib bin Idris No. K/P: 890918-10-5875 (“OKT”) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan pertuduhan seperti yang berikut: ““Bahawa kamu pada 20.11.2023 jam lebih kurang 1149 hrs, di hadapan Galeri Bohemia, Jalan Raja Uda, kampung baru di dalam Daerah Dang Wangi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan ragut ke atas seorang lelaki warganegara Bangladesh nama Md Mithun No. Passport: A06330216 dengan merampas telefon bimbit sebuah telefon bimbit Honor 90 bernilai RM 1,799.00. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan “
2
OKT tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima (5) orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut: SP1) Md Mithun (Mangsa / Pengadu) SP2) Marzuki bin Hanafi (Pemilik Restoran/CCTV) SP3) Insp Mohamad Syaifuddin bin Johari (Pegawai Tangkapan) SP4) Insp Shairil Nizam Bin A Wahab (Pegawai Kawad Cam) SP5) Insp Khor Tee Siang (Pegawai Penyiasat)
4
Pada 20.11.2023, sekitar jam 12.00 tengah hari, SP1 sedang berjalan kaki menuju tempat kerjanya di Marrakesh Restaurant, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Semasa beliau berjalan di hadapan Galeri Bohemia, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, telefon bimbit yang dipegangnya telah diragut oleh seorang lelaki yang datang dari arah belakang dengan menaiki motosikal berwarna biru.
5
SP1 cuba mengejar lelaki yang menunggang motosikal itu hingga ke hujung jalan, namun lelaki tersebut memecut motosikalnya dengan laju. Telefon bimbit yang diragut itu berjenama Honor 90 berwarna biru silver dengan nombor IMEI 860366067997209 (ekshibit P8). Ia dibeli oleh SP1 pada harga RM1,799.00. Lelaki tersebut kemudiannya dicamkan oleh SP1 sebagai OKT dalam kes ini. Selepas itu, SP1 telah membuat laporan polis (ekshibit P7) untuk melaporkan kejadian ragut tersebut. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
6
SP3 bertugas sebagai pegawai operasi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Lanjutan daripada laporan polis P7 tersebut, SP3 telah ditugaskan untuk mengenal pasti dan seterusnya menangkap lelaki yang telah meragut SP1. SP3 kemudiannya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang telah merakamkan insiden ragut tersebut (ekshibit P16). Berdasarkan rakaman CCTV tersebut, motosikal yang dinaiki oleh OKT adalah jenama Yamaha Y16 berwarna biru dan bernombor pendaftaran VJF
442
Setelah semakan dibuat, nombor pendaftaran VJF 442 adalah palsu dan nombornya yang sebenar ialah VJF 4442. Hasil siasatan berkaitan menunjukkan motosikal tersebut berada di sebuah rumah yang beralamat di Nombor 22, Lot 2986-1 Jalan Besar Kampung Batu, Batang Kali Selangor. [7] Pada 24.11.2023, jam lebih kurang 9.30 pagi, SP3 bersama pasukannya (yang terdiri daripada 9 anggota polis) telah pergi ke rumah tersebut. Setibanya di rumah itu, SP3 telah membuat pemantauan dan mendapati motosikal Yamaha Y16 berwarna biru dan bernombor pendaftaran VJF 442 berada di luar rumah tersebut. Selepas SP3 dan pasukannya memasuki rumah dan bilik OKT, SP3 telah menahan OKT dan menemui telefon bimbit milik SP1 (ekshibit P8). SP3 telah merampas sebuah motosikal Yamaha Y16 berwarna biru dengan nombor pendaftaran palsu VJF 442 (ekshibit P3 [A], [B] dan [C]). SP3 juga telah merampas sehelai jaket celoreng (P4), sebuah helmet berwarna merah / putih jenama Givi (P10), sehelai seluar jeans tertera Hi-Style (P5), dan sepasang kasut warna merah jenama New Balance (P6). Senarai rampasan tersebut telah direkodkan di dalam borang pemeriksaan bertarikh 24.11.2023 (ekshibit P12). SP3 kemudiannya membuat laporan polis berkenaan tangkapan OKT dan rampasan barang-barang kes tersebut (ekshibit P13). S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew [8] Berdasarkan prosedur kawad cam yang dijalankan, SP1 telah membuat pengecaman positif bahawa OKT adalah lelaki yang telah meragutnya (ekshibit P15). Siasatan SP5 menyimpulkan bahawa OKT telah meragut telefon bimbit SP1 dengan menggunakan motosikal tersebut pada tarikh dan masa seperti mana pertuduhan. Kedudukan Undang-Undang [9] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan, saya hendaklah membuat penilaian yang menyeluruh ke atas kesemua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ di atas pertuduhan yang telah dikenakan ke atas OKT sebelum OKT boleh dipanggil untuk membela diri. [10] Bahagian XX Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) menjelaskan prosedur berkaitan perbicaraan dan juga menerangkan apakah maksud prima facie. Seksyen 180 KTJ menerangkan berkaitan beban pembuktian yang perlu dipenuhi oleh Pihak Pendakwaan di akhir kes pendakwaan. [11] Penjelasan mengenai kes Prima Facie dinyatakan di bawah Seksyen 180 (4) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan: "suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap OKT di mana pendakwa telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan yang jika tidak di jawab atau di terangkan akan mewajarkan satu sabitan ". S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew [12] Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menjelaskan mengenai maksud prima facie seperti yang berikut: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silence, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal." [13] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 menyatakan maksud prima facie adalah seperti yang berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.” [14] Saya seterusnya merujuk kepada peruntukan di bawah Seksyen 173
h
(iii) KTJ yang menyatakan seperti yang berikut:
III
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction; S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew [15] Merujuk kes Balachandran v. Public Prosecutor (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa “In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.". Maka, untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT atau tidak, saya akan merujuk kepada elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Inti Pati Pertuduhan Kesalahan Rompakan di Bawah Seksyen 392 KK [16] OKT telah dituduh melakukan kesalahan rompak di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK). Ianya dinyatakan seperti berikut: “Seksyen 392 Kanun Keseksaan Whoever commits robbery shall be punished with imprisonment for a term which may extend to fourteen years, and he shall also be liable to fine or to whipping.” [17] Untuk memahami apakah inti pati kesalahan rompakan, rujukan perlu dibuat kepada seksyen 390 Kanun Keseksaan. Seksyen 390 Kanun Keseksaan menjelaskan maksud “rompak” sebagaimana yang berikut:
390
“Robbery
1
In all robbery there is either theft or extortion. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew
2
Theft is “robbery”, if, in order to commit theft, or in committing the theft, or in carrying away or attempting to carry away property obtained by the theft, the offender, for that end, voluntarily causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restraint, or fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful restraint.” [18] Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Zul Mazuwan Bin Zulhilman Suresh Kumar v Pendakwa Raya [2024] AMEJ 1736 yang menyatakan bahawa: “[5] Berdasarkan peruntukan yang tersebut di atas, maka elemen-elemen pertuduhan yang mesti dibuktikan di bawah seksyen 392 KK adalah: -
a
OKT telah melakukan kecurian atau pemerasan; dan
b
OKT telah meletakkan ketakutan maut atau kecederaan serta merta kepada mangsa.” [19] Saya juga merujuk kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes PP lwn. Wan Syahrul Fahmi Wan Mohd Zin & Satu Lagi [2021] 1 LNS 515 yang menyatakan: “Pelakuan yang dikenali sebagai "ragut" adalah rompakan dengan cara curi (theft) kerana ia menimbulkan cedera / kematian atau ugutan cedera / kematian selepas mengambil barang.” [20] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya telah membuat dapatan seperti mana yang berikut: S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew Inti pati Pertama: OKT telah melakukan kecurian atau pemerasan [21] Saya telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya mangsa (SP1) yang memberikan keterangan bagaimana kejadian berlaku dan juga perkara-perkara penting yang berkaitan dalam kejadian tersebut. Saya mendapati, SP1 dengan jelas menerangkan bahawa telefon bimbitnya (P8) telah dicuri oleh OKT semasa beliau sedang berjalan dari rumah ke restoran tempatnya bekerja. Selain itu, SP1 menegaskan bahawa pengecaman terhadap OKT dapat dibuat secara positif kerana beliau telah mengejar OKT sehingga ke hujung jalan tempat kejadian. SP1 juga menyatakan bahawa beliau dapat melihat sebahagian muka OKT kerana visor helmet OKT terbuka ketika insiden ragut tersebut berlaku. Saya juga mendapati keterangan SP1 berkaitan warna motosikal yang ditunggang OKT, serta keterangan tentang jaket, helmet, seluar dan kasut yang dipakai oleh OKT adalah konsisten dengan rakaman CCTV (P16) yang merakamkan insiden ragut tersebut. [22] SP1 juga telah membuat pengecaman yang positif terhadap OKT dalam prosedur kawad cam (ekshibit P) yang dijalankan oleh Inspektor Shairil Nizam Bin A Wahab (SP4). Pengecaman di dalam mahkamah juga telah dibuat secara positif oleh SP1, dan kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk mempertikaikannya. Sebelum membuat pengecaman yang positif, SP1 telah menjelaskan secara terperinci bagaimanakah beliau pasti dan masih ingat muka OKT: “S: Can you tell the court, the person who was riding the bike, what was he wearing? S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew He wearing one jacket and white color helmet, when snatching my phone, I see his little face because his visor is open, I see only little face, part of his face. S: Left side of the face, is the person present in the court? Yes, this one, he’s now in court wearing white t-shirt. S: you still, recognize him? Yes. Mah: Pengecaman SP1 terhadap OKT direkodkan.” [23] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan substantif adalah pengecaman ke atas OKT sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokongan kepada keterangan substantif (lihat Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2011] 5 CLJ 1). Prinsip ini diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar Sivakumar Lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 3350: “[57] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam mahkamah.” [24] Keterangan SP3 juga menyokong keterangan SP1 yang menunjukkan bahawa OKT adalah penjenayah yang meragut SP1 sepertimana yang S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew dipertuduhkan. SP3 telah menemui telefon bimbit milik SP1 (P8) di dalam bilik OKT ketika serbuan dilakukan. SP3 juga telah menemui motosikal Yamaha Y16 berwarna biru yang mempunyai nombor pendaftaran palsu VJF 442 (P3 [A], [B] dan [C]) di rumah yang diduduki oleh OKT. Sehelai jaket celoreng, sebuah helmet berwarna merah / putih jenama Givi, sehelai seluar jeans tertera Hi-Style, dan sepasang kasut warna merah jenama New Balance (ekshibit P11) yang telah dijumpai di rumah OKT oleh SP3 juga adalah konsisten dengan rakaman CCTV (P16) dan juga keterangan SP1. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan SP1 yang disokong oleh keterangan SP3 dan juga berdasarkan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan (khususnya P2, P3, P4, P5, P6, P10, P11 dan P16), saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pertama ini. Inti pati kedua: OKT telah meletakkan ketakutan maut atau kecederaan serta merta kepada mangsa [25] Saya mendapati bahawa tindakan OKT mencuri telefon bimbit dengan menunggang motosikal adalah satu tindakan yang telah dirancang dari awal. OKT telah memerhatikan SP1 dan meragut telefon bimbit beliau dari arah belakangnya. SP1 menjelaskan bahawa tindakan OKT tersebut dengan sengaja telah meletakkan ketakutan kepadanya. SP1 menyatakan bahawa beliau panik semasa kejadian. Definisi perkataan panik dalam Kamus Dewan Eidisi Keempat ialah cemas, takut, bimbang dan gelisah. Oleh itu, adalah jelas bahawa tindakan OKT yang meragut telefon bimbit SP1 telah meletakkan ketakutan kecederaan serta merta kepada SP1 selepas mengambil barangnya. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew [26] Dapatan saya mengenai pembuktian elemen ketakutan yang dialami oleh SP1 adalah selaras dengan panduan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes PP lwn. Wan Syahrul Fahmi Wan Mohd Zin & Satu Lagi (supra) yang menjelaskan: “Pelakuan yang dikenali sebagai "ragut" adalah rompakan dengan cara curi (theft) kerana ia menimbulkan cedera / kematian atau ugutan cedera / kematian selepas mengambil barang”. Maka, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan inti pati kedua tersebut. Keputusan di Akhir Kes Pendakwaan [27] Secara kesimpulannya, saya telah membuat penilaian maksimum ke atas keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dengan merujuk kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, yang memutuskan: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question; If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepaid to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [28] Di akhir kes pendakwaan, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan terhadap OKT di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan. Oleh S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew yang demikian, OKT diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan tersebut. Kes Pembelaan [29] Setelah OKT diperintahkan untuk membela diri bagi pertuduhan tersebut, OKT diberikan 3 pilihan (lihat PP v. Sanassi [1970] 2 MLJ 198; Ng Hoi Cheu & Anor v. PP [1968] 1 MLJ 53; dan PP v. Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000] 1 CLJ 446), OKT telah memilih untuk memberikan keterangan membela diri secara bersumpah. [30] Pada peringkat kes pembelaan ini, persoalan utama yang perlu saya rungkaikan adalah, sama ada saya boleh menerima penjelasan saksi pembelaan. Sekiranya saya menerima penjelasannya, sudah pasti saya perlu melepaskan OKT. Langkah seterusnya, walaupun sekiranya saya tidak mempercayai penjelasan pihak pembelaan, tidak semestinya saya perlu mensabitkan OKT. Ini kerana, OKT masih berhak dilepaskan dan dibebaskan sekiranya pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Panduan undang-undang yang mantap ini telah digariskan di dalam kes Mat v. Public Prosecutor (1963) 1 MLJ 263 yang memutuskan seperti yang berikut: "The position may be conveniently stated as follows:-
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt.....Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation........ Acquit. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew
c
If you do not accept or believe the accused's explanation.. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt...........Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt...... Acquit." [31] Maka, di peringkat kes pembelaan ini, adalah memadai untuk pihak pembelaan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam kes Hiew Min Yong v. PP [2001] 5 MLJ 1. [32] Berkenaan dengan tahap keraguan munasabah yang diperlukan untuk menyangkal kes Pendakwaan dalam satu perbicaraan jenayah, saya merujuk kepada panduan yang diberikan oleh kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 yang memutuskan bahawa: “A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”. [33] Dengan berpegang kepada otoriti-otoriti yang tersebut di atas, saya telah meneliti keterangan OKT. Secara khususnya, saya juga telah membuat analisis yang mendalam terhadap pembelaan OKT bagi pertuduhan di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew [34] Saya telah meneliti keterangan pembelaan, secara ringkasnya, pada 20.11.2023, OKT sedang bekerja sebagai penghantar pesanan LALAMOVE. OKT mula bekerja dari jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kawasan penghantaran OKT adalah di sekitar Mont Kiara, kuarters kerajaan dan Mahkamah Shariah Jalan Duta. OKT seterusnya bekerja sehingga malam dengan melanjutkan penghantaran ke kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang. [35] OKT menyatakan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kes ragut terhadap SP1 dan menafikan penglibatannya dalam kes tersebut. OKT juga menyatakan tidak pasti bagaimana telefon bimbit (P8), jaket celoreng (P4), kasut (P6) dan helmet (P10) tersebut dijumpai di dalam biliknya. OKT tidak memberikan penjelasan bagaimana barang-barang kes tersebut dijumpai ketika penangkapannya dilakukan. [36] Adalah sukar untuk saya mempercayai dan menerima alasan yang dikemukakan oleh OKT bahawa ketika insiden ragut tersebut berlaku, secara khususnya dari jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang, OKT berada di sekitar Mont Kiara, kuarters kerajaan dan Mahkamah Shariah Jalan Duta. Pihak pembelaan tidak pernah mencadangkan atau membangkitkan dakwaan tersebut semasa peringkat kes pendakwaan. Saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP1 dan SP5 tidak pernah dicadangkan dengan dakwaan tersebut. Adalah amat penting untuk memeriksa balas SP1 dan SP5 dengan dakwaan bahawa OKT tidak berada di tempat kejadian pada masa kejadian kerana sedang bekerja sebagai penghantar pesanan LALAMOVE bagi mengesahkan kebenaran pembelaan OKT. Namun perkara tersebut tidak berlaku dan kredibiliti SP1 dan SP5 kekal utuh. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew Kegagalan pihak pembelaan mengemukakan pembelaan ini telah menjejaskan kredibiliti saksi pembelaan iaitu OKT sendiri. Dakwaan OKT mengenai isu tersebut juga boleh dianggap sebagai afterthought atau pemikiran selepas. Dapatan saya ini adalah selaras dengan kes Public Prosecutor v Ho Sek Kong [2006] 2 MLJ 81 yang menyatakan: “[23] The accused chose to give sworn testimony in his defence. The accused stated that he left the house on that evening, at 6pm and that the deceased was then still at home, alive. He said that SP4 was also at home when he went out but on his return at 7.45 pm SP4 was no longer there. This matter was however never put to SP4 during his cross examination, and was in direct contradiction with the evidence of SP4 who said that he went over to the house after work at 6pm. As such, this court rejected this evidence as a recent invention, an afterthought (see Public Prosecutor v Lin Lian Chen [1992] 2 MLJ 561). The weight of such evidence must necessarily be diminished (see Alcontara a/l Ambrose Anthony v Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 209). Under cross examination by the learned deputy public prosecutor, the accused denied that he had attacked the deceased as a result of a quarrel. He also denied that he had a shower before leaving the house, and that he was surprised to see SP4 in the house when he came out of the bathroom. He further denied that he told SP4 on what had happened.” [37] Selain itu, saya juga berpendapat bahawa keterangan OKT yang menafikan pertuduhan ke atasnya adalah penafian semata-mata (bare denial) dan wajar ditolak. Dapatan ini adalah selaras dengan kes DA Duncan v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195 yang menyatakan bahawa: “The defence was, in effect a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a reasonable doubt on the prosecution case against the appellant.” [38] Saya juga mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan Di dalam kes D.A Duncan v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, dalam kes ini Raja Azlan Shah telah menyatakan : “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was in effect a simple denial of evidence connecting the appellant with the four boxes. We can see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” [39] Setelah mendengar dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, dan menilai semula keterangan-keterangan pihak pendakwaan dan setelah saya membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan berkaitan, saya mendapati bahawa pembelaan OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah, saya seterusnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan yang munasabah (Mat v. PP [1963] MLJ 263). Dengan ini saya memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew [40] Saya seterusnya menjemput pihak pembelaan untuk mengemukakan hujahan peringanan hukuman selaras dengan seksyen 176 (2) (r) Kanun Tatacara Jenayah. Peguambela OKT menghujahkan bahawa OKT berumur 35 tahun, bekerja sebagai penghantar pesanan LALAMOVE yang menghasilkan pendapatan dalam lingkungan RM3000.00 sebulan. OKT masih bujang dan perlu menjaga ibunya yang sedang sakit. Peguam OKT seterusnya menghujahkan bahawa tiada kecederaan dialami oleh pengadu dalam insiden tersebut. OKT telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Peguam OKT memohon hukuman pemenjaraan yang minimum dan tidak dikenakan hukuman sebat kerana kelakuan jenayah OKT tidak menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan telefon bimbit yang diragut juga telah dipulangkan kepada mangsa. [41] TPR yang terpelajar pula menggesa Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang berat ke atas OKT berdasarkan beberapa faktor. Faktor pertama adalah keseriusan kes dan perbicaraan penuh telah dijalankan. Faktor kedua adalah kesan trauma kepada mangsa dan juga kerugian kepada mangsa. Faktor ketiga adalah faktor kepentingan awam, yang mana jenayah rompakan akan menyebabkan ketakutan kepada orang awam dan oleh itu, hukuman yang berat perlu dijatuhkan bagi melindungi kepentingan awan dan sebagai isyarat bahawa hukuman berat akan dijatuhkan bagi kesalahan ini. TPR selanjutnya memohon supaya OKT dijatuhkan hukuman penjara yang maksimum dan juga OKT wajar dikenakan hukuman sebatan. [42] Saya memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan. S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew Setelah meneliti peruntukkan undang-undang di bawah bawah seksyen 392 Kanun tersebut, dan setelah saya memberi pertimbangan saksama kepada faktor-faktor pemberatan (aggravating factors) dan faktor-faktor peringanan (mitigating factors) yang akan diterangkan selepas ini, saya telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh sembilan (9) tahun dari tarikh tangkap (24.11.2023) dan satu (1) kali sebatan. Pertimbangan Kepada Faktor-Faktor Pemberatan (Aggravating Factors) dan Faktor-Faktor Peringanan (Mitigating Factors) [43] Dalam prosiding perbicaraan jenayah, setelah tertuduh mengaku bersalah atau didapati bersalah, hakim atau majistret hendaklah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Jika tertuduh didapati bersalah setelah perbicaraan selesai, seksyen 173 KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman berdasarkan kepada peruntukan undang-undang. [44] Apakah yang dimaksudkan dengan ‘hukuman berdasarkan kepada peruntukan undang-undang’? Hakim Mohamed Azmi (pada ketika itu) di dalam kes Public Prosecutor v. Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah menjelaskan: . “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature or value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor.” [45] Di dalam kes Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2000] 4 CLJ 492 , Hakim Augustine Paul (pada ketika itu) menyatakan: “The phrase 'pass sentence according to law' in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles” [46] Saya juga akur dengan kedudukan undang-undang yang berkaitan dengan principles of sentencing. Di dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP [1999] 4 CLJ 391, Siti Norma Yaakob HMR (sebagai mana beliau ketika itu) menyatakan: S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew “The principles of sentencing have long been entrenched and well settled in our criminal law jurisprudence and a court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following considerations:
1
the extent and seriousness of the offence committed;
2
the guilty person's antecedents; and
3
the public interest” Keseriusan Kesalahan [47] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, kesalahan meragut adalah satu kesalahan yang serius. Hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan adalah pemenjaraan selama 14 tahun. Mahkamah ini berpendapat bahawa kesalahan meragut yang berleluasa berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memerlukan suatu hukuman pemenjaraan dan sebatan yang boleh memberi pengajaran kepada OKT dan juga sebagai amaran bahawa sesiapa yang melakukan perbuatan seperti kes ini, akan menerima padahnya. [48] Saya juga perlu akur bahawa setiap hukuman yang akan dijatuhkan hendaklah berdasarkan kepada nature of the offence, keadaan ketika mana kesalahan dilakukan, sama ada dengan atau tanpa keganasan, umur, character, antecedents, latar belakang tertuduh, rayuan mitigasi dan pandangan pihak pendakwaan. Setelah mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, saya berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah wajar. Dapatan ini selaras dengan kes Veerian T Latchmanen v. PP [2001] 7 CLJ 466, yang memutuskan: S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew “It must be observed that every sentence passed by the court or a trial court is based on the nature of the offence, the evidence adduced on behalf of the prosecution and the defence, the facts presented by the prosecution, the circumstances in which the offence was committed whether with or without violence, provocation if any, the age, character, antecedents, the background of the offender, the plea in mitigation and the views given by the prosecution. This court is of the view that the power to impose sentence is a judicial discretion and unless and until the lower courts had erred in principle or that the sentence was manifestly excessive or manifestly low or upon considering the particular facts of the case, the High Court sitting in an appellate capacity ought not to disturb or interfere with that discretion just for the sake of pleasing public views. The sentence passed by the court must not only appear to be a judicial pronouncement but seen to be one.” Kesimpulan [49] Dalam melaksanakan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas dan setelah mempertimbangkan semua faktor berkaitan, saya berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah memadai dan wajar. IZRALIZAM BIN SANUSI Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur Bertarikh: 27 Januari 2025 S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew Pihak Pendakwaan: TPR Nor Aisyah binti Mohamed Zanyuin Timbalan Pendakwaraya Jabatan Peguam Negara Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 7, sayap Kanan Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Height 50512 Kuala Lumpur. Pihak Pembelaan: Encik Rajsurian Pillai A/L Chellappa Pillai Encik Tan Wei Meng Tetuan Surian 86, Jalan Rimbunan Matahari 2, Laman Rimbunan, Kepong, 52100 Kuala Lumpur S/N jYzRytIv70eRfnk2q2Kew
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.